Anda di halaman 1dari 4

Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillahhirrabbilalamin…

Kalungan aspirasi buat saudara peneraju agenda , kombinasi kehakiman yang pintar laksana ,
saudara penjaga masa yang setia , dif – dif jemputan , para guru pendidik berwawasan
seterusnya teman rakan segandingan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sidang pendengar yang dikasihi sekalian, “Solat membentuk sahsiah yang unggul” ,
demikianlah seuntai mauduk bicara yang saya akan tuntaskan pada hari ini.

Sebelum kita berlayar jauh dalam lautan kata-kata , izinkan saya tebarkan layar definisi tajuk
syarahan saya . Menurut kamus dewan edisi keempat , solat ditakrifkan sebagai suatu
perbuatan dan perkataan tertentu yang merupakan tiang agama dan satu ibadah wajib ke atas
setiap umat Islam manakala sahsiah unggul pula ialah keperibadian serta akhlak yang terpuji
lagi berkualiti.

Maka dapat disimpulkan bahawa ibadah wajib yang diperintah oleh Allah berupaya
membentuk akhlak yang terpuji dan berkualiti.

Warga bestari sekalian ,

Wacana fikrah saya yang pertama ialah solat asas pembentukan akhlak individu.

Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan
seseorang .Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cerminan
daripada apa yang tersemat dalam dirinya.
Sebagaimana menurut Imam Al Ghazali :
Setiap yang ada dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan
sehinggalah setiap pergerakannya adalah berlandaskan kepadanya.

Maka dengan ini apabila akhlak menjadi sebati dalam diri ia akan menzahirkan tindakan
spontan , bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya . Seorang pelajar Islam dikatakan
berakhlak bilamana sering melakukan solat pada waktunya.Berbeza pula jika seseorang
pelajar itu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tetapi akhlaknya membarah teruk
berikutan gagal mengamalkan ibadah yang diperintah oleh Allah.Mereka masih belum
menggapai keserasian antara solat dan akhlak yang terpuji.
Bagaimana mereka hendak mencontohi keperibadian Rasulullah yang terpuji.???
Maka jelaslah , solat memainkan peranan kepada diri seseorang sekaligus membentuk akhlak
yang terpuji.

Wacana fikrah saya yang kedua ialah solat memantapkan iman dan perpaduan ummah.
Dengan solat,iman dapat dimantapkan.
Firman Allah : Surah Al-Ankabut :2

AHASIBANNASU AINY YUTRAKUUUU AINY YAKULUUUU AAMANNA WAHUM


LAA YUFTANUN..
Yang bermaksud : “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan :
kami telah beriman,sedang mereka tidak diuji”.(Surah Al-Ankabut : 2)

Ayat diatas menjelaskan bahawa kemantapan iman seseorang hanya dapat dibuktikan setelah
mereka diuji.Oleh itu, ujian demi ujian yang diterima dalam sesebuah masyarakat mampu
memantapkan iman jika mereka merasakan solat adalah satu cara hidup terpenting yang
mampu mendekatkan diri mereka dengan Allah sekali gus bersatu padu dalam mencapai
keharmonian diri,masyarakat dan negara . Melalui solat berjemaah juga mampu
meningkatkan keimanan dan mengeratkan lagi perpaduan antara ummah jika kesemua umat
Islam berpegang teguh kepada tali (agama) Allah.

Maka,solat merupakan asset kepada memantapkan iman dan perpaduan ummah.


Sidang hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian,
Wacana fikrah saya yang ketiga ialah solat mampu membentuk keupayaan kepimpinan.
Menjadi seorang pemimpin negara yang disegani dan disenangi haruslah mempunyai
keperibadian yang utuh.Maka negara dapat ditadbir dengan lancar.
Firman Allah :Surah Ad-Syura :38

WALLAZINASTAJABU LIRABBIHIM WAAQOMUSSOLATA WAAMRUHUM


SYURAA BAINAHUM WAMIMMA RAZAKNAHUM YUNFIQUN.
Maksudnya : Dan orang-orang yang menyambut perintah Tuhan mereka serta mendirikan
solat dan urusan dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.
Ayat di atas menjelaskan kepentingan solat dalam kepimpinan memenangi hati orang yang
dipimpin.
Sejarah memaparkan kekaguman Richard The Lion Heart – pemimpin kristian terhadap
Sultan Sallehuddin Al-Ayyubi yang berjaya mengambil kembali Al-Aqsa dari penguasaan
Kristian melalui beberapa siri perang salib kerana sifat kepimpinan dan pegangan solat yang
utuh.
Natijahnya , solat mampu membentuk serta memantapkan kepimpinan dalam membangunkan
sesebuah negara.

Para hadirin yang terhormat,


Akhir kalam dapatlah saya simpulkan bahawa sesebuah negara yang maju wujudnya
pemimpin yang berpegang teguh pada agama , justeru itu tidak hairanlah akan lahirnya
masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai jemaah yang tinggi imannya dengan
melakukan solat secara istiqomah.Dalam masa yang sama pemimpin dan masyarakat tersebut
muncul dari individu yang mengamalkan suruhan Allah iaitu rukun Islam kedua sekaligus
dapat membentuk sahsiah yang unggul.Oleh itu,buat ikhtiam kallam,ayuh ummat Islam
sekalian,sedarlah bahawa di antara nikmat Allah yang tidak ternilai adalah pengurniaan solat
dan masa lapang.

Sekian,Wabillah hitaufiq walhidayah Wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai