Anda di halaman 1dari 4

CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS

Posted in: Ambil Tahu | By Cikgu Alfeean | December 14, 2011 | Tags: Afzan, contoh, IPG,pengacara majlis, PISMP, teks CONTOH TEKS BAGI PENGACARA MAJLIS MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2011

Sekadar gambar hiasan

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nastain ala umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajmain.

Dari Johor hendak ke Pekan, Singah di Lipis membeli haruan, Semanis senyuman kami hamparkan ; Buat bingkisan salam pertemuan.

Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yang berusaha Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku ampuan Afzan, Encik Jaafar bin Idris, Pensyarah-pensyarah, Barisan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, ibu-ibu, bapa-bapa, para penjaga, guru-guru pelatih, serta ahli jawatankuasa pelaksana Program Minggu Pengurusan Pelajar Baharu PPISMP ambilan Jun 2011.

Saya bagi pihak seluruh warga Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan mengucapkan Selamat Datang ke Minggu Pengurusan Pelajar Baharu, bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2011.

Orang Jawa berdagang ke kota, Singgah di Acheh membeli gamat, Tangan dirafak, restu dipinta; Doa diamin moga selamat.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari yang berbahagia ini, majlis dengan tunduk tazimnya menjemput dan mempersilakan saudara Muhamad Fahmi bin Rosli, Exco Kerohanian, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2011 untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ______________________________________ Terima Kasih diucapkan kepada Saudara Muhamad Fahmi bin Rosli atas bacaan doa sebentar tadi.

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda, Tak lengkap malam tanpa purnama, Tak lengkap laut tanpa ombak badainya, Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..

Untuk itu, dengan segala hormat dan tunduk kasihnya, pihak majlis mempersilakan Yang berusaha Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku ampuan Afzan, Encik Jaafar bin Idris untuk menyampaikan ucapan. Dengan Segala hormatnya, dipersilakan. ______________________________________ Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Encik Jaafar bin Idris atas ucapannya sebentar tadi. Semoga kita semua dapat mengambil input-input penting sebagai panduan pada masa hadapan.

Seterusnya, pihak majlis dengan berbesar hatinya menjemput dan mempersilakan ibu bapa, penjaga mahupun guru-guru pelatih sendiri untuk mengajukan soalan kepada Tuan Pengarah, sekiranya terdapat soalan, mahupuin kekeliruan berhubung Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini. Untuk makluman, pihak jawatankuasa pelaksana Minggu pengurusan pelajar ada menyediakan mikrofon di bahagian tengah dewan untuk tuan-tuan dan puan-puan mengajukan soalan. ______________________________________ Pengacara Majlis mencatat serta bersedia mengambil tindakan yang sesuai dengan situasi bagi slot soal-jawab. ______________________________________ Baiklah, sekiranya tuan-tuan dan puan-puan masih mempunyai sebarang masalah atau kekeliruan berhubung program ini, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah berhubung terus dengan pegawai-pegawai kami di Jabatan Hal Ehwal Pelajar atau mendapatkan bantuan daripada ahli jawatankuasa pelaksana yang bertugas.

Kalau hendak bertani inilah batasnya, Kalau hendak bertandak, inilah pentasnya, Kalau hendak berperang, inilah medannya, Kalau hendak menuntut ilmu, IPGKTAA inilah tempatnya.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan upacara simbolik penyerahan tanggungjawab oleh waris pelajar kepada pihak IPGKTAA untuk melatih dan mempersiapkan pelajar dengan ilmu, latihan dan pengalaman sebelum ditauliahkan sebagai seorang pendidik yang unggul.

Untuk itu, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Zukhri bin Haji Mahmud, Ibu/bapa/Penjaga kepada Nurul Fatin Aleesya untuk menyerahkan anak di bawah jagaanya kepada pihak IPGKTAA untuk dilatih, dibimbing dan dipersiapkan dengan segala ilmu dan kepakaran untuk berhadapan dengan cabaran profesionalisme perguruan. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. ______________________________________ Begitulah tadi, simbolik penyerahan tanggungjawab oleh waris pelajar kepada pihak IPGKTAA. Kepada para pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan sekalian, kini anda merupakan warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Besarlah hasrat dan harapan kami, supaya anda akan dapat menjalankan tanggugjawab dan amanah yang diberikan dengan baik dan cemerlang.

Tuan-tuan, Puan-Puan serta hadirin dan hadirat sekalian, dengan berakhirnya simbolik penyerahan itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Saya bagi pihak seluruh ahli jawatankuasa pelaksana program mengucapkan Jutaan Terima kasih dan kami mendoakan semoga Tuan-tuan, Puan-puan serta hadirin dan hadirat sekalian selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang buruk juga datangnya dari Allah tetapi di atas kelemahan dan kekhilafan kami. Semoga bertemu lagi, Sekian, Wassalamualaikum warah matullahi wabarakatu dan Salam 1Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai