Anda di halaman 1dari 9

PERANAN DAN PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM

MEMBENTUK INSAN CEMERLANG*


(dawr wa tathbit qiyam al-qudsiyyah fi intaaj afraad al-
muhsineen)

Oleh:
Ustadh Ahmad Daud Ishak El Merbawiy

PENDAHULUAN

Manusia dibentuk peribadi, sikap dan tingkah laku mereka menerusi


set kepercayaan (i‘tiqad - belief), Nilai (qiyam al-rabbaniyyah al-
qudsiyyah – the sacred universal values) dan persekitaran (bi’ah -
circumstances) serta pengalaman yang dapat mematangkan mereka.
Melalui pencapaian ketinggian peradaban dan ketamadunan,
kecanggihan ilmu pengetahuan dan persekitaran negara maju serta
era perindustrian, segala dasar ini wajar berjalan seiringan bagi
melahirkan manusia yang akan berpegang dengan nilai kemanusiaan
dan ketuhanan, bukan melahirkan manusia cyborg, robotic dan
bionic-machine hanya untuk kegunaan tamadun kebendaan semata-
mata.

Jadi menghasilkan insan yang berjaya dan bahagia terletak penuh


kepada sejumlah prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang sejagat yang
mana layak serta mampu mempersiapkan manusia yang cemerlang,
maju dan berjaya serta mendapat kepuasan dan kebahagiaan di dunia
dan di akhirat (mawqif al-falah).

ERTI NILAI-NILAI MURNI

Mengikut mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir


Mohamed nilai-nilai murni itu ialah:

“Nilai-nilai Islam yang hendak diserapkan ialah nilai-nilai yang


akan berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang cekap dan
berkemampuan mentadbir secara berkesan dari segi keamanan,

1
keselamatan dan pembangunan yang mampu menyaingi
pemerintah-pemerintah lain”.1

Tidak akan berjaya sesebuah kerajaan dan sistem pentadbirannya


malah lebih-lebih lagi menyaingi orang lain sekiranya sumber tenaga
manusia yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi dan
kerjaaan itu tidak dicorakkan dengan acuan prinsip-prinsip dan
dasar Islam bagi melahirkan nilai-nilai murni lagi suci (qudus) dari
persisian Tuhan yang esa yang melimpahi seluruh sifat-sifat
ketinggian, keuniversalan dan keunggulan buat menguat dan
membangunkan manusia dengan erti kata yang sebenarnya.

Dalam istilah pemakaian Nilai-nilai Murni dan Sejagat Perkhidmatan


Awam masa kini termasuklah Bersih, Cekap, Amanah, Bertanggung
jawab, Ikhlas, Dedikasi, Sederhana, Tekun Sabar, Disiplin diri,
Bekerjasama, Berbudi, Bersyukur, Setia dan Menghargai masa. 2
Inilah antara teras nilai-nilai murni yang di orientasikan oleh
Kerajaan Malaysia bagi menghasilkan warga negara yang baik dan
mampu berkhidmat dengan cemerlang.

ANTARA PRINSIP DAN NILAI DALAM ISLAM

Islam tidak memisahkan antara dasar, prinsip dan ajaran Islam


daripada nilai-nilai sejagatnya. Nilai-nilai ini tidak akan berjaya
dipraktikkan sekiranya dasar pengabdian diri (‘ubudiah –
submission), Prinsip teras Aqidah dan Syariat Islamiah (‘aqidah
Islamiyyah wa syarai‘ Islamiyyah - Islamic Articles of belief and
Law) dan penafsiran amali Islam sebagai cara hidup (Islam nizam
al-hayat – Islam is the way of life) diabaikan dan tidak dijadikan
agenda perdana dan umum di dalam masyarakat. Nilai tidak dapat
berdiri hanya kerana dilakukan untuk mencapai beberapa matlamat
jangka pendek dan kebendaan serta keduniaan sifatnya. Contoh
mencari nilai sejagat bagi mendirikan sebuah negara yang kuat hanya
1
* Dibentangkan di Kursus Kecergasan dan Pemantapan Nilai Diri JPJ Perlis pada 11 Ogos 2001
jam 10:30 pagi di Perlis State Park, Wang Burma, Perlis.
Nik Mustaffa Hj. Nik Hassan, Nilai Sejagat Islam: Satu Perspektif, dalam Ismail Ibrahim dan
Wan Roslili Majid, Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran, Kuala Lumpur: IKIM, 1995,
hal. 65-66; lihat juga Dr. Mahathir Mohamad, Penerapan Nilai-Nilai Islam, dalam Nilai dan
Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Kula Lumpur: INTAN, 1991, hal. 13 selepas ini akan dicatat
sebagai PNM
2
Dato’ Seri Ahmad Sarji b. Abdul Hamid, Nilai dan Etika Kerja Dalam Perkhidmatan Awam
Malaysia, dalam PNM, hal. 4-10

2
untuk kekuasaan, kemegahan dan kemewahan hidup manusia
akhirnya akan runtuh apabila kekuasaan, kemegahan dan
kemewahan itu tidak berpihak kepada kepentingan peribadinya. Jadi
nilai sejagat diperkudakan untuk tercapainya sesuatu hajat
berorientasikan self interest yang tidak sejagat matlamatnya. Mereka
akan mencari nilai-nilai tidak murni bagi mencapai tujuan peribadi
tersebut.

Lihatlah Islam apabila memperjuangkan tegaknya Syariat Islamiah


adalah untuk kepentingan keselamatan semua umat; Islam dan
bukan Islam – jauh daripada berorientasikan keuntungan peribadi.
Hasilnya keadilan, keharmonian, saksama dan menunaikan amanah
dapat dilaksanakan dengan jaya kerana hasil akhirnya bersifat sejagat
(universality). Daripada prinsip Syariat Islamiah yang universal itu
akan melahirkan keadilan yang sejagat dan menyumbangkan
kebaikan dan keharmonian sejagat. Dengan sendirinya kepentingan
diri tercapai sekalipun tidak dijadikan tujuan asal, kerana melalui
Syariat Islamiah, semua manusia akan mendapat hak dan keadilan
Islam. Allah swt berfirman:

“Allah adalah pelindung orang-orang beriman, Dialah


yang mengeluarkan manusia dari kegelapan
(kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang
kafir, pelidung-pelindung mereka adalah Syaitan yang
mengeluarkan mereka dari cahaya iman kepada
kegelapan (kekafiran). Mereka adalah penghuni
nereka, mereka kekal di dalam.”
(al-Baqarah 2:257)

“Akan tetapi hendaklah kamu menjadi golongan yang


Rabbani (memiliki sifat-sifat ketuhanan yang terpuji)
kerana kamu mengajar al-kitab dan disebabkan kamu
tetap mempelajarinya.” (ali- ‘Imran 3:79)

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu


kepada Allah, tuturkanlah perlataan yang benar dan
jitu nescaya Allah akan meluruskan amalan kamu dan
mengampunkan dosa kamu. Barangsiapa yang
mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia
telah mendapat ganjaran yang besar.”
(al-Ahzab :70-71)

3
Dasar kukuh adalah berasal dari Tuhan pencipta manusia, langit dan
bumi. Lagi Dia menganugerahkan cahaya petunjuk dengan wahyu
melalui setiap para Nabi di setiap zaman (cahaya petunjuk) yang
tidak akan didustai oleh sesiapa. Kegelapan sahaja bagi pasukan
Syaitan. Dasar ini diperkukuhkan lagi apabila Allah menghendakki
manusia memiliki sifat-sifat ketinggian dan nilai-nilainya dari Allah
melalui pembelajaran al-Quran dan sunnah Rasulillah saw dan
mengajar serta menyeru orang lain ke arahnya. Perjuangan golongan
Rabbaniyyin ini ialah beramal dengan panduan syariat Ilahi dan
tetap kukuh di atas landasan kebenaran dalam kata-kata dan
perbuatan mereka. Keampunan Allah sangat mereka harapkan dan
surgalah ganjaran untuk mereka.

Jurutera pendakwah syeikh Fathi Yakan meletakkan dasar-dasar


yang kukuh untuk membentuk insan dan menyelamatkam ummah. Ia
dianggap sebagai bahtera penyelamat kegawatan ketamadunan
manusia. Prinsip-prinsip yang mahal itu ialah:

“Mengenal Allah (ma‘rifatullah), pengabdian diri


kepada Allah (‘ibadatullah), mengingati dan
kebersamaan dengan Allah (dhikrullah), rasa gerun
+dengan keagungan dan rahmat kasih Allah swt (al-
khawf min Allah), menghampiri diri ke arah Allah
(muraqabatullah), kasihkan Allah (hubbullah) dan
kasihkan Rasulullah (hubburRasulillah) dan terakhir
ialah rasa reda dengan ketetatapan Allah dalam segala
hal (al-Reda ‘ala Allah).”3

Jelas kepada umat Islam bahawa hasil dari dasar dan prinsip-prinsip
di ataslah bakal melahirkan nilai-nilai dan budaya kerja serta
pembangunan manusia dan alam raya mengikut acuan Ketuhanan
dan kenabian Muhammad saw.

PERANAN PRINSIP DAN NILAI

Nilai-nilai Islam lahir daripada prinsip-prinsip agama; Tawhid,


Syariat dan Akhlak Islamiah. Ia tidak lahir kerana reaksi kepada
gesaan persekitaran secara tidak terancang, bahkan Islam sudah
menilai dan mengambil kira semua perhitungan dengan adil,
3
Fathi Yakan, Qawarib al-Najat fi Hayat al-Duat, Terj. Ust. Abdul Ghani Shamsuddin dan Ust.
Zawawi Ali, Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah, Shah Alam: Dewan Pustaka
Fajar, 1985, hal. 231-261

4
seimbang dan tepat dengan tabiat dan perangai serta keperluan
manusia dengan perkembangan persekitaran dan kemajuannya zahir
dan batin. Jelas sekali prinsip nilai Islam ditunjangi oleh prinsip
“al-‘adl wa al-ihsan”4 – keadilan dan kecemerlangan. Allah
mengungkapkan hal ini:

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil


dan berbuat kebajikan, memberi sumbangan kepada
kaum kerabat, dan Allah melarang daripada
perbuatan keji, munkar dan permusuhan. Dialah
memberi pengajaran kepada kamu agar kamu
mengambil sedar.”
(al-Nahl : 90)

“Iaitu orang-orang yang beriman dan yang tenang


hati mereka ketika mengingati Allah. Ketahuilah
bahawa dengan mengingati Allah itu akan
menenangkan hati manusia. Orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal salih, untuk mereka
itu kebaikan dan sebaik-baik tempat kembali
(syurga).”
(al-Ra‘d: 28-29)

Maka Kesan daripada perlaksanaan tugas dan tanggung jawab Allah


swt dalam hidup ini, akan mewarisi sifat-sifat dan nilai-nilai sejagat
lagi murni untuk dihayati dan dibangunkan umat manusia di atasnya.
Nilai-Nilai tersebut adalah Tawhid (I‘tiqad), Amanah (ameen), Tekun
(Itqaan), Cekap (khibrah), berakhlak mulia (husnu al-khuluq),
produktif (yanfa‘u al-nas), ketinggian darjat keilmuan dan teknologi
(ustaziyat al-alam), keindahan (al-jamal) 5 dan sebagainya.

METHODOLOGI MENCAPAI KECEMERLANGAN

Syeikh Fathi Yakan sekali lagi mencadangkan pembentukan manusia


ke arah kecemerlangan ini melalui amalan berterusan dengan
mencari reda Allah melalui jalan hidup manusia seharian. Tegasnya,
bagaimanakah manusia mampu mengekalkan suasana pengabdian
diri kepada Allah, nescaya nilai-nilai dan amal tindakan serta budaya
kerja mereka akan bertambah cemerlang. Antaranya dalam buku

4
Op cit. Nilai Sejagat, hal. 69-70
5
Mohd Said b. Taufik, Perkhidmatyan Awam pada Abad ke 21: Ke arah Penghayatan Budaya
Cemerlang Melalui Sistem Nilai, PNM, hal. 94-95

5
Qawarib al-Najat beliau menyatakan jalan-jalan menuju
kecemerlangan insan sperti :

“Merekalah golongan yang selalu menyingkir


kesalahan (al-taibun), mengabdikan diri kepada Allah
dalam segala tindakan dan bertanggung jawab (al
‘abidun), Mensyukuri Allah dan memuji serta
memujaNya (al-hamidun),selalu mencari
pengalaman emperika, historis dan kitab Allah
dengan berkelana (al-sa’ihun), taat beribadat khusus
kerana Allah (al-raki‘un wa al-sajidun), menjaga
kualiti kebaikan dan menghapuskan keburukan ( al-
amirun bi al-ma ‘ruf wa al-nahun ‘an al-munkar)
dan sangat kuat menjaga hukum-hakam Ilahi –
Syariat Islam (al-hafizun li hududillah).”6

Mohd Said secara paraktikal mencadangkan penghayatan nilai-nilai


murni ini perlu di laksanakan di peringkat yang seawal mungkin
seperti 1) di peringkat kanak-kanak dengan menumpukan kepada
kursus keibubapaan dan persekolahan, 2) Penguasaan amalan dan
nilai-nilai murni ini perlu berlaku di peringkat persekolahan
menengah, kolej dan Universiti, 3) Mengajurkan kepada kakitangan
kerajaan pra-perkhidmatan dan 4) kursus-kursus dalam
perkhidmatan.7

Dengan cadangan ini sektor perkhidmatan akan berusaha membuka


peluang penghayatan nilai-nilai murni lebih mantap dan berkesan
diperingkat persekolahan dan kolej serta universiti. Melalui
penyediaan pembangunan sumber tenaga manusia, pengukuhan
nilai-nilai murni dapat dilaksanakan melalui latihan-latihan.
Pegawai-pegawai atasan awam dan swasta pun perlu di dedahkan
dengan latihan-latihan penghayatan nilai-nilai murni, kerana mereka
lebih banyak terdedah kepada anasir-anasir penyelewengan kuasa,
rasuah, nepotisma, korupsi dan lain-lain. Latihan mempertingkatkan
keyakinan diri, pemantapan iman dan penguatkuasan undang-
undang dilihat sebagai berkesan untuk membentuk nilai-nilai ini di
dalam diri rakyat negara ini.

6
Ust. Abdul Ghani Shamsuddin dan Ust. Zawawi Ali, Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan
Pendakwah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, 1985, hal. 143-175
7
Op cit., Perkhidmatan Awam pada Abad ke 21, hal. 100-103

6
Memanfaatkan cadangan yang berbahagia Dato’ Prof. Dr. Syed
Othman al-Habshi yang menjelas dan mencadangkan pemantapan
nilai-nilai murni boleh dan berhasil dilakukan sekiranya semua pihak
berkerja kuat untuk menghasilkannya. Justru itu realiti-realiti seperti
berikut hendaklah diambil kira. Antaranya8 1) Tujuan atau niat:
Penghayatan nilai-nilai murni sangat berkait rapat dengan tujuan
niat, misi, visi, objektif dan matlamat sesebuah organisasi itu
diwujudkan dan dioperasikan. Ia mesti tampak, jelas dan konsisten.
2) Suasana yang sesuai: Suasana dan tempat kerja hendaklah
sentiasa mendokong nilai-nilai yang hendak di budayakan itu.
Sebagai contoh mengamalkan amanah, kerja berpasukan dan
berjimat cermat menjadi pengenalan sesebuah badan atau organisasi
tersebut. 3) Amalan yang menyeluruh: Setiap anggota dan badan
terlibat di sesebuah organisasi mestilah terlibat dalam menghayati
nilai-nilai murni tersebut, seperti sesebuah sekolah hendaklah
menghayati budaya kebersihan, perlu dilaksanakan di setiap
peringkat dan melibatkan semua pihak. 4) Komitmen yang
kukuh: Ianya mestilah ditunjukkan dengan jelas dan bersungguh-
sungguh. Setiap anggota di sesebuah organisasi bertanggung jawab
mengingatkan rakan-rakan tentang kelemahan komitmen. Bukti
kesungguhan seperti melantik pengawai tertinggi dengan authoriti
yang penuh bagi menjayakan piawaian kualiti menyeluruh di
sesebuah organisasi perlu di laksanakan.

Di harapkan pencinta nilai-nilai murni dan sejagat akan memahami


dan mendapat gambaran jelas tentang bagaimanakah ia boleh
dioperasikan di dalam sesebuah organisasi, kumpulan, masyarakat
dan negara. Dengannya segala bentuk kualiti nilai yang bakal
diperolehi akan dapat dikongsi bersama.

INSAN CEMERLANG DAN KUALITINYA

Dalam Islam golongan yang berjaya itu ialah golongan al-Muflihun


dan al-Muhsinun.Maksud kepada orang-orang yang cemerlang itu
pula ialah ‘suatu manifestasi daripada insan yang berkualiti yang
terjana daripada insan yang memiliki sifat-sifat terpuji.’ 9 Manakala
8
Prof. Dr. Syed Othman al-Habshi, Peningkatan Prestasi: Pengemblingan Nilai, Sistem, Struktur
dan Prosedur dalam Penerapan Nilai-Nilai Murni dalam Pentadbiran Awam, Kula Lumpur :
IKIM, 1995, hal. 110-115
9
Mohd Yusof Othman, Menjejak Kualiti Menjana Kecmerlangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2000, hal.66

7
kualiti pula memberi maksud ‘mencapai segala sesuatu yang di
inginkan’ dari keperluan manusia yang sebenarnya mengikut ajaran
Islam. Ianya dikenali sebagai al-Falah – suatu bentuk kejayaan di
dunia dan di akhirat seterusnya berhak membawa kebahagiaan
hakiki kepada manusia. Hasilnya manusia mendapat keredaan Allah
melalui hasil usaha dan amalan mereka di dunia. Termasuklah
kemakmuran, bebas daripada kebimbangan, kesusahan atau
gangguan emosi dan keselamatan diri.10

RUMUSAN DAN PENUTUP.

Serangkaian nilai-nilai murni telah pun dipaparkan dan diolah


konsep, pengenalan dan hubungannya dengan paksi teras nilai-nilai
tersebut dengan dasar dan prinsip-prinsipnya sekali mengikut ajaran
Islam. Memahami hakikat bahawa tidak boleh lahir sesuatu
penghayatan nilai jika ianya tidak dihayati sekali dengan falsafah dan
ideologinya yang dengannya mampu merobah dan membawa kesan
besar ke atas sesuatu bangsa dan kumpulan manusia. Amalan meniru
tanpa mengetahui asal usul dan latar belakang sesuatu nilai dan
budaya, akan membawa kegagalan penghayatannya. Tetapi apabila
ianya sudah dikenalpasti dasar dan prinsip serta falsafahnya, maka
ideologi itu akan merobah scenario, sikap dan pencapian sesuatu
bangsa.

Wassalam

Ustadh Ahmad Daud Ishak El Merbawiy

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

10
Ibid, Menjejak Kualiti, hal. 19-20

8
Universiti Teknologi Mara Terengganu, Kampus Rekreasi Bukti Besi,
Besol 23200 Dungun, Terengganu.

RUJUKAN BERKAITAN

Ahmad Sarji b. Abdul Hamid, (Tan Sri Dato’) Nilai dan Etika Kerja
Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, Kula Lumpur:INTAN, 1991

Fathi Yakan, Qawarib al-Najat fi Hayat al-Duat, Terj. Ust. Abdul


Ghani Shamsuddin dan Ust. Zawawi Ali (Dr.), Bahtera Penyelamat
Dalam Kehidupan Pendakwah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar,
1985

Mohd Said b. Taufik, Perkhidmatyan Awam pada Abad ke 21: Ke


arah Penghayatan Budaya Cemerlang Melalui Sistem Nilai, PNM,

Mohd Yusof Othman, (Prof. Madya Dr.) Menjejak Kualiti Menjana


Kecmerlangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000

Nik Mustaffa Hj. Nik Hassan, Nilai Sejagat Islam: Satu Perspektif,
dalam Ismail Ibrahim dan Wan Roslili Majid, Penerapan Nilai-Nilai
Murni Dalam Pentadbiran, Kuala Lumpur: IKIM, 1995;lihat juga
Mahathir Mohamad, (Dato’ Sri Dr.) Penerapan Nilai-Nilai Islam,
dalam Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Kula
Lumpur:INTAN, 1991, selepas ini akan dicatat sebagai PNM

Syed Othman al-Habshi, (Prof. Dato’ Dr.) Peningkatan Prestasi:


Pengemblingan Nilai, Sistem, Struktur dan Prosedur dalam
Penerapan Nilai-Nilai Murni dalam Pentadbiran Awam, Kula Lumpur
: IKIM, 1995

Anda mungkin juga menyukai