Anda di halaman 1dari 2

Pada tahun 2014 Richard Huckle, telah ditahan ketika pulang dari

Malaysia untuk bercuti sempena Khamis. Nama Richard Huckle mula


dikenali setelah Malaysia dikejutkan dengan kes pencabulan terhadap
kanak kanak Malaysia.
Negara kita juga dikejutkan dengan seorang pelajar cemerlang iaitu
pelajar cemerlang tajaan MARA jurusan Matematik di Imperial College,
Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 tahun, telah dijatuhkan hukuman penjara
selama 5 tahun. Beliau mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki,
menghasilkan, dan mengedar 30 ribu imej dan video lucah kanak-kanak
bawah umur, 601 daripadanya adalah imej dan video kategori A.
Apa yang berlaku ini dinamakan Pedofilia. Pedofilia adalah gangguan
jiwa yang terjadi kepada orang dewasa atau remaja yang telah mulai
dewasa (secara spesifiknya berumur 16 tahun ke atas), dan mempunyai
keinganan seksual primer atau eksklusif kepada kanak-kanak yang
belum matang (secara umumumnya mereka yang berusia 13 tahun dan
ke bawah).
Pedofil adalah mereka yang mempunyai masalah ini. Menurut Dr
Blanchard, pedofil adalah seorang manusia yang mempunyai keinginan
seksual terhadap kanak-kanak yang secara umumnya berusia 13 tahun
dan kebawah.

Menurut American Psychiatric Association (APA) telah mengelaskan


pedofilia ke dalam Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorders
sejak dari tahun 1968 lagi.

Dr Branchard juga mengatakan, penyakit ini boleh dirawat walaupun


ramai pakar yang berpendapat bahwa pedofilia tidak boleh diubati
kerana ia melibatkan perasaan seseorang. Tetapi menurut Dr
Branchard, mereka yang menghadapi masalah ini dapat dirawat melalui
sesi terapi bersama pakar. Pesakit (pedofil) yang berpotensi besar untuk
melakukan jenayah seksual boleh mendapatkan sesi rawatan untuk
mengurangkan keinginan seks mereka.
Pedofilia biasanya hanya boleh dikesani oleh diri sendiri setelah
-ransangan seksualnya hanya kepada kanak kanak , bukan orang
dewasa. Ia tidak dapat menentukan orientasi seksual mereka dan
kemudian merasa takut akan diri mereka sendiri.

Mereka juga sering mengalami diskriminasi sosial; sukar bagi mereka


untuk berhubungan atau berkomunikasi secara bersemuka dan
berhubungan dengan orang lain. Namun mereka mudah mendekati
kanak-kanak kerana kanak kanak mudah di dekati tanpa ada sebarang
sangkaan

Anda mungkin juga menyukai