Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN

YBRS. Dr. HAJI REDZUAN BIN AHMAD


PENGARAH IPG
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

SEMPENA

PEMERIKSAAN OLEH
PEMERIKSA LUAR ( EE )

PADA;
5-7 SEPTEMBER 2022 (ISNIN)
9.00 PAGI- 5.00 PETANG
BILIK PERSIDANGAN
Terima kasih Pengacara Majlis

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabaraqatuh


Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia

Ybrs, Prof.Madya Dr.Khairi bin Ariffin ( UPSI )


Dr M.Elangko A/L Muniandy (IPGK Pulau Pinang)
Pn Hjh Salmi Bt Ayob (KPP Jabatan Pengurusan Keputusan Dan
Penganugerahan,Pusat Peperiksaan Dan Penganugerahan).
Ybrs Dr Hajah Rohani binti Abdullah (KJJKA)
En Zakaria bin Saad (KJ Sejarah)

Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran dilafazkan kepada Allah


Subhanahu wa ta’ala kerana dengan izinNya kita dapat bersama sempena
program Pemeriksaan oleh pemeriksa luar (EE) sesi Februari hingga Mei bagi
program program diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) sesi Februari
hingga Mei 2022 ke Insitut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
(IPGKSAH). Terlebih dahulu, saya ingin mengalu-alukan kehadiran “Yang
Berusha Prof.Madya Dr.Khairi bin Ariffin,Dr M.Elangko A/L Muniandy dan Pn
Hjh Salmi bt Ayob yang dapat hadir pada hari ini semoga segala yang
dirancang akan dapat berjalan dengan lancar. Sesunggguhnya kehadiran tuan
bertiga pada pagi ini amatlah bermakna pada kami warga IPGKSAH terutama
Jabatan Sains Sosial(unit Sejarah).

2
Sebelum saya lanjutkan ucapan, izinkan saya memaklumakan jumlah
pensyarah Sejarah dibawah Jabatan Sains Sosial yang terkini adalah seramai 11
orang termasuk 2 orang pensyarah baru yang melaporkan diri pada 8 Ogos
2022 yang lalu. Pensyarah ini datangnya dari sekolah manakala jumlah pelajar
yang terkini dari program PPISMP seramai 58 orang,PISMP seramai 41 orang
dan PDPP seramai 16 orang.Berdasarkan jumlah terkini pihak IPGKSAH telah
menerima jumlah pelajar sejarah yang teramai setakat ini.

Yang Berusha Prof.Madya Dr.Khairi bin Ariffin,Dr M.Elangko A/L Muniandy


dan Pn Hjh Salmi bt Ayob

Sebelum ini,pihak IPGKSAH telah melalui 2 kali proses pemeriksaan oleh


pemeriksa luar (EE) dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi PDPP
ambilan Jun 2021 dan Oktober 2021.Saya amat berkeyakinan tahap kesedian
rakan-rakan pensyarah yang akan terlibat dengan pemeriksaan oleh pemeriksa
luar dan mereka ini telah bersedia untuk membantu bagi kelancaran proses
penilaian pada masa yang ditetapkan.Semoga segala teguran dan
penambahbaikan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Akhir kata, saya mewakili warga IPGKSAH sekali lagi saya ingin merakamkan
ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusha Prof.Madya Dr.Khairi bin
Ariffin,Dr M.Elangko A/L Muniandy dan Pn Hjh Salmi bt Ayob atas kesudian
turun padang pada hari ini. Juga ampun dan maaf bagi segala kekurangan di
pihak kami. Sebagai penutup bicara pada pagi ini, saya ingin sampaikan kata
kata hikmat Prof. Dr. Hamka yang berbunyi,

3
“Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba… Datang
tidak menentu masa….
Datang di saat kita kesempitan atau kesusahan… Nilailah
peluang itu secara bijaksana.
Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlaku
dengan tiba-tiba.
Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”
Sekian, Wabillahhi Taufiq Wal Hidayah,

Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai