Anda di halaman 1dari 19

SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

BAB 1: PENGERTIAN PENDIDIKAN ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN

 Menerangkan pengertian pendidikan Islam

 Menjelaskan matlamat pendidikan Islam

 Menghuraikan pengertian falsafah pendidikan Islam

Pengertian Pendidikan

Pendidikan merupakan suatu proses perubahan tingkah laku dan sikap seseorang manusia.
Proses pendidikan berlaku sama ada secara langsung (conscious) atau tidak langsung
(unconscious). Berdasarkan Kamus Dewan (2005), pendidikan bermaksud perihal mendidik
atau pengetahuan mendidik. Dalam bahasa Inggeris, pendidikan disebut dengan ‘education’
yang berasal daripada perkataan Latin ‘educere’ bermaksud memasukkan sesuatu. Di sini
boleh diertikan dengan memasukkan ilmu ke dalam akal pemikiran manusia (Hassan
Langgulung: 1991).

Perkataan pendidikan dalam bahasa Arab dipanggil dengan tarbiyyah. Ia adalah kata dasar
daripada ‘rabba’ yang membawa erti tumbuh, berkembang, memelihara, mentadbir,
meminjam dan memperbaiki (Ibnu Manzur; 1990). Menurut ahli bahasa, tarbiyyah
bermaksud membangun sesuatu secara tahap demi tahap menuju kepada kesempurnaan.
Salah satu dari Asmaul Husna (nama-nama Allah) ialah ar-Rab, Tuhan yang mengawal,
mentadbir dan mengarahkan makhluk kepada kesempurnaan. Semuanya ini merupakan
inti daripada pendidikan. Oleh sebab itu Rabbul ‘Alamin ditafsirkan sebagai Murabbil
‘Alamin (pendidik seluruh Alam) dan Allah SWT ialah Maha Pendidik. Jadi perkataan
tarbiyyah mengandungi dua perkara terpenting; iaitu pertambahan dan pembaikan (Islah)
hingga ke tahap kesempurnaan.

CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

Dalam al-Quran, Allah menyebut tentang tarbiyyah di dalam Surah al-Isra’ ayat 24:

ۡ ٢٤ۡ‫ريا‬ َ ‫ۡح ُه َماۡ َك َم‬


َ ‫اۡر َّب َياِن‬
ٗ ِ‫ۡصغ‬ َۡۡ
‫بۡٱر‬ َّ ُ َ َ ۡ َّ َ ُّ َ َ َ َ ُ َ ۡ ۡ َ
ِ ِ ‫ضۡلهماۡجناحۡٱذل ِۡلۡمِنۡٱلرۡحةِۡۡوقلۡر‬
ۡ ِ‫وٱخف‬
“Dan hendaklah kamu merendah diri kepada kedua-duanya dengan penuh belas kasihan dan kasih
sayangmu, dan berdoalah: ‘Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka
telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Berdasarkan ayat di atas kita dapat fahami bahawa tarbiyyah adalah proses mendidik
seseorang itu dengan penuh kasih sayang. Sebagai seorang pendidik, sudah semestinya
perlu menanam sifat kasih dan sayang dalam mendidik murid-murid yang diajar. Penerapan
nilai-nilai murni selari dengan kehendak Islam seharusnya diterapkan seperti tidak mencerca
atau mengherdik jika pelajar tidak memahami apa yang diajar. Teguran secara berhikmah
adalah kaedah yang terbaik yang Islam anjurkan.

Pengertian Pendidikan Islam

Di dalam Islam, pendidikan adalah perkara yang sangat penting dan amat dititik beratkan.
Ia tidak dapat dipisahkan daripada Islam dan merupakan satu ibadat yang besar.
Kedudukan dan kepentingan pendidikan itu amat jelas apabila kita meneliti ayat al-Quran
yang pertama diturunkan. Ia tidak dimulai dengan perintah yang berhubung perkara lain
seperti ibadat, tetapi dimulakan degan perintah yang berhubung dengan pendidikan.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-‘Alaq ayat 1-5:

ُ َ ۡ َ ۡ َ ُّ َ َ ۡ َ ۡ َ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ َ َ َ َ َ َّ َ َ ۡ ۡ َ ۡ
ۡۡ٣ۡ‫ۡۡٱقرۡأۡوربكۡٱۡلكر ۡم‬٢ۡ‫نۡمِنۡعل ٍق‬ ۡ ‫ٱۡلنس‬ ِ ۡ‫ۡۡخلق‬١ۡ‫ٱقرۡأۡۡب ِٱس ِۡمۡربِكۡٱذلِيۡخلق‬
َ َ َ َٰ َ ۡ َ َّ َ َ َ ۡ َ َّ َ َّ
ۡ ٥ۡ‫نۡ َماۡل ۡم َۡي ۡعل ۡم‬
ۡ ‫ٱۡلنس‬
ِ ۡ‫ۡعل ۡم‬٤ۡ‫ٱذلِيۡعلمۡۡب ِٱلقل ِۡم‬

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian


makhluk). Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu
Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Yang
mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang
tidak diketahuinya.”

CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

Apabila kita menyentuh tentang pengertian pendidikan Islam, ia adalah proses pengajaran
dan pembelajaran yang berlandaskan ajaran Islam. Iaitu menjadikan al-Quran dan as-
Sunnah sebagai sumber rujukan utama.

Pendidikan Islam Menurut Sarjana Islam

Di sini dijelaskan beberapa pandangan yang diberikan oleh beberapa sarjana Islam tentang
pengertian pendidikan Islam.

Yusuf al-Qardhawi (1982) menjelaskan bahawa pendidikan dalam Islam merupakan satu
proses pendidikan yang mencakupi keseluruhan hidup termasuk akal dan hati, rohani,
jasmani, akhlak dan tingkah laku. Ia merupakan langkah bagi memastikan manusia bersedia
dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan sama baik atau buruk, senang atau susah,
dan sebagainya.

Abdul Halim El-Muhammady (1993) berpendapat bahawa pendidikan Islam ialah proses
mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani, dan emosi manusia dengan bersumberkan al-
Quran dan as-Sunnah, pengalaman salafussoleh serta sarjana ilmuan yang tinggi ilmunya
demi untuk melahirkan insan yang soleh yang mampu menjadi seorang khalifah.

Supyan Hussin (2014) pula berpendapat bahawa pendidikan Islam adalah satu usaha
berterusan yang bersepadu dalam menyampaikan ilmu bagi membentuk, mengasuh, dan
membina kemahiran diri, dan menjadi contoh tauladan dalam penghayatan cara hidup
berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Meningkatkan potensi diri dari sudut spiritual, fizikal,
intelek, emosi dan sosial agar menjadi manusia yang bertanggungjawab terhadap Allah,
manusia dan alam semesta demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Hassan Langgulung (1979) menegaskan, pendidikan membawa erti merubah dan


memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat melalui
berbagai-bagai proses. Proses-proses itu pengajaran, latihan dan indoktrinasi. Pemindahan
nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari seorang ke seorang dan
latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu pekerjaan bagi memperoleh kemahiran

CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

sementara proses indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan
oleh orang lain. Ketiga-tiga proses tersebut berjalan serentak dalam masyarakat primitif
atau moden”.

Syed Muhammad Naquib al-Attas pula berpendapat bahawa istilah Ta’dib adalah yang
tepat dan sesuai bagi proses pendidikan. Pendidikan pada prinsipnya bertujuan untuk
melahirkan manusia yang baik, manusia adab atau Insan kamil yang beriman dan taqwa
kepada Allah SWT sebagai khaliq sang penciptanya

Matlamat Pendidikan Islam

Sistem pendidikan yang diamalkan mempunyai matlamat tersendiri. Sistem pendidikan


bukan Islam contoh merupakan sistem pendidikan yang bermatlamat untuk melahirkan
masyarakat dan rakyat yang baik. Sudah semestinya matlamat tersebut berbeza antara
sesebuah negara dengan negara yang lain. Ini kerana setiap negara ada falsafah dan
kreteria tersendiri seperti latar belakang sejarah masyarakat, kebudayaan dan sempadan
negara.

Manakala, matlamat pendidikan Islam adalah lebih luas dan sempurna (Syumul), ia
bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang baik dan insan soleh yang tidak mengenal
batas masa, negeri, bangsa sebaliknya menuju kepada Allah dan alam akhirat. Bagi
mencapai martabat insan soleh mestilah mempunyai sifat taqwa.

Firman Allah SWT:

‫ر‬ َ ٌ َ َ َّ َّ ۡ ُ َٰ َ ۡ َ َّ َ ۡ ُ َ َ ۡ َ َّ
ۡ ١٣ۡ‫ري‬ۡ ِ ‫ٱّللۡعل ِيمۡخب‬
ۡ ۡ‫ٱّلل ِۡأتقىك ۚۡمۡإِن‬
ۡ ۡ‫إِنۡأكرمكمۡعِند‬

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi-sisi Allah adalah orang yang paling


bertaqwa antara kamu (bukan kerana keturunan dan atau bangsa). Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (tentang keadaan
dan amalan kamu).” (al-Hujurat : 13)

CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

Prof. Dr. A. Athiyah al-Abrasyi menjelaskan matlamat pendidikan Islam seperti berikut:

“Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan


sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur
pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalam kerjanya, bekerjasama dengan
orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan lisannya serta tangannya dapat membuat
sesuatu pekerjaan itu dengan baik.’.

Berdasarkan ungkapan di atas, matlamat pendidikan Islam seperti berikut:

 Mempersiapkan warganegara yang baik.


 Membentuk manusia memiliki keperibadian yang unggul
 Membekalkan anak didik dengan ilmu pengetahuan
 Mendidik manusia ke arah kecemerlangan rohani dan jasmani
 Membentuk akhlak yang sempurna sebagai manusia yang ideal
 Kebolehan dan kecekapan dalam kerja supaya dapat hidup bahagia

Menurut Imam al-Ghazali matlamat pendidikan ialah:

“Untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperolehi kedudukan,
bermegah-megah dan berlumba-lumba.”

Beliau menekankan matlamat pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk membuang
segala kejahilan diri sehingga individu tersebut dapat mengenali Pencipta dan matlamat ilmu
yang sebenar membolehkan individu dapat mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah. Jadi,
tujuan pendidikan yang selain daripada taqarrub ilallah adalah tidak tergolong ke dalam
objektif pendidikan Islam.

CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

Kurikulum Pendidikan Islam

 Syar‘iyyah (pengajian umum); seperti fiqh, tafsir dan hadis.


 Adabiyyah (pengajian bahasa dan kesusasteraan); seperti nahu, sarf dan balaghah.
 Riyadiyyah (pengajian ilmu kira-kira); seperti matematik, ilmu bintang dan ekonomi.
 ‘Aqliyyah (pengajian logik); seperti ilmu kalam, falsafah, sains dan kedoktoran.

Pengertian Falsafah

Perkataan ‘falsafah’ dalam Bahasa Melayu asalnya daripada perkataan bahasa Arab
(‫ )ف ل س فة‬atau )‫ (حكمة‬yang bermaksud kebijaksanaan, ilmu dan keadilan (al-Raghib: 1972).
Walaubagaimanapun perkataan ini juga bukanlah daripada bahasa Arab asli, bahkan ia
merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa asing(Maimun Aqsa Lubis: 1994).

Seperti kita sedia maklum terdapat perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang
dipinjam daripada bahasa asing seperti bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa Sanskrit dan
sebagainya. Contohnya, perkataan imej asalnya ‘image’ dalam bahasa Inggeris, mantera
asalnya ‘mantra’ dalam bahasa Sanskrit, riadah asalnya ‘‫ ’رياضة‬dalam bahasa Arab dan
sebagainya.

Perkataan falsafah diambil daripada perkataan Yunani (Greek) iaitu philein yang bermaksud
mengasihi, mencintai, ilmu atau hikmah (Runes: 1976). Secara kesimpulannya, falsafah
berasal daripada perkataan Yunani philosophia, philo bermaksud cinta, suka atau
menghargai, manakala sophia pula bermaksud kebijaksanaan (hikmah atau wisdom) atau
kebenaran.

Berdasarkan Oxford Dictionary, falsafah atau philosophy ialah:

CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

“The study of the fundamental nature of knowledge, reality, and existence, especially
when considered as an academic discipline”.

(sumber daripada http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/philosophy)

Berdasarkan Cambridge Dictionary pula memberi pengertian philosophy ialah:

“the use of reason in understanding such things as the nature of the real world and
existence, the use and limits of knowledge, and the principles of moral judgment”.

(sumber daripada http://dictionary.cambridge.org/dictionary/british/philosophy)

Dan akhir sekali, kita lihat pengertian falsafah dalam Kamus Dewan:

“pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang
menjadi dasar ilmu-ilmu lain”

(sumber daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=falsafah)

Di sini bolehlah kita rumuskan bahawa falsafah ialah pemikiran yang tinggi, yang cuba
memahami dan mendalami sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Dalam erti lain,
ilmu tertinggi di sini ialah hikmah.

Falsafah Islam

Di awal perbincangan kita telah mempelajari maksud falsafah, iaitu pemikiran yang tinggi.
Maka apabila kita memperbincangkan tentang falsafah pendidikan Islam, ia bermakna satu
pemikiran yang tinggi mengenai Islam. Kita cuba berfikir pada tahap yang lebih tinggi
dengan mendatangkan persoalan-persoalan yang lebih kristis dalam mendalami lebih dalam
tentang Islam.

Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, seseorang itu perlu mencari dan menggunakan
dalil-dalil yang sahih. Maka dalam Islam, sumber rujukan yang sahih adalah dengan merujuk
kepada al-Quran dan as-Sunnah. Dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah, kita

CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

dapat mendekatkan diri dengan Allah, sekaligus menguatkan Iman dan aqidah Islam.

Antara contoh persoalan-persoalan yang boleh difikirkan ialah:


- Siapakah Tuhan?
- Mengapakah Tuhan mencipta syurga dan neraka?
- Apakah dia pahala dan dosa?

Untuk menjawab persoalan sebegini, maka kita perlu merujuk kepada sumber yang sahih
iaitu dengan wahyu. Sama ada dengan al-Quran dan Hadith yang benar-benar sahih.
Manusia dapat mengenali siapa khaliq (Pencipta) dan siapa pula yang dipanggil makhluq
(makhluk). Keperluan kepada ilmu pengetahuan dan pendidikan sangat penting dalam
mendalami semua perkara ini. Di sinilah perlunya falsafah pendidikan Islam dalam
menentukan sesuatu yang difikirkan dan difahami berlandaskan dengan garis panduan yang
Islam kehendakkan dan tidak lari dari syarak.

Falsafah Pendidikan Islam

Sepertimana yang kita pelajari sebelum ini, falsafah merupakan elemen yang paling utama
dan tertinggi di dalam pendidikan, kerana hasil manusia yang ingin dilahirkan bergantung
kepada falsafah yang digunapakai.

Sarjana Pendidikan Islam mentafsirkan falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang
menentukan tujuan akhir, maksud, objektif, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan terlebih
dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses pendidikan. Hasan
Langgulung (1986) menyatakan falsafah Islam yang telah meletakkan seluruh prinsip dan
norma yang meliputi keseluruhan skop pendidikan. Al-Syaibani (1979) menjelaskan,
falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang dirancangkan dengan hikmah untuk
menjadikan proses pendidikan dan usaha pendidikan bagi suatu bangsa. Pendidikan juga
menyiapkan generasi muda dan warganegara umumnya supaya beriman kepada Allah dan

CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

kepada apa yang diwahyukan oleh Nya.

Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah hidup
Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam bidang pendidikan. Falsafah Pendidikan
Islam menentukan keseluruhan tujuan akhir kehidupan dunia akhirat tercapai dengan
jayanya. Falsafah Pendidikan Islam menegaskan bahawa manusia ialah makhluk Allah dan
manusia mempunyai batasan dalam tindakannya. Oleh itu pendidikan ini merupakan satu
aliran falsafah yang berbentuk keagamaan, berusaha menanam keimanan manusia kepada
Allah s.w.t. dalam usaha membangunkan manusia sebagai insan ciptaan Allah, dapat
melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi dalam keadaan tunduk dan
patuh kepadanya.

Sebelum membincangkan hubungan Falsafah Pendidikan Islam dengan falsafah pendidikan


umum hendaklah disedari bahawa falsafah Pendidikan Islam mempunyai sumbernya yang
khusus iaitu al Quran dan al Sunnah. Falsafah pendidikan umum pula bersumberkan
penyelidikan dan pengalaman manusia semata-mata. Walau bagaimana pun keduanya
mempunyai perhubungan atau persamaan dalam beberapa segi yang berkaitan dengan
proses pendidikan.

Perhubungan yang jelas ialah kedua-duanya berusaha mencari dan mendapatkan hakikat
kebenaran yang berkaitan dengan proses pendidikan. Ianya juga sentiasa membahaskan
dan meramalkan tentang perkara yang mungkin mengarah, mengukuh dan membantu
memperkemaskan lagi sistem pendidikan. Falsafah pendidikan umum juga sama dengan
falsafah Pendidikan Islam dalam matlamatnya untuk melahirkan insan yang baik, berakhlak
dan harmonis di samping mempunyai keupayaan untuk membina manusia yang berguna
kepada masyarakatnya.

Walau bagaimanapun berdasar sumber yang khusus, Falsafah Pendidikan Islam lebih
unggul dan mantap kerana falsafah ini bersumberkan al Quran dan al Sunnah yang
diwahyukan oleh Allah. Falsafah pendidikan umum hanya berasaskan pemikiran,
penyelidikan dan pengalaman manusia yang terbatas dan akan berubah dari semasa ke
semasa mengikut citarasa masing-masing. Di samping itu juga, matlamat falsafah
Pendidikan Islam juga lebih unggul dan menyeluruh, yang bertujuan untuk melahirkan insan
yang mulia dan mampu mencapai kebahagiaan bukan sahaja di dunia malah di akhirat

CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

kerana falsafah Pendidikan Islam mengkaji kebenaran dan meletakkan sesuatu pada yang
berhak. Falsafah Pendidikan Islam amat diperlukan bagi tujuan pendidikan Islam;

I. Membantu merancang pendidikan untuk melahirkan pemikiran yang sihat terhadap


proses pendidikan.

II. Menjadi asas terbaik untuk menilai sistem pendidikan negara dalam ertikata yang
menyeluruh

III. Membentuk asas pendidikan khususnya dalam kaedah pengajaran di sekolah,


universiti dan institusi pendidikan yang lain.

IV. Membina suatu identiti sendiri bagi sistem pendidikan negara dengan wujudnya nilai
Islam dalam perkembangan kebudayaan dan masyarakat.

V. Menyelesaikan krisis dan masalah yang timbul dalam sistem pendidikan.

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam yang berlandaskan al-Quran dan al Sunnah dalam
membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup hamba Allah (pelajar)
yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan
Negara ke arah mencapai kebahagian di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Sesuai
dengan
ajaran
Islam

Bersifat Bersifat
dinamik membentuk
akhlak

Ciri-Ciri Falsafah
Pendidikan
Islam

Mengimbangi
antara dunia & Bersifat
akhirat terbuka

Bersifat
CATATAN: sejagat
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

Perbezaan Falsafah Pendidikan Islam dan Moden.

Pendidikan Moden seringkali diertikan sebagai satu sistem pendidikan yang diambil dari
sumber yang bukan Islam. Kita boleh katakan bahawa sistem pendidikan moden adalah
sistem pendidikan yang tidak merujuk kepada sumber wahyu sepertimana sistem
pendidikan Islam.

Terdapat perbezaan antara falsafah pendidikan Islam dengan falsafah pendidikan moden.
Falsafah pendidikan Islam berasaskan kepada konsep ketuhanan, manakala falsafah
pendidikan moden lebih mementingkan akal pemikiran manusia yang terhad dan tidak
melihat kepada kebenaran yang mutlak.

Falsafah pendidikan Islam relevan dipraktikkan pada semua zaman dan tidak terbatas pada
zaman tertentu, manakalah falsafah pendidikan moden tidak berkekalan dan sentiasa
dikrtitik dan diubah sehingga akhirnya ditukar ganti dengan falsafah pendidikan yang baru.

Falsafah pendidikan Islam mempunyai tujuan dan matlamat pendidikan yang jelas
berbanding falsafah pendidikan moden selalu berlaku kecelaruan dalam menentukan tujuan
dan matlamat yang ingin dicapai.

Falsafah pendidikan Islam jelas dalam menentukan sistem nilai yang mahu dicapai. Hasil
akhir yang mahu dilahirkan ialah untuk mengeluarkan satu produk yang istiemewa, iaitu
insan kamil ( manusia yang sempurna duniawi dan ukhrawi). Manakala, dalam falsafah
sistem falsafah pendidikan moden wujud krisis dalam menentukan nilai. Pengakhirannya
lebih kepada melahirkan manusia yang lebih berjaya dalam urusan duniawi.

CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

Ta’lim, Ta’dib dan Tarbiyyah.

Ta’lim, secara bahasa bererti pengajaran (masdar dari ‘alama-yu’alimu-ta’liman), secara


istilah bererti pengajaran yang bersifat pemberian atau penyampian pengertian,
pengetahuan dan keterampilan.

Menurut Abdul Fattah Jalal, ta’lim merupakan proses pemberian pengatahuan, pemahaman,
pengertian, tanggungjawab, sehingga diri manusia itu menjadi suci atau bersih dari segala
kotoran sehingga siap menerima hikmah dan mampu mempelajari hal-hal yang bermanfaat
bagi dirinya (keterampilan). Mengacu pada definisi ini, ta’lim, adalah usaha terus menerus
manusia sejak lahir hingga mati untuk menuju dari posisi ‘tidak tahu’ ke posisi ‘tahu’ seperti
yang digambarkan dalam Surah an-Nahl ayat 78:

ُ َ َ َ َ َ ۡ َ َ ُ َ ۡ َ َ ۡ ُ َٰ َ َّ ُ
َّ ۡ‫ك ُم‬ ُ َ َ ۡ َ ُ َّ َ
ۡ‫ٱلس ۡم َۡع‬ ‫ياۡوجعلۡل‬ۡ ‫ونۡأمهتِكمَۡلۡتعلمونۡش‬ ِ
ُ ‫مۡم ۢن ُۡب‬
‫ط‬ ِ ‫ك‬ ‫ٱّللۡأخرج‬
ۡ ‫و‬
َ ُ ۡ َ ُ َّ َ َ ۡ َ ۡ َ َ َٰ َ ۡ َ ۡ َ
٧٨ۡ‫ف َد َۡۡل َعلك ۡمۡتشك ُرون‬ ۡ ‫ۡوٱۡلبص ۡرۡ ۡوٱۡل‬
“dan Allah mengeluarkan dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu
apapun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati agar kamu
bersyukur”.

Ta’dib, merupakan bentuk masdar dari kata addaba-yuaddibu-ta’diban, yang bererti


mengajarkan sopan santun. Sedangkan menurut istilah ta’dib diartikan sebagai proses
mendidik yang di fokuskan kepada pembinaan dan penyempurnaan akhlak atau budi pekerti
pelajar.

Menurut Syed Muhammad An-Naquib Al-Attas, kata ta’dib adalah pengenalan dan
pengakuan yang secara beransur-ansur ditanamkan kepada manusia tentang tempat-

CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

tempat yang tepat dari segala sesuatu dalam tatanan penciptaan sedemikian rupa, sehingga
membimbing ke arah pengenalan dan pengakuan kekuasaan dan keagungan Tuhan dalam
tatanan wujud keberadaan-Nya. Definisi ini, ta’dib mencakupi unsur-unsur pengetahuan
(ilmu), pengajaran (ta’lim), pengasuhan (tarbiyah).

Oleh sebab itu menurut Syed An-Naquib Al-Attas, tidak perlu mengacu pada konsep
pendidikan dalam Islam sebagai tarbiyah, ta’lim, dan ta’dib sekaligus. Karena ta’dib adalah
istilah yang paling tepat dan cermat untuk menunjukkan dalam arti Islam.

Tarbiyyah, merupakan bentuk masdar dari kata robba-yurabbi-tarbiyyatan, yang bererti


pendidikan. Sedangkan menurut istilah merupakan tindakan mangasuh, mendididk dan
memelihara.

Muhammad Jamaludin al-Qosimi memberikan pengertian bahawa tarbiyyah merupakan


proses penyampian sesuatu batas kesempurnaan yang dilakukan secara setahap demi
setahap. Sedangkan Al-Asfahani mengartikan tarbiyah sebagai proses menumbuhkan
sesuatu secara setahap dan dilakukan sesuai pada batas kemampuan.

Menurut pengertian di atas, tarbiyyah diperuntukkan khusus bagi manusia yang mempunyai
potensi rohani, sedangkan pengertian tarbiyyah yang dikaitkan dengan alam raya
mempunyai arti pemeliharaan dan memenuhi segala yang dibutuhkan serta menjaga sebab-
sebab eksistensinya.

Analisis Perbandingan Antara Konsep Ta’lim’, Ta’dib dan Tarbiyah

Istilah ta’lim’, ta’dib dan tarbiyah dapatlah diambil suatu analisa. Jika ditinjau dari segi
penekanannya terdapat titik perbezaan antara satu dengan lainnya, namun apabila dilihat
dari unsur kandungannya, terdapat hubungkait antara konsep-konsep tersebut, iaitu dalam
hal memelihara dan mendidik anak.

Dalam ta’lim, titik penekanan adalah penyampaian ilmu pengetahuan yang benar,
pemahaman, pengertian, tanggung jawab dan penanaman amanah kepada anak. Oleh
kerana itu ta’lim di sini mencakupi aspek-aspek pengetahuan dan keterampilan yang
CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

diperlukan seseorang dalam kehidupan dan pedoman perilaku yang baik.

Sedangkan pada tarbiyyah, penekanan lebih difokuskan pada bimbingan anak supaya
berdaya (punya potensi) dan membesar dengan lengkap dasarnya serta dapat berkembang
secara sempurna. Iaitu pengembangan ilmu dalam diri manusia dan pemupukan akhlak iaitu
pengalaman ilmu yang benar dalam mendidik peribadi.

Adapun ta’dib, titik penekanan adalah pada penguasaan ilmu yang benar dalam diri
seseorang agar menghasilkan kemantapan amal dan tingkah laku yang baik.

Berdasarkan ketiga-tiga konsep di atas dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiganya


mempunyai satu tujuan dalam dunia pendidikan iaitu menghantarkan anak didik menjadi
yang “seutuhnya”, perfect man, sehingga mampu mengharungi kehidupan ini dengan baik.

Sumber Pendidikan Islam

Menurut Dr Khalid bin Hamid al-Hazami, rujukan utama pendidikan Islam ialah al-Quran, al-
Sunnah, dan sirah para sahabat Rasulullah.

Al-Quran al-Karim

Al-Quran al-Karim merupakan sumber utama Pendidikan Islam. Ia merangkumi semua


perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan individu dan masyarakat
ke arah kebaikan. Al-quran memperbaiki kehidupan mereka, mengatur urusan-urusan
mereka, merealisasikan kebahagian mereka di dunia dan di akhirat, menjauhkan mereka
dari kejahatan dan kekusutan. Asas pendidikan Islam dalam al-Quran itu dapat dilihat dari
aspek-aspek berikut:

a. Pendidikan Akhlak
Al-Quran mendidik manusia supaya menghiasi diri dengan sifat yang terpuji
(mahmudah) dan menjauhi segala sifat keji (mazmumah). contohnya ia menyuruh
manusia supaya bercakap perkara yang baik, firman Allah SWT:
CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

َ ۡ َ َ َ َٰ َ ۡ َّ َّ ۡ ُ َ ۡ َ ُ َ َ َ َٰ َ ۡ َّ َّ ُ َ ۡ َ َ َّ ْ ُ ُ َ ُ
َٰ
ۡ‫ن َۡكن ۡل ِِۡلنس ِن‬
ۡ ‫ن ۡيزنغ ۡبينه ۚۡم ۡإِن ۡٱلشيط‬
ۡ ‫ت ۡ ِِه ۡأحسنۚۡ ۡإِن ۡٱلشيط‬
ۡ ِ ‫ِيۡيقولوا ۡٱل‬ ‫َوقل ۡلِعِ َباد‬
ٗ ‫اۡمب‬
ۡ ٥٣ۡ‫ينا‬ ُّ ٗ ُ َ
ِ ‫عدو‬

“Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaku (yang beriman), supaya


mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang
kebenaran); sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang
mukmin dan yang menentang); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata
bagi manusia.” (Surah al-Isra’:53)

Al-Quran menyuruh orang mukmin bercakap benar; firman Allah SWT dalam Surah
at-Taubah ayat 119:
َ َٰ َّ َ َ ْ ُ ُ َ َ َّ ْ ُ َّ ْ ُ َ َ َ َّ َ ُّ َ َٰٓ َ
١١٩ۡ‫ِي‬
ۡ ‫ٱّللۡوكونواۡمعۡٱلص ِدق‬ۡ ۡ‫وا‬ ۡ ‫ِينۡءامنواۡٱتق‬
ۡ ‫يأيهاۡٱذل‬

“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah
kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.”

Selain itu, Al-Quran menerangkan kepada orang mukmin agar bersifat rendah diri;
firman Allah SWT:

َ ۡ ُ َّ ُ ُّ ُ َ َ َّ َّ ً َ َ َۡ ۡ َ َ َ ِ ‫ِلن‬
َّ ‫ۡخ َّد َك ۡل‬َ ۡ َ ُ ََ
ۡ‫ٱّلل َۡل ُۡيِب ُۡك ُۡمتا ٖل‬ ۡ ِ ‫ِۡف ۡٱۡل‬
ۡ ۡ ‫ۡرض ۡمرحاۖۡإِن‬ ِ ‫اس ۡوَل ۡتم ِش‬ ‫َل ۡتصعِر‬ۡ‫و‬
ُۡ‫ت ۡل َ َص ۡوت‬ ۡ َ ۡ َ َ َّ َ ۡ َ ۡ ُ ۡ َ َ ۡ َ ۡ ُ َ
َ
ِۡ ‫ض ۡمِن ۡصوت ِكۚۡ ۡإِن ۡأنك َر ۡٱۡلصو‬
َٰ ۡ ‫ۡوٱغض‬ ۡ ‫ ۡ َوٱق ِص ۡۡد ۡ ِِف ۡمشيِك‬١٨ۡ ٖ‫فخور‬

ۡ ١٩ۡ‫ري‬ َۡ
ِۡ ‫ٱۡل ِم‬

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada


manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi
membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga
rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara
ialah suara keldai" (Surah Luqman:18-19)

CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

b. Pendidikan Intelektual dan Pancaindera

Al-Quran juga mendidik manusia supaya menggunakan akal (intelektual) dan


pancaindera dengan sebaiknya untuk mengurus dan mentadbir dunia. Akal dan
pancaindera mestilah digunakan dalam bentuk yang selari dengan kehendak dan
tuntutan Islam serta menggunakannya dalam aspek yang boleh memberi manfaat
kepada manusia itu sendiri. Akal hendaklah digerakkan supaya berfikir dalam
perkara-perkara yang berfaedah. Ia tidak seharuskan diabaikan tanpa diambil
manfaat daripadanya; seperti tidak mahu mencari penyelesaian bagi sesuatu
masalah yang timbul dan sebagainya.

Di antara gesaan al-Quran kepada pendidikan akal dan deria ini ialah firman Allah
SWT:

َ َ َ َ َ ُ ُّ ُ َ َ ُ ۡ َ َ َ َ ۡ َ َ ۡ َّ َّ ٌ ۡ َ َ َ َ ُ َۡ ََ
ۡ‫اد ُۡك ۡأ ْو َٰٓلئِك َۡكن ۡع ۡن ُه‬ ۡ ‫ۡماۡل ۡي َس ۡلك ۡب ِ ۡهِۦ ۡعِل ۚۡم ۡإِن ۡٱلسم ۡع ۡ ۡوٱۡل‬
ۡ ‫ص ۡ ۡوٱلفؤ‬ ‫َل ۡتقف‬
ۡ‫و‬
ٗ ۡ َ
ۡ٣٦ۡ‫سوَل‬
ۡ ‫م‬
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua
anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (surah al-
Isra’: 36)

c. Kemahiran Berfikir Dengan Betul

Al-Quran menyeru manusia supaya berfikir dan membuat penelitian dengan betul
dan tepat. Berfikir dengan cara yang betul dan tepat, tanpa dipengaruhi oleh emosi,
akan membawa seseorang kepada kebenaran. Iaitu kebenaran mendapat fakta
ilmiah kebenaran penciptaan dan kekuasaan Allah SWT.
Allah berfirman dalam Surah al-Nisa’ ayat 82:

CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

ٗ ِ ‫ٱخت ِ َل َٰ ٗفاۡ َكث‬


ۡ ْ َ َّ ۡ َ َ ۡ َ َ َ َ ۡ ُ ۡ َ ُ َّ َ َ َ َ َ َ
ۡ ‫َۡك َنۡم‬
ۡ٨٢ۡ‫ريا‬ ِۡ‫ٱّلل ِۡل َو َج ُدواۡفِيه‬
ۡ ۡ‫ري‬ِ ‫ِۡغ‬
‫د‬ ‫ِن‬
‫ع‬ ۡ ‫ِن‬ ‫انۡولو‬ۡۡۚ ‫لۡيتدبرونۡٱلقرء‬ ۡ ‫أف‬

“Apakah mereka tidak memperhatikan (merenung) isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu
(datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan menemui pertentangan yang
banyak di dalamnya”.

Al-Sunnah al-Nabawiyah

Al-Sunnah al-Nabawiyah yang dimaksudkan ialah segala percakapan, perbuatan dan


pengiktirafan yang keluar daripada Rasulullah SAW selain dari al-Quran. Ia merupakan
rujukan kedua Pendidikan Islam bagi ummat Islam di seluruh dunia. Beramal dengan
sunnah nabi adalah satu kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
Firman Allah SWT:
ۡ ُ َ َ ۡ َ ُ َ َٰ َ َ َ َّ َ ۡ ُ ۡ َّ َ َ َ َ ُ َّ ْ ُ َ َ َ َّ ْ ُ َ َ
ُۡ ِ ‫ٱۡلل َٰ ۡغۡٱل ُمب‬
ۡ١٢ۡ‫ي‬ ۡ‫ول ۚۡۡفإِنۡتوَّلتمۡفإِنماۡلَعۡرسوِلِ ا‬
ۡ ‫ٱّللۡوأطِيعواۡٱلرس‬
ۡ ۡ‫وا‬ۡ ‫وأطِيع‬

“Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada rasulullah; maka kalau kamu
berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk),
kerana sesungguhnya kewajipan rasul kami hanyalah menyampaikan (perintah-
perintah) dengan jelas nyata.” (Surah al-Taghabun: 12)

Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik ikutan bagi seluruh manusia dalam semua aspek
kehidupan. Baginda bersifat dengan sifat yang mulia dan terpuji. Baginda diutuskan oleh
Allah SWT sebagai hidayah dan memberi berita gembira dan peringatan kepada manusia.
Baginda juga telah mengemukan kepada manusia sebaik-baik kaedah untuk mendidik
manusia dan kaedah tersebut memberi kesan yang besar.

