Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN TOT SPR IPG DEWAN TUN ISMAIL MACA 23 JANUARI 2013

BIL. PERKARA CATATAN

1.

Mengumumkan ketibaan , Yang Berbahagia, Dato Haji Shamsun Baharin bin Mohd Jamil, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM

(MC tunggu Tetamu Kehormat duduk) 2. Yang Berbahagia, Dato Haji Shamsun Baharin bin Mohd Jamil, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,

Yang Berusaha, Puan Hajjah Latifah binti Haji Mahamud, Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar & Hubungan Luar Institut Pendidikan Guru Malaysia

Yang Dihormati, Tuan Abdul Wahab bin Abdul Aziz, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM

Pegawai pegawai Kanan SPRM, Pegawai-pegawai Kanan IPG M, Para Penyelaras SPR IPG, Rakan Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG Serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian..

Selamat Datang ke Majlis Penutupan Perasmian Bengkel Training of Trainers Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru.

3.

Sebagai makluman sidang hadirin sekalian, Bengkel TOT SPR IPG ini telahpun berlangsung selama 4 hari bermula 20 hingga 23 Januari 2013 sekaligus menyaksikan pelantikan secara rasmi SPR IPG di 27 buah IPG seluruh Negara pada 22 Januari 2013 di Auditorium Institut Integriti Malaysia oleh Yang Berhormat Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Hadirin sekalian, 4. Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput, Saudara Mior Fakhrullah Bin Abdullah Jalil untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan, Bacaan Doa

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

5.

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan menjemput Saudara Azmirul bin Ahmad, Penghulu Bengkel TOT SPR IPG untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Ucapan Terima kasih diucapkan kepada saudara Azmirul atas ucapan sebentar tadi.

6.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput, Yang Berbahagia, Dato Shamsun Baharin bin Mohd Jamil, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM, untuk ke pentas bagi memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Bengkel TOT SPR IPG. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Ucapan& Perasmian Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Dan inilah sebenarnya yang diharapkan oleh pengurusan tertinggi SPRM dan IPGM supaya usaha murni menubuhkan SPR IPG sebagai medium penyampai menyebarluaskan mesej pencegahan rasuah kepada masyarakat di

persekitaran IPG dan kepada bakal murid sekolah yang kita bakal didik kelak akan tercapai sebagaimana diharapkan. Insyaallah.

7.

Hadirin hadirat sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan acara Penyampaian Sijil Penyertaan kepada Semua Ketua Sekretariat Pencegahan Rasuah bagi mewakili setiap IPG.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Dato dan Tetamu-tetamu Kehormat untuk ke atas pentas bagi menyempurnakan acara. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,

Dipersilakan penerima pertama, Ketua Sekretariat IPG Kampus Perlis, Seterusnya IPG Kampus Darul Aman, 3. IPG Kampus Sultan Abdul Halim, 4. IPG Kampus Tuanku Bainun, 5. IPG Kampus Pulau Pinang, 6. IPG Kampus Ipoh, 7. IPG Kampus Kota Bharu, 8. IPG Kampus Dato Razali Ismail, 9. IPG Kampus Sultan Mizan, 10. 11. IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, IPG Kampus Ilmu Khas,

12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27.

IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, IPG Kampus Pendidikan Islam, IPG Kampus Raja Melewar, IPG Kampus Perempuan Melayu, IPG Kampus Tun Hossein Onn, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, IPG Kampus Kent, IPG Kampus Keningau, IPG Kampus Tawau, IPG Kampus Gaya, IPG Kampus Rajang, IPG Kampus Sarawak, IPG Kampus Batu Lintang, IPG Kampus Tun Abdul Razak,

Mohon Dato untuk terus berada di pentas bagi menyampaikan anugerah-anugerah khas. Dan ini adalah satu kejutan kepada semua kerana anugerah ini khusus diadakan bagi menilai komitmen dan penyertaan setiap rakan SPR IPG dalam aktiviti serta perbincangan kumpulan yang diadakan. Dan yang paling penting, keputusan juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

Untuk itu, penerima anugerah pertama : 1. Kumpulan Pembentangan Terbaik

2. Kumpulan Paling Aktif 3. Kumpulan Idea Paling Kreatif 4. Peserta Paling Komited Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato atas kesudian menyampaikan sijil dan anugerah sebentar tadi.` 10. Dengan berakhirnya acara penyampaian sijil sebentar tadi, maka berakhir jualah majlis Perasmian Penutupan Bengkel TOT SPR IPG pada hari ini.

Bagi pihak ahli jawatankuasa pelaksana majlis, ingin menyusun jari sepuluh sekiranya ada terkasar bahasa dan kekurangan yang berlaku sepanjang penganjuran bengkel pada sesi ini. Saya akhiri majlis pada hari ini dengan dua rangkap pantun: Dulang berisi sagu mentah Hendak pulang ku beri pulang Tinggalkan pantun barang sepatah Agar majlis sentiasa dikenang Bintang barat terbit petang Bintang timur terbit pagi Jika tidak melarat panjang Ada umur ketemu lagi. Semoga segala ilmu yang kita perolehi semasa di MACA ini, jika tidak mungkin banyak dipraktiskan, sekecil sebutir pasir sudah memadai, kerana dengan sebutir pasir itulah, insyaallah, dengannya kita mampu membina mahligai yang bahagia.

Sekian, Asalamualaikum w.b.t dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai