Anda di halaman 1dari 3

AKHLAK MULIA PENCETUS UMAT SEJAHTERA

( Bahagian Perempuan )
Assalamualaikum
Bismillahirrahmannirahim.
Alhamdulillah
AKHLAK MULIA PENCETUS UMAT SEJAHTERA
Demikianlah tajuk syarahan saya pada hari ini .
Menurut kamus Dewan :
- Frasa Akhlak mulia ialah budi pekerti atau kelakuan yang baik
- Frasa Pencetus umat sejahtera ditakrifkan sebagai suatu proses untuk membina kehidupan umat yang
aman dan harmoni.
Secara kolektifnya, budipekerti yang baik berlandaskan al Quran dan Hadis akan mencetus suatu kehidupan
yang aman dan harmoni.
Hadirin dan hadirat sekalian...
ASPEK 1 ( Akhlak mulia membina Jati diri )
Setiap individu muslim perlu memiliki jati diri seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan
ikutan terbaik.
Firman Allah SWT

Surah al Qalam ayat 4
Maksudnya : Dan sesungguhnya engkau ( Wahai Muhammad ) mempunyai budipekerti yang luhur.
Penilaian adab dan akhlak Islamiyyah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam adalah satu usaha untuk
membentuk jati diri yang mulia.
Sejarah membuktikan betapa kentalnya iman keluarga Ammar bin Yasir telah berjaya mempertahankan
agamanya biarpun disiksa Abu Jahal.
Jelaslah bahawa akhlak mulia adalah penjana jati diri yang mantap.
ASPEK 2 ( Akhlak mulia membentuk keluarga bahagia )
Firman Allah SWT :

Surah at Tahrim : ayat 6
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Di sini jelaslah ibu bapa perlu menyemaikan akhlak mulia dalam diri anak-anak. Malah Rasulullah SAW sendiri
menitikberatkan akhlak dalam mendidik keluarganya. Penganugerahan Tokoh Keluarga Mithali kepada
Kamariah Alang Mat Nasid atas kejayaannya mendidik 13 anak membuktikan akhlak mulia berupaya
membentuk keluarga bahagia.
ASPEK 3 ( Akhlak mulia mewujudkan masyarakat penyayang )

Sabda Rasulullah saw :



Riwayat Muslim
Maksudnya : sesiapa yang tidak mengasihi dia tidak akan dikasihi.
Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah saw berpesan supaya kita sentiasa menyuburkan perasaan kasih sayang
sesama makhluk.
Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhary menerusi Yayasan al Bukhari telah menyumbang lebih sejuta ringgit Malaysia
untuk membela nasib anak-anak yatim, warga emas dan sesiapa yang memerlukan bantuan.
Peristiwa Saidina Uthman al Affan membeli Perigi Raumah yang bernilai 35 ribu dirham membuktikan kasih
sayangnya kepada orang ramai.
Ya hadirin, dua contoh yang disebutkan tadi membuktikan akhlak mulia membentuk masyarakat yang
penyayang.
ASPEK 4 ( Akhlak mulia membentuk perpaduan ummah )
Akhlak mulia seperti hormat-menghormati, ziarah-menziarahi, semangat toleransi dan bersatu padu dapat
membentuk perpaduan ummah.
Firman Allah SWT :

Surah Ali Imran ayat 103
Maksudnya : Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.
Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan [ RIMUP ] di sekolah-sekolah merupakan satu
landasan yang murni untuk mewujudkan perpaduan ummah.
Dalam peristiwa Hijrah misalnya, tergambar ikatan kasih sayang golongan Ansar dan Muhajirin yang kukuh dan
padu.

ASPEK 5 ( Akhlak mulia membina ummah berilmu )


Firman Allah SWT :

Surah al Alaq ayat 1
Maksudnya : Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan ( sekalian makhluk )
Ayat di atas membuktikan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Akhlak mulia melahirkan tokohtokoh ilmuan seperti Imam Syafie dan Iman al Bukhari yang berjaya menguasai pelbagai bidang ilmu.

Harian Metro 15 Febuari 2008, memaparkan tentang kecemerlangan Azali Azlan dari SMKA Yan Kedah yang
berjaya memperolehi 21 A dalam SPM 2007. Pelajar ini bukan hanya cemerlang dalam akademik tetapi juga
memiliki akhlak yang mulia. Ini diakui oleh rakan dan guru beliau.
ASPEK 6 ( Akhlak mulia membentuk kepimpinan )
Pemimpin yang berakhlak mulia akan memacu negara ke arah kemajuan dan keharmonian. Tindakan Perdana
Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi membanteras rasuah dan menitik beratkan konsep
Modal Insan adalah bukti kepimpinan terpuji.
Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya: setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu dipertanggungjawabkan ke atas orang yang
dipimpin.
Khalifah Umar al Khattab umpamanya, sering membuat rondaan dan menyamar sebagai rakyat biasa untuk
memastikan beliau melaksanakan tanggungjawab dengan adil.
ASPEK 7 ( Akhlak mulia menjana sifat sabar )
Sifat sabar merupakan salah satu akhlak mulia yang boleh mencetuskan ummah sejahtera.
Firman Allah SWT :

Surah al Insan ayat 12
Maksudnya : Dan kerana kesabaran mereka [ mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya ]
mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan persalinan dari sutera.
Ayuh rakan sekalian, mari sama-sama kita zahirkan kecantikan Islam dengan menjiwai sifat sabar dalam diri
kita. Kita contohi kesabaran Nabi Ayub as agar kita tergolong dalam kalangan umat yang memperolehi
kecemerlangan yang hakiki . Amin

Hadirin sekalian, dengan tujuh aspek yang telah saya sampaikan iaitu jati diri, keluarga bahagia, masyarakat
penyayang, perpaduan, ilmu, kepimpinan dan sifat sabar maka terbuktilah akhlak mulia pencetus ummah
sejahtera. Sekian ,..

Anda mungkin juga menyukai