Anda di halaman 1dari 167

Prinsip Pertama

KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH Oleh : Prof. Dato Dr. Abdul Syukor Bin Haji Husin Panel Pemikir Islam Hadhari PENDAHULUAN Pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t sebagai teras utamanya adalah mencerminkan arah dan halatuju yang kukuh dan konsisten kerana ia merupakan sumber cahaya yang menyinari kesemua prinsip-prinsip Islam Hadhari yang lainnya. Ia merupakan perwujudan fitrah semulajadi manusia dan anugerah khusus yang diberikan oleh Tuhan Yang Maha Esa kepada umat manusia. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah dalam pengertian yang luas dan padu adalah asas dan syarat mutlak bagi satu-satu kaum, jika ia ingin memperolehi kejayaan hidup dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat, hakikat ini dinyatakan oleh Allah dalam firmannya bermaksud: Sekiranya penduduk negeri itu, benar-benar beriman dan bertakwa (kepada Allah), tentulah kami (Allah) akan membuka kepada mereka keberkatan hidup yang melimpah ruah, samada dari langit mahupun dari bumi (alaraf:96). Maksud yang sama juga ditegaskan oleh Allah di ayat lain bermaksud: Ketahuilah bahawa wali-wali Allah (yang sebenar) mereka tiada ditimpa rasa takut dan kesusahan hati; mereka itu adalah orang-orang beriman dan bertakwa (kepada Allah), mereka itulah yang memiliki kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat (yunus:62). Beriman sebenar bukan hanya kepercayaan dalaman tetapi perlu disertakan usaha dan kerja yang bersungguh-sungguh, disamping mematuhi dan memenuhi semua perintah Yang Maha Kuasa. Negara yang ahlinya beriman dan bertakwa adalah negara yang memberi keutamaan dan penekanan kepada lima perkara penting yang disebut oleh Ulama sebagai aqaasid al-shariah, iaitu: Pertama; memelihara dan memperkasakan agama dengan menjadikan nilai-nilai agama sebagai tunjang pentadbiran dan pembangunan negara. Dan agama-agama lain tetap bebas dianuti dan mendapat perlindungan sewajarnya sebagai menjunjung tinggi kebebasan beragama bagi setiap individu, selama mana tidak mengganggu kestabilan dan sensitiviti umat yang lain.

Kedua; memelihara jiwa dengan menghormati hak-hak asasi umat manusia tanpa membezakan golongan, agama, etnik dan darjat kedudukan nilai martabat kemanusiaan sebagai makhluk ciptaan Allah yang termulia. Termasuk juga menjaga maruah dan kehormatan bagi setiap individu. Ketiga; memelihara akal dengan memberi keperluan pendidikan yang mencukupi bagi tujuan memartbatkan ilmu pengetahuan tanpa membezakan antara ilmu agama dan ilmu dunia, atau ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Disamping mencegah semua perkara yang boleh merosakkan akal dan fungsinya. Keempat; memelihara keturunan dengan mempertahankan norma dan institusi keluarga sebagai tunjang pembangunan sosial yang adil dan beradab. Termasuk juga berpegang teguh kepada nilai-nilai murni kemasyarakatan yang berlandaskan kepada akhlak mulia. Pencegahan kepada perkara yang boleh menodai keturunan turut mendapat perhatian, seperti salah laku seks, merendahkan maruah kaum wanita dan kedudukannya. Kelima; memelihara harta dengan memperkasakan ekonomi umatnya melalui peningkatan kemahiran (skills), peluang pekerjaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pembangunan ekonomi yang dimaksudkan mestilah diasaskan kepada sumber manusia dan sumber alam yang dimiliki. Disamping berusaha membanteras secara berkesan perkara-perkara yang boleh membantutkan pembangunan ekonomi seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengurusan yang tidak cekap dan pembaziran. Berdasarkan daripada pemahaman di atas, teranglah bahawa prinsip iman dan takwa boleh menjadi faktor utama bagi pembangunan masyarakat cemerlang menuju kepada terwujudnya peradaban gemilang dan tamadun terbilang. Tanpa prinsip ini, kemajuan tamadun yang dicapai oleh umat manusia hanyalah laksana bangunan yang rapuh tidak mempunyai asas yang kukuh dan nilai peradaban sebenar. Tamadun peradaban yang tidak diasaskan kepada kepercayaan dan kebaikan ianya tidak akan kekal lama dan tidak akan mendatangkan apa-apa kebahagiaan yang berkekalan kepada umat manusia. Oleh sebab itu, pendekatan Islam Hadhari yang dicetuskan oleh kepimpinan negara yang sedang dikembangkan oleh Kerajaan dan masyarakat di Malaysia hari ini menetapkan prinsip keimanan dan ketakwaan kepada Allah sebagai prinsip pertama dan utamanya. Dan prinsip ini sewajarnya menjadi landasan kepada prinsip-prinsip Islam Hadhari lainnya. Ia dengan sendirinya sebagai penyataan sikap dan asas pembangunan negara yang kukuh dan jelas.

MAKNA KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH Keimanan bermakna kepercayaan dan pegangan hidup yang kukuh tidak hanya tersemat di hati tetapi ia disertakan dengan ketaatan dan amalan terhadap apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang ditegah oleh Allah s.w.t. Keimanan erat kaitannya dengan fitrah kejadian manusia sebagai makhluk ciptaan Allah s.w.t. Itulah sebabnya, Imam Nawawi menegaskan bahawa fitrah kejadian manusia itu adalah keimanan dan kepercayaan, ketika beliau menjelaskan hadis Rasulullah s.a.w, riwayat Imam Muslim tentang kelahiran bayi berasas kepada fitrahnya. Jika fitrah bayi itu dijaga dan dididik dengan nilai-nilai mulia maka ia akan menjadi insan yang sempurna dan baik. Maka begitulah pula sebaliknya pendidikan, persekitaran dan ibu bapa adalah elemen penting boleh mewarnai kehidupan seseorang bayi. Oleh yang demikian, sistem keimanan dan kepercayaan merupakan sifat semulajadi umat manusia yang tumbuh dan berkembang hinggalah menjadi suatu pegangan hidup. Wujudnya penyimpangan dan perbezaan keimanan ini, hanyalah disebabkan kerana faktor pemeliharaan fitrah yang terlepas dari pemeliharaan dan pentarbiahan. Sekiranya fitrah seseorang sejak lahir di dunia terjaga dengan baik, ianya akan tumbuh menjadi keimanan atau kepercayaan atau pegangan hidupnya. Faktor pemeliharaan dan pentarbiahan fitrah inilah yang dikaitkan dengan konsep ketakwaan. Kerana takwa adalah dari perkataan wiqayah yang mengandungi makna pemeliharaan dan penjagaan. Maknanya jika keimanan diibaratkan tumbuhan maka ketakwaan itulah baja dan siramannya. Mengikut Hamka, keimanan bermakna kepercayaan iaitu pengakuan hati yang dibuktikan dengan amalan perbuatan yang dilafazkan oleh lidah, akhirnya menjadi keyakinan hidup manusia. Sementara ketakwaan, ianya mengandungi makna seperti berikut: 1. memelihara hubungan yang baik dengan Pencipta 2. memelihara diri daripada perbuatan yang tidak diredhai oleh Pencipta 3. memelihara dan melaksanakan segala perintah Pencipta untuk diamalkan. Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahawa perkataan takwa itu tidak boleh diertikan dengan makna takut, kerana hakikat ketakwaan meliputi makna amal, cinta, kasih, harap, tawakkal, redha, sabar dan sebagainya. Jadi makna ketakwaan jauh lebih luas dibandingkan dengan makna takut. Ketakwaan adalah hasil daripada pentarbiahan keimanan melalui amal soleh. Maknanya orang yang bertakwa adalah orang yang telah teruji keimanannya sehingga

mampu menjadikannya sebagai suluh dalam kehidupannya. Jadilah ia sebagai orang bertakwa kerana dalam kehidupannya telah terpelihara dan terhindar dari perbuatan keji malah ia sentiasa melakukan yang terbaik dan berguna dalam setiap aktivitinya. Daripada huraian di atas, difahami bahawa keimanan dan ketakwaan dari segi konsepnya tidak harus dipisahkan antara satu sama lain dan tidak harus dipisahkan di antara keyakinan atau kepercayaan dengan amalan baik dan terpuji dan usaha mengupayakan manusia disamping sentiasa menolak kerja-kerja keji atau tidak bermoral samada terhadap Penciptanya atau sesama manusia dan alam sekitarnya kerana kedua-duanya mempunyai kaitan makna yang tidak dapat difahami secara berasingan. Kerana makna keimanan dan ketakwaan adalah saling melengkapi iaitu kepercayaan yang menghasilkan pemeliharaan jati diri manusia. Di dalam al-Quran pun didapati firma Allah s.w.t yang menggabungkan di antara keimanan dan ketakwaan sebagai syarat dan asas untuk mendapatkan keredhaan Allah, keselamatan hidup dan ganjaran pahala di hari akhirat, seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud: Sekiranya mereka beriman dan bertakwa, pastilah ganjaran pahala di sisi Allah adalah lebih baik (bagi mereka) (al-baqarah:103). Kesimpulan maksud firman Allah s.w.t. di atas, secara jelas menghubungkaitkan keimanan dan ketakwaan dan menjadikan kedua-duanya sebagai dua serangkai yang tidak dapat dipisahkan termasuk dari sudut pengertian dan pemahamannya.

Dengan demikian, jelaslah bahawa keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t merupakan prinsip hidup umat manusia yang mempunyai tujuan untuk memperolehi bimbingan, hidayah, pertolongan Allah s.w.t dalam membangun dan memajukan kehidupan mereka di atas dunia ini agar mereka mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan keselamatan di akhirat. Dari sudut terminologi, iman jika digunakan secara bersendirian, maka ia mengandungi makna takwa. Begitu juga sebaliknya jika perkataan takwa diguna secara bersendirian ianya mengandungi makna iman. Dan jika disebut dua-dua maka keduanya mengandungi erti yang berbeza tetapi saling melengkapi. Dalam konteks umat Islam, sudah tentu makna keimanan dan ketakwaan kepada Allah adalah usaha mengaplikasikan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka. Disamping itu, mereka memelihara kemurnian akhlak dan moral kemanusiaan serta pengiktirafan yang seadil-adilnya sesama manusia dan makhluk seluruhnya sehingga orang yang bukan muslim pun merasa terhormat dan terjamin keselamatannya hidup bersama umat Islam.

Penampilan umat Islam yang beriman dan bertakwa sudah tentu selari dengan konsep ummatan wasatan (umat yang bersikap sederhana dan moderate). Di mana umat Islam sentiasa memberi contoh yang terbaik dan unggul dalam melaksanakan aktiviti kehidupan mereka. Amalan dan sikap hidup mereka sentiasa mencerminkan nilai-nilai murni yang mereka percaya dan beramal dengannya. Manusia yang beriman dan bertakwa adalah manusia yang sentiasa optimistik, berfikiran terbuka dan memiliki kekuatan jiwa dan emosi yang terkawal untuk mengerjakan yang terbaik bagi diri, keluarga, masyarakat, negara dan makhluk sejagat. Disamping itu, mereka juga memiliki kemampuan menyaring dan menapis semua perkara atau budaya yang bercanggah dengan norma dan nilai agamanya. Kerana iman dan takwanya kepada Allah membimbingnya ke jalan yang lurus bagi melakukan perkara-perkara yang bermanfaat, oleh sebab keimanan itulah menjadi sumber pelbagai kebaikan. Sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis, riwayat Bukhari dan Muslim; yang bermaksud: Keimanan itu memiliki 60 cabang kebaikan, sifat malu adalah satu daripadanya. Disamping rasa malu (melakukan kesalahan dan penyelewengan) sifat kasih dan cinta kepada orang lain adalah juga bahagian yang utama daripada keimanan. Rasulullah s.a.w pernah menerangkan bahawa: Tidak beriman di antara kamu melainkan ia mengasihani saudaranya sepertimana ia mencintai dirinya sendiri Oleh yang demikian, manusia yang memiliki keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t akan sentiasa berkata yang benar, hormat kepada orang lain dan memperbaiki hubungan kemasyarakatannya tanpa mengira unsur keturunan ataupun golongan dan agama, dan sentiasa berusaha tidak akan menjerumuskan diri dalam kecelakaan dan kesengsaraan. Demikianlah makna keimanan dan ketakwaan kepada Allah menurut perspektif alQuran, Hadis dan Ulama Islam ia telah ditetapkan menjadi prinsip pertama kepada pendekatan Islam Hadhari yang boleh dipastikan sebagai unsur dalaman manusia dan tindakan luaran secara sepadu yang perlu difahamai secara luas mengikut kefahaman Islam sebenar.yang perlu difahami secara benar mengikut kefahaman Islam sebenar. PERANAN IMAN DAN TAKWA DALAM KEHIDUPAN Manusia adalah makhluk dwidimensi yang merangkumi kedua-dua unsur fizikal dan spiritual yang saling lengkap-melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi unsur kerohanianlah yang merupakan aspek unik dan utama yang melonjakkan martabat manusia kepada sebaik-baik kejadian.

Akal dan pemikiran manusia adalah cirri utama yang membezakannya daripada seluruh kejadian yang lain. Ianya merupakan satu manifestasi tanggungjawab dan kepintaran untuk mengurus dan mentadbir kejadian disekelilingnya mengikut acuan dan kemahuannya. Disamping ia memiliki daya untuk berfikir dan menganalisis untuk mendapatkan apa yang difikirkan terbaik dan boleh mendatangkan manfaat kepada diri dan masyarakatnya. Walau bagaimanapun, kemampuan akal amat terhad ia hanya berkisar di atas platform fizikal yang nyata. Di sinilah letak peranan tubuh dan fizikal badan sebagai instrument untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi yang dicetuskan oleh akal dan pemikiran. Kuasa akal amatlah terbatas dan tidak dapat mencapai hakikat dan kebenaran yang mutlak, kerana instrument yang digunakan hanyalah pancaindera dan deria yang hanya dapat mengesan perkara-perkara yang zahir dan bersifat fizikal sahaja disamping ia mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Manakala, perkaraperkara yang ghaib dan di luar darinya tidak dapat ditafsirkan atau dimutlakkan kewujudannya oleh akal manusia. Di sinilah letak peranan iman dan takwa sangat diperlukan selaku wahana untuk mendapatkan bimbingan ke arah membuka jalan kebenaran melalui hidayah dan taufik Ilahi. Mengikut panduan agama, peranan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dapat difahami dan dihayati dalam dua dimensi yang penting, iaitu: Pertama; iman dan takwa sebagai penggerak membuka minda untuk mencari jalan yang terbaik dalam melaksanakan tugas khalifah umat manusia bagi tujuan memakmur dan membangunkan dunia ini menjadi suatu destinasi yang selesa dan menyenangkan untuk berbakti dan mencari keredhaan Ilahi. Disamping itu, iman dan takwa juga dapat memberikan motivasi dan rangsangan yang kuat terhadap pembentukan peribadi dan jati diri manusia yang unggul. Kekuatan ini bersesuaian dengan fitrah dan naluri semula jadi manusia yang amat dahagakan pengetahuan dan kepercayaan terhadap Pencipta dan kuasa agung yang telah menjadikan alam ini dan membawa manusia ke alam kehidupan ini. Kedua; sebagai pemelihara dan penapis iman dan takwa memberi kekebalan atau kelalian kepada umat manusia supaya tidak mudah tergoda dan terpengaruh kepada perkara-perkara negatif yang boleh menghalang perlaksanaan tugas khalifah di muka bumi. Kerana kehidupan yang penuh dengan cabaran seperti hari ini, perlu dihadapi dengan persiapan mental, emosi dan ketrampilan diri yang memadai. Iman dan takwa juga memberi kekuatan dalaman kepada manusia untuk terus berjuang dalam kehidupan ini tanpa mudah pasrah dan bergantung kepada kemampuan orang lain.

Justeru, dorongan untuk bersaing dan berlumba dalam meraih kemajuan adalah termasuk sebahagian daripada iman yang tersemai dalam diri. Dengan menghayati dua dimensi yang terkandung dalam prinsip keimanan dan ketakwaan ini, jelas memberi kebebasan kepada umat manusia untuk menjalankan aktiviti pembangunan yang akan membawa kepada kemajuan yang berasas kepada keadilan dan kesejahteraan semua warga masyarakat yang dinaungi oleh rahmat Allah s.w.t yang dikenali dalam Islam sebagai konsep negara yang maju, makmur dan mendapat keampunan Ilahi. Ada empat perkara penting yang dihasilkan oleh prinsip keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t jika dihayati secara benar, iaitu:. Pertama; menjadikan manusia bebas tidak dikongkong oleh kuasa lain selain daripada Allah Yang Maha Esa. Akal fikirannya pula terbuka luas, bebas daripada belenggu khayalan dan khurafat. Hatinya merasa lapang tidak terikat dengan rasa rendah diri dan hina-dina. Termasuk emosinya akan terkawal kerana ia merasa berserah diri kepada Yang Maha Kuasa setelah melaksanakan segala usaha dan upaya yang ada padanya. Kedua; membentuk sahsiah seimbang yang tercermin dari tingkah laku dan cara berfikirnya. Hasrat kehidupannya menuntut keredhaan Allah s.w.t terserlah ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Manhaj kehidupannya diasaskan kepada cinta kasih dan hormat-menghormati kepada sesama manusia dan alam sekitarnya. Ketiga; melahirkan rasa ketenangan dalam hidupnya. Menutup pintu rasa takut dan khuatir, samada pada diri dan keluarganya, begitu juga terhadap rezeki dan kematian. Kerana ianya telah bergantung sepenuhnya kepada rahmat dan hidayah Tuhannya. Aktiviti hidupnya dijalankan dengan penuh keikhlasan dan pengharapan akan redha Tuhannya, kerana semua amal kerja yang dilakukannya telah diniatkan sebagai sebahagian daripada tugas ibadah dan khalifah di muka bumi. Keempat; membangunkan potensi diri dan kekuatan jiwa yang dibina di atas usaha dan yakin kepada Allah s.w.t. Dengan demikian ia menikmati kehidupannya dengan penuh kepuasan kepada Tuhannya. Rasa optimis dengan bimbingan Tuhannya sentiasa membangkitkan semangat untuk beramal, beribadah sesuai dengan fungsi dan peranannya hidup di dunia ini.

Daripada huraian ringkas di atas, ia menunjukkan bahawa penghayatan nilai keimanan dan ketakwaan akan memberi makna hidup yang sebenar kepada setiap manusia yang memilikinya dan seterusnya membangunkan umat yang bermoral dan berakhlak mulia, membangunkan tamadun yang kukuh dan bernilai. Penghayatan nilai keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t akan memberi kekuatan kerohanian dan moral kepada masyarakat. Ia boleh menjadi penunjuk dalam merealisasikan risalah hidup mereka di dunia ini, untuk mengambil bahagian dalam membangunkan tamadun dunia mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing. Allah s.w.t menjanjikan bahawa menghayati nilai keimanan dan ketakwaan akan memberi kemudahan mendapat rahmat yang berlipat ganda dan memperolehi petunjuk dalam kehidupan dunia serta akan menerima ganjaran kelak di kemudian hari. Firman Allah bermaksud Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah s.w.t dan berimanlah kepada RasulNya, pasti (Allah) memberikan dua kali ganda daripada rahmatNYA dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu pakai berjalan (hidup di atas bumi) dan Dia akan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (al-Hadid:28). IMAN DAN TAKWA MEMBENTUK MANUSIA MULIA DAN BERUPAYA Iman dan takwa bertujuan untuk melahirkan manusia sejati yang boleh diertikan sebagai seorang yang baik, bukan sahaja taat dan patuh kepada Allah s.w.t sebagai Pencipta manusia, malah ia dapat mentadbir dan memelihara keseimbangan dan keharmonian kejadian dan alam di sekelilingnya. Manusia yang beriman dan bertakwa akan memiliki persepsi dan pandangan yang seimbang, bukan hanya tertumpu kepada dirinya sahaja sebagai individu, malah ia turut merangkumi pelbagai peringkat hubungan, antaranya: 1. Hubungannya dengan Tuhan 2. Hubungannya dengan masyarakat sekeliling 3. Hubungannya dengan alam sekitar 4. Hubungannya dengan diri sendiri Allah s.w.t menegaskan dalam firmanNya bermaksud kepentingan manusia berpegang kepada iman dan takwa disamping melakukan perkara-perkara yang baik dan mencegah kemungkaran sebagai salah satu ciri penting umat yang berjaya dan terbaik. Ia bukan sahaja tertentu kepada perkara-perkara berkaitan agama sahaja, bahkan meliputi keseluruhan aspek kehidupan dan pergaulan sesama manusia tanpa mengira batasan agama, bangsa dan negara (Ali Imran:110).

Iman dan takwa menjana sifat-sifat terpuji seperti tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas. Semua sifat-sifat ini menjadi asas utama menjana kemuliaan dan keharmonian umat manusia. Seorang yang beriman dan bertakwa akan menyedari bahawa terdapat satu kuasa agung yang sentiasa memerhatikan segala gerak-geri dan perbuatannya untuk dinilai dan dipersoalkan kelak. Oleh itu, setiap perbuatan perlu dilakukan dengan penuh hatihati dan jujur. Seseorang yang memiliki iman dan takwa sentiasa berwaspada dan sedar akan tanggungjawab dan peranan yang harus dilakukannya. Inilah intipati dan kesan daripada penghayatan terhadap konsep ihsan yang merupakan antara peringkat iman yang tertinggi. Ibarat seorang pekerja yang sentiasa diperhatikan oleh majikannya dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan segala tugas dan tanggungjawab yang diberi dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Jika terdapat sebarang kesilapan ataupun kesalahan, ia akan disusuli oleh pengakuan dan perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatan sedemikian di masa akan datang. Iman dan takwa juga menyumbang ke arah kestabilan dan kekuatan rohani, emosi dan mental serta memberikan makna dan hala tuju yang jelas terhadap tujuan kehidupan manusia di dunia ini. Agama mengajarkan bahawa manusia sebenarnya adalah makhluk kejadian allah s.w.t yang telah dimartabatkannya sebagai sebaik-baik kejadian di dunia ini. Ia dilahirkan ke dunia ini khusus sebagai hamba dan khalifah Allah. Dunia menjadi medan ujian untuk menilai kebolehan dan keupayaan manusia mentadbir dan berbakti kepada Allah s.w.t menerusi interaksi sesama manusia dan alam sekitarnya. Setelah itu, segala amalan dan perlakuan manusia akan dinilai dan diberikan balasan yang setimpal di akhirat kelak. Seorang insan yang memahami tujuan wujudnya kehidupan ini akan mendapat satu kekuatan dan kuasa yang memberikan motivasi untuk beramal dan berusaha dengan gigih di dunia ini sebagai landasan ke satu alam lain yang abadi. Semua amalan dan perbuatan yang dilakukan akan disesuaikan dengan matlamat mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Sekiranya berlaku suatu ujian atau cubaan yang memerlukan pengorbanan baik dalam bentuk harta, nyawa dan emosi, ia akan sentiasa menerimanya dengan sikap yang terbuka dan positif. Iman dan takwa juga meruntuhkan ego dan nilai-nilai negatif dalam kehidupan serta menimbulkan sifat-sifat positif seperti gigih bekerja keras, menjalin hubungan baik sesama manusia, bercita-cita tinggi untuk mencari kebahagiaan kerana orang yang beriman dan bertakwa akan merasakan bahawa dirinya hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada skima kejadian dan kewujudan di alam semesta ini yang berkait rapat

dan saling memerlukan antara satu sama lain. Tanpa pertolongan daripada individu lain dan alam persekitarannya, dirinya tidak akan mampu menjalani kehidupannya dengan teratur dan lebih selesa. Dengan demikian orang beriman dan bertakwa merasakan dirinya amat kerdil sekali jika dibandingkan dengan kejadian-kejadian yang lain. Manusia yang memiliki iman dan takwa sentiasa terdorong untuk berusaha dengan gigih bagi mencapai kejayaan dalam segenap aspek perbuatan dan perlakuannya sehingga terbentuk di dalam dirinya satu disiplin moral dan pegangan positif yang selalunya mengajak ke arah nilai-nilai yang mulia dan terpuji. Oleh itu, orang beriman dan bertakwa akan dikenali sebagai orang yang berbudi pekerti mulia dan dihormati. Penghayatan yang sebenar terhadap konsep iman dan takwa ini mampu mengurangkan masalah akhlak dan moral masyarakat akibat tidak berpegang teguh kepada agama dan hanya berlandaskan hidup kepada pertimbangan fizikal dan material semata-mata. Iman dan takwa menanamkan sikap bertolak-ansur, hormat-menghormati serta toleransi yang tinggi sesama manusia dan terhadap alam sekeliling. Hakikat ini dapat dilihat dari aspek hubungan antara seseorang individu dengan manusia dan alam sekelilingnya. Orang yang beriman dan bertakwa pastinya akan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama dan tolong-menolong sesama insan tanpa mengira batasan agama, bangsa dan sebagainya. Disamping membantu memastikan keseimbangan dan keharmonian hubungannya dengan dunia persekitarannya, mereka bergaul sesama manusia dan alam sekitar dengan sebaik-baik pergaulan tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan bahasa. Apatalah lagi jika mereka tinggal bersama-sama di dalam sebuah negara yang memerlukan mereka berkerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain kerana konsep tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan membenci perkara mungkar adalah di antara teras utama bagi iman dan takwa. Mereka juga mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dan kepentingannya sebagai alat untuk mendapatkan kejayaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat kerana penguasaan ilmu pengetahuan merupakan sebagai salah satu medium untuk mencari dan mendapatkan kebenaran dan kejayaan di dunia dan akhirat. Penguasaan Teknologi dan pemilikan ilmu bukan sahaja berkaitan dengan amalan keagamaan tetapi juga yang bersangkut-paut dengan kehidupan di dunia kerana penguasaan ilmu pengetahuan merupakan faktor yang menentukan kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu pengetahuan seperti firmanNya yang bermaksud: Allah mengangkat darjat dan kedudukan orang beriman dan berilmu dan firmanNya lagi yang bermaksud: adakah sama nilai kerja orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, jawabnya tentu tidak kerana kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara bersepadu boleh menjadikan sesebuah masyarakat itu memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa. Ini bertujuan supaya kecemerlangang intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Perkara ini menjadi penting bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis. IMAN DAN TAKWA KAITANNYA DENGAN ORANG BUKAN ISLAM Di Malaysia, agama Islam telah ditentukan sebagai agama rasmi negara melalui Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, rakyat bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Toleransi agama seperti ini merupakan satu pendekatan keagamaan yang didorong oleh rasa iman dan takwa umat Islam. Ia telahpun diterjemahkan dalam kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w. Beliau juga memberi ruang kepada penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dengan aman di Kota Madinah. Kedudukan orang-orang bukan Islam yang tidak terjejas hak mereka, dapat dilihat dengan lebih jauh dalam amalan Baginda, khususnya dalam Perlembagaan Madinah. Dokumen ini merupakan bukti konkrit di mana orang-orang Islam dan bukan Islam hidup bersama-sama dan masing-masing menikmati hak mereka, sungguhpun orangorang Islam kuat pegangan agama mereka. Malah penghayatan mereka kepada iman dan takwa mendorong mereka untuk lebih bertanggungjawab terhadap semua anggota masyarakat termasuk yang bukan Islam. Iman dan takwa sama sekali tidak menghalang kewujudan bersama orang-orang bukan Islam di kalangan masyarakat Islam. Al-Quran dengan jelas mengiktiraf hakikat kewujudan masyarakat majmuk dalam sesebuah masyarakat. Malah konsep kongsi kuasa sepertimana amalan Malaysia adalah tidak bercanggah dengan nilai iman dan takwa yang menjadi pegangan kepercayaan umat Islam. Justeru itu, ianya memberi impak yang cukup besar di mana hampir tiada kacau bilau mahupun pertelingkahan yang timbul akibat daripada salah faham agama. Kewujudan berbagai-bagai bangsa dan agama dapat dilihat umpamanya menerusi konsep kebebasan beragama yang diberi jaminan dalam Islam. Orang-orang bukan Islam adalah bebas untuk menganut apa-apa kepercayaan yang dikehendaki dan tidak ada paksaan dalam memilih agama, walaupun orang-orang Islam dikehendaki menjalankan kewajipan berdakwah. Al-Quran sendiri menegaskan semua manusia

perlu diberi penghormatan dan kejadian mereka yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan puak adalah bertujuan semata-mata supaya mereka saling mengenali , bermuafakat dan bukan untuk membenci di antara satu sama lain. Sebenarnya dengan asas iman dan takwa, umat Islam memiliki tanggungjawab keagamaan untuk melindungi nyawa, harta dan kehormatan orang-orang bukan Islam. Adalah kewajipan umat Islam agar berbuat baik dan bersahabat dengan orang bukan Islam yang tidak memusuhi agama Islam dan umat Islam (Quran, 60:8-9). Nabi Muhammad s.a.w telah memberi amaran kepada orang-orang Islam agar tidak menzalimi dan melakukan penganiayaan terhadap orang-orang bukan Islam. Malah penganiayaan yang terjadi dianggap sebagai menyakiti Allah s.w.t dan RasulNya. Seseorang yang memiliki iman dan takwa akan melihat sesama manusia sebagai kejadian Allah s.w.t yang mulia tanpa memberi justifikasi darjat seseorang mengikut agama dan bangsanya. Ia memberi pertolongan dan pergaulan yang baik kepada semua, tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Malah orang yang beriman dan bertakwa sentiasa menjadikan dirinya sebagai cermin dimasyarakatnya dan memberi contoh yang terbaik dalam pergaulan dan muamalah. Rasulullah s.a.w mengisyaratkan bahawa bukan dari orang yang beriman dan bertakwa jika seseorang itu memiliki sifat suka menuduh yang bukan-bukan, suka melaknat orang, lidahnya kotor dan hatinya busuk (al-Hadis). IMAN DAN TAKWA MENJANA MODAL INSAN Pembangunan sumber manusia yang dikenali juga sebagai modal insan merupakan agenda yang sangat penting dan harus diberi penekanan. Ini berteraskan kepentingannya yang menentukan prestasi, kemajuan, pembangunan, pemodenan dan tamadun sesebuah masyarakat yang bertunjangkan agama. Iman dan takwa mempunyai peranan penting dalam melahirkan sumber manusia yang unggul berakhlak dan bermoral. Ia merupakan satu kekuatan yang tercetus dalam diri seseorang yang hati nurani, akal budi dan seluruh peribadinya sudah diresapi, dibentuk dan dikuasai sepenuhnya oleh nilai-nilai murni keagamaan sehingga seluruh tindakannya dikendali, dipandu dan ditunjuk oleh kepercayaan yang meresap dalam hati sanubarinya. Dari sanalah terpancar sinar yang membangkitkan untuk beramal dan berusaha dengan kuat untuk membangunkan diri, masyarakat dan negaranya. Manusia yang beriman dan bertakwa adalah manusia yang mudah menerima kebenaran dan mampu mempertahankannya dan menyebarkannya kepada orang lain, baik melalui pengajaran dan pendidikan mahupun melalui suri tauladan yang terlihat

dalam amalan hariannya. Oleh itu, iman dan takwa merupakan nadi penggerak pembangunan insan yang dapat menghasilkan sumber manusia yang berkebolehan dan berupaya dalam melaksanakan pembangunan tamadun yang dicita-citakan. Konsep Ibadu Rahman (hamba Allah), dalam al-Quran adalah elemen penting menjana model sumber manusia yang unggul yang menjadi idaman setiap masyarakat membangun. Di antara ciri-ciri manusia ibadu rahman, ialah: 1. Hidup sederhana, tidak membazir dalam kehidupannya. 2. Sopan-santun dalam pergaulan dan berkomunikasi 3. Mentaati segala perintah Tuhannya 4. Memiliki rasa pertimbangan yang adil dan saksama 5. Tidak membazir dalam menggunakan rezeki yang dimilikinya 6. Menjauhi perkara yang membawa kepada kederhakaan seperti ingkar kebaikan, pembaziran dan; 7. Tidak bersekongkol dengan usaha dan perkara mungkar serta tidak terpengaruh dengan budaya negatif sekeliling. 8. Menjaga dan memelihara kerukunan rumahtangga, menghormati yang lebih tua dan mengasihi yang lebih muda. 9. Menjaga hak dan maruahnya disamping menghormati hak-hak orang lain. Dengan demikian, jelaslah akan kepentingan iman dan takwa dalam rangka pendidikan dan pembangunan sumber manusia. Sebab pembangunan sumber manusia adalah asas utama dalam membangunkan tamadun dan peradaban dunia pada masa silam, kini dan akan datang. KESIMPULAN Meletakkan keimanan dan ketakwaan sebagai teras utamanya pendekatan Islam Hadhari adalah asas yang kukuh dan konsisten bagi menerangi pembangunan manusia dan hala tuju negara ini merupakan satu kesimpulan yang tepat dan praktikal. Pendekatan Islam Hadhari yang disinari oleh iman dan takwa akan menjana umat yang berupaya dan bermoral mulia, bersungguh-sungguh didalam tugas dan tanggungjawab dengan gigih, amanah dan berkualiti. Manusia yang beriman dan bertakwa sentiasa berusaha melakukan perkara-perkara terbaik dan menjauhi yang mungkar. Ia tidak memisahkan diri dari masyarakat tanpa mengira batasan agama, budaya, bangsa dan

bahasa. Menerusi interaksi dan kerjasama yang tidak terbatas bagi membangunkan tamadun manusia yang kukuh dan bernilai hormat-menghormati di antara satu sama lain kerana matlamat dari seluruh aktivitinya samada bersifat spritual dan fizikal.

Prinsip Kedua
KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH
Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : 90, Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan , serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatanperbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan peruntukan dalam alquran dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maaidah : 8, Maksudnya : Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya, Sekiranya(anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya. Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan dari al-quran dan hadis Nabi SAW. Dalam alquran Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa :58 Maksudnya : Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaikbaiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat.

Dan hadis nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad Maksudnya : Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah. Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-quran surah Saba : 15 Maksudnya : Demi Sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur). Yang terletak disebelah kanan dan disebelah kiri(Kariah mereka).(Lalu dikatakan kepada mereka):makanlah dari re4zeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya: (negeri kamu ini adalah)negeri yang baik(aman dan Makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun.

Prinsip Ketiga
RAKYAT BERJIWA MERDEKA
Oleh PROF DR. SIDEK BABA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA Pendahuluan Fitrah kejadian setiap makhIuk di alam ini memerlukan kebebasan. Kebebasan memberi erti yang amat bermakna bagi kehidupan. Detik pertama kelahiran seorang bayi ke dunia ditandai dengan tangisan seolah-olah membayangkan pekikan kebebasan dari kandungan ibu selama lebih sembilan bulan. Memang fitrah kejadian memberikan manusia erti kemerdekaan. Tetapi kemampuan manusia menghubungkan faktor diri dengan faktor alamiah adalah terbatas terutama yang berkaitan dengan alam ghaib. Upaya penerokaan akal dan pancaindera manusia terhadap perkara-perkara dan benda-benda yang wujud adalah terbatas. Oleh itu, manusia memerlukan petunjuk dari sumber Yang Maha Perkasa. Hanya dengan petunjuk Allah S.W.T. manusia mampu memahami erti diri, erti kehidupan, erti kebebasan dan juga erti kemerdekaan dalam maksud yang sebenarnya. Sebab itu konsep hamba clan khalifah memberikan asas taklif atau tanggungjawab. Melaksanakan taklif memerlukan pedoman dan pertunjuk. Di

dalam al-Quran Allah S.W.T. memberikan batasan tentang halal haram, dosa pahala clan baik buruk sesuatu. Sekiranya pedoman ini dijadikan amalan, jiwa merdeka akan sentiasa subur dan selari dengan fitrah insan. Yang menyebabkan makna kemerdekaan dikaburi ialah tingkah laku manusia yang melampaui batas. Al-Quran memberikan asas tentang "perbuatan tangan-tangan manusia yang menyebabkan kerosakan pada alam ini". Manusia yang hidup melalui pedoman al-Quran cenderung melakukan sesuatu mengikut keredhaan Allah S.W.T.. Inilah asas yang meletakkan manusia terus berada dalam fitrah clan merdeka.

Memahami konsep Islam tidak sekadar dihubungkan dengan ajaran agama itu sendiri. Islam sebagai "Deen" adalah sesuatu yang hidup bagi sepanjang zaman seperti juga jaminan Allah S.W.T. tentang al-Quran yang akan terus dipelihara sehingga akhir zaman. Aspek lain mengenai Islam ialah penganutnya. Apakah penganut Islam hari ini mewakili zaman atau sedang terpinggir oleh arus perubahan? Kekuatan ajaran itu berada pada umatnya. Sekiranya ajaran Islam itu dihayati sesuai dengan zaman yang pantas berubah, umat Islam tentu berada dalam satu tahap yang clihormati seperti yang pernah berlaku suatu ketika dulu di puncak suatu tamadun yang amat menyumbang kepada Barat dan Timur. Oleh itu, memperkasa umat dengan menggilap dan menghayati nilai-nilai yang Qurani bakal memerdekakan jiwa penganutnya claripada belenggu kejumudan, kebekuan kreativiti, kehampaan intelek clan kecelaruan budaya. Penjajahan pemikiran "alghozwul fik-r" yang menimpa umat Islam sejak kejatuhannya ratusan tahun yang lalu memerlukan cara dan penclekatan untuk membebaskannya. Walaupun Malaysia secara politik dan pentadbirannya bebas claripacla kuasa penjajah, namun masih diancam penjajahan bentuk baru seperti hegemoni sistem komunikasi dan telekomunikasi serta penjajahan kebudayaan. Kagum terhadap Barat dan negara-negara bekas penjaja, sindrom kebergantungan kepada Barat dan model kemajuannya sering menjadi ukurtara atau benchmarking untuk kita berstatus maju atau berimej global. Keadaan seperti ini harus diatasi supaya jiwa merdeka harus mampu memberikan cita rasa yang lebih kental dan bermakna supaya jati diri dapat diperkukuhkan, harga diri dapat dipertahankan dan hala tuju pembangunan menepati falsafah Wawasan 2020 iaitu pembangunan yang mapan dan seimbang.

MAKNA KEMERDEKAAN Merdeka mempunyai beberapa pengertian. Mengikut Kamus Dewan (hlm 883), mercleka bermakna " bebas daripacla penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain, lepas claripacla (tebusan, tuntutan, berdiri sendiri, ticlak bergantung kepacla orang lain ). Al-Quran juga mengaitkan kemerdekaan dengan konsep istiqlal dan al-Hurriyyah. Istiqlal membawa makna kemerdekaan, berdaulat, mengangkat, meninggi, menjayakan clan meneruskan sesuatu. Manakala al-Hurriyyah bermaksud kebebasan iaitu bebas claripada nafsu yang jahat. Firman Allah S.W.T. dalam surah an-Nasr bermaksud; "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Muhammad berjaya menguasai nege.ri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat " (Surah an-Nasr: 1-4) Definisi dan maksud al-Quran di atas memberikan kita makna kemerdekaan dan kebebasan dalam ertikata yang luas. Kemerdekaan tidak sekadar pembebasan diri daripacla belenggu penjajahan secara fizikal tetapi mengangkat diri sebagai manusia atau umat yang bermaruah dan ada harga diri. Kemerdekaan Mekah daripada belenggu jahiliyyah adalah lambang kemerdekaan antara yang hak dengan yang batil, antara jahiliyah dengan fitrah, antara asas syirik kepacla asas tauhid. Titik-tolak kemerdekaan Mekah memberi kesan yang amat bermakna kepada umat manusia. Oleh itu, kemerdekaan dalam fahaman Islam memberikan fokus kepada kemerdekaan akidah kerana menghayati akidah tauhid memberikan tunjangan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Hubungan manusia dengan Allah S.W.T. adalah sumber kemerdekaan yang sebenar dan hubungan manusia sesama manusia meletakkan hak individu, keluarga, masyarakat dan negara berada dalam keduclukan yang baik dan menyumbang. Sumber kemerdekaan dengan Allah S.W.T. ialah keimanan dan ketakwaan yang meletakkan manusia dalam batas hamba dan khalifah. Hak individu dalam konteks Islam meletakkan asas kebebasan bersuara, beraktiviti dan bermasyarakat, asal saja ia ticlak melanggar hak orang lain. Hak keluarga ialah tanggungjawab ibu bapa

memerdekakan anak-anaknya claripada kejahilan dan menjaclikan diri sebagai contoh atau qudwah supaya anak-anak menjadi orang yang cemerlang dan mampu menyumbang. Hak masyarakat ialah bagaimana potensi dan kelebihan yang ada pada seseorang tidak saja menjadi miliknya tetapi juga menj adi milik masyarakat. Hak negara ialah b agaimana kehadiran kita sebagai warganya menuntut sumbangan dan pengorbanan dalam apa bentuk yang terizin dan termampu supaya kecintaan kepada Allah S.W.T. memberikan kita hikmah cintakan negara. MERDEKA DI LANDASAN TAUHID Mekah memberikan erti yang amat istimewa bagi perjuangan Rasulullah s.a.w. untuk mengembalikan manusia kepada fitrah. Kemerdekaan Mekah terkanclung risalah nubuwwoh yang amat tinggi iaitu pembebasan manusia dari belenggu syirik. Terbebasnya manusia daripacla belenggu syirik ini menjadikan asas akidah berada pada tempatnya yang sebenar dan membentuk tosawwur yang menjalin ikatan antara hamba dan Khaliq, keimanan terhadap Pencipta dan meyakini tentang keperkasaanNya, Surah al-1khlas dari ayat 1 hingga 4 memberikan asas yang kukuh tentang aspek ketuhanan yang Maha Esa; "Katakanlah, Dia-lah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yong bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak, tidak pula diperanakkan. Don tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya " Implikasi surah ini membentuk suatu pandangan semesta tentang kekuasaan Allah S.W.T.. la suatu tosawwur yang membentuk asas wehdah dan kesatuan yang amat nyata. Tidak wujud penyengutuan atau menyamakan secara setara antara status Pencipta dan yang dicipta. Bila semuanya kembali kepada Yang Satu, ia memberikan makna yang besar tentang maksud kehambaan yang tinggi. Asas wehdah ini menjadi perkara yang amat pokok dan utama dalam memahami kemerdekaan diri. Asas ini akan memberi arah yang jelas terhadap aspek kepercayaan, pemikiran, ihnu pengetahuan, sains clan teknologi, kebudayaan, kemasyarakatan, pembangunan, kemajuan sistem dan juga negara. Asas ini juga boleh memberikan dokongan yang kukuh terhadap erti jati diri, fahaman patriotik clan proses bina negara. Tanpa asas wehdah manusia akan cenderung kembali kepada faham qaumiah sempit dan konsep rahmah alamiah sukar untuk berkembang kerana sifat kejadian, potensi yang dimiliki, kelainan yang wujud, persamaan yang ada tidak dapat terbentuk atas asas litaarrafu.

Asas wehdah ini juga akan memberikan tunjangan terhadap faktor rohaniah yang terpancar dalam amal soleh. Memperkasa faktor duniawi yang memberikan natijah ukhrawi. Melihat faktor benda sebagai sumber yang perlu diuruskan dengan amanah. Benda ialah alat bukannya matlamat. Melihat faktor rahmah dan nikmah sebagai sumber daripada Allah S.W.T. yang perlu ditadbir urus secara ad] wal ihsan. Akhirnya menjadikan kita sebagai umat contoh, umat yang memiliki daya kesatuan yang tinggi (ummatan waahidah), umat terbaik (khaira ummah) dan umat pertengahan (ummatan wasata) yang memiliki kemampuan memimpin dunia dan memimpin umat manusia. Atas landasan inilah Shakib Arsalan dalam kitabnya "Mengapa umat Islam terkebelakang be-rbanding bangsa lain- menekankan kepentingan kerohanian dalam memurnikan jiwa daripada perkara yang merosakkan, mengisi jiwa kepada perkaraperkara Yang baik seperti keimanan dan keyakinan kepada Allah S.W.T., membebaskan jiwa daripada rasa perhambaan dan takut kepada sesama nianusia; dan memerdekakan diri daripada menjadi hamba kepada nilai dan budaya masyarakat Yang merosakkan seperti fahaman kebendaan dan tipu daya dunia. Faham kehambaan di sini tidak harus dilihat dalam pengertian Yang sempit. Kehambaan di sisi Allah S.W.T. dalarn erti kata Yang luas mernancarkan jiwa merdeka Yang tinggi atas kepatuhan, ketaatan, ketundukan dan keakuran tehadap perkaraperkara yang benar dan hak. Mengakui wujudnya Allah S. WT. melalui tanda-tanda kebesaran-Nya, mengakui kebesaran Allah S.WT. dengan dan nikrnah-Nya yang melimpah ruah-rahmah ,mengakui keperkasaan Allah SWT. yang memberikan kudrat dan takdir-Nya terhadap kehidupan manusia dan alam ini menyebabkan manusia memiliki sifat patuh, taat, tunduk dan akur. Apa pun sistem yang ingin berjalan dan memberi manfaat yang tinggi, ia mestilah berialan atas patuh, taat, tunduk dan akur. Bintang-bintang, sistem solar, kosmos dan galaksi tidak akan bergerak secara tertib dan teratur melainkan atas landasan sunnah-Nya dan semua itu bergerak atas asas patuh, taat, tunduk dan akur. Kalau tidak, perlanggaran dan kesesakan akan berlaku. la ticlak berlaku kerana sifat Allah S.W.T. itu sendiri Maha Berkuasa dan Maha Perkasa terhadap ciptaan-Nya. Hal yang sama juga perlu ada kepada manusia supaya asas patuh, taat, tunduk dan akur menjadi sumber amalan bagi menundukkan sifat takabbur, sombong, angkuh dan ujub yang menyebabkan manusia terbelenggu dengan nafs alamarah yang bersifat haiwani. Inilah yang menyebabkan berlakunya konflik, persengketaan, permusuhan, peperangan, kesombongan terhadap kuasa dan pangkat, takabbur terhadap ilmu dan kepandaian, angkuh terhadap harta dan kesenangan, ujub terhadap kekayaan dan kemewahan hingga dirinya jadi terbelenggu.

Faktor rohaniah harus menjadi landasan membebaskan manusia daripada belenggu yang membelit hati lantaran nafs al-amarah yang jelik. Kekuatan rohaniah yang terpancar dalam bentuk amal Islami bukannya terbatas dalam ritual ke dalam diri (tazkiyah an-nafs) semata-mata, tetapi ia henclaklah terucap dalam kata-kata yang santun dan mendidik, terlihat dalam amal clan perbuatan yang baik dan dirinya mampu menjadi contoh ikutan orang lain. Asas kemerdekaan diri secara rohaniah dan amal ialah pertautan yang tinggi dengan Allah S.W.T. yang dilakukan dengan ibadah clan amal soleh yang ikhlas dan telus supaya kesan kebaikannya dapat dirasakan oleh yang lain. Cabaran utama yang sering dihadapi oleh manusia ialah cabaran hawa nafsu. Nafsu adalah sesuatu yang fitrah bagi manusia, asasnya diibaratkan sebagai kuda liar. Kuda liar kalau tidak dilatih atau dijinakkan akan menyebabkan ia ticlak boleh clikawal. Nafsu juga sedemikian, sekiranya ticlak dilatih dan dijinakkan secara fitrah dengan amalan rohaniah yang baik ia boleh membina nafs al-amarah bi-suk iaitu nafsu jelik yang membawa pekerti buruk. Ibarat kuda liar yang dilatih untuk berlari dengan baik, dijinakkan dengan belaian dan urutan yang manja menyebabkan ketaatan kepada tuan atau penunggangnya tinggi. Apa saja yang diperintahkan oleh tuannya akan diikuti dengan baik dan menjadikan kuda itu sebagai kuda yang taat dan patuh. Nafsu manusia juga memerlukan pendekatan yang sedemikian supaya memiliki jiwa hamba yang tinggi. jiwa hamba yang tinggi akan berupaya mengawal dan menjinakkan nafsu serakah yang jelik seperti Firman Allah dalam Surah ali-Imran ayat 14-15 yang bermaksud: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada bendabenda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, daripada emas dan perak, kuda pemeliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun kebun tanaman. Semuanya itu ialah ke senangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik baiknya (iaitu syurga). Katakanlah wahai Muhamad: Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu apa yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga yang mengalir di bawahnya sungai - sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan atau isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula keredhaan daripada Allah S.WT. Dan (ingatlah), Allah S.WT sentiasa melihat akan hamba-hambaNya ".

MERDEKA DALAM PEMIKIRAN Akal adalah anugerah Allah S.W.T. yang amat bernilai kerana ia membezakan antara haiwan dengan manusia. Allah S.W.T. kurniakan akal membolehkan manusia mengingat, berfikir clan memberikan daya taakulan. AI-Quran menghubungkan akal dengan konsep ulul a]-bob supaya tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T. itu diteliti dan dikaji dan menghubungkannya dengan Pencipta. Alam ini ticlak terjacli dengan sendiri. Manusia pun tidak terjadi dengan sendiri (by nature). Sesetengah orang di Barat membuat tanggapan bahawa alam dan manusia ini terjadi secara kebetulan (by accident). Menghubungkan kejadian dengan agama dianggap sebagai suatu dogma. Asas inilah yang menjadikan ilmu orang-orang Barat bersifat rasional dan empirikal semata-mata. Segala sesuatu diukur dan diambil kesimpulan hanya dirujuk dengan upaya akal saja. Persoalan dalam al-Quran, "Apakah kamu tidak berfikir" yang merujuk kepada orang-orang berakal tentang ketakjuban kejadian-Nya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah S.WT turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu, Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan ". (al-Baqarah: 164) Ayat di atas membawa mesej saintifik. Sains dalam tradisi orang Barat hanya menyangkut tentang kajian mengenai benda dan fenomena. Sains dalam tradisi Islam tidak saja mengkaji tentang benda dan fenomena tetapi hal-hal di sebalik benda dan fenomena iaitu pertanda-pertanda kewujudan dan keperkasaan Allah S.W.T.. Manusia yang diciptakan mengatur sistem lebuh raya yang canggih tetapi perlanggaran dan kesesakan tetap berlaku. Allah S.W.T. jaclikan planet dan sistemnya berputar clan beredar secara teratur dan tertib tentunya membayangkan ada kuasa yang Maha Berkuasa menentukan perjalanan atas sunnah-Nya. Ticlak mungkin planet dan sistemnya bergerak sendiri seperti ticlak mungkin kereta berjalan sendiri, kapalterbang terbang sendiri. Akal yang berfikir tentunya memberikan taakulan bahawa sesuatu yang bergerak ada penggeraknya dan sesuatu yang terjadi ada penjadinya. Asas inilah yang menjadikan kebebasan pemikiran wujud dalam keadaannya yang fitrah.

AI-Quran juga memberikan asas tentang perlunya pengembangan pemikiran menerusi anjuran "Apakah kamu tidak merenung" iaitu tidakkah manusia berfikir secara kreatif, reflektif, lateral, kritikal, strategik dan sebagainya. Kemahiran berfikir ini amat penting supaya perspektif tentang sesuatu dilihat secara menyeluruh clan komprehensif. Sesuatu kej adian baik langit dan bumi, manusia dan haiwan, air dan tumbuhtumbuhan mempunyai kaitan antara satu dengan lain. la ibarat suatu sistem kosmos yang memiliki kesalingan dan memiliki hikmah di sebalik kejadiannya. Pengembangan pemikiran secara fitrah menyebabkan manusia menjacli tahu dan berilmu. Ilmu tanpa suluh alQuran ticlak memberikan jalan berfikir yang terang benderang. AI-Quran sebagai sumber hikmah dipandu oleh jiwa tafakkur membolehkan manusia tahu tentang letak dirinya sebagai hamba dan khalifah clan hubungannya dengan Pencipta untuk memahami maksud faktor-faktor yang nyata dan ghaib yang terdapat dalam alam dan kehidupan ini. AI-Quran juga menganjurkan supaya tradisi tadabbur dikembangkan. Jiwa tadabbur adalah amat penting bagi memerdekakan pemikiran manusia. Rasa ingin tahu, keupayaan menyelidik dan mengkaji memberi ruang kepada manusia mendapatkan data dan maklumat, fakta dan ilmu supaya daripadanya menjadikan manusia lebih dekat dengan Allah S.W.T.. dan menjadikanya yakin terhadap kebesaran-Nya berasaskan pertanda-pertanda jelas dan meyakinkan. Kecemerlangan ilmuan dan ulama' silam berasaskan integrasi fikir dan zikir. Tradisi fikir dan zikir menemukan Ibn Nafiz pakar dalam bidang ilmu Mengurus Diri iaitu keahlian dalam bahasa Arab dan Syariah. Dalam masa yang sama juga mempunyai keablian dalam ilmu. Mengurus Sistem iaitu pakar dalam bidang perubatan yang berkaitan dengan ilmu perputaran darah (blood circulation). Tradisi ini juga menampilkan tokoh ilmuan seperti Ibn Sina yang hafaz al-Quran di awal umur, menguasai pelbagai bahasa, menekuni bidang ilmu muzik, pakar dalam bidang astronomi atau astrofizik, mahir dalam bidang falsafah, hebat dalam ilmu matematik dan tersohor dalam ilmu perubatan. Hal yang sama juga berlaku kepada al-Hawarizmi pakar dalam bidang matematik, alZahrawi pakar dalam ilmu bedah, al-Batani pakar dalam ilmu astrofizik, Ibn Haitam dalam bidang optik, Abbas ibn Firnas dalam bidang enj in terbang clan ramai lagi yang melakukan tradisi todobbur tanpa memutuskan diri dengan Allah S.W.T.. Inilah asas kemerdekaan berfikir yang wujud dalam zaman kegemilangan tamadun yang telah memimpin tamadun umat manusia. Akal manusia juga dibantu oleh pancaindera. Apa yang ditatap, dibaca , ditulis, ditonton, disaksi dan cliperhatikan memberi asas terhadap akal clan kecerdasannya. Apa yang didengar, dihidu, dirasa dan disentuh juga merupakan landasan menghubungkan diri dengan lingkungan luar diri clan persekitaran boleh menyumbang kepada kemakrufan dan faktor sekitar juga boleh menyumbang kepada kemungkaran.

Keinsafan bahawa Allah Maha Melihat clan Allah Maha Mengetahui menjadi pedoman bagi manusia menyuburkan jalan berfikir dan perkembangan pancainderanya supaya yang dilillat, didengar, dihidu, dirasa dan disentuh adalah sesuatu yang baik dan menyumbang kepada kebaikan dan kesejahteraan diri clan juga perlakuannya. Oleh itu, pemikiran yang merdeka adalah pemikiran yang terpedoman. Manusia yang fitrah tidak boleh lepas bebas dalam berfikir tanpa adanya pancang ataupun panduan yang membolehkan manusia insaf bahawa sebagai hamba dan khalifah, ia tertakluk kepada ketentuan Allah S.W.T.. Meskipun jalan ikhtiar erbuka untuk manusia, namun faktor naluri clan nafsu-nafsi semata-mata tidak memadai untuk membimbing manusia ke jalan yang betul melainkan kesuburan pemikirannya dibentuk oleh keimanan. clan ketakwaan. Keimanan dan ketakwaan adalah batasan yang membimbing manusia tentang kebebasan berfikir. Keimanan menghubungkan manusia dengan faktor ghaibiyyat di mana manusia tidak hanya mengembangkan pemikirannya terhadap apa yang dilihat clan bersifat benda tetapi juga percaya apa yang tidak dilihat seperti Allah S.W.T. dan malaikat kerana terclapat tanda-tanda yang nyata tentang kejadian dan kebesaran-Nya yang di luar mampu akal manusia untuk memberikan rasionalnya. Ketakwaan menghubungkan manusia dengan faktor insaf-ketuhanan (Godconciousness) yang tinggi. Keyakinan manusia kepada Allah S.W.T. yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui membentuk manusia supaya berlaku amanah, jujur, adil, tulus, telus dan lain-lain kerana ketakwaan meyakinkan manusia bahawa dalam melakukan sesuatu yang sifatnya ibadah, walaupun bila melakukannya kita tidak melihat Allah S.W.T., tetapi kita yakin Allah S.W.T. melihat kita. Asas inilah yang mempedoman manusia untuk sentiasa berada dalam koadaan fitrah bila melakukan. sesuatu. Orang-orang mukmin dan muttaqin tidak akan erbelenggu oleh sifat pecah amanah atau tidak amanah, kezaliman, penipuan, pura-pura, melakukan eksploitasi atau perkara-perkara seumpamanya kerana ia menjaclikan manusia tidak merdeka dan terbelenggu. Melakukan sesuatu dengan amanah, bercakap sesuatu yang benar, menyampaikan sesuatu dengan jujur, bersikap adil terhadap orang lain, telus dan tulus bila berurusan adalah gambaran orang yang berjiwa merdeka kerana ia menghubungkan dirinya dengan yang Maha Mengetahui iaitu Allah S.W.T.. Dalam melakukan sesuatu ia ticlak berselindung atau monyatakan sesuatu di luar kebenaran kerana sekiranya ia berbuat demikian meskipun manusia tidak tahu tetapi Allah S.W.T. mengetahuinya. Inilah jiwa merdeka yang amat agung yang dimiliki oleh manusia mukmin.

Asas ini sangat penting kerana maksud kebebasan berfikir ialah pertautan akal dengan naql iaitu wahyu. Wahyu memberikan pertunjuk manusia supaya pedoman yang diberi menyebabkan manusia terus berada dalam keadaan fitrah dan tidak melampaui batas. Batasan yang memisahkan yang baik dengan yang buruk, maaruf clan mungkar, hak dan batil, adil dan zalim adalah persimpangan yang boleh membawa manusia kepada belenggu dan boleh memimpin manusia ke arah kebaikan. Sekiranya manusia memilih jalan yang baik, kemerdekaan yang sebenarnya dirasai tetapi sekiranya manusia memilih jalan yang batil maka manusia tidak memilik dan hidupnya dibelenggu. KONSEP KEBEBASAN BERFIKIR Manusia dikurniakan Allah S.W.T. dengan akal yang membolehkan manusia berfikir. Haiwan clikurniakan nafsu dan naluri yang tidak membolehkannya berfikir seperti manusia. Kesuburan pemikiran manusia memerlukan suasana. Suasana yang merangsang dan menggalakkan berfikir menyebabkan lahirnya maklumat, datangnya ilmu dan ditemui data dan fakta. Daripadanya manusia membina rumusan, hipotesis dan akhirnya teori tentang sesuatu kajian dan perkara. Definisi Kebebasan Berfikir Mengikut Kamus Dewan (1998) halaman. 120, kebebasan bermaksud tidak terhalang (untuk bergerak dan bercakap), tidak terkongkong, tidak terkurung clan lain-lain. Berfikir, dikaitkan keupayaan menggunakan akal (untuk menyelesaikan sesuatu clan lain-lain), mengingat, merenung dan mempertimbangkan. Kebebasan berfikir ialah suatu keadaan idea dan pandangan boleh dikeluarkan dengan bebas tanpa dihalang atau dikongkong oleh orang lain selama mana ia tidak bertentangan dengan hukum agama clan tatasusila masyarakat. Firman Allah S.W.T. dalam surah Sad ayat 29 yang bermaksud: "(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahui Muhammad) kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurma mengambil iktibar. Ayat-ayat Allah S.W.T. terkanclung sumber-sumber untuk manusia berfikir. Di dalam alQuran terdapat kisah-kisah vang berlaku di kalangan para Nabi dan Para Rasul vang terdahulu. Kisah-kisah itu memberikan kita ibrah atau iktibar ataupun teladan supaya apa vang dirakamkan oleh Allah S.W.T. menerusi Kalam-Nya untuk direnung, diteliti

dan dikaji oleh manusia tentang sejarah manusia dan kemanusian, sejarah kebangkitan dan keruntuhan, sejarah kepatuhan clan keengkaran, sejarah menjejaki batas kebebasan dan melampauinya. AI-Quran menyebutkan akibat daripada perbuatan manusia yang melampaui batas. Apa yang terkandung dalam kisah-kisah adalah gambaran al-Quran menerusi ayat-ayatNya itu adalah himpunan sejarah manusia terdahulu yang berulang kembali pada hari ini dan bakal berulang kembali pada masa depan. Contohnya, kisah Nabi Lut a.s. berdepan dengan kaumnya yang lari daripada fitrah. Fitrah kejadian lelaki dan perempuan yang memungkinkan proses "kenal mengenal " atas keperluan syarak berlaku bagi membolehkan zuriat berkembang untuk membentuk keluarga clan masyarakat dan akhirnya sistem dan tamadun. Kaum Nabi Lut a.s. memiliki tabiat untuk meminati kaum sejenis. Nabi Lut a.s. berusaha mengajak mereka kembali kepada fitrah. Sebaliknya Nabi Lut a.s. dihina dan dicerca malah diancam. Akhirnya, Allah S.W.T. menurunkan musibah terhadap kaum ini clan mereka dihancurkan dari muka bumi. Bagi orang-orang yang beriman, pemikiran reflektif yang harus dikembangkan ialah pentingnya kejadian berpasang-pasangan mencari keseimbangannya supaya hikmah di sebalik kejadian dan penciptaan dapat dimanfaatkan dengan betul dan tepat. Pada hari ini kita menyaksikan kebebasan berfikir dan menganut sesuatu fahaman yang lepas bebas dan tidak menjaclikan ayat-ayat Allah S.W.T. menerusi kisah-kisah dan ibrahnya sebagai sumber pembelajaran. Sebaliknya orang-orang Barat clan orang-orang Timur menjaclikan pola "gay" clan "lesbian" sebagai jalan kehidupan yang terbaik. Ia mengulangi kembali apa yang pernah dirakamkan oleh al-Quran. Akhirnya, bayangkan kebebasan berfikir tanpa batas, kebebasan pergaulan tanpa had, kebebasan memperkongsi kehidupan tanpa pedoman menyebabkan musibah baru lahir menghantui umat manusia iaitu AIDS/HIV. Bagi orang-orang Islam kebebasan berfikir tanpa pedoman, kebebasan membuat keputusan dan pendirian tanpa sumber hikmah bakal menjerumuskan manusia kepada amalan melampaui batas yang natijah akhirnya ialah kerosakan clan kebinasaan. Oleh itu, dalam kebebasan berfikir mengikut tradisi slam, ticlak salah kebebasan berfikir dihubungkan dengan kemahiran yang berkaitan dengannya. Berfikir secara kreatif, kritikel, lateral, strategik, analitis, inovatif dan lain-lain adalah kaedah bagaimana sudut maklumat diperoleh, cabang ilmu boleh dikembangkan, jalur keterampilan boleh dipelbagai dan jalan kebenaran bolch ditemui. Sudut mana pun sesuatu perkara menjadi objek pemikiran pada prinsipnya ia bermula dengan suatu kesatuan. Alam ini dijadikan sebagai suatu kesatuan. Melihatnya dari sudut geografi ataupun sainstifik mahupun sosiologi ia tetap bermula dari satu kesatuan. Disiplin pemikiran. dan kajian

yang berbeza melengkapkan lagi pengetahuan. manusia dan akhirnya sesuatu itu harus dilihat secara suatu kesatuan yang sifatnya kosmik dan organik. Pada prinsipnya, sesuatu kejadian itu diciptakan. Manusia menggunakan akal, kemahiran dan keahlian untuk mereka, mengolah dan menggubah sesuatu yang diciptakan untuk menjadi bahan dan alat yang boleh memberi menfaat kepada manusia. Manusia ticlak boleh melakukan ciptaan daripacla perkara yang fidak ada kepada ada. Mengadakan yang tidak ada kepada ada merupakan kerja Allah S.WT.. Meniadakan yang ada kepada tidak ada juga kerja Allah S.W.T. atau dengan izin-Nya. Pada hakikatnya, yang berubah itu ialah bentuk (form) bukannya fitrah sesuatu kejadian itu (substonce). Fitrah sesuatu kejadian tetap tidak berubah. Kalau Allah S.W.T. jadikan faktor-faktor dalam alam ini sifatnya berpasang-pasangan, ia akan tetap berpasangpasangan sehingga ke Hari Kiamat. Yang pentingnya, bagaimana yang berpasangpasang itu mencari titik-temu, keserasian dan keseimbangan bagi mewujudkan keharmonian, keamanan, kesejahteraan dan juga kebaikan. Bentuk antara lain ialah yang bersifat alat. Teknologi ialah alat. jenis teknologi yang dihasilkan digunakan untuk beberapa keperluan dan kepentingan. Dalam tradisi Islam, teknologi dilihat sebagai alat tetapi maksud kegunaan teknologi itu membawa kepada matlamat sesuatu. Komputer dan televisyen adalah alat. Sifat alat ialah berubah, cenderung, canggih dan kompleks. Tetapi apakah komputer dan televisyen membawa maklumat yang baik, betul. dan benar ataupun televisyen menyajikan bahan-bahan dan program yang meningkatkan akal budi manusia, bakal menentukan fitrah yang dituntut oleh manusia. Memahami keperluan yang fitrah tentunya memandu manusia berfikir secara kreatif dan inovatif untuk kebaikan manusia juga. PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF Berfikir adalah salah satu fungsi akal. Berfikir dengan kreatif dan inovatif adalah pengembangan akal bagi menjadikan pemikiran subur dan pelbagai. Al-Quran memberikan asas yang penting tentang konsep tafakkur. Konsep ini mengembangkan kemahiran berfikir supaya pemikiran yang mendalam menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Kreatif dalam berfikir tidak saja memperkayakan persepsi dan hasil pemikiran tetapi ia menjadikan sesaorang inovatif terhadap ilmu dan cara. Ilmu yang kreatif dan inovatif menampilkan sudut pandangan yang pelbagai, dinamik ilmu yang mencakupi pelbagai sudut clan melahirkan keindahan clan kekuatan sehingga ilmu dapat diaplikasikan dalam pelbagai keadaan dan suasana. la menghasilkan keceriaan dan kegirangan sehingga kreativiti menjadi tarikan dan inovativiti merangsang minat dan perhatian.

Islam menggalakkan kreativiti dan inovativiti kerana ia memberi manfaat kepada manusia. Oleh itu kecenderungan melakukan kreativiti dalam berfikir, menghasilkan sesuatu, mengembangkan sesuatu yang berfaeclah kepada manusia dan kehidupan amat dianjur oleh Islam. Rasulullah s.a.w. pada zamannya bertemu dengan selcumpulan sahabat yang sedang melakukan proses pendebungaan tamar lalu menyapa dan bertanya mereka tentang apa yang mereka seclang lakukan. Para sahabat menyatakan bahawa usaha itu adalah bermaksud untuk kebaikan. Rasulullah s.aw. menyatakan kepada mereka; "Kamu lebih tahu urusan duniamu". Kisah ini amat menarik untuk dihubungkan dengan persoalan kreativiti. Rasulullah s.a.w. mengiktriraf tentang kelebihan, keahlian dan kreativiti yang mereka lakukan asal saja ia memberi manfaat kepada orang lain. Kalau kita teliti cara bermuamalah yang berlaku ada zaman Nabi Muhammad s.a.w. ialah budaya tukaran barang. Mekanisme pertukaran barang berkembang sehingga dirham dan dinar menjadi alat berlakunya jual-beli. Inovasi ini memberikan kemudahan kepada manusia. Tetapi Rasulullah s.a.w. melakukan jualbeli dengan berpegang kepada prinsip al-Quran iaitu," Berjual belilah di kalangan kamu, tetapi jangan amalkan riba"'. Inilah prinsip jualbeli dalam ajaran supaya manipulasi, diskriminasi, monopoli dan eksploitasi tidak berlaku. Dalam Islam, tradisi tafsir, ta'wil dan penafsiran menjadi asas utama dalam perkembangan ilmu. Ulama'-ulama' tafsir memberikan skop yang kaya dan luas tentang maksud daripada al-Quran. Tafsir itu tidak saja mengukuhkan akidah dan iman tetapi menjadikan umat Islam kreatif dan inovatif dalam menghasilkan karya-karya besar. Ulama' ilmuan tersohor menghasilkan ratusan kitab dan teks ilmu dalam pelbagai bidang. Ibn Nafis yang mempunyai kepakaran dalam bahasa Arab dan ilmu peredaran darah, Ibn Sina yang hafaz al-Quran di awal umur menulis ratusan kitabkitab besar adalah pakar dalam ilmu perubatan, al-Khawarizmi juga hafaz Quran di awal umur dan secara kreatifnya mengembangkan asas angka dengan memperkenalkan konsep sifar, algebra, algorithem, trigonometri dan lain-lain yang memperlihatkan kreativiti yang tinggi. Manakala al- Zahrawi yang mahir dalam bidang keagamaan dan dalam masa yang sama secara kreatif dan inovatif menghasilkan alat bedah ang pelbagai. Kegiatan ini telah menyebabkan tradisi ilmu berkembang berabad-abad dan melahirkan tamadun yang menyumbang kepada umat Islam, Barat dan Timur. Pada hari ini, Barat menguasai bidang ilmu terutama yang berbentuk sains dan teknologi. Tradisi berfikir clan mengkajinya sangat berkembang. Pemikiran mereka amat kreatif dan inovatif terutama dalam menghasilkan i1mu-ilmu alat. Teknologi hari ini dalam pelbagai bentuk dan kecanggihannya menjadi asas penting kemajuan clan kemodenan umat manusia. Oleh itu, amat penting umat Islam membina semula tradisi berfikir yang kreatif dan inovatif supaya jiwa penerokaan lahir, kreativiti berkembang

dan penghasilan ilmu juga berkembang. Apa yang dipentingkan dalam tradisi Islam ialah sikap kepenggunaan teknologi yang tidak lari daripada fitrah dan mampu memberi manfaat kepada yang lain. Pada hari ini, umat Islam mengalami kebekuan dalam berfikir. Umat Islam menjadi umat pengguna dan penciplak terhadap tamadun orang lain. Kalau ada hajat untuk berubah tetapi kemampuan ilmu terbatas maka, kreativiti dan inovativiti dalam ilmu amat terbatas juga. Apabila hasrat untuk berubah tinggi tetapi kemampuan untuk berubah kurang maka, umat sering terjebak dalam keterbatasan ilmu dan intelektual. Konsep ulul al-bab adalah tunjangan kepada upaya berfikir, memerhati dan meneliti umat. Proses penaakulan harus berlaku dan pendekatan tadabbur sewajarnya menjacli landasan mengembangkan pemikiran umat dengan menguasai ilmu-ilmu berbanding (comparative knowledge) yang bermanfaat dan menampilkan ilmu-ilmu yang berasaskan sumbersumber al-Quran dan as-sunnah supaya ia releven dengan perubahan yang sifatnya sezaman. Proses ijtihad perlulah dikembangkan di mana yang berkaitan dan proses tajdidi dan islahi perlu ada dimana yang dirasakan sesuai. Tuntutan hari ini ialah keupayaan menghubungkan tradisi turath dengan metodologi terkini supaya dunia tafsir clan ta'awil berkembang seterusnya natijah pemikiran kreatif dan inovatif jangan sampai menjadikan umat Islam itu terjebak dalam faham liberal atau muclah dipengaruhi dengan pendekatan orientalis. Kebebasan clan kemerdekaan mengkaji, menyelidik dan membuat rumusan dan asas hipotesis dan teori tentang disiplin keilmuan perlu ada tetapi mestilah. dalam acuan kita sendiri. Acuan kita sendiri ticlak mengambil sikap menolak sesuatu yang baik clari Barat dan Timur tetapi dalam masa yang sama umat Islam memiliki upaya menyaring yang tinggi supaya kreativiti yang terhasil dan inovativiti yang berlaku ticlak bercanggah dengan kepentingan syarak supaya faktor pengekalan fitrah insani akan sentiasa diambil kira. Tentunya umat Islam tidak mahu dibelenggu oleh orientasi ilmu cara Barat yang ticlak menjaclikan landasan akidah clan etika Islam sebagai tunjang tasowwurnya. Kreativiti dan inovativiti mereka banyak yang bebas-nilai. Oleh itu, amat penting faktor kreativiti dan inovativiti menjadi lanclasan pengembangan ilmu dan teknologi umat Islam. Ini penting supaya faedah berbanding clapat di manfaatkan, acuan kita sendiri dapat terhasil dan akhirnya tradisi ilmu baru bakal terbentuk hasil adanya integrasi clan proses Islamisasi menjadikan keunggulan ilmu yang fitrah berkembang. la bakal merintis kemajuan dan perubahan secara holistik sifatnya. Kebebasan berfikir secara kreatif dan inovatif akan memberikan sumbangan yang besar dalam membangunkan bangsa, agama dan negara. la perlu dilakukan dengan kaedah

yang sesuai mengikut ajaran Islam serta ticlak menclatangkan kemudharatand bencana kepada manusia sejagat seperti yang disebut oleh Allah S.W.T. dalam surah al-Rum ayat 41: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). PENGUKUHAN JATI DIRI Sifat jati diri adalah amat penting untuk melahirkan insan cemerlang yang mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian. jati diri ialah suatu sifat yang menggambarkan seseorang yang mempunyai akhlak, peribadi, personaliti yang baik, murni, mulia dan sempurna. lati diri terungkap dalam keindahan dan kemantapan berbahasa dan berbudaya dan jati diri juga dihubungkan dengan keteguha.n prinsip dan penghayatan agama. Firman Allah S.W.T. dalam surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud: "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku: sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia daripada hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani " Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang membangun jati diri; i) Pengukuhan keimanan dan ketakwaan. Keimanan dan ketakwaan harus difahami clan dihayati dalam erti kata yang luas. Manifestasi iman dan takwa seharusnya terlihat dalam tekad dan azam kepimpinan dan kepengurusan yang "acauntable" mengambil pertimbangan bahawa iman selalunya dipadukan dengan amal soleh, takwa cliperkasakan oleh keinsafan mendalam bahawa Allah S.W.T. pemberi rahmah dan nikmah yang melimpah ruah. Manusia yang beriman dan bertakwalah yang mampu membebaskan manusia daripacla kejahilan yang membelenggu. ii) Penghayatan dan pelaksanaan tuntutan agarna. Tuntutan agama adalah amat luas seluas horizon kehidupan itu sendiri. Islam ialah suatu cara hidup. jiwa merdeka menuntut supaya Islam tidak hanya dilihat sebagai agama ritual saja tetapi manifestasinya wujud dalam pembangunan dan perubahan

supaya manusia dapat dibebaskan daripada belenggu kejahilan, kefakiran, kemiskinan, kepinggiran dan mangsa eksploitasi orang lain. iii) Penguasaan i1mu pengetahuan yang sempurna. Antara faktor yang menyebabkan urnat Islam terjajah dan terbelenggu ialah keterpisahan I1mu Mengurus Diri dan 11mu Mengurus Sistem. Tamadun umat pada masa yang lalu memperlihatkan integrasi ulum naqliah dan ulum aqliah yang terbukti menjadi penyumbang kepada kelahiran suatu tamadun. Tradisi pengilmuan dan pendidikan Islam lebih banyak menumpu kepada ilmu-ilmu yang berteraskan akidah dan akhlak sedangkan di Barat ilmu-ilmu sains dan teknologi menjadi keutamaan. Oleh itu, pendekatan integratif amat perlu supaya proses perubahan dan kemajuan mengambil kira faktor nilai dan akhlak, di samping ilmu dan ketrampilan. iv) Mempunyai daya juang dan sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara. Daya juang atau iihad dalam konteks Islam harus dilihat dalam fahaman yang positif. Nilai-nilai ketamadunan yang ada pada Islam seharusnya mendokong maksud risalah alamiah yang sifatnya merentasi. Kemajuan ilmu dan pendidikan bermaksud menghasilkan insan yang amanah dan adil. Kemajuan sosial dan ekonomi bertujuan mewujudkan pengagihan yang seimbang di kalangan semua. Kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi membina rangkaian persaudaraan dan ukhuuwwah. Sekiranya tahap ini dapat dicapai kesediaan warganya berkorban mengangkat h araka t kemaj uan dan pembangunan adalah tinggi. v) Kesihatan akal dan tubuh badan

Akal yang sihat lahir daripada tubuh badan yang sihat. Kesihatan rohani ticlak akan mampu mengembangkan kekuatan berfikir sekiranya ketangkasan jasmani tidak wujud. Akal yang sihat menyebabkan lahirnya idea-idea bernas ke arah strategi membangun Malaysia sebagai negara contoh berasaskan acuan kita sendiri. vi) Persekitaran yang sihat, bebas daripada sebarang pengaruh ideologi dan budaya yang merosakkan. Jiwa merdeka memiliki kekuatan dalaman dan luar yang mampu menghadapi cabaran dan ujian. Generasi muda harus diberi imuniti atau kekebalan yang mampu membentuk peribadinya yang memiliki peribadi kepeloporan dan dapat membezakan yang mana berfaeclah dan yang mana sebaliknya. Asas ini penting supaya peribadi generasi

penerus ibarat ikan di laut masin. Semasin mana persekitarannya, dagingnya tetap tawar. JIWA MERDEKA DAN BINA NEGARA Dalam konteks bina negara, jiwa merdeka amat dituntut. Dengan jiwa merdeka, kita kembali kepada diri dan kembali kepada harga diri. Apabila Melaka menerima Islam, asas kemajuan dan perubahan berlaku dengan baik sekali. Di bawah kepimpinan Bendahara Tun Perak umpamanya, Melaka terserlah dalam hubungan dagang, perkembangan ilmu dan pendidikan, perkembangan Islam dan kestabilan kepimpinan. jiwa merdeka yang ada pada Tun Perak ialah menjadikan amanah dan keadilan sebagai asas kepimpinan bagi mempertahankan jiwa merdeka. Kejatuhan Melaka selepas Tun Perak, berakibat daripada jiwa umara' yang sudah dibelenggu oleh amalan nafsu-nafsi dan kebendaan diletakkan sebagai matlamat bukannya alat. Kisah peminangan Puteri Gunung Ledang adalah gambaran sinis penulis silam tentang jiwa-jiwa dan peribadi-peribadi yang terbelenggu dan menyebabkan kemusnahan sebuah peradaban dan dijajah sehingga ratusan tahun selepas itu. Kemerdekaan yang kita terima adalah rahmat yang amat besar. la menuntut dokongan yang tinggi dan keinsafan yang mendalam bahawa penjajahan boleh datang lagi dan menguasai minda dan budaya kita dalam bentuknya yang berbeza. Oleh itu, mengekalkan jiwa merdeka memerlukan pembangunan diri dan sistem dengan kualiti ilmu dan keterampilan yang mendokong nilai-nilai agama yang bersifat tamadun, nilainilai bersama yang tidak bercanggah dengan fitrah dan nilai-nilai sejagat yang selari dengan proses berkenalan dalam ertikata yang luas. Tanpa nilai-nilai kukuh ini tidak mungkin kita mampu bertahan dengan penerobosan pengaruh sistem maklumat dan komunikasi yang amat agresif, pei-igaruh media cetak dan elektronik yang membentuk minda kita dan pengaruh konsumerismehedonistik yang menebalkan jiwa kebendaan dan fahaman berfoya-foya. jiwa merdeka harus memiliki jati diri yang berasaskan akhlak dan amanah. Kekuatan akhlak yang bertunjangkan karamah insoniah iaitu takwa dan amanah kepimpinan dan kepengikutan menjadi teras utama kestabilan dan kemajuan sesebuah negara. Bangsa dan tamadun yang mempunyai jiwa kepeloporan yang tinggi mampu bertahan menghadapi cabaran dalam lingkungan mahupun cabaran dari luar lingkungan. Malaysia sebagai sebuah negara merdeka tidak dapat mengelak diri daripada mempunyai warga yang mesti berjiwa merdeka. Hanya warga yang berjiwa merdeka mempunyai kejelasan arah tuju perjuangan. Mereka yang masih terbelenggu dengan

kekaguman. Barat secara melulu atau ingin mempertahankan amalan. dan budaya diri yang menghambat kemajuan dan perubahan, bakal menjadi beban ke arah mernacu kemajuan dan perubahan. Wasasan 2020 umpamanya meletakkan keseimbangan tasawwur iaitu melihat hala tuju perjuangan dengan pandangan yang tepat dan penglihatan yang seimbang. Sekiranya keseimbangan Visi 2020 dijadikan sandaran membina jiwa merdeka, kita boleh menterjemahkan bahawa tidak akan wujud jiwa merdeka sekiranya faktor duniawi menjadi lebih utama dengan menafikan natijah ukhrawi. Lebih tidak seimbang sekiranya dalam membangunkan kekuatan fizikal kita melupakan kepentingan rohaniah. Dan lebih pincang lagi dalam memanfaatkan faktor-faktor daripada Barat kita melupakan faktorfaktor yang patut digilap daripada tradisi dan tamadun kita sendiri. Jiwa merdeka harus mampu merintis jalan ke arah membangun negara berasaskan acuan kita sendiri. jihad ilmu dan pendidikan sewajarnya menjadi perkara pokok dalam pembinaan dan penyuburan sistem pendidikan khususnya pembangunan modal insan. Usaha kita membangun akan menjadi sia-sia sekiranya dalam membina sikap selektif terhadap amalan daripada Barat, kita tiba-tiba bertukar menjadi penganut dan pemeluk setia tamadun kebendaan dan nafsu-nafsinya. Lebih tidak memberi apa-apa makna sekiranya dalam menghadapi arus globalisasi kita tidak berbuat apa-apa dalam memberikan jalan alternatif ke arah wawasan pembangunan dan kemajuan yang lebih bermakna. justeru, jiwa merdeka harus dipancarkan dalam konteks bina negara yang berasaskan nilai-nilai murni, terbuka kepada kesediaan menerima amalan baik daripada orang lain, kesediaan memajukan keunggulan tradisi dan budaya sendiri di samping kualiti strategik yang bijak merancang dan melaksana, mendepani karenah zaman yang dinamik berubah. Jiwa merdeka sewajarnya terpancar sepanjang masa supaya warga Malaysia memiliki daya dorong yang tinggi untuk terus maju berasaskan acuan Malaysia iaitu pembangunan benda yang bergerak seimbang dengan pembangunan keinsanan supaya model Malaysia boleh menjadi sumber inspirasi ke arah perubahan dan kemajuan moden umat Islam dan juga urnat manusia. Langkah Malaysia memajukan sektor kewangan dan perbankan Islam umparnanya menjadi contoh yang baik bagaimana kaedah muamalah di Malaysia berasaskan jalan syarak dicontohi oleh banyak negara lain termasuk dari Asia Barat. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia umpamanya menawarkan pelajar-pelajar lebih seratus negara mengenai ilmu yang integratif dan menjadikan orientasi Islam sebagai landasannya seclang dijadikan model oleh negara lain.

SEMANGAT DAN JIWA PATRIOTIK Kasihkan tanahair adalah sebahagian daripacla iman. Kasih Rasulullah s.a.w. kepada bumi Mekah bukanlah didorong oleh fahaman assabiyyah sempit tetapi Mekah memberi makna yang amat besar kepada perjuangan akidah clan perjuangan Islam. Daripada Mekahlah bermulanya hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah yang membawa kepada pembangunan Madinah. Pembebasan Mekah memberi makna yang amat besar terhadap kelangsungan perjuangan Islam. Di Mekah terdapat Kaabah, kiblat umat Islam. Kasih Rasulullah s.a.w. kepada Mekah memberi makna yang amat besar terhadap Islam itu sendiri. Meneliti sejarah negara Malaysia, faktor Islam tidak bolch ditolak ketepi. Walaupun realiti kini kemajmukan masyarakatnya merupakan realiti baru yang seclang terbentuk, namun asas jati diri yang ada pada bangsa Melayu menyebabkan Islam menjadi sesuatu yang amat penting. Konsep umat Melayu adalah sesuatu yang unik kerana dengan Islam disandarkan kepada suatu bangsa, ia telah membentuk suatu world-view" atau pandangan semesta yang amat luas. Budaya umat Melayu yang dirujuk kepada suatu tamadun besar iaitu Islam telah mengangkat martabat Umat Melayu sebagai sebahagian daripada suatu tamadun yang cemerlang dan amat berpengaruh kepada Barat dan Timur. Mengukuhkan Islam pada diri warga Melayu, ibarat mengukuhkan jati diri Umat Melayu yang menjadi bahagian penting dalam proses sejarah, politik, intelektual dan sosial Malaysia. Sekiranya kekuatan Umat Melayu diwarnai dengan semangat dan iltizam ketamaclunan Islam, kehadirannya di Malaysia bakal memberi warna perubahan dan kemajuan yang lebih bermakna. Warga Umat Melayu yang menjadikan Islam landasan untuk maju dan berubah harus bersikap terbuka kepada aspek-aspek budaya dan tamadun yang berdaya maju dan sesuai daripada warga lain di negara ini. Sekiranya umat Melayu di setiap peringkat memperlihatkan keunggulannya dalam bidang ilmu dan pendidikan, kokeluargaan dan kemasyarakatan, keupayaan mentadbir dan mengurus monyemangati kualiti kekhalifalian, Malaysia bakal terjelma sebagai negara contoh di tengah-tengah pengaruh globalisasi yang amat sengit. Kasihkan Malaysia adalah pancaran semangat patriotik bahawa tanahair ini adalah amanah yang besar untuk dimajukan dan juga dijaga daripada dijajah clan dirosakkan oleh orang lain. Oleh itu, pancaran semangat patriotik, kasihkan Malaysia dan cintakan negara harus terlihat dengan keupayaan warganya untuk memartabatkan ilmu, menguasai teknologi, berfikir secara alamiah, mempunyai kreativiti yang tinggi dan mempunyai upaya strategik untuk mengimbangi rempuhan globalisasi dengan corak pembangunan berasaskan acuan kita sendiri.

Satu aspek yang paling utama untuk menampilkan rasa patriotik yang tinggi ialah mencapai tahap cemerlang dalam pembinaan modal insan. Terdapat negara-negara yang memberikan fokus kepada modal insan tanpa mempunyai sumber hasil bumi yang banyak menjadi negara maju dan mampu bersaing dengan negara-negara Barat dan Eropah. Warga Malaysia yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi harus bersedia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, menguasai keterampilan dan teknologi di samping memiliki sistem nilai dan etika yang baik. Sekiranya warga Malaysia terutama daripada kalangan generasi muda merasakan negara ini adalah negaranya, kecintaan kepada negara ini harus clitunjukkan dengan kesediaan melakukan jihad ilmu, upaya bersaing yang tinggi, kreatif, inovatif dan kompetatif dalam menghadapi cabaran alaf 21 yang amat sengit. Inilah jawapan terbaik bukti kecintaan dan patriotik yang tinggi kerana tanpa penguasaan ilmu dan teknologi, Malaysia akan terus menjadi negara pengguna dan bukamaya menjadi sebahagian negara penyumbang yang boleh dicontohi. Modal insanlah jawapan terbaik bagaimana warga Malaysia merasakan sumbangannya terhadap kemajuan dan pembangunan akan jadi lebih bermakna, dimana setiap warganegara menginsafi bahawa tanpa ilmu dan ketrampilan, tanpa teknologi dan kompetensi, tanpa akhlak dan amanah semangat patriotik hanya akan tinggal sebagai semangat dan tidak mampu diterjemahkan sebagai faktor berkesan dalam proses bina negara. Amerika Syarikat contohnya mempunyai tahap patriotisme yang tinggi di kalangan warganegaranya. Walaupun mereka asalnya datang dari seluruh dunia, namun patriotisme menjadi sesuatu yang amat bernilai di kalangan warganegaranya. Sebab itulah kewatanan juga menuntut sama rasa kesetiaan yang tinggi terhadap negara. Dalam tradisi Negara Islam sandaran terhadap negara dihubungkan dengan rujukan terhadap Allah S.W.T.. Manusia yang dilantik sebagai khalifah mempunyai peranan yang besar supaya negara di mana mereka berada seharusnya mempunyai kesetiaan yang tinggi dan mempunyai azam dan tekad untuk memajukannya supaya negara Malaysia mampu berd iri sama tinggi dengan orang lain dalam acuan keMalaysiaan yang unik.

RAKYAT BERJIWA MERDEKA TERAS PEMBANGUNAN NEGARA Pembangunan negara amat memerlukan rakyat yang mempunyai jiwa yang bebas daripada sebarang ideologi, fahaman dan sikap negatif. Rakyat berjiwa merdeka ialah rakyat yang memiliki semangat dan jiwa yang kuat untuk membangun dan mempertahankan negara dari sebarang ancaman. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah sebanyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (didunia dan diakhirat)". (Surah al-juma'ah: 10) Antara asas pembangunan negara ialah: i) ii) iii) iv) V) Vi) vii) viii) Keteguhan iman dan kekuatan ibadah Penguasaan ilmu clan teknologi Kemantapan Ekonomi Pentadbiran clan pengurusan yang berkesan Tenaga kerja yang berkualiti Kestabilan politik Penggunaan sumber semula jadi dengan baik dan berkesan Sistem pertahanan yang kukuh

Peranan rakyat yang berjiwa merdeka dalam pemban-unan negara ialah; i) ii) iii) iv) v) Masyarakat yang bersatu padu Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan daya intelektual yang tinggi Taat kepada pemerintah selagi ia tidak bertentangan dengan syarak Memberi sokongan dan kerjasama kepada sebarang program pembangunan Tidak meruntuh dan menghalang usaha pembangunan negara.

KESIMPULAN Rakyat berjiwa merdeka harus difahamkan dalam konteks yang luas. Kemerdekaan politik yang kita terima setelah dijajah memberikan kita taklif atau amanah bagaimana negara kita Malaysia dapat dimajukan dengan mengambil pendekatan yang komprehensif iaitu tidak menolak ilmu dan teknologi malah budaya yang baik yang terdapat di Barat dan di Timur tetapi dalam masa yang sama kita membangunkan perubaban berasaskan Acuan Kita Sendiri. Acuan kita sendiri ialah dengan memperkasa Bahasa Melayu, pencerahan dan pencerdasan kembali budaya. Melayu dan Budaya Malaysia yang mendukung nilai-nilai baik dan murni di samping menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa-bahasa yang lain yang releven dalam kehidupan bangsa Malaysia. Dialog peradaban harus dikembangkan secara bijaksana supaya kita dilatih untuk mengerti makna perbezaan dan maksud persamaan. Asas-asas ini boleh menimbulkan rasa patriotisme yang tinggi dengan setiap warganya merasakan mereka ada peranan untuk menyumbang ke arah pembangunan negara Malaysia yang bersepadu dan sentiasa berlapang dada untuk menerima perbezaan dan kelainan dan cenderung mencari titik-persamaan bagi menclukung kualiti harmoni di semua lapangan. Asas ini kalau dapat dirasakan oleh setiap warganegara, ianya bakal merintis jalan baru ke arah jiwa merdeka yang lebih bermakna.

Prinsip Keempat
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Oleh: Prof. Dr. Sidek Baba Panel Pemikir Islam Hadhari PENDAHULUAN

Penguasaan ilmu pengetahuan dan pendekatan integratif dalam pendidikan banyak dibicarakan orang. Ianya bukan saja menuntut pemerincian tetapi juga kejelasan kandungan dan juga proses aplikasinya. Kemajuan dan pembangunan sesuatu negara banyak bergantung kepada jenis manusia atau modal insane yang dilahirkan oleh sistem pendidikannya. Dalam konteks pendidikan integratif bukan saja kandungan ilmu perlu diperkukuhkan kembali tetapi juga metodologi pengajaran-pembelajarannya memerlukan tinjauan yang serius. Ilmu yang berasaskan nilai-nilai agama dan nilai-nilai etika perlu diperkukuhkan seiring dengan fokus terhadap merit akademik, sains dan teknologi supaya integrasi antara keduanya menyumbang ke arah penyuburan kualiti holistik pada diri pelajar. Mendepani globalisasi memerlukan ide-ide ketamadunan berasaskan nilai-nilai agama , falsafah dan tradisi kepercayaan yang bermenfaat supaya kekuatan akhlak dan etika dapat dibina berasaskan acuan kita sendiri. Pendekatan kesalingan atau litaarrafu yang diungkapkan oleh al Quran (al hujurat :13) memberikan perspektif yang amat menarik tentang muafakat dan perkongsian nilai-nilai baik dan berguna. Dalam konteks masyarakat berbilang saripati nilai yang baik amat perlu diadunkan supaya pembangunan dan perubahan yang berlaku di Malaysia mendukung ide-idea ketamadunan tinggi bagi membentuk negara maju berasaskan acuan ke Malaysiaan. Pemikiran hadhari atau ketamadunan amat perlu diterapkan supaya perspektif tentang pembangunan dan kemajuan ilmu sentiasa berasaskan kualiti manusia atau peribadi unggul (towering personalities) yang dilahirkan oleh sistem pendidikannya.

PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

Islam mengutamakan ilmu dan ianya wajib dituntut oleh lelaki dan perempuan. Ilmu adalah suluh hidup dan menguasai ilmu bakal memberi jalan kemajuan dan perubahan. Oleh itu di sisi Allah orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu statusnya tidak sama (maksud Surah al Zumar : 8) . Kekuatan tamadun Islam pada masa yang lalu berpunca antara lainnya ialah penerokaan dan penguasaan ilmu pengetahuan. Para ilmuan dan ulama Islam menguasai pelbagai bidang ilmu, merentasi Ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem. Al Quran yang terkandung hikmah dijadikan sumber penting menguasai ilmu dan menyebabkan ilmu yang dilahirkan bermenfaat tetapi juga selari dengan syariat. Penguasaan ilmu pengetahuan dalam zaman ketamduanan Islam menyumbang kepada umat manusia. Tradisi sains Islam di Andalusia menyebabkan Barat berlumbaluma menterjemahkan kitab-kitab besar sains, matematik, perubatan, musik, falsafah dan lain-lain ke dalam Bahasa Latin dan Ibrani dan menyebabkan Barat terhutang ilmu kepada umat Islam. Darinya Barat mula mengorak kemajuan dan lahirlah tradisi ilmu dan perubahan di Barat dan kemudiannya memberi kesan kepada umat manusia. Kitab-kitab besar Islam ini digunakan di Barat atau Eropah lebih lima ratus tahun bagi mencetuskan revolusi ilmu di sana. Penguasaan ilmu pengetahuan bersumberkan hikmah (al Quran) terbukti mengangkat martabat umat. Apabila faktor hikmah mula dilupakan, kemajuan berfikir sudah hilang dayanya, krisis ulama-umara mula berlaku, tradisi pengkaryaan mula kuncup, tamadun Islam mula meleset dan kebangkita kuasa Eropah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi kerana minat besar mereka untuk menguasai ilmu pengetahuan. Kebangunan Zaman Pertengahan, Reformasi yang berjalan, Renaissance yang berlaku dan ledakan Revolusi Industri yang terjadi menyebabkan Kuasa-Kuasa Barat mula melebarkan sayap penjajahannya ke seluruh dunia dan menguasai dunia Islam. Tempoh yang begitu lama umat Islam di jajah menyebabkan mereka di pinggirkan dalam arus perkembangan ilmu dan umat Islam umumnya mendekati Ilmu Mengurus Diri dan mula mengabaikan Ilmu Mengurus Sistem. Akibatnya mereka terus di jajah, malah selepas mencapai kemerdekaan pun orientasi pengilmuan dan pendidikan banyak berorientasikan Barat di mana ilmu tidak lagi bertatahkan nilai dan akhirnya ilmu menjadi sekular dan dualistik. Dalam konteks negara Malaysia, pembangunan ilmu dan pendidikan menjadi metlamat dalam pembangunan dasar pendidikannya sejak kemerdekaan di capai. Pengenalan subjek Agama Islam di mulakan sejak Akta Pelajaran 1961 di laksanakan. Perkembangan subjek-subjek dalam orientasi Malaysia dengan menggunakan Bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar mula menjadi keutamaan. Sekitar tahun-tahun 80an orientasi pengilmuan dan pendidikan di Malaysia menempa orintasi baru di mana faktor pendidikan agama menjadi faktor yang penting dan pendekatan sepadu dalam pendidikan menjadi asas utama membangunkan peribadi modal insan yang holistik. Pengenalan konsep Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia adalah langkah menarik bagaimana proses pengilmuan dan pendidikan harus berjalan secara integratif. Para pelajar tidak saja didedahkan dengan asas-asas ilmu Mengurus Diri seperti aqidah, akhlak, tilawah, loghah atau bahasa tetapi juga dengan asas-asas Quran, Hadith dan Tafsir sebagai asas membina Tasawwur yang lebih betul tentang maksud ilmu-ilmu agama. Dalam masa yang sama para pelajar di dedahkan dengan subjeksubjek yang berkaitan dengan ilmu Mengurus Sistem seperti Matematik, Sains, Perakaunan, Ekonomi, Komputer dan lain-lain bagi membolehkan mereka menguasai ilmu yang berkaitan dengan pengurusan sistem. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cuba mempelopori proses integrasi dan Islamisasi ilmu dalam semua bidang ilmu pengetahuan dan ianya diikuti oleh Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan juga Kolej Universiti Islam Malaysia supaya para pelajar mempunyai pendedahan dalam penguasaan ilmu pengetahuan yang bakal membolehkan mereka masuk ke arus perdana dengan memiliki kemampuan ilmu yang seimbang dan menyumbang. Proses bina insan dalam pengilmuan dan pendidikan, memerlukan pembangunan modal insan yang holistik. Ia amat perlu dibangunkan supaya metlamat bina tamadun dapat dilakukan secara sistematik. Globalisasi yang menerpa umat Islam kini memerlukan jawapan ilmu dan integrasi dan Islamisasi ilmu kini adalah jawapan terbaik terhadap faktor globalisasi. Konsep umatisasi harus menjadi metlamat utama proses pengilmuan dan pendidikan dan landasan hadhari atau ketamadunan sewajarnya menjadi tunggak dan teras membangunkan dasar keilmuan dan pendidikan negara. Proses menghasilkan peribadi unggul (towering personalities) dalam konteks Acuan Sendiri hanya boleh berlangsung sekiranya kita refklektif tentang tamadun silam dan terkini dalam menangani cabaran sezaman dan karenah lingkungan. Dialog tamadun harus disuburkan supaya aspek-aspek ketamadunan yang unggul dapat dikembangkan supaya konsep litaarafu itu dapat dirasakan dalam membangunkan ilmu dan pendidikan yang bakal membangunkan konsep rahmah alamiah yang amat dituntut oleh Islam.

APA ITU PENDIDIKAN Pendidikan ialah proses mengadabkan insan. Pada tanggapan Barat pendidikan dikaitkan dengan proses pemindahan maklumat, ketrampilan dan pengalaman dari guru kepada murid atau dari pensyarah kepada pelajar. Tradisi Islam dalam pendidikan sering menghubungkan pendidikan dengan pembangunan potensi insan. Manusia tidak hanya memiliki kekuatan akal atau minda tetapi Allah mengurniakan manusia dengan potensi rohaniah dan jasmaniah. Ketiga-tiga potensi memerlukan penyuburan yang seimbang. Memberikan fokus kepada pengupayaan akal saja tidak melengkapi sifat pembangunan diri yang menyeluruh. Membangunkan rohani dan jasmani tanpa memberikan fokus kepada akal tidak juga menepati proses pembangunan insan. Menyuburkan kualiti rohaniah, akliah dan jasmaniah secara seimbang adalah pendekatan yang amat serasi dengan proses pembangunan insan (nurturing process). Fitrah manusia memerlukan nilai sebagai ukurtara mengurus diri dan sistem. Bagi yang memiliki keteguhan beragama, nilai agama menjadi landasan mengurus diri dan sistem. Bagi yang berpedomankan nilai-nilai tradisi dan nilai-nilai semasa aspek etika adalah amat penting. Ianya amat releven dalam masyarakat yang berbilang kerana kecenderungan berinteraksi antara kaum yang berbilang adalah aktif. Tanpa adanya asas nilai dan etika yang memberikan pedoman dan batasan, dinamika sosial tidak akan wujud secara positif. Pendidikan dalam perspektif Islam mengambil kira faktor pembentukan insan dan juga faktor pembangunan sistem. Oleh kerana sifat sistem dinamik berubah, jenis kurikulum dan metodologi pendidikan juga harus mengalami perubahan. Tetapi perubahan dalam pendidikan tetap mengekalkan asas-asas yang fundamental supaya sifat ilmunya berkembang dan mampu menyusuri zaman . Ia menuntut upaya reflektif yang tinggi disamping daya kreatif yang hebat supaya antara faktor tradisi dan kemodenan atau perubahan terdapat titik-temu yang sifatnya sezaman dan mampu mencetuskan ideidea baru dan metolodologi yang sifatnya mewakili. APA ITU ILMU Asas ilmu yang diperlukan oleh manusia ialah dua, iaitu ilmu Mengurus Diri dan ilmu Mengurus Sistem. Allah SWT menjadikan insan sebagai suatu unit sistem yang mempunyai hikmah dan peranannya sendiri. Allah kurniakan insan dengan hati dan nafs disamping faktor-faktor inderawi yang berfungsi mentadbir urus diri. Faktor nafs dan hati terkait erat dengan faktor diri yang menghasilkan bawaan dan sifat diri. Sifat baik, amanah, adil, jujur, ikhlas dan lain-lain adalah sifat-sifat hati yang ada pada diri.

Sekiranya tunjangan nafsu itu adalah faktor mutmainnah sifat diri akan lebih jernih. Sekiranya faktor mahmudah atau terpuji lebih menguasai diri, sifat manusia akan menyumbang ke arah kebaikan. Sebab itu proses mendidik Rasulullah SAW sebagai insan contoh banyak bertumpu kepada pembangunan diri. Rasulullah SAW menyebutkan bahawa generasi yang terbina pada zamannya adalah generasi terbaik merujuk kepada kualiti pengurusan diri berasaskan aqidah yang mantap, akhlak yang tinggi dan jihad yang hebat. Manusia juga memerlukan jenis ilmu yang menyumbang ke arah pengurusan sistem. Manusia dijadikan dengan sifatnya berpasang-pasang, berbangsa-bangsa, berkeluarga, bermasyarakat dan juga bernegara. Baik berkeluarga, bermasyarakat, bernegara berkait rapat dengan sistem. Manusia pastinya memerlukan ilmu dan ketrampilan bagaimana sistem harus diuruskan dengan amanah dan baik. Sifat amanah dan baik adalah nilai-nilai yang amat diperlukan oleh manusia. Walaupun Allah kurniakan manusia hati dan nafs, akal dan pancaindera namun kemampuan anugerah Allah itu tidak segala-gala. Manusia memiliki keterbatasan dalam kemampuan dan keupayaan memahami erti diri, erti persekitaran dan erti faktor-faktor ghaibiyyat yang ada dalam sistem kepercayaannya. Manusia memerlukan pedoman dari Allah SWT yang mencipta dan memiliki alam ini. Tanpa pedoman dan pertunjuk tidak mungkin manusia mampu memahami makna kejadian dan hikmah disebaliknya. Oleh itu ilmu dari Allah SWT dengan kekuatan yang ada pada manusia membolehkan manusia tahu letak dirinya sebagai hamba dan khalifah, tahu menggunakan sumber ilmu iaitu al Quran, menjadikan Rasulullah sebagai model peranan dan mengurus sumber rahmah dan nimah sebagai amanah utama yang membekalkannya amal soleh. Oleh itu kekuatan tamadun Islam pada masa lalu ditunjangi dengan keupayaan ilmuanpendidik menguasai ilmu Mengurus Diri dan mengkhusus ilmu Mengurus Sistem dan menyumbang kepada tamadun umat manusia khususnya Eropah. Ilmu-ilmu yang bercirikan nilai-nilai hadhari inilah yang telah menjadi bukti sejarah kebangunan Islam dan umatnya hingga Eropah terhutang ilmu kepada tamadun Islam. MENGAPA PEMBANGUNAN MANUSIA PENTING Pendidikan dan proses pengilmuan berkait rapat dengan proses pembangunan manusia. Manusia dibekalkan oleh Allah dengan akal untuk membolehkannya berfikir. Dari berfikir menjadikan manusia tahu, dari tahu menjadikan manusia berpengetahuan, dari pengetahuan menjadikan manusia berilmu dan dari ilmu membolehkan manusia memiliki hikmah. Hikmahlah menjadi martabat tinggi yang membawa suluh dalam kehidupan.