Allah berfirman :
ُ ۡ َ َ ٌ َ ۡ ُّ َ َ ۡ َ َ ٌ َ ۡ ُ ُ َ ۡ ‫ََ ۡ َ َٓ ُ ۡ َ ُ ر‬
ۡ‫سكم ۡع ِزيز ۡعليهِ ۡما ۡعن ِتم ۡح ِريص ۡعليكم‬
ِ ‫لق ۡد ۡجاءكم ۡرسول ۡمِن ۡأنف‬
‫ُۡ ۡ َ َُ ر‬
َّ ‫وف‬
‫ۡرح ر‬
ۡ ۡ١٢٨ۡ‫ِيم‬ ۡ ‫ۡب ِٱلمؤ ِمن‬
‫ِيۡرء‬

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri
(iaitu nabi Muhammad S.A.W), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang

CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi
kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada
orang-orang yang beriman.” (Surah al-Taubah: 128)

Baginda Rasulullah adalah sebaik-baik manusia di atas muka bumi ini dari segala aspek
kehidupan. Baginda terbaik dari aspek pendidikan, kepimpinan, ketenteraan, ekonomi,
politik dan sebagainya. Baginda terkenal dengan sifat benar, baik hati, akhlak mulia, dan
adil, serta baginda meninggalkan semua perkara keji, kezaliman dan segala sifat tercela.
Semua orang yang berjumpa dengan baginda mengiktiraf keperibadiannya, samada orang
itu mukmin atau kafir.

Oleh kerana ketinggian akhlak baginda SAW itu, maka Allah SWT memerintah umat Islam
supaya mentaati dan mengikut sunnah baginda dan menjadikannya sebagai ikutan yang
terbaik dalam semua aspek kehidupan.

Sirah Para Sahabat Rasulullah.

Sirah para sahabat atau perjalanan hidup mereka adalah sirah yang terbaik. Ini kerana
mereka terdidik dalam lingkungan “sekolah” Rasulullah SAW. Mereka mengikut dan
mengikuti baginda Rasulullah SAW dalam segenap aspek kehidupan. Perkara ini telah
diiktiraf dan dipuji oleh Allah SWT dalam al-Quran. Firman Allah SWT:

َّ َ ِ َّ َٰ َ ۡ ُ َّ َ َّ َ َ َ ۡ َ َ ۡ َ ُ َ ۡ َ ُ َٰ َّ َ
َِٰ ‫ون ۡم َِن ۡٱل ُم َه‬
ُۡ ۡ ‫ِض‬
ۡ‫ٱّلل‬ ‫ِين ۡٱت َب ُعوهم ۡبِإِحس ٖن ۡر‬
ۡ ‫ارِ ۡ ۡوٱذل‬
ۡ ‫ين ۡ ۡوٱۡلنص‬
ۡ ‫ج ِر‬ ۡ ‫ون ۡٱۡل َّول‬
ۡ ‫وٱلسبِق‬
َ َ ٗ َ ٓ َ َ َٰ َ ُ َٰ َ ۡ َ ۡ َ َ ۡ َ ۡ َ َٰ َّ َ ۡ ُ َ َّ َ َ َ ُ ۡ َ ْ ُ َ َ ۡ ُ ۡ َ
ۡ‫ِيها ۡأبَداۚۡ ۡذ َٰۡل ِك‬ ‫ت َۡت ِريَۡتتهاۡٱۡلنه ۡر ۡخ ِِلِين ۡف‬ ٖ ‫عنهم ۡورضوا ۡعنه ۡوأعد ۡلهم ۡجن‬
ۡ َۡ
ۡ ۡ١٠٠ۡ‫ٱلف ۡو ُۡزۡٱل َع ِظي ُم‬

“Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari
orang-orang "muhajirin" dan "ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka
dengan kebaikan (iman dan taat), allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan dia,
serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.” (Surah
al-Taubah: 100)

CATATAN:
SFI 128 Falsafah Pendidikan Islam

Rasulullah SAW juga telah bersabda :

.ِ‫َف َعلَ ْي ُك ْم ِب ُس َّنتِيْ َو ُس َّن ِة ْال ُخلَ َفا ِء الرَّ اشِ ِدي َْن ْال َم ْه ِد ِّيي َْن َو َعضُّوا َعلَ ْي َها ِبال َّن َوا ِجذ‬
Maksudnya: “Kamu mesti berpegang teguh dengan sunnahku, dan sunnah Khulafa’
al-Rasyidin al-Mahdiyin.” (riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ahmad)

Oleh yang demikian, sirah para sahabat merupakan sumber pendidikan Islam yang penting
bagi umat Islam. Ini kerana mereka menjelaskan perlaksanaan amali bagi segala arahan
yang dikeluarkan oleh Rasulullah SAW. Prinsip hidup yang dipegang oleh mereka juga telah
memberi pengajaran yang besar kepada umat Islam dan menjadi justifikasi kepada
keperluan umat Islam mengikut sirah mereka.

CATATAN:

Anda mungkin juga menyukai