Anda di halaman 1dari 13

Seminar Kaunseling Keluarga 2008 63

PANDUAN KAUNSELING KELUARGA: TEKNIK PENYAMPAIAN


PENGETAHUAN MENGIKUT PENDEKATAN ISLAM
Mohd Redzwan Bin Abdul Mutalib, 1Mohd Hasbi Bin Mohd Yunus,
2
Sulaiman Shakib Bin Mohd Noor

Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia,


81390 Skudai, Johor Bahru

mredzwan3@siswa.utm.my, 1rpuziah@yahoo.com.my,2shakib@utm.my

ABSTRAK
Proses yang dijalankan dalam kaunseling Islam bertujuan untuk melahirkan insan yang
memahami hubungannya dengan Yang Maha Esa, mengetahui peranannya sebagai khalifah
di muka bumi dan menetapkan matlamat akhir hidupnya. Pendekatan Islam dalam kaunseling
keluarga dapat memberikan peranan bagi menyelesaikan masalah mahupun konflik yang
terjadi dalam rumahtangga. Artikel ini mengetengahkan kaedah kaunseling keluarga
menggunakan Teknik Penyampaian Pengetahuan dalam Teori Kognitif ad-Din yang
disarankan oleh Othman (2005). Diharapkan bekalan pengetahuan mengenai kaunseling
keluarga mengikut pendekatan Islam dapat membantu kaunselor menyampaikan
pengetahuan dengan lebih berkesan.

PENGENALAN

Keluarga adalah di antara institusi yang paling utama dan mulia di dalam kehidupan orang
Islam. Ini kerana keluarga mempunyai peranan paling besar dalam membentuk generasi
sebagai harapan dan benteng negara. Keluarga berjaya akan menjadi keluarga sejahtera dan
kukuh, seterusnya akan menjadikan masyarakat sejahtera dan kukuh. Setiap keluarga yang
diterajui oleh ibu bapa dan dianggotai oleh anak-anak ingin menjadi keluarga bahagia dan
berjaya di dunia dan akhirat. Untuk mencapai kejayaan ini, sudah pastilah sesebuah keluarga
muslim itu menjadikan ajaran Islam sebagai sandarannya (Muhammad, 1997).

Sesebuah keluarga Islam sentiasa berusaha untuk meningkatkan pembangunan


keluarganya. Menurut Zaleha (2005):

“Pembangunan keluarga Islam bermaksud usaha, tindakan dan sebagainya ke arah


menjadikan ahli keluarga (suami, isteri, anak-anak dan rumahtangga) bahagia dan
sejahtera di dunia dan akhirat, kerana Islam menyarankan supaya manusia sentiasa
berdoa untuk kesejahteraan dua alam ini.”

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami dari siksa neraka"
(Surah al-Baqarah : 201)

KAUNSELING DARI PERSPEKTIF ISLAM

Imam al-Ghazali (1979) menyatakan kekeluargaan memainkan peranan yang besar dalam
kehidupan manusia. Semakin luas peranan sesebuah keluarga lebih besar lagi masalah yang
boleh timbul. Terdapat pelbagai kaedah bagi menyelesaikan masalah antaranya dengan
menggunakan pendekatan kaunseling. Menurut Othman (2005),

“kaunseling merupakan proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala bagi
rawatan spesifik untuk menyelesaikan masalah.”
64 Seminar Kaunseling Keluarga 2008

Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka


mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.
(Surah Ar-Ra’ad : 11)

Islam menggalakkan agar manusia membantu manusia lain untuk memperkembangkan


potensi diri sahabat yang lain kerana setiap muslim itu bersaudara. Islam menganjurkan
manusia untuk menggunakan pendekatan berhikmah dalam menegur dan meningkatkan
potensi dan perkembangan individu untuk terus membuat kebaikan dan mejauhi larangan
Allah S.W.T. seperti yang terkandung dalam Kitabullah yang bermaksud:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik
dan bantahlah mereka dengan cara yang baik”.
(Surah An-Nahl : 125)

Hadis Nabi Muhammad s.a.w. pula :

“Perbuatan yang baik terhadap saudara kamu ialah bimbingan kamu kepada sesiapa
yang kehilangan panduan”
(Riwayat Abu Dzar)

Menurut Sapora et al., (2006), kaunseling Islam bermaksud “satu proses psikososial yang
berlaku dalam bentuk bersemuka antara kaunselor dan klien. Dalam proses itu teknik dan
kaedah teknikal yang profesional digunakan bagi tujuan menolong klien untuk menghadapi
masalah dengan kaedah penyesuaian langsung, menolong memahami dirinya dan
keluarganya, menambah kebolehan dan minat serta menggalakkan untuk menerima taqdir
Allah kepadanya”.

Definisi di atas dapat dirumuskan sebagai satu perkhidmatan untuk kebajikan manusia
supaya menerima kebenaran serta menuntut supaya bertanggungjawab untuk membimbing
dan mengenali diri dan ahli keluarganya dalam mencari keredhaan Allah dan menguruskan
kehidupan keluarga mereka ke arah kekhalifahan sambil membuat persiapan untuk
kehidupan di akhirat kelak”.

PANDUAN TEKNIK PENYAMPAIAN PENGETAHUAN DALAM TERAPI KAUNSELING


KELUARGA MENGIKUT PENDEKATAN ISLAM

Terapi bertujuan melahirkan satu kesedaran baru dengan menggunakan tekad dan akal klien
bagi menjana perubahan dalam diri klien. Terdapat pelbagai teknik kaunseling dalam Islam
bagi menyelesaikan masalah dalam keluarga yang disarankan oleh Othman (2005).
Antaranya teknik menggunakan kebijaksanaan akal, pentafsiran ke atas penceritaan,
penggunaan kiasan metafora dan analogi, teknik pelbagai tugas multitasking, teknik kawalan
ke hadapan dan teknik penyempaian pengetahuan. Kertas kerja ini serba sedikit akan
memperincikan teknik penyampaian pengetahuan oleh kaunselor dalam sesi kaunseling
keluarga. Perincian yang dapat dinyatakan adalah penyerahan diri kepada Allah, zikir dan
doa, serta terapi melalui kesedaran menyempurnakan ibadat solat, puasa, zakat dan haji.

Penyerahan Diri Kepada Allah


Islam bererti penyerahan, iaitu penyerahan diri secara menyeluruh kepada Allah SWT.
Penyerahan diri yang bererti kerelaan untuk memasuki “daerah atau liputan Ilahi” yang
terpelihara dan selamat. Ia merangkumi tiga ciri utama iaitu aqidah, akhlak dan sistem
perundangan yang terpelihara (Haron, 2001).

Islam menekankan syarat utama bagi setiap muslim adalah menyerahkan diri kepada Allah
dengan sebenar-benarnya dengan jalan mengabdikan diri kepada Allah, menjaga hubungan
antara makhluk dengan penciptanya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Seminar Kaunseling Keluarga 2008 65

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah
kepada-Ku”
(Surah Adz-Dzariyat: 56)

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk
menyerukan): ‘abdikanlah diri kepada Allah, dan jauhilah thaghut’.”
(Surah An-Nahl: 36)

Sesebuah keluarga yang mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. akan mendapat beberapa
kesan dalam keluarganya antaranya mentaati perintah Allah dengan menjauhi larangan-Nya
dan mencegah kemungkaran. Selain itu, keluarga yang mengabdikan diri kepada Allah akan
membentuk akhlak dan melatih jiwa yang murni, membentuk masyarakat yang produktif
individu berusaha bersungguh-sungguh untuk dikira sebagai ibadah bagi mencapai
keredhaan-Nya (Yusuf, 2007).

Manusia sebagai Khalifah


Allah S.W.T. telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Diberikan kepadanya
keistimewaan yang tidak terdapat pada makhluk yang lain, dimuliakan manusia itu sesuai
dengan sifatnya sebagai ‘Khalifah Allah’ di bumi untuk memakmurkannya berdasarkan
kepada kehendak, demi kemakmuran dan kebahagiaan manusia seluruhnya (Harun, 2001).
Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya


(dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”
(Surah at-Tin : 4)

Demi mencapai kebahagiaan dalam kehidupan sesebuah keluarga itu, manusia yang menjadi
Khalifah Allah perlu mengenalpasti tanggungjawabnya dalam kehidupan. Antara
tanggungjawab itu adalah:

Tanggungjawab Terhadap Keluarga


Sebuah keluarga biasanya terdiri daripada ibubapa, suami, isteri dan juga anak-anak.
Keharmonian dan kesejahteraan keluarga hanya akan terbina apabila setiap mereka
melaksanakan tanggungjawab masing-masing kepada mereka yang berhak. Adalah menjadi
tanggungjawab bagi setiap anggota keluarga untuk memastikan mereka terpelihara daripada
azab api neraka. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.”
(Surah at-Tahrim : 6)

Tanggungjawab Ibubapa Terhadap anak-anak


Anak-anak adalah penyejuk mata ibubapa dan buah hati dalam kehidupan seseorang. Ke
atas mereka inilah digantungkan cita-citanya dan dengan berkat merekalah diperolehi rezeki.
Tanggungjawab ibubapa yang paling utama terhadap anak-anak mereka ialah untuk
memastikan agar mereka beriman kepada Allah SWT dan tidak sekali-kali mensyirikkan-Nya.
Muhammad (1999) Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi


pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah,
Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang
besar".
(Surah Luqman : 13)

Ibubapa juga mestilah melatih anak-anak mereka mengerjakan solat bermula dari umur
mereka tujuh tahun. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :

“Ajarlah anak kamu melakukan solat bila berusia tujuh tahun dan pukullah jika ia tidak
solat bila berumur sepuluh tahun”.
(Riwayat Abi Daud)
66 Seminar Kaunseling Keluarga 2008

Akhlak yang mulia seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. perlulah disemai ke dalam
jiwa anak-anak. Ibubapa sewajarnya menunjukkan contoh teladan kepada anak-anak mereka
dengan mereka sendiri beramal dengan akhlak Islam di dalam cara hidup mereka seharian.
Ibubapa juga mestilah memberikan didikan dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-
anak mereka, agar mereka dapat membesar dengan sempurna dan mampu menjadi orang
yang berguna kepada agama, bangsa dan tanahair mereka (Muhammad, 1981).

Apabila ibubapa mengabaikan pendidikan yang sempurna terhadap anak-anaknya, lupa dan
membiarkan mereka membesar tanpa petunjuk serta melepaskan tanggungjawab tersebut
kepada guru di sekolah akan menjadikan kehidupan anak-anak terumbang-ambing tanpa
sebarang panduan agama yang kukuh daripada zaman kanak-kanak. Apabila dewasa, anak-
anak akan bertindak di luar hukum agama dan mengikut naluri bebas tanpa diberi panduan
oleh ibu bapa. Nescaya mereka nanti akan menjadi beban dan bencana yang berat kepada
ibubapa dan masyarakat (Yusuf, 2007).

Tanggungjawab Anak kepada Ibubapa


Sesungguhnya satu sifat yang paling menonjol dari sifat-sifat muslim yang sebenar ialah
berbuat baik, ihsan dan berjasa kepada ibubapanya. Setiap anak mempunyai tanggungjawab
yang besar kepada ibubapa mereka (Muhammad Thalib, 1999). Firman Allah SWT yang
menjelaskan kewajipan berbuat baik kepada kedua ibubapa yang bermaksud:

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun.


dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa....”.
(Surah an-Nisa’ : 36)

Berbakti kepada kedua ibubapa bukan hanya ketika mereka masih hidup sahaja, bahkan
ketika mereka sudah meninggal dunia. Antara cara berbakti kepada ibubapa ketika hayat
mereka ialah dengan mentaati mereka selama mana ia tidak bercanggah dengan perintah
Allah SWT, berkorban harta, jiwa dan raga serta bersikap lemah lembut dengan mereka.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyembah selain Dia dan
hendaklah berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang
di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam
pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya
perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada
mereka perkataan yang mulia”.

(Surah al-Isra’ : 23)

Sementara itu, cara untuk berbakti kepada kedua ibubapa sesudah ketiadaan mereka ialah
dengan sentiasa berdoa untuk kebahagiaan ruh mereka, menunaikan janji dan hutang
mereka, mengeratkan hubungan silaturrahim dengan sahabat taulan mereka (Muhammad,
1997).

Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri


Suami berkewajipan untuk mendidik isterinya dengan baik dan berlaku terhadapnya kerana
isteri adalah amanah Allah SWT ke atas para suami. Suami juga bertanggungjawab untuk
memberi nafkah perbelanjaan kepada isteri meliputi makanan, pakaian dan tempat tinggal,
menurut tahap kemampuan mereka (La Rose, t.t).

Selain dari itu, suami juga mestilah memberi didikan yang sempurna kepada isteri
terutamanya dalam hal-hal fardhu ain. Jika suami tidak arif tentangnya dia perlu
membenarkan isterinya pergi belajar diluar rumah. Seorang isteri berhak untuk dipergauli
dengan baik dan diberi layanan yang sempurna, dan adil terutamanya apabila suami
mempunyai lebih dari seorang isteri (Muhammad, 1997).
Seminar Kaunseling Keluarga 2008 67

Tanggungjawab Isteri kepada Suami


Perkahwinan dalam Islam membolehkan manusia mententeramkan jiwanya, memupuk kasih
sayang, hidup dalam keadaan harmoni, tolong menolong, bertolak ansur, nasihat menasihati
supaya keduanya mampu membina satu suasana yang indah, mesra dan penuh kasih
sayang. Isteri yang solehah adalah kesenangan hidup yang utama dan nikmat Allah yang
terbesar kepada suami. Ini adalah kerana isteri akan menjadi punca ketenteraman jiwa dari
segala kesusahan hidup dan keletihan mencari rezeki. Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik perhiasan ialah isteri yang solehah” (Riwayat
Muslim)

Isteri bertanggungjawab untuk taat kepada suaminya dalam perkara yang tidak bertentangan
dengan syara’. Kesucian diri mereka perlulah dipelihara setiap masa sebagai bukti
ketaatsetiaan mereka yang tidak berbelah bagi kepada suami mereka (Muhammad,
1997).

Apabila setiap ahli keluarga mengetahui peranan dan tanggungjawabnya dalam sesebuah
keluarga tersebut, maka segala permasalahan ataupun konflik yang berlaku dalam keluarga
itu dapat diselesaikan oleh kaunselor dengan menerangkan peranan setiap individu.

Kemahiran Keibubapaan
Berdasarkan pandangan Islam kemahiran keibubapaan yang perlu dikuasai ialah:

Model Ibu bapa Yang Salih.


Ibu bapa yang salih adalah merujuk kepada ibu bapa yang taat menghayati ajaran Islam. Ibu
bapa yang salih adalah model terbaik untuk memberi pendidikan agama kepada anak-anak.
Zakiah Darajat (1983) (dalam Ghafani, 2008) menyatakan bahawa:

“yang dimaksudkan dengan didikan agama bukanlah pendidikan agama yang diberi
oleh guru-guru di sekolah sahaja. Apa yang penting adalah penanaman jiwa agama
yang dimulai dari rumahtangga, semenjak anak masih kecil dengan cara
membiasakan anak dengan tingkahlaku dan aktiviti yang baik.”

Walau bagaimanapun, amat dikesalkan sekali terdapat ibu bapa yang tidak memahami ajaran
agama yang dianutinya, selain itu terdapat juga ibu bapa yang memandang rendah ajaran
agama malah tidak melaksanakan langsung ajaran agama tersebut. Apabila manusia tidak
mengenali ajaran agamanya, maka lemahlah hati nuraninya. Jika hati nuraninya lemah,
kawalan hatinya juga lemah. Maka desakan kearah kejahatan mudah dipengaruhi.

Untuk menjauhi anak daripada jahat tabiatnya maka ibu bapa hendaklah membiasakan dan
melatihkan anak mengamalkan sifat-sifat terpuji seperti tolong menolong, beramah, jujur,
menghormati ibu bapa atau orang tua, kasih sayang, berjimat cermat, malu, membuat
kebajikan dan sebagainya (Nazilah, 2005)

Mendisiplinkan Anak Dengan Kasih Sayang


Disiplin adalah merujuk kepada kaedah untuk melatih dan mempastikan anak mematuhi
peraturan tertentu. Disiplin bukanlah bermakna menggunakan kekerasan. Satu kesilapan
besar ibu bapa yang mendisiplinkan anak dengan cara memaki hamun, cacian, kutukan dan
kekerasan kerana perbuatan itu dianggap mendera anak secara mental, fizikal dan akan
merendahkan harga diri anak.

Cara paling baik mendisiplinkan anak ialah dengan kasih sayang. Ibu bapa perlu secara
tegas memberitahu anak bahawa ibu bapa lebih merasa senang hati, gembira, ceria dan
sukacita jika anak melakukan sesuatu perkara positif. Anak juga perlu dilatih membuat
kebajikan, dan pada masa yang sama ganjaran atau pujian perlu diberi bila anak membuat
kebaikan sebagai usaha memperkukuhkan tingkah laku positif (Noraini, 2003).

Namun Islam tidak menolak peneguhan disiplin melalui hukuman. Hukuman rotan yang
diberikan kepada anak-anak bukan beserta perasaan emosi marah atau melepaskan geram.
68 Seminar Kaunseling Keluarga 2008

Islam mengajar ibu bapa untuk memberikan hukuman rotan itu dengan penuh kasih sayang
sambil memberikan motivasi dan semangat kepada anak tersebut untuk melakukan amal
ibadat. Hassan (1996).Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Ajarlah anak kamu melakukan solat bila berusia tujuh tahun dan pukullah jika ia tidak
solat bila berumur sepuluh tahun”.
(Riwayat Abi Daud)

Terima Anak Tanpa Syarat


Walau jahat mana sekalipun seseorang anak itu, menjadi kewajipan ibu bapa untuk memberi
bimbingan serta menjaga kebajikannya. Dalam masyarakat kita hari ini, terdapat ibu bapa
yang bertindak melampau yang bercanggah dengan Islam seperti menghalau anak dari
rumah, tidak mengaku anak atau mencederakannya sekiranya anak itu melakukan kejahatan
atau kejahatan (Nazilah, 2005).

Ibu bapa yang cemerlang adalah ibu bapa boleh yang mengadakan sendiri kaunseling
terhadap anak yang bermasalah. Langkah kaunseling itu boleh di buat dengan cara:

• Mewujudkan hubungan yang rapat dan mesra supaya anak-anak bebas untuk
meluahkan perasaan dan pendapat mereka kepada ibu bapa.
• Sekiranya terdapat permasalahan atau kesilapan, ibu bapa meminta anak dengan
lemah lembut untuk anak tersebut memberi penerangan dan penjelasan terhadap
masalah tersebut.
• Kemahiran mendengar yang tinggi dapat membantu anak tersebut untuk membuat
gambaran dan mengenalpasti masalah yang dihadapi olehnya.
• Teknik yang baik sebagai ibu bapa dengan meminta anak tersebut memberikan
pendapat sendiri untuk mengatasi permasalahan itu dan alternatif-alternatif yang
mampu untuk dilaksanakan.
• Jika didapati anak telah celik akal atau menyesal di atas kesalahannya, ibu bapa
boleh meminta anak membuat ikrar atau bertaubat tidak melakukan lagi perbuatan
yang tidak diingini itu. Sapora et al (2006)

Memenuhi Masa Lapang Bersama Anak


Kebanyakan ibu bapa kini terlalu mementingkan kerjaya atau pekerjaan sehingga
mengabaikan keluarganya. Anak yang meningkat usia amat memerlukan perhatian dan kasih
sayang ibu bapa. Keinginan anak untuk bercakap-cakap, bermesra dan bermain bersama
dengan ibu bapa seolah-olah anak menghulurkan tangan bagi meraih kasih sayang. Apa
yang penting ialah kualiti masa yang diperuntukkan.

Kesempatan terbaik bagi ibu bapa untuk memenuhi masa lapang bersama anak ialah
sembahyang berjemaah, makan bersama, membaca al-Qur’an bersama, bersukan bersama,
dan sebagainya. Hubungan akrab ibu bapa dan anak akan memudahkan anak taat perintah
ibu bapa, kerana telah wujud perasaan saling hormat antara satu sama lain (Azma Mahmood,
2008).

Mengambil Berat Pergerakan Anak


Ibu bapa perlu bijak membaca setiap pergerakan anak. Perlakuan atau isyarat tertentu boleh
memberi gambaran tahap perkembangan anak. Antara perkara yang perlu diambil berat oleh
ibu bapa ialah:
• Mengenali rakan sebaya dan aktiviti mereka
• Memastikan fesyen pakaian, rambut, kasut dan keadaan fizikalnya
• Mengenal pasti tingkah laku seperti keceriaan, kesedihan, pendiam dan
sebagainya
• Memastikan kemampuan anak untuk membezakan perkara yang baik dan buruk
• Mengetahui siapakah lebih berpengaruh terhadap dirinya. Ibu bapa, guru-gurunya
atau rakan sebaya
• Memastikan keupayaannya untuk berdikari.

Kemahiran ini amat penting untuk ibu bapa kuasai supaya tingkah laku mereka terbatas dan
tidak melakukan perkara yang tidak wajar atau negatif (Rosmah Dain, 2005).
Seminar Kaunseling Keluarga 2008 69

Kesabaran
Tiap-tiap anak walaupun dalam satu keluarga, mempunyai personaliti yang unik dan berbeza-
beza. Ibu bapa tidak memperolehi faedah dengan mencaci, memarahi dan mengutuk anak
kerana anak tidak dapat membaca dan memahami kehendak ibu bapa. Dalam Islam,
kesabaran adalah salah satu tanda beriman. Kesilapan memberi bimbingan dan kaunseling
boleh memudaratkan diri ibu bapa itu sendiri kelak (Rosmah Dain, 2005).

Kisah yang dapat kita jadikan contoh adalah kisah Nabi Nuh a.s. yang gagal memujuk isteri
dan anaknya memeluk Islam. Begitu juga Rasulullah s.a.w. gagal memujuk bapa saudaranya
Abu Talib kembali ke pangkuan Islam. Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah


petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam) tetapi Allah
jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendakinya, dan dialah jua yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat
hidayah petunjuk.”
(Surah Al-Qasas: 56)

Mengamalkan Ajaran Islam


Islam adalah agama tauhid, yakni agama yang berasaskan iman kepada keesaan Allah Yang
Maha Kuasa. Tauhid merupakan pengantar untuk mencapai kebahagiaan dalam sesebuah
keluarga. Tauhid yang meresap ke dalam hati nurani dan melahirkan kesan kepada seluruh
tingkah laku serta kehidupan. Tauhid bermaksud meng-Esakan Allah sewaktu melakukan
segala ibadah yang disyariatkan Islam (Muhammad, 2002).

Solat Dan Hikmahnya


Solat menurut bahasa Arab ialah doa. Dalam istilah syarak pula solat ibadat yang tersusun
dari beberapa perkataan dan perbuatan dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam,
mengikut syarat-syarat tertentu (Ahmad, 1996).

Solat merupakan ibadat yang asasi dalam perhubungan di antara manusia dengan Allah.
Ibadat solat menjadikan manusia mengingati Allah, menghidupkan pengakuan iman di dalam
hati, menambah keyakinan kepada rasul, kitab Allah seterusnya membawa manusia ke jalan
yang diberi petunjuk oleh Allah SWT. Solat merupakan perbuatan secara amali yang dapat
menunjukkan keimanan kerana Allah (Abul Hasan, 1978). Solat menjadi tiang dalam
beragama, sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. :

“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakan solat ia telah mendirikan agama,
barangsiapa yang meninggalkan solat, bahawa sesungguhnya dia telah merobohkan
tiang agama”.
(Riwayat Muttafaqun A’laih)

Solat memberi kesan terhadap pembersihan diri dan mengawalnya daripada terjerumus ke
dalam lembah kehinaan atau keburukan serta membersihkan manusia daripada naluri-naluri
yang tidak sihat. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan
mungkar.”
(Surah Al-Ankabut : 45)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan resah gelisah, apabila ia ditimpa kesusahan, ia


sangat resah dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut, kecuali
orang-orang yang mengerjakan solat.”
(Surah Al-Ma’arij : 19-22)

Mengikut jejak langkah baginda Rasulullah SAW, bila berlaku kecemasan baginda solat dan
berkata yang bermaksud: “Allah menjadikan ketenangan mataku di dalam solat.”
Berpandukan firman Allah yang bermaksud:
70 Seminar Kaunseling Keluarga 2008

“Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan mengerjakan solat.”


(Surah Al-Baqarah : 153)

Menurut Imam Ghazali (1997) solat berjemaah ialah solat yang dilakukan secara beramai-
ramai yang terdiri daripada imam dan makmum. Hukumnya fardu kifayah. Menunaikannya
mendapat ganjaran iaitu 27 kali ganda darjaatnya daripada solat berseorangan sebagaimana
sabda Rasulullah saw:

"Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda
pahalanya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebagai contoh, solat berjemaah akan lahir sebuah keluarga yang taat pada Allah S.W.T.
dengan disiplin masa apabila masuk waktu, memupuk kepimpinan (imam) dan ketaatan
sebagai pengikut (makmum) dan berdidiplin semasa membuat barisan (saf) solat berjemaah
dilaksanakan. Ia juga dapat memupuk ikatan kekeluargaan yang lebih erat kalangan ahli
keluarga. Di akhir solat berjemaah, ibu bapa dapat menerapkan nilai-nilai murni untuk
membentuk anak-anak yang menghormati orang tua (bersalaman) dan membentuk diri
supaya sentiasa peka dengan keadaan semasa dalam berkeluarga dan masyarakat
(tazkirah) dan berkongsi masalah serta keprihatinan mengenai keadaan semasa keluarga
(muzakarah) (Muhammad, 2001).

Puasa dan Hikmahnya


Pengertian puasa menurut bahasa iaitu mengekang ataupun menahan, meninggalkan
kebiasaan yang biasa dilakukan, umpamanya makan, minum dan lain-lain. Dari sudut syara’
pula puasa ialah mengerjakan puasa dengan memenuhi syarat dan rukunnya, meninggalkan
makan, minum dan berjima’ di siang hari dimulai dari terbit fajar hingga waktu matahari
terbenam. Diwajibkan kepada orang yang telah dewasa (lelaki dan perempuan) dan berakal
yang disebut dengan mukallaf (Imam al-Ghazali, 1997). Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa pada bulan
Ramadhan seperti orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertambah
keimanan”.
(Surah al-Baqarah : 183)

Puasa merupakan tarbiyah (latihan) diri, membersihkan hati, dan mengurangkan kesedapan
makan dan minum. Tapi berpuasa ini tidak dimaksudkan hanya untuk menghalang mengisi
perut semata-mata, malah lebih daripada itu untuk membersihkannya. Berpuasa juga dapat
membersihkan badan daripada sisa-sisa makanan dan kotoran yang disebabkan makanan.
Selain itu, dapat pula mengurangkan kolestrol atau lemak-lemak dalam badan.

Puasa juga merupakan cara atau latihan membiasakan sifat sabar, supaya dapat mengawal
diri dan mendidik manusia memiliki tabiat dan kebiasaan taqwa dan iman. Walaupun di
hadapannya ada makanan dan minuman yang lazat, tetapi ia tidak memakan atau
meminumnya kerana kekuatan aqidah telah berada dalam hatinya yang dapat menahannya
daripada mengerjakan hal-hal yang diinginkan oleh nafsunya.

Puasa juga dimaksudkan untuk menyuburkan sikap kasih sayang dan lemah lembut sesama
insan. Pengalaman seseorang tentang lapar dapat menumbuhkan perasaan penanggungan
dan memudahkannya menghulurkan pertolongan kepada fakir miskin yang berhajat dan
kurang bernasib baik (Muhammad, 1991)

Kesimpulannya, puasa merupakan satu jalan untuk mendidik dan merekrut ahli keluarga
dalam banyak perkara. Bukan sekadar menahan lapar daripada makan dan minum sahaja,
tetapi lebih kepada menahan lidah, mata, hati serta anggota-anggota yang lain daripada
melakukan pekerjaan yang diharamkan oleh Allah SWT.
Seminar Kaunseling Keluarga 2008 71

Zakat dan Hikmahnya


Zakat hanya diwajibkan ke atas orang-orang yang mampu, untuk membersihkan diri mereka
daripada sifat kedekut, kerakusan dalam mencari kekayaan dan melenyapkan egoisme.
Dengan mengeluarkan zakat, mereka menjadi orang-orang yang mengambil berat
permasalahan saudara-saudara mereka yang dalam kesusahan. Firman Allah S.W.T. yang
bermaksud:

“....dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang
berbahagia”.
(Surah al-Hasy : 9)

Tujuan zakat ialah untuk menghapuskan kemiskinan dan kefakiran dan untuk melenyapkan
fitnah dalam masyarakat. Dengan zakat dapat mententeramkan keadaan masyarakat
setempat tanpa pertumpahan darah, perompakan atau penyamunan akibat perasaan kasih
sayang dan ingin melindungi masyarakat di sekelilingnya. Ia menandakan kesyukuran di atas
nikmat yang telah Allah kurniakan kepada seseorang hamba. Zakat dapat melatih ahli
keluarga untuk menghayati falsafah melayu, ‘tangan yang memberi, lebih baik dari yang
menerima” kepada mereka yang memerlukan (Al-GhazaIi, 1997).

Ahli keluarga yang mempunyai masalah tertentu dapat mengambil contoh di atas kesedaran
diri bahawa tidak semua manusia itu memiliki apa yang dihajati olehnya. Mereka juga dapat
menginsafi bahawa ramai lagi manusia yang mempunyai masalah yang lebih teruk dari
dirinya.

Haji dan Hikmahnya


Pada waktu musim haji, kaum muslimin daripada timur atau barat berhimpun di tempat yang
sama iaitu Makkah. Mereka sama-sama menyebut nama Allah, menunaikan ibadat dan
mengetepikan segala permasalahan dunia. Pada waktu haji seseorang Muslim dapat
menyaksikan kiblat di hadapan mata yang mana sebelum menunaikan haji ia melakukan
solat lima waktu sehari semalam dengan menuju ke arah tempat itu (ka’bah).

Peristiwa haji ini amat berkesan bagi seseorang individu sebagai pendidikan untuk
menyempurnakan akhlaknya dan meluruskan tindak tanduknya selepas mengerjakan haji.
Dalam mengerjakan haji, mereka datang bertamu kepada Tuhan mereka sambil
memperkenankan seruan moyang mereka iaitu Nabi Allah Ibrahim a.s. Mereka berdiri di
tempat yang sama, melakukan tawaf di tempat yang sama, bersa’i juga di tempat yang sama
dan sama-sama menghadapkan jiwa mereka kepada Allah. Hati mereka dipenuhi
kekhusyukan dengan pakaian yang seragam dan menggunakan seruan talbiyah yang serupa.
Inilah keistimewaan yang besar dalam mengerjakan ibadat haji (Muhammad, 1991).

Haji membentuk ahli keluarga agar lebih berfokus dalam melakukan sesuatu perkara dan
dapat membentuk disiplin dalam kehidupan. Masalah mungkin timbul dalam keluarga jika
terdapat salah seorang ahli keluarga yang berasa takbur dengan dirinya. Maka haji adalah
penawar bagi penyakit tersebut.

Doa
Doa merupakan senjata bagi setiap mukmin. Doa adalah pengakuan hamba terhadap
kekuasaan Allah yang mutlak ke atas segala yang berlaku, manakala dari sudut lain ia dilihat
sebagai bentuk pengabdian seseorang hamba (Muhidir, 2008).

Sementara itu, doa adalah penggerak dalaman yang memberikan motivasi, kekuatan,
keyakinan harapan dan keberkatan dalam setiap perbuatan untuk mencapai matlamat dan
tujuan yang dicita-citakan. Kelebihan berdoa itu pula amat besar dan banyak sekali. Melalui
doa, keampunan dan rahmat diperolehi dan melalui doa juga musibah dan kesusahan
terhindar. Berdoa merupakan tanda ingatan hamba kepada Allah (Yusuf, 2007). Allah
berfirman yang bermaksud:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka (jawablah),


bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan doa apabila ia
72 Seminar Kaunseling Keluarga 2008

memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) dan


hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka berada dalam kebenaran".
(Surah Al-Baqarah : 186)

Jika keluarga dilanda masalah, mereka menghampirkan diri kepada Allah dengan berdoa
seikhlas hati agar segala masalah yang terjadi dapat diselesaikan. Doa ini menunjukkan
kepasrahan dari seorang hamba kepada tuhannya. Mereka yakin bahawa Allah telah
menentukan perjalanan hidup manusia dari sejak kelahiran sehinggalah ke hari kiamat.
Malahan segala permasalahan yang berlaku dalam kehidupan manusia juga telah ditentukan
Allah. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dia Telah menciptakan segala sesuatu, dan dia menetapkan ukuran-ukurannya


dengan serapi-rapinya”.
(Surah al-Furqan : 2)

Zikir
Menurut Aboebakar (1993) kaedah penting untuk merawat hati dan meningkatkan tingkatan
nafsu adalah dengan zikir. Dalam diri manusia terdapat dua naluri yang selalu bersaing untuk
mempengaruhi tabiat manusia. Dua naluri itu bersaing untuk menunjuk dan mempengaruhi
hati. Imam Ghazali (1994) menyatakan hati dalam tubuh manusia diibaratkan sebagai raja
yang mengarah dan mengawal tabiat manusia. Dua pengaruh yang terdapat dalam diri
manusia adalah sifat kemalaikatan dan sifat kehaiwanan atau kesyaitanan (Mohamed Sharif
dan Sulaiman, 2003). Manakala Frued dalam teori kaunselingnya menyatakan “hati dalam
diri menusia dikenali sebagai ‘Super ego’”. Dia menjadi perantaraan untuk bertindak sebagai
pembuat keputusan manusia sama ada baik atau buruk, betul atau salah. Penemuan Frued
itu adalah menyokong pendapat yang telah dikemukakan Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:

“Dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging apabila ia baik, maka baiklah
seluruh badan. Jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan. Itulah hati.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Oleh itu, hati harus diisi dengan sesuatu yang bermanfaat. Manusia yang mengisi hati itu
dengan kalimah-kalimah Allah, maka orang itu menjadi baik. Tetapi jika hati tidak diisi dengan
agama, orang itu menjadi mudah mengikut jejak langkah syaitan. Dengan mengisi kalimah
Allah di hati seperti mengisi hati dengan Allah, sentiasa bersama Allah dan tidak memberi
tempat langsung kepada syaitan mempengaruhinya (Ibnu Qayyim, 2004). Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Qur’an) Yang Maha


Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan
menyesatkannya) lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang
daripadanya.”
(Surah Al-Zukhruf:36)

Berzikir adalah suatu cara untuk hamba mendekatkan dengan Tuhannya. Apabila seorang
hamba dekat dengan Tuhannya maka segala hajat yang dipohon dan diinginkan pasti
termakbul. Hakim (2005) Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam hadis Qudsi yang
bermaksud:

“….dan Aku bersamanya sewaktu ia berzikir.”


( Riwayat Muslim)

Berzikir sepanjang masa dan ketika adalah satu kaedah yang berkesan untuk seseorang
hamba menggilapkan hatinya supaya bebas dari gangguan syaitan. Firman Allah S.W.T.
yang bermaksud:

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya


merugilah orang yang mengotorinya”.
(Surah Asy-Syams: 9-10)
Seminar Kaunseling Keluarga 2008 73

Antara zikir yang digalakkan oleh Imam al-Ghazali (1994) untuk membersihkan jiwa adalah
dengan menyebut nama ALLAH dengan sebanyak-banyaknya. Firman Allah S.W.T. yang
bernaksud:

“…Sesungguhnya mengingat Allah adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-


ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah Al-Ankabut:45)

Menurut Abu Sangklan (2006) pula, zikir merupakan salah satu bentuk meditasi yang
diamalkan seperti dalam agama lain seperti yoga, sami dan sebagainya. Sewaktu manusia
berzikir, terdapat satu titik dalam otak yang akan berkembang aktif. Perkembangan otak ini
menjadikan manusia untuk lebih berfikiran positif dan suka kepada kebaikan. Zikir dapat
membentuk keinsafan dan kesedaran diri supaya berlaku jujur, membuat baik kepada dua
ibubapa, memelihara kesucian diri, kasih sayang dan mendekati kepada aktiviti terpuji yang
lain. Zikirlah yang menjadi pembersihan jiwa yang utama Imam al-Ghazali, 1994).

KESIMPULAN

Teknik Penyampaian Maklumat merupakan pendekatan kaunseling keluarga yang bersifat


mendidik dan membimbing ahli keluarga bagi memahami ajaran Islam. Kaunselor juga perlu
berusaha untuk menanamkan rasa penerimaan Qada’ dan Qadar Ilahi dan melaksanakan
titah perintah Ilahi. Dengan cara itu, Insya-Allah masalah dan konflik dalam kekeluargaan
dapat diselesaikan.

RUJUKAN

Abdullah Zaidi Hassan (1989). Zikir : Fadhilat dan Kaifiyyat. Frontier Enterprise, Kuala
Lumpur.

Abdul Qadir al-Jailani (2003). Wasiat dan Nasihat Kerohanian. al-Hidayah Publisher, KL.

Aboebakar Atjeh (1993). Pengantar Ilmu Tarekat dan Tasawuf. Pustaka Aman Press, Kota
Bahru, Kelantan.

Abul Hasan Ali An-Nadwi (1978). Empat Tiang Agama. Terjemahan Hery Noer Ali, Saifullah
Kamalie, Lies Smith. Gema Risalah Press,Bandung.

Abul Khairi Al-Latifi (2002). Mustika Hadis Qudsi (Jilid 2). Al-Hidayah Publisher, Kuala
Lumpur.

Ahmad Kamil Syahid (2003). Rahsia & Keistimewaan Solat Berjemaah. Jasmin Enterprise,
KL.

Abu Sangklan (2006). Berguru Kepada Allah. Yayasan Shalat Khusyu’, Jakarta.

Azma Mahmood (2008) Cabaran Ibu Membentuk Generasi Bertaqwa,


http://jendelahikmah05.blogspot.com

Ghafani Awang Teh (2008), Kenakalan Remaja Daripada Perspektif Islam,


http://www.scribd.com/doc/2677205

Hakim Moinuddin Chishti (2005). Kitab Ilmu Perubatan Kesufian. Terjemahan oleh Razali Md
Isa, Thinker Library Sdn. Bhd. Batu Caves Selangor.

Haron Din, (2001). Manusia dan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka, Hulu Kelang, Selangor.

Hassan Al-Asymawi (1996). Mengajar dan Mendidik Anak-anak Menghayati Islam.


Terjemahan Pustaka Ilmi, Batu Caves.
74 Seminar Kaunseling Keluarga 2008

Ibnu Qayyim al-Jauziyah (2004). Kunci Kebahagiaan. Terjemahan Abdul Hayyie al-Katani,
Akbar Media Eka Sarana, Jakarta

Ibnu Taimiyah (1994). Amar Ma’ruf Nahi Mungkar. Terjemahan Drs. Ahmad Rafaai b Ayudin
dan Drs Ab Latif b. Hamid, Penerbitan al-Ramad

Imam al-Ghazali (1994). Mencari Jalan Kebahagiaan. Terjemahan Drs. Ahmad Rafaai b
Ayudin, Saiman b. Marjuki dan Drs Ab. Latif b. Hamid, Penerbitan al-Kautsar, Kuala Lumpur

Imam al-Ghazali (1979). Kimia Kebahagiaan. Terjemahan Haidar Bagir, Penerbit MIZAN,
Bandung.

Imam al-Ghazali (1997). Ihya’ Ulumuddin. Susunan Sheikh Muhammad Jamaluddin Al-
Qasimi Ad-Dimasyqi, Klang Book Centre, Klang, Selangor

Imam an-Nawawi (1985). Raudhah al-Talibin. al-Maktab al-Islami, Beirut

La Rose (t.t). Dunia Wanita. Ciptaan Jiwa Seni Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mohamed Sharif Mustaffa & Sulaiman Shakib (2003). Perbandingan Konsep Manusia Antara
Carl Rogers dengan Al-Ghazali Menurut Perpektif Kaunseling. Pembentangan Kertas Kerja di

Konvensyen PERKAMA Kali Ke-8, Hotel Eden Garden, Johor Bahru, 25-27 Jun

Mohd Nor Mamat, Mujaini Tarimin, Fatimah Salleh, Azizon Salleh (2002). Insan dan Manhaj
Ketuhanan 1. Pusat Pendidikan Islam Universiti Teknologi MARA.

Muhammad Abdullah Nashih Ulwan (1981). Pedoman Pendidikan Anak Dalam Islam : Jilid 1.
Terjemahan Drs. Saifullah Kamalie, Drs Noer Ali, Terbitan As-Syifa’ Darul Fikr, KL.

Muhammad Abd Rauf (1997). Wanita & Keluarga dari Pandangan Islam. Terjemahan Mahani
Che Ibrahim, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Muhammad Isa Selamat (1991). Panduan Amalan Harian. Darul Nu’man, Kuala Lumpur

Muhammad Ramli (2002). Sifat 20 Keagungan Sifat dan Keesaan-Nya. Al-Falah Publications,
Kuala Lumpur.

Muhammad Thalib (1999). 20 Kesilapan Ibu Bapa. Darul Nu’man, Kuala Lumpur.

Muhammad Thalib (1999). 20 Kesilapan Anak. Darul Nu’man, Kuala Lumpur.

Muhammad Thalib (1997). 20 Kesilapan Suami. Darul Nu’man, Kuala Lumpur.

Muhidir Haji Tamjis, (2008). Senjata Mu’min, Anisham Enterprise, Batu Pahat, Johor.

Nazilah Mohamad (2005). Kemahiran Keibubapaan Panduan Mendidik Cahaya Mata.


http://wadahwanita.blogspot.com/2005/03/kemahiran-keibubapaan.html

Nur Ainaa bt Majuri @ Mok, Susilawati bt. Samaat, Tasnim bt. Abdul Rahman, Zaheedah bt
Yahya (2002). Kitab Samawiyah dan Perbincangan Menurut Perspektif Islam. Jurnal Darul
Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya

Noraini Ahmad (2003). Kemahiran Keibubapaan dalam menangani Permasalahan Remaja.


Prosiding Seminar Kekeluargaan Kebangsaan, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan
Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi.

Othman Mohamed (2005). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Universiti
Putra Malaysia, Serdang.
Seminar Kaunseling Keluarga 2008 75

Rosmah Dain (2005). Ibubapa Prihatin Pencorak Keluarga Bahagia., Utusan Malaysia, 12
April.

Sapora Sipon, Hapshah Md Yusof dan Ab Aziz Mohd Yatim (2006). Kaunseling Individu (Edisi
Ketiga). Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Petaling Jaya.

Yusuf Abdullah at-Turky (2007). Beberapa Nasihat Untuk Keluarga Muslim. Terjemahan
Maktabah Ummu Salma al-Atsariyah : Abu Azka Faridy, Yayasan al-Sofwa, Jakarta.

Zakaria @ Mahmod Daud (1996). Soal Jawab : Aqidah Bab Ketuhanan. Akademi Islam
Universiti Malaya, Penerbitan al-Ramadhan, Subang Jaya, Selangor

Zaleha Bt Muhamat (2005). Wanita dan Pembangunan Keluarga. Paper Presented at


Proceedings International Seminar On Muslim Women, Centre For Islamic Studies And
School Development, UTM, Skudai 2-3 April.

Anda mungkin juga menyukai