Sejak zaman Nabi Adam hinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW, risalah kenabian berusaha membawa manusia kembali kepada fitrah. Tidak semua Nabi dan Rasul berjaya sepenuhnya mengajak manusia kembali dan kekal dalam fitrah. Tetapi Nabi Muhammad SAW berjaya membina model pembangunan manusia dan akhirnya model itu mampu menghasilkan tamadun. Jejak-jejak tamadun silam memerlukan upaya reflektif yang tinggi supaya rasa nostalgik kepada keunggulan silam tidak menyebabkan kita alpa bahawa kita menghadapi realiti baru yang memerlukan metodologi baru dan mekanisme baru. Tetapi baru dalam pendekatan Islam tidak harus mengabaikan asasasas yang fundamental. Faktor syariyyah, fitrah atau faktor nilai umpamanya adalah sesuatu yang amat fundamental dalam proses pembangunan manusia. Sekiranya faktor ini dikembangkan secara kreatif tanpa mengenepikan faktor-faktor yang fundamental yang fitrah sifatnya, maka corak kemajuan, pembangunan dan perubahan terus subur dan berkembang dalam ruh yang fitrah. Pentingnya diri manusia dibangunkan berasaskan apa-apa sistem pun yang bakal diurus ianya bergantung rapat kepada jenis dan kualiti manusia yang ada. Sekiranya sesuatu itu asalnya tidak baik tetapi diurus. ditadbir atau dikendalikan oleh manusia yang berilmu, berketrampilan dan berakhlak, lambat laun sistem itu akan bertukar menjadi baik. Tetapi sebaik mana sistem yang telah dibangunkan dan dikendalikan oleh orang yang tidak mempunyai ilmu dan ketrampilan yang baik serta kualiti amanah yang rendah, lambat laun sistem itu akan rosak juga kerana ianya tidak dikendalikan oleh orang yang ahli dalam bidangnya. Sebab itu kerosakan yang berlaku dalam hidup ini berpunca dari peribadi-peribadi yang cuba menyisihkan kepentingan nilai dan akhlak dalam pengurusan diri dan sistem dan melihat kebendaan sebagai metlamat dan pengurusan sebagai kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan dan kepentingan diri. Pembangunan manusia yang bakal mengendalikan pengurusan diri dan sistem bergantung kepada jenis ilmu yang ditawarkan kepadanya dan jenis pendidikan yang diberi. Sekiranya pembangunan ilmu hanya menumpu kepada keperluan akademik dan ketrampilan, fokus pengurusan hanya menumpu kepada sistem dan tidak bermula pada diri. Sebaliknya penekanan kepada pengurusan diri dijadikan keutamaan hingga berlaku kealpaan terhadap ilmu-ilmu pengurusan sistem, ianya menyebabkan ketidakupayaan menguruskan sistem dengan berkesan. Bagi menghasilkan kualiti yang seimbang, ilmu pengurusan diri dengan ilmu pengurusan sistem diintegrasikan supaya hasilnya membawa kualiti sebenar yang diperlukan oleh pembangunan negara. Kerosakan dan kelemahan yang berlaku dalam sistem samada gejala negatif dalam kehidupan sosial yang semakin menjadi wabak, kecurangan dan salahlaku di banyak peringkat dalam sistem sosial, pendidikan, kewangan, hiburan malah perkembangan teknologi maklumat menyebabkan kita hilang arah akan punca terjadinya dan tidak upaya memilih jalan pulang untuk memulihkannya. Yang jelas terjadi antara lain

berakibat lemahnya ilmu pengurusan dan pengawalan diri menyebabkan faktor nafsunafsi menjadi pertimbangan yang membawa faedah komersial saja dan membiakkan budaya hedonistik (berpoya-poya) yang merosakkan generasi muda. INTEGRASI ILMU DAN PENDIDIKAN Bila disebutkan ilmu mengurus diri ianya berkait dengan bagimana hati dan nafsu yang menghasilkan niat dan tabiat, membentuk sikap dan mind-set, memandu perlakuan dan tindakan dapat disuburkan dalam keadaan mutmainnah dan mahmudah. Ianya memerlukan input rohaniah yang baik supaya terpancar peribadi yang baik dalam perlakuan dan tindakan. Contohnya pendidikan mengenai aqidah, ibadah dan akhlak bergerak seiring dalam menghasilkan kualiti diri. Pendidikan aqidah dalam ertikata yang luas membawa maksud bukan saja mendidik keyakinan yang bulat bahawa Allah itu Pencipta tetapi juga Allah Maha Berkuasa atas segala dan Maha Perkasa menguruskan alam ini. Keyakinan kental ini harus menghubungkan manusia dengan bukti kekuasaan Allah terhadap rahmah dan nimahnya yang dilimpahkan ke alam ini. Antara maksud limpahannya ialah untuk menfaat manusia dan makhluk. Manusia dan makhluk amat memerlukan limpahan dan rahmah dan nimah itu. Umpamanya Allah memberikan manusia rahmah mata, telinga, hidung, tangan, kaki, akal , nafsu dan hati supaya manusia memiliki nimah melihat, mendengar, menghidu, bekerja, berjalan, berfikir dan merasa mengenai apa yang ada dalam diri kita dan apa yang ada di luar diri kita. Rahmah dan nimah diri ini datangnya dari Allah. Dalam konteks aqidah apakah mata itu kita gunakan untuk melihat benda-benda yang baik atau maaruf, apakah telinga itu kita gunakan untuk mendengar benda-benda yang elok atau lagha, apakah hidung itu untuk menghidu benda-benda yang harum dan baik atau sebaliknya. Apakah tangan itu digunakan untuk membuat kerja-kerja yang berfaedah dan tidak mungkar. Apakah kaki digerakkan untuk melangkah melakukan kerja-kerja fasad atau merosakkan. Apakah akal berfikir ke arah fahsya hingga kufur terhadap ilmu Allah. Apakah nafsu dan hati dirangsang secara haiwani menyebabkan hilang pertimbangan dosa-pahala dan penyebab kepada kerosakan kemanusiaan. Hal ini ditanyakan kerana seluruh rahmah dan nimah yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah sumber amanah. Dengan amanah yang tinggi pengurusan diri harus berlaku dengan betul dan bermenafaat. Kalau aqidah kita kental bahawa rahmah dan nimah dalam diri dan pada manusia itu datangnya dari Allah, pemenafaatannya sudah pasti dihubungkan sebagai sumber ibadah. Dan bila ibadah ini berlaku dengan pedoman akhlak yang baik, ia bakal diterima sebagai amal soleh. Amal solehlah yang bakal mengembalikan manusia kepada Tuhannya dalam keadaan yang diterima.

Rahmah dan nimah Allah juga banyak terdapat di luar diri manusia. Udara yang bertebaran, air yang mengalir dan meresap, pokok yang tumbuh, haiwan yang hidup, pertroleum dan gas yang terpendam di perut bumi, pohon-pohon yang hijau, gunungganang sebagai pasak-pasak bumi adalah antara sumber rahmah dan nimah yang amat kaya dikurniakan Allah. Manusia yang memiliki kekuatan dalaman dan luaran dan terbukti mampu mengurus diri memerlukan ilmu untuk mengurus persekitaran dan sistem. Tanpa udara manusia akan mati. Tanpa air manusia dan kehidupan yang lain akan dahaga. Tanpa pokok manusia tidak akan ada sumber makanan. Tanpa haiwan yang boleh dimakan, manusia ketiadaan zat makanan. Tanpa petroleum dan gas manusia ketiadaan bahan tenaga dan bahan bakar. Tanpa gunung-ganang sebagai pasak-pasak bumi , akan hilang perimbangan terhadap mukabumi. Soalnya bagaimana semua itu dapat difahami oleh manusia kehadirannya tanpa menguasai ilmu-ilmu dalam menguruskan sistem. Pasti rahmah dan nimah itu akan disalahguna atau tidak tahu untuk digunakan dengan betul. Islam dalam membangunkan tamadun menekankan kepentingan pedoman atau hudan dan pertunjuk dari yang Maha Berkuasa (SIGNS) untuk membangunkan tradisi SCIENCE supaya integrasi antara keduanya akan membawa pedoman, amanah dan perimbangan dalam memenafaatkannya. Pada hakikatnya al Quran tidak hanya ditanzilkan dan bersifat textual tetapi ianya merojok kepada kontekstual (realiti). Pertujuk dan pedoman Allah itu tidak lahir dalam kekosongan malah al Quran membentuk watak insan supaya memiliki kualiti diri untuk mengurus diri dan sistem supaya ianya berlaku dalam konteks amanah. Malah alam ini sendiri, segala khazanah yang ada padanya, peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup manusia dan kemanusiaan adalah gambaran tentang ayat-ayat Allah. Sebab itu al Quran memaparkan banyak kisah-kisah tentang kehidupan manusia pada masa lalu untuk dijadikan iktibar atau ibrah supaya kesilapan lalu jangan diulangi lagi. Sayangnya apabila manusia lari dari peringatan Allah, putus dari pedoman dan pertunjuk Allah, manusia hilang arah dan natijah akhirnya ialah mendukung kerosakan di bumi dan di langit akibat perbuatan tangan-tangan sendiri. Oleh itu amat penting ilmu Mengurus Diri (fardhu ain) dan ilmu Mengurus Sistem ( fardhu kifayah) diintegrasikan kerana proses pendidikan ingin melahirkan manusia holistik supaya potensi aqliah , rohaniah dan jasmaniah dapat disuburkan secara seimbang dan harmoni. Metlamat inilah yang bakal melahirkan insan beradab. Beradab disini merujuk kepada kemampuan melakukan disiplin minda, disiplin nafs dan hati dan juga disiplin ketangkasan. Ketiga-tiga disiplin ini memerlukan proses dan metlamat membangunkan adab insan bermula dengan membangunkan hati dan pengawalan terhadap nafs. Dalam masa yang sama pedoman wahyu bakal memandu manusia meneroka dan memahami kewujudan rahmah dan nimah Allah supaya lahir tradisi

sains yang tauhidik dan penghasilan teknologi yang memberi menfaat kepada manusia. Sekiranya integrasi seperti ini dapat dilakukan, kualiti manusia yang bakal dilahirkan dalam sistem pendidikan bukan saja mampu mengurus diri dengan nilai-nilai yang baik tetapi dalam masa yang sama dapat mengurus sistem dan persekitarannya dengan pedoman sains dan teknologi yang bermenfaat. Inilah ciri-ciri hadhari yang boleh menjadi landasan perkembangan tamadun. Ilmu Mengurus Diri yang secara tradisinya disebut sebagai ilmu fardu ain dan ilmu Mengurus Sistem yang secara tradisinya disebut sebagai ilmu fardhu kifayah adalah amat penting bagi manusia Islam dan umat manusia yang lain. Sifat rahmah alamiah yang didukung dalam risalah kerasulan memberikan perspektif yang amat luas dalam proses pembinaan ilmu yang integratif. Pemisahan antara keduanya boleh menghasilkan pembinaan sahsiah atau personaliti yang tidak seimbang dan boleh menyebabkan peranan mereka juga menjadi pincang. Al Quran yang diturunkan kepada umat manusia menerusi Rasul Muhammad SAW adalah pedoman terbaik memandu manusia bagaimana diri harus diuruskan dan sistem patut dikendalikan. Pendidikan aqidah, adab dan akhlak yang menjadi sumber kekuatan ibadah sewajarnya menjadi ilmu utama difahami dan dihayati. Tanpanya manusia akan hilang kekuatan diri bagi mengenal hikmah kejadian, hikmah penciptaan, hikmah peranan malah hikmah rahmah dan nimah itu sendiri. Ilmu mengurus diri apabila mantap dalam kefahaman dan penghayatan bakal memberikan kekuatan dalaman manusia dan interaksi dengan faktor di luar dirinya akan menjadi lebih mantap. Ilmu Mengurus Sistem berkait rapat bagaimana rahmah dan nimah Allah diurus. Semua sumber-sumber yang Allah kurniakan baik yang bersifat benda, komoditi, khidmat dikaitkan dengan kualiti amanah. Amanah sumber amat penting diuruskan dengan adil dan bijaksana kerana metlamat akhirnya pengurusan sumber tersebut adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan manusia dan alam ini (yanfaunnas). Bayangkan kerosakan yang berlaku kepada manusia dan alam ini adalah akibat perbuatan tangan-tangan manusia yang sudah melampaui batas. Manusia sudah tidak dapat mengimbangi antara sumber alam yang menjadi amanah Allah dengan keserakahan nafsu untuk memperlihatkan tabiat diskriminatif, eksploitatif dan monopoli yang tinggi. Nilai-nilai manusiawi menjadi semakin pupus. Ilmu alat seperti sains dan teknologi digunakan untuk mengukuhkan lagi hegemoni dan menghukum mereka yang berani menentang dan akhirnya dunia diheret dalam kancah globalisasi yang memaksakan proses pemBaratan dalam bentuk penjajahan baru yang amat meresahkan banyak pihak khusus nya umat Islam.

TAMADUN SILAM DAN PENDIDIKAN INTEGRATIF Tamadun Islam masa lalu terbina atas asas ilmu yang integratif. Ilmu Mengurus Diri dikuasai dengan baik oleh para ilmuan disamping pengkhususan mereka dalam bidang-bidang tertentu untuk mengurus sistem. Pusat-pusat ilmu subur tumbuhnya dan banyak kepakaran dalam bidang-bidang sains dan teknologi dikuasai hingga menyebabkan ilmuan Eropah datang ke Cordova dan Andalusia untuk melakukan penerokaan ilmu orang-orang Islam dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa-bahasa yang lain. Menfaat penerokaan dan penterjemahan menyumbang ke arah pembangunan Eropah dalam bidang matematik , perubatan, teknologi dan lainlain. Eropah dan Barat terhutang ilmu kepada tamadun Islam dan kesuburan tamadun Barat tidak boleh menafikan kekuatan ilmu orang-orang Islam yang dipelajarinya. Dalam masa yang sama sejak awal perkembangan tradisi keilmuan sikap terbuka terhadap tamadun pihak lain sentiasa menjadi amalan di kalangan ilmuan tersohor. Di suatu peringkat di zaman Abassiyyah umpamanya usaha penterjemahan berlaku dengan aktif melambangkan keunikan Baitul Hikmah melakukan usaha-usaha besar menterjemahkan tulisan Aristotle, Socrates dan Plato ke dalam bahasa Arab. Usaha ini memberikan faedah berbanding yang unik untuk ilmuan Islam mengetahui kekuatan tamadun Greek dan Yunani itu. Hal yang sama juga dilakukan oleh al Biruni dan al Khawarizmi iaitu memenfaatkan penggunaan angka di India dengan memperkenalkan konsep sifar yang menyebabkan berkembangnya ilmu matematik disamping genius al Khawarizmi memperkenalkan konsep Algebra, Troginometri dan Algorithem yang begitu unggul kesannya sehingga ke hari ini. Dalam masa yang sama ilmuan Islam seperti Ibn Sina mendukung jiwa tadabbur dengan melakukan penerokaan terhadap ilmu perubatan. Kitab besarnya dalam bidang perubatan Kanun fit Tib atau Tatacara Perubatan digunakan selama lebih lebih 500 tahun sebagai bahan rujukan ilmu perubatan di Eropah. Begitu itu ilmuan Abbas ibn Firnas menghasilkan kajian tentang ilmu mesin terbang, al Zahrawi dalam bidang pembedahan, Ibn Haitam dalam bidang kepakaran mata, Ibn Nafis dalam bidang kajian darah dan ramai lagi yang menekuni bidang kajian yang mendalam tentang ilmu sains, matematik dan teknologi. Menariknya bila kita mengkaji kekuatan masa silam menemukan umara dan ilmuan, ulama dan karyawan-seniman, ulama dan ilmuan dalam diskusi ilmu yang amat menarik sehingga lahirnya tradisi kajian dan kecendiakawanan yang mampu memberi warna tamadun yang amat bermakna bagi umat Islam dan umat manusia. Dalam masa pemerintahan Harun ar Rashid , al Makmun, al Mansur umpamanya, ilmu matematik, sains dan perubatan berkembang amat pesat. Al Mansur pada zamannya mewujudkan konsep mathematician court mengundang pakar-pakar matematik berbincang dan

mengembangkan disiplin tersebut ke arah aplikasinya yang lebih maju. Hasilnya banyak kajian dilakukan, formula di hasilkan dan buku-buku mengenainya ditulis. Tradisi ini merintis tradisi hadhari yang amat dibanggakan dan menyumbang kepada tradisi sains Barat. Kekuatan tradisi ini terbina hasil adanya pendekatan integratif ilmuan Islam memenfaatkan elemen SIGNS dan SCIENCE atau pertunjuk dan kajian sebagai formula menarik menghasilkan ilmuan-saintis yang dekat dengan Tuhannya dan hasil karyanya menggambarkan ilmu yang didukung oleh kekuatan nilai. Ibn Sina dan al Khawarizmi umpamanya hafaz Quran pada tahap umur yang awal iaitu tujuh dan dua belas tahun. Kemudian mereka menguasai pelbagai bahasa penting dunia sebagai jendela menerokai ilmu-ilmu berbanding. Kedua-dua ilmuan tersohor ini kemudiannya mendalami bidang falsafah yang dirasakan penting untuk mengetahui hikmah disebalik sesuatu atau kejadian. Kemudian tumpuan mereka ialah mengkaji tentang alam, khususnya ilmu bintang atau astronomi. Kekuatan kajian itu membolehkan mereka mengkaji ilmu matematik dan sains dan akhirnya Ibn Sina unggul dalam bidang Perubatan dan al Khawarizmi unggul dalam bidang matematik. Pendekatan Ibn Sina, al Khawarizmi dan ramai ilmuan lain adalah gambaran tentang kepentingan agama dan sains yang menjadi asas integratif perkembangan ilmu dan tamadun pada masa lalu. Di dalam al Quran terdapat hampir 200 ayat khusus tentang sains. Kemampuan saintis Islam melakukan tadabbur dan tafakkur menyebabkan terbangunnya tradisi sains dan teknologi dalam Islam. Maksud ayat-ayat Allah atau ayatollah tidak hanya termuat dalam al Quran secara tekstual atau dalam bentuk kitab. Alam ini dengan segala keunikannya terkandung pertanda atau pedoman tentang kebesaran dan keperkasaan Allah. Al Quran menyebutkan tentanggunung-gunung sebagai pasak-pasak bumi (memberikan perimbangan), bintang-bintang yang dikendalikan dengan teratur dan tertib, silihgantian siang dan malam, diturunkan hujan yang menyuburkan pokok dan buahnya menjadi sumber rezeki untuk manusia adalah antara contoh yang amat saintifik bagi keperluan kajian dan renungan manusia. Bagi yang beriman pengkajian tentang ayat-ayat Allah yang terbentang di alam nyata membawa kedekatan manusia kepada Khaliq. Memutuskan kajian saintifik dengan hudan atau pertunjuk dari Allah bakal menghasilkan saintis yang kufur rahmah dan nimah dan akhirnya akan kehilangan arah dalam memahami faktor kejadian dan kaitannya dengan Pencipta. Ilmu sains akan menjadi ilmu mengurus sistem yang sekular dan mengukuhkan lagi kesombongan manusia terhadap kekuasaan teknologi yang banyak meranapkan fitrah keinsanan.

PENDIDIKAN NEGARA KINI DAN ISU INTEGRASI Sistem Pendidikan di negara kita tidak dapat mengelak dari mengalami perubahan apabila kemerdekaan dicapai. Sebelum merdeka, dikotomi pendidikan umat Islam amat nyata dimana dipihak umat Islam banyak menumpukan pendidikan Islam di pondokpondok dan madrasah bagi menentukan kesinambungan pendidikan Islam di kalangan anak-anak mereka. Sistem arus perdana banyak meraikan keperluan dipihak penjajahan. Apabila Akta Pendidikan 1961 digubal, pengajaran subjek Agama Islam mula diperkenalkan secara formal. Di awal tahun-tahun 70an sehingga kini kesedaran keagamaan di kalangan orang Melayu semakin meningkat. Kegiatan dakwah dari kerajaan , badan-badan bukan kerajaan dan individu semakin nyata. Dalam banyak keadaan samada dalam Seminar atau pun Bengkel, Islam tidak hanya dibicarakan sebagai agama mengurus diri sahaja tetapi pemikiran hadhari tentang Islam sebagai Deen iaitu Suatu Cara Hidup mula berkembang subur. Kecenderungan melihat Islam sebagai sumber ketamadunan menyebabkan sistem pendidikan negara memberikan respon yang positif terhadap kebangkitan ini. Pada tahun 1987, sistem pendidikan negara mempunyai Falsafah Pendidikan Negaranya yang amat unik dan pendekatan Sepadu Dalam Pendidikan mula diperkembangkan. Metlamat menghasilkan insan seimbang dan harmonis menjadi tunjang falsafah dan pendidikan Islam mula mendapat dukungan nyata dengan terbinanya berpuluh-puluh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Pusatpusat Tahfiz, pengenalan subjek Tasawwur Islami, al Quran dan Sunnah, Bahasa Arab Tinggi, Syariyyah Islamiah, Asas Fardhu Ain dan penekanan kepada pendidikan Adab sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Dalam masa yang sama pendidikan swasta yang bercorak agama tumbuh dengan banyaknya. Sekolah Agama Rakyat berkembang subur bersama-sama Maahad Tahfiz di seluruh negara. Minat umat Islam terutama kelompok Menengah Melayu terhadap aliran ini amat nyata. Puncak daripada proses ini ialah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1983, Kolej-Kolej Islam Negeri-Negeri , Pengenalan subjek Tamadun Islam di IPTA dan yang terakhir ialah penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Penubuhan institusi dan subjek Tamadun Islam di IPTA cuba mengukuhkan lagi perspektif integrasi ilmu iaitu Ilmu Mengurus Diri disamping Ilmu Mengurus Sistem. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia umpamanya menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab disamping memperkenalkan Subjek Bahasa Melayu kepada pelajarpelajar di 100 negara luar. UIAM juga mengambil pendekatan integratif dengan mengemukakan konsep Major dan Minor, Double Major dan juga Double Degree dalam program akademiknya. Suatu program menarik yang cuba dibuat oleh UIAM dengan pihak JAKIM (Darul Quran) dengan kerjasama JPA dan Kementerian Pelajaran ialah

Program Tahfiz al Quran selama 18 bulan di kalangan pelajar-pelajar terpilih yang kemudiannya akan disalurkan ke Kuliyyah Perubatan, Farmasi, Sains, Kejuruteraan, ICT dan lain-lain. UIAM juga menawarkan pelajar-pelajar lulusan Institut Tahfiz di seluruh negara dengan program pra-diploma dalam pelbagai bidang pengajian. Hal yang sama juga sedang dilakukan oleh KUIM dan Kolej-Kolej Islam Negeri-Negeri dengan integrasi ilmu supaya lulusannya nanti mempunyai kemampuan tentang kefahaman Islam yang baik dan tidak menafikan kepentingan ilmu-ilmu pengurusan, perakaunan, ekonomi, ICT, sains dan teknologi. Pendekatan ini bakal melahirkan sifatsifat hadhari dalam proses menghasilkan sumber tenaga manusia yang diharapkan berperanan dengan berkesan dalam sistem arus perdana nanti. Oleh itu pendekatan integratif dalam sistem pendidikan negara sewajarnya menyeluruh disetiap peringkat baik di peringkat formal, non-formal (swasta) mahupun di peringkat informal. Metlamat Wawasan 2020 negara Malaysia ialah untuk melahirkan masyarakat maju berasaskan acuan kita sendiri. Integrasi ilmu dan pendidikan, integrasi nilai, etika dan ilmu adalah acuan terbaik membentuk masyarakat hadhari yang mampu memenafaatkan faedah berbanding dari faktor luar lingkungan disamping unggul dengan kekuatan nilai dan etika sendiri. IPTA dan IPTS umpamanya harus lebih integratif program pendidikannya kerana sumber tenaga manusia yang dilahirkan bakal menjadi tenaga penting dan proses pembangunan negara maju. Pendekatan integratif tidak hanya di sekitar integrasi disiplin yang pelbagai saja tetapi dalam konteks pembinaan masyarakat hadhari aspek nilai dan etika sewajarnya mendasari maksud integrasi itu sendiri. REALITI MASYARAKAT MAJMUK Warganegara Malaysia terdiri dari masyarakat berbilang kaum, kepercayaan, fahaman dan juga anutan. Kepelbagaian adalah sesuatu yang unik kerana ia membuka jalan memperkongsi dan muafakat. Meskipun adanya kepelbagaian dan kelainan bagaimana cita-cita membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju berasaskan acuan sendiri dapat dbentuk dengan bijaksana. Antara faktor kebijaksanaan yang boleh dipupuk dan disuburkan ialah keutamaan terhadap nilai-nilai yang bermenafaat serta etika tinggi dan kemanusiaan telus supaya perbedaan dan kelainan yang ada tidak menjadi penghalang terbentuknya masyarakat beradab dan beretika selari dengan citacita masyarakat hadhari. Pada prinsipnya setiap warganegara memerlukan kualiti kebaikan dan kesalingan dalam melakukan interaksi dan komunikasi dalam proses membangun diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kualiti kebaikan seperti jujur, ikhlas, amanah, adil, timbangrasa, bijaksana, tolakansur adalah antara nilai-nilai yang fitrah sifatnya dan

diinginkan oleh setiap orang. Soalnya bagaimana dalam tradisi anutan sesuatu kepercayaan yang berbeza, cara hidup yang berbeza mampu disaring saripati nilai yang memiliki unsur-unsur bersama, sejagat dan murni dapat diperkongsi tanpa menjejas aqidah seseorang penganut atau wujud pemaksaan yang menyebabkan wujudnya rasa penolakan dari penganut yang lain. Dalam sistem pendidikan kita, kurikulum yang integratif elok digubal dengan memasukkan nilai-nilai sejagat, nilai-nilai bersama dan nilai-nilai murni secara bijaksana dan kreatif supaya ilmu yang terbentuk tidak sifatnya bebas nilai. Nilailah merupakan piawai yang berguna memandu manusia samada menjadi baik atau sebaliknya. Ilmu tanpa nilai lebih bersifat utilitarian dan tidak membantu membentuk sifat-sifat mulia seseorang. Pendidikan Islam yang diajarkan kepada pelajar-pelajar Islam harus dilihat sesuatu yang positif kerana sekiranya akhlak pelajar-pelajar Islam terbentuk baik, ianya adalah baik untuk masyarakat Malaysia. Hal yang sama juga pendidikan etika kepada pelajar-pelajar Bukan Islam adalah sesuatu yang wajar kerana sekiranya pelajar-pelajar Bukan Islam mempunyai kualiti etika yang tinggi, ianya adalah berguna untuk masyarakat yang majemuk sifatnya. Walaupun pada masalalu usaha dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk melakukan integrasi melalui sistem, kurikulum dan juga subjek, integrasi yang lebih bermakna belum lagi wujud. Banyak senstiviti dan rasa curiga apabila sesuatu langkah ke arah integrasi dilakukan. Ini tidak bermakna tidak ada jalan keluar dapat dicari. Tradisi Islam umpamanya menganjurkan kaedah litaarrafu iaitu tradisi kesalingan yang sentiasa terbuka untuk mempelajari dan memperkongsi nilai dan perkara-perkara baik yang ada pada budaya dan tamadun orang lain. Sekiranya tradisi memperkongsi ini dapat disuburkan dengan bijaksana dan jujur, suasana baru boleh wujud dimana wujud keyakinan tentang keperluan bersama nilai-nilai murni dan baik bagi membentuk peribadi mulia dan beretika tinggi. Tradisi ini amat dituntut untuk disuburkan supaya setiap warga kita sentiasa mementinghkan nilai-nilai baik dan amanah yang tinggi supaya sebarang interaksi yang bersifat kemasyarakatan, pendididkan dan ekonomi berlaku secara sihat atas rasa mahabbah dan kepercayaan. REALITI PENDIDIKAN ISLAM DAN PENDIDIKAN MORAL Sejak tigapuluh tahun yang lalu keperluan ibubapa terhadap pendidikan Islam amat memberangsangkan. Ada kebimbangan di kalangan ibubapa bahawa pendidikan yang tidak dtunjangi dengan akhlak dan nilai ianya bakal menghasilkan pendidikan yang tidak menepati pembangunan potensi insani yang holistik. Ini telah menyebabkan tumbuhnya pendidikan Islam yang bercorak swasta seperti pondok, madrasah, maahad tahfiz, sekolah agama rakyat disamping pendidikan formal yang ditawarkan oleh kerajaan.

Dalam masa yang sama Pendidikan Moral telah ditawarkan kepada pelajar-pelajar Bukan Islam dan ianya amat terdedah kepada kritik di kalangan banyak pihak. Usaha sedang dijalankan bagaimana kurikulum pendidikan moral mengambil pendekatan integrative dan para gurunya dilatih supaya kemampuannya lebih professional. Bagi keperluan membangun masyarakat hadhari, sistem pendidikan Islam baik yang formal dan tidak formal memerlukan tinjauan semula yang serius dan kurikulum, metodologi dan pengajar Pendidikan Moral memerlukan tinjauan yang tulus seperti kepentingan nilai dan etika berlangsung kepada semua murid dan pelajar. Dalam masa yang sama pendidikan Tamadun Islam yang sedang berjalan serta Dailog Peradaban di peringkat IPTA harus diperluaskan di semua IPTA dan juga di peringkat IPTS secara terancang dan sungguh-sungguh. PENDIDIKAN ISLAM DAN J-QAF Di peringkat formal, pendekatan integratif dalam Pendidikan Islam memerlukan asas dan kaedah yang lebih jelas dan jitu. Pendekatan J-QAF umpamanya tidak saja menekankan pentingnya ketrampilan dan ketatacaraan dipelajari tetapi bagaimana dapat disuburkan pemahaman tentang falsafah, hikmah dan makna disebalik pendidikan Jawi, al Quran dan juga Fardhu Ain supaya pendidikan kemahiran Jawi , al Quran dan Asas Fardhu Ain dapat membentuk aqidah, pemahaman tentang makna ibadah yang sebenar, disamping terbentuknya akhlak contoh di kalangan pelajar-pelajar yang melambangkan wujudnya kesan penghayatan yang baik. Isu kesan penghayatan sering menjadi isu yang terus berbangkit di kalangan stakeholders atau pihak-pihak yang merasakan isu pendidikan adalah tanggungjawab bersama. Pengajaran Pendidikan Islam tidak sama dengan pengajaran subjek-subjek kemanusiaan seperti bahasa, sejarah dan tidak juga serupa pendekatannya dengan subjek-subjek sains tulin seperti Fizik, Kimia dan Biologi. Faktor pendidikan agama banyak yang menyentuh tentang faktor-faktor ghaibiyyat. Mendidik konsep Arqanul Iman atau Rukun Iman umpamanya memerlukan pendekatan yang sifatnya rabbaniyyah dan dalam masa yang sama menghubungkan faktor-faktor alamiah sebagai sumber penting membawa keinsafan kepada pelajar-pelajar tentang Kebesaran dan Keperkasaan Allah sebagai Pencipta manusia dan juga alam ini. Bila kita mengajar anak-anak tentang al Quran umpamanya, fokus tidak harus tertumpu dari sudut pembacaan atau tasmiknya saja. Fokus juga harus diberi tentang asas-asas ilmu yang terkandung dari kalimah Allah itu supaya darinya memungkinkan para pelajar dapat dihubungkan dengan al Quran sebagai sumber pertunjuk dan hikmah. Di sebalik pengajaran al Quran terdapat falsafah dan hikmah yang tinggi kerana al Quran adalah sumber pedoman memandu manusia ke arah kecemerlangan.

Umumnya pendekatan yang di ambil dalam pendidikan Islam ialah secara priskriptif. Pengajaran dan pembelajaran tidak hanya berkisar di sekitar isu know-how atau tahu bagaimana tetapi juga mestilah dalam konteks know-what atau tahu apa. Dalam bahasa yang mudah mengajar ilmu-ilmu Islam, tidak saja memberi kesan ingatan dan hafazan tetapi juga kesan penghayatan. Dalam tradisi pengajaran-pembelajaran Islam ada empat faktor yang perlu diambil kira bagi menimbulkan keberkesanan dalam penghayatan; 1. Faktor faham atau kefahaman 2. Faktor pemikiran atau artikulasi 3. Faktor semat atau titip atau internalisasi 4. Faktor hayat atau amali Mendidik para pelajar dengan perspektif aqidah, syariyyah, adab, bacaan, hafazan dan ingatan atau ketatacaraan memerlukan proses faham. Belajar sesuatu berasaskan konsep faham memerlukan asas rasional yang meyakinkan . Umpamanya bila mengajar Arqanul Iman, para pelajar di ajak keluar bilik darjah untuk melihat alam, persekitaran, langit dan matahari supaya darinya para pelajar diberi fahaman yang mudah tentang kebesaran Allah. Para pendidik cuba menghubungkan faktor lalu-lintas di jalan raya yang memerlukan pemandu, faktor langit yang tidak bertiang dan bertepi, faktor matahari yang beredar, faktor pokok yang tegak subur dengan akar-akar yang tidak kelihatan di perut bumi dengan faktor sekolah yang terbina dengan tiang dan dinding dan faktor bintang-bintang yang bergerak dengan teratur adalah gambaran tentang kebesaran Allah hingga akhirnya murid-murid faham tentang faktor ghaibiyyat yang dikaitkan dengan alam nyata betapa Maha Berkuasanya Allah mengaturkan alam ini dan betapa kekurangan yang ada pada manusia mengurus kehidupan ini. Bila kefahaman sudah berlaku, para pelajar diajak berfikir dengan mudah tentang hubungan alam dan manusia dan hubungan alam dengan Pencipta. Manusia tidak ada campurtangan dalam menghidupkan ikan-ikan di laut dan unggas-unggas di hutan, manusia tidak mampu menggerakkan angin dan awan supaya turunnya hujan, membasahi bumi, menumbuhkan pokok bagi menghasilkan sumber rezeki bukan saja untuk manusia tetapi juga makhluk-makkhluk yang lain. Allahlah kuasa yang Maha Perkasa menjadikan semua yang disebutkan. Faktor ketiga yang sangat penting ialah kesan penyerapan proses faham dan fikir serta rasa terhadap akal dan hati. Proses internalisasi ini membolehkan kesan yang lebih mendalam kepada pelajar-pelajar. Sekiranya pembelajaran hanya memberi kesan ingatan saja dan tidak memberi kesan rohaniah yang berasaskan daya taakulan yang

boleh dilihat dan dirasa, pengajaran-pembelajaran tidak boleh memberi persepsi dan fahaman yang berkesan terhadap para pelajar. Yang nyata ialah amalan, tabiat dan tingkahlaku seseorang pelajar bergantung setakad minda kefahamannya ada, fikirnya meningkat dan hatinya tersentuh dengan kupasan dan huraian, analisis dan unjuran hingga akhirnya ia membawa kesan amali atau pun penghayatan. Mendidik para pelajar dengan aspek-aspek pendidikan Islam ialah mendidik mereka mengenal tentang prinsip-prinsip dan ruh Islami. Al Quran memberikan kita antara lain prinsip-prinsip tentang sesuatu, batasan baik dan buruk, kisah-kisah untuk dijadikan ibrah, khabar gembira dan peringatan supaya manusia terus berada dalam keadaan fitrah dan risalah nubuwwah atau kenabian menterjemahkan dalam bentuk amali tentang prinsip dan ruh Islami yang Quranik. Dalam menghadapi cabaran masakini yang amat penting dididik ialah prinsip-prinsiup aqidah, syariyyah, adab, fiqah, seerah, akhlak dan asas tafasir yang memberikan mereka ruh Islami. Manusia hari ini hidup dan dewasa dalam situasi yang pantas berubah. Tetapi bagaimana faktor perubahan mampu dipedoman dan dipandu dengan faktor-faktor di atas tanpa menolak faktor metodologi , pendekatan atau strategi boleh berubah asal saja ia tidak lari dari maqasid aqidah, maqasid syariyyah, maqasid muamalah dan lain-lain yang terdapat dalam Islam. Oleh itu pendekatan pedagogi atau pengajaran-pembelajaran harus membawa bersama-samanya falsafah, hikmah, nilai disebalik sesuatu yang diajarkan kepada para pelajar. Mendidik mereka dengan tatacara wudhuk dan solat umpamanya sekaligus mendidik mereka tentang faktor yang lebih rohaniah sifatnya. Membasuh muka umpamanya tidak saja mengajar mereka membersihkan anggota muka seperti mata , hidung dan mulut tetapi pada alat ini terletak peranan yang amat penting dalam pancaindera manusia yang berperanan melihat, menghidu , merasa dan berkata-kata supaya kesan zahiri dan batini dapat dihubung sama. Bila pelajar-pelajar melakukan solat hubungkan kefahaman ruku dan sujud dengan fahaman jiwa kehambaan iaitu mendidik rohaniah mereka untuk memiliki sifat tunduk, patuh, akur dan taat kepada Allah yang hikmahnya berpulang kepada manusia sendiri. Bila mengajar mereka tentang al Quran berikan keinsafan bahawa al Quran adalah sumber ilmu, sumber pertunjuk, sumber pedoman bagi manusia. Manusia tanpa pertunjuk akan hilang suluh dalam hidup dan manusia tanpa pedoman Allah akan hilang arah dari kebenaran. Dan kekuatan ulama-ilmuan silam ialah keupayaan mereka mengintegrasikan suluh hikmah dengan ilmu akliah hasil adanya daya tadabbur yang tinggi terhadap alam ciptaan Allah ini.

Dalam masa yang sama harus dicari kebijaksanaan bagaimana asas-asas nilai mampu mendasari subjek-subjek yang lain supaya elemen-elemen aqidah, syariyyah, seerah dan sunnah dapat diterapkan dengan bijaksana dan menghasilkan pelajar-pelajar yang bakal memiliki tasawwur hadhari dalam proses pengilmuan dan pendidikan. Strategi jangka-panjang ini amat penting bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang berfikir berasaskan nilai dan memiliki kekuatan ilmu dan ketrampilan berasaskan nilai. Di peringkat swasta, usaha yang serius di kalangan semua pihak harus segera dilakukan samada diperkukuh dan disusun semula sistem yang sedia ada supaya ianya menepati maksud pendidikan Islam yang berjiwa hadhari. Dalam ertikata lain kemudahan prasarana yang baik, pendidik yang terlatih, kurikulum yang seimbang dan sepadu, metodologi pengajaran dan pembelajaran yang mendukung maksud ilmu dan amal harus menjadi agenda utama penyusunan semula sistem tersebut. Dalam masa yang sama kajian terancang harus dibuat terhadap pendidikan agama pagi atau petang yang dihadiri oleh pelajar-pelajar. Pendekatan dua sesi ini memerlukan kajian dari sudut perulangan bahan yang diajar, kecukupan masa bagi murid-murid untuk melakukan ulangkaji dan latihan dan kesuntukan masa mereka untuk menimati keperluan naluri, bakat dan kegiatankegiatan sihat. Kepadatan masa sebahagian besar murid-murid Islam boleh menyebabkan hilangnya tumpuan dan keberkesanan. Yang penting ialah bahan yang diajar sifatnya melengkapi dan diterima dengan kesan penghayatan yang baik. Malah tidak keterlaluan sekiranya pihak kerajaan memikirkan secara serius kaedah satu sesi menggabungkan pendidikan formal dan tidak formal supaya masalah biaya tidak lagi berbangkit dan kurikulum yang diajarkan sifatnya lebih integratif. Kaedah ini boleh membantu pelajar-pelajar Islam hadir dalam sistem perdana dan membolehkan kualiti pendidikan sejajar dengan keperluan masakini dan masadepan yang amat mencabar. Hal yang sama harus berlaku di kalangan pelajar-pelajar Bukan Islam yang berkaitan dengan subjek Moral. Oleh kerana konsep Etika dapat diterima oleh ramai pihak khususnya masyarakat Bukan Islam, mengapa tidak Pendidikan Etika menggantikan subjek moral. Konsep etika diterima sebagai suatu konsep yang lebih universal. Sekiranya Pendidikan Etika itu diterima, langkah meninjau semula kurikulum, metodologi, kepakaran mendidiknya harus dilakukan. Kurikulum etika harus merangkumi nilai-nilai agama yang mendukung ciri-ciri universal, nilai-nilai tradisi dan falsafah keagamaan yang bermenafaat dan nilai-nilai moral yang sifatnya merentasi. Mereka yang pakar dan memiliki keahlian dalam lapangan masing-masing harus diundang menggubal sukatan dan kandungan yang lebih memberi makna dan kesan terhadap penyuburan etika dan amalan yang baik. Para pendidiknya harus dilatih dengan metodologi yang memikat tumpuan murid-murid dan menjadikan Pendidikan

Etika diminati dan menjadi asas pembentukan moral dan nilai-nilai murni di kalangan mereka disamping menjadi syarat dalam peperiksaan. Begitu juga pendidikan Tamadun Islam dan Dialog Peradaban harus diperkenal dan diperkukuhkan di kalangan pelajar-pelajar IPTA dan IPTS supaya kefahaman pelajar tentang elemen-elemen hadhari wujud dalam proses pengajian yang mereka lalui. Tinjauan yang dibuat di Universiti Malaya, pendidikan Tamadun Islam dan Dialog Peradaban memberi kesan yang amat baik bagi pelajar-pelajar Bukan Islam memahami Islam dan tamadunnya dan baik bagi pelajar-pelajar Islam memahami faktor-faktor peradaban lain yang berlaku disekitarnya. Cara begini membolehkan pemahaman terhadap silang-tamadun (cross-cultural understanding) berlaku dengan baik berasaskan pendekatan ilmu. Pendekatan hadhari ini amat selari dengan pengalaman ilmuan Islam pada masa lalu yang memenafaatkan makna litaarrafu atau budaya kekenalan secara bijaksana dengan memperkongsi aspek-aspek hadhari yang positif daripada aspek-aspek falsafah, sains dan teknologi orang-orang Yunani dan Greek, orang-orang India dan juga Cina. CABARAN GLOBALISASI Globalisasi adalah suatu proses pensejagatan berasaskan hegemoni Barat dan Kuasa Besar terhadap dunia. Ia adalah pancaran dari puncak tamadun kebendaan Barat yang menjadikan alat teknologi dan komunikasi sebagai teras kepada penjajahan bentuk baru. Alat utama yang digunakan ialah teknologi langit terbuka seperti satelit untuk menjadikan pensejagatan lebih berkesan. Kesan yang amat nyata ialah dunia menjadi semakin kecil, penstrukturan sistem, sempadan geo-politik dan budaya akan menjadi lebih terbuka dan gaya hidup masyarakat akan menjadi lebih utilitarian coraknya. Metlamat globalisasi ialah untuk melahirkan masyarakat bermaklumat dan berilmu (informative and knowledgeable society) dan kesannya secara langsung akan melibatkan struktur sosio-ekonomi, pendidikan, kebudayaan, multi-media dan usaha penyelidikan dan pembangunan sesuatu negara. Walaupun dari sudut faedah berbanding (comparative advantages) terdapat faktor-faktor menyumbang dalam konteks globalisasi namun dari sudut falsafah dan metlamat globalisasi itu sendiri, ianya boleh menggugat kekuatan asasi sesuatu bangsa atau kelompok seperti sistem nilai, agama, kebudayaan dan cara hidup. Gugatan ini secara jangka panjangnya boleh menghakis jati diri dan jiwa merdeka masyarakat Malaysia, melainkan strategi terancang dapat dilakukan bagaimana perubahan tetap berlaku tetapi dalam acuan sendiri.

KESAN TERHADAP PENDIDIKAN Diantara bidang yang immediate atau rapat hubungan dengan proses globalisasi ini ialah aspek pembangunan sumber tenaga manusia iaitu proses latihan dan pendidikan. Kesan awal dari proses ini ialah penyusunan semula dan penyesuaian kembali sistem pendidikan dunia. Bagi menjadikan metlamat negara maju, model Barat yang menjadikan proses pemaklumatan dan pengilmuan sebagai teras utama, model perisian (softwares) akan menjadi lebih utama dalam strategi pembinaan kurikulum, pembelajaran dan pengajaran. Pendekatan pedagogi lebih banyak memberi peluang kepada murid sebagai pengguna dan guru sebagai fasilitator. Skop penguasaan ilmu dan maklumat akan jauh lebih luas dan pelbagai. Pengguna akan jauh lebih kreatif dan innovatif kerana ketrampilan aspek elektronik dan digital akan memperlihatkan kecanggihan yang nyata samada dalam teknologi komunikasi mahupun bidang-bidang yang lain. Para guru atau pendidik akan didedahkan pelbagai cara memudahkan proses pemindahan maklumat dan pengetahuan berlaku. Para pelajar akan mempunyai pilihan dan akses yang banyak menggunakan pelbagai perisian, jaringan internet dan website yang boleh nmemperkayakan khazanah maklumat. Bentuk maklumat yang boleh diterima melampau batas sempadan budaya setempat, perkembangan sosio-politik setempat malah apa saja yang berlaku di seluruh dunia boleh diketahui dalam masa yang amat singkat kerana peranan alat komunikasi dan telekomunikasi menjadi semakin rapat hubungannya dengan kehidupan manusia. Cara pengajaran dan pembelajaran (modes of teaching-learning) akan bersifat pelbagai. Pendekatan konvensional akan digantikan dengan pengajaran (delivery system) yang berasaskan kaedah elektronik dan telekomunikasi. Pendidikan jarak jauh (distance learning), universiti terbuka (open university) dan pendidikan secara interaktif (interactive education) akan menjadi lebih ketara, pendekatan modular boleh menjadikan peranan guru semakin minimal dan dalam konteks Malaysia peranan Bahasa Melayu akan menjadi lebih tercabar kerana keperluan penggunaan Bahasa Inggeris secara meluas sedang digunakan dalam sistem pendidikan kita. ISU-ISU SEKITAR GLOBALISASI Masyarakat pendidikan diwar-warkan tentang pentingnya institusi sekolah membina budaya cintakan maklumat. Konsep sekolah bestari (smart school) mula dipopularkan dan akan dikembangkan ke seluruh negara, supaya minda guru dan pelajar disediakan bagi menerima proses globalisasi yang sedang berjalan. Program-program yang menawarkan bidang informasi dan telekomunikasi menjadi semakin diminati pelajar malah para pelajar akan menghadapi masalah rendah diri sekiranya tidak tahu

menggunakan alat komputer atau wujudnya jurang digital (digital divide) diantara sekolah-sekolah desa dan juga kota. Disamping aspek positif yang disumbangkan oleh teknologi komunikasi dan telekomunikasi (ICT), beberapa isu pokok yang menjadi asas kepada memberi makna kepada pendidikan itu sendiri harus diteliti. Pendidikan dalam faham yang murni tidak hanya sekadar suatu proses memindahkan maklumat dan pengetahuan tetapi ianya suatu proses transformasi (perubahan) diri pelajar. Pendidikan dalam pengertian Islam dan tradisi orang beragama membawa makna yang lebih holistik iaitu membangunkan kecemerlangan akal, sahsiah dan ketangkasan fizikal. Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermetlamat untuk membangunkan insan seimbang dan harmonis supaya metlamat pendidikan tidak hanya melahirkan warga yang baik (good citizen) tetapi juga insan yang berakhlak mulia (good man). Proses mendidik (educating) dan membentuk (nurturing) adalah teras dalam membangunkan manusia. Tradisi Islam menjadikan penitipan adab (inculcation of adab) sebagai metlamat dan proses membangunkan hati (taadib) sebagai teras dalam pembinaan sahsiah dan personalia. TEKNOLOGI SEBAGAI ALAT Dalam tradisi Islam dan orang-orang beragama, teknologi dalam apa bentuk pun tetap dilihat sebagai alat. Teknologi memudahkan dan mempercepatkan dan ianya bukan metlamat. Sifat teknologi berkembang, produknya kreatif dan innovatif kerana tradisi penyelidikan sentiasa melihat kehadapan. Input-input baru dalam pembangunan teknologi menyebabkan ia mampu masuk ke dalam setiap sektor manusia dan kesannya kepada pengguna amat luarbiasa sekali. Sifat perubahan dan perkembangan teknologi adalah dinamik kerana fokus penyelidikan di Barat amat berkembang sekali. Sebagai masyarakat pengguna, kita sering menjadikan kemajuan Barat sebagai ukuran atau bench-mark mengenai mutu dan kreativiti dan kadang-kadang merasakan produk kita tidak memenuhi kriteria piawai dunia (world standard). Dalam dunia pendidikan, kepentingan alat dan metlamat berjalan seiring. Sekiranya teknologi dilihat sebagai alat, ada aspek lain yang lebih penting iaitu membangunkan personalia pelajar supaya peka terhadap pentingnya alat dan dalam masa yang sama tidak mengurangi metlamat pendidikan itu sendiri iaitu membentuk sahsiah dan sistem nilai yang baik supaya disamping kekayaan sumber maklumat dan ketrampilan, ianya sekaligus membangun nilai-nilai murni seperti keikhlasan, kejujuran, amanah, kecemerlangan, ketelusan dan lain-lain. Hal ini menjadi lebih releven kerana aspek keinsanan (humane) dan etika menjadi semakin pupus lantaran pengaruh kebendaan dan hedonisme (berpoya-poya) semakin ketara akibat tarikan penggunakan teknologi letronik dan media cetak yang canggih

menyebabkan merosotnya sentuhan keinsanan (human touch). Watak-watak yang robotik dan mekanistik menjadi semakin dominan dan akhirnya manusia akan hilang watak asasi iaitu kemanusiaannya. Umpamanya kejuruteraan genetik yang menjadi asas kepada sains pengklonan walaupun ianya menyumbang dalam beberapa perkara yang memberikan faedah kepada manusia namun ada kembimbangan pengklonan manusia (human cloning) boleh membawa natijah etika dan kemanusiaan yang negatif. MASYARAKAT HADHARI Pendidikan yang sifatnya integratif adalah amat penting dalam membangunkan masyarakat hadhari. Pada asasnya manusia memerlukan dua bentuk ilmu untuk mengembangkan bakat dan keperluannya. Bentuk pertama ialah ilmu untuk mengurus diri dan bentuk kedua ilmu untuk mengurus sistem. Kalau kita perhatikan dalam sistem pendidikan kita terdapat pendekatan mengukuhkan ilmu-ilmu yang memberikan asas pengurusan diri dan kurang memberikan tumpuan terhadap ilmu-ilmu mengurus sistem. Sebaliknya semakin meluas (terutama di peringkat tinggi) pendidikan yang mengutama ilmu pengurusan sistem dan wujudnya pengabaian bagi pengukuhan ilmu mengurus diri. Dikotomi ini perlu diatasi supaya wujudnya integrasi antara dua keperluan asas ilmu bagi memungkinkan pembangunan holistik pelajar yang menepati keperluan membina tamadun atau pun mengisi cita-cita masyarakat hadhari. Ilmu untuk mengurus diri pada umumnya merujuk ilmu-ilmu fardhu ain dan ilmu mengurus sistem pada umumnya merujuk ilmu-ilmu fardhu kifayah. Dalam konteks pendidikan dan latihan, ilmu yang integratif amat penting bagi membentuk peribadi yang holistik. Potensi insan yang merangkumi aspek akal, rohani dan jasmani memerlukan olahan dan penyuburan yang seimbang dan harmonis supaya bukan saja para pelajar mempunyai kekuatan berfikir tetapi juga mempunyai keteguhan rohaniah dan ketangkasan jasmaniah. Faktor-faktor ini diakui amat perlu bagi generasi muda menghadapi cabaran globalisasi dan tekanan persekitaran. Meneliti dan melakukan refleksi dan kontemplasi terhadap keupayaan ilmuan Islam pada masalalu membangunkan tamadun, upaya integratif telah menjadikan mereka unggul dan cemerlang. Jiwa tadabbur amat berkembang pada zaman mereka sehingga mampu mengharmonikan ulama dan umara, ilmuan dan karyawan, ulama dan ilmuan walaupun terdapat perbedaan yang sifatnya memperkayakan khazanah tamadun. Barat dan Eropah umpamanya amat terhutang ilmu kepada tamadun Islam. Dengan melakukan refleksi terhadap kejayaan silam memungkinkan kita bersifat proaktif dan kreatif terhadap perubahan masakini. Ianya bergantung kepada keupayaan sistem pendidikan menjadikan pendekatan integratif dalam keilmuan dan ketrampilan berkembang subur. Bayangkan para pelajar yang tidak dapat menimati pendekatan integratif secara seimbang dan harmonis tidak akan mampu mengolah perubahan dan

pembangunan berasaskan acuan kita sendiri iaitu acuan yang menemukan elemenelemen hadhari untuk respon terhadap faktor-faktor perubahan terutamanya dari luar lingkungan budaya dan wilayah pengaruh kita. Kita memerlukan seniman dan karyawan yang insaf tentang kepentingan citarasa hadhari dalam kreativiti supaya elemen-elemen deduktif tidak mengatasi keperluan komersial. Kita mahukan pengiklan yang menampilkan imej mendidik supaya faktor komersialnya diambil kira disamping memikirkan kesan iklan terhadap kanakkanak dan juga pengguna. Kita juga memerlukan pemikiran yang melihat teknologi selamanya alat bukannya metlamat. Metlamat penghasilan teknologi canggih bergantung kepada kualiti pengguna dan juga perisian yang dibangunkan. Pemikiran integratif akan mengambil kira keperluan alat dan kepentingan perisian supaya metlamat penggunaan dan pemenfaatan menyumbang ke arah membangunkan mertabat minda dan juga mengukuhkan peribadi. Asas-asas ini sekiranya dapat dilaksanakan dengan bijaksana dan terancang, ianya bakal mencetuskan kecenderungan ke arah pemikiran acuan kita sendiri. MENCARI KEBIJAKSANAAN Meski ada perbahasan atau polimik tentang Islam Hadhari anggaplah ia sebagai perbahasan semantik. Mendukung Islam Hadhari melibatkan faktor strategi, konsep dan juga aplikasi. Islam Hadhari tidak harus dilihat sebagai suatu alat sementara untuk maksud yang terbatas. Islam Hadhari harus dilihat dalam konteks jihad ilmu dan pendidikan yang berterusan. Ia menuntut konsep yang sifatnya mencakupi maksud ketamadunan dalam pembinaan masyarakat dan negara dan ianya menuntut perubahan gradual terhadap sistem. Islamiphobia atau ketakutan terhadap Islam amat nyata di Barat akibat manipluasi media dan rejim yang berkepentingan terhadap Islam dan umatnya. Peristiwa 11 September 2001 di New York, Amerika Syarikat menjadi titik-tolak yang lebih agresif bagi Barat terhadap Islam dan umatnya. Liberalisasi budaya, agama dan gaya hidup manusia sedang berlaku dengan terancang khususnya dibawah agenda globalisasi. Kecanggihan sistem teknologi komunikasi dan telekomunikasi telah dan sedang digunakan untuk melumpuhkan ruh Islami di kalangan umat. Sesetengah umat Islam memilih jalan terakhir yang kelihatan amat radikal dan ini boleh memburukkan imej Islam di mata umat manusia khususnya di Barat. Umat Islam harus memilih strategi yang betul berasaskan kekuatan ilmu yang integratif supaya kita terus berubah dan membangun tetapi berasaskan acuan kita sendiri Umat Islam harus menginsafi bahawa Allah SWT telah mengurniakan tiga perkara utama untuk keperluan pembangunan dan perubahan.

