Anda di halaman 1dari 2

Tamadun, Peradaban dan Perkaitan dengan Pemerkasaan Pendidikan

Pembinaan sebuah tamadun dan peradaban adalah wujudnya sekelompok


masyarakat di sesebuah lokasi atau tempat. Menrut ibnu Khaldun, tamadun ialah
sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan
ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin bagi tujuan
manusia mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Menurut Ibnu Khaldun, istilah
tamadun juga dikenali umran yang merujuk kepada kawasan tanah atau rumah yang
didiami serta segolongan penduduk yang menetap dalam keadaan subur dan
makmur Beliau telah merumuskan konsep umum masyarakat dan
perkembangannya secara keseluruhan. yang melibatkan ekosistem dan masyarakat
iaitu umran al -`alam, "Kemakmuran sejagat".

Bagi mengecapi kemakmuran sejagat dalam sesebuah tamadun, beberapa elemen


perlu diberi perhatian dalam membina sistem masyarakat yang harmoni. Menurut
Kamus Dewan, tamadun adalah perlambangan suatu kemajuan terhadap
kebudayaan dan peradaban. Kemajuan terhadap kebudayan dan peradaban ini
dibina secara holistik daripada pelbagai sudut seperti kepercayaan (keimanan),
pengetahuan dan pembangunan dari sudut material dan fizikal. Dalam konteks
Islam, Sayyid Qutb berpandangan bahawa iman adalah sumber utama pembinaan
peradaban. Kepercayaan yang dimaksudkan bukan hanya kepercayaan kepada
Tuhan, tetapi juga gabungan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan manusia.

Pembinaan tamadun yang utuh berpaksikan kepada pemikiran dan ideologi yang
dibawa dalam sesebuah masyarakat. Pemikiran dan ideologi yang berpaksikan
kepada ketuhanan (tauhid) akan lebih membumi dan menjadikan sesebuah
masyarakat terikat dengan pantang larang dan perbatasan yang melanggar sistem
sosial manusia. Oleh itu, kehadiran Islam telah mengubah corak ketamadunan dan
peradaban dunia. Islam telah mencorak tamadun dengan memasak manusia agar
menerima Allah sebagai tuhan yang esa. Inilah akidah atau pegangan yang
difokuskan oleh Syed Qutb sebagai sumber utama pembinaan tamadun dan
peradaban. Tamadun Islam terikat dengan nilai fitrah, kejernihan akhlak dan
pencapaian manusia Muslim dalam semua aspek kehidupan. Pada dasarnya,
tamadun Islam lebih mementingkan keperibadian akhlak yang mulia setiap individu
tanpa membezakan antara kaum (Zakaria,2012).

Pembangunan modal insan, ekonomi dan material sesebuah tamadun bergantung


kepada cara fikir dan kebergantungan individu serta masyarakat. Sekiranya
kebergantungan ini tidak berpaksi kepada pembangunan kendiri dan hanya
bergantung kepada orang lain, maka sesebuah tamadun dan peradaban itu tidak
akan bertahan lama. Pendidikan merupakan kayu ukur yang utama dalam membina
modal insan, ekonomi dan fizikal sesebuah tamadun. Pendidikan dapat memelihara
dan menyebar luaskan modal insan di dalam sesebuah masyarakat. Kelompongan
di dalam pendidikan akan menyebabkan kekacauan dan ketidak harmonian di dalam
masyarakat. Pendidikan juga merupakan unsur penting dalam pembinaan
kematangan seseorang dalam melahirkan generasi yang berguna dan berakhlak
mulia (Zakaria, 2012)

Anda mungkin juga menyukai