Anda di halaman 1dari 25

BAB I

PENDAHULUAN
A. LATAR BELAKANG
Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri
seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak
memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah
swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi
Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas
pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw
telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental
dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah
tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah
padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh
iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan
jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar
mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman
globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet
dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.
B. RUMUSAN MASALAH
1.

Apakah definisi aqidah?

2.

Apakah maksud dari beriman kepada Allah SWT, dan apa hikmah
dalam mengimaninya?

3.

Apakah maksud dari beriman kepada Malaikat Allah, dan hikmah dalam
mengimaninya?

4.

Apakah maksud dari beriman kepada Kitab-kitab Allah, dan hikmah


dalam mengimaninya?

5.

Apakah maksud dari beriman kepada Nabi dan Rasul Allah, dan hikmah
dalam mengimaninya?

6.

Apakah maksud dari beriman kepada Hari Kiamat, dan hikmah dalam

mengimaninya?
7.

Apakah maksud dari beriman kepada Takdir Allah, dan hikmah dalam
mengimaninya?

8.

Bagaimana bahaya penyimpangan aqidah?

9.

Apakah manfaat mempelajari aqidah Islamiyah?

BAB II
PEMBAHASAN
1. Tujuan dan Objektif Pendidikan Akidah
2.1 Mengakui keesaan Allah swt
Tujuan utama pendidikan akidah Islam ialah mendidik manusia supaya
mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah.
Tiada sekutu bagiNya. Ini dijelakan oleh Allah swt dalam firmanNya yang
bermaksud :

"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi
tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan
tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya"
(al-Ikhlas : 1-4)
Ayat di atas mendidik manusia supaya mengaku keesaan dan kekuasaan
Allah swt. Ayat ini diturunkan di Makkah di awal perkembangan Islam. Oleh kerana
akidah merupakan asas kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai al-Din maka
wahyu-wahyu yang terawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menjurus
kepada pendidikan Akidah bagi menanam keyakinan yang teguh dalam jiwa
manusiatentang keesaan Allah swt.
2.2 Melahirkan manusia yang patuh dan tunduk kepada Allah swt .
Pendidikan akidah juga penting untuk mendidik manusia supaya patuh dan
tunduk kepada kebesaran dan keagongan Allah swt.

2.3 Membentuk keperibadian insan


Sebagaimana acuan dapat membentuk dan mencorakkan air kandungannya
maka demikianlah akidah dapat membentuk dan mendidik orang yang
mengambilnya menepati dengan hakikat dan tabiat kemanusiaan yang tulen dan asli
seperti yang dikehendaki oleh penciptanya. Pendidikan akidah dapat membentuk
sifat-sifat nalurinya, akal fikirannya, iradahnya dan perasaannya. Ringkasnya
pendidikan akidah bermatlamat untuk membentuk nilai akhlak dan keperibadian
seseorang insan yang akan mencorakkan suluk amali atau gerak laku amal perbuatan
selaras dengan peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah swt di
muka bumi ini. Menurut Mohd Sulaiman Yasin (1987), Akidah Islam ialah akidah
yang bersumberkan ketuhanan (akidah Rabbaniyyah) yang tetap, syumul,
menyeluruh dan fitrah. Tabiat akidah yang demikian ialah akidah yang kukuh dan
teguh. Hanya akidah yang teguh sahaja dapat membentuk manusia yang teguh dan
kukuh. Kekukuhan dan keteguhan akidah ialah kerana kekukuhan dan keteguhan
ciri-ciri yang menjadi kandungan akidah itu, yang merangkumi segala hakikat iaitu
hakikat ketuhanan, hakikat alma semesta dan hakikat kemanusiaan serta nilai-nilai
kebenaran, kebaikan dan keindahan. Kekukuhan akidah inilah yang akhirnya menjadi
sumber kekuatan Islam. Itulah hakikat kekuatan umat Islam, kekuatan jiwa dan
rohani serta peribadinya yang menjadi asas kepada kekuatan jasmaninya. Di dalam
sejarah kegemilangan umat Islam yang silam kita mendapati bahawa umat Islam di
masa itu telah dibentuk dan dididik oleh akidah yang akhirnya melahirkan kekuatan
yang sungguh kental dan luar biasa. Kita lihat sahaja kepada Bilal, bahawa akidah
telah memberikan kekuatan kepadanya. Abdul Rahman bin Auf dan Osman bin
Affan sanggup membelanjakan hartanya kerana mempertahankan Islam sehingga
tiada apa lagi yang dimiliki melainkan Allah swt dan Rasul. Ali bin Abi Talib
sanggup mempertaruhkan nyawanya kerana Rasulullah saw dan banyak lagi contohcontoh yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah saw hasil dari pendidikan
akidah yang mantap.

2. Definisi Akidah
Perkataan akidah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu "aqada yang bererti
ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi
seperti akad nikah dan akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini
maka lahirlah akidah iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan.
Sementara dari segi istilah, akidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan
tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai.
Akidah menurut istilah syara" pula bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada
hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan
hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syara" iaitu beriman
kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan perkara-perkara
ghaibiyyat.
3. Hakikat Iman
Dalam menjelaskan definisi akidah ada disebut perkataan kepercayaan atau
keimanan. Ini disebabkan Iman merupakan unsur utama kepada akidah. Iman ialah
perkataan Arab yang bererti percaya yang merangkumi ikrar (pengakuan) dengan
lidah, membenarkan dengan hati dan mempraktikkan dengan perbuatan. Ini adalah
berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud : "Iman itu ialah mengaku dengan lidah,
membenarkan di dalam hati dan beramal dengan anggota".
(al-Hadis)
Walaupun iman itu merupakan peranan hati yang tidak diketahui oleh orang
lain selain dari dirinya sendiri dan Allah swt namun dapat diketahui oleh orang
melalui bukti-bukti amalan. Iman tidak pernah berkompromi atau bersekongkol
dengan kejahatan dan maksiat. Sebaliknya iman yang mantap di dada merupakan
pendorong ke arah kerja-kerja yang sesuai dan secucuk dengan kehendak dan
tuntutan iman itu sendiri.

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin yang beriman kepada Allah swt dan RasulNya
kemudian mereka tidak ragu-ragu".
(al-Hujurat : 15)
Firman Allah swt lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah swt maka
terasa gerunlah hati mereka dan apabila dibaca kepada mereka ayat-ayat Allah swt,
bertambahlah iman mereka dan kepada tuhan sahaja mereka bertawakkal. Mereka
mendirikan solat, membelanjakan daripada apa yang kami beri rezki kepada mereka.
Mereka itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya".
(al-Anfal : 2-4)
Perkara yang menjadi asas atau pokok keimanan dalam Islam juga dikenali sebagai
rukun-rukun Iman iaitu sebanyak enam perkara :

Pertama : Beriman kepada Allah swt.

Kedua : Beriman kepada Malaikat.

Ketiga : Beriman kepada kitab-kitab.

Keempat : Beriman kepada Rasul-Rasul.

Kelima : Beriman kepada Hari Kiamat.

Keenam : Beriman kepada Qada" dan Qadar.

Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud :
"Iman itu bahawa kamu mempercayai kepada Allah swt, malaikatNya, kitabkitabNya, para RasulNya, ham/ri kumudian dan kamu beriman kepada takdir baik
dan buruknya". (Riwayat Muslim)
3. Hubungan Iman dan Islam
Iman dengan makna tasdiq juga dinamakan akidah di mana rahsianya tidak
diketahui sesiapa melainkan orang berkenaan dan Allah swt. Namun demikian
manusia mempunyai sifat-sifat lahiriah yang dapat dilihat melalui tingkah laku
manusia sama ada melalui percakapan atau perbuatan. Inilah yang menjadi ukuran
keimanan seseorang. Adapun segala yang tersirat di dalam hatinya terserah kepada
Allah swt. Iman yang melahirkan penyerahan diri kepada Allah itu juga disebut
sebagai Islam. Ini bermaksud seseorang yang beriman hendaklah menyerah diri
kepada Allah swt dengan menerima segala hukum dan syariat yang diturunkan Ilahi.
Penyerahan dan penerimaan ini berlaku dengan dua perkara yaitu:
a.

Dengan kepercayaan dan pegangan hati yang dinamakan Iman (akidah) dan

b.

Melalui sifat-sifat lahiriah iaitu melalui perkataan dan perbuatan (amalan)


dinamakan Islam. Nabi Muhammad saw telah juga menunjukkan penggunaan
kalimah Iman dalam pengertian amal sebagaimana sabdanya yang bermaksud :
"Iman terbahagi lebih enam puluh bahagian, yang paling tinggi ialah mengucap
kalimah "Lailahaillallah" dan yang paling rendah ialah membunag benda-benda
yang boleh menyakitkan orang di jalan". (Riwayat Muslim)

Oleh yang demikian jelas di sini Iman dan Islam mempunyai hubungan yang
rapat dan tidak mungkin dipisahkan. Islam umpama pohon sementara Iman umpama
akar sesepohon kayu. Kesuburan dan kekuatan akar pokok tersebut dapat dilihat
dengan kesuburan pokok pada daun, ranting dan dahannya. Dalam menjelaskan
tentang hubungan Iman dan Islam ini kita petik sebuah hadis sabda Nabi saw kepada
rombongan Abdul Qias yang bermaksud:
"Aku menyuruh kamu beriman kepada Allah swt yang Maha Esa. Apakah kamu
mengerti apa dia yang dikatakan beriman kepada Allah swt yang Maha Esa ". Iaitu
penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah swt yang Maha Esa,
tiada sekutu baginya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan
satu perlima daripada harta rampasan perang". (Muttafaqun "alaih)

Hadis di atas menjelaskan betapa adanya hubungan yang erat di antara iman dan
Islam di mana Islam itu menjadi salah satu daripada perinsip Iman dan Iman pula
dilahirkan melalui Islam secara amali, dengan iqrar syahadah dan melaksanakan
hukum syariat dalam segala amalan. Sekiranya berlaku iqrar syahadah dan
menunaikan fardhu sedangkan hatinya tidak yakin atau tidak percaya serta ragu-ragu
terhadap hukum hakam Allah swt maka seseorang itu dihukum tidak beriman
walaupun masih dinamakan Islam sebagaimana yang berlaku kepada sesetengah
orang-orang Badwi di zaman Rasulullah saw.
Firman Allah swt yang bermaksud

"Orang Arab berkata : Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) : Kamu
belum beriman (janganlah berkata demikian, tetapi sementara Iman belum lagi
meresap masuk ke dalam hati kamu) berkatalah sahaja : Kami telah Islam". (alHujurat : 14)
Kesimpulannya Iman itu melambangkan sesuatu yang batin sementara Islam
melambangkan sesuatu yang zahir. Oleh itu iman dan Islam tidak boleh dipisahkan.
Islam umpama pokok sementara Iman umpama akar. Ibadat solat merupakan batang
kepada pokok itu sementara beriman kepada Allah swt merupakan akar tunjangnya
di mana ia menjadi teras keimanan seseorang. Pemisahan Iman dan Islam samalah
kita memisahkan pokok dari akarnya.
4. Konsep Ihsan dan Hubungannya dengan Iman dan Islam
Ihsan bermaksud bekerja dengan baik dan tekun. Dari segi syara" bermaksud
mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadat dan mengelokkan perbuatan batin
dengan ikhlas. Menurut kamus bahasa, Ihsan bermaksud membuat sesuatu yang baik.
Al-quran menerangkan dengan meluas ciri-ciri Ihsan dan mereka yang bersifat
muhsinin (berbuat kebaikan).
Antaranya firman Allah swt yang bermaksud :

"Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedah kebaikan yang kamu lakukan ialah
untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan maka (kesannya yang buruk)
berbalik kepada diri kamu juga".
(al-Isra" : 7)

Kedudukan Ihsan adalah tinggi di sisi Islam dalam konteks melengkapkan


ciri-ciri keimanan dan keislaman individu dan masyarakat Islam seluruhnya. AlQuran menerangkan bahawa Ihsan wajib menjadi tabiat manusia. Allah swt telah
memberi ni"mat kepada manusia dengan IhsanNya, maka manusia perlu Ihsan
dengan ni"mat ini kepada makhluk.
Firman allah swt yang bermaksud :

"Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah swt) sebagaimana Allah swt
berbuat baik kepadamu (dengan pemberian ni"matNya yang melimpah-limpah".
(al-Qasas : 77)
Seseorang yang melakukan Ihsan akan merasa tenang yang tidak dapat
dirasakan oleh orang lain dan orang yang menerima Ihsan itu sendiri merasa senang.
Kasih sayang kepada pelaku Ihsan akan memberi kebahagiaan jiwa. Mereka yang
membuat keburukan tidak akan mendapat ketenangan hidup. Oleh itu Allah swt telah
memberi galakan supaya berbuat Ihsan sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah swt menyuruh kamu berlaku adil, dan berbuat ihsan
(kebaikan), serta memberi bantuan kepada kaum karabat dan melarang daripada
melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta zalim".
(al-Nahl : 90)
Al-Quran mengangkat martabat Ihsan dengan begitu tinggi lebih-lebih lagi
jika turut disertakan dengan ikhlas kepada Allah swt dan kedua-dua ini dianggap
sebagai sifat yang paling tinggi dan mulia yang patut ada pada diri setiap muslim.
Kesimpulannya kalau Iman itu umpama akar, Islam umpama pokok maka Ihsan pula
umpama buah yang baik. Demikianlah hubungan di antara Iman, Islam dan Ihsan.
5. Peringkat-peringkat Iman
Iman itu boleh bertambah dan berkurang. Malah Iman seseorang boleh
dihinggapi penyakit. Ada Iman sentiasa bertambah iaitu Iman para Nabi dan Rasul.
Ada Iman yang tidak bertambah atau berkurang iaitu Iman para Malaikat. Ada Iman
yang kadang-kadang bertambah dan ada ketikanya menurun iaitu Iman kebanyakan
orang mukmin. Terdapat juga jenis Iman yang jarang-jarang bertambah tetapi banyak
menurun iaitu Iman orang-orang yang fasik lagi jahat.

Iman terbahagi kepada lima peringkat:

Iman Taqlid iaitu Iman ikutan. Orang yang beriman secara taqlid beramal
semata-mata mengikut orang lain. Iman jenis ini merbahaya dan terdedah
kepada kesesatan.

Iman Ilmu iaitu Iman yang berdasarkan semata-mata kepada ilmu dan fikiran
semata-mata dan ia tidak terpahat di dalam hati. Iman pada tahap ini juga
terdedah kepada bahaya dan penyelewengan.

Iman A'yan iaitu Iman yang dapat dihayati sehingga ke lubuk hati. Iman pada
tahap ini dimiliki oleh orang-orang soleh. Seseorang yang beriman pada tahap
ini amalannya bertolak dari hati yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah
swt. Iman kita juga sekurang-kurangnya berada pada tahap ini.

Iman Hak iaitu Iman yang hakiki yang terlepas dari godaan nafsu dan syaitan.
Iman pada tahap ini dimiliki oleh golongan muqarrabin. Iman Hakikat iaitu
Iman peringkat yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Mereka
yang memiliki Iman pada tahap ini hidup semata-mata untuk Allah swt.

6. Rukun Iman
Perkara yang menjadi asas atau pokok keimanan dalam Islam dikenali
sebagai rukun-rukun Iman ialah enam perkara sebagaimana firman Allah swt yang
bermaksud:

"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya,
dan juga orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah swt, MalaikatMalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya".
(al-Baqarah : 285)

Sabda Nabi saw yang bermaksud: "Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah swt,
Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat, Qadar baik
dan buruk". (Riwayat Muslim)
1.

Beriman kepada Allah swt


Beriman kepada Allah swt bermaksud mengetahui, percaya dan beri"tikad
dengan teguh, perkara-perkara yang wajib, mustahi dan harus bagi Allah swt.
Seseorang itu hendaklah beri"tikad secara ijmal dan sungguh-gungguh bahawa
Allah swt bersifat dengan sifat-sifat yang sumpurna dan sesuai dengan
ketuhananNya. Mustahil Allah swt bersifat dengan sifat-sifat kekurangan dan
harus bagi Allah swt melakukan semua perkara atau meninggalkannya.

Iman dan tauhid kepada Allah swt tegak di atas dua asas yaitu
Tauhid Rububiyyah
Tauhid Rububiyyah bermaksud mengimani dan yakin bahawa Allah swt sahaja
Tuhan yang mencipta alam ini. Mentauhidkan Allah swt sebagai pencipta,
pengurus, pentadbir, pengatur, pemerintah, pendidik, pemelihara dan pengasuh
sekelian alam. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang tauhid
Uluhiyah ini. Antaranya firman Allah yang bermaksud:

"Tidakkah engkau perhatikan bahawa Allah swt menciptakan langit dan bumi
dengan sebenarnya". Jika ia mengkehendaki, kamu dimusnahkanNya dan
digantiNya dengan makhluk yang baru".
(Ibrahim 14 : 19)

Firman Allah swt lagi yang bermaksud:

"Dia menciptakan beberapa langit tanpa tiang yang kamu lihat, dan Dia
mengadakan gunung-ganang di muka bumi supaya jangan ia bergoyanggoyang bersama kamu dan Dia menyebarkan di muka bumi bermacammacam haiwan. Kami turunkan air hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan di
muka bumi bermacam-macam tumbuhan yang baik".
(Luqman 31:10)
Dalam beberapa ayat yang lain Allah swt menyebut bahawa orangorang kafir juga percaya kepada Rububiyah Allah swt dengan mengaku
bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi. Firman Allah swt yang
bermaksud:

"Dan jika kamu bertanya kepada mereka (orang-orang kafir yang menyembah
berhala itu) siapa yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab:
Allah swt! maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan".
(al-Zukhruf : 87)
Maksud firman Allah swt lagi:

"Dan jika kamu menanyakan kepada mereka : Siapakah yang menurunkan air
dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya".
Tentulah mereka akan menjawab : Allah swt".
(al-Ankabut : 63)
Tauhid Uluhiyyah
Beriman kepada Uluhiyyah Allah swt bermaksud yakin bahawa Allah
swt sahaja Tuhan yang patut disembah, dipohon segala doa, dipatuhi, dicintai,
ditakuti, dan tawakkal kepadaNya. Seterusnya mnerima segala hukumNya
dengan yakin dan redha. Ringkasnya Tauhid Uluhiyyah ini menuntut
seseorang meyakini kemutlakan kekuasaan Allah swt yang menjadi tempat
tumpuan segala makhluk sama ada dari segi sembahan atau memohon segala
doa dan hajat. Keyakinan ini menetapkan bahawa hanya Allah swt sahaja
yang berkah menentukan hukum dan peraturan bagi seluruh makhluk di alam
ini. Di antara ayat al-Quran yang membicarakan tentang Uluhiyyah Allah
swt adalah seperti berikut. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami
memohon pertolongan"
(al-Fatihah : 5)
Firman Allah swt lagi yang bermaksud:

"Engkaulah yang memasukkan malam ke dalam siang dan siang ke dalam


malam. Engkau juga mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan
mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Engkau jugalah yang memberi
rezki kepada sesiapa yang dikehendaki dengan tiada hitungan hisab".
(Al-Imran : 27)

Sesungguhnya kebanyakan manusia sejak dahulu hingga kini mengakui


Tauhid Rububiyyah Allah swt dengan mengakui bahawa Allah swt menciptakan
langit dan bumi serta sekelian alam ini. Tetapi mereka ingkar secara perkataan dan
perbuatan terhadap Uluhiyyah Allah swt seperti beribadat kepada yang lain dari
Allah swt serta tidak melaksanakan syariat dan hukum Allah swt dalam kehidupan
ini. Keselarasan di antara Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah adalah penting
untuk memastikan keimanan yang sejati terhadap Allah swt. Ini adalah kerana
Tauhid Rububiyyah adalah adalah merupakan pengakuan bahawa Allah swt adalah
sumber cipta. Sementara Tauhid Uluhiyyah ialah suatu pengakuan bahawa Allah swt
adalah Tuhan yang wajib disembah dan tempat tumpuan sekelian makhluk.
2. Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada malaikat bermaksud percaya dan yakin tentang wujudnya
makhluk yang digelar malaikat. Jumlah malaikat hanya Allah swt sahaja yang
mengetahui. Di antara ciri-ciri malaikat yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadis
antaranya ialah:

Malaikat merupakan makhluk yang taat kepada Allah swt.

Diciptakan dari nur.

Tidak mempunyai hawa nafsu.

Tidak makan dan minum

Memiliki akal yang terbatas untuk melaksanakan perintah Allah swt.

Tiada jantina tertentu (tidak lelaki, tidak perempuan, bukan khunsa).

Malakikat mempunyai sayap.

Memiliki kekuatan dan kepantasan yang luar biasa.

Malaikat merupakan makluk yang tidak dapat dikesani dengan penyelidikan dan
pemikiran tentang kewujudannya. Kita tidak boleh menafikan adanya malaikat
semata-mata kerana ia tidak dapat dilihat atau dikaji oleh akal manusia. Beriman
kepada malaikat adalah termasuk di dalam beriman kepada perkara-perkara ghaib
kerana ia tidak dapat disaksikan oleh pancaindera. Hakikatnya amat sukar difahami

oleh akal fikiran manusia. Perkhabaran tentang malaikat dan perkara-perkara


ghaibini diketahui melalui al-Quran dan al-Hadis. Yakin dan beriman kepada
perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka, roh merupakan salah satu daripada ciriciri orang bertaqwa kepada Allah swt. Di antara dalil berkenaan dengan malaikat
adalah seperti berikut:
Firman Allah swt yang bermaksud:

"Miraj yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya


(menerima dan menyempurkan tugas) pada satu hari tempohnya lima puluh ribu
tahun".
(al-Ma"rij : 4)
Dalam perkembangan kepercayaan manusia terhadap perkara ghaib sejak
zaman purbakala telah ada kepercayaan kepada dewa-dewa. Orang Greek di zaman
purba mempercayai adanya dewa-dewa. Demikian juga orang Tionghoa dan Mesir.
Kadang-kadang kepercayaan kepada dewa-dewa ini dihubungkaitkan dengan
bintang-bintang. Contohnya orang Greek (Yunani) mempercayai bintang Mars
adalah dewa peperangan. Demikian juga ada yang mempercayai bahawa malaikat itu
adalah anak perempuan Tuhan.
Setelah fahaman "ketauhidan" menjadi jelas di dalam Islam, maka tegaklah
kepercayaan bahawa persembahan dan pemujaan hanyalah kepada Allah sematamata. Malaikat-malaikat bukanlah Tuhan dan tiada kuasa. Ia tidak dapat
memakbulkan permohonan makhluk. Kita tidak perlu takut kepada malaikat kerana
ia tidak dapat berbuat apa-apa melainkan dengan izin Allah swt. Demikianlah

halusnya pokok kepercayaan dalam Islam sehingga memuja malaikat adalah


termasuk dalam perbuatan syirik yang membatalkan akidah seseorang.
Menurut athar Said bin al-Musayyib bahawa malaikat itu bukan lelaki dan
bukan perempuan, mereka tidak makan atau minum dan tidak tidur. Bilangan
malaikat amatlah ramai. Tidak diketahui jumlahnya melainkan Allah swt. Setiap
orang wajib beriman kepada malaikat secara ijmal kecuaili sepuluh malaikat sahaja
diwajibkan kita beriman secara tafsil sebagaimana berikut:
Jibril
Malaikat pertama yang dianggap sebagai penghulu sekelian malaikat. Dia
juga bernama Namus, Ruh al-Amin (roh yang diberi keperrcayaan) dan Ruh alQudus (roh yang suci). Tugasnya yang utama ialah menerima perintah Allah swt
untuk disampaikan kepada para Nabi dan Rasul. Oleh kerana ruh Nabi-Nabi dan
Rasul-Rasul itu telah mendapat latihan yang cukup dan istimewa sehingga
memudahkan hubungannya dengan alam ghaib. Maka dapatlah mereka melihat dan
berhubung nyata dengan Malaikat Jibril itu. Nabi Muhammad saw pertama kali
berjumpa dengan Jibril ialah semasa menerima wahyu pertama di gua Hira" di atas
bukit Nur. Datang berupa seorang lelaki berpakaian serba putih. Demikian juga
semasa Isra dan Mi"raj Nabi saw ditemani oleh Jibril alaihissalam.
Jibril pernah merupakan dirinya sebagai seorang sahabat Nabi saw yang
muda dan pantas sikapnya iaitu Dahiyah al-Kalbi. Menurut hadis Bukhari dan
Muslim yang diriwayatkan oleh Saidina Omar al-Khatab menyatakan bahawa Jibril
merupa seorang lelaki datang ke majlis Rasulullah saw mengemukakan pertanyaan
berkaitan dengan Iman, Islam dan Ihsan. Semua sahabat Rasulullah saw yang hadir
melihatnya.
Di waktu Rasulullah saw menghembuskan nafasnya yang penghabisan Jibril
turut hadir di sisi Baginda saw. Sebab Rasulullah saw berkata "Jibril ! Jibril !
Dekatlah kepadaku". (Hamka, 1988). Kitab-kitab suci dan suuf yang diturunkan

kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul iaitu Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran diturunkan
melalui perantaraan Jibril as.
Mikail
Malaikat Mikail tugasnya mengurus hal ehwal penghidupan. Mengatur rezki,
hujan dan sebagainya. Mengatus perjalanan matahari, bumi, bulan dan cakrawala ini.
Peredaran matahari dan bintang menyebabkan berlakunya siang dan malam. Ia
menjaga perjalanan alam ini sehingga segala sesuatu itu berjalan dengan lancar di
dalam peraturan yang ditentukan. Yang berat turun ke bawah, yang ringan terapung
ke atas dan tenaga tarik menarik yang ada semuanya dalam lingkungan tugas Mikail.
Izrail
Izrail terkenal denganpanggilan "Malaikat Maut". Bertugas mencabut nyawa
segala makhluk yang bernyawa di alam ini apabila tiba masanya. Izrail tidak akan
datang kalau kita belum "dipanggil". Walaupun di kiri kanan kita bergelimpangan
mayat-mayat, kita tidak akan mati kalau belum tiba giliran. Dan kalau tiba giliran ke
mana kita menyembunyikan diri Izrail tetap menunggu kita. Walaupun kita berada
dalam perti besai yang kukuh sekalipun.
Kita tidak tahu bila Izrail akan datang kepada kita. Kita juga tidak boleh cemas
kerana dia pasti datang. Kecemasan boleh dihilangkan dengan memenuhi hidup kita
melakukan kebajikan dan meninggalkan kemungkaran.
Tugasnya meniup sangkakala (Shur). Tiupan pertama memusnahkan seluruh alam ini
melainkan perkara-perkara yang tidak diizinkan Allah swt musnah.
Kesan Akidah Islam
Akidah Islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai
kepribadian yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkah-laku,
percakapan dan gerak-geri hati seseorang atau sesebuah masyarakat. Akidah Islam

yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati sesseorang akan menimbulkan
kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan seperti berikut:
1.

Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah swt yang maha esa.
Lantaran itu menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerakgerinya untuk mencari keredhaan Allh swt.

2.

Akidah Islam melahirkan Insan Soleh. Insan yang melakukan apa yang
diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran.

3.

Akidah Islam melahirkan Insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji.
Mengikis sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia yang bertaqwa,
tawadhu", ikhlas, redha, amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di samping
menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti dengki, sombong, ria", takabur dan
seumpamanya yang boleh membawa masalah sosiol dalam masyarakat.

4. Akidah akan melahirkan seseorang atau sesebuah masyarakat yang optimis dan
yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia di
samping tidak lupa mencari keredhaan Allah swt supaya mendapat kebahagian
di akhirat.
5. Akidah Islam melahirkan Insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya,
mempunyai perinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang
mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai pengarauh hasil
kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih
nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh
merosakkan keperibadian Insan dan masyarakat.
6. Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke
hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah
berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat
yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjah mereka. Mereka
menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan
maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.

7. Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan


dan mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni
dan aman tenteram. Tiada jenayah atau pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan
mereka yakin kepada hari pembalasan.
8. Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang
harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa.
9. Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah
swt walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati
kerana mempertahankan akidahnya. Kelaurga Amar bin Yasir demikian juga.
Demikianlah para sahabat sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk
mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari
Akidah Islam yang meressap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka.
Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap
menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam
di zaman Nabi saw dan para Sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh
akidahnya. Lantaran itu mereka amat mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai
unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari
menghayati Akidah Islam yang sebenar.

Akidah Islam mempunyai banyak tujuan yang baik yang harus dipegang teguh, yaitu
1.

Untuk mengihlaskan niat dan ibadah kepada AllahI semata. Karena Dia adalah
pencipta yang tidak ada sekutu bagiNya, maka tujuan dari ibadah haruslah
diperuntukkan hanya kepadaNya.

2.

Membebaskan akal dan pikiran dari kekacauan yang timbul dari kosongnya hati
dari akidah. Karena orang yang hatinya kosong dari akidah ini, adakalanya
kosong hatinya dari setiap akidah serta menyembah materi yang dapat di indera
saja dan adakalanya terjatuh pada berbagai kesesatan akidah dan khurafat.

3.

Ketenangan jiwa dan pikiran, tidak cemas dalam jiwa dan tidak goncang dalam
pikiran. Karena akidah ini akan menghubungkan orang mukmin dengan
Penciptanya lalu rela bahwa Dia sebagai Tuhan yang mengatur, Hakim yang
membuat tasyri'. Oleh karena itu hatinya menerima takdir-Nya, dadanya lapang
untuk menyerah lalu tidak mencari pengganti yang lain.

4.

Meluruskan tujuan dan perbuatan dari penyelewengan dalam beribadah kepada


Allah dan bermuamalah dengan orang lain. Karena diantara dasar akidah ini
adalah mengimani para Rasul, dengan mengikuti jalan mereka yang lurus dalam
tujuan dan perbuatan.

5.

Bersungguh-sungguh dalam segala sesuatu dengan tidak menghilangkan


kesempatan beramal baik, kecuali digunakannya dengan mengharap pahala.
Serta tidak melihat tempat dosa kecuali menjauhinya dengan rasa takut dari
siksa. Karena diantara dasar akidah ini adalah mengimani kebangkitan serta
balasan terhadap seluruh perbuatan.

6.

Menciptakan umat yang kuat yang mengerahkan segala yang mahal maupun
yang murah untuk menegakkan agamanya serta memperkuat tiang
penyanggahnya tanpa peduli apa yang akan terjadi untuk menempuh jalan itu.

7.

Meraih kebahagiaan dunia dan akhirat dengan memperbaiki individu-individu


maupun kelompok-kelompok serta meraih pahala dan kemuliaan.

BAB III
PENUTUP
A. KESIMPULAN
Berdasarkan pembahasan di atas, maka kami menyimpulkan bahwa: Tujuan utama
pendidikan akidah Islam ialah mendidik manusia supaya mengakui keesaan dan
ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah.
Aqidah Islamiyyah adalah keimanan yang teguh dan bersifat pasti kepada
Allah dengan semua pelaksanaan kewajiban, bertauhid dan taat kepada-Nya, beriman
kepada Malaikat-malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, Kitab-kitab-Nya, hari Akhir, takdir
baik dan buruk dan mengimani seluruh apa-apa yang telah shahih tentang Prinsipprinsip Agama (Ushuluddin), perkara-perkara yang ghaib, beriman kepada apa yang
menjadi ijma (konsensus) dari Salafush Shalih, serta seluruh berita-berita qathi
(pasti), baik secara ilmiah maupun secara amaliyah yang telah ditetapkan menurut
Al-Quran dan As-Sunnah yang shahih serta ijma Salafush Shalih.
Aqidah yang benar akan melahirkan ketenangan dalam hidup karena
kehidupan dihiasi dengan syukur ketika mendapatkan berbagai nikmat dan sabar
ketika kita sedang mendapatkan berbagai kesulitan, musibah dan tantangan. Ummat
islam seharusnya dapat mempelajari ayayt-ayat Allah SWT baik yang terdapat pada
alam semesta maupun pada al-quran untuk memperkuat akidah agar hidup lebih
bermakna dan bermanfaat.
Adapun aqidah memiliki beberapa fungsi antara lain:
a. Sebagai pondasi untuk mendirikan bangunan Islam.
b. Merupakan awal dari akhlak yang mulia. Jika seseorang memiliki aqidah yang
kuat pasti akan melaksanakan ibadah dengan tertib, memiliki akhlak yang mulia,
dan bermuamalat dengan baik.
c. Semua ibadah yang kita laksanakan jika tanpa ada landasan aqidah maka ibadah
kita tersebut tidak akan diterima.

setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali
ramai sebagai Rukun Iman:1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
4. Percaya kepada Kitab-Kitab
5. Percaya kepada Hari Akhirat
6. Percaya kepada Qada' dan Qadar
Dengan tujuan:
1. Untuk mengihlaskan niat dan ibadah kepada Allah.
2. Membebaskan akal dan pikiran dari kekacauan yang timbul
dari kosongnya hati dari akidah.
3. Ketenangan jiwa dan pikiran, tidak cemas dalam jiwa dan tidak
goncang dalam pikiran.
4. Meluruskan tujuan dan perbuatan dari penyelewengan dalam
beribadah kepada Allah dan bermuamalah dengan orang lain.
5. Bersungguh-sungguh dalam segala sesuatu dengan tidak
menghilangkan kesempatan beramal baik, kecuali
digunakannya dengan mengharap pahala.
6.Menciptakan umat yang kuat yang mengerahkan segala yang
mahal maupun yang murah untuk menegakkan agamanya
serta memperkuat tiang penyanggahnya tanpa peduli apa
yang akan terjadi untuk menempuh jalan itu.
7. Meraih kebahagiaan dunia dan akhirat dengan memperbaiki
individu-individu maupun kelompok-kelompok serta meraih
pahala dan kemuliaan.

B. SARAN
Kami berharap dengan adanya makalah ini bukan hanya menjadi
bahan bacaan pembaca. Tapi, agar bisa diaplikasikan dalam kehidupan
sehari-sehari. Sehingga semua amalan kita kepada Allah SWT berdasarkan
atas ilmu yang telah kita pelajari.

Anda mungkin juga menyukai