Pertama, sejak tamadun madani diasaskan di Madinah ianya dikembangkan oleh para sahabat, tabie-tabien, ulama dan umara yang memiliki iltizam tinggi sehingga terbentuk tamadun puncak (hadhara :Ibn Khaldun) dan sifat alamiah tamadun ini menepati maksud Deenul Islam dan amat menyumbang kepada tamadun umat manusia. Kedua, Allah mengurniakan jumlah umat yang amat besar iaitu melepasi 1.3 bilion. Bayangkan reflektif kepada pencapaian silam dengan tekad membangunkan jihad ilmu dan pendidikan, ia bakal membangunkan sumber tenaga manusia yang memiliki keilmuan, kepakaran dan kebijaksanaan untuk memberikan perimbangan pengupayaan yang selama ini meletakkan kita sebagai umat pengguna dan penciplak kepada tamadun Barat. Ketiga, Allah kurniakan di perut bumi di negara umat Islam dengan sumber-sumber hasil bumi yang kaya. Bayangkan sekiranya refleksi terhadap cita-cita hadhari itu tinggi, sumber-sumber ini akan dapat diuruskan dengan bijaksana supaya menafaatnya dapat membangunkan umat Islam dan juga mensejahterakan umat manusia Secara strategik pemikiran ke arah cita-cita hadhari harus ada pada setiap warga kita supaya faktor perubahan dan kemajuan yang amat mencabar kini tidak hanya ditentukan oleh faktor globalisasi semata-mata. Pendekatan integratif dalam proses pengilmuan dan pendidikan adalah jawapan yang mampu memberikan perimbangan ke arah menghasilkan acuan kita sendiri. Hanya keyakinan yang teguh, iltizam yang tinggi, kejujuran yang jelas, kebijaksanaan yang istiqamah sifatnya menjadi jalan yang amat terbuka bagi Malaysia membangunkan masyarakatnya yang hadhari. Islam ialah Islam. Islam tidak datang dalam kekosongan. Wahyu diturunkan oleh Allah SWT merujuk kepada pembangunan rijal atau manusia. Nabi dan rasul silih pergi dan datang. Zaman silih berganti tetapi Islam tetap juga Islam. Pada al Quran terkandung prinsip dan pedoman yang harus diikuti. Pada sunnah Rasul terdapat contoh untuk dijadikan sumber teladanan. Suatu ketika dulu umat Islam pernah membangunkan tamadun. Kemampuan mereka membangunkan tamadun setelah memenuhi syarat keilmuan, kepimpinan, kekuatan rohaniah, melakukan integrasi ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem, jihad dan dakwah yang tinggi. Hari ini umat Islam adalah umat pengguna terhadap tamadun Barat. Umat Islam menjadi umat pinggiran dan mengamalkan ritual tanpa substance (ilmu). Akibatnya proses globalisasi melakukan penjajahan minda dan hati. Oleh itu umat perlu diperkasa semula. Faktor pembangunan rohaniah harus bergerak dengan kekuatan ilmu yang pelbagai dan keupayaan metodologi yang sezaman. Di sinilah pentingnya maqasid syariyyah

diperkasakan secara holistik di mana asas agama, perkembangan akal, memelihara keturunan dan jatidiri dijadikan maslahah perjuangan supaya prinsip keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, pengurusan negara yang adil dan beramanah, menyuburkan jiwa rakyat yang merdeka, menguasai ilmu pengetahuan, membangunkan ekonomi yang seimbang dan komprehensif, menyuburkan kehidupan yang berkualiti, melakukan pembelaan terhadap kumpulan minoriti dan wanita, pemeliharaan alam tabie dan memperkasa kekuatan pertahanan dalam maksud yang luas menjadi pra-syarat utama mencetuskan pembangunan yang beracuan sendiri menerusi proses menghadharikan umat supaya Islam dan pemeluknya berada dalam tahap mampu berasing, mampu membangun dan mampu berjuang secara jangka panjangnya untuk kesejahteraan umat dan umat manusia.

Prinsip Kelima
PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF
Oleh Haji Nik Mustapha Haji Nik Hassan Institut Kefahaman Islam Malaysia Pendahuluan Dalam era semasa di mana setiap negara begitu ghairah membangunkan ekonomi negara masing-masing, permasalahan kemanusiaan seperti keruntuhan akhlak, kemiskinan, ketidakadilan sosial dalam masyarakat, kadar jenayah yang meningkat, keruntuhan institusi keluarga, ketidakseimbangan sistern ekologi dan sebagainya turut sama berkembang dengan kadar yang membimbangkan. jika persoalan yang ada hubung kait dengan kebajikan manusia ini turut terjejas hasil dari pembangunan ekonomi, kesejahteraan masyarakat lambat laun akan mengalami krisis yang ketara. Persoalan yang perlu dijawab, adakah pendekatan pembangunan sesebuah negara yang berteraskan kepada penumpuan hanya kepada faktor ekonomi semata-mata yang menepati model sekular yang dianuti oleh negara maju masa ini, mencukupi untuk menghasilkan sebuah peraclaban kemanusiaan yang utuh meliputi keseluruhan dimensi pembangunan kemanusiaan yang sempurna? juga, adakah kepincangan masyarakat masa kini hasil dari penekanan kepada faktor material semata-mata mampu membawa masyarakat terbabit terus mampan dalam prestasi ekonominya? Semua akan bersetuju bahawa pembangunan aspek ekonomi adalah satu-satu asas yang fundamental kepada keutuhan sesebuah peradaban. Model pembangunan

sesebuah negara perlu berteraskan kepada matlamat membina asas kemanusiaan yang utuh. Kemajuan dan pertumbuhan ekonomi hendaklah dilihat sebagai salah satu aspek yang penting dalam satu acuan yang turut berhubung kait dengan keperluan aspek fundamental yang lain seperti peningkatan keimanan dan seterusnya kerohanian masyarakat. Pembangunan dimensi ekonomi yang disepadukan dengan nilai kerohanian kemanusiaan justeru itu perlu digubal dan diterjemahkan dalam bentuk perancangan, polisi, dan mekanisme ekonomi oleh sesebuah negara. Pembangunan ekonomi yang sedemikian. menepati pendekatan pembangunan ekonomi yang seimbang clan komprehensif. Mengikut pendekatan tersebut nilai kemanusiaan perlu diberi perhitungan dalam membangun ekonomi negara. Pendekatan tersebut dengan sekali gus akan menjadi usaha yang mampu menerajui negara ke arah kewujudan sebuah peradaban yang dinamik. Dengan pendekatan ini, ia mampu mengurangkan gejala dan kerenah masyarakat hasil daripada penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi. Negara membangun seperti Malaysia pada masa ini perlu kepada barisan kepimpinan yang jujur, pintar, gigih serta berwawasan semoga negara mampu berperanan membangun ekonomi secara efektif dalam menghadapi segala bentuk cabaran dalam pergolakan dunia pada masa kini. Pegawai awam dan ahli teknokrat yang beramanah dan berkepakaran dalam kesemua jurusan perlu berganding bahu dalam usaha pembangunan. Begitu juga dengan kepimpinan sektor swasta. Turut sama ialah tenaga kerja yang terlatih dan berakhlak perlu dihasilkan oleh negara. Melalui model pembangunan ekonomi negara yang berciri holistik, di mana ia berbentuk seimbang clan komprehensif, pendekatan pembangunan ekonomi negara akan mempunyai pendekatan yang mengambil kira nilai kemanusiaan. justeru itu pembangunan ekonomi negara akan bersifat pelbagai-dimensi yang memboleh kejayaan pembangunan ekonomi dicapai secara berterusan. Dalam konteks keadaan politik antarabangsa semasa, mencapai taraf ekonomi maju adalah satu untutan jihad mengikut Islam. Kepentingan mencapai dan memperoleh status negara yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju membolehkan negara kita berperanan mendaulatkan nilai kebenaran dan keadilan sejagat semoga menjadi teras dalam perhubungan antarabangsa. Pada masa sekarang, keadaan realiti memaparkan bahawa kesempadanan politik, ekonomi dan budaya hidup sesebuah negara makin bertambah tidak berfungsi lagi. justeru itu pembangunan ekonomi dan diikuti dengan kehebatan politik dan ketenteraan akan menjadi asas kekuatan kepada negara.

Keadilan Sosial Adalah Asas Kepada Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif Bersandarkan kepada pendekatan Islam, satu model pembangunan ekonomi dapat dirancang untuk memajukan masyarakat di Malaysia. Pendekatan pembangunan tersebut sudah pasti seimbang dan berbentuk komprehensif dan menepati keperluan kemanusiaan. Setiap individu yang akan berusaha untuk membangun ekonomi negara turut sama diberi penekanan melalui pembinaan pandangan hidup, personaliti/sahsiah dan kemahiran semoga kesemua tenaga individu benar-benar dapat berperanan ke arah pencapaian matlamat tersebut demi memaju dirinya dan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Pendekatan pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif akan dilaksana melalui semangat keadilan sosial. Keadilan sosial bernegara mengikut Islam dapat difahami sebagai suasana di mana sesebuah negara pada mulanya dapat menyedia keperluan hidup asasi masyarakat melalui pencapaian faktor-faktor berikut: Pemeliharaan penghayatan keimanan melalui pengamalan nilai agama dalam urusan kehiclupan di peringkat individu clan masyarakat. Sistem pelajaran negara perlu mampu mendidik setiap generasi ke arah pencapaian matlamat tersebut. Menaikkan taraf daya fikir serta tahap kemahiran untuk kesemua lapisan masyarakat supaya bebas dari buta huruf dan miliki pencapaian kualiti ilmu yang munasabah untuk mereka mampu menjalankan kehidupan secara efektif mengikut keadaan perubahan masa. Memberi kebebasan dan jaminan perundangan kepada masyarakat negara berkaitan hak menyarankan pandangan dalam semangat yang beradat dan bebas semoga negara ditadbir menepati prinsip syura. Memberi jaminan kepada kesemua ahli masyarakat semoga mereka bebas untuk menentu dan melibat diri bersama dengan pihak swasta atau awam, untuk berkecimpung dalam kegiatan ekonomi di dalam dan luar negara. Justeru itu sumber harta negara khususnya harta modal perlu sentiasa mengalir dalam sistem ekonomi untuk mencetus peluang kegiatan ekonomi untuk kesemua lapisan masyarakat berkecimpung. Usaha membangun ekonomi dan pencapaian kejayaannya akan memberi keyakinan dan sikap optimis kepada rakyat bahawa generasi masa hadapan negara

akan terus mengecapi suasana yang cemerlang. Bahkan mengikut Islam kecemerlangan adalah sesuatu yang mampu dipertingkatkan dari masa ke semasa secara berterusan. Pendirian masyarakat pada masa sekarang, apabila dibicarakan strategi ke arah membangunkan ekonomi sesebuah negara, ramai memperakukan bahawa umbuhan ekonomi sahaja adalah penentu kepada kemampuan negara mewujudkan keadilan sosial. Oleh itu apa sahaja bentuk pendekatan yang diambil untuk membangunkan ekonomi tidak dilihat dari perspektif bahawa pendekatan keadilan sosial sebagai prasyarat. Usaha untuk mengadakan program ke arah keadilan sosial akan dijayakan selepas pertumbuhan ekonomi tercapai. Usaha ke arah mencapai keadilan sosial melalui pendekatan di atas tetap dianggap penting dalam model pembangan ekonomi semasa. Usaha untuk memberi pendidikan agama, keperluan individu membasmi buta huruf, membasmi kerniskinan, memberi kebebasan berakhbar turut sama difikirkan penting. Keperluan tersebut dianggap sebagai ciri-ciri ke arah kestabilan negara. Dari keyakinan strategi pembangunan ekonomi dan disusuli dengan menyediakan beberapa keperluan keadilan sosial, sistem ekonomi yang berperanan dalam sesebuah negara tetap mengamalkan sistem yang berpaksikan kepentingan kepada negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat. Pendekatan pembangunan ekonomi semasa yang mempunyai pandangan hidup (world view) sedemikian yang diasaskan kepada semangat sistem liberal demokrasi kapitalis tidak mungkin secara komprehensif berjaya menghasilkan keadilan sosial setelah mencapai pertumbuhan ekonomi. Bahkan pertumbuhan ekonomi turut terjejas pada masa jangka panjang seperti di Eropah clan di Amerika Syarikat. Abad kesembilan belas, ekonomi Eropah begitu menonjol. Abad kedua puluh adalah kepunyaan Amerika Syarikat. Buat masa ini kedua ekonomi tersebut menghadapi masalah pertumbuhan ekonomi clan keperluan keadilan sosial rakyat mereka jelas turut sama terjejas. Lebih dari itu peraclaban kemanusiaan turut sama menghadapi krisis yang ketara sehingga masyarakat mereka hilang pedoman hidup. Pengalaman yang dialami di Eropah dan Amerika Syarikat sepatut mengajar kita tentang pendekatan yang perlu kita anjurkan dalam menyusun negara. Wawasan negara dengan jelas dan yakin mengutarakan acuan sendiri atau model pembangunan sepadu bersesuaian dengan nilai tempatan dalam memaju negara dalam Abad ke-21. Kita dengan yakin dan tegas merasai model pembangunan Barat tidak sesuai walaupun dari segi pembangunan sektor perindustrian mereka mencatat satu rekod yang cemerlang. Di samping itu rekod yang negatif seperti keruntuhan nilai kemanusian dan

alam persekitaran turut membebani kebajikan kehidupan mereka. Akibat dari itu perkembangan sektor perinclustrian mereka turut terjejas. Kepekaan kita untuk membangun ekonomi negara mengikut acuan kita pada akhir ini telah membuahkan beberapa prinsip panduan jika disemadikan dalam dasar dan usaha di semua peringkat akan mengalih pendekatan pembangunan ekonomi negara melalui keadilan sosial. Prinsip keuntungan bersama tanggungjawab sosial dan pembangunan ekonomi melalui keadilan masyarakat dalam membangun negara adalah di antara yang memperincikan Wawasan Negara. Jika prinsip tersebut diterjemahkan secara berkesan dan menyeluruh, prinsip pembangunan ekonomi melalui keadilan sosial akan menjadi teras kepada pendekatan pembangunan negara dalam abad ke-21. Kewujudan keadilan sosial kepada kesemua lapisan masyarakat sepatutnya menjadi pra-syarat kepada pembangunan ekonomi negara yang seterusnya. Kemantapan prestasi ekonomi dan kemampuannya berterusan mampan, memerlukan kepada satu pendekatan yang mendahului kepada pembinaan nilai kemanusiaan masyarakat dalam kesemua dimensi. Prestasi ekonomi akan turut sama bergerak maju jika kesemua dimensi yang cliperlukan untuk membina sebuah peraclaban yang utuh dilihat dalam perspektif yang seimbang dan komprehensif. justeru itu pembangunan ekonomi melalui kewujudan keadilan sosial henclaklah diterjemahkan dalam perancangan ekonomi negara. Pembiayaan belanjawan secara berimbang, pembasmian kemiskinan secara agresif dan terus ke akar umbi, penyediaan mekanisme alternatif kepada mekanisme kadar faedah yang bersifat exploitatif dalam sektor pembiayaan kewangan secara berperingkat-peringkat melalui beberapa langkah pengenalan kepada alternatif baru adalah beberapa tindakan yang memberi satu usaha yang cuba mewujudkan keadilan sosial dalam usaha membangunkan ekonomi negara. Pendekatan, cara atau mekanisme serta matlamat yang hendak dicapai perlulah serasi. Pendekatan acuan tempatan ini jika berjaya bukan sahaja clapat memantapkan dimensi ekonomi negara tetapi sekaligus clapat membentuk masyarakat yang berakhlak clan berperadaban, yang akan meyakini masyarakat antarabangsa untuk menjadi model kita sebagai contoh. Revolusi kualiti yang diberi penumpuan dalam pengurusan ekonomi Jepun membuka mata masyarakat antarabangsa akan efektifnya model pengurusan Jepun dijadi ikutan. Begitu juga jika umat Islam di Malaysia berjaya, masyarakat antarabangsa akan ingin mempelajari dari kita. Umat Islam pada hari ini tidak seharusnya hanya berbangga dengan kejayaan silam, tetapi mereka seharusnya menterjemahkan prinsip Islam dalam program penyusunan negara di peringkat individu dan masyarakat. jika masyarakat antarabangsa mengagungi kejayaan prestasi ekonomi jepun, mereka juga akan turut serta mengagumi Islam, jika prinsipnya dapat dijadi garis

panduan dalam usaha kita membangunkan ekonomi negara secara berkesan dan cemerlang. Dalam konteks menyusun dan membangun negara asas utama ialah peranan yang jelas yang perlu dimainkan oleh sektor awam dan sektor swasta. Peranan Sektor Awam dan Swasta Tugas utama sesebuah pemerintahan dalam Islam adalah untuk menjamin kebajikan masyarakat di kalangan kesernua lapisan rakyat tercapai. Ibn Taimiyah berpandangan; kecapaian kebajikan masyarakat dalam sesebuah negara akan merapatkan pertalian antara pemerintah dengan rakyat . Keadaan sedemikian sangat perlu dalam menjaminkan kestabilan politik dan sosial tercapai. la juga akan dapat meneruskan usaha pemerintah dalam membangunkan negara. Kebajikan masyarakat membawa erti yang komprehensif dan mendalam. la meliputi clan memenuhi kesemua aspek keperluan manusia di peringkat individu dan masyarakat. Kebajikan masyarakat akan tercapai apabila individu clan masyarakat menghayati kehiclupan yang berakhlak tinggi menepati tuntutan Islam. Akhlak yang mulia adalah asas kepada kemanusiaan dan peraclaban masyarakat itu sendiri. justeru itu mendiclik clan memelihara akhlak di kalangan pemimpin dan rakyat adalah tugas yang penting. Di antara peranan utama sektor awam adalah seperti berikut: Pertama, membasmi kemiskinan mutlak dikalangan rakyat. Kemiskinan mutlak tidak seharusnya wujud. Kesemua ahli masyarakat perlu digembling untuk berperanan dan melibatkan dengan kegiatan ekonomi. Rakyat mesti dididik untuk bekerja dan memiliki kemampuan untuk menyelesaikan keperluan minima dan seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi secara berterusan dengan meningkatkan kekayaan ekonomi negara. Kedua, harta negara dan individu perlu sentiasa mengalir dalam pencetusan kegiatan ekonomi. Pembekuan, pembaziran clan penyalahgunaan harta hendaklah diminimakan jika tidak dihapuskan. Pengaliran kekayaan negara dalam kegiatan ekonomi akan memberi manfaat kepada keseluruhan lapisan masyarakat. Ketiga, pengurusan sumber negara hendaklah teratur dan tersusun mengikut prioriti keperluan ekonomi negara semasa. Negara dengan itu mesti berkemampuan menghasilkan ahli-ahli cendikiawan clan teknokrat yang mahir dalam mengendalikan pengurusan ekonomi negara.

Keempat, setiap rakyat berhak memiliki harta persendirian, kebebasan menentu kegiatan ekonomi yang ingin disertai yang menepati syariah dan mekanisme peruntukan sumber clikendalikan melalui sistern pasaran. Di samping peranan sektor awam, sektor swasta yang merangkumi sektor isi rumah dan sektor firma turut sama berperanan dalam membangunkan negara dalam kesemua aspek termasuk akhlak dan kemajuan akonomi. Sesuai dengan kehormatan dan keyakinan Islam terhadap kedudukan individu, sektor swasta dalam pemerintahan Islam adalah rakan kongsi yang akan menentu bersama kemajuan negara. Bahkan dalam Islam, sesuai dengan fitrah penyusunan negara, sektor swasta seharusnya mempelopori dalam usaha ke arah memajukan negara. Pendekatan ini tepat sekali dengan Dasar Persyarikatan Malaysia. Islam mempunyai pandangan bahawa usaha membangun dan memaju sesebuah masyarakat atau negara memerlukan kepada pengemblingan usaha di peringkat individu isi rumah dan firma. Inisiatif individu dalam suasana yang sesuai dengan kehormatan dan kebebasan yang diperuntukan kepada individu akan menjadi faktor penentu kepada kemajuan sesebuah negara. Islam memberi penumpuan kepada pendekatan berbentuk voluntari dari inisiatif individu daripada pendekatan mengawal setiap tindak tanduk individu seperti dalam sistem sosialis dan komunis. Islam mempunyai pendekatan yang berbeza berkaitan dengan kebebasan individu dibandingkan dengan kebebasan individu dalam sistem liberal demokratik kapitalis. Islam memberi penekanan kepada pembentukan akhlak incliviclu. Kesepaduan kemantapan akhlak dan kebebasan gerak geri individu dalam suasana wujud budaya Islam akan menghasilkan satu masyarakat yang kreatif dan dinamik. Akhlak mulia adalah asas clan penggerak kepada pencapaian kecekapan, inovatif dan kreativiti dalam diri manusia. Individu yang berakhlak adalah individu yang bertanggungjawab clan sekaligus berperanan positif kepada pembangunan negara. Justeru itu seseorang yang berakhlak tinggi akan sentiasa mencuba membaiki prestasi pekerjaannya ke mercu yang mampu dicapai. Sektor firma adalah lebih kecil dari segi saiz organisasi. Mereka juga lebih menjurus dari segi bidang usaha dan objektif yang hendak dicapai. justeru itu mereka lebih cepat dan mudah membuat sesuatu keputusan dan tinclakan. Ciri-ciri ini memudahkan mereka mencapai matlamat mereka. jika kesemua organisasi firma dalam negara dapat digembleng untuk berperanan secara positif clan relevan kepada keperluan negara, mereka pasti akan clapat mendukung aspirasi negara. jika sektor swasta dapat berperanan secara positif dan produktif, sudah pasti sektor awam akan dapat dikurangkan dalam memenuhi peranan tuntutan negara. Tindakan

pemerintah dalam mengurangkan saiznya seperti melalui Dasar Penswastaan agensi dan institusi awam adalah usaha yang sihat demi mengurangkan saiz tanggungan pemerintah. Pendekatan ini perlu diambil untuk mencapai kecekapan dan sekaligus menepati fitrah bernegara. Oleh kerana Islam menghormati hak individu dalam negara, keduclukan istimewa kepada sektor swasta untuk berperanan dalam menentu kegiatan ekonomi menepati semangat ini. Islam mementingkan roh keadilan dalam penyusunan struktur bernegara dan mendidik akhlak dan kepakaran rakyat dalam pengurusan clan pencapaian kemajuan dalam sains clan teknologi. Kedudukan dan peranan pemerintah dalam penyusunan ekonomi negara tidak dapat dinafikan. Islam hanya mengharmonikan peranan sektor awam dan sektor swasta dalam penyusunan ekonomi negara. Islam tidak memberi satu formula yang ketat dalam usaha ini. Yang penting ialah keharmonian dalam negara tercapai sehingga dapat menghasilkan kedudukan hak individu terjamin dan nilai kemanusiaan tercapai yang membolehkan negara terus mantap dari sudut nilai akhlak dan pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif dicapai secara berterusan. Di Barat dan negara yang mengamal sistem liberal demokrasi kapitalisme, saiz birokrasi institusi pemerintahan makin bertambah besar dan penting walaupun pada dasarnya sistem tersebut menganjur kebebasan mutlak individu dan sekaligus mendukung peranan penting sektor swasta. Keadaan realiti yang bercanggah dengan aspirasi sistem tersebut adalah disebabkan asas sistem kapitalisme apabila dilaksana pasti menimbulkan gejala kepada masyarakat seperti wujudnya masalah kemiskinan, ketidakadilan dalam pengagihan pemilikan harta dan kekayaan, kesan luaran yang negatif dan sebagainya. Sistem liberal demokrasi kapitalisme yang berlandaskan kepada asas materialisme, individualisme dan naturalisme apabila dilaksana akan memerlukan pada akhirnya kepada peranan sektor awam yang besar demi untuk menangani masalah masyarakat yang ketara hasil dari perlaksanaan sistem tersebut.

Matlamat Ekonomi Negara Penyusunan struktur ekonomi negara seperti yang dibincang di atas meletak pada tempat kedudukan clan peranan sektor awam dan sektor swasta dalam perjalanan ekonomi negara. Keistimewaan yang diberi kepada sektor swasta dan disertai dengan kepekaan sektor awam kepada penyusunan ekonomi negara pasti membawa ekonomi negara ke hadapan. Pelaksanaan sistem ekonomi mengikut pendekatan Islam ini akan mengubah dan mempengaruhi suasana perjalanan kegiatan ekonomi negara. Beberapa hasil sudah pasti akan dicapai seperti berikut: 1. Pencapaian kebajikan ekonomi dan keutuhan moral masyarakat Pencapaian kebajikan ekonomi untuk ahli masyarakat adalah matlamat penting ajaran Islam. Ia hendaklah disertai dengan keutuhan moral masyarakat. Kedua-dua sepatutnya bergerak secara bersepadu. Oleh itu, dalam negara Islam, rakyat diberi kebebasan dan dituntut supaya berusaha dalam mencapai paras kecekapan yang tinggi dalam aktiviti ekonomi mereka. Pertumbuhan ekonomi yang pesat perlu diusahakan dalam kesemua sektor. Kemiskinan mutlak di kalangan rakyat mesti dihapuskan. Ummah semestinya, berada dalam paras pencapaian ekonomi yang setinggi mungkin pada setiap masa. Sektor awam ialah untuk membantu usaha tersebut. ii) Pencapaian keadilan sosial dalam masyarakat

Islam mengutamakan keadilan social terlaksana dalam masyarakat. Kekuatan dan kemajuan sesuatu masyarakat bergantung besar pada terlaksananya matlamat ini. Bahkan strategi pembangunan ekonomi negara adalah melalui penyempurnaan keadilan sosial dalam masyarakat. Langkah-langkah pemantapan ekonomi negara tidak boleh diambil tanpa melalui pendekatan keadilan sosial. justeru itu prasyarat kepada usaha membangun ekonomi negara perlu melalui pencapaian keadilan sosial. iii) Kewujudan muafakat dan kerjasama dikalangan kesemua sektor dalam masyarakat Dengan terlaksananya keadilan sosial, sistem ekonomi dalam negara mengikut Islam akan berusaha untuk mewujudkan suasana muafakat dan kerjasama di kalangan pihak pemerintah dan swasta, majikan dan buruh, pengeluar dan pengguna dan sebagainya. Di dalam sistem ekonomi Islam, konsep "kedaulatan pengguna" (consulner sovereigny) seperti yang disarankan oleh sistem kapitalisme tidak wujud. Begitu juga halnya dengan

konsep "kedaulatan pengeluar" (producer sovereignty) dalam sistem Marxisme. Yang akan wujud ialah suatu perspektif di mana kesemua sektor dan unit dalarn ekonorni akan berusaha memupuk semangat bermuafakat dalam melaksana peranan masingmasing. Penyusunan Ekonomi Bernegara di Malaysia Di Malaysia melalui sektor awarn, kerajaan mempengaruhi penyusunan makro ekonomi negara dengan polisi fiskal dan polisi kewangan. Polisi fiskal yang likendali oleh Perbendaharaan Negara merangkurni perbelanjaan dan sistern pungutan hasil negara. Dari pelaksanaan polisi fiskal tersebut banyak kesan kepada Aonomi negara berlaku seperti pengagihan peruntukan sumber, pengagihan kekayaan dan kestabilan ekonorni. Pengaruh ekonorni yang positif hasil dari polisi tersebut akan menjana kepada perturnbuhan ekonorni negara. Melalui polisi kewangan yang dikendali oleh institusi Bank Negara, ia berperanan memastikan penawaran wang negara mernenuhi keperluan ekonomi dalarn negara dan dalarn perhubungan dagangan antarabangsa semoga ekonomi negara berada dalam keadaan stabil dan berkernampuan mernbangun. Turut penting dalam era sernasa, polisi kewangan yang mantap akan membantu kepada pencapaian kestabilan ekonorni dalarn negara clan pernesatan kegiatan ekonorni. Di sarnping mengawal penawaran wang negara Bank Negara juga mengawasi perjalanan institusi bank, syarikat kewangan, syarikat insuran dan sebagainya semoga kesemua institusi tersebut beroperasi memenuhi dasar kewangan negara. Pengurusan ekonomi negara melalui dasar fiskal dan kewangan yang diselenggara di Malaysia menepati keperluan ekonomi moden semasa. Di samping itu nilai-nilai Islam turut serta dijadikan panduan dalam menggubal dasar ekonomi tersebut. Islam menganjur kepada pihak pentadbir ekonomi negara semoga sentiasa merancang dan mengawal keadaan dan memperoleh pembangunan ekonomi supaya ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan stabil dan mampu membangun secara seimbang dan komprehensif. Usaha ini adalah tanggung jawab keagamaan pemerintah yang sangat penting dan berat. Dalarn konteks penyusunan ekonomi di Malaysia hari ini, kita dapati sektor awam dan swasta melalui institusi masing-masing memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi perjalanan ekonorni negara semoga tersusun, stabil dan mencapai pertumbuhan ekononii secara seirnbang dan komprehensif. Dari peranan mereka jelas dapat kita lihat tentang beberapa pencapaian ekonomi negara yang membanggakan yang boleh kita ukur melalui pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),

pendapatan perkapita, kadar pengangguran, kadar inflasi, dan kadar pembasmian kerniskinan. Pencapaian-pencapaian cemerlang tersebut sangat dituntut oleh Islam semoga taraf hiclup ekonomi masyarakat sentiasa berada dalam keadaan yang baik secara berterusan. Pencapaian-pencapaian tersebut adalah hasil daripada pelaksanaan pendekatan keadilan sosial dalam penyusunan ekonomi bernegara, yang sekaligus menghasilkan pembangunan ekonomi komprehensif dan seimbang. Walaupun pencapaian objektif ekonomi negara dapat dibanggakan, ruang untuk kita terus berusaha ke arah pencapaian yang lebih baik perlu kepada kesungguhan dan kebijaksanaan kita merancang dan melaksanakan dasar ekonomi secara tepat dan efektif. Apa-apa kekurangan yang sedia wujud memerlukan usaha yang jujur, bijak dan berkesan untuk kesemua golongan, sama ada sektor awam dan swasta sama-sama berusaha ke arah memantapkan penyusunan dan prestasi ekonomi. Pemantapan Ekonomi Negara Dalam Era Globasisasi Globalisasi merupakan satu proses berterusan yang mengintegrasikan ekonomi setiap negara ke dalam satu sistem perclagangan clan pasaran yang bebas dan global. Matlamat ini akan tercapai dengan penghapusan kesemua halangan perclagangan bagi mewujudkan satu aliran dan mobiliti yang tidak terkawal atau tersekat terhadap barangan, per-khidmatan pelaburan, pengeluaran, sistem maklumat dan juga tenaga kerja. Globalisasi juga merujuk kepada peningkatan dalam sistem komunikasi yang mendekatkan negara dan rantau yang akan seterusnya menggalakkan perdagangan barangan dan perkhidmatan bahkan pertukaran pandangan di antara manusia dan maklumat dari pelbagai negara. Dalam konteks Islam, al-Quran telah memberi penjelasan bahawa komuniti manusia di peringkat global pada asasnya perlu memerlui di antara satu dengan yang lain melalui firman Allah S.W.T. dengan maksud: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". (al-Hujurat: 13)

Ayat ini memberi perspektif bahawa masyarakat manusia perlu memupuk kerjasama dalam kesemua aspek kehidupan termasuk urusan ekonomi secara muafakat. Sayangnya proses globalisasi memiliki agenda tersirat negara-negara maju terhadap negaranegara membangun. Melalui proses globalisasi, pendekatan perdagangan negara-negara maju mampu terus menerus mengenakan pengaruh ekonomi mereka terhadap negara-negara membangun. Mengikut agenda tersebut proses globalisasi akan dimantapkan oleh proses liberalisasi perdagangan antarabangsa. Pada tahun 2003, peraturan-peraturan yang dirunding di bawah Uruguay Round telah dilaksanakan dengan lebih tegas terutama sekali dalam bidang perkhidmatan yang tidak termasuk dalam rundingan-rundingan yang lebih awal. Ini termasuk sektor perbankan, di mana ia harus dibuka untuk kemasukan institusi perbankan luar dalam sektor perbankan negara. Malaysia yang merupakan negara ketujuh belas dagangan terbesar di dunia sudah pasti akan menghadapi cabaran yang hebat dari proses globalisasi yang ticlak boleh dibendung itu. Ini adalah senario yang mempengaruhi dunia keseluruhannya. justeru itu Malaysia perlu bersedia menghadapi cabaran tersebut dengan meningkat kemampuan bersaing di peringkat global. Ini memerlukan kemampuan mencipta dan menghasil produk dan perkhidmatan baru yang berkualiti dengan memahami permintaan yang besar dari luar negara. Suasana yang terhasil dari senario globalisasi ini akan wujud keadaan ekonomi yang semakin liberal dan persaingan. Dalam konteks Malaysia untuk terus meningkat daya kompetitifnya ia perlu mengambil langkah berikut: 1. Meningkat kualiti prestasi pengurusan sektor awam clan swasta. 2. Mencapai produktiviti pekerja yang tinggi melalui pekerja yang berpengetahuan (knowledge worker). 3. Meningkat keberkesanan kos pengurusan. 4. Meningkat keefisyenan kesemua system organisasi dalam negara. Dalam usaha ke arah menjayakan matlamat dan aspirasi negara, peranan sektor awam sudah pasti besar dan penting. Sektor ini hendaklah berusaha mewujudkan pandangan, dasar dan suasana yang sesuai semoga jentera kerajaan dengan sepenuhnya dapat digembleng untuk berperanan secara berkesan. Sektor ini bukan seharusnya menjacli perlaksana sahaja kepada dasar kerajaan tetapi sekaligus hendaklah mengambil inisiatif yang memungkinkan matlamat kerajaan tercapai. Justeru itu ia perlu mempengaruhi arus dan membentuk suasana dan budaya yang dapat menghasil kejayaan bagi negara.

Sebagai rakan kongsi kepada sektor swasta (menepati dasar Pensyarikatan Malaysia) dalam usaha membangunkan negara, sektor pentadbiran awam perlu memiliki budaya kerja dan disiplin bekerja vang tinggi semoga nilai positif seperti prestasi bekerja yang cekap dan produktif dapat dipupukkan. Dalam era yang penuh dengan persaingan, Malaysia tidak mampu menjayakan matlamat negara maju jika ia tidak memiliki daya saing yang tinggi. Kita bernasib baik kerana usaha perubahan positif ektor pentadbiran awam telah dan sedang dirancang emoga ia boleh beroperasi setanding dengan sektor wasta. Dalam menggubal Paradigma Baru Perhidmatan Awam, pembentukan sikap dan peng.ayatan nilai akhlak murni adalah asas yang penting e arah pencapaian produktiviti dan kualiti kerja. Asas ini adalah pokok dan substantif Adalah satu kesilapan ka pembaharuan hanya memberi penumpuan kepada entuk bukan kepada perkara asas. Beberapa lagi langkah reformasi yang diambil termasuk gerakan meningkat kualiti melalui endekatan Kualiti Pengurusan yang Menyeluruh (Total Quality Management). Pendekatan ini memberi enumpuan kepada penghasilan perkhidmatan secara roduktif dan output yang berkualiti. Produktiviti dan ualiti adalah dua fakta yang menentukan daya saing. akta-fakta tersebut adalah ciri yang diutamakan oleh sektor swasta untuk menempah kejayaan. Bahkan cirri-ciri tersebut adalah ciri-ciri yang sangat dituntut oleh Islam. Islam mengutamakan produktiviti dan kualiti kerana ciri-ciri tersebut dengan serentak menghapusan pembaziran dari segi masa dan material dalam proses penghasilan perkhidmatan dan sekali gus meningkatkan taraf kehidupan manusia. Taraf kualiti ehidupan manusia yang meliputi kesemua aspek keperluan tabi'i manusia adalah sesuatu yang dinamik dan perlu di tingkat dari masa ke semasa. Dalam usaha perkhidmatan awam meningkat mutu prestasinya, persoalan sikap dan nilai akhlak perlu disebatikan dengan matlamat pencapaian produktiviti dan kualiti. Hasil-hasil positif tersebut dapat dipertahankan dan dikekalkan jika sikap dan nilai pelaksanaan dapat diasaskan kepada keutuhan kemuliaan sifat manusia itu sendiri. Kemuliaan sifat manusia diharap akan dapat mengurangkan kerenah manusia dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Pengalaman mengajar bahawa ketidakcekapan dan kegagalan kebiasaannya ada kaitan dengan persoalan sikap dan gelagat manusia. Kepakaran bekerja sahaja tidak mungkin menghasilkan kejayaan yang berterusan. la mesti disertai dengan nilai akhlak yang mulia. Prestasi cemerlang sektor Perkhidmatan Awam akan mengukuhkan lagi dasar Pensyarikatan Malaysia. Kedua-dua sektor awam. dan swasta akan dapat berganding tenaga dengan lebih efisiyen dalam satu pasukan yang kukuh berasaskan semangat setia kawan dan muafakat yang sama-sama hormat menghormati di antara satu sama lain dan dilihat sebagai setaraf dalam kemampuan menangani aspirasi Wawasan 2020.

Justeru itu, nilai murni dan etika kerja yang positif perlu diberi penekanan semoga sikap dan perilaku penjawat perkhidmatan awam dapat berperestasi secara bermutu dan kompetitif dengan berasaskan semangat keadilan dan memupuk persaudaraan manusia. Dalam menjayakan agenda tersebut beberapa usaha perlu diambil secara berkesan. Di antaranya: i. Membentuk pandangan hidup pekerja yang sempurna (syumul) serta progresif. Pandangan hidup ialah perspektif memahami hakikat dan peranan dalam kehidupan seseorang individu. Melalui pandangan hiclup sedemikian ia mampu mempengaruhi sikap dan membentuk hala tuju kehidupan yang jelas tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pekerja. ii. Meningkat penghayatan nilai murni di kalangan warga pekerja. Penghayatan nilai murni adalah keperluan untuk meningkat kemampuan berprestasi. Islam berpandangan bahawa kekuatan pekerja perlu dibangun secara menyeluruh termasuk aspek kerohanian (spiritual). Melalui pembangunan tenaga manusia secara komprehensif tersebut diharap amalan murni di kalangan pekerja dapat di-mantapkan. iii. Turut di beri perhatian ialah usaha ke arah membangun kepakaran dan kemahiran pekerja. Pekerja perlu memiliki dan menguasai pengetahuan dalarn bidang profesional dan kemahiran (termasuk dalam seni kepimpinan, corak pengurusan) dan ilmu sains dan teknologi (termasuk ICT) Strategi Kerajaan ke arah Pemantapan Ekonomi Kerajaan dalam konteks ini sejak dari awal tahun 1956 lagi, iaitu satu tahun sebelum Malaya mencapai kemerdekaan telah menggubal Rancangan Malaya I (1956-60). Usaha tersebut merupakan tindakan awalan (proaktif) dalam menyusun negara demi memantap keadaan ekonominya Setelah itu negara mengemukakan rancangan lima tahun (R5T) setiap lima tahun hingga kini, tanpa kegagalan. Di samping rancangan jangka sederhana (R5T), beberapa rancangan jangka panjang (RJP) turut diperkenalkan termasuk Dasar Pertanian Negara, Industrial Master Plan, OPPI (1971-1990) yang meliputi Dasar Ekonomi Baru (DEB), OPP2 (1991-2000) yang melibatkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Di samping melaksanakan rancangan-rancangan tersebut, negara turut menggubal bajet pada setiap tahun yang memperincikan kepada sistem pungutan hasil dan

perbelanjaan tahunan. Belanjawan ini akan diasas berpandukan kepada Rancangan Lima Tahun (R5T). Dari Rancangan-rancangan Malaysia di atas kita dapati penekanan tertentu telah diambil menepati keadaan ekonomi pada masa-masa tersebut. Pada Rancangan Malaya 1 (1956-1960), dasar pembangunan ekonomi ditumpukan kepada usaha Pembangunan Luar Bandar dan dasar mempelbagaikan ekonomi melalui pelbagaian pertanian. Dalam Rancangan Malaya 2 (1961-1965), pelbagaian bidang ekonomi diperluaskan untuk memulakan usaha ke arah pembangunan sektor perindustrian. Strategi awalan untuk membangun sektor perindustrian ini ditumpu kepada pendekatan penggantian import. Dalam Rancangan Malaysia 1 (1966-1970), Kerajaan memberi penekanan kepada sektor perindustrian dengan memulakan export barang pembuatan. Strategi ini diambil memandangkan negara dah berkemampuan bersaing dengan pengeluar antarabangsa. Pada Rancangan Malaysia 2-5 (1971-1990) Kerajaan mula memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ini diikuti dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (19902010). Dalam menangani kejatuhan ekonomi pada 1997-1998 Kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi egara (MTEN) telah mengambil beberapa langkah ,berikut: i. Memutuskan perkaitan antara kadar faedah dan nilai ringgit. ii. Menurunkan kadar faedah untuk membantu sistem perbankan dan mengurangkan beban hutang bagi syarikat-syarikat serta menggalakkan aktiviti ekonomi. Dalam memperteguh kemantapan ekonomi menghadapi cabaran globalisasi, kerajaan telah mempertingkatkan kemampuan negara dalam bidang 1CT dan seterusnya melalui pendekatan K-Ekonomi. National Information Technology Council (NITC) ditubuhkan sebagai think-tank dan penasihat kepada kerajaan dalam membangun pencapaian teknologi maklumat. Melalui tindakan-tindakan Kerajaan tersebut dapat kita rumuskan bahawa usaha permantapan ekonomi negara sudah dan akan diteruskan menepati tuntutan keadaan sesuatu masa demi untuk meletakkan negara dimercu bersedia dan berprestasi semoga keadaan ekonomi negara sentiasa membangun secara seimbang dan komprehensif secara berterusan.

Penutup Pada akhir ini Pendekatan Islam Hadhari telah dirumuskan oleh kerajaan semoga umat Islam memahami realiti semasa dari kerangka ilmu Islam dan mengambil langkah secara komprehensif untuk menggembleng ummah semoga berperanan memajukan negara dalam pelbagai aspek termasuk aspek ekonomi. justeru itu pendekatan memajukan ekonomi negara melalui pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif perlu menjadi panduan kepada negara. Dengan tercapainya pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif matlamat akhir untuk mewujudkan sebuah peradaban Malaysia yang utuh akan menjadi kenyataan.

Prinsip Keenam
KEHIDUPAN BERKUALITI
Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam al-quran surah al-Qasas : 77 Bermaksud: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmat-nikmatnya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang. Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut

perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia. Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan. Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut serta diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga. Dari pendekatan Islam Hadhari, kita dapati bahawa kualiti hidup masyarakat dari kesemua aspek akan dibangunkan secara bersepadu. Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu ( keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah): dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orangorang yang berbuat kerosakan. ( Surah al-Qasas: Ayat 77)

Prinsip Ketujuh
PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA
Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undangundang. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-quran surah al-Hujuraat : 13 bermaksud Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan( dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya(akan keadaan dan amalan kamu). Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan. Ia terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundemental Liberties). Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai dalam pentadbiran negara aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara. Rasulullah S.A.W telah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak mula hingga keakhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa mengerjakan Haji Wida(Haji perpisahan) dengan sabdanya yang telah diriwayatkan oleh muslim,maksudnya : Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada kamu mencampuri mereka dengan ijab Kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan hak

suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang dibenci oleh suaminya berkunjung kerumahnya. Sekiranya mereka melakukan sedemikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Manakala bagi mereka(wanita) keatas kamu(lelaki)pula ialah memberikan mereka rezeki (makanan) dan perhiasan/pakaian dengan cara yang baik. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah(al-quran). Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-undang negara. Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan, kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dan kemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa aspek kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan perkhidmatan yang tidak menyalahi undangundang negara dan penyertaan dalam pembangunan negara. Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat badan-badan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan bebas untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian. Dalam beberapa penulisan barat menimbulkan isu bahawa Islam tidak memberi perhatian dan kedudukan wajar kepada bukan Islam dan wanita. Sebenarnya hak-hak asasi sepatutnya diperjelaskan meliputi golongan bukan Islam dan semua kaum serta jantina. Dalam sejarah pemerintahan Islam orang bukan Islam diberi kedudukan dalam pemerintahan, hak-hak mereka tidak dinafikan. Kebebasan beragama diberikan bagi menjamin penghayatan dalam pembangunan negara dan perkhidmatan. Mereka diberikan hak sehingga menjawat jawatan menteri dan pegawai kanan kerajaan. Sejarah membuktikan orang bukan Islam begitu senang berada di bawah pemerintahan Islam kerana hak-hak mereka terjamin dan kerajaan berlaku adil ke atas mereka. Keadaan yang sama dapat disaksikan berlaku di negara kita. Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan. Hak-

hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa: 58 maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hokum diantara manusia, (Allah menyuruh)maku menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.

Prinsip Ke Lapan
KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL
oleh: Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Bin Hassan Panel Pemikir Islam Hadhari

1.

PENDAHULUAN

Usaha negara-negara moden pada abad ke-20 untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang pesat, kemajuan teknologi yang membanggakan dan modenisasi masyarakat secara menyeluruh telah berjaya menjadikan negara-negara tersebut terkenal sebagai developed (maju), advanced (terkehadapan) atau fully industrialised countries (negeri-negeri yang telah mencapai kemajuan perindustrian sepenuhnya). Tetapi kemajuan dan modernisasi yang dicapai khususnya oleh negaranegara Barat itu juga telah menghasilkan, pada umumnya, kelunturan nilai-nilai budaya, kelonggaran nilai-nilai moral dan keterasingan nilai-nilai agama. Banyak negara umat Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan penjajahan Barat turut melaksanakan model pembangunan atau modernisasi negara ala Barat dan natijahnya, antara lain, ialah proses pembaratan budaya tempatan dan pencairan nilainilai moral yang merisaukan. Modernisasi sekular yang digembar-gemburkan sebagai agenda perubahan yang rasional dan teknologikal rupa-rupanya telah menanamkan akar-akar budaya asing atau westernisasi dan sekularisasi yang bertentangan dengan ajaran agama dan sistem moral orang Islam atau orang Timur. Apabila budaya tempatan sudah tidak berdaya lagi menahan arus westernisasi dan sistem moral

keagamaan pun menjadi lemah di bawah tekanan dan asakan sistem moral yang liberal, relatif dan agresif, maka negara dan rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa neo-kolonialisme budaya. Pada waktu itu identiti budaya dan keutuhan moral masyarakat kita tidak akan bererti lagi. 2. CABARAN GLOBALISASI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Memasuki abad ke-21, negara Malaysia dan umat Islam berhadapan pula dengan tiga gelombang besar globalisasi, ledakan teknologi maklumat dan ekonomi pengetahuan atau maklumat (knowledge-driven economy). Ketiga-tiga gelombang ini juga bermula dari negara-negara Barat yang kaya dan kuat, dan dalam tata dunia yang baru (New World Order) di bawah pimpinan negara Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, ketiga-tiga gelombang itu merupakan cabaran hebat yang sekaligus membuka peluangpeluang tertentu bagi negara-negara sedang membangun untuk berada dalam arus perdana dalam hubungan antarabangsa. Melalui gelombang globalisasi, pengaruh kekuatan ekonomi negara-negara kaya dan kepentingan korporasi gergasi multinasional dapat menguasai ekonomi dunia di samping menyebar luaskan hegemoni politik kapitalisme antarabangsa. Di bawah dasar liberalisasi dan deregulasi perdagangan antarabangsa pimpinan World Trade Organisation, globalisasi yang didukung oleh kuasa korporat global memberikan peluang besar kepada mereka untuk mengeksploitasi ekonomi negara-negara membangun, termasuk Malaysia. Situasi ini akan mempercepatkan proses homogenisasi budaya secara global di mana negara yang kuat akan mempengaruhi negara yang lemah. Pada waktu itu ciri-ciri luhur dalam budaya Malaysia dan sistem nilai agama dan tradisi yang mendasarinya akan dihimpit dan digugat oleh gagasangagasan atau aliran-aliran kebudayaan asing yang berjiwa materialistik, sekularistik, relativistik, neo-modernistik, hedonistik atau permissive (serbaboleh). Aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan isu tanggungjawab sosial atau moral. Pelbagai saluran akan digunakan untuk mencapai matlamat ekonomi dan budaya bebas mereka, termasuk industri-industri pengiklanan, perfileman, fesyen, muzik, hiburan, pelancongan, media cetak, media elektronik dan Internet. Dalam masyarakat yang sarat dengan nilai-nilai kebebasan individu di luar kawalan agama dan pandangan hidup sekularistik, telah muncul di akhir abad ke-20 gerakangerakan sosial yang memperjuangkan kebebasan seks, penggunaan marijuana, hak

pengguguran anak, kebebasan pelacur-pelacur (yang dikenali sebagai sex workers), perkahwinan sejenis dan hari-hari perayaan golongan gay yang disambut secara besar-besaran. Satu contoh gerakan yang benar-benar merbahaya dan mencabar budaya manusia bertamadun dan nilai-nilai agama tradisional dan moral yang suci ialah perjuangan masyarakat liberal Barat untuk menjayakan konsepsi keluarga yang tidak lagi terdiri dari lelaki dan perempuan, suami isteri dan anak-anak yang sah. Konsep ini diperjuangkan pertama kali dalam persidangan United Nations Conference on Population and Development di Cairo pada 1994 dan kemudian di Beijing pada tahun 1995. Seiring dengan itu diperjuangkan juga supaya dihalalkan hubungan seks sebelum nikah kerana hal ini sudah menjadi lumrah di negara-negara maju teknologi. Aliran-aliran seperti ini, sama juga dengan aliran-aliran sastera bebas ala Salman Rushdie, bertitik tolak daripada sikap atau keyakinan sebahagian manusia moden bahawa nilai-nilai agama, budaya dan moral sudah lama ketinggalan zaman dan manusia dengan kepintaran dan kehebatan teknologi inteleknya sahaja boleh mendapat makna hidup dan kesejahteraan tanpa bimbingan agama samawi atau moral yang berteraskan ajaran agama. Dengan kemajuan sains dan teknologi yang canggih, isu kejuruteraan genetik dan cloning tampil dengan pelbagai harapan untuk kemajuan bidang ilmu kedoktoran dan pertanian, tetapi ia juga mengundang beberapa persoalan besar serta kebimbangan yang mempunyai implikasi etika dan budaya yang sangat besar. Bagi sebuah tamadun yang tidak didirikan atas dasar agama, sains dan teknologi sahajalah yang menjadi sumber jawapan tentang baik buruknya sesuatu hasil penemuan sains atau halal haramnya sesuatu teknologi baru. Bagi umat Islam di Malaysia atau di mana sahaja yang berpegang teguh kepada agamanya, ketinggian tamadun tidak boleh dipisahkan daripada keteguhan agama dan keutuhan akhlak. Oleh yang demikian hasil kemajuan sains dan teknologi dalam sesuatu negara atau tamadun yang berteraskan Islam tidak ditolak selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral yang luhur. Kehebatan kemajuan ilmu sains dan teknologi manusia moden masa kini mungkin merupakan satu daripada faktor yang menyebabkan negara-negara atau masyarakat moden merasa tidak perlu berpegang kepada ajaran agama tradisional atau menghormati sistem-sistem moral tradisional yang dianggap sudah lapuk dan tidak sesuai dengan kepentingan negara atau politik masing-masing. Di dalam dunia pasca Perang Dingin dan pasca keruntuhan ideologi Komunis, banyak sekali berlaku tindakantindakan ketenteraan, politik dan ekonomi negara-negara kuasa besar yang merupakan penindasan, kezaliman dan ketidakadilan terhadap negara-negara kecil bukan Barat termasuk negara-negara orang Islam seperti Bosnia-Herzegovina, Palestin, Afghanistan, Iraq, Libya, Sudan, Iran dan Syria. Tindakan-tindakan unilateral dan tidak berperikemanusiaan itu menunjukkan bahawa dalam tata dunia baru atau politik

antarabangsa, might is right dan keunggulan kuasa ekonomi kapitalis-liberal membolehkannya menyebarluaskan pengaruhnya sesuka hati. Pemimpin-pemimpin negara atau parti pemerintah negara yang sedang membangun yang tidak mempunyai integriti moral yang utuh dan tidak berpegang kepada nilai-nilai budaya yang luhur akan mudah dimanipulasi untuk membuka jalan bagi membolehkan kemasukan kepentingankepentingan ekonomi, politik dan budaya pihak kuasa besar dalam negara berkenaan. Ini adalah sebahagian daripada cabaran globalisasi dan liberalisasi yang harus ditangani secara bijak oleh pemimpin dan rakyat Malaysia. 3. KEBIMBANGAN TERHADAP KELUNTURAN BUDAYA DAN MORAL

Cabaran terhadap keutuhan budaya dan moral umat daripada ledakan dan gelombang teknologi maklumat dalam era globalisasi kini tidak kurang hebatnya. Internet, umpamanya, membolehkan penggunanya menimba segala jenis ilmu pengetahuan dan maklumat dengan mudah, tetapi pada masa yang sama ia mengandungi banyak sekali maklumat yang bersifat destruktif, tidak bermoral dan bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan etika umat beragama. Pendedahan kanak-kanak, golongan remaja dan orang dewasa kepada bahan-bahan yang bersifat erotik dan lucah di dalamnya boleh menimbulkan sindrom ketagihan yang bakal merosakkan peribadi dan moral para penagihnya. Begitu mudah dan cepat sekali bahan pornografi atau laman adult berada di depan mata untuk menggugat iman seseorang pengguna hanya dengan beberapa taipan kata kunci pada papan kekunci lalu diklik pada tetikus untuk melakukan dosa di hujung jari. Baru-baru ini masyarakat Malaysia dikejutkan dengan penemuan Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-Kanak betapa kanak-kanak dengan mudah terdedah kepada 1.5 juta laman web lucah. Di samping itu kita diberitahu bahawa wujud 33 juta laman pornografi yang dikunjungi setiap hari oleh pengguna Internet seluruh dunia. Kelonggaran nilai-nilai budaya dan moral di kalangan belia dan muda-mudi beragama Islam yang dicerminkan oleh budaya penagihan dadah, gejala HIV/AIDS, keganasan juvana, vandalisme terhadap kemudahan-kemudahan awam, minuman keras, merokok, merogol, meragut dan melepak menimbulkan kebimbangan yang mendalam tentang masa depan generasi muda, apa lagi kalau keadaan ekonomi negara menjadi lembab dan kadar pengangguran semakin membesar. Dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel baru-baru ini ramai peniaga melakukan penipuan dan tindakan-tindakan tidak beretika untuk meraih keuntungan, sementara ada bank-bank tempatan disyaki memanipulasi pasaran saham. Banyaknya

kes-kes penipuan dalam pelbagai bidang pekerjaan di kalangan golongan dewasa sama ada dalam sektor swasta atau awam, menambah kebimbangan masyarakat tentang masa depan Malaysia menuju ke arah status negara maju pada tahun 2020. Untuk mencapai matlamat kesejahteraan sosial dalam sebuah negara Malaysia yang maju, kerajaan dan rakyat harus berganding bahu membenteras gejala sosial yang mengkhuatirkan, termasuk budaya suka berjudi, sindrom ingin cepat kaya, budaya tidak menepati waktu, tabiat suka mengotor, budaya mengejar glamor dan populariti murahan anjuran T.V. dan budaya fitnah memfitnah dalam dunia politik. Ketinggian dan kemajuan tamadun sesuatu bangsa boleh diukur dari segi kualiti manusianya dan pencapaiannya merangkumi dimensi-dimensi kebendaan, agama, keintelektualan, sains dan teknologi, kebudayaan, sistem ekonomi, sistem politik, sistem sosial, sistem pertahanan, sistem perundangan dan adat istiadat. Tetapi nilainilai kerohanian dan moral bangsalah yang menjadi asas keutuhan budaya. Dari perspektif Islam, keutuhan budaya dan moral merupakan kriteria penting di dalam menilai makna kemajuan atau tamadun sesuatu bangsa. Undang-undang Tuhan dan undang-undang ciptaan manusia juga bertujuan untuk mencegah perbuatan yang tidak berakhlak atau beretika dan membangun masyarakat yang berakhlak mulia. Dengan adanya warga negara yang berkelakuan dan berinteraksi sesama manusia mengikut lunas-lunas budaya yang baik dan nilai-nilai akhlak yang terpuji, masyarakat dan negara akan menikmati keamanan, keharmonian dan kesentosaan. Apabila budaya yang baik dan akhlak yang terpuji luntur, terhakis atau menjadi lemah maka kehidupan masyarakat akan dipenuhi dengan gejala kemungkaran, penipuan, kemaksiatan dan keganasan. Apabila para pemimpin atau golongan berkuasa tidak lagi berpegang kepada budaya yang baik dan akhlak yang terpuji, negara atau tamadun akan menjurus ke arah kehancuran. Inilah yang dapat kita pelajari daripada kajian sejarah naik turunnya tamadun-tamadun besar dunia zaman silam, seperti tamadun Yunani, Mesir, Rom dan China. Kehebatan teknologi, ketenteraan dan kebendaan tidak dapat menyekat proses keruntuhan dalamannya yang bermula dari kerosakan-kerosakan moral dan etika golongangolongan atasan, para penguasa dan para pembesar negara. Kerana itulah al-Quran berkali-kali menyeru supaya manusia menjelajah bumi dan mengkaji sejarah tamaduntamadun zaman silam untuk mengetahui sebab-sebab kehancurannya dan kemusnahannya, lalu mengambil iktibar supaya hal-hal yang sama dapat dihindari dan dijauhi demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat dan tamadun yang muncul kemudian.

Kita di Malaysia sudah pasti tidak mahu berada dalam keadaan di mana kemajuan ekonomi dan teknologi negara meningkat dan menyamai negara-negara maju tetapi gejala sosial, kemerosotan akhlak, ketidaksopanan dan ketandusan etika menjunam ke tahap yang parah dan sukar dipulihkan. Itulah sebabnya dalam Wawasan 2020 Malaysia mahu mencapai kemajuan mengikut acuan kita sendiri dengan mengintegrasi ajaran-ajaran agama, budaya yang baik dan nilai-nilai akhlak yang mulia dan terpuji. 4. KEUTUHAN BUDAYA DAN CABARAN-CABARAN TERHADAPNYA

Pendekatan Islam Hadhari bermatlamat mencapai kemajuan yang menyeluruh, bagi umat Islam dan juga negara Malaysia, termasuk dalam bidang budaya dan moral masyarakat. Oleh kerana ruang lingkup budaya itu luas dan ianya mengalami perubahan dari zaman ke zaman dan dari tempat ke tempat, pemilihan harus dibuat oleh pemimpin masyarakat dan pelaksana dasar ini untuk a) membangun, menyuburkan dan mengutuhkan aspek-aspek dan ciri-ciri budaya yang positif, membina dan bermanfaat, dan b) tidak menggalakkan, meninggalkan atau memberhentikan ciriciri budaya yang negatif, merosakkan dan tidak membantu proses pembangunan masyarakat atau negara yang hadhari. Langkah ini menepati prinsip pertama pendekatan Islam Hadhari iaitu Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah dan juga prinsip yang terkenal di dalam Islam sebagai Amar Makruf dan Nahi Munkar (menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran). Budaya adalah sesuatu yang berubah mengikut perubahan masa dan tempat. Ada budaya yang menjadi penghalang kepada kemajuan masyarakat dan ada budaya yang membawa kepada kebaikan, kecemerlangan dan ketinggian bangsa dan negara. Budaya yang baik yang perlu kita suburkan sehingga ia menjadi benar-benar utuh dan mewarnai identiti positif umat Islam dan menaikkan imej negara Malaysia ialah budaya yang mengandungi ciri-ciri berikut:4.1 Penghayatan agama yang mantap, konsisten, bijaksana, harmonis, sederhana dan toleran; tidak fanatik, ekstremis atau kasar dalam hubungan dengan penganut agama-agama lain. 4.2 Penguasaan ilmu yang berguna dan pemberian nilai dan kehormatan yang tinggi kepada para ilmuwan, kesarjanaan dan kebijaksanaan; institusi-institusi pendidikan diberi keutamaan dan kebebasan akademik dan penyelidikan di pusat-pusat pengajian tinggi digalakkan; amalan membaca menjadi ciri masyarakat dan perbincangan atau wacana ilmiah disuburkan; ilmu aqli (intellectual knowledge) dan ilmu naqli (revealed knowledge) digabungkan supaya wujud keharmonian antara sains, teknologi dan agama.

4.3 Hormat dan patuh kepada Perlembagaan, undang-undang, peraturan-peraturan, perjanjian, kontrak sosial dan adat resam yang menghargai budi, sikap berterima kasih, sopan santun, bahasa yang beradab dan tingkah laku yang tidak kasar, biadab atau gelojoh. 4.4 Kebebasan and ketelusan institusi kehakiman yang menjamin keadilan dan kesamarataan di hadapan undang-undang atau hukum Tuhan; perlantikan para hakim yang dibuat di atas dasar yang objektif, telus dan adil, terlepas dari sebarang unsur bias, pengaruh kepentingan diri, keluarga atau parti; pengadilan yang tidak dipengaruhi oleh rasuah atau paksaan dari pihak eksekutif; para pelaksana hukuman yang menjalankan tugas dengan adil, cekap dan bermoral. 4.5 Pentadbiran dan pemerintahan yang cekap, amanah, mesra rakyat, mesra alam dan tidak tunduk di bawah pengaruh rasuah, bebas daripada penyalahgunaan kuasa atau kedudukan, bersih dari kronisme, nepotisme atau hubungan sulit dengan kepentingan-kepentingan perdagangan atau industri di dalam atau di luar negara; nilainilai dan prinsip integriti diterapkan di dalam setiap lapisan pengurusan, daripada pemimpin yang berada di atas kepada pekerja yang berada di bawah; rasuah dan penyalahgunaan kuasa dianggap bukan sekadar jenayah tetapi sebagai dosa besar di sisi agama. 4.6 Budaya politik yang demokratik, patriotik dan beretika; kuasa politik dianggap sebagai amanah Tuhan dan rakyat, bukan untuk memenuhi kepentingan diri atau keluarga tetapi untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara; parti politik adalah alat dan bukan matlamat, oleh itu perjuangannya tidak sampai terkeluar daripada batas moral atau menjejaskan perpaduan negara, keharmonian antara kaum dan antara agama serta kestabilan politik; kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa berdasarkan kepada prinsip menghormati perbezaan pandangan, menghormati peruntukan Perlembagaan dan menghormati ketetapan-ketetapan negara berkaitan dengan perkara-perkara sensitif seperti kuasa Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan hak-hak istimewa kaum Bumiputera; terdapat usaha yang jujur dan berkesan untuk mencegah dan menghapuskan budaya rasuah dalam parti politik yang jelas bertentangan dengan hukum dan nilai-nilai Islam serta etika. 4.7 Budaya kerja yang menekankan nilai kerajinan, ketekunan dan penjagaan waktu; wujudnya piawaian mutu produk dan produktiviti serta piawaian sistem pengurusan yang cekap dan efektif; wujudnya minda dan sikap yang menentang kemalasan, kecuaian dan ketidakseriusan dalam bekerja; wujudnya kefahaman yang meluas bahawa sebarang kerja yang baik dan berguna untuk kepentingan negara atau masyarakat adalah suatu jenis ibadah dan amal soleh yang mendapat ganjaran daripada Allah di dunia dan di akhirat; wujudnya sistem yang tidak menindas gologan pekerja. 4.8 Kedaulatan Bahasa Kebangsaan dijaga, dipupuk dan dipantau kemajuannya walaupun penguasaan bahasa-bahasa asing seperti Inggeris atau Jepun digalakkan; rakyat berbilang kaum dapat menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa

perpaduan masyarakat majmuk dengan baik di samping bahasa ibunda masingmasing; sikap pragmatisme ekonomi yang mengenepikan Bahasa Kebangsaan perlu dikawal atau dicegah. 4.9 Kegiatan kesusasteraan yang mendukung nilai-nilai murni, positif, membangun minda dan memajukan pemikiran rakyat; kemajuan dalam bidang puisi, novel, cerpen dan drama berjalan selari dengan wawasan kemanusiaan yang beradab dan kesucian agama. 4.10 Kesenian yang mengekalkan keaslian yang murni sambil mencari manifestasimanifestasi baru dan kreatif tanpa mengorbankan nilai-nilai atau bentuk-bentuk asli yang indah dan bermakna; tidak wujudnya penggiat seni yang hidup di luar batas-batas kesusilaan atau budaya yang beretika. 4.11 Budaya pakaian yang menghormati batas-batas agama dan kesusilaan tradisional; aliran-aliran fesyen yang merupakan tiruan dunia fesyen barat atau timur untuk kepentingan kebendaan pereka-pereka fesyen yang tidak mengindahkan nilainilai moral atau agama tidak digalakkan; bagi orang Islam fesyen-fesyen pakaian yang menepati kehendak agama dan moral umat Islam boleh dipopularkan atau dipasarkan di dalam dan di luar negeri. 4.12 Adat makan minum yang tidak melibatkan perkara-perkara atau perlakuan haram walaupun bentuk-bentuk dan jenis-jenisnya sentiasa berubah mengikut selera pengguna semasa; kecenderungan ke arah ketagihan merokok dan meminum minuman keras di kalangan orang Islam perlu dikawal. 4.13 Budaya hiburan melalui muzik, tarian dan pementasan yang tidak melampaui batas kewajaran yang dibenarkan agama dan moral; kecenderungan pemuda pemudi beragama Islam untuk terlibat dalam budaya hiburan melalui konsert-konsert yang terlalu bebas kerana mengikuti aliran dan gaya baru Barat yang bersifat terlalu liberal dan memberangsang nafsu seks tidak harus dibiarkan merebak dan merosakkan tata susila dan norma-norma umat Islam; stesen-stesen TV milik kerajaan tidak wajar memberi galakan atau ruang dan masa yang istimewa kepada aliran-aliran atau program-program hiburan yang merendahkan akal budi generasi muda dan secara tidak langsung menggalakkan pergaulan bebas lepas antara lelaki dan perempuan walaupun program-program itu berhasil membawa keuntungan besar kepada pihak penaja dari luar atau dalam; mengekalkan budaya hiburan yang sederhana lagi mendidik minda dan tidak menjolok mata adalah penting dalam mengejar kemajuan mengikut acuan kita sendiri dan membenteras gejala sosial yang melanda golongan remaja Malaysia hari ini. 4.14 Tradisi keluarga yang memupuk nilai-nilai murni seperti keibubapaan yang bertanggungjawab, kehormatan dan kesetiaan anak kepada ibu bapa dan orang tua, perhubungan yang mesra antara generasi, ibu bapa yang menunjukkan contoh tauladan yang baik dalam mendidik anak supaya berakhlak mulia sepanjang hayat, rumah tangga yang menjadi tempat perlindungan yang paling selamat, tenteram dan membahagiakan penghuninya; amalan hidup berjiran yang saling menghormati,

bekerjasama untuk kesejahteraan sosial tanpa mengira kaum atau agama. 4.15 Adat perkahwinan yang menekankan nilai kesederhanaan dan tuntutan agama supaya ianya tidak dianggap oleh mereka yang ingin berkahwin sebagai suatu masalah besar yang terpaksa dipikul dengan beban hutang berpanjangan; 4.16 Kesenian tradisional atau moden yang tidak bercanggah dengan dasar iman dan akhlak mulia serta menyerlahkan identiti positif sesuatu kaum atau bangsa; kepelbagaian adat dan tradisi pelbagai kaum dan umat beragama dalam masyarakat Malaysia yang berinteraksi secara aman dan harmonis dipertahankan; aktiviti kebudayaan atau kesenian yang mengandungi unsur syirik, khurafat atau tahyul tidak dibenarkan kepada orang-orang yang beragama Islam. 4.17 Kegiatan menarik pelancong dari luar negara yang menonjolkan keunikan tempat-tempat percutian Malaysia, flora dan faunanya, cara hidup dan kebudayaan masing-masing kaum dan lain-lain tanpa merosakkan kesucian agama atau nilai-nilai moral masyarakat tempatan. 4.18 Kegiatan sukan untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat, kuat, berdaya saing dan terkenal dalam bidang-bidang tertentu tanpa meniru kelakuan-kelakuan atau kebiasaan-kebiasaan dari luar negara yang berlawanan dengan nilai-nilai moral masyarakat Malaysia; gelagat penonton tempatan yang tidak bersopan atau tidak menghormati undang-undang atau yang berakhir dengan keganasan jelas bercanggah dengan prinsip sukan yang berdisiplin dan beretika. 4.19 Kepimpinan masyarakat yang menekankan keutamaan memenuhi kepentingan orang ramai dan memberi perkhidmatan kepada rakyat secara amanah, bertanggungjawab dan berakhlak mulia sehingga dihormati dan diiktiraf sebagai orangorang berkuasa yang mempunyai integriti tinggi sesuai dengan Dasar Integriti Nasional; perhubungan yang harmonis antara kaum, peningkatan semangat patriotik, semangat gotong royong dan perkhidmatan sukarela dari kalangan organisasi bukan kerajaan untuk kepentingan golongan miskin, golongan kurang upaya, golongan tua dan beliabelia bermasalah, serta keprihatinan terhadap kerosakan dan pencemaran alam sekitar harus menjadi agenda utama para pemimpin masyarakat dan wakil rakyat. 4.20 Tradisi menghidupkan bulan puasa di bulan Ramadan oleh umat Islam yang diisi dengan ibadat khusus di masjid-masjid seluruh Malaysia pada waktu malam tanpa menjurus kepada perbelanjaan terlalu besar di waktu siang; persiapan untuk merayakan Hari Raya Aidil Fitri harus dibuat mengikut garis panduan tradisi Islam yang menekankan semangat membantu golongan miskin dan melarat, kegigihan melawan dorongan hawa nafsu dan peningkatan ketakwaan kepada Allah, supaya pengaruh budaya konsumerisme dan komersialisme serta tarikan budaya hiburan, muzik dan tarian menjelang Hari Raya tidak menjejaskan makna sebenar berpuasa dan berhari raya. 4.21 Tradisi balik kampung menjelang Hari Raya atau cuti-cuti am rakyat Malaysia yang mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan persaudaraan serta perpaduan masyarakat kota dan desa; tradisi ini memberikan pendedahan yang penting

kepada generasi muda yang lahir di kota-kota besar untuk mengenali kehidupan, budaya dan adab masyarakat luar bandar termasuk peluang menziarahi tanah perkuburan orang-orang tua dan nenek moyang mereka. 4.22 Adab dan akhlak generasi muda yang mempunyai sikap mengenang budi, bersyukur kepada Tuhan dan manusia, tahu menunjukkan kesetiaan, penghormatan dan kelakuan yang bersopan dan berbudi bahasa terhadap ibu bapa, para guru, para pemimpin, orang tua, orang miskin, tetamu di rumah, orang kurang upaya, orang sakit dan anak-anak kecil tanpa mengira kaum atau agama; kekhuatiran para pemimpin dan ibu bapa di Malaysia dewasa ini tentang semakin merosotnya adab dan kesopanan, budi bahasa yang baik, sikap hormat dan bertimbang rasa terhadap orang lain di kalangan generasi muda Malaysia mempunyai asas yang kukuh kerana buktinya banyak dan tidak sukar ditemui. 5. KEUTUHAN MORAL DAN CABARAN-CABARAN TERHADAPNYA

Dalam perjalanan menuju matlamat kemajuan yang diidam-idamkan, masyarakat Malaysia dan umat Islam di dalamnya sedang berhadapan dengan gejala keruntuhan moral yang sungguh mengkhuatirkan. Ramai pemuda Melayu dan Bumiputera terperangkap dalam jeratan budaya penagihan dadah dan HIV/AIDS. Parti-parti politik digugat oleh amalan tak bermoral yang disebut sebagai politik wang. Pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam digugat oleh wabak rasuah dan penyalahgunaan kuasa sehingga kerajaan terpaksa mewujudkan suatu Pelan Integriti Nasional dan sebuah institut untuk mengkaji langkah-langkah pelaksanaan pelan tersebut. Sektor swasta juga tidak terlepas daripada amalan rasuah dan skandal-skandal pengurusan dan kewangan. Pasaran saham digugat oleh manipulasi-manipulasi pihak yang ingin meraih keuntungan secara tidak beretika. Pekerja-pekerja asing diperlakukan sebagai hamba abdi dan pembantu-pembantu rumah diperkosa atau didera. Penderaan seksual sering menimpa pekerja perempuan dan banduan-banduan juga tidak bebas daripada tindakan-tindakan tidak bermoral ke atas mereka. Pembeli-pembeli rumah ditipu oleh pemaju-pemaju dengan pelbagai cara yang tidak beretika. Alam semulajadi musnah akibat diperkosa oleh proses pembangunan dan industri yang mementingkan keuntungan dan mengenepikan nilai-nilai moral dan kemanusiaan. Muda mudi Melayu hebat berpesta tanpa segan silu tetapi lemah dalam bidang ilmu pengetahuan. Perjudian dan pelacuran tidak dapat dibendung. Gejala sumbang mahram menjadijadi. Kes pembuangan bayi hasil daripada perhubungan seksual haram bertambah. Murid sekolah sering terlibat dalam vandalisme, keganasan dan amalan buli yang melampau. Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS terlibat dalam aktiviti seksual di luar kampus untuk menambahkan wang perbelanjaan hidup. Peminjam wang kerajaan malas dan enggan membayar hutang mereka. Pelbagai jenis perbuatan tidak beretika melibatkan

pengusaha, pedagang, peniaga dan ahli korporat dilaporkan di akhbar hampir setiap hari. Banyak lagi kes-kes penipuan dan kemungkaran lainnya yang memalukan dapat disenaraikan di sini tetapi ruang tidak mengizinkan. Kesimpulannya ialah kita berhadapan dengan suatu kenyataan yang pahit: bahawa masyarakat Malaysia dewasa ini sedang menghadapi ancaman kemerosotan moral yang semakin meningkat dan dalam kes-kes tertentu semakin parah akibat dari kelunturan nilai-nilai murni dan kegagalan dalam penguatkuasaan undang-undang. Begitu juga dengan kes-kes jenayah mencuri, meragut, merompak, merogol dan membunuh. Keselamatan rumah tangga, kanak-kanak, harta benda, diri manusia dan persekitaran semakin tercabar oleh peningkatan kadar jenayah. Ancaman kemerosotan moral ini memberikan peringatan atau amaran awal yang jelas kepada kita bahawa sekiranya rakyat dan pemerintah tidak dapat meningkatkan keutuhan atau kekuatan moral masyarakat kepada keadaan yang lebih baik, negara akan berhadapan dengan krisis keruntuhan moral yang lebih besar. Beberapa cabaran besar terhadap keutuhan moral dan kekuatan etika masyarakat Malaysia dari perspektif akhlak Islam dapat dirumuskan seperti berikut:5.1 Cabaran daripada Arus Globalisasi, Liberalisasi dan Westernisasi

Arus-arus ini jelas membawa nilai-nilai budaya dan moral yang tidak mementingkan ajaran agama atau tata susila ketimuran yang menghormati tradisitradisi yang dianggap mulia. Nilai-nilai dan produk-produk tamadun yang berkaitan dengan seni, hiburan dan gaya hidup yang dibawa masuk ke dalam budaya kita banyak diwarnai oleh faham kebendaan, faham kebebasan individu manusia, faham kebebasan akal yang terlepas daripada bimbingan agama atau wahyu, konsumerisme, dan faham kebebasan sains dan teknologi daripada kawalan etika dan agama. Saluran yang digunakan untuk menyebarkan faham-faham atau trend-trend sekularisasi ini ialah institusi-institusi ekonomi, politik, pendidikan, media massa, industri hiburan, sukan antarabangsa dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Gaya hidup golongan menengah dan golongan belia-beliawanis masyarakat Malaysia menjadi sasaran utama arus globalisasi nilai-nilai sekularisasi dan liberalisasi. Oleh itu kefahaman agama yang betul dan penghayatan nilai-nilai agama dan moral di kalangan golongan muda menjadi satu daripada strategi penting dalam menjaga dan meningkatkan keutuhan moral masyarakat Islam. Di samping itu, cara menyampaikan ajaran agama Islam kepada generasai muda hari ini dan juga golongan menengah Islam mestilah dilakukan dengan mengambilkira cara berfikir, minda dan psikilogi kedua-dua golongan itu. Mereka hendaklah didekati dengan cara yang mesra

pelanggan, simpati, sabar, rasional dan tidak memaksa. Guru agama dalam era globalisasi dan IT ini harus mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang kemajuan sains, teknologi maklumat, kebudayaan, politik antarabangsa dan perkembangan ekonomi serta mempunyai kebolehan berkomunikasi secara bijaksana dengan golongan belia dan kelas menengah.

5.2

Cabaran daripada Penyalahgunaan Internet dan Telefon Bimbit

Pengunaan Internet dan telefon bimbit yang semakin meluas dalam masyarakat Malaysia adalah suatu perkara yang membanggakan selagi para pengguna menjadikan kehebatan teknologi maklumat ini sebagai sumber menambah ilmu pengetahuan dan maklumat, perniagaan maya, komunikasi dan pendidikan maya yang global dan pantas, dan perluasan jaringan kerjasama antarabangsa dalam pelbagai kegiatan yang baik, berguna dan bermanfaat untuk diri, masyarakat, agama dan negara. Yang menjadi masalah kepada budaya dan moral masyarakat Islam ialah aspek negatif dalam Internet dan penyalahgunaan teknologi komunikasi canggih yang semakin meningkat. Sebagaimana yang diketahui umum, Internet juga sarat dengan muatan maklumat dan bahan-bahan lucah atau pornografik yang jelas bertentangan dengan ajaran agama atau nilai-nilai moral. Bahan-bahan lucah yang merosakkan nilai-nilai moral itu juga boleh didapati melalui telefon bimbit. Oleh kerana Internet dan telefon bimbit boleh dibawa ke dalam bilik tidur seorang pengguna atau pemuda dan boleh digunakan bila-bila masa secara perseorangan, industri seks haram dan industri perjudian menggunakan Internet dan telefon bimbit untuk menggoda para pengguna, khususnya golongan belia dan generasi muda. Di mana undang-undang manusia ternyata gagal menghalang kemaraan wabak online pornography atau kebebasan berkomunikasi tanpa etika melalui Internet atau telefon bimbit, pertahanan yang terakhir kepada seorang pengguna Muslim ialah kekuatan imannya, kepatuhannya kepada ajaran agama, nilai-nilai murni dan ketaqwaannya kepada Allah. Dengan telefon bimbit pula semua orang boleh terdedah kepada penyalahgunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengganggu, menggugat, memfitnah, memaki hamun atau membuat panggilan lucah secara berleluasa tanpa si penerima mengetahui dari mana datangnya gangguan-gangguan tersebut. Cabaran moral yang baru daripada penyalahgunaan

Internet juga datang daripada peluang-peluang untuk para pelajar dan pensyarah melakukan pelbagai jenis plagiarisme secara mudah. Kegiatan mencuri maklumat atau menerobos benteng-benteng keselamatan maklumat dalam komputer orang lain semata-mata untuk merasa seronok kerana dapat memberi kesusahan kepada orang lain atau untuk mendapat ganjaran kewangan daripada kelakuan jenayah itu merupakan dimensi jenayah yang baru di abad ke-21. Penyalahgunaan teknologi maklumat masa kini menunjukkan betapa terhakisnya nilai-nilai murni dan akhlak dalam pemikiran dan tindak tanduk sebahagian pengamal teknologi canggih ini. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab moral yang berat dalam menasihati dan memantau anakanak supaya tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang terdapat dalam Internet dan melalui telefon-telefon bimbit. 5.3 Cabaran daripada Industri Hiburan dan Media Massa

Hiburan merupakan sebahagian daripada keperluan tabii manusia yang bertamadun dan setiap budaya mempunyai jenis-jenis hiburan yang tersendiri. Islam mengiktiraf keperluan tabii manusia ini dan membenarkannya dalam batas-batas tertentu. Batas-batas itu ditentukan oleh perintah Ilahi dan bertujuan mengawal hawa nafsu manusia supaya menjadi hamba Allah yang bersopan, beradab dan berakhlak mulia. Pergaulan bebas lepas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, pakaian dan perhiasan diri yang tidak menghormati nilai-nilai agama; muzik, nyanyian atau pementasan tarian yang bersifat merangsang nafsu berahi (sensate, sexy), yang tidak beradab (vulgar), atau yang mendorong penonton supaya turut sama berhibur secara bebas (permissive), atau menonton VCD yang mengandungi unsur-unsur lucah atau erotik semua ini melanggar batas-batas hukum dan etika yang terdapat dalam agama Islam. Pada masa kini industri hiburan tempatan banyak sekali dipengaruhi oleh trendtrend budaya hiburan ala Hollywood atau Bollywood yang bersifat keterlaluan bila diukur dari kacamata agama Islam dan nilai-nilai moral yang murni. Industri hiburan swasta di kota-kota besar juga membenarkan minuman keras digunakan oleh para pelanggan tanpa mempedulikan sama ada mereka itu Muslim atau bukan Muslim. Konsert-konsert anjuran pihak industri swasta sering mengundang para penghibur dari Barat atau Timur yang mendedahkan budaya bebas lepas mereka kepada generasi muda Islam di tanah air kita. Para penghibur tempatan pula suka meniru gaya-gaya baru yang dibawa dari luar. Lambat laun identiti budaya liberal ala Barat atau Bollywood akan menjadi lebih berpengaruh dalam masyarakat Islam di kota. Akhirnya generasi muda Islam tidak lagi tahu menghargai nilai kesederhanaan dan tata susila Islam dalam berhibur sama ada melalui sukan, nyanyian, tarian, teater, filem atau TV.

Saluran-saluran hiburan dan media massa yang dimiliki oleh orang Islam atau kerajaan yang berpandukan pendekatan hadhari memikul tanggungjawab moral dalam menghidangkan program atau iklan-iklan hiburan yang tidak melibatkan perkaraperkara yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral. Filem-filem dan program-program TV yang dibanjiri oleh filem-filem Hollywood, Bollywood atau Hong Kong yang membawa mesej keganasan dan keseronokan nafsu merupakan cabaran kepada keutuhan budaya dan moral masyarakat Islam hadhari kerana kandungan mesej dan nilai-nilai yang ditonjolkan itu jelas berlawanan dengan nilai-nilai kesopanan dan ketamadunan dalam pendekatan Islam hadhari. Oleh itu tanggungjawab mengawal dan menapis bahan-bahan hiburan dari luar itu tidak harus diserahkan semata-mata kepada ibu bapa. Tanggungjawab ini perlu dipertingkatkan oleh pihak yang berkuasa di samping menggalakkan industri hiburan yang menampilkan alternatif-alternatif yang lebih sesuai dengan nilai-nilai moral yang suci lagi mendidik ke arah penghayatan suatu tamadun yang sopan dan beretika. Mesej yang kita perolehi hari ini dari industri hiburan antarabangsa ialah kita harus ketepikan segala norma dan nilai yang menyekat kebebasan kita untuk melakukan apa saja yang dapat memberikan keseronokan nafsu kepada kita sama ada dengan dadah, minuman keras, hubungan seksual atau pergaulan bebas yang bersifat erotik. Just do it menjadi slogan baru untuk kebebasan tanpa batas agama, budaya atau moral. Pendekatan Islam hadhari dalam dunia hiburan dan T.V. harus berhadapan dengan cabaran ini dan pihak yang berkuasa yang beragama Islam tidak boleh menanggapnya sebagai suatu perkara remeh-temeh. 5.4 Cabaran daripada Penyalahgunaan Dadah, Minuman Keras dan HIV/AIDS

Ancaman penyalahgunaan dadah sudah lama menjadi Musuh Negara Nombor Satu dan peperangan menentang ancaman ini masih terus dilakukan. Tetapi statistik dan data menunjukkan bahawa gejala ini tetap berada pada tahap yang serius meskipun pelbagai cara telah dilakukan untuk mencegah atau mengurangkannya. Tiap tahun ribuan pemuda, kebanyakkannya orang Melayu, menjadi mangsa najis dadah yang kemudiannya mendorong mereka ke arah gaya hidup yang tidak bermoral dan tidak bertamadun. Banyak kegiatan jenayah dan anti-sosial yang lain berpunca daripada atau berkaitan dengan budaya penagihan dadah. Di samping itu amalan minuman keras yang jelas diharamkan oleh Islam didapati mulai menjangkiti golongan remaja Melayu sewaktu mereka berparti dan berpesta di tempat-tempat hiburan di kotakota besar.

Peningkatan gejala HIV/AIDS yang rapat kaitannya dengan penyalahgunaan dadah juga semakin serius dewasa ini sehingga pihak yang berkuasa menganggapnya sudah sampai ke tahap darurat. Sebahagian besar pengidap-pengidap penyakit HIV/AIDS ialah orang Melayu yang terlibat dengan gejala penagihan dadah, termasuk mereka yang berada di dalam Pusat-pusat Serenti. Ini menunjukkan bahawa aktiviti hubungan seks sejenis (homoseks) semakin merebak di kalangan orang Melayu walaupun masyarakat Melayu, sebagai masyarakat beragama Islam tahu bahawa dadah itu haram dan hubungan homoseksual itu satu dosa besar yang dikutuk sekeraskerasnya oleh agama Islam. Keadaan darurat ini telah mendorong pihak kerajaan untuk mengambil langkah-langkah yang drastik bagi mengurangkan penyakit sosial yang merbahaya ini. Langkah-langkah drastik yang dicadangkan ini termasuk a) memberikan suntikan methadone sebagai ganti kepada dadah merbahaya, b) memberikan jarum-jarum suntikan secara percuma, dan c) memberikan kondom percuma supaya penyakit AIDS tidak merebak. Langkah-langkah ini apabila dilaksanakan kelak akan dijalankan di bawah pengawasan rapi pihak berkuasa kementerian berkenaan supaya ia mencapai matlamat yang positif. Walau bagaimanapun pengaruh budaya gay yang menggalakkan dan menghalalkan hubungan seks sejenis semakin berkembang di negara-negara Barat dan perkahwinan sejenis sudahpun diiktiraf sebagai sah dari segi undang-undang negara di Belanda, Belgium dan Sepanyol. Negara Kanada dijangka akan mengikut jejak langkah negaranegara Eropah itu. Sikap yang tegas menentang dan mengharamkan gaya hidup gay ini di Malaysia perlu mendapat sokongan semua kaum supaya wabak HIV/AIDS dapat dibendung dan keutuhan institusi keluarga dan perkahwinan yang dihormati oleh agama dapat dipertahankan. 5.5 Cabaran daripada Budaya Rasuah, Urus Tadbir Yang Pincang dan Penyalahgunaan Kuasa

Oleh kerana gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa didapati semakin berkembang dan telah menjejaskan imej negara Malaysia, kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional pada tahun 2004 dan mendirikan Institut Integriti Malaysia dalam usaha membenteras amalan-amalan tidak bermoral dan tidak beretika dalam sektor awam dan sektor swasta, di samping meningkatkan budaya pengurusan yang baik dan penyampaian khidmat yang lebih beramanah. Dengan adanya Pelan Integriti Nasional, semua kementerian kerajaan dan institusi-institusi di bawah kementerian termasuk universiti-universiti awam dikehendaki melaksanakan strategi memperkukuhkan budaya integriti dalam institusi masingmasing. Undang-undang yang mencegah amalan-amalan tidak berintegriti, kod-kod

etika yang lebih efektif, peraturan-peraturan yang dilaksanakan secara telus dan konsisten, dan pembaikan sistem gaji dan imbuhan yang saksama perlu diperbanyakkan di samping bertambahnya tindakan-tindakan tegas mahkamah atau pihak berkuasa yang bertindak tanpa segan atau takut ke atas mereka yang terlibat dengan jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Orang Islam, sama ada pentadbir, pegawai kerajaan, peniaga, profesional, ahli korporat atau ahli politik tidak sepatutnya menjadi penerima atau pemberi rasuah untuk mendapat sebarang kepentingan peribadi kerana perbuatan itu merupakan satu daripada dosadosa besar yang mengundang kecelakaan di dunia dan azab dan kesengsaraan yang pedih di hari kemudian. Rasulullah (S.A.W.) memberi amaran yang keras apabila beliau bersabda, Pemberi rasuah dan penerima rasuah, kedua-duanya akan berada dalam api neraka. Tetapi kelemahan iman, akhlak dan perasaan tamak boleh mendorong seorang Muslim menjadi alpa lalu ia tunduk kepada desakan hawa nafsu yang bakal menghancurkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh itu contoh yang baik dan tegas yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan pemimpin masyarakat dalam memerangi gejala rasuah dan membudayakan nilai-nilai integriti dalam pentadbiran kerajaan perlu mendapat sokongan semua pihak, kerana pentadbiran dan kerajaan yang dijiwai oleh pendekatan Islam hadhari ialah pentadbiran dan kerajaan yang bersih daripada rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Tekad kerajaan melalui Pelan Tindakan Nasional untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi birokrasi, tadbir urus korporat dan etika perniagaan, pemantapan institusi keluarga dan kualiti hidup adalah serasi dengan kaedah Islam hadhari dan kriteria ketamadunan dari kacamata Islam. Oleh yang demikian masyarakat Islam di Malaysia harus berusaha mencerminkan kekuatan integriti yang diajar oleh agama Islam supaya ia dihormati oleh masyarakat Barat dan Timur. 5.6 Cabaran daripada Budaya Politik Kebencian dan Kefanatikan

Keutuhan budaya dan moral masyarakat Malaysia juga telah mengalami kerosakan dan kelunturan yang teruk akibat daripada budaya politik kepartian yang penuh dengan amalan fitnah memfitnah, rasuah, maki hamun, tuduh menuduh, tipu muslihat, pembohongan, buruk sangka, hasad dengki dan mengumpat. Perbuatanperbuatan tidak bermoral ini banyak berlaku menjelang pilihanraya dan dalam kempenkempen parti politik. Ia juga dicerminkan dalam akhbar-akhbar atau penerbitan milik parti-parti. Ahli-ahli parlimen juga tidak terlepas daripada pengunaan bahasa yang tidak beradab di dalam sesi parlimen dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak beretika terhadap anggota-anggota parti lawan. Di sebalik perbuatan-perbuatan yang

tidak bermoral ini ialah perasaan benci dan buruk sangka yang mendalam terhadap individu-individu atau parti lawan, dasar-dasarnya yang berlainan dan pengikutpengikutnya yang berfikiran sempit, terlalu emosional dan fanatik. Persaudaraan dan silaturrahmi umat Islam di Malaysia dirosakkan oleh sentimen kebencian yang tebal dan prasangka yang buruk terhadap orang Islam lain yang tidak mengikuti haluan politik yang sama. Budaya hormat-menghormati dan berlapang dada terhadap saudara seagama dan sebangsa telah bertukar kepada budaya permusuhan dan kebencian akibat daripada ketidakmatangan dan kefanatikan berpolitik dalam suatu sistem demokrasi berparlimen yang berlandaskan kepada sistem Inggeris. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, perbezaan ideologi politik tidak menjejaskan hubungan yang baik dan saling hormat menghormati di antara pemimpin-pemimpin atau pengikut-pengikut parti yang berlainan haluan. Pendirianpendirian yang berbeza disampaikan dan diutarakan dengan cara yang sopan dan bermoral. Persaingan untuk mendapat atau mempertahankan kekuasaan politik tidak dibenarkan membawa kepada permusuhan mendalam yang memutuskan hubungan keagamaan atau kekeluargaan. Ketinggian tamadun dan adab dapat dilihat daripada perdebatan-perdebatan politik di parlimen atau di media massa yang menekankan hujah-hujah yang rasional, objektif dan menarik tanpa diwarnai oleh api kebencian atau penggunaan bahasa yang kesat dan kasar. 6. PENGETAHUAN TENTANG KEUTAMAAN AKHLAK YANG MULIA

Satu daripada punca berlakunya keruntuhan nilai-nilai murni dalam masyarakat Islam di Malaysia masa kini ialah kurangnya atau lemahnya pengetahuan umat Islam sendiri tentang kedudukan akhlak dalam agama Islam. Islam difahami dan ditanggapi oleh sebahagian umat sebagai sistem ibadah khusus sahaja merangkumi kelima-lima Rukun Islam. Kesempurnaan beragama dirasakan sudah memadai dengan menunaikan sembahyang lima waktu, zakat, puasa dan haji. Isi al-Quran dan hadith tentang nilai-nilai akhlak tidak diketahui dan ketinggian akhlak atau budi pekerti pemimpin-pemimpin Islam zaman silam tidak dipelajari. Oleh itu ilmu tentang keutamaan akhlak yang mulia dalam Islam dititikberatkan, perlu diketengahkah dan disebarluaskan dalam masyarakat Islam khususnya dan masyarakat bukan Islam amnya. Kejahilan orang-orang Islam tentang peri pentingnya akhlak yang mulia sebagai matlamat beragama ditambah dengan kejahilan tentang ciri-ciri serta tanggungjawab orang-orang yang beriman (mukmin) membuka jalan-jalan bagi mereka untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran-ajaran moral yang

terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (s.a.w.). Apabila dorongan dan asakan hawa nafsu menjadi kuat dan fikiran dikalahkan oleh emosi, mereka tidak berupaya mengawal dorongan-dorongan itu, lalu berlakulah tindak tanduk dan perbuatan yang dilarang oleh agama. Kajian-kajian yang telah dibuat di Malaysia tentang beberapa gejala sosial di Malaysia masa kini seperti sumbang mahram, penyalahgunaan dadah dan HIV/AIDS menunjukkan bahawa kejahilan ilmu agama di kalangan belia dan orang dewasa juga merupakan salah satu faktor pendorong ke arah perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral itu.

Al-Quran 7:96, 2:155, 30:41, 28:58-59, 11:117, 46:35.

sambungan... 6.1 Rukun Islam dan Nilai-Nilai Moral

Hakikat yang kurang diketahui atau difahami oleh sebahagian besar umat Islam ialah bahawa tujuan agama Allah (S.W.T.) diturunkan kepada manusia ialah untuk manusia mencapai kesempurnaan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini diterangkan oleh Rasulullah (S.A.W.) dengan jelas dalam sebuah sabdanya yang masyhur: Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadith riwayat Malik)

Kenyataan ini menegaskan bahawa tugas besar Nabi Muhammad (S.A.W.) dalam menyebarkan agama Allah tidak lebih dari usaha memperjuangkan dan mengukuhkan tata kelakuan atau moral yang baik yang disebut sebagai husn al-khuluq (good character). Ini dicapai melalui beberapa ibadah yang telah disyariatkan Islam dan ajaran-ajaran khusus berkenaan dengan pembentukan keperibadian orang-orang yang beriman (Mukmin) dan ciri masyarakat yang berakhlak mulia. Ibadah-ibadah khusus yang diwajibkan Allah (S.W.T.) merupakan programprogram latihan rohani dan moral-Nya untuk membiasakan seseorang Muslim agar hidup dengan akhlak yang mulia. Umpamanya, melalui ibadah sembahyang, seseorang itu akan mendapat latihan pembersihan rohaninya sehingga menjauhkan daripada perkara-perkara yang keji dan tak bermoral (fahsyaa dan munkar). Firman Allah (S.W.T.) dalam hal ini bermaksud:

Dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan munkar. (Al-Quran 29:45)

Begitu juga dengan kewajiban menbayar zakat. Tujuan utamanya ialah untuk menanamkan rasa kasihan belas, kasih sayang dan tanggungjawab moral terhadap orang-orang miskin dan menderita dalam masyarakat (Al-Quran 9:103). Ibadah puasa pun bukan sekadar latihan berlapar dan dahaga, tetapi bertujuan mengawal hawa nafsu yang mendorong manusia ke arah perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral. Dalam hal ini Rasulullah (S.A.W.) menegaskan: Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan berbohong, sesungguhnya Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makanan maupun minuman [ketika berpuasa]. (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Tujuan perjalanan suci dalam ibadah haji pula tidak terbatas kepada manasik di Mekah, Arafah dan Mina tetapi untuk mengajar makna pengorbanan kerana Allah (S.W.T.), merendah diri di hadapan Allah (S.W.T.) dan memperkukuhkan rasa persaudaraan dengan semua manusia tanpa mengira warna, keturunan atau bahasa. (Al-Quran 2:197) Para Rasul dipuji oleh Allah (S.W.T.) kerana ketinggian peribadi dan ketinggian akhlak mereka dalam menjalankan tugas berat mereka mendirikan agama-Nya supaya manusia mempunyai kepercayaan yang betul dan akhlak yang mulia. Demikianlah Nabi Muhammad (S.A.W.) mendapat pujian Allah (S.W.T.) seperti maksud ayat berikut: Sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai budi pekerti yang agung. (Al-Quran 68:4)

1. Keutamaan Akhlak Yang Mulia

Hadith-hadith berikut menunjukkan betapa akhlak yang mulia diberi kedudukan yang amat tinggi dalam ajaran Islam kerana ia menandakan kesempurnaan iman dan kematangan beragama:

1. Tidak ada sesuatu yang paling berat dalam timbangan orang beriman pada hari kiamat nanti yang melebihi akhlak yang mulia. Sesungguhnya Allah benci orang yang berbuat keji dan berkata kotor. Orang yang berakhlak mulia pasti akan melebihi darjat orang yang menunaikan ibadah puasa dan sembahyang (sematamata tanpa mempedulikan kebaikan akhlaknya). (Hadith riwayat Ahmad)

1. Sesungguhnya perbuatan maupun perkataan keji sama sekali bukan termasuk dalam ajaran Islam. Sesungguhnya kualiti Islam orang yang paling baik adalah orang yang paling mulia akhlaknya. (Hadith riwayat Al-Tirmidhi) 1. Rasulullah (S.A.W.) pernah ditanya, Orang mukmin bagaimanakah yang paling sempurna keimanannya? Beliau menjawab, Orang yang paling mulia akhlaknya. (Hadith riwayat Al-Tabarani)

1. Kepada pertanyaan, Anugerah apakah yang terbaik yang diberikan Allah kepada manusia? Beliau menjawab, Akhlak yang mulia. (Hadith riwayat Ibn Hibban) 1. Mahukah aku beritahu kamu sekelian, siapakah orang yang paling aku cintai dan paling dekat kedudukannya denganku kelak pada hari kiamat? Rasulullah (S.A.W.) mengulangi pertanyaan ini dua atau tiga kali. Para sahabat berkata, Ya, wahai Rasulullah. Beliau bersabda, Orang yang paling mulia akhlaknya di antara kamu. (Hadith riwayat Ahmad)

1. Kami pernah duduk di sisi Nabi (S.A.W.).... Tidak ada seorangpun di antara kami yang berani memulakan percakapan. Tiba-tiba beliau didatangi oleh beberapa orang yang bertanya, Siapakah hamba Allah yang paling Dia cintai? Beliau menjawab, Mereka yang paling mulia akhlaknya. (Hadith riwayat Al-Tabarani) 1. Dengan akhlak yang baik seorang hamba akan mampu mencapai derajat yang mulia dan kedudukan yang terhormat di akhirat

sekalipun dia lemah dalam hal menjalankan ibadah. Namun dengan akhlak yang buruk, seorang hamba akan mendapat derajat yang sangat rendah di neraka Jahanam. (Hadith riwayat AlTabarani)

1. Kemuliaan seseorang itu tergantung pada kualiti keagamaannya, kewibawaannya, dan kecerdasan akalnya. Namun dia sudah cukup terhormat hanya dengan kemuliaan akhlaknya. (Hadith riwayat Ahmad)

Sebenarnya banyak sekali ayat al-Quran dan hadith Nabi yang mengajar manusia dan orang Islam supaya menghayati dan mencontohi nilai-nilai akhlak yang mulia dan menjauhi sifat-sifat yang buruk dan keji seperti bohong, khianat, menipu, zalim, dengki, tamak, angkuh, suka berkelahi, suka mengumpat, suka mencela dan memfitnah, gila kuasa, gila pangkat dan lain-lain penyakit moral yang dikupas secara mendalam oleh ulamak silam yang terkenal seperti Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya cUlum AlDin. Oleh itu umat Islam perlu memberi perhatian yang lebih mendalam kepada aspek kesucian moral dalam pengajaran, kefahaman dan penghayatan agamanya dan dalam membina keperibadiannya, supaya ia dapat menepati kehendak Allah (S.W.T.), iaitu Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia; kamu menyeru kepada kebaikan dan kamu mencegah kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah. (Al-Quran 3:110) 7. SIFAT AMANAH SEBAGAI NILAI MORAL YANG UTAMA

Sifat-sifat yang terpuji yang terkandung di dalam konsep akhlak yang mulia seharusnya menjadi sifat-sifat orang yang beriman kepada Allah (S.W.T.). Keimanan, ketaqwaan dan kepatuhan mereka kepada perintah Allah (S.W.T.) dan kepada contoh tauladan Rasulullah (S.A.W.) diikuti dengan ilmu pengetahuan yang mendalam dan proses tarbiah yang efektif menjadikan mereka itu orang-orang yang memiliki sifat-sifat amanah, bersih, cekap, adil, jujur, ikhlas, syukur, sabar, bersopan santun, bertanggungjawab, berdisiplin, pemaaf, suka bekerjasama, suka mengejar ilmu, suka menolong, berlapang dada, toleransi, dan suka berjuang pada jalan Allah.

Sifat-sifat atau nilai-nilai moral ini perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci sebagai suatu sistem moral yang saling kait mengait dan saling memperkukuhkan antara satu sama lain. Tetapi oleh kerana ruang tidak mengizinkan untuk berbuat demikian di sini, kita akan memberi fokus kepada sifat atau nilai amanah (honesty, trustworthiness) sahaja kerana ia merupakan satu daripada sifat yang paling penting dalam mencapai tujuan beragama Islam dan ia menjadi asas moral dan rohani kepada banyak cabang akhlak yang mulia seperti sifat bertanggungjawab, berdisiplin, berbudi bahasa, adil, berani, ikhlas dan sabar. 1. Amanah Terhadap Allah (S.W.T.)

Amanah mempunyai makna yang sangat luas. Ruang lingkupnya mencakupi semua gerak geri seseorang dalam menjalankan semua jenis tanggungjawab sebagai hamba Allah (S.W.T.). Di sebalik kelakuan beramanah seseorang ialah sikap bertanggungjawab kepada pihak yang berkuasa di atasnya. Pada seorang mukmin sikap ini ditambah oleh kesedaran yang mendalam bahawa ia akan berhadapan dengan Allah (S.W.T.) di hari kemudian kelak dengan keyakinan yang teguh. Hakikat bertanggungjawab kepada dan di hadapan Allah (S.W.T.) ditegaskan oleh sebuah hadith yang masyhur: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab di atas orang yang kamu pimpin. Pemimpin adalah seorang pemandu dan akan ditanya mengenai rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami merupakan pemimpin di dalam keluarganya dan akan ditanya mengenai keluarganya. Seorang isteri merupakan pemimpin di dalam rumah suaminya dan akan ditanya mengenai tanggungjawabnya. Pembantu rumah merupakan pelindung ke atas harta tuannya dan akan ditanya mengenai tanggungjawabnya. (Hadith riwayat al-Bukhari)

Sifat amanah diberi nilai yang amat tinggi oleh Rasulullah (S.A.W.) dalam sabdanya: Tidak beriman seseorang yang tidak memiliki sifat amanah dan tidak beragama seseorang yang tidak menepati janji. (Hadith riwayat Ahmad)

Ketinggian sifat itu menjadi lebih istimewa kerana Rasulullah (S.A.W.) sendiri diberi gelaran Al-Ameen (orang yang dapat dipercayai atau orang yang bersifat amanah) lama sebelum diangkat menjadi utusan Allah (S.W.T.). Sifat gagah dan amanah juga

terdapat pada Nabi Musa yang menyebabkan beliau diambil untuk bekerja dengan seorang tua. Hal ini tergambar dalam ayat al-Quran yang bermaksud: Wahai bapakku, ambillah ia (Musa) sebagai orang yang bekerja pada kita, kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja pada kita ialah orang yang gagah (al-qawi) lagi dapat dipercayai (al-ameen). (Al-Quran 28:26)

Di antara manifestasi sifat amanah dalam pengurusan ialah tugas atau sesuatu pekerjaan tidak diberikan kepada orang yang tidak mempunyai kelayakan atau kecekapan menjalankan tugas itu dengan baik dan berkesan, walaupun orang itu meminta supaya diberikan pekerjaan itu kepadanya, atau orang itu mempunyai hubungan yang baik dengan pihak yang berkuasa. Hal ini dapat dilihat dalam keengganan Rasulullah (S.A.W.) memberikan tugas pemerintah suatu kawasan kepada sahabatnya Abu Dharr yang terkenal dengan sifat ketaqwaannya. Beliau berkata: Wahai Abu Dharr, sesungguhnya kamu seorang yang lemah, sedangkan tugas (memerintah) itu sebuah amanah. Sesungguhnya, tugas (yang tidak dapat dijalankan dengan baik) itu pada hari kiamat kelak akan menjadi bencana dan penyesalan, kecuali bagi mereka yang melaksanakannya dengan betul dan menunaikan apa yang menjadi tanggungannya. (Hadith riwayat Muslim)

Sekiranya sesuatu pekerjaan atau kedudukan atau kontrak diberikan kepada seseorang kerana terpengaruh oleh dorongan hawa nafsu, nepotisme atau kronisme atau kerana mendapat rasuah, perbuatan itu dianggap sebagai suatu pengkhianatan (treachery). Amaran Rasulullah (S.A.W.) dalam hal ini adalah amat tegas: Barangsiapa mengangkat seseorang pada satu jawatan berdasarkan pertimbangan kesukuan (atau kekeluargaan), pada hal di kalangan mereka terdapat orang yang lebih diredhai di sisi Allah dibandingkan dengan orang yang diangkat itu, maka dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang-orang mukmin. (Hadith riwayat al-Hakim)

Pengkhianatan terhadap amanah wujud dalam pelbagai bentuk dalam masyarakat Malaysia memberi rasuah, menerima rasuah, ingkar perintah, kerja sambil lewa, penyalahgunaan kuasa, penipuan, pembohongan, pecah amanah, kegiatan sumbang mahram, penyalahgunaan dadah, hubungan seks sejenis, plagiarisme, penyalahgunaan Internet dan lain-lain perbuatan tak bermoral. Segala

anugerah Allah (S.W.T.) kepada manusia termasuk dirinya, akalnya, pancainderanya, ilmunya, hartanya, pangkatnya dan tenaganya merupakan barang amanah yang harus digunakan dengan cara yang betul. Apabila cara yang betul dan bermoral tidak diikuti, malah dicabuli dengan leluasa, maka akan berlakulah krisis moral yang pada akhirnya akan menghancurkan sebuah negara, bangsa atau tamadun. Sebab itulah Rasulullah memberi peringatan berikut: Jika amanah telah diabaikan, maka tunggulah saat kehancuran. Lalu ditanya, Bagaimana bentuk pengabaian amanah? Rasulullah menjawab, Jika sebuah urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah datangnya saat kehancuran. (Hadith riwayat al-Bukhari)

1. Amanah Terhadap Diri Sendiri

Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Menjaga kebersihan diri, kesihatan diri dan memberikan hak-hak anggota merupakan sebahagian daripada amanah terhadap diri yang ditentukan dalam agama Islam, seperti sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: Bahawa untuk badanmu ada haknya yang wajib kamu berikan kepadanya. (Hadith riwayat al-Daruqutni)

Kebersihan rohaniah dan memelihara anggota daripada digunakan untuk perkara yang dilarang oleh Allah (S.W.T.) menjadi tanggungjawab dan tuntutan yang terkandung dalam pengertian amanah. Mata yang dikurniakan oleh Allah ialah amanah Allah. Ia hendaklah digunakan untuk tujuan yang diredhai Allah (S.W.T.) dengan menghindarkannya daripada melihat perkara yang dilarang. Telinga hendaklah digunakan untuk tujuan yang baik dengan menghindarkannya daripada mendengar perkataan yang terlarang seperti mendengar gosip dan mendengar umpatan. Lidah menjadi amanah Allah. Ia hendaklah dijaga dan dipelihara daripada segala kejahatan. Lidah adalah lebih tajam daripada mata pedang. Jika disalahgunakan ia amat berbahaya kepada diri dan masyarakat. Lidah yang tidak dijaga dan ditundukkan kepada Allah, akan menjadi pembawa fitnah dan alat pengumpat yang merosakkan tujuan hidup dan membinasakan diri. Kerana itu lidah sebagai amanah Allah kepada

manusia hendaklah dijaga dan dipelihara dengan menggunakannya untuk tujuan yang diredhai Allah (S.W.T.).
1. Amanah Terhadap Masyarakat dan Perkhidmatan

Setiap orang memerlukan perkhidmatan orang lain dan setiap yang dimiliki oleh seseorang bukanlah pemilikan yang mutlak, tetapi menjadi amanah yang terpaksa diserahkan kepada orang lain apabila tiba masanya. Penyerahan yang berlaku itu merupakan perkhidmatan dalam hubungan kemasyarakatan dan kehidupan yang memerlukan dan bergantungan antara satu dengan yang lain. Amanah terhadap masyarakat mempunyai kaitan rapat dengan tanggungjawab manusia terhadap masyarakatnya yang anggota-anggotanya saling bergantungan dan memerlukan. Apabila pergantungan itu diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna setiap orang dipertanggungjawabkan untuk memberi perkhidmatan kepada yang lain dalam susunan dan kepentingan yang ditetapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Perkhidmatan yang dilaksanakan secara jujur dan ikhlas dalam hubungan manusia bermasyarakat merupakan penghayatan amanah yang besar ertinya dalam hidup dan penghayatan beragama. Salah satu unit masyarakat yang penting ialah unit keluarga yang terbentuk daripada suami isteri, anak-anak, ibu bapa, mertua, sepupu dan sebagainya. Dalam institusi keluarga terdapat pemimpin dan yang dipimpin, terdapat pergantungan dan saling memerlukan, terdapat tugas dan tanggungjawab. Unsur-unsur kepimpinan, tanggungjawab dan perkhidmatan yang terdapat dalamnya menjadi ciri-ciri amanah. Jika dilaksanakan dengan penuh kesedaran, jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh sehingga terlaksana segala tuntutannya, maka berlakulah amanah dan terlaksanalah tuntutan amanah. Dengan perkataan lain, isteri dan anak-anak menjadi amanah yang dipikulkan kepada suami dan ibu bapa. Jika mereka melaksanakan tanggungjawab serta memenuhi tuntutan pergantungan anak-anak dan isteri yang diamanahkan itu, maka suami atau ibu bapa itu menjadi suami dan ibu bapa yang beramanah. Ia dapat melaksanakan segala tuntutan tanggungjawab yang diberikan kepadanya sebagai kepercayaan yang diyakini dapat dipelihara dan dihormati. Isteri dan anak-anak ialah amanah Allah kepada suami dan ibu bapa yang wajib dihormati dan dipenuhi segala tanggungjawab terhadapnya.

Kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh para pengikut kepada pemimpin untuk memimpin dan mewakili mereka dalam mengendalikan hak-hak bersama menjadi amanah yang mengandungi kewajipan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Jika pemimpin itu melaksanakan tanggungjawab tersebut sebagai menghargai dan memenuhi tuntutan dan kepercayaan itu dengan jujur dan ikhlas, maka pemimpin itu menjadi pemimpin beramanah yang membawa kebaikan kepada diri dan masyarakatnya. Sekiranya tanggungjawab daripada kepercayaan dan keyakinan itu tidak dilaksanakan sebagaimana yang sepatutnya, ia merupakan pemimpin khianat yang mengakibatkan kerosakan dan kebinasaan kepada diri dan masyarakatnya. Para kakitangan dan pegawai-pegawai Kerajaan dan swasta yang diambil berkhidmat dengan Kerajaan dan syarikat-syarikat atau institusi-institusi, dibayar gaji sebagai upah kepadanya bagi melaksanakan kerja-kerja yang ditetapkan. Dari sudut ini, pegawai dan kakitangan tersebut menjadi pekerja yang dibayar upah. Majikannya berkewajipan membayar upah dan pekerja berkewajipan bekerja seperti yang ditentukan dalam perjanjian antara mereka. Jika upah diambil dan kerja tidak dilaksanakan, pekerja itu telah memungkiri janjinya, mengkhianati amanah yang diberikan dan menipu. Lebih dahsyat lagi, apabila ia menerima rasuah dan merosakkan perjanjian yang ditentukan. Upah yang diterima adalah haram dan hasil rasuah juga adalah haram. Di samping itu, pegawai-pegawai Kerajaan yang berkhidmat kepada rakyat, secara langsung memegang amanah Kerajaan dan rakyat yang memberi mandat kepada Kerajaan itu. Jika upah diterima sepenuhnya, sedangkan perkhidmatan tidak diberikan secara sempurna, ia bukan sahaja menipu dan mengkhianati Kerajaan, tetapi menipu dan mengkhianati masyarakatnya. Ini tidak dikira sama ada Kerajaan itu baik atau tidak baik, fasik atau tidak fasik. Selagi tidak menyuruh melaksanakan kerja maksiat, maka upah yang diterima mestilah dibayar dengan khidmat seperti yang dipersetujui. Selain kewajipan memenuhi syarat perjanjian, seseorang pegawai kerajaan diberikan tanggungjawab dan tugas yang melibatkan hak-hak orang ramai dan rakyat. Ini kerana kerajaan itu memegang amanah Allah (S.W.T.) dan amanah rakyat. Tanggungjawab dan tugas itu merupakan amanah Allah (.S.W.T) dan rakyat yang diserahkan kepada seseorang pegawai untuk melaksanakannya dengan berasaskan syarat-syarat perjanjian yang dipersetujui oleh kerajaan dan pegawai berkenaan. Ini bermakna, seseorang pegawai memegang amanah, di samping bekerja untuk memenuhi syarat-syarat perjanjian yang telah dipersetujui. Lalai menjalankan tugas bukan sahaja mengingkari perjanjian, tetapi juga mengkhianati amanah. Perbuatan ini berlawanan dengan perintah Allah dan Rasul-Nya

supaya beramanah. Sedangkan amanah itu menjadi sifat dan ciri keimanan yang amat penting sehinggakan Rasulullah (S.A.W.) pernah bersabda: Tiada iman pada orang yang tidak beramanah. (Hadith riwayat Ahmad)

Lalai melaksanakan tugas juga melanggar atau mengingkari perjanjian adalah menjadi ciri orang munafiq. Ini kerana salah satu sifat yang disebut oleh Rasulullah (S.A.W.) sebagai tanda bagi orang munafiq adalah mengingkari janji, sama ada berjanji dengan orang Islam atau orang kafir. Rasulullah (S.A.W.) bersabda: Tiga perkara yang jika terdapat salah satu daripadanya, bererti terdapat tanda munafiq sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengakui dirinya seorang Islam iaitu apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia memungkirinya dan apabila diamanahkan ia mengkhianatinya. (Hadith riwayat Abu al-Syaikh)

Oleh kerana harta benda, sumber alam tabii seperti minyak dan gas, kuasa, pangkat, ilmu pengetahuan, pancaindera, nikmat dan kurnia Allah (S.W.T.) merupakan amanah, seorang mukmin harus menggunakannya dengan cara-cara yang diredhai oleh Pemilik Sebenar (Rabb al-Alameen) supaya kesejahteraan sosial dapat dicapai dan manfaatnya dapat dirasai oleh manusia dan makhluk Allah (S.W.T.) yang lain. Penggunaan nikmat dan anugerah Allah (S.W.T.) ini secara tidak bermoral atau beretika akan dianggap sebagai maksiat, kemungkaran dan pengkhianatan terhadap Allah (S.W.T.) dan Rasul-Nya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anak itu hanyalah sebagai cobaan. Dan sesungguhnya di sisi Allahlah terdapat pahala yang besar. (AlQuran 8:27-28)

Menepati janji, memenuhi tuntutan sebarang kontrak yang halal walaupun dengan orang yang bukan beragama Islam, tidak menipu atau curang dalam sebarang transaksi kewangan atau perniagaan, tidak cuai atau malas dalam menjalankan tugas yang dipikul dan urus tadbir yang telus, bersih dan cekap juga merupakan cabangcabang sifat amanah, kerana semuanya berkaitan dengan sikap jujur dan sikap menjaga atau memelihara dengan sebaik-baiknya apa saja yang diterima seseorang

sebagai tanggungjawabnya. Allah (S.W.T.) memerintah seperti maksud ayat-ayat berikut: Dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya. (Al-Quran 17:34)

Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu, yang menyebabkan tergelincir kakimu sesudah kukuh tegaknya, dan kamu rasakan kemelaratan (di dunia) kerana kamu menghalang (manusia) dari jalan Allah. Dan bagimu azab yang besar. (Al-Quran 16:94)

Menjelaskan hutang mengikut apa yang dipersetujui dan dijanjikan adalah sebahagian daripada sifat amanah. Tetapi banyak sekali orang Islam terlibat dalam perangkap hutang piutang dan banyak pula yang mengabaikan pembayaran hutang. Amanah ini wajib ditunaikan dan Allah (S.W.T.) mencintai orang-orang yang membayarnya. Tidak mahu membayar hutang ialah perbuatan berdosa yang terpaksa ditanggung di hari kemudian nanti dengan segala azab dan kesengsaraannya. Sabda Rasulullah (S.A.W.): Semua dosa orang mati syahid akan diampuni kecuali masalah hutang piutang. (Hadith riwayat Muslim)

1. Sifat Ikhlas

Manifestasi amanah dalam bentuk kerohanian juga boleh dikaitkan dengan sifat ikhlas yang wujud di dalam hati seorang mukmin. Keikhlasan timbul daripada kesedaran rohani bahawa Allah (S.W.T.) sentiasa mengetahui dan melihat apa yang terlintas dan terkandung di dalam hati sanubari seorang mukmin. Hatinya sedar bahawa Allah (S.W.T.) hanya menerima perbuatan yang didorong oleh niat yang baik, bukan oleh niat yang buruk atau oleh hawa nafsu. Nilai moral atau etika sesuatu amal perbuatan, menurut ajaran Islam, sangat bergantung kepada faktor penggeraknya, sama ada ia buat dengan niat ikhlas atau dengan niat tidak ikhlas. Rasulullah (S.A.W.) telah mengingatkan orang Islam supaya

membetulkan niat sebelum membuat sesuatu perkara, supaya perbuatan itu dianggap baik dan diterima oleh Allah (S.W.T.): Sesungguhnya segala amal perbuatan itu hanya tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya hasil yang akan diraih seseorang juga sangat tergantung pada sesuatu yang ia niati. Barangsiapa hijrahnya diniati untuk Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya akan memperolehi keredhaan Allah dan Rasul-Nya. Namun barangsiapa hijrahnya diniati untuk kepentingan dunia yang hendak diperolehi atau kerana seorang wanita yang hendaki dinikahi, maka hijrahnya pun akan memperolehi apa yang ia niati. (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ini bererti bahawa sesuatu pekerjaan yang pada lahirnya bersifat keduniaan, tetapi dilakukan dengan niat yang betul serta ikhlas kerana Allah (S.W.T.), akan dinilai sebagai suatu amal soleh atau ibadah yang diterima oleh Allah (S.W.T.). Sebaliknya sesuatu amalan yang bersifat keagamaan boleh menjadi perbuatan yang tidak diterima oleh Allah (S.W.T.) kerana niatnya tidak jujur. Rasulullah (S.A.W.) bersabda: Barangsiapa mendirikan sebuah bangunan tidak secara zalim dan tidak menzalimi orang lain, atau siapa saja yang menanam tumbuhan tidak secara zalim dan tidak menzalimi orang lain, maka ia akan mendapat pahala yang mengalir selama ada makhluk Allah yang memanfaatkannya. (Hadith riwayat Ahmad)

Keikhlasan kepada Allah (S.W.T.) adalah syarat terpenting dalam mencapai kesahihan keagamaan seorang Islam sesuai dengan firman Allah (S.W.T.) yang bermaksud: Mereka tidak disuruh melainkan menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya sahaja dalam menghayati agama secara lurus... (Al-Quran 98:5)

Dengan mengikhlaskan dan memurnikan niat untuk mendapat keredhaan Allah (S.W.T.) semata-mata, seseorang akan lebih mudah melawan godaan syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa mencari kelemahan-kelemahannya. Kesedarannya bahawa Allah (S.W.T.) maha berkuasa di atas dirinya dan hanya Allah (S.W.T.) yang dapat menyelamatkannya di dunia dan di akhirat membolehkannya untuk meningkatkan keikhlasannya dari masa ke semasa. Tetapi kelemahan-kelemahan jiwa yang terdiri daripada sifat riak (suka menunjuk-nunjukkan kebaikan diri), inginkan pujian dari pihak

lain, mengharapkan pangkat dan anugerah daripada manusia akan menggugat dan seterusnya menghapuskan sifat ikhlas. Apabila sifat ikhlas sudah menjadi lemah atau tersingkir dari hati manusia, pelbagai bentuk ketidakikhlasan akan berleluasa dan agama pun akan tinggal kulitnya sahaja. Banyak sekali penyakit moral akan muncul bila ketulusan dan kemurnian niat dalam kehidupan beragama sudah luntur, akibat dari pengaruh-pengaruh kemewahan, kebendaan, harta dan takhta. Sabda Rasulullah (S.A.W.): Pada akhir zaman nanti umatku akan terbagi menjadi tiga kelompok: kelompok orangorang yang menyembah Allah dengan tulus ikhlas, kelompok yang menyembah Allah dengan riak, dan kelompok yang menyembah Allah untuk dijadikan alat mencari makan. (Hadith riwayat Al-Tabarani)

Hanya kelompok yang mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas yang mendapat kebahagiaan di hari kemudian. 8. SEBAB-SEBAB KEJATUHAN MORAL MANUSIA

Berpandukan al-Quran, kita dapati daripada kisah Nabi Adam (A.S.) bahawa faktorfaktor besar di sebalik kejatuhan Iblis ialah (a) sikap sombongnya kerana ia dijadikan daripada unsur api sedangkan Adam dijadikan daripada unsur tanah; (b) penggunaan lojik semata-mata dalam membuat keputusan apabila ia berkata, Aku lebih baik dari dia; dan (c) ingkar perintah Allah yang mengkehendaki ia sujud kepada Adam. Terkeluarnya Nabi Adam dari tempat tinggal istimewa kepada tempat yang penuh dengan pancaroba di atas bumi disebabkan oleh (d) kegagalannya mengawal diri dari mendekati pohon larangan, dan (e) kerana terpengaruh dengan tipu daya syaitan lalu melanggar larangan Allah (S.W.T.). Manusia juga mempunyai kecenderungan cintakan kesenangan-kesenangan hidup keduniaan (mata al-hayaat al-dunya) sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat yang bermaksud: Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada kesenangan-kesenangan yang diperolehi daripada wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda yang bagus, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah yang merupakan kesenangan hidup keduniaan. Dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik. (AlQuran 3:14).

Kehidupan keduniaan yang tidak disinari oleh bimbingan wahyu Ilahi digambarkan oleh Allah (S.W.T.) seperti berikut: Ketahuilah bahawa kehidupan keduniaan ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan keduniaan ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Al-Quran 57:20)

Menurut ajaran al-Quran, manusia diciptakan Allah (S.W.T.) dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Roh suci yang digabungkan dengan jasadnya datangnya daripada Allah (S.W.T.) dan ikatan roh itu dengan Allah (S.W.T.) digambarkan sebagai suatu perjanjian (covenant) yang berlaku sebelum manusia lahir dalam bentuk jasad: Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab: Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi... (Al-Quran 7:172)

Fitrah manusia yang suci ini mendorong seseorang itu untuk mengerjakan kebaikan dan mentaati Allah (S.W.T.). Tetapi fitrah itu juga dibekali dengan kapasiti untuk cenderung ke arah yang bertentangan dengan fitrah baiknya, lalu berlakulah persaingan dalam diri manusia di antara dua kekuatan dalaman; yang pertama menariknya kepada pengabdian kepada Tuhan, yang kedua menariknya supaya mengikuti hawa nafsu. Fitrah yang baik ini yang digambarkan melalui perkataan hati (qalb) perlu dijaga dan sentiasa dibersihkan, kerana apabila ia dikotori oleh dorongan hawa nafsu, ia boleh merosakkan integriti rohani dan moral seseorang itu. Ini dijelaskan oleh ayat berikut yang bermaksud: Demi jiwa (manusia) serta penyempurnaan ciptaannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu. Dan rugilah orang yang mengotorinya.

Di bawah pengaruh hawa (passion) atau dorongan Syaitan, jiwa atau hati yang kurang sedar akan tanggungjawabnya kepada allah (S.W.T.), dan yang mempunyai akal fikiran yang tidak diasuh dengan ilmu keagamaan dengan betul, mudah mengalah kepada keinginan yang bertentangan dengan nilai akhlak yang mulia atau nilai etika. Hati yang insaf akan kemahakuasaan dan kemahapengetahuan Allah (S.W.T.) serta mengharapkan balasan baik dari Allah (S.W.T.) dan takut kepada balasan buruk-Nya di dunia atau di akhirat akan menahan diri, pemikirannya dan kelakuannya daripada dikuasai oleh keinginan yang jahat atau buruk. Hati ini tidak mudah digoda oleh tipu daya Syaitan atau harapan-harapan untuk mencapai kesenangan-kesenangan kebendaan atau keduniaan kerana ia sedar bahawa semua itu adalah kesenangan atau kebahagian yang palsu kerana ia dicapai dengan cara yang berlawanan dengan hukum Allah (S.W.T.) dan nilai-nilai moral yang murni. Hati yang insaf ini dimiliki oleh orang-orang yang takut akan berdiri kelak di hadapan pengadilan Tuhannya lalu menahan diri mereka dari keinginan hawa nafsu, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka. (Al-Quran 79:40-41) Sebagai hamba Allah (S.W.T.) yang faham tanggungjawab dan amanah kepada Allah (S.W.T.), orang-orang ini akan terus berusaha dengan gigih dan ikhlas untuk melakukan reformasi diri (tazkiyah al-nafs) dan reformasi (islah) masyarakat sesuai dengan misi moral utama umat Islam iaitu menyeru kepada kebaikan, menyuruh perbuatan yang makruf dan mencegah perbuatan yang munkar (yadcuuna ilal-khair wa yacmuruuna bil-macruuf wa yanhauna can il-munkar). Misi agung ini juga diperkuatkan oleh suruhan Nabi Muhammad (S.A.W.) kepada orang Islam supaya, Apabila seseorang daripada kamu melihat adanya kemungkaran, hendaklah ia menukarnya dengan tangan (kuasa). Sekiranya ia tidak berdaya, hendaklah ditukarnya dengan lidah (nasihat). Sekiranya ia tidak berdaya juga, hendaklah dengan hatinya (tidak menyetujui perbuatan itu). Itu adalah selemah-lemah keimanan. (Hadith riwayat Ahmad)

KESIMPULAN

Kemungkaran-kemungkaran yang wujud dalam masyarakat Malaysia hari ini dalam bentuk jenayah, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, penipuan,

manipulasi, penindasan, kezaliman, ketidakadilan, penyalahgunaan dadah, HIV/AIDS dan lain-lain berpunca dari banyak faktor. Antaranya ialah: 1. kejahilan orang Islam sendiri tentang ilmu pengetahuan agama dan moral; 2. kegagalan manusia mengawal dorongan hawa nafsu atau tipu daya Syaitan; 3. ingin cepat kaya tanpa ilmu yang betul dan usaha yang gigih;

1. ingin mendapat rasa kepuasan segera; 2. ingin mendapat kedudukan atau kuasa atau simbol status dengan cara-cara yang berlawanan dengan peraturan atau undang-undang; 3. malas berusaha dengan gigih atau mencari ilmu dan kemahiran yang berguna; 4. pengaruh persekitaran yang buruk dan tekanan rakan sebaya; 5. pengaruh rumah tangga yang tidak aman atau keluarga yang miskin; 6. latar belakang atau contoh ibu bapa yang membelakangi agama dan tidak tahu mendidik anak; 7. rangsangan nafsu seks daripada bahan-bahan lucah yang tidak dapat dikawal lagi; 8. tertipu dengan pujuk rayu pengedar dadah atau minuman keras supaya mendapat rasa kepuasan yang menyeronokkan; 9. kegagalan pihak yang berkuasa menjalankan undang-undang mencegah jenayah; 10. kelemahan dalam sistem pentadbiran, pengurusan dan penyampaian perkhidmatan; 11. pengaruh kuat budaya bebas lepas dari luar negeri; 12. pengaruh kuat budaya hiburan yang melampaui batas-batas moral atau etika; 13. pengaruh kuat iklan minuman keras, judi dan seks sejenis; 14. pengaruh kuat bahan-bahan lucah dan ganas yang berleluasa dalam pasaran; 15. pengaruh tekanan hidup melarat dan menderita kesempitan ekonomi; 16. lain-lain.

Menangani punca-punca dan sebab musabab berlakunya kemerosotan budaya dan moral merupakan tugas semua lapisan masyarakat dari pemimpin atasan kepada pekerja bawahan, dan semua institusi sosial seperti keluarga, tadika, sekolah, maktab, kolej, universiti, media massa dan masyarakat sivil. Sektor awam dan sektor swasta juga memikul tanggungjawab moral dan sosial untuk sama-sama berusaha menegakkan keutuhan budaya dan keutuhan moral dalam rangka memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan warganya mempunyai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Usaha memperkukuhkan budaya dan moral masyarakat Malaysia harus berjalan serentak dan bergabung tenaga dengan gerakan pemantapan integriti nasional yang mempunyai matlamat yang sama. Strategi pelaksanaannya melibatkan institusi-institusi keluarga, komuniti, masyarakat sivil, sosiobudaya, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran awam. Faktor penentu kejayaan Pelan Integriti Nasional juga merupakan faktor penentu keutuhan budaya dan moral iaitu: 1. Wujudnya semakin ramai pemimpin beragama Islam khususnya yang mencerminkan keutuhan budaya Melayu dan keutuhan moral Islam supaya tahap keyakinan dan kepercayaan rakyat akan meningkat. 2. Wujudnya dasar kerajaan, rancangan yang utuh dan matlamat yang jelas dan tidak bertentangan satu sama lain untuk difahami oleh rakyat, khususnya umat Islam. 3. Keberkesanan pendidikan formal dan tak formal mengenai agama dan moral, melalui pendekatan-pendekatan baru khususnya dalam institusi keluarga, sekolah, I.P.T.A. dan I.P.T.S. 4. Komunikasi dan kempen yang berkesan mengenai peri pentingnya nilai-nilai budaya dan moral melalui media massa dan organisasi-organisasi dakwah dan sukarela. Konsistensi antara mesej dan tindakan harus dijaga. 5. Wujudnya persekitaran budaya, masyarakat, ekonomi dan politik yang kondusif dan benar-benar menyokong keutuhan budaya dan moral dalam negara. 6. Pelaksanaan undang-undang dan kod-kod etika dipertingkatkan untuk menangani jenayah, semua jenis rasuah dan semua jenis penyalahgunaan kuasa. 7. Kuatnya sistem kawalan dan pencegahan dari pihak yang berkuasa dalam negeri terhadap pengaruh negatif aliran budaya bebas (permissive) dan gaya hidup yang tak bermoral yang datangnya melalui filem, T.V., video, Internet dan lain-lain saluran.

8. Penerapan etika-etika Islam dalam perniagaan, pengurusan pentadbiran dan kewangan supaya orang Islam yang berkecimpung atau mahu berkecimpung dalam bidang-bidang tersebut sedar bahawa mereka wajib mengamalkan etikaetika tersebut. 9. Kesediaan individu, pemimpin dan rakyat untuk berubah secara kualitatif ke arah matlamat mewujudkan suatu Masyarakat Bermoral yang merangkumi bidang politik, pentadbiran, perniagaan, ekonomi, budaya, seni, media massa, sukan, kehakiman, pendidikan dan kekeluargaan.

Berhadapan dengan cabaran-cabaran yang besar dan pengaruh budaya bebas yang berkembang dalam negara masa kini, tidak syak lagi bahawa usaha yang berterusan dan komitmen yang ikhlas daripada pihak kerajaan dan rakyat amat diperlukan untuk meningkatkan mutu integriti moral masyarakat Malaysia supaya matlamat negara maju mengikut acuan kita sendiri dapat dicapai. Pendekatan Islam Hadhari bertujuan membawa masyarakat Malaysia ke arah itu suatu model kemajuan dan pembangunan yang holistik, dalam mana terdapat gabungan dan perimbangan yang wajar antara kemajuan kebendaan dan kemajuan moral, agar tercapai kebaikan (hasanah) di dunia dan kebaikan (hasanah) di akhirat. Sekiranya kita membiarkan kelonggaran-kelonggaran budaya dan penyakit-penyakit moral ini menjadi lebih tenat, negara kita mungkin akan menerima nasib malang yang pernah menimpa tamadun-tamadun besar zaman dahulu seperti tamadun Romawi dan tamadun Islam di Andalusia. Runtuhnya kedua-dua tamadun yang terkenal hebat dari segi pencapaian ilmu, teknologi dan kebendaan itu didahului oleh proses kelunturan nilai-nilai moral yang berleluasa dalam masyarakat. Apabila kekuatan moral dan rohani yang menunjang integriti dan maruah bangsa dan negara lumpuh, musuh-musuh dari luar pun mengambil kesempatan untuk menyerang dan akhirnya berjaya menakluki negara-negara yang sebelum itu terkenal maju dan kuat. Seorang penyair Arab zaman moden yang termasyhur, Ahmad Shauqi Bey (1868-1932) telah mengingatkan umat Islam tentang kenyataan ini dalam sebuah rangkap syairnya yang bermaksud: Sesungguhnya bangsa-bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh, Jika akhlak mereka sudah lumpuh mereka pun akan lenyap.

Kandungan bahagian ini banyak diambil daripada buku Shaikh Muhammad al-Ghazali,

Akhlak Seorang Muslim, terjemahan Wawan Djunaedi Soffandi, Jakarta: Mustaqiim, 2001. Untuk mendapat penjelasan panjang lebar, sila rujuk kepada Mohd. Nakhaie Hj. Ahmad, Panduan al-Quran dan Hadith bagi Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1996). Sila lihat bab Amanah dalam buku Syaikh Muhammad al-Ghazali, Akhlak Seorang Muslim, op. cit., hal. 83-99. Bahagian ini diambil dan dipetik semuanya daripada Mohd. Nakhaie Hj. Ahmad, Panduan al-Quran dan Hadith Bagi Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam, op. cit., hal. 4-5. Bahagian ini juga diambil semuanya kecuali tiga perenggan yang terakhir daripada sumber yang sama, iaitu Mohd. Nakhaie Hji. Ahmad, op. cit., hal. 5-8. Bahagian ini banyak diambil daripada Shaikh Muhammad al-Ghazali, op cit., hal. 125140. Al-Quran 2:35-39, 7:11-25.

PRINSIP 9
PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI
Oleh : Prof Mohd Yusof Haji Othman Universiti Kebangsaan Malaysia Pendahuluan Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam di persekitarannya. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii di sekitarnya. Manusia adalah khalifah Allah S.W.T. yang diturunkan ke dunia ini sebagai pentadbir dan pengurus yang bertanggungjawab ke atas pembangunan di dunia ini. Sebagai khalifah, manusia diberikan Allah S.W.T. kemampuan untuk memahami ciri-ciri tabii alam secara terbatas. Tujuannya tidak lain semata-mata untuk memudahkan urusannya dalam mentadbir alam ini.

Secara tabiinya alam ini berada dalam keadaan seimbang dan koheren antara satu dengan yang lain. Setiap satu memerlukan antara satu dengan yang lain; saling menyokong dan saling membantu. Sayangnya, alam usaha untuk membangun alam ini, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengeksploitasi alam tabii ini secara berlebih-lebihan dengan menggunakan pemahaman sains dan teknologi mereka. Akibat daripada kerakusan. mengeksploitasi alam ini secara berlebiban. (untuk mendapat keuntungan yang lebih), keseimbangan alam tabii mula terganggu dan tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, gelombang besar tsunami, hujan asid, gempa bumi, pemanasan global, pencemaran alam sekitar, perubahan cuaca dan sebagainya, semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan. oleh tangan-tangan manusia. Memang alam ini perlu terus dibangunkan, keselesaan hidup perlu ditingkatkan, teknologi perlu dibangunkan selaras dengan keperluan manusia, namun apabila keseimbangan alam tidak dikekalkan, kita mengundang mala petaka hasil perbuatan tangan kita sendiri. Menyedari kepincangan dalam proses pembangunan ini, beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telahpun dilakukan dan diusabakan oleh UNDP (United Nation Development Programme) untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi Rio dejenerio (1993) danProtokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam. Untuk mengatasi semua ini, alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya masyarakat. perlulah diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang clijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Untuk membangunkan masyarakat Hadhari yang berteraskan kepada ajaran Islam, usaha perlulah dilakukan untuk membangunkan alam ini secara harmoni antara pembangunan manusia dan pembangunan alam sekitar, di samping berusaha terus untuk mencapai kemajuan. SAINS DAN TEKNOLOGI DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM Sains dan teknologi adalah ilmu yang berkembang seiring dengan pembangunan manusia. Ia bermula sejak daripada kehadiran manusia di bumi Allah S.W.T. ini. Sains ialah ilmu yang berhubung dengan bagaimana manusia memahami tabii alam, manakala teknologi ialah ilmu yang berhubung dengan bagaimana manusia

menggunakan ilmu sains tersebut untuk membantu manusia membangunkan alam ini. Dengan demikian, Ilmu dan teknologi tidak dapat dipisahkan sebagaimana kita ticlak dapat memisahkan antara ilmu dengan amal. Ilmu agama pula adalah ilmu yang menerangkan kepada kita apakah tujuan dan matlamat sebenar kehidupan di dunia yang sementara ini. Kedua-dua ilmu ini saling diperlukan dalam kehidupan manusia sehingga pujangga pernah menyebut, 'Sains tanpa agama, buta. Agama tanpa sains, tempang' Keseimbangan alam tabii akan terjejas sekiranya manusia hanya menguasai ilmu sains dan teknologi tetapi mengabaikan ilmu agama. Untuk memahami bagaimana sains dan teknologi yang dibangunkan tanpa ilmu agama yang kukuh boleh mendatangkan kemudharatan kepada alam sekitar, marilah kita lihat pengertian sains dan teknologi sebagaimana yang ditanggapi hari ini. Asal usul kejadian dan tabii alam merupakan suatu perbincangan yang berterusan sepanjang zaman sama ada daripada kalangan ahli sains dan juga agama dalam pelbagai disiplin ilmu. Perbincangan ini pernah menjadi konflik dan pertentangan antara golongan agama dengan golongan sains tabii terutamanya dalam konflik antara ahli sains Barat Moden dengan golongan gereja (Sayid Mujtaba dan Musawi Lari 1979). Pertentangan antara golongan gereja dan ahli sains Barat Moden ini akhirnya mengakibatkan Galileo dipenjara, walaupun sebelumnya beliau pernah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah, termasuk menjadi tetamu kepada Pope sendiri (Bueche 1986 dan Garg 1990). Namun konflik seumpama ini ticlak pernah berlaku di kalangan umat Islam secara serius. Namun demikian, wujud beberapa kekeliruan tentang tanggapan dan keutamaan ilmu sains dan teknologi di kalangan umat Islam. Terdapat juga di kalangan mereka yang cuba melihat al-Qur'an semata-mata daripada perspektif sains, manakala sebahagian lagi menolak ilmu sains kerana dianggap bersifat duniawi. Kita merasakan kekeliruan ini terjadi kerana wujudnya salah faham tentang falsafah dan konsep sains itu sendiri. Apatah lagi apabila sains dijadikan sebagai salah satu falsafah hidup yang juga dikenali sebagai saintisme (Sulaiman Nordin 1992). Kekeliruan ini dapat dikurangkan sekiranya kita dapat 'mendamaikan' dan mensepadukan antara kedua-dua disiplin ilmu tersebut. Sudah tentu dalam kehidupan seharian, kedua-dua disiplin ilmu ini amat penting untuk difahami dan diamalkan. Sehingga kini jawapan tepat tentang kejadian alam mengikut perspektif sains belum lagi ditemui, malah sains terus berkembang sewaktu ia cuba menjawab fenomena kejadian alam ini. Namun demikian, ini tidak bererti yang sains tidak menyumbang apa-apa dalam menerangkan segala fenomena di alam ini. Polemik yang berterusan dalam menerangkan kejadian alam ini terus berlaku di kalangan ahli-ahli sains hingga kini. Nama-nama ahli sains Barat seperti Darwin, Galileo, Newton, Faraday, Einstein dan terakhir ini Hawking sering disebut apabila membicarakan tentang kejadian alam.

Hawking misaInya cuba melihat hubungan antara masa, ruang dan jirim dalam usaha menerangkan asal-usul alam ini (Hawking 1988). Malah secara amnya hampir semua ahli sains asas tabii yang berorientasikan fizik, kimia dan biologi mengasaskan kajian mereka berdasarkan kepada usaha untuk menerangkan asalusul kejadian alam; sama ada menerangkan tentang teori alam semesta, teori keatoman, teori gerakan jasad, termodinamik, teori genetik atau sebagainya. Dalam Islam, perspektif alam adalah lebih luas. la bukan sekadar menerangkan tentang alam fizikal (kejasmanian) sahaja, malah menerangkan tentang alam lain yang ticlak dapat dicerap olch pancaindera atau alat penderiaan yang lain. Kewujudan alam lain ini (termasuk alam ghaib, alarn kubur clan alam akhirat) adalah di luar kemampuan manusia untuk memahami dan mengetahuinya, apatah lagi untuk menerangkan asal usul kejadiannya. Perspektif alam yang lebih luas ini akhirnya menuntut manusia menyembah Allah S.W.T. dengan sebenar-benarnya (takwa). Lebih daripada itu, al-Qur'an mengajak manusia supaya dapat berfungsi sewajarnya di dunia ini denga menerangkan tujuan dan matlamat hidup seseorang. Dengan demikian, al-Qur'an bukan sahaja mengajak manusia untuk memerhatikan segala fenomena yang membentuk alam semesta ini semuanya, malah mengajak kita berinteraksi sewajarnya dengan alam ini. Dengan demikian, persoalan adab, akhlak, tanggungjawab clan halhal yang berhubung dengan keimanan merupakan teras utama ajaran al-Qur'an, di samping ilmu sains dan teknologi itu sendiri. Walaupun ilmuan Islam ticlak menolak sains dan teknologi sebagai salah satu disiplin ilmu, namun isu yang dibangkitkan oleh golongan agamawan ke atas ilmu sains clan juga tanggapan ahli-ahli sains terhadap agama boleh menimbulkan konflik yang boleh memundurkan umat Islam itu sendiri, dan juga kesan negatif kepada pembangunan negara. PENGERTIAN SAINS Sains tulen dikenali juga sebagai sains tabii, sains yang membicarakan tentang alam tabii, sifat tabii alam, sama ada sifat objek itu sendiri atau sifat objek itu sewaktu berinteraksi dengan persekitarannya. Ilmu sains tulen ini ticlak melibatkan hal-hal yang berhubung dengan persoalan nilai keinsanan manusia. Menurut Peter Medawar (1984), sains ialah ilmu yang teratur yang diambil daripada perkataan, Isienz, ciens, cience, siens, syence, syense, scyence, scyense, scyens, scienc, sciens, scians'

dengan kata clasarnya diambil daripada perkataan Iscientia' yang bermaksud 'knowledge' (ilmu). Tetapi tidak semua ilmu boleh dianggap ilmu sains. Yang dimaksudkan dengan ilmu sains adalah; 'ilmu yang maklumatnya (hasil daripada pengamatan fenomena alam tabii) dijana dan dikembangkan secara bersistem dengan kaedah-kaedah tertentu berdasarkan premis tertentu oleh pencerapnya sehingga menumpukkan pengetahuan yang boleh dipercayai, sama ada melalui eksperimen atau hujah mantik secara teori' Kebenaran yang ingin dicari dalam sains tulen bukanlah kebenaran untuk memenuhi kepuasaan beragarna atau kepuasan rohani, sebaliknya kebenaran yang dapat dicapai dalam sains tulen adalah kebenaran mantik pernikiran akal yang berdasarkan kepada kebenaran pentakulan. Kepada Medawar, kebenaran sains merupakan kebenaran yang bersandarkan kepada gawang (gol) yang ingin dicapai oleh kerja yang dilakukan oleh ahli sains melalui apa yang disebut sebagai 'asimptot', yakni suatu kebenaran yang tidak konklusif, yang masih boleh dipertikai dan dikritik, tetapi diandaikan demikian. Sains hanya memberikan suatu arah ke mana kajian sains boleh dilakukan, tetapi tidak mempunyai matlamat akhir yang ingin dituju. Dengan demikian, penerokaan dan matlamat sains akan berubah, tidak mutlak. Hujah Medawar ini disokong pula oleh Fritjof Capra (1992) sewaktu berhujah dengan David SteidalRast dan Thomas Matus, yang menyebut bahawa teori sains yang dikemukakan oleh ahli sains juga tidak mutlak dan kekal, tetapi turut berubah apabila sesuatu penemuan baru ditemui kemucliannya. Contoh yang jelas diberikan oleh Capra adalah tentang teori yang berhubung dengan 'ether", yang satu ketika dianggap ada, tetapi kemudiannya terbatal apabila teori kenisbian dan kedualan atom ditemui. Malah sekarang ini pun, teori yang berhubung dengan angkutan elektron secara klasik tidak dapat digunakan untuk menerangkan proses angkutan elektron dalam sesuatu pepejal, apatah lagi bahan baru seperti superkoncluktor. Dengan kata lain, teori sains ticlak mutlak, tetapi berubah apabila masa beredar dan apabila penernuan-penemuan baru ditemui. Bagi Shaharir Mohamad Zain seperti yang dinyatakan dalam bukunya Pengenalan Falsafah Sains (1987), takrif sains yang biasa didokongi oleh kebanyakan sarjana dapat dinyatakan sebagai; 'Sains berupa analisis fenomenon secara sistematik, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai'.

Takrifan ini memang mempunyai banyak kelemahannya, malah tidak lagi dianggap tepat. Kritikan kepada takrifan ini dibicarakan dengan panjang lebarnya dalam buku tersebut clan pengemaskiniannya dalam suntingan terbarunya (Shaharir, 1998). Secara amnya, dapat kita katakan bahawa sains tulen ialah ilmu sains yang berpaksikan kepada bagaimana manusia mampu untuk mencerap clan memerhati alam tabii yang berkelakuan mengikut fitrahnya. Hasil pencerapan secara sistematik ini kemudiannya dihujah dan dianalisis secara mantik clan objektif, dilakukan eksperimen dan perbandingan dengan andaian teorinya. Pengetahuan ini terus dipupuk dan dikembangkan kemudiannya untuk menambah khazanah keilmuan sains itu sendiri.

PREMIS SAINS TAB11 Premis ilmu sains tabii, claripada segi matannya, telah dibicarakan oleh Shaharir (1998) yang menunjukkan kekurangannya mengikut perspektif Islam, dan ini tidak diulangi perbincangannya di sini. Menurut Toby E. Huff (1995), falsafah sains tulen menghendaki tiga andaian asas: Pertama, ahli sains perlu yakin dan percaya bahawa alam tabii adalah dalam susunan yang rasional dan teratur. Ini bererti bahawa alam tabii adalah saling berhubung antara satu dengan lain (koherens), teratur. Kedua, hujah sains mengandaikan manusia mampu untuk memberi alasan dan sebab musabab, dan mempunyai kemampuan akal untuk memahami tabii alam. Namun demikian, ahli sains juga memahami bahawa teori tertentu tentang sesuatu fenomena sains tabii mungkin salah pada sesuatu ketika, dan dalam masa yang sama kita mungkin tidak dapat mengetahui segalagalanya tentang tabii sesuatu fenomen.a. Tetapi ahli sains yakin bahawa akhirnya nanti manusia mampu juga memberikan alasannya menerusi penyiasatan mantik. Ketiga, falsafah sains tabii mengandaikan yang semua orang, lelaki clan wanita, dibenarkan menggunakan kuasa sebab musabab - menyoal segala-galanya tentang kebenaran sains yang didakwanya, termasuklah hal-hal yang berhubung dengan agama, politik dan etika. Akhirnya, dengan alasan clan rasional yang diberikan, sernua orang akan memberikan kesimpulan yang sama tentang apa yang dicerap atau diamatinya. Ketiga-tiga premis sains ini akan membenarkan semua orang bertanya dan mencabar tentang amalan tradisi yang didasarkan kepada penemuan sains, termasuklah

mencabar tentang kesahihan hujah yang dikemukakan dalam kitab-kitab agama yang berwibawa termasuk Kitab Injil, Zabur dan al-Quran sendiri. Hujah-hujah beginilah yang menyebabkan segolongan ahli sains terkemuka dipenjara dan dihukum oleh golongan gereja pada awal kebangkitan sains Barat. Dengan premis sains ini, ahli-ahli sains (yang menclokong pemikiran sains Barat ini) memutlakkan akal pemikiran dan menolak segala-galanya yang tidak dapat dirasionalkan oleh akal dan pemikiran manusia. Premis sains ini mungkin berbeza dengan premis ilmu yang lain seperti ilmu yang membicarakan tentang persoalan adab clan akhlak, sahsiah dan jati diri insan, clan ilmu yang berhubung dengan keinsanan insan yang lainnya. Malangnya, sekiranya ilmu sains kernanusiaan juga dirujuk kepada hal-hal yang saintifik sahaja, maka persoalan keinsanan itu sendiri disempitkan dan dibataskan kepada yang boleh ' dimantikkan' semata-mata, sedangkan aspek pembangunan manusia merupakan aspek pembangunan keseluruhan potensi insan yang juga melibatkan hal-hal yang berhubung dengan pembangunan rohani, saksiah, adab, akhlak dan perilaku diri insan yang tidak boleh dimantikkan. PENDEKATAN AL-QURAN TENTANG SAINS AI-Quran tidak menggunakan pendekatan yang digunakan oleh sains Barat, malah alQuran tidak memerlukan kepada kaedah sains Barat untuk menerangkan sesuatu. Dengan kata lain, pendekatan al-Quran jauh melebihi pendekatan yang berdasarkan kepada mantik dan objektif. Namun demikian, kerana Allah S.W.T. menjadikan manusia sebagai khalifah yang tugas utamanya adalah untuk mengurus, mentadbir dan memakmurkan alam ini, maka Allah S.W.T. membekalkan manusia dengan kemampuan untuk memahami tanda-tanda-Nya; mengetahui tabii, perlakuan dan fenomena alam, sebagaimana FirmanNya; 'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda -tanda bagi orang yang berakal '. (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata). " Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka" '. (Surah Ali 'lmran: 190-191) Walaupun pada sekali imbas ayat ini membicarakan tentang fenomena alam, sama seperti pendekatan sains tabii tentang kejadian langit dan bumi dan kejadian silih bergantinya malam dan siang, namun daripada perspektif Islam menurut Hamka (1984) dan Abdullah Yusof Ali (1978) ayat ini lebih menekankan kepada tanda-tanda

kebesaran Allah S.W.T. clan konsep keimanan manusia kepada Tuhannya dan juga konsep tauhid. Dengan erti kata lain, apabila orang yang beriman meneroka al-Quran, dan dalam penerokaannya itu menggunakan kaedah pencerapan terhadap fenomena kejadian alam, di samping memperoleh maklumat tentang sifat tabii alam dan segala apa yang ada padanya (ilmu sains), manusia tersebut akan menambahkan keimanannya terhadap Allah S.W.T.. Firman Allah S.W.T. dalam surah Faathir, yang bermaksud; 'Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. Dan demikian (pula) antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama'. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun' (Surah Faathir : 27&28) Dalam ayat ini, Allah S.W.T. menerangkan bahawa golongan yang digelar ulama' adalah golongan yang dapat memahami tabii alam dengan melihat dan mencerap bagaimana kejadian fenomena hujan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai spesis. Perbezaan antara tumbuhan yang terdapat di bahagian gunung yang tinggi dengan tumbuhan yang berada di kawasan tanah rendah di bahagian bawah gunung. Begitu juga dengan melihat kejadian gunung-ganang yang berbeza yang memberikan hasil yang berbeza pula kepada manusia. Ahli sains memahami bahawa gunung mempunyai pelbagai jenis; ada gunung batu kapur, ada gunung daripada batu granit yang setiap satunya berguna untuk manusia. Begitu juga dengan kejadian kehiclupan binatang buas clan binatang ternakan yang boleh diambil manfaat daripaclanya; kedua-duanya mempunyai ciri yang berbeza-beza. Begitu pula dengan kejadian manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang mempunyai pelbagai adat resam dan budaya. Semuanya ini menunjukkan tentang simbiosis clan tentang perbezaaan kejadian makhluk Allah S.W.T. tetapi saling memerlukan antara satu dengan yang lain, yang menjadikan kehidupan alam ini keseluruhannya berada dalam harmoni clan dalam tabii tertentu. Pastinya seorang ulama' bukan seorang pemerhati alam tabii dan alam manusia secara bebas dan membuta tuli, tetapi mereka adalah yang mempunyai ikatan rohani yang tinggi dengan Tuhannya. Atas segala penciptaan yang dilihat dan cerapinya, ia mempunyai pertautan

hati dan nurani yang finggi dengan Tuhannya sehingga menimbulkan ketinggian iman dan rasa tanggungjawab terhadap makhluk dan Tuhannya. Allah S.W.T. menyatakan demikian ini di dalam ayat yang dihuraikan di atas untuk menunjukkan bahawa manusia sebagai makhluk yang diangkat martabatnya sebagai khalifah, diberikan kemampuan untuk melihat fenomena alam dan berusaha pula untuk mengambil manfaat daripada kejadiannya, dan dalam masa yang sama mampu meletakkan dirinya sebagai seorang hamba yang takut kepada Allah S.W.T. seutuhnya. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1987), 'Mengikut Pandangan Islam, alam ini benda Yang baru, daripada tiada kepada ada. Masa wujud apabila alam ada. Mengikut pandangan aliran al-Asy'ari dan aliran tasawivuf, kejadian alam dan segala fenomenanya amatlah berbeza daripada pandangan Barat. Tasuwwuf di sini mestilah difahami mengikut istilah Islam yang asal, bukan 'tasawwuf' pada zaman kini yang berselindung di sebalik nama yang bermacammacam jenis 'tareqat' yang menyeleweng itu, dan ini menjadi contoh betapa istilah Islam telah ternoda. Mengikut aliran ini, kejadian alam ini terus menerus berlaku lalu digelarnya alam ini sebagai alam fana. Ini menunjukkan Tuhan dalam Islam sentiasa bertanggungJawab kepada semua kejadian dahulu, sekarang dan akan datang. Tuhan tidak berada di luar alam sebagai pemerhati, tidak juga Tuhan yang kini berehat seperti yang digambarkan di dalam falsafah Yunani dan Kristian itu serta yang mendominasi pemikiran ahli-ahli sains Barat kini. Lagi pun alam dalam Islam bukan alam kejasmanian sahaia, malah ada lagi alam-alam lain, umpamanya alam arwah, alam musyahadah dan alam rohani. Keadaan inilah yang memberikan landasan perbezaan besar antara falsafah sains Barat dengan falsafah sains Islam. Mengikut pandangan Islam juga, atom itu bukan benda yang difahami oleh ahli falsafah Yunani dan diwarisi oleh ahli sains Barat itu. Atom hanya berupa pen- cirian pergerakan yang ada hubungannya dengan kekuasaan Tuhan. Ini memberi implikasi yang besar kepada prinsip kebersebaban dalam Islam. Dalam Islam, seseorang dianggap kafir jika ia beriktiqad prinsip kebersebaban itu WAJIB berlaku, umpamanya dengan beriktiqad 'api wajib membakar' kerana dalam hal api itu, misaInya, mengikut surah al-Baqarah, Nabi Ibrahim a.s. tidak terbakar langsung apabila baginda dicampakkan ke dalam unggun api yang bergejolak. Prinsip kebersebaban Barat itu malah tercabar apabila seseorang mempertimbangkan keadaan penganut-penganut Hindu yang berjalan di atas api yang membara. Pendeknya, prinsip ini berlaku mengikut sunnah Allah S.WT sahaja. Allah S.WT sengaja menjadikan kebiasaan berlaku sebab-musabab kerana jika Allah S.WT tidak berbuat demikian, nescaya manusia menjadi kacau-bilau, manusia tidak mungkin mendapat sedikit pun daripada ilmu-Nya kerana segala yang dicerapi oleh manusia asyik bertakar sahaja!. Walau bagaimanapun Allah S.WT seringkali

menunjukkan kekuasaan-Nya yang luar biasa dengan menjadikan benda-benda yang tidak dapat difahami oleh manusia menerusi sebarang mekanisme sains, yang mereputasikan prinsip kebersebaban. Umpamanya mukjizat yang berlaku kepada nabinabi yang wajib dipercayai, dan kisah-kisah aneh yang berlaku kepada wali- wali Allah SWT dan kepada mereka yang menerima hidayuh dan hikmah daripada Allah SWT' Ternyata wujud perbezaan yang amat besar tentang kaedah, prinsip dan falsafah dalam menerangkan fenomena alam antara sarjana sains Barat dengan Islam.

ASAS PEMBANGUNAN ILMU SAINS Apabila kita membicarakan tentang konsep alam menurut perspektif sains, maka kita tidak boleh lari daripada memperkatakan tentang bagaimana ahli sains mencerap fenomena alam dan mendapat maklumat dan makna daripada pemerhatiannya. Ini berbeza dengan perspektif dan pendekatan Islam. Secara ringkasnya, ilmu sains dibina berdasarkan kepada dua kaedah utama yang disebut sebagai; i - Kaedah Induksi Kaedah Induksi ialah kaedah untuk mencapai sesuatu pengertian umum tentang sesuatu fenomena alam yang dicerap. Induksi dibina berclasarkan kepada pengalaman clan anclaian khusus. Secara ringkas, proses induksi terdiri daripacla tiga peringkat berikut:

menganggap semua fenomena ada hubungkait antara satu dengan yang lain. melakukan pencerapan, percubaan dan analisis sehingga dapat menghasilkan kesimpulan yang sama dan umum. dapat dibuktikan kesahihan kesimpulan yang dicapai.

Masalahnya, kaedah induksi mengandaikan pengguna kaedah ini tahu segala fakta yang berkaitan dengan fenomena tersebut dan hubungan fenomena ini dengan parameter luaran yang lain. Dengan demikian, ahli sains yang melakukan analisis menggunakan kaedah ini berkecenderungan untuk mempermudahkan hubungan sesuatu parameter dengan parameter yang lainnya. Pada hakikat sebenarnya, andaian muclah begini fidak terjadi. Ini pernah dijelaskan oleh Fritjof Capra melalui dialognya dengan Thomas Matus clan David Steidl-Rust (1992) seperti yang dinyatakan sebelum ini.

ii Kaedah Deduksi Kaedah Deduksi ialah suatu kaedah sains untuk menyimpulkan fenomena alam yang diambil daripacla kesimpulan yang umum. Daripada kesimpulan yang umum ini dijangkakan sesuatu fenomena yang lain. la menggunakan pendekatan yang selalu juga disebut sebagai (logical-positivisin); pemikiran yang logik dan positif. Terdapat tiga konsep asas yang menjadi landasan kepada kaedah deduksi ini: * pengkelasan; yakni mengkelaskan sesuatu objek dalam set tertentu. * perbandingan; Cuba menghubungkan antara set kelas dan membandingkannya antara satu dengan lain kelas, dan * pengkuantitian; mengkuantitatifkan segala fenomena yang dicerap. Fenomena alam ini Cuba dikuantitatifkan melalui suatu rumusan matematik dan dinyatakan secara hukum tertentu. Hubungan antara parameter dan fenomena yang dicerap, yang dinyatakan secara hubungan kuantitatif ini, kemudiannya dijangkakan untuk meramal fenomena yang lainnya. Kelemahan kaedah deduktif ini adalah ticlak sernua jangkaan itu mempunyai kekuatan dan boleh digunakan dalam semua fenomena. Misalnya fenomena gerakan galaksi dan cakrawala (relativiti) ticlak boleh digunakan dalam fenomena gerakan di alam biasa (klasik) dan di alam zarah (kuantum). Umumnya dapat kita katakan bahawa pembangunan ilmu sains bergantung kepada bagaimana perolehan ilmu diperoleh melalui kajian sains yang dijalankan. Ini berbeza dengan kaedah perolehan ilmu dalam Islam. Menurut Syed Muhammad Naquib (1987) perolehan ilmu dalarn Islam berclasarkan kepada tiga sumber berikut: * c Ainul yaqin - (panca indera yang waras) atau dikenali juga sebagai swapersepsi (selfperception - tanggapan diri), yakni bagaimana manusia membuat tanggapan diri berdasarkan kepada kebolehannya untuk mencerap fenomena di alam ini. * Khabar turun-temurun yang benar daripada orang-orang yang berwibawa . Ini terbahagi kepada dua iaitu nabi-nabi (al-ulum naqliyah) yang wajib dipercayai dan daripada orang yang berilmu yang tidak boleh disangsikan. Maknanya, Ilmu diterima daripada sumber yang boleh dipercayai dan diyakini kebenarannya yang disampaikan daripada sesuatu sumber. Nalaran atau takulan, iaitu berlandaskan kepada akal yang rasional, menerusi kaedahkaedah sains yang diperakui pada sesuatu masa. Kaedah sains ini dibuat sedemikian

rupa sehingga asas-asas takulan itu boleh diterima untuk mengesahkan kebenaran sesuatu fenomena yang dicerapi. Sumber ilmu sains Barat yang berdasarkan kepada sama ada kaedah induksi atau deduksi, adalah berdasarkan kepada proses pencerapan, menganalisis melalui proses takulan tertentu dan kemudiannya cuba dilakukan kesimpulan terhadap pemerhatian tadi. Kesimpulan ini perlu seumum mungkin agar dapat diterima oleh semua orang di sebarang tempat. Sains Barat tidak memperakui sumber intuisi atau ilham atau yang seumpama dengannya, kerana mereka faham intuisi itu datang dengan tiba-tiba dan dengan sekonyong-konyong, tidak semena-mena, tidak tahu bagaimana datangnya dan intuisi ini tidak pula memerlukan kepada pentahkikan awam, sedangkan bagi sains Barat pentahkikan awam inilah merupakan ciri sains yang terpenting. Seterusnya, Syed Muhammad al-Naquib al-Attas (1987) menambah, 'Sains Barat memperakui satu komponen akal sahaja yang bertanggungjawab kepada penalaran atau taakulan, sedangkan sains Islam membahagikan akal kepada dua, aqal juz'iyy (yang diterima um um) dan aqal kulliyy (yang mencirikan kalbu dan bertanggungiawab menerima hikmah dan intuisi Islam itu). jelaslah betapa besarnya beza sumber-sumber ilmu sains secara Islam dengan sumber-sumber ilmu sains Barat. Inilah juga hal-hal yang merupakan Iandasan yang membezakan falsafah sains Islam dengan sains Barat. Tidak syak lagi, penghayatan sains Islam melahirkan sains yang amat berbeza dengan sains yang ada sekarang (sains Barat) bukan sahaja daripada segi falsafah, bahkan juga daripada segi arah perkembangannya untuk kesejahteraan umat manusia sejagat' Dengan perbezaan asas ilmu ini, penjelasan tentang fenomena alam dan kejadian alam itu sendiri adalah berbeza antara perspektif Islam dan sains Barat kini. Sarjana Islam tidak menolak kepentingan memahami tabii alam, kerana memang manusia dijaclikan Allah S.W.T. untuk mentadbir dan mengurus alam ini. Untuk mentadbir clan mengurus alam, manusia clibekalkan oleh Allah S.W.T. kernampuan memahami tabii alam, tetapi dengan penuh tanggungjawab kepada Allah S.W.T.. Dalam perspektif sarjana Barat, Tuhan tidak ada dalam perhitungan manusia untuk memahami alam. Dengan demikian, usaha manusia memahami alam adalah semata-mata untuk mengambil manfaat daripadanya. Ahli-ahli ekonomi dan perniagaan, dan orang yang mempunyai kepentingan tertentu pula menggunakan kepakaran ahli sains untak menjana lebih banyak kekayaan. Akibatnya alam ini terus diterokai tanpa mempunyai perhitungan dan tanggungjawab dengan Tuhan, yang seterusnya memusnahkan keseimbangan alam. PENCEMARAN ALAM TABII

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, ternyata terdapat dua pandangan terhadap alam; alam semula jadi dan alam tabii. Alam semulajadi adalah didasarkan kepada kepercayaan bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya, yang mempunyai peraturan tertentu dan mengikut hukum-hukum tertentu yang dimilikinya. Misalnya secara semulajadi api membakar, pisau yang tajam memotong, air dicincang tidak akan putus, objek yang dilepaskan di udara akan jatuh ke bumi clan sebagainya. Dengan kata lain, mereka mengatakan alam semulajadi berkecenderungan mempunyai tabii tertentu secara semulajadi. Satu lagi pendekatan adalah alam ini mempunyai tabii tertentu yang boleh dijangkakan. Tetapi sifat tabii alam ini tidaklah berlaku secara bersendirian kerana sifat semulajadinya. Tabii alam itu hanya berlaku sekiranya diizinkan Allah S.W.T. untuk berlaku demikian. Seperti contoh yang diberikan oleh Naquib di atas, tabii api adalah membakar. Tetapi kebolehan api untuk terbakar adalah terbatas dan tidak bergantung kepada tabiinya, tetapi sebaliknya bergantung kepada keizinan Allah S.W.T. untuk membakar. Kedua-dua pendapat ini nampaknya seiring, tetapi sebenarnya mempunyai perbezaan yang cukup besar. Satu menolak kuasa Tuhan, dan yang satu lagi Tuhan yang menentukan segala-galanya; satu melakukan aktiviti pembangunan alam berdasarkan kehendak diri yang terlepas daripada peraturan Tuhan, dan yang satu lagi melakukan aktiviti pembangunan berdasarkan keredhaan Allah S.W.T.. Satu adalah 'Ulul Al-Bab', yakni mereka yang menggunakan akal fikiran yang dikurnia Allah S.W.T. kepada mereka untuk merasai kebesaran Allah S.W.T. dan menjadikan mereka terus menjadi insan yang bertanggungjawab kepada-Nya. Manakala yang satu lagi menggunakan akal fikiran untuk memahami tabii alam tetapi untuk mengeksploitasinya semahunya untuk kepentingan diri dan masyarakat mereka. Alam tabii pada asasnya bersifat tabii. Dengan kata lain, alam ini pada dasarnya adalah mengikut fitrah clan peraturan tertentu yang ditentukan oleh Ilahi. Setiap satu memerlukan antara satu dengan yang lain seperti yang digambarkan dalam pendidikan sains peringkat asas di mana kehidupan alam ini memenuhi satu kitaran alam. Tumbuhtumbuhan misalnya, memerlukan karbon dioksida untuk hidup, clan dalam masa yang sama melepaskan oksigen ke udara. Manusia dan haiwan yang lain memerlukan oksigen untuk hidup, dan dalam masa yang sama melepaskan karbon dioksida ke udara. Dengan demikian, kandungan oksigen clan karbon dioksida akan sentiasa seimbang di udara. Begitu juga cahaya matahari menyinarkan sinarannya ke bumi. Apabila sinaran matahari menimpa permukaan air, berlakukan proses pemeruwapan air ke udara. Wap air yang berada di udara bersifat ringan, pada masa yang lama akan terkumpul di udara

dan dibawa oleh udara ke kawasan yang lebih panas. Apabila udara yang mengandungi wap air bertemu dengan objek yang lebih panas di daratan, ia akan tersejat (terkondensasi). Akibatnya air hujan akan turun menimpa bumi. Bumi yang kering akan menjadi basah, dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai jenis. Sebilangan air hujan ini akan terkumpul dan bergerak ke kawasan yang lebih rendah melalui parit dan sungai, manakala yang sebahagian lagi akan menyerap ke dalam bumi menjadi air bawah tanah atau mata air dan digunakan tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan berkembang biak dengan subur. Sungai pula menjadi tempat yang baik untuk hidupan air seperti ikan, udang, siput, rumput rampai dan sebagainya. Sungai juga merupakan medium terpenting dalam sistem pengangkutan di air. Akhirnya sungai mengalir ke laut. Proses penyejatan air terus berlaku, proses aliran air juga terus berlaku secara harmoni. Semuanya melalui suatu proses alam tabii yang amat harmoni, yang kadang-kadang disebut juga sebagai kitaran alam. Setiap satunya saling bergantung antara satu dengan yang lain dan berada dalam keadaan yang amat harmoni. Itulah indahnya kejadian alam ciptaan Tuhan, yang dapat dimanfaat oleh sernua manusia dan hidupan yang lain dalam kehidupan seharian mereka. Bayangkan apabila kitaran atau keharmonian tabii alam ini terganggu. Misalnya sungai telah dicemari dengan pelbagai sampah sarap yang dibuang ke dalarnnya tanpa sebarang tanggungjawab. Natijahnya air yang melaluinya akan tercernar dengan pelbagai bahan yang dibuang ke dalarnnya; laluan air sungai juga akan terganggu oleh sampah sarap dan bahan buangan yang lain. Akibatnya, apabila hujan turun dengan lebat, sungai tidak lagi mampu untuk menampung air yang banyak. Maka berlakulah banjir yang kadang-kadang disebut banjir kilat kerana fenomena banjir yang berlaku secara tiba-tiba kerana aliran air sungai yang tersekat yang tidak dapat menampung air hujan yang memasukinya. Sampah sarap yang terampai akan menjadi busuk (akibat proses pengoksidaan) dan meracun hidupan di dalamnya. Kalau adapun hidupan di dalamnya, semuanya suclah tercemar dengan racun (dengan bahan toksid) dan ticlak lagi boleh dimakan oleh manusia atau hiclupan yang lain. Akibatnya sungai yang menjadi sumber makanan manusia seperti ikan, udang, siput, rumpai air clan sebagainya mati atau tercemar. Sungai juga tidak boleh menjadi tempat laluan pengangkutan akibat sampah sarap yang banyak. Dengan kata lain keharmonian sungai terganggu dengan pencemaran air. Sungai yang menjadi sumber terpenting kehiclupan manusia bertukar menjadi tempat yang menyiksa manusia dan alam. Kalau dulu masyarakat merasa bahagia untuk hidup dan mendirikan rumah di tepi sungai yang hampir dengan segala kemuclahan dan bekalan rezeki daripada Allah S.W.T., kini manusia merasa terancam untuk mendirikan rumah di tepi sungai. Begitu juga dengan kejadian gunung-ganang. Gunung-ganang bersifat harmonis dengan alam flora dan fiona di persekitarannya. Sayangnya atas nama pembangunan, gunung-ganang diterokai clan dicabuli, lerengnya dipotong untuk pembangunan, sama

ada untuk pertanian, projek perumahan dan juga pembinaan jalan raya, yang dilakukan secara ticlak terancang dengan baik yang mengambil kira sifat tabii alam. Natijahnya air hujan yang turun tidak lagi disekat atau digunakan oleh tumbuh-tumbuhan, ia akan melembutkan tanah-tanih di lereng yang dipotong. Laluan airnya menjadi laju yang dapat menghakis apa sahaja yang menghalangnya. Akibatnya berlakulah tanah runtuh yang boleh merosakkan alam ini keseluruhannya. Air sungai pula membawa segala keladak dan tanah-tanih yang dibawa ke dalam sungai dan akhirnya ke muara sungai. Dasar sungai menjadi cetek, muara sungai juga akan terhalang dengan benteng pasir dan tanah yang dibawa oleh sungai. Ini akan menyukarkan mereka yang menggunakan sungai sebagai sistem pengangkutan, terutamanya para nelayan. Di sebahagian tempat di bawah permukaan bumi terclapat bekalan petroleum yang banyak. Pada asalnya petroleum merupakan sejenis batuan yang terdapat di bawah muka bumi. Petroleum terjadi akibat daripada bahan hidrokarbon (seperti tumbuhan dan binatang yang mati) yang tertekan dengan tekanan yang tinggi dan tanpa oksigen untuk jangka masa yang cukup lama (lebih claripada jutaan tahun). Apabila petroleum ini diseclut keluar ke permukaan bumi untuk dimanfaat oleh manusia untuk menjana pelbagai kenderaan, menjana elektrik dan juga pelbagai penggunaan di industri yang terdapat di atas muka bumi, tempat petroleum tadi cligantikan dengan air atau air laut. Air tidak sama dengan petroleum. Amaun minyak yang clikeluarkan daripada perut bumi amat banyak. 1 tong minyak adalah bersamaan dengan 5.78 juta BTU (British Thermal Unit). Dengan kata lain, dalam tahun 1990 dan 2001 dunia telah mengeluarkan 60.3 juta tong dan 70.0 juta tong minyak, dan dalam tahun 2010 dan 2025 dunia dijangka mengeluarkan 81.5 juta tong dan 107.8 juta tong minyak. Akibat pengeluaran minyak yang terlalu banyak dan ticlak boleh diganti, permukaan bumi tidak lagi menjadi stabil, dan dalam masa yang lama gempa bumi mungkin terjadi akibat ketidakstabilan struktur permukaan bumi. Petroleum juga adalah bahan hidrokarbon yang mengandungi unsur-unsur sulfur, karbon dan juga nitrat. Apabila petroleum dibakar di dalam enjin kenderaan dan kilang, gas-gas nitrat, sulfik dan juga karbonik akan dihasilkan. Gas-gas ini dilepaskan ke udara. Dalam keadaan kuantiti gas ini yang sedikit, ia tidak membimbangkan. Tetapi apabila bilangan kenderaan dan penggunaan minyak sudah menjadi cukup banyak, dan masyarakat perlu menggunakan sumber tenaga ini dalam aktiviti kehidupan seharian mereka, kuantiti gas beracun yang terhasil akan menjadi cukup banyak. Hasil kajian di United Kingdom mendapati, sebuah kereta salon sederhana yang bergerak sekitar 20 km sehari dengan purata perjalanannya 240 hari setahun, menghasilkan 6336 kg gas karbon dioksida setahun! bagaimana dunia dicemari dengan gas beracun hasil daripada pembakaran minyak petroleum.

Di udara, gas-gas ini akan bertemu dengan air hujan dan menjadi asid. Hujan yang turun akibat pencemaran udara menjadi hujan asid. Hujan asid boleh memudaratkan dan merencat proses f6tosintesis pada tumbuh-tumbuhan. Akibatnya pertumbuhan pokok akan terencat. Hujan asid juga akan menyebabkan berlakunya proses hakisan pada bangunan dan melunturkan cat yang dicat di bangunan-bangunan. Semua fenomena yang berlaku ini akan menyebabkan alam sekitar tidak menjadi tempat yang selamat untuk didiami. Ini baru fenomena akibat pembakaran petroleum. Data dan perangkaan ini akan menjadi lebih dahsyat lagi apabila kita melihat ujian bom nuklear yang dilakukan oleh negara maju dan begitu juga dengan pencemaran dan kemusnahan yang disebabkan oleh pengeboman dan pembunuhan di negara-negara yang terlibat dengan kancah peperangan. Gas yang dihasilkan oleh pembakaran petroleum juga merupakan gas rumah hijau. Gas rumah hijau adalah gas yang boleh memerangkap sinaran matahari dalam julat panjang gelombang yang panjang yang berada di permukaan bumi. Gas ini bertindak seperti bumbung kaca rumah hijau yang digunakan untuk menanam tanam-tanaman pada musim sejuk. Akibat fenomena ini (terperangkapnya sinaran matahari yang mempunyai panjang gelombang yang panjang), suhu di permukaan bumi di bawah lapisan atmosfera akan menjadi panas. Ada dua kesan negatif peningkatan suhu udara di permukaan bumi. Pertama, salji yang berada di Kutub Utara dan Selatan akan cair. Para saintis menganggarkan peningkatan suhu udara sebanyak 10C akan mengakibat paras air laut akan meningkat sehingga 30 cm (sekitar 1 kaki) akibat daripada salji yang cair. Sebahagian kawasan yang padat dengan penduduk adalah di sekitar pantai. Akibatnya sebahagian daripada kawasan berhampiran pantai akan berubah muka buminya. Begitu juga dengan glasier atau sungai salji akan cair akibat pemanasan global ini. Akibatnya air sungai akan melimpah dan boleh menyebabkan banjir di kawasan sekitar muara sungai. Kesan kedua adalah peningkatan suhu global yang akan menyebabkan lebih banyak air tersejat daripada permukaan bumi di sesuatu kawasan. Fenomena ini akan menyebabkan keseimbangan suhu udara di permukaan bumi akan terjejas. Akibatnya akan berlaku musim kemarau yang berpanjangan di sesuatu kawasan, manakala kawasan yang lain pula akan berlaku hujan turut dengan lebat yang boleh menyebabkan banjir clan tanah runtuh. Kesan ini telah dan seclang dirasai oleh penduduk dunia hari ini seperti kesan El Nino dan La Nina seperti yang diperkatakan ramai, yang sebelum ini tidak pernah terjadi dengan ketara. Semua fenomena ini berlaku kerana bumi sudah ticlak berada dalam keadaaan tabii dan seimbang. Dengan kata lain, sifat tabii alam terganggu akibat daripada perbuatan tangan-tangan manusia sendiri. Kita boleh menyebut pelbagai lagi contoh bagaimana alam tabii boleh tercemar akibat daripada perbuatan tangan-tangan manusia yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam sains dan teknologi, tetapi dangkal ilmunya mengenai ketuhanan yang menyebabkan

mereka tidak lagi bertanggungjawab kepada Allah S.W.T., apatah lagi kepada sesama. manusia. Kita fidak menolak pembangunan, kerana pembangunan akan menjadikan kehidupan kita lebih berkualiti dan selesa. Tetapi pembangunan yang fidak dirancang, yang fidak mengambil kira ketertiban dan keharmonian alam tabii, akan mendatangkan banyak kerosakan daripada kebaikan. Secara umumnya dapat kita katakan bahawa alam tabii bersifat harmoni, stabil dan mendamaikan. Pencemaran berlaku akibat claripada keharmonian alam tabii diganggu. Fenomena-fenomena besar seperti gelombang besar tsunami, banjir kilat, tanah runtuh, perubahan cuaca dan pemanasan. global, kemarau panjang, runtuhan salji dan sebagainya adalah akibat daripada keharmonian. alam ini terganggu. Gangguan kepada alam tabii ini adalah hasil buatan tangan-tangan manusia seperti firman Allah S.W.T. dalam surah al-Rum ayat 41 yang bermaksud, "Telah timbulpelbagaikerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbuInya yang demikian) kerana Alloh hendak merasokon mereka sebahagian daripada balasan perbuatanperbuotan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) " (Surah al-Rum: 41) Perbuatan. buruk di sini disamakan dengan. perbuatan maksiat (JAKIM, 1980). Dengan kata lain, semua perbuatan yang tidak mengikut peraturan tertentu yang bersifat tabii yang mengikut fitrah manusia dan alam adalah dianggap maksiat. Dengan demikian, perbuatan mencemarkan alam, sama ada daratan, udara atau air (sungai dan laut) adalah dianggap perbuatan maksiat. Sekiranya maksiat yang bersifat peribadi merupakan perbuatan. Manusia bersifat di luar tabii yang dilakukan secara individu (seperti minum arak, berzina, mengumpat, tidak amanah clan sebagainya), maka maksiat kerana mencemarkan alam memberi kesan juga kepada orang dan makhluk yang lain dan perbuatan ini boleh merosakkan alam keseluruhannya serta memberikan lebih banyak musibah clan bencana alam kepada seluruh alam. PEMULIHARAAN ALAM TABII Telah dibincangkan di atas bagaimana alam tabii berada dalam fitrahnya dengan mengikut peraturan dan norma-norma tertentu yang dapat diramalkan sifatnya. Sifat tabii alam ini dapat difahami dengan jelas melalui ilmu sains tabii, manakala teknologi adalah ilmu yang berhubung dengan bagaimana manusia dapat menggunakan ilmu sains untuk kepentingan manusia. Pencemaran alam pula berlaku kerana manusia, setelah memahami tabii alam ini, merosakkan tabii alam dengan aktiviti pembangunan

yang ticlak dirancang. Dengan kata lain, alam ini diterokai sambil mengabaikan keteraturan dan fitrah alam. Proses pemuliharaan alam tabii adalah proses memulih dan memelihara alam ini agar tidak rosak dan mencemarkan. Biasanya alam yang telah rosak akibat daripada kerosakan tabiinya agak sukar untuk dibaik pulih. Untuk membaik pulih, ia memerlukan proses yang terlalu lama kerana proses pengekalan sifat tabiinya sudah terjejas. Di peringkat antarabangsa, usaha yang terbaik untuk memastikan alam tidak tercemar dan rosak, dilakukan dengan mengadakan persepakatan bersama. Membangun bersama-sama, dan berusaha dengan sungguh-sungguh agar peperangan dapat dielakkan. Deklarasi yang dilakukan oleh UNDP (United Nation Development Programme) di Rio de Jenerio (1992) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan usaha yang cukup baik. Namun persoalannya sejauhmana negara-negara di dunia, terutamanya negara maju beriltizam untuk me-laksanakan perjanjian dan deklarasi ini. Di peringkat negara dan individu, usaha terbaik untuk mengekalkan alam tabii ini adalah melalui pendidikan clan berusaha pula untuk menyepadukan ilmu yang membolehkan manusia memahami alam tabii (yakni ilmu sains) dengan ilmu yang membolehkan manusia mengenal Tuhannya (yakni ilmu agama). Tetapi ini adalah suatu usaha yang sukar sekiranya manusia menerima bahawa i1mu agama adalah i1mu milik peribadi sebagaimana yang Barat, fidak sebagai i1mu yang membentuk tata cara hidup seseorang. Selagi manusia fidak ditanam dengan fahaman bahawa alam ini perlu dibangunkan dan tanggungjawab dengan Tuhannya fidak boleh diabaikan, selagi itulah isu mengenai pemuliharaan alam tabii fidak akan selesai. Dalam hal ini, dialog peradaban sebagai usaha untuk saling memahami antara satu dengan lain amatlah penting. Dialog peradaban pula tidaklah boleh ditujukan kepada perbincangan antara agama dan budaya semata-mata. Lebih daripada itu, dialog peradaban perlu dilihat daripada aspek Peradaban Tamadun Barat kini dengan peradaban yang berasaskan agama. Untuk mensepadukan antara sains yang membolehkan manusia memahami tabii alam, dengan ilmu agama yang membolehkan manusia mengenal Tuhannya, supaya aktiviti manusia untuk meneroka khazanah yang terkandung di dalam alam ciptaan Allah S.W.T. ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya, dan dalam masa yang sama nilai-nilai agama itu dapat dihayati sepenuhnya untuk menjadikan. manusia itu sebagai khalifah Allah S.W.T., maka beberapa konsep asas perlu difahami. Konsep tersebut termasuklah;

Konsep agama sebagai ad-din, yakni konsep agama sebagai sistem hidup manusia. Agama yang menentukan arah dan matlamat hidup ~s~eorang. Agama yang menggariskan erti k-ehidupan dan juga erti kebahagiaan kepada diri seseorang. Agama yang mempunyai nilai falsafah dan membina konsep dan prinsip hidup seseorang. Agama tidak bolch hanya dilihat dari segi aspek 'ritual' atau bagaimana seseorang itu berkomunikasi dengan Tuhannya, tetapi agama juga perlu dilihat dari aspek bagaimana manusia berinteraksi sesama mereka dan dengan alam di persekitarannya. Dengan demikian kehidupan seseorang insan akan dinaungi oleh falsafah hidup ini dan peraturan alam kehiclupan seseorang akan terbatas kepada suruhan clan larangan yang terclapat dalam agama tersebut. Konsep alam tabii, Konsep bahawa alam ini mempunyai peraturan dan norma-norma tertentu yang mesti dipatuhi. Alam ini mempunyai fitrah yang perlu diikuti. Apabila keteraturan alam tabii dilanggar atau tidak dipatuhi akibat aktiviti manusia, maka alam akan musnah dan hancur akibat daripada keticlakaturan alam. Semua orang perlu bertanggungjawab untuk menjaga dan memastikan bahawa alam ini tidak terkeluar daripada norma-norma tabiinya supaya alam ticlak tercemar. Bermula dengan ticlak membuang sampah di merata-rata tempat secara individu, sehinggalah kepada aktiviti menebang pokok dan meruntuh bukit secara ticlak dirancang dan menyalahi peraturan alam, walaupun atas nama pembangunan. Apa ertinya pembangunan sekiranya kos yang diperlukan untuk memulih alam menjadi terlalu tinggi dengan memakan masa yang terlalu lama untuk dipulihkan. Konsep manusia sebagai insan, Manusia ticlak boleh disamakan dengan binatang. Manusia mempunyai sifat keinsanan yang terpuji, manakala binatang tidak mempunyai sifat ini. Lebih tinggi dan terpuji sifat keinsanannya, lebih tinggilah tanggungjawabnya terhadap alam sekitarnya, dan lebih kuranglah musibah yang dilakukan terhadap alam di sekitarnya. Sifat keinsanan ini terjelma dalam sahsiah, budi pekerti dan tingkah laku seseorang sewaktu ia berinteraksi dengan alam. Makhluk yang bernama insan ini bukan sahaja dapat mengenali alam dan mengambil manfaat daripadanya, malah ia dapat mengenali Tuhan yang menciptakan alam ini, dan yang mencipta alam ini dengan memiliki fitrah yang terpuji. Konsep ilmu (ilm) yang termasuk di dalamnya konsep ma'rifah . Konsep ilmu dan matrifah amat luas. Namun konsep ilmu dan ma'rifah dalam pemuliharaan alam tabii bermaksud kemampuan seseorang mendatangkan maklumat yang benar (berdasarkan kepada pemerhatiannya kepada alam tabii) yang membolehkan dirinya sedar diri tentang Tuhannya, dan bertanggungjawab dalam usahanya untuk membangunkan alam ini. Konsep ilmu tidak boleh hanya dibataskan kepada ilmu sains sahaja sebab ilmu sains hanya mementing dan memutlakkan akal sahaja, dan menolak segala yang tidak dapat dimantikkan secara sistematik. Sedangkan ilmu yang berhubung dengan

konsep Tuhan tidak mungkin diperoleh hanya semata-mata dengan ilmu sains dan teknologi. Pemuliharaan alam sekitar atau alam tabii memerlukan kepada mereka yang sedar diri dan bertangggungjawab kepada Tuhannya dan juga kepada alam di persekitarannya. Konsep kebijaksanaan atau hikmah dalam proses amal . Dalam usaha membangun tamadun manusia, manusia perlu melakukan pelbagai aktiviti dan kreativiti termasuk aktiviti penerokaan alam. Alam perlu diteroka dengan penuh hikmah dan bijaksana agar tidak terjejas kestabilan tabiinya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia soluruhnya. Kebijaksanaan dalam membangunkan alam memerlukan kepada yang bukan sahaja arif tentang sains dan teknologi, tetapi juga memahami konsep kebahagiaan dan juga hubungan yang baik sesama manusia dan alam sekitar, menghormati agama, budaya, adat dan kelaziman sesuatu kaum atau bangsa. Dengan demikian pembangunan, yang mencakupi pembangunan insan dan alam perlu dilaksanakan dengan penuh hikmah. Konsep keadilan ('adl) yang bukan sahaja terbatas kepada keadilan sesama manusia, tetapi juga keadilan kepada alam sekitar. Untuk berlaku adil seseorang itu perlulah sedar diri terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan yang berhubung dengan alam persekitarannya. Misalnya perbuatan. membuang sampah di merata-rata tempat adalah perbuatan. yang tidak adil. Kerana tidak adil, perbuatan begini disebut sebagai zalim. Begitu juga dengan perbuatan menebang pokok sesuka hati, meruntuh bukit sewenang-wenangnya, mengubah aliran sungai, mengambil pasir sungai tanpa perancangan yang rapi, dan pelbagai perbuatan yang boleh merosakkan alam persekitaran dan tabii merupakan suatu tindakan zalim yang perlu dibenteras dengan sungguh-sungguh. Sebab natijahnya, bumi ini akan rosak, dan kos yang diperlukan untuk membaik pulih adalah terlalu besar, di samping mengambil masa yang terlalu lama untuk memulihnya. Konsep amal dalam usaha untuk menabur bakti dan menjalankan fungsinya sebagai khalifah. Amal perlu dilihat dalam aspek memakmurkan alam ini, dan dalam masa yang sama pencemaran dapat dielakkan. Amal juga perlu dilakukan kerana rasa tanggungjawab kita dengan Tuhan, sesame manusia dan dengan alam persekitaran. Dengan demikian terdapat batas-batas tertentu di mana amal tersebut dilaksana. Amalan yang dilakukan perlulah menepati ciri-ciri ibadah yang di dalamnya termasuk menghayati objektif tentang amal yang akan dilakukan, iaitu dengan mernatuhi peraturan dan kaedah tertentu dan dilaksanakan dengan penuh adab dan akhlak terpuji. Konsep adab dan akhlak. Adab tidak boleh dibataskan fahamannya kepada perlakuan yang betul, yang dilakukan pada masa dan suasana tertentu sahaja. Lebih dari itu adab

perlu difahami dengan konsep yang lebih luas mencakupi fahaman diri tentang perkara yang dilakukan, dan bagaimana diri tersebut bertindak dengan apa yang berlaku di persekitarannya. Manakala akhlak adalah segala sifat terpuji yang dimiliki oleh makhluk yang bernama insan. Termasuk dalam konsep akhlak adalah sifat terpuji diri termasuk amanah, jujur, ikhlas, sabar, berlapang dada, tunai janji, tepati waktu, tidak memakan perkara yang haram yang boleh merosakkan diri, tidak mengambil hak orang lain, menunai hak sesama manusia dan menunai hak Tuhannya dengan penuh sedar dan rasa rendah diri. Konsep di atas tidak dapat dibincangkan secara terperinci dalam rencana yang terbatas ini. Pastinya dalam Islam konsep di atas adalah berbeza-beza dengan konsep yang difahami dalam pemikiran dan tamadun Barat. Dengan pemahaman tentang konsep ini, adalah cliharapkan agar pengetahuan sains clan teknologi clapat clibangunkan sebagai fungsinya yang sebenar untuk memahami tabii alam clan mengambil manfaat daripadanya, bukan sebagai satu-satunya ilmu yang mendominasai dan mewarnai disiplin ilmu lain, apatah lagi menjaclikannya sebagai saintisme (fahaman hidup yang segala-galanya perlu dilihat dari kaca mata sains). Dalam masa yang sama tanggungjawab sebagai insan clapat dilaksanakan agar kesejahteraan menyeluruh dapat dinikmati oleh semua makhluk di alam ini. KESIMPULAN Pembangunan sesebuah tamadun dan peradaban manusia ticlak akan terbina tanpa usaha memakmur dan membangunkan alam ini secara seimbang clan sepadu. Pembangunan yang hanya mementingkan alam clan mengabaikan aspek keinsanan manusia akan lebih banyak mengunclang bencana keburukan daripada kebaikan. Aktiviti sains clan teknologi yang bebas daripada ajaran agama akan banyak mengunclang musibah daripada kebaikan, sebab sains tidak memberikan suatu arah ke mana seharusnya aktiviti sains itu harus ditujukan. Natijahnya mantisia akan meletakkan hawa nafsunya untuk meneroka alam ini semahu-mahunya tanpa clibimbing sebarang ajaran Ilahi. Akhirnya keseimbangan alam tabii akan terjejas, yang kemudiannya menjejaskan alam sekitar. Walaupun terclapat perbezaan yang nyata tentang pendekatan yang digunakan dalam menjelaskan fenomena alam menurut perspektif Islam dan Barat, namun kita tidak dapat menafikan tentang kepentingan ilmu sains dan teknologi ini. Ilmu sains mesti dikuasai dengan baik dan usaha pembangunannya mesti diteruskan demi pembangunan diri, keluarga, masyarakat clan negara. Malah, sejarah telah menunjukkan yang sesuatu tamadun itu ticlak mungkin dibangunkan tanpa pencapaian ilmu sains dan teknologi yang setanding dengan zamannya. Pembinaan Piramid dan

Tembok Besar Negera China telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam tamadun mereka berasaskan sains dan teknologi mereka pada masa itu. Begitu juga dengan sains perubatan, senibina clan sebagainya. Namun kita tidak dapat nafikan bahawa tamadun tamadun besar terdahulu hancur dan musnah akibat ticlak adanya penghayatan yang utuh tentang nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang dijelmakan melalui penghayatan nilai murni dan kerohanian yang tinggi. Pembangunan sains clan teknologi dalam acuan Barat hanya memutlakkan akal dan menolak agama. Negara akan hancur sekiranya kita mempunyai orang yang berliterasi tetapi fidak terdidik (literate but educated), yang mempunyai keahlian dan kemahiran yang tinggi dalam ilmu sains Barat tetapi fidak mempunyai nilai adab, akhlak dan efika yang murni. Kita memerlukan manusia yang mempunyai gabungan dan kesepaduan antara dua akal seperti yang diajukan oleh Islam untuk membangunkan diri, masyarakat, negara dan dunia ini keseluruhannya. Namun demikian ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk direalisasikan. Sebagai penutup, marilah sama-sama kita renungi kata-kata Einstein dalam melihat pembangunan alam berdasarkan sains dan teknologi. The world is a dangerous place, not because of those who do evil, but because of those who look on and do nothing (Dunia ini adalah tempat yang paling bahaya, bukan kerana terdapat orang jahat, tetapi kerana terdapat orang-orang yang hanya memerhati dan tidak membuat apa-apa) Technological change is like an axe in the hands of a pathological criminal . (Perubahan teknologi-adalah seperti kapak di tangan penjenayah yang sakit) The man who regards his own life and that of his fellow creatures as meaningless is not merely unfortunate but almost disqualifed for life . (Manusia yang menganggap dirinya dan makhluk yang serupanya tidak bermakna, bukan hanya tidak bernasib baik, malah tidak layak untuk hidup) Sains tanpa agama ... buta sains, agama tanpa sains. tempang

PRINSIP 10 :
KEKUATAN PERTAHANAN NEGARA DARI PERSPEKTIF ISLAM
OLEH: BRIG GEN. DATO HAJI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM Pendahuluan

Pendekatan Islam Hadhari melihat aspek pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spiritual. Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara daripada dicerobohi. Mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa lain. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan. Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. (JAKIM: 2006: 30) Melalui pendekatan ini, pertahanan bermula dengan kekuatan dalaman (spiritual), yang akan menjana kekuatan fizikal. Pendekatan Islam Hadhari akan memastikan kemantapan jati diri dan kekuatan dalaman rakyat Malaysia serta keupayaan mempertahankan negara dengan penuh kesungguhan. Negara perlu menyediakan segala keperluan fizikal berupa prasarana dan peralatan perang yang berteknologi tinggi dan terkini bagi mengekalkan keamanan. Peralatan tersebut perlulah dibangunkan sendiri oleh pakar-pakar tempatan dari kalangan rakyat Malaysia bagi mengelakkan pergantungan kepada pihak luar secara berterusan serta mempertahankan maruah umat dan bangsa. Langkah ini adalah sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah yang sangat bertepatan dengan kehendak ajaran Islam yang menuntut umatnya menyediakan pasukan pertahanan yang lengkap sedia bagi menjamin kedaulatan agama.

Definisi Kosa kata kekuatan atau quwwah dalam Bahasa Arab bermaksud utuh atau kukuh. Manakala pertahanan atau difa didefinisikan sebagai mempertahankan, menjaga supaya selamat terhadap hak, tubuh badan atau harta atau seumpamanya yang bernilai. Kekuatan pertahanan merupakan aspek penting dalam merealisasikan kedaulatan dalam usaha menjaga nilai-nilai maruah diri, nyawa, harta benda dan kesucian agama dari dinodai oleh anasir-anasir jahat. Ia turut memperkasakan jati diri masyarakat yang mempunyai spiritual sosial saintifik (menghayati intipati al-Quran dan al-Hadis) dalam usaha melahirkan modal insan yang mempunyai daya ketahanan diri yang cemerlang. (DBP: 2005:1568)

Dalil

Pertahanan adalah asas penting bagi sebuah negara yang berdaulat. Kekuatan pertahanan jugalah yang dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat. Tanpa kekuatan pertahanan, kestabilan negara tidak akan wujud dan rakyat tidak akan dapat mengecap nikmat kesejahteraan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Diizinkan berperang bagi orang-orang Islam yang diperangi oleh golongan penceroboh, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka mencapai kemenangan . (Al-Hajj (22): 39) Keizinan berperang di dalam ayat di atas adalah disebabkan oleh serangan musuh terhadap orang-orang Islam dan berlakunya penganiayaan terhadap umat Islam. Bagi mempertahankan diri, tanah air dan hak asasi kemanusiaan serta hak beragama, mereka terpaksa mengangkat senjata. Ini adalah hak yang diperjuangkan oleh seluruh manusia dan sewajarnya peperangan dilancarkan. Firman Allah SWT:

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan sehingga menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah belaka. (Al-Baqarah (2): 193) Peperangan berdasarkan ayat ini adalah bertujuan untuk menghapuskan fitnah kerana fitnah itu lebih dahsyat dan lebih berbahaya daripada membunuh berdasarkan ayat-ayat berikut:

1. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. (Al-Baqarah (2): 191) 1. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai hukum berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah: Berperang dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalang (orang-orang Islam) daripada jalan Allah dan perbuatan kufur kepada-Nya dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Haram (di Mekah) serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi (dosanya) di sisi Allah. Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan. (Al-Baqarah (2): 217) Pertahanan adalah penting bagi menjaga kesucian Islam daripada menjadi bahan mainan dan cemuhan pihak yang tidak bertanggungjawab. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencerca agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (daripada kekufuran dan bertaubat) . (At-Taubah (9): 12)

Ayat di atas menyatakan bahawa peperangan yang bertujuan untuk menentang perkara-perkara berikut: i. Orang yang melanggar sumpah setia (perjanjian damai) dan persetujuan untuk memelihara keamanan dengan masyarakat dan negara Islam. ii. Orang yang mencerca agama Islam. iii. Memelihara perjanjian damai dan menjaga kemuliaan agama. Pertahanan adalah persediaan untuk mengekang pencerobohan. Firman Allah SWT:

Dan perangilah kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah akan orangorang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh dengan memulakan peperangan, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (al-Baqarah (2): 190) Islam adalah agama perdamaian. Firman Allah SWT:

Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Dia Amat Mendengar, lagi Amat Mengetahui . (Al-Anfal (8): 61) Namun, umat Islam diajar supaya pantang berundur apabila menghadapi musuh. Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur daripada menentang mereka. (Al-Anfal (8): 15) KEPENTINGAN KEKUATAN PERTAHANAN KEPADA UMMAH Keindahan Islam Hadhari terus meletakkan nilai kemanusiaan Islam yang sebenar dan sekaligus mencerminkan dasar pendekatan yang bertamadun. Bahkan salah satu prinsip kekuatan pertahanan adalah inspirasi kepada kejayaan dan keintelektualan umat mengharungi dunia tanpa sempadan pada masa kini dalam menghadapi musuh yang mendatang. Kebijaksanaan para umara dan ulama dalam usaha mengintegriti dan mengintegrasi jalinan tamadun dan budaya yang berpaksikan agama suatu perkara yang unik dan sukar dicapai oleh mana-mana bangsa di dunia ini kecuali bangsa yang beragama Islam yang meletakkan kekuasaan Allah adalah kemuncak kepada usaha dan tawakal sekalipun mempunyai kekuatan pertahanan yang mampan. Kekuatan pertahanan sewajarnya digandingkan dengan prinsip-prinsip yang lain agar keseimbangan dalam kemajuan ummat Islam dapat dicapai sekaligus menjadi bangsa Melayu Islam yang disegani lawan. Perkara ini tidak mustahil akan dicapai sekiranya pengurusan dan pentadbiran kerajaan yang sedia ada bukan sekadar membuat dasar tetapi turut memantau terhadap perlaksanaan dan hasil pencapaiannya nanti. Kandungan Al-Quran diruangi dengan banyak ayat yang membicarakan soal kekuatan telah menempatkan ketenteraan sebagai asasnya, bertujuan merangsang pembangunan ummah untuk berperanan mewajahi kehidupan sebagai khalifah. Seterusnya berkeupayaan menentu arah tuju masyarakat sesuai dengan risalah Muhammad dan bukannya untuk menjuarai isu-isu khilafiyyah. Dengan tersasar dari matlamat ini di samping gagal mengolah sejarah kebangkitan yang berada bersama Islam di zaman keemasan dan kemuncaknya dan diparahkan lagi dengan sifat `ghaflah dalam kelesuan minda, kaku dalam kejumudan fikrah, tidak terasa rimas dengan kelemahan, tidak merasa resah dengan himpitan dan penguasaan pihak asing ke atas negara, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya. Peperangan dalamIslam bukanlah berupa penjajahan kaum, pengekploitasian, perampasan harta atau penghinaan kehormatan, sebaliknya ia merupakan peperangan yang mewujudkan kepentingan manusia serta faedah-faedah untuk masyarakat seperti yang dapat dipetik daripada ayat tersebut ialah:

i. ii. iii.

Penyebaran nilai kerohanian yang tinggi melalui jalan peribadatan. Penyebaran kerjasama untuk kebaikan dan kemuliaan masyarakat. Kerjasama membasmikan kejahatan, jenayah dan kekerasan.

Inilah di antara kesan-kesan kemenangan umat Islam dalam peperangan iaitu untuk membina sebuah negara Islam bagi meningkatkan nilai kerohanian dan kerjasama kemasyarakatan, meninggikan martabat manusia dengan cara-cara yang baik dan menghalang manusia daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara buruk. Jika dilihat kepada objektif ini jelaslah bahawa ia merupakan objektif paling bernilai dalam kaedah peperangan. Dalam sejarah peperangan umat-umat dahulu mereka tidak pernah mengenali bahawa peperangan yang dilancarkan adalah untuk faedah manusia sejagat malah ia hanyalah kepentingan sesuatu kumpulan sahaja. Jika begitulah objektif peperangan dalam Islam maka ketaralah kepada kita mengapa ia dinamakan jihad di jalan Allah. Jihad di jalan Allah ialah jihad untuk mewujudkan kebajikan, keamanan dan keadilan dalam masyarakat. Cara untuk merealisasikan perkara-perkara ini ialah dengan mengikut jalan Allah. Mencapai malamat ke jalan Allah tidak akan berlaku kecuali dengan jalan kebaikan, kecintaan dan kerjasama dalam soal kebajikan dan taqwa bukannya dalam soal dosa dan permusuhan. Pendekatan Islam Hadhari mengajak umat Islam untuk mempertingkatkan kualiti hidup bermasyarakat dan negara yang bertamadun yang mempunyai peradaban unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jatidiri serta masalah penjajahan pemikiran dan cara hidup. Ianya adalah pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada ruang lingkup tamadun Islam, bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani) akhlak, intelektual dan material, mampu berdikari berdaya saing melihat ke hadapan (futuristik), inovatif sertacekap menangani cabarancabaran semasa secara bijaksana, rasional, objektif dan praktikal. Kekuatan sesebuah negara adalah bergantung kepada kekuatan pertahanan. Setelah Rasulullah SAW membina Daulah Islamiyah di Madinah, Baginda telah melakukan beberapa tindakan bagi menjamin kekuatan umat Islam antara tindakan tersebut ialah menyatupadukan penduduk Islam Madinah yang terdiri dari beberapa kabilah dan mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Rasulullah SAW juga melakukan perjanjian pertahanan dengan Yahudi dan golongan lain. Di samping itu, Rasulullah SAW juga menubuh pasukan peninjau bersenjata. Al-Quran sebagai panduan hidup telah menjelaskan semua perkara samada perkara yang berhubung dengan Allah dan juga perkara sesama manusia termasuklah juga

dalam urusan peperangan. Ayat al-Quran menggariskan bahawa diizinkan kepada umat Islam berperang hanya apabila mereka dizalimi (39: Surah al-Haj). Dalam ayat yang lain, Allah SWT telah mengarah supaya umat Islam bersedia dengan kelengkapan perang yang menggerunkan pihak musuh. Kelengkapan perang ini hendaklah mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Angkatan Tentera Malaysia mempunyai tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di mana kelengkapan ketenteraan di Malaysia telah mengalami perubahan yang banyak berbanding pada masa awal penubuhannya. Ini kerana peredaran masa dan perkembangan teknologi berperang telah berubah dan banyak persenjataan yang canggih telah direka. Kini Malaysia mengambil langkah memperkasakan ketenteraan melalui penguasaan terhadap teknologi pertahanan terkini. PANDANGAN ISLAM MENGENAI PEPERANGAN

Islam mengutamakan keamanan dalam hubungan sesama manusia dan membenci permusuhan. Prinsip keadilan masih ditekankan oleh Islam walaupun semasa berhadapan dengan musuh di medan peperangan. Sekalipun menghadapi saat-saat getir semasa peperangan, tentera Islam masih lagi diberi peringatan tentang prinsip dan etika peperangan yang mesti dipatuhi. Mereka menentang musuh bukan untuk tujuan peribadi atau untuk mencari sesuatu kepentingan material. Hakikatnya, peperangan yang berlaku adalah untuk mempamerkan keluhuran Islam dan keindahan ajarannya yang berpaksikan rahmatan lil alamin (pembawa rahmat kepada seluruh alam). Islam telah mendahului dalam menyediakan peraturan yang sempurna ketika peperangan. Ini terbukti daripada apa yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah serta kejayaan khulafa dalam hampir semua peperangan semenjak tiga belas kurun yang lalu. Malah pada waktu itu, orang-orang Eropah masih lagi tidak mengetahui sepenuhnya kaedah peperangan sehinggalah pada pertengahan kurun ke-19 Masihi. Bermula dari kurun tersebut barulah orang-orang Eropah membuat garis panduan kaedah peperangan sebagaimana yang terdapat di dalam Perjanjian Laut Paris tahun 1857. Diikuti pula Persetujuan Geneva untuk melindungi orang-orang cedera dan sakit dalam peperangan pada tahun 1864. Kemudian perisytiharan St. Petersburg dipersetujui bagi mengharamkan penggunaan bahan letupan yang boleh membawa kemusnahan yang besar. Perisytiharan Peperangan Darat dan Laut pada tahun 1899 dan tahun 1907. Persetujuan Washington pada tahun 1922 dimeterai bagi menghalang penggunaan

senjata kimia dan kapal selam yang boleh melancarkan peluru berpandu. Perjanjian Geneva yang ke 4 tahun 1949 ditandatangani untuk melindungi orang-orang yang tercedera dan melindungi orang awam. Undang-undang tersebut tidak terlaksana kecuali apabila berlaku peperangan antara dua negara. Sebelum itu, maka tidak ada peraturan yang khusus ketika berlaku peperangan dan ini memungkinkan berlakunya pencabulan hak bagi mangsa peperangan. Di antara peraturan dan etika peperangan di dalam Islam ialah: 1. Tidak boleh membunuh orang tua, perempuan dan kanak-kanak. Perkara ini mendapat liputan dengan panjang lebar dalam perbincangan banyak riwayat hadis berhubung dengan etika dalam peperangan semasa di zaman Rasulullah SAW. 2. Tidak boleh menyerang orang awam serta bertindak melampaui batas dan berbuat permusuhan. Terdapat tegahan bagi memastikan setiap peperangan dalam Islam menekankan keadilan dan rahmat sejagat. 3. Tidak dibenarkan membunuh tawanan perang. Larangan ini menunjukkan Islam tidak meletakkan dendam sebagai satu kemestian dengan membunuh tawanan yang ditawan semasa berlakunya peperangan. 4. Memberi layanan yang baik terhadap orang tawanan. Ini menggambarkan kerendahan budi sekalipun menang dalam peperangan bahawa ini adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun berbuat baik adalah prinsip Islam kepada semua orang. 5. Larangan menyeksa mayat dan tawanan. Ini lebih kepada menjaga status kemuliaan kejadian manusia sekalipun ia tidak Islam. 6. Menunaikan janji keamanan. Islam meletakkan prinsip keadilan dalam mentafsirkan keamanan dengan menunaikan janji keamanan sejagat. 7. Larangan menyakiti musuh yang ingin berdamai. Sewajarnya meletakkan perasaan bertolak ansur dan saling faham memahami perkara yang boleh disepakati melalui saluran diplomasi. 8. Islam memberi kemaafan kepada mereka yang tertewas. Kemuncak kepada perutusan Islam dalam peperangan ialah memberi kemaafan yang melambangkan kehebatan Islam. Kewujudan peraturan dan etika dalam peperangan meletakkan Islam agama yang amat maju dalam ketamadunan peperangan yang tidak ada dalam sejarah lain-lain

peperangan. Perkara ini amat jelas dalam perjanjian dan persetujuan yang dilaksanakan berdasarkan pemikiran dan pengalaman manusia terhadap persepsi yang baik di masa yang lampau. Islam menyuruh umatnya memuliakan setiap manusia atas sebab kemuliaan sekalipun dalam peperangan. Ini menjelaskan kepada kita betapa konsep Islam Hadhari yang menjadi tonggak dalam pembinaan ketamadun umat amat tinggi nilai kerahmatan dan keberkatan kepada seluruh alam. ANCAMAN TERHADAP KESELAMATAN NEGARA Keselamatan negara boleh tergugat melalui berbagai ancaman, baik yang berbentuk dalaman mahupun yang berbentuk luaran. Di antara bentuk-bentuk ancaman dalaman ialah: i. Golongan pelampau agama seperti Kumpulan Militan Malaysia (KMM), Jemaah Islam (JI), al-Maunah dan lain-lain. ii. Sensitiviti perkauman yang berbangkit melalui isu-isu hak dan kelebihan sesuatu kaum dan sebagainya. 1. Gejala sosial yang menggugat kestabilan masyarakat.

iv.

Penyelewengan akidah yang menimbulkan permusuhan sesama Islam.

Manakala ancaman yang berbentuk luaran pula ialah seperti: 1. Isu persempadanan antara negara.

ii. Tohmahan bersekongkol dengan golongan yang memperjuangkan kemerdekaan wilayah. iii. iv. Campur tangan kuasa asing. Persepsi negatif terhadap negara-negara Islam.

v. Perang saraf daripada musuh-musuh Islam seperti gerakan kristianisasi, globalisasi dan lain-lain.

Pertahanan negara yang kukuh boleh menjamin keselamatan dan keamanan negara. Keperluan pertahanan tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak dan ia berlaku seiring kehidupan dalam menjaga maruah diri, negara dan umat. RAKYAT SEBAGAI BENTENG PERTAHANAN NEGARA Rakyat yang cemerlang dan bersatu padu merupakan aset bagi sesebuah negara. Integriti pelbagai kaum amat penting dalam memastikan pembangunan dan pertahanan negara. Dalil Islam telah menggariskan tanggungjawab ini dengan jelas sekali apabila menyatakan bahawa setiap individu mempunyai peranan masing-masing untuk menjaga kepentingan pertahanan negara. Allah SWT telah menggariskan kelebihan mereka yang keluar ke medan jihad dan dalam masa yang sama menyatakan peranan yang perlu dimainkan oleh mereka yang berada di barisan belakang kerana keuzuran yang tertentu. Firman Allah SWT: Maksudnya: Tidak sama (keadaan) orang yang duduk (tidak turut perang) daripada kalangan orang-orang yang beriman, selain daripada orang-orang yang ada keuzuran, dengan orang-orang yang berjihad (yang berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwa mereka. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (yang tidak turut berperang kerana uzur) dengan satu darjat (kelebihan). Dan tiap-tiap (satu daripada dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu keuzuran) dengan pahala yang amat besar. (An-Nisa (4): 95) Tugas jihad telah dipertanggungjawabkan secara umum kepada seluruh umat Islam. Oleh itu, semangat untuk berjuang bagi mempertahankan negara perlu ada di jiwa setiap rakyat. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus

percaya) dengan tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (al-Hujurat (49): 15) Rasulullah SAW telah menyatakan perkara yang sama melalui hadis yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah RA, beliau telah berkata bahawa Rasulullah SAW telah ditanya tentang amalan yang paling afdal, Rasulullah SAW bersabda: Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian baginda ditanya lagi, lantas baginda menjawab: Berjihad pada jalan Allah, kemudian baginda ditanya lagi, lalu baginda bersabda: Mendapat haji yang mabrur. (Riwayat Muslim) Baginda SAW turut menggesa umat Islam supaya sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugas jihad. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Mekah selain jihad dan niat; dan apabila diserukan berangkat (pergi berperang) maka berangkatlah . (Riwayat Bukhari) TANGGUNGJAWAB RAKYAT TERHADAP NEGARA

Walaupun urusan membina kekuatan pertahanan negara menjadi `core-bussiness atau profesyen rasmi kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), bukanlah bermakna tanggungjawab tersebut patut dibebankan ke atas bahu mereka sahaja. Sebaliknya rakyat awam selaku warga negara juga mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang bakti dalam urusan pertahanan memandangkan bilangan anggota barisan angkatan pertahanan sangat terhad manakala cabaran pertahanan pula terlalu besar dan datang dalam pelbagai bentuk yang sebahagiannya dapat dibantu oleh masyarakat awam dalam menanganinya. Sehubungan dengan itu rakyat awam hendaklah mempunyai semangat untuk membina kekuatan pertahanan sama ada dalam suasana damai mahupun peperangan. Tuntutan ini sesuai dengan kehendak kerajaan yang memperkenalkan Konsep Pertahanan Menyeluruh di dalam Dasar Pertahanan Negara. Field Marsyall Montgomery pernah menegaskan perkara ini melalui kenyataannya; Faktor paling penting dalam peperangan ialah semangat yang tinggi. Adalah mustahil untuk dapat bertahan lama dalam peperangan apabila kemahuan rakyat jelata (rakyat awam) kepada perjuangan sudah tidak ada. (Muhammad Jamaluddin Mahfuz: 2003: 160)

Kenyataan tersebut terbukti benar, sebagai contoh lihat sahaja kepada perjuangan Pertubuhan Pembebasan Rakyat Palestin (PLO) dari penindasan yang dilakukan oleh Rejim Israel. Tanggungjawab perjuangan pembebasan untuk mendapatkan Wilayah Baitulmaqdis tidak hanya dipikul oleh tentera Palestin sebaliknya turut didokongi oleh rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita dan kanak-kanak di negara tersebut. Menyedari hakikat itulah antara kerajaan menubuhkan beberapa badan pertahanan yang melibatkan penyertaan masyarakat awam nasional secara kerahan dan sukarela di pelbagai peringkat umur. Penglibatan masyarakat awam dalam khidmat sukarela wajar dipupuk kerana ia berupaya membantu kerja-kerja pembinaan kekuatan pertahanan negara dengan lebih berkesan. Badan pertahanan berkenaan seperti: 1. Perkhidmatan Kerahan.

a. Khidmat Negara. Sejarah Khidmat Negara yang dilakukan secara kerahan di negara ini bukan suatu perkara baru kepada Malaysia tatapi telah diperkenalkan pada tahun 1952 bertujuan mengerah tenaga pemuda Tanah Melayu dalam memerangi pengganas komunis. Ramai di kalangan tenaga pemuda dikerah menjalani latihan dan perkhidmatan ketenteraan untuk mempertahankan negara dan ada di kalangan mereka yang melarikan diri. Bagi mengatasi kesulitan tersebut semasa konfrantasi (1963-1966) kerajaan telah menguatkuasakan Akta National Service 1952 yang mengerah tenaga remaja untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia. Walau bagaimanpun Khidmat Negara yang diperkenalkan pada tahun 2004 atas faktor yang sama iaitu memperkukuhkan ketahahan nasional. Kebimbangan kerajaan terhadap masalah remaja yang timbul akibat proses modernisasi dan pembangunan yang telah menghakis semangat patriotisme, kesukarelawan dan kemasyarakatan serta nilai-nilai murni kerana merekalah generasi yang akan mewarisi negara. Bilangan mereka yang ramai iaitu 10 juta dari 24 juta rakyat di negara ini disamping faktor kekuatan dan dinamik tenaga muda jika digembelingkan dengan baik akan banyak membantu mengukuhkan kekuatan pertahanan. Berpandukan kesedaran inilah khidmat negara dilancarkan pada 22 Feb 2004 dengan hasrat dapat membina dan menyuburkan kembali semangat patriotisme, kesukarelawan dan kemasyarakatan serta nilai-nilai murni bagi mengukuhkan ketahanan nasional. (Tunku Izham bin Tunku Jusoh & Abdul Aziz bin Pawanchik: 2004: 11) b. Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia . Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menubuhkan Pasukan Simpanan Tentera Darat, Laut dan Udara yang boleh disertai oleh masyarakat awam dalam membantu ATM mempertahankan kedaulatan negara. Penyertaan pasukan simpanan ketiga-tiga perkhidmatan ini dibuka

kepada semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum mahupun keturunan. Anggota pasukan ini akan dilatih sepenuhnya dengan asas ketenteraan sebagaimana yang diterima oleh anggota ATM. Pasukan ini diletakkan di bawah pentadbiran Angkatan Tentera Malaysia dan boleh dikerah untuk menyumbangkan perkhidmatan mereka apabila diperlukan oleh ATM. (Laman Web Kementerian Pertahanan). 2. Perkhidmatan Sukarela. 1. Pertahanan Awam. Pasukan Pertahanan Awam adalah diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Pasukan ini berkemampuan untuk membantu masyarakat dalam keadaan dharurat, bencana alam, kebakaran , pertolongan cemas dan lain-lain kesulitan masyarakat.

1. RELA dan Rakan Cop. Pasukan RELA kini juga telah menjadi sebahagian dari mekanisme pertahanan awam. Selain dari mengawasi keselamatan persekitaran kediaman, mereka juga telah diberi kepercayaan membantu PDRM menangani kes Pendatang Tanpa Izin (PATI). Begitu juga dengan pelancaran Rakan Cop, kumpulan sukarelawan yang banyak membantu PDRM memberi maklumat berhubung kes-kes jenayah. 3. Persatuan Beruniform Remaja. Semangat ketahanan di kalangan masyarakat awam hendaklah dibina di peringkat remaja kerana mereka adalah generasi pewaris negara pada masa hadapan. Pasukan beruniform di peringkat institusi pengajian tinggi dan sekolah ditubuhkan untuk membina ketahanan diri di kalangan remaja dan persatuan yang boleh disertai oleh remaja ialah: a. PALAPES (ROTU). b. Kesatria. c. Seni Silat. d. Kadet Remaja (PDRM dan ATM). e. Kadet Bomba. f. Pengakap. g. Pasukan Bulan Sabit Merah.

h. Puteri Islam. i. Pandu Puteri dan lain-lain lagi. Selain daripada menglibatkan diri dengan pertubuhan yang beroperasi secara langsung dalam medan pertahanan, sebagai rakyat, masyarakat awam di negara ini adalah bertanggungjawab mengukuhkan pertahanan negara di sudut media, ekonomi, politik dan sosial memandangkan kehidupan mereka terlibat secara langsung di medan berkenaan. Peranan media amat mustahak dan ternyata berkesan dalam kerangka berhadapan dengan musuh. Perang saraf melalui media boleh melemahkan semangat juang musuh bukan sahaja semasa peperangan sebaliknya sebelum dari peperangan sebenar meletus. Manakala di sudut ekonomi, mereka dituntut menjadi masyarakat pekerja yang gigih, bekerja keras dalam bidang mahupun profesyen masing-masing untuk memperkukuhkan ekonomi negara. Berusaha mempelbagaikan usaha bagi menambah nilai sumber pendapatan yang akan menambah nilai pendapatan per kapita negara. Rakyat yang terlibat secara langsung dalam pelbagai kegiatan ekonomi hendaklah menghidupkan sektor berkenaan bukan melembabkannya. Ketahanan nasional di sudut politik juga tidak boleh diremehkan kerana kestabilan negara banyak bergantung kepada faktor kestabilan politik. Pertahanan negara akan terjejas seandainya kestabilan politik tidak wujud. Golongan pemimpin dan rakyat di negara ini hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mewujudkan kestabilan dalam politik negara dengan tidak melakukan provokasi yang boleh mencetuskan isu mahupun perkara yang ternyata akan menggugat kestabilan politik negara. Begitu juga di sudut sosial, sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, keserasian dan keharmonian pola perhubungan antara kaum perlu sentiasa dipelihara. Masyarakat awam hendaklah memahami nilai perbezaan yang wujud dan tahu hormat menghormati sesama mereka. Integrasi kaum bagi seluruh rakyat di negara ini hendaklah sentiasa dipupuk dan dipelihara agar akan wujud perasaan kasih sayang sesama rakyat di negara ini yang akhirnya akan melahirkan kecintaan terhadap negara. Rakyat secara umumnya berperanan hal-hal berikut: i. Mencintai dan menyayangi negara.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak taat kepada pemimpinnya sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat tanpa pembelaan

(penyaksian); dan sesiapa yang meninggal dalam keadaan tidak berjamaah, sesungguhnya ia mati dalam keadaan jahiliah . (Riwayat Ahmad) ii. Bersatu-padu dan memberi sokongan kepada pemimpin.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai. (Ali Imran (3): 103) Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah RA dan Abu Said bahawa Nabi SAW bersabda: Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain sama seperti sebuah bangunan, yang menguatkan satu dengan yang lain. (Riwayat al-Thabarani) iii. Menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (al-Zumar (39): 9) iv. Menguasai dan menyediakan kelengkapan pertahanan.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya . (Al-Anfal (8): 60) v. Membina Kekuatan Ekonomi

Islam melihat urusan ekonomi sebagai sebahagian daripada tuntutan pengendalian negara yang lain seperti politik, pendidikan, kehakiman, kebudayaan dan sebagainya. Penyusunan ekonomi negara dengan itu memerlukan semangat Islam menjadi asas kepada pengendalian dan pembangunan negara secara komprehensif. Dengan terbentuknya gagasan kekuatan serta ketahanan dalam rangka memajukan dan mempertingkatkan kedudukan ekonomi masyarakat umum dan Islam khususnya di Malaysia, kita perlu memahami pelbagai aspek kehidupan masyarakat supaya penghayatan semangat Islam dalam penyusunan ekonomi negara. Islam sebagai agama anutan masyarakat Melayu sudah lama bertapak di Malaysia sejak abad yang keempat belas dan sistem pengendalian negara yang berasaskan Islam dalam bentuk menyeluruh dan dinamik kini diberi peluang berperanan secara mutlak. Pengalaman yang sama turut dialami oleh negara masyarakat Islam yang lain. Proses de-Islamisasi yang dijalankan oleh para kuasa penjajah berjaya membendung kemaraan umat Islam ke mercu paras kefahaman dan pelaksanaan Islam secara

komprehensif. Akhirnya, Islam difahami sekadar keperluan ritual dan hanya menyentuh hal ehwal peribadi. Sejak mutakhir ini, terdapat kebangkitan kesedaran masyarakat Islam di merata dunia kembali berusaha membangunkan keagungan Islam sebagai satu cara hidup. Akibatnya Islam kembali mempengaruhi dialog masa kini. Penyusunan sistem ekonomi mengikut ruh Islam tidak terkecuali dalam membangunkan ummah di serata pelosok tempat. (Berita Harian: 2 Ogos 2005) Di Malaysia polisi-polisi badan berkanun mahupun bukan berkanun telah disari uji dan diambil mana-mana yang bersesuaian dengan semangat Islam dalam mengendalikan urusan ekonomi negara. Contohnya dari segi polisi membangun perbankan Islam, usaha membasmi kemiskinan mutlak, memupuk budaya cemerlang melalui peningkatan produktiviti pekerja, usaha menstabilkan paras harga barangan, usaha mencapai guna tenaga penuh dan lain-lain lagi. Dari struktur ekonomi usaha merapat kerjasama sektor awam dan sektor swasta seperti konsep pensyarikatan Malaysia adalah menepati Islam. Begitu juga konsep kerjasama pintar (smart partnership). Semangat ekonomi Islam jika dilaksanakan akan menguntungkan semua pihak sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam. Pendekatan yang berasaskan keadilan dan ekonomi kerjasama menepati sifat kemanusiaan semulajadi. Di samping itu, mempunyai ciri-ciri yang positif terhadap kegiatan ekonomi yang merupakan pra-syarat kepada pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara. Pelaksanaan sistem pengendalian negara mengikut Islam di Malaysia akan menyakinkan golongan yang bukan Islam, jika ia dipersembahkan secara ilmiah dan dilaksanakan dengan efektif dan berkesan. Kejituan usaha dan penggembelingan tenga serta daya intelek sesungguhnya mampu merubah kelangsungan kehidupan masyarakat daripada suatu kehidupan yang berkonsepkan kolonial kepada Islamik perspektif. Penubuhan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) sebagai contohnya adalah hasil gabungan pelbagai pertubuhan bukan kerjaan (NGO), pemikir dan korporat Melayu adalah pemangkin untuk melahirkan jatidiri bangsa bermaruah khususnya di bidang ekonomi. Jika kaum Cina dengan Persatuan Perniagaan Cina begitu juga dengan Persatuan Perniagaan India Muslim yang mana masing-masing menyumbang kepada kekuatan ekonomi ummah Malaysia dalam suasana yang harmoni dan toleransi. Namun kekuatan ekonomi ini bukan sesuatu yang boleh dicapai sekelip mata, sebaliknya memerlukan rangkuman penyatuan sikap, hala tuju, kesungguhan dan kerjasama, melalui ikatan kepimpinan yang kental. Apa erti negara maju tapi bangsa di

negara ini masih di takuk lama menjelang 2020. Rakyat mesti memperkasakan diri dengan menguasai pelbagai bidang ilmu terutama sains dan teknologi supaya bergerak seiring kemajuan dunia. Barulah kita mampu menjadi bangsa yang bermaruah di negara sendiri dengan memiliki segala bentuk kekuatan tanpa meminta belas ihsan dari orang luar hasil daripada kemakmuran yang dinikmati bersama di bumi tercinta. vi. Menanam Semangat Patriotisme Dalam Diri

Patriotisme semestinya subur dalam diri warga negara tidak kira dalam keadaan apa jua sekalipun sama ada negara dalam keadaan senang dan makmur atau susah mahupun ketika mendapat ancaman luar. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, patriotisme didefinisikan sebagai perasaan cinta yang mendalam terhadap tanahair. Patriotisme juga boleh diertikan sebagai perasaan taat setia kepada negara. Semangat patriotisme boleh membuat seseorang berasa terikat kepada negara dan akauntabiliti terhadap pembangunan, kemajuan dan keselamatan negara. Jika tanahair diserang musuh, individu yang bersemangat patriotisme bersedia mengorbankan tenaga, harta serta nyawanya demi negara yang tercinta. Individu yang mempunyai nilai patriotisme yang tinggi juga akan mempertahankan negara sekiranya dicerca. Semangat patriotisme di Malaysia bermula sejak kurun ke-19. Pada ketika itu patriotisme muncul ekoran kesan penjajahan kuasa asing seperti Portugis, Belanda dan akhirnya British ke atas Tanah Melayu telah menyemarakkan patriotisme di kalangan rakyat ketika itu. Antara mereka yang tinggi nilai patriotisme ialah Dol Said, Dato Maharaja Lela, Dato Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Syarif Mansahor, Mat Salleh, Tok Janggut dan Hj Abdul Rahman Limbong. Semangat patriotisme disemarakkan lagi dengan kelahiran golongan cerdik pandai yang berpendidikan tinggi. Perkembangan pendidikan ini semakin meledak semangat patriotisme yang sudah wujud dalam diri setiap individu. Kita hendak menjadi negara maju dan untuk itu bukan sekadar bergantung kepada kekayaan hasil mahsul negara tetapi aset manusia yang menunjukkan nilai-nilai positif dan baik Kini negara kita boleh berbangga dengan adanya pelbagai bentuk pasukan sukarelawan seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), RELA, Palapis Tentera Darat, Palapis Tentera Laut, Palapis Tentera Udara, Pertahanan Awam dan macammacam lagi. Kalau di peringkat persekolahan maka pasukan beruniform seumpama Pasukan Kadet Polis, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pasukan Pandu Puteri dan Pasukan Pengakap, adalah menjadiagenda kepada pembentukan ketahanan syakhsiah diri yang berupaya membawa anak bangsa menjadi

warga negara yang berjiwa kental, bersemangat waja dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang. Semuanya memberi impak kepada kesatuan jiwa ke arah melahirkan jatidiri untuk cintakan negara.

Kriteria Rakyat Yang Mampu Mempertahankan Negara Kriteria rakyat mampu mempertahankan negara mestilah memiliki ciri-ciri berikut: i. ii. iii. iv. Kekuatan iman.

Kekuatan semangat jihad yang menepati tuntutan syarak dan agama. Kekuatan fizikal dan mental. Penguasaan ilmu dan teknologi.

Faktor Kesejahteraan Negara

Kesejahteraan sesebuah negara bergantung kepada: i. ii. iii. iv. v. Ilmu para ilmuannya. Adilnya si pemerintah. Amanah si pedagang. Nasihat para ikhtisas. Doa para abid.

Kekuatan rakyat merupakan pemangkin kepada benteng pertahanan negara. Tanpa sokongan padu rakyat, kesejahteraan dan kemakmuran negara tidak akan tercapai. JIHAD DALAM MEMPERTAHANKAN NEGARA Jihad adalah satu tuntutan yang perlu difahami dan dihayati dengan jelas dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak. Kekeliruan dalam memahami erti jihad kadang kala membawa kepada tindakan yang bersifat negatif dan sekaligus boleh mencacatkan imej Islam. Umat Islam seharusnya dapat menyaring intipati jihad yang

sebenarnya berdasarkan landasan Al-Quran dan As-Sunnah setelah pelbagai pihak menyatakan pandangan dan menyuarakan pendapat masing-masing. Definisi Jihad Perkataan jihad berasal daripada kalimah Arab jihadun yang kata akarnya jahada bererti berusaha bersungguh-sungguh dan dalam bahasa Inggerisnya to exert. Daripada kalimah jahada ini timbullah beberapa perkataan lain dalam bahasa Arab iaitu ajhada: membebani lebih daripada kekuatannya atau Inggerisnya to strain; jaahada: berjuang, berperang atau Inggerisnya to struggle; to contend in war; dan ijtahada: bekerja bersungguh-sungguh atau Inggerisnya to strive; endeavour. Daripada perkataan jaahada lahirlah perkataan jihad, manakala perkataan ijtahada menerbitkan perkataan ijtihad. (Amat Juhari Moain: 1991: 7) Sekiranya dipandang secara umum dari sudut bahasa, kalimah jihad bererti mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat atau cita-cita yang mulia dan ideal. (Haron Din: 1991:319) Manakala di dalam penggunaan bahasa Melayu perkataan jihad telah dipadankan dengan keperluan syarak dan diertikan sebagai usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredai Allah atau penentangan (perlawanan) terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan negara dan lain-lain seperti hawa nafsu, diktator dan lain-lain. (DBP:2005: 631) Sementara syarak pula telah memberikan beberapa takrifan kepada perkataan jihad tetapi umumnya menjurus kepada perjuangan sama ada dalam peperangan, menentang hawa nafsu, menegakkan keadilan dan kebenaran atau perjuangan lain di jalan Allah dalam meninggikan kalimah-Nya. Jihad merangkumi setiap usaha yang memerlukan curahan daya, tenaga, kekuatan demi mencapai matlamat dan cita-cita murni Islam, seterusnya mendapat keampunan dan keredaan Allah. Jihad dengan pengertian istilah ini mempunyai tiga ciri yang tabii: 1. Adanya unsur daya dan tenaga yang terpaksa dicurahkan. 2. Adanya unsur cita-cita yang ideal, kudus dan matlamat tinggi yang hendak dicapai. 3. Adanya unsur musuh yang menghalangi dan menentang usaha dan perjuangan tersebut. (Dr. Haron Din: 1991:319) Kesimpulannya, jihad adalah suatu usaha yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan kekuatan minda, intelektual, material, pengaruh, emosi dan spiritual untuk mencapai sesuatu objektif yang dikehendaki oleh syarak.

Dalil Firman Allah SWT: Maksudnya: Dan perangilah kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah akan orangorang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Al-Baqarah (2): 190) Konsep Jihad

Jihad fi sabilillah atau jihad di jalan Allah bermaksud amal-amal yang diredai Allah. Di antara amal-amal itu adalah jihad dengan fizik (badan), tetapi bukan hanya itu sahaja, walaupun itu yang diutamakan di zaman Rasulullah SAW. Menurut situasi (suasana) dan kondisi (keadaan) maka sebahagian dari ulama menegaskan bahawa kejadian itu yang tidak disertai penjelasan qauli (perkataan) tidak dapat mentakhsiskan (mengkhususkan) yang am, oleh kerananya mereka menafsirkan kalimah fi sabilillah dengan erti yang luas. Menurut Jamaluddin al-Qasimi, sabilillah bererti sesuatu yang dijadikan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menegakkan agama-Nya. Misalnya mendirikan sekolah, membeli kitab-kitab untuk para ulama, mendermakan untuk menyatakan rancangan yang baik dan perihal kebajikan apa pun, di tempat dan pada waktu mana pun. Berdasarkan keterangan di atas, yang dikatakan jihad fi sabilillah ialah berusaha, berkorban dan berjuang sama ada dengan lidah (perkataan), harta benda (kekayaan) atau dengan perbuatan (amal kebajikan) atau melancarkan jihad perang sama ada memerangi musuh-musuh Allah, musuh-musuh Islam atau musuh-musuh yang tidak diketahui atau memerangi hawa nafsu yang buruk dan kotor pada diri sendiri, bagi menegakkan yang hak (kebenaran) dan keadilan, dan bagi menghancurkan serta melenyapkan kemungkaran (keburukan) dan kebatalan serta kekufuran untuk mencapai jalan yang diredai Allah. (Prof. Madya Amat Juhari Moain: 1991:12-13) Islam dari detik permulaan seruan dakwahnya sehinggalah munculnya masyarakat Islam dan seterusnya terbentuk pula negara Islam tidak dapat dipisahkan dari jihad dengan pengertiannya yang umum; iaitu perlunya curahan daya dan tenaga kekuatan untuk menghadapi musuh-musuh yang menghalang bagi mencapai matlamat sebagai seorang muslim, masyarakat muslim dan negara Islam. Jihad adalah kepastian

dari Islam atau lebih jelas jihad adalah natijah yang pasti dan tabiii dalam diri seorang muslim, masyarakat muslim dan negara Islam. Islam bererti penyerahan diri kepada Allah. Menurut Islam setiap makhluk, sama ada di langit atau di bumi semuanya sujud menyerah diri kepada Allah. Menurut Islam kesemuanya itu adalah ditundukkan oleh Allah Maha Pencipta demi keperluan hidup insan di bumi. Demikian menurut Islam bahawa Allah telah memberikan mandat penuh kepada manusia untuk mempergunakan segala ciptaan bagi membangun tamadunnya. Allah Maha Pencipta telah menetapkan dalam perkembangan sucinya tentang kedudukan manusia dalam semesta ini sebagai tuan yang menguasai dan memerintah di atas muka bumi ini. Tetapi segala makhluk dan ciptaan Allah hanya rela dipergunakan oleh manusia seperti yang diarahkan oleh Allah Maha Penciptanya, dan dikuasai demi untuk membangun tamadunnnya, jika sekiranya manusia itu sanggup patuh , menyerah dan sujud kepada Allah. Dengan penyerahan dan sujudnya manusia kepada Allah dalam sepanjang tugas dan risalahnya untuk membina tamadun itu, maka akan selaraslah perjalanan roda di alam semesta ini bertepatan dengan sunnatullah dan bertepatan dengan fitratullah, fitrah manusia dan fitrah alam semesta. Hanya dengan penyerahan diri dan sujud kepada Allah; iaitu kepada keesaan, keagungan dan kebesaran Allah, kepada ilmu dan hikmat, kekuasaan dan iradah Allah, kepada kerajaan, pemerintahan dan kehakiman Allah, maka tamadun umat manusia dan tamadun dunia akan benar-benar menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan berikutnya menjadi asas kepada kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di akhirat yang kekal abadi. Islam adalah kalimatullah, nurullah dan hidayatullah. Jalan yang lurus dilalui oleh pengajaran dan pengembaraan insan dan itu manhaj Rabbani. Natijahnya bahawa Islam adalah rahmat Ilahi yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Maka Islam adalah satu hakikat ketuhanan yang tidak sekali-kali boleh dipisahkan dari manusia sebagai hamba-Nya yang terpenting di dunia ini, oleh kerana itu, hanya Islam yang akan melimpahkan dan mencurahkan kebaikan dan kebajikan kepada umat manusia. Islam yang sedemikian sifatnya sudah pasti sangat perlu disampaikan, disebarkan, diperjuangkan dan dijihadkan. Setiap manusia muslim yang menerima Islam dengan penuh kerelaan hati, yang menghayati jiwa Islam dengan sendirinya memikul tugas; iaitu berjihad kerana Islam untuk kesejahteraa manusia sejagat. Ringkasnya, jihad adalah natijah yang pasti dan tabii dari keislaman dan kemusliman. Itulah tenaga penyambung tugas Rasul untuk meninggikan kalimatullah, bagi menegakkan agama Allah. Jihad adalah tenaga yang mengekalkan keutuhan umat Islam yang menjamin terselamat dari pencerobohan dan kezaliman. (Dr. Haron Din: 1991: 352-353)

Jihad dalam pengertian di atas jelas menunjukkan penggunaan senjata, nyawa ,harta dan sebagainya untuk menghadapi musuh adalah salah satu daripada bentuk jihad qital (jihad melalui peperangan). Tetapi terdapat beberapa jihad lain yang lebih utama untuk diperhatikan oleh kita umat Islam di Malaysia seperti: i. ii. Jihad memerangi hawa nafsu.

Jihad dalam melakukan perubahan pada diri daripada buruk kepada baik.

iv. Jihad dalam konteks mencari keredaan Allah dengan mengikut seluruh tuntutan syarak. Hukum Jihad

Hukum jihad berbeza-beza mengikut perbezaan setiap bahagian dan jenisnya. Hukum jihad nafsu adalah fardu ain ke atas setiap individu muslim, kerana itulah penyelamat dan pengawal kepada setiap amal ibadat ini termasuklah segala jenis jihad dari mengalami kerosakan dan kerugian, sebagaimana ia menjadi daya penilai dan pengisi kepada setiap jihad lahir. Hukum jihad lahir terutama jihad lisan dan kalam, jihad ilmu dan taklim, jihad wang dan harta kekayaan terbahagi kepada tiga bahagian: i. Fardu kifayah; iaitu kewajipan yang tertanggung ke atas masyarakat Islam seluruhnya. Sekiranya kewajipan ini tidak tertunai, maka setiap anggota masyarakat bertanggungjawab dan berdosa. Tanggungjawab ini hanya akan terlepas manakala ada seseorang atau sekumpulan ataupun segolongan daripada anggota masyarakat itu yang dapat menunaikan keperluan atau tuntutan mesyarakat Islam yang tersebut mengikut penilaian mereka yang ahli dalam bidang pentadbiran dan perancangan kemajuan masyarakat. ii. Fardu ain ke atas setiap anggota masyarakat yang dilantik oleh masyarakat sesuai dengan keahliannya dalam setiap bidang. iii. Sunat ke atas sesiapa sahaja dari anggota masyarakat yang melimpah rasa pengabdiannya kepada Allah, rasa penyerahan dirinya kepada Allah, dan rasa sujud dirinya kepada Allah untuk berjihad lebih dari batas yang difardukan. Hukum Jihad Di Medan Perang

Hukum jihad di medan perang dengan kekuatan senjata dan tentera terbahagi kepada dua bahagian: i. Fardu ain ke atas setiap individu muslim apabila pemerintah atau ketua negara mengisytiharkan atau melancarkan perang jihad untuk mempertahankan diri ( difa) setelah musuh menyerang atau seseorang itu telah bernazar untuk berjihad fi sabilillah. ii. Fardu kifayah ke atas seluruh anggota masyarakat seperti yang dapat difahami dari firman Allah SWT: Maksudnya: Dan tidaklah betul dan elok orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah) . (At-Taubah (9): 122) Jihad fi sabilillah merupakan amalan yang begitu istimewa dalam Islam sehingga orang mati kerana tugasan ini disebut sebagai mati syahid dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mengikut hukum fiqah orang yang mati syahid tidak wajib dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan jangan sekali-kali kamu menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Dan juga mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka bahawa mereka tiada rasa takut dan tidak pula menanggung dukacita. (Ali-Imran(3): 169-170) Jihad Nafsu

Al-Quran telah menyatakan persoalan jihad secara umum dan jihad besar adalah merupakan jihad nafsu. Sebagaimana yang diketahui umum manusia diciptakan daripada dua unsur; iaitu jasmani yang bersifat lahir dan rohani yang bersifat ghaib. Maka dengan sendirinya kehidupan manusia mempunyai dua bidang. Begitu juga musuh manusia mempunyai dua bentuk; bentuk zahir (syaitan al-ins) dan bentuk ghaib (syaitan al-jin). Al-quran menerangkan secara jelas dan terperinci segala taktik dan teknik syaitan, segala tipu helah dan godaannya untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah yang lurus. Perang kemusnahan iblis dan syaitan terhadap manusia bukanlah pada unsur jasmani tetapi unsur kerohanian yang menjadi asas kepada kewujudan insan yang hakiki iaitu untuk membinasakan: i. ii. ketulenan akidah tauhid. keikhlasan ibadah dan ubudiah.

iii.

kejernihan dan kesucian akhlak serta ketinggian budi.

Sekiranya berlaku kemusnahan pada unsur kerohanian insan, maka secara langsung merosakkan manusia dalam semua aspek kegiatan hidupnya di samping kerugian yang hakiki di akhirat. Selain iblis dan syaitan yang menjadi musuh ghaib, hawa nafsu yang berada di dalam diri setiap orang itu juga boleh menjadi musuh secara tidak disedari. Nafsu merupakan kubu iblis dan syaitan dalam melancarkan serangan kepada manusia. Kehidupan rohani dan kesuburannya yang menjadi matlamat setiap insan rabbani memerlukan mereka mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap iblis dan syaitan serta melakukan serangan demi serangan untuk mempertahankan diri daripada ancamannya. Mankala jihad nafsu merupakan tempat permulaan bagi setiap jihad-jihad yang lain. Hal ini semestinya diberikan terlebih dahulu, lantaran itu ia disebut sebagai jihad besar atau jihad agung. Jihad nafsu menjadi jihad agung kerana: i. ii. Medan perjuangannya yang luas dan tidak terbatas. Masa perjuangannya tidak menentu dan tiada hadnya.

iii. kesukaran pejuangan ini kerana pada hakikatnya ialah perjuangan seseorang berhadapan dengan dirinya sendiri. iv. Kedudukan musuh yang tidak dapat dijangkau dengan pancaindera.

v. Jihad nafsu merupakan pengawas kepada jihad lain dan seterusnya menjadi kayu ukur bagi setiap perjuangan. vi. Ia merupakan asas kepada jihad-jihad lain terutamanya jihad di medan perang dengan kekuatan senjata atau tentera.

Salah Faham Konsep Jihad Terdapat beberapa salah tanggapan atau salah faham tentang konsep jihad yang sebenar mengikut ajaran Islam sehinggakan berlaku tindakan-tindakan seperti berikut: i. Berjihad tanpa mempedulikan orang awam yang tidak berdosa.

ii. Melaksanakan jihad yang menyebabkan orang bukan Islam menganggap Islam sebagai agama pelampau dan ganas.

iii. Berjihad melawan pemerintah Islam seperti yang dilakukan oleh kumpulan alMaunah Malaysia dan kumpulan Jemaah Islamiah Indonesia (JI). Terdapat juga kumpulan pelampau agama yang menyerang kuil dan gereja. iv. Berjihad membabi-buta semata-mata untuk mendapat pahala mati syahid.

v. Berjihad bertujuan untuk membalas dendam ke atas orang kafir dan melibatkan orang yang tidak berdosa. vi. Tidak membuat persiapan rapi secara bersungguh-sungguh termasuk dalam penyediaan kelengkapan senjata canggih. Unsur-Unsur Kekuatan Masyarakat Dalam Sesebuah Negara

Terdapat beberapa unsur kekuatan yang perlu diambil perhatian dalam pembinaan masyarakat antaranya: i. ii. iii. iv. v. vi. Kekuatan ilmu. Kekuatan akidah atau pegangan prinsip/falsafah yang mantap. Kekuatan budi pekerti yang baik. Kekuatan ekonomi. Kekuatan susunan perdamaian. Kekuatan jihad.

Strategi Mempersiapkan Diri

Dalam memenuhi tuntutan jihad yang umum, kita seharusnya mempunyai strategi berikut: i. Mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran teknologi.

ii. iii.

Menanam nilai-nilai kerohanian dan jati diri. Bijak menganalisa kekuatan dan kelemahan musuh.

iv. Mempertingkatkan kesedaran masyarakat tentang ancaman yang berbentuk psikologi dan ideologi. Semua pihak mesti bersedia melengkapkan diri untuk berjihad mempertahankan negara. Walau bagaimanapun ia perlu dilaksanakan sejajar dengan tuntutan syarak dengan mengambilkira acuan Malaysia yang berbeza dengan masyarakat lain.

PENGUASAAN SAINS DAN TEKNOLOGI TERAS PERTAHANAN NEGARA Penguasaan sains dan teknologi menjadi aset yang penting dalam memperkasakan pertahanan negara. Perkara ini turut diberi tumpuan serius oleh kerajaan dalam proses membina kekuatan pertahanan negara. Kebanyakan perkakasan dan kelengkapan pertahanan adalah berlandaskan teknologi tertentu yang hanya boleh dikendalikan melalui pengetahuan dan kemahiran khusus dalam bidang tersebut. Kejayaan operasi ketenteraan sangat bergantung kepada keupayaan teknikal dalam penggunaan, pengendalian dan penyelenggaraan perkakasan tentera yang moden dan canggih. Dalam bidang ketenteraan, sokongan sains dan teknologi diaplikasikan secara meluas pada setiap masa, dalam pelbagai bidang dan peringkat sama ada di medan perang mahupun aman. Contohnya penyediaan barangan keperluan asas anggota tentera seperti pakaian dan kasut telah digunakan sehinggalah kepada peralatan yang lebih canggih seperti peluru berpandu, sistem pesawat dan kapal selam. Perkembangan ini menuntut sektor pertahanan negara untuk menguasai kemahiran yang berorientasikan sains dan teknologi (S&T). Berlandaskan asas tersebut, STRIDE telah diwujudkan dalam Kementerian Pertahanan. STRIDE merupakan satu-satu organisasi yang berfungsi untuk membekalkan kepakaran saintifik dan teknikal kepada ATM. Pemahaman lengkap dalam sesuatu teknologi ketenteraan menyokong ATM melaksanakan misi ketenteraan secara berkesan. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) PERTAHANAN 1. Pengurusan R&D Pertahanan. Pengurusan R&D Pertahanan telah diberi penekanan yang lebih menyeluruh supaya R&D Pertahanan dapat ditumpukan kepada bidang-bidang yang berupaya memberi manfaat kepada ATM dan Industri Pertahanan tempatan. 2. Strategi Program R&D Pertahanan. Strategi program R&D pertahanan adalah dalam tiga aspek tertentu iaitu aplikasi teknologi, pembangunan teknologi dan penyelidikan teknologi: a. Aplikasi Teknologi adalah program R&D jangkamasa pendek yang dilaksanakan

oleh STRIDE bersama tentera. Tujuan utama strategi ini ialah untuk memberi sambutan kepada isu-isu teknologi dan masalah semasa yang dihadapi oleh ATM. b. Pembangunan Teknologi merupakan program R&D jangkamasa sederhana yang dilaksanakan oleh STRIDE dengan kerjasama tentera, industri pertahanan dan institut pengajian tinggi. Tujuan utamanya adalah untuk mengeksploitasi teknologi industri semasa dan terkini serta menghasilkan produk yang berdaya maju untuk dikomersilkan bagi kegunaan ATM. c. Penyelidikan Teknologi merupakan program R&D jangka panjang yang dilaksanakan oleh STRIDE dengan kerjasama tentera, industri pertahanan dan institut pengajian tinggi. Tujuannya adalah untuk memenuhi keperluan ATM pada masa hadapan. Pada masa ini sebahagian besar negara-negara Islam bergantung kepada negara bukan Islam untuk mendapatkan bekalan senjata moden dan canggih dalam melengkapkan kekuatan tentera masing-masing. Malah terdapat juga negara Islam yang miskin tidak dapat membeli langsung peralatan canggih. Sedangkan Allah SWT menggesa umat Islam supaya mempersiapkan diri untuk mempertahankan negara dengan segala keupayaan. Dalil

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah

akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya . (AlAnfal (8): 60) Sains dan teknologi juga merupakan satu bidang ilmu yang sepatutnya dikuasai oleh umat Islam. Dengan ilmu, sesuatu umat akan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat (tingkatan)... (Al-Mujadalah (58): 11) Kelebihan Penguasaan Sains Dan Teknologi Dalam Mempertahankan Negara 1. Penguasaan ilmu sains dan teknologi dapat memperkasakan umat dan negara. Negara-negara maju telah menjadikan sains dan teknologi sebagai suatu senjata yang memberikan kelebihan untuk menerajui dunia. 2. Kekuatan sains dan teknologi membolehkan kuasa-kuasa besar menguasai negara-negara lain. Penjajahan bentuk baru yang berkonsepkan sains dan teknologi telah berlaku kini. Negara maju bukan sahaja menguasai negara lain malah melakukan penindasan. 3. Disegani dan digeruni oleh negara-negara lain.

Kegagalan Penguasaan Sains Dan Teknologi

Akibat gagal menguasai bidang sains dan teknologi, sebahagian negarra Islam lemah dan terpaksa tunduk kepada pengaruh barat. Mereka perlu bergantung kepada kekuatan teknologi negara lain. Keadaan ini menyebabkan mereka gagal menjadi umat contoh. Bahkan tidak mampu untuk mempertahankan diri, apatah lagi untuk membantu negara Islam lain. KESIMPULAN Umat Islam perlu mengembalikan kegemilangan tamadun silam melalui penguasaan sains dan teknologi. Kekuatan ini harus dibangunkan sesuai dengan kapasiti negara dan dibina dalam acuan negara Malaysia.

Dalam melaksanakan prinsip kesepuluh Pendekatan Islam Hadhari yang berkaitan kekuatan pertahanan, semua lapisan masyarakat perlu menyedari hakikat bahawa setiap individu berkewajipan untuk mempertahankan negara tercinta ini melalui kapasiti dan kemampuan masing-masing. Setiap orang mempunyai ruang untuk memberikan sumbangan ke arah meningkatkan kekuatan pertahanan negara. Konsep jihad perlu difahami dengan erti katanya yang luas dan menyeluruh demi memelihara kesejahteraan semua tanpa mengira bangsa dan agama. Orang Islam perlu memahami bahawa jihad bukanlah suatu senjata bagi mereka untuk melakukan kezaliman dan penganiayaan kepada orang lain. Manakala masyarakat bukan Islam tidak perlu khuatir terhadap pendekatan ini kerana ia bukan proses untuk mengislamkan mereka secara paksaan dan kekerasan. Semua ini akan tercapai semaksimanya dengan meletakkan kekuatan pertahanan teras kesepuluh Islam Hadhari sebagai keutamaan dalam agenda negara dan sentiasa diperkasakan demi membina benteng ketahanan negara ke arah melahirkan sebuah negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai