Anda di halaman 1dari 6

Akhlak membentuk jatidiri muslim PENDAHULUAN Akhlak mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri individu Muslim dan

umatnya. Manusia membentuk dan mengolah gerak laku perbuatan dan amalannya mengikut bentuk dan acuan sistem akhlak tersebut (Haron, 1988). Jika setiap individu muslim berakhlak mulia, maka sudah pasti masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan dan kesejahteraan dan terselamat dari keadaan huru-hara, perpecahan dan sebagainya.

Akhlak mulia merupakan tunggak kekuatan masyarakat dan negara. Oleh itu setiap individu wajib berjuang menegakkan akhlak mulia dan berusaha mencegah dan memerangi apa sahaja gejala kerosakan akhlak dalam masyarakat. Jika perkara ini diabaikan, tentu seseorang itu akan rugi dan mendapat kehinaan, baik dalam masyarakat, mahu pun negara, di dunia dan di akhirat (W. Abdullah dan DraWista, 1997).

Dalam konteks kemajuan dan pembinaan tamadun Islam, seseorang individu sangat diutamakan supaya mengiltizamkan diri terlebih dahulu dengan budi pekerti yang luhur, kemudian merealisasikannya pula kepada orang lain supaya mampu membentuk generasi akan datang sebagai asas kekuatan ummah sejagat. Budi pekerti yang luhur adalah salah satu sifat yang dimiliki Rasulullah s.a.w dan telah menjadi amalan harian baginya kerana akhlak itu termasuk setengah daripada iman.

Pembangunan negara tidak bermakna sekiranya insan itu runtuh akhlaknya. Justeru itu ahli pendidikan bermuafakat bahawa pendidikan akhlak adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Kemuliaan dan kebahagiaan, aman dan tenteram bergantung kepada sejauhmana kejayaan dalam pendidikan akhlak. Akhlak adalah sifat yang penting dalam membezakan antara manusia dan binatang. Manusia sempurna (insan kamil) ialah manusia yang berilmu dan berakhlak mulia. Maka seseorang yang jahil tetapi berakhlak mulia lebih baik dari seseorang yang berilmu tetapi tidak berakhlak. Oleh itu mendidik anak-anak dengan pelajaran tinggi tanpa mendidik akhlak mereka bererti kita mendidik para penjenayah professional yang boleh menjual negara, bangsa dan agama.

Akhlak merupakan manifestos! yang dirangkaikan bersama hati dan budi yang bersifat rohani, dipamerkan melalui gaya dan tindakan. Lantaran itu untuk membina dan membentuk akhlak individu dan masyarakat ia haruslah terlebih dahulu melalui pembentukan yang bersifat rohani. (Che Kamarudin, Nik Aminah, Rukiah, Siti Fatimah dan Sulaiman, 1996) Akhlak Menurut Kamus Dewan (1989) akhlak adalah budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainya Numa ada baik atau jahat. Perkataan akhlak adalah berasal daripada bahasa Arab, khulq yang membawa maksud kepercayaan, keyakinan, pegangan,

sikap, tabiat dun tingkah laku. Maksud ini terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rusulullah s.a.w (Rohani bt. Dollah 1989) yang bermaksud : Akhlaknya (Rasullah s.a.w) adalah al-Quran (RiwayatMuslim)

Akhlak Rasulullah s.a.w yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah s.a.w yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran alQuran.

Akhlak dari segi istilah membawa maksud segala laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang (Abul A'la al-Maududi, 1967). Setelah tingkah laku yang telah diamalkan sekian lama dan diterima oleh sesuatu masyarakat sebagai sebahagian daripada cara hidup, itu dinamakan akhlak. Istilah akhlak adalah suatu istilah yang bersifatrabbani kerana ia bersumberkan daripada Allah. Firman Allah bermaksud, Dan sesungguhnya kamu benar-benar berakhlak yang agong (al-Qalam: 4) Usamah ibn Syarik menceritakan bahawa dia dengan teman-temannya pada suatu hari duduk dekat Nabi dan mendengar seorang di antara yang nadir bertanya kepada baginda, "Siapakah di antara hamba Allah yang sangat disayangi oleh Tuhannya?Nabi menjawab,"Mereka yang terbaik akhlaknya" (Tabrani). Al-Khulq dari segi bahasa bererti sifat dan tabi'at. Sementara menurut istilah ia diertikan sebagai kumpulan sifat yang bersemadi di dalam jiwa dan berdasarkan dorongan dan pertimbangan sifat tersebut sesuatu perbuatan itu dikatakan baik atau buruk (Abu Urwah, 1989). Akhlak meliputi segala lapangan hidup baik rohani mahupun jasmani, meliputi dunia dan akhirat (Ahmad Ibrahlm, 1992). Firman Allah bermaksud,Demi sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah contoh yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah s.w.t dan balasan baik di hari akhirat nanti dan dia sentiasa mengingati Allah setiap masa (Al-Ahzab : 21)

Akhlak al-Quran merupakan satu fitrah semulajadi manusia yang tidak bercanggah sedikit pun dengan akal pada setiap masa dan tempat. Kembali kepada al-Quran bererti mengembalikan manusia kepada jalan akhlak yang benar-benar diperlukan dan dicari oleh setiap manusia (Mustafa Haji Daud, 1991). Menurut tulisan Ibn Miskawayh (1966) di dalam kitab beliau, Tahdhib al-Akhlaq, akhlak adalah keadaan sesuatu jiwa yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran terlebih dahulu, di mana keadaan jiwa tersebut, menurut Ibn Miskawayh terbahagi dua bahagian, iaitu keadaan jiwa yang bersifat tabii dan keadaan jiwa yang 'dibentuk' melalui latihan dan kebiasaan. Kemudian, al-Ghazali (1976) di dalam Ihya Ulum al-Din mencatakan takrif akhlak sebagai sifat yang tertanam di dalam jiwa seseorang yang darinya muncul perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Kalau keadaan jiwa tersebut malahirkan laku perbuatan yang baik, yang diiktiraf akal dan syarak, maka ia dinamakan akhlak yang baik, sebaliknya jika ia melahirkan laku perbuatan yang jahat, maka ia dinamakan akhlak yang buruk. Berdasarkan takrif yang diberikan tokohtokoh besar Islam di atas, maka ciri-ciri utama yang mendasari istilah akhlak tersebut telah dapat

difahami. Akhlak semestinya merupakan suatu laku perbuatan yang sudah cukup biasa dan sebati di dalam did seseorang sehingga apabila dia mahu melakukan perbuatan tersebut, dia sudah tidak lagi perlu berfikir terlebih dahulu, malahan ianya muncul secara spontan. Ini bermakna ruang untuk berlakon, berlagak atau malahan bersifat munafik tidak pernah diberi laluan atau tidak termasuk di bawah naungan istilah akhlak. Dalam kata lain, ciri-ciri perlakuan manusia dalam bentuk lakonan dan yang seumpamanya itu masih belum boleh dianggap sebagai suatu akhlak bagi diri seseorang.

Akhlak juga, berdasarkan piawai syarak dan akal murni, boleh dibahagikan kepada dua; akhlak baik dan akhlak buruk. Bagaimanapun, menurut perpektif Islam akhlak yang dikehendaki hanyalah laku perbuatan yang bersifat baik yang sudah sebati di dalam diri seseorang, kerana itulah matlamat dari pengutusan Rasulullah S.A. Wke dunia mi. Kriteria baik itu pula, sebagaimana yang dicatatkan oleh alGhazali, mestilah ditentukan piawainya oleh syarak. Hal ini cukup penting menurut pandangan Islam, kerana persoalan nilai sama ada baik atau buruk, kalau diserahkan semata-mata kepada kebijaksanaan manusia menentukan piawainya, maka kecelaruan dan ketidakpastian pasti akan terjadi. Ini ialah kerana apa yang dikatakan baik misalnya oleh seseorang, tidak semestinya baik juga bagi orang lain; demikian pula halnya sesuatu perkara yang dianggap baik di suatu tempat atau pada zaman yang tertentu, tidak semestinya pula menjadi baik di tempat dan zaman lain. Untuk itu, nilai atau piawai yang ditentukan oleh syarak adalah tetap dan kekal sepanjang zaman. Ia adalah cukup tepat dijadikan sebagai rujukan di dalam hal seumpama ini. Dalam hubungan ini, kita perlu merujuk pandangan al-Qur'an tentang akhlak Rasulullah s.a.w sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan bahawa sesungguhya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia. (Al-Qalam:4)

Ibn Kathir sewaktu menghuraikan ayat ini telah mencatatkan perihal bahawa Aisyah R.A telah ditanya oleh seseorang yang bernama Said b. Hasyim tentang akhlak Rasulullah s.a.w, lalu Aisyah berkata: " Tidakkah 'kamu membaca al-Quran?" Said menjawab bahawa dia telah membacanya. Aisyah pun berkata lagi " Sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w adalah (isi kandungan) al-Quran itu (sendiri)". Ini bermakna, menurut Ibn Kathir lagi, bahawa Rasulullah s.a.w telah menjadi ketaatan terhadap suruhan dan larangan al-Quran itu sebagai akhlak kepada dirinya; apa-apa yang disuruh oleh al-Quran dilaksanakannya, sedangkan apa-apa yang dilarang pula ditinggalkannya. Berdasarkan huraian di atas, maka satu kesimpulan lagi boleh dibuat berhubung dengan ruang lingkup penghayatan akhlak yang baik menurut perspektif Islam. Maka ia secara pastinya merujuk kepada penyebatian dalam perlakuan seseorang terhadap seluruh ajaran dan suruhan yang terkandung dalam al-Quran. Dalam kata lain, ruang lingkup penghayatan seluruh isi kandungan al-Quran sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w hanya menjadi bermakna apabila segala itu terlaksana dengan sempurna di dalam diri seseorang. Menurut perspektif Islam, apabila segala itu tercapai, maka orang tersebut sudah berakhlak dengan akhlak yang baik.

KATEGORI DAN SKOP AKHLAK Kategori Akhlak Menurut Islam. Akhlak menurut Islam terbahagi kepada dua iaitu akhlak mahmudah (akhlak yang terpuji) dan akhlak mazmumah (akhlak yang keji). Akhlak Mahmudah Ialah sifat yang lahir di dalam diri seseorang yang menjalani tazkiyyat an-nafs secara gigih untuk membersihkan hakikat atau zat sejati manusia dari pelbagai sifat yang rendah dan hina (mazmumah) (Zakaria Stapa,1999). Menurut tokoh etisis Greek klasik, Aristotle menegaskan bahawa matlamat ke arah membentuk etika dan sahsiah diri bukanlah hanya mempelajari ihnu sahaja tetapi yang lebih penting adalah menjadi orang baik dan merealisasikan kebaikan itu ke dalam perbuatan dan tingkah laku. Seseorang tidak dipanggil dermawan jika hanya ada harta yang banyak melainkan dia dermakan harta itu (Mohd Nasir Omar, 1999). Akhlak-akhlak yang mulia itu antara lainnya ialah lemah lembut, pemaaf, pemurah, rendah diri, sabar, redha, zuhud, berani, manis muka dan mesra, kasih sayang, bertolak ansur dan amanah. Semua sifat-sifat ini adalah yang dikatakan sifat-sifat yang dan terpuji atau dengan kata lain, ia adalah disebut sebagai sifat mahmudah. Sifat-sifat hati yang baik ini akan memberi cahaya kepada kehidupan kita yang zahir. Ini sesuai dengan sebuah Hadith Rasulullah yang bermaksud:

Di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia itu. Jika daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Itulah dia hati. Imam Al-Ghazali telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah/terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu : 1) Taubat. 2) Khauf(Takut) 3) Zuhud 4) Sabar. 5) Syukur. 6) Dchlas. 7) Tawakkal. 8) Mahabbah (Kasih Sayang) 9) Redha. 10) Zikrul Maut (Mengingati Mati)

AkhlakMazmumah Sesiapa yang ingin melihat Allah s.w.t di dalam syurga, dia mesti membuat amal soleh dan tidak mensyirikkan Allah s.w.t. Amal soleh tidak akan dapat dicetuskan kalau di dalam hati seseorang itu tidak ada sifat-sifat mahmudah. Kerana itu tanamkan sifat-sifat mahmudah terlebih dahulu di dalam hati. Dan sifat-sifat mahmudah inilah akan mendorong seseorang itu melaksanakan amal-amal soleh di dalam kehidupannya. Itulah yang akan dinilai oleh Allah s.w.t dan diberi nikmat syurga di akhirat.

Contoh akhlak atau budi pekerti yang keji itu ialah seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam, bakhil, tamak dan yang lain-lain adalah penyakit-penyakit hati atau penyakit jiwa atau dikatakan penyakit batin. Jadi lawan bagi sifat yang baik adalah sifat-sifat yang jahat atau yang dikatakan sifat mazmumah. Sifat-sifat hati yang terkeji ini akan membentuk akhlak yang jahat dan melahirkan perbuatan yang keji. Ini akan menyusahkan hidup yang kekal abadi di akhirat pada seseorang itu kerana dia akan merasakan penderitaan neraka di akhirat kelak. Jelas bagi kita di sini bahawa hati yang jahat, mengandungi sifat-sifat yang jahat akan menyebabkan seseorang itu hidup kekal abadi dalam kesengsaraan di neraka. Hati yang jahat itu akan mendorong anggota lahir manusia itu melakukan perbuatan-perbuatan jahat seperti ia boleh mendorong tangan, mata, mulut, kaki dan anggota lain melakukan berbagai kejahatan.

Akibat roh atau hati yang rosak penderitaannya bukan sahaja dirasakan di dunia tetapi kekal abadi di akhirat kelak. Jadi, di sini terdapat dua jenis penyakit di dalam kehidupan manusia iaitu penyakit batin dan penyakit zahir. Yang peliknya, di antara dua jenis penyakit ini yang kita biasa khuatirkan ialah penyakit zahir. Sebab itulah kita dapati banyak hospital, klinik dan pelbagai pusat perubatan. Semua ini bertujuan untuk mengubat pelbagai jenis penyakit yang menyerang fizikal manusia.

Penyakit batin yang boleh membawa manusia menderita kekal abadi di dalam neraka, tidak ditemui secara khusus hospital atau klinik penyakit batin seperti kuliah atau pengajian ceramah dan seumpamanya. Ini adalah kerana penyakit batin itu kurang disedari dan tidak merasakan ianya perlu diubati. Yang manusia hari ini lebih sibukkan ialah mendirikan hospital atau klinik penyakit zahir. Kulit dijaga dengan rapi hingga disalut berbagai krim mencegah serangan penyakit kerana takut dihinggapi penyakit. Kemudian disapu pula dengan pelbagai ubat supaya lebih halus bimbang dihinggapi penyakit lain. Kemudian sibuklah manusia hari ini melakukan riadah pada Subuh hari atau petang-petang hari. Selsema sahaja segera mencari klinik untuk dapatkan rawatan. Begitu juga apabila gigi sakit, dengan tidak sempat berbuat apa-apa lagi akan bergegas berjumpa doktor mengambil ubatnya seterusnya mencabut gigi berkenaan. Tetapi kalau penyakit bakhil yang menular dan berakar dihati, tidak pun terasa hendak mengikisnya. Kalau ada penyakit riak, ujub, hasad dengki, sedikit pun tidak dihiraukan. Malah ada sebilangan daripada kita merasa gembira dan bangga dengan penyakit seperti itu. Sesungguhnya pengubatan penyakit jiwa adalah paling utama. Tetapi jarang manusia ingin hendak mengubat penyakit seperti ini. Yang lebih diutamakan oleh manusia hari ini ialah penyakit zahir sahaja. Kita perhatikan apabila seseorang itu terkena penyakit, tindakan segera bagi mengubatinya tetapi sebaliknya apabila bersarang penyakit mazmumah tidak langsung dihiraukan. Tidak terfikir mencari kliniknya sedangkan penyakit ini lebih teruk dan menderita sepanjang masa. Ini kerana pada kita penyakit ini perlu lebih diutamakan rawatannya, suluh-suluhlah hati kalau-kalau ada penyakit riak ujub atau sebagainya. Kemudian tanya-tanyalah tuan-tuan guru untuk mengubatnya. Ubatlah seperti mana kita mengubat penyakit zahir. Sekiranya sikap kita tidak boleh jadikan contoh sekurang-kurangnya boleh kita ambil manfaatnya. Orang yang selalu memikirkan penyakit batin ini adalah yang berakal dan cerdik. Manakala orang yang selalu memikirkan penyakit-penyakit zahir adalah yang jahil. Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah/ tercela/sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :

1. Banyak makan 2. Banyak bercakap 3. Marah 4. Hasad 5. Bakhil 6. Cintakan kemegahan 7. Cintakan dunia 8. Bangga diri 9. Ujub (hairan diri) 10. Riya' (menunjuk-nunjuk)

Anda mungkin juga menyukai