Anda di halaman 1dari 53

TAJUK : 20 PENDEKATAN ISLAM HADHARI DAN PROSES PEMBANGUNAN NEGARA

MUHAMMAD AIZAT BIN MOHD RASID PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI ( 6 10 )

PENGENALAN KEPADA ISLAM HADHARI


Pendahuluan.
Konsep Islam Hadari diperkenalkan oleh
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dalam perhimpunan Agung UMNO ke 55 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 September 2004.

Apakah maksud Islam Hadhari???

Gabungan 2 kalimah bahasa Arab iaitu Islam dan Hadhari. Asal perkataan Hadhari ialah Hadharun-Hadharatun yang membawa maksud membangun, maju, atau bertamadun

Dari segi istilah perkataan Hadhar membawa maksud yang bertamadun

Definisi Umum..

suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan

ruang lingkup tamadun Islam bagi melahirkan individu atau


masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual dan material, mampu berdikari,

berdaya saing melihat ke hadapan (futuristik), inovatif serta


cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara rasional, objektif, rasional dan praktikal

Kesimpulannya

ajaran Islam yang membawa kepada fokus kehidupan untuk mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat dan negara yang bertamadun dan

mempunyai peradaban yang unggul bagi


menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta masalah penjajahan pemikiran dan cara hidup

PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI


Kehidupan berkualiti Pembelaan hak minoriti dan wanita.

Kekuatan pertahanan.

Pemuliharaan alam semulajadi

Keutuhan budaya dan moral.

PRINSIP 6 : KEHIDUPAN BERKUALITI

Kerajaan menitikberatkan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup didunia ini dari segi sosio-ekonomi, taraf hidup, kesihatan, kehidupan fizikal, pendidikan yang bermutu, infrastruktur, kesihatan emosi, dan mental serta kesejahteraan spiritual. 1
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah): dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. ( Surah al-Qasas: Ayat 77)

Konsep Islam Hadhari membentuk masyarakat yang beriman


dan kukuh agama untuk menuju ke arah kehidupan yang berkualiti. 2

Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki atau perempuan, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik. (Surah al-Anfal :

24)

Buktinya
Kerajaan membangunkan institusi pendidikan Islam dengan pesatnya. Misalnya : Sekolah Menengah Kebangsaan

Agama, kolej-kolej Islam, Kolej Universiti Islam dan


Universiti Islam.

Tujuan :

Melahirkan generasi muslim yang berakhlak pada masa hadapan, tinggi ilmu dan luhur budinya.

Bukti kerajaan amat dinamik.

Melalui konsep Islam Hadhari, pihak kerajaan harus menjalankan fungsi dan menggalas tanggungjawab kekhalifahan seterusnya memantapkan kedudukan agama Islam bagi menjamin keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat dan negara. 3

Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui usaha pemimpinpemimpin negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintah di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orangorang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka ; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan( dari anacaman musuh). (Surah an-Nur : ayat 55)

Khalifah Allah juga bertanggungjawab mengurus,


mengharmonikan dan memakmurkan alam ini berlandaskan ketentuan dan garis panduan yang telah

ditetapkan oleh Allah S.W.T


4

Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga seterusnya dapat membentuk kehidupan yang bermakna.

Kesimpulan
Kita mestilah menjadi manusia yang berkualiti dari segi pemikiran, tingkah laku dan cara hidup. Umat yang positif dapat melahirkan idea-idea dan pendapat yang positif sekaligus membentuk masyarakat yang sejahtera

Kehidupan berkualiti dapat dicapai melalui kejayaan negara dalam melaksanakan tuntutan keperluan asas kehidupan seperti penghayatan kehidupan beragama, menghayati kehidupan yang aman, peluang dan hak memiliki harta serta jaminan generasi akan datang yang cemerlang.

PRINSIP 7 : PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA

Melalui konsep Islam Hadhari, kerajaan bukan sahaja membela penganutnya bahkan mengambil kira hak dan kepentingan golongan bukan Islam termasuklah golongan-golongan minoriti lain.

Mereka dijamin dari segi perlindungan nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. (bahagian kedua Perlembagaan Persekutuan)

Kesan : kumpulan minoriti dan kaum wanita turut sama menyertai dan menggerakkan pentadbiran negara seperti aktiviti ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan agama.

Islam Hadhari mengangkat martabat golongan wanita dengan meletakkan mereka ditempat yang tinggi.

Wanita yang sudah berumahtangga mempunyai hak untuk tinggal di rumah suaminya, menerima nafkah hidup dan batin, memperoleh kesenangan hidup tidak melebihi suaminya, mendapat hak menerima nasihat dan bimbingan dari suaminya.

Wanita diberi peluang menyumbang secara konstruktif bagi memajukan dan membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Peluang-peluang pendidikan diberikan pada wanita setaraf dengan kaum lelaki

Buktinya : Kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (15 Februari 2001). Tujuan : Membangunkan,memajukan, dan memperjuangkan kehidupan golongan wanita, keluarga dan masyarakat.

Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan.

Individu cacat kekal atau sementara (OKU)


Ibu tunggal Orang-orang tua

Kanak-kanak istimewa

Anak-anak yatim

Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan..

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum diantara manusia, (Allah menyuruh)maka menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. (surah al-Nisa: 58 )

Kesimpulan..

Tidak wujud pengabaian hak wanita dan kaum minoriti dalam pelaksanaan Prinsip Islam Hadhari ini. Segalanya dilaksanakan dengan sama rata tanpa mengira bangsa atau kaum untuk menjadi sebahagian anggota masyarakat yang bahagia dan berjaya

PRINSIP 8 : KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

Pendekatan Islam Hadhari bermatlamat mencapai kemajuan yang menyeluruh, bagi umat Islam dan juga negara Malaysia, termasuk dalam bidang budaya dan moral masyarakat. Pelaksanaan ini dijalankan adalah kerana
a) Untuk membangun,menyuburkan dan mengutuhkan aspek-aspek dan ciri-ciri budaya dan moral yang positif, membina dan bermanfaat
Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi

b)tidak menggalakkan,meninggalkan atau memberhentikan ciri-ciri budaya dan moral yang negatif, merosakkan dan tidak membantu proses pembangunan masyarakat atau negara yang hadhari.

Langkah tersebut menepati prinsip pertama pendekatan Islam Hadhari iaitu Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah dan juga prinsip yang terkenal di dalam Islam sebagai Amar Makruf dan Nahi Munkar (menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran).

Pada zaman Rasulullah S.A.W :

Mesej risalah Nabi Muhammad s.a.w mempamerkan signifikan manusia berbudaya positif dan moral yang tinggi. Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Bahawasanya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak (budaya dan moral) yang mulia. Prinsip-prinsip Maqasid Al-Syariah pula menumpukan perhatian kepada penyempurnaan akhlak yang lebih komprehensif termasuk pemeliharaan, keutuhan dan pembaikan agama, akal, nyawa(jiwa),hartabenda dan keturunan(zuriat)

2
Asas pembentukan dan kemajuan tamadun ialah berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi yang selari dengan amalan beragama dan akhirnya membentuk pandangan semesta masyarakat. Melalui pendekatan Islam Hadhari, kerajaan memandang serius kepada gejala sosial pada semua peringkat dalam masyarakat. Nilai-nilai budaya dan moral yang tinggi amat penting untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang utuh, kuat lagi berjati diri. Nilai-nilai budaya moral yang disandarkan kepada ajaran agama Islam yang menyeru kepada kebaikan dan menentang keburukan. Melalui pendekatan Islam Hadhari, kerajaan berusaha agar budaya dan moral masyarakat dapat dipermantap dan menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara. Kerajaan bukan sahaja menumpukan perhatian kepada kemajuan fizikal bahkan mementingkan kemajuan spiritual.

3
Kerajaan telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) dan melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dalam usaha membudayakan integriti dalam kalangan masyarakat sesuai dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Kesimpulan

Hadhari tidak akan sempurna jika tidak dimasukkan ciri-ciri keperibadian dan akhlak yang mulia. Ciri-ciri ini perlu ada pada segenap lapisan masyarakat bermula daripada pemimpin tertinggi negara, para pegawai kerajaan, kakitangan awam dan swasta, golongan belia sehinggalah kepada rakyat jelata supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

PRINSIP 9 : PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI

1
Menurut Islam, Allah telah melantik manusia sebagai khalifahNya di atas muka bumi ini. Manusia diberikan beberapa kualiti untuk mentadbir dunia dan hal ehwalnya, diberikan tanggungjawab dan amanah untuk memenuhi tuntutan -tuntutan Allah dalam bentuk fizikal yang terbaik dan bersesuaian. Justeru itu, pembalasan-pembalasan baik dan buruk akan diberikan oleh Allah s.w.t. berkenaan dengan pelaksanaan tuntutan-tuntutan Allah tadi

Ringkasnya, segala tenaga dan keupayaannya patut ditumpukan pada membangunkan dunia ini menurut kehendak Allah s.w.t dan mengikut cara yang dikehendaki olehNya. Maka hal yang tidak kurang pentingnya adalah pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi

Pencemaran sebenarnya berpunca daripada manusia dan memberikan implikasi buruk kepada alam sekitar, manusia dan makhluk-makhluk lain juga. Dalam Islam, kita diingatkan bahawa malapetaka dan bencana di atas dunia adalah akibat daripada tangan-tangan dan perbuatan manusia sendiri.

Antara contoh-contoh pencemaran yang berlaku di negara kita :

1) Pencemaran Air Pembuangan sisasisa toksik yang beracun daripada kawasan perindustrian ke sungai-sungai yang berdekatan. Pembuangan sampah yang banyak ke dalam sungai.

2) Pencemaran Udara Penggunaan bahan CFC yang berlebihan. Penggunaan asap yang berlebihan daripada segala jenis kenderaan. Pengeluaran asap yang beracun daripada kawasan perindustrian.

3) Pencemaran Bunyi Bunyi yang bising daripada kawasan perindustrian. Ketika berlakunya kesesakan lalu lintas.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Telah menjadi nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia. Supaya dengan itu Allah menjadikan mereka merasakan sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali(ke jalan yang benar).[Surah Al-Rum : 41]

Kesihatan adalah salah satu daripada anugerah Allah yang cukup besar kepada umat manusia. Manusia patut bersyukur terhadap Allah bagi segala anugerah yang dikecapi oleh mereka. Salah satu cara bagaimana bersyukur kepada Allah bagi anugerah kesihatan ini adalah dengan cara memelihara alam sekitar mengikut peraturan yang Allah tetapkan dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Kesimpulan

Untuk mengatasi semua ini, alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh serta tidak mendatangkan kemudaratan kepada seluruh umat.

PRINSIP 10: KEKUATAN PERTAHANAN

Pendekatan Islam Hadhari melihat aspek pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, bahkan juga merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spiritual.

Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan.

Negara perlu diperlengkapkan dengan plan bersama program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab terhadap nusa bangsa dan negara.

Melalui pendekatan ini, pertahanan bermula dengan kekuatan dalaman(spiritual), yang akan menjana kekuatan fizikal.

Pendekatan Islam Hadhari akan memastikan kemantapan jati diri dan kekuatan dalaman rakyat Malaysia serta keupayaan mempertahankan negara dengan penuh kesungguhan.

Negara perlu menyediakan segala keperluan berupa prasarana dan peralatan perang yang berteknologi tinggi bagi mengekalkan keamanan.

Segala peralatan ini perlulah dibangunkan sendiri oleh pakar-pakar tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mengelakkan pergantungan kepada pihak luar sematamata.

Langkah ini adalah untuk memenuhi tuntutan fardu kifayah yang sangat bertepatan dengan kehendak ajaran Islam yang menuntut umatnya menyediakan pasukan pertahanan yang lengkap sedia demi menjamin kadaulatan agama.

DALIL

Pertahanan adalah asas penting bagi sesebuah negara yang berdaulat. Kekuatan pertahanan jugalah yang dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat. Tanpa kekuatan pertahanan, kestabilan negara tidak akan wujud dan rakyat tidak akan dapat mengecap nikmat kesejahteraan. Pembangunan negara juga tidak dpt dilaksanakan dengan jayanya.

2 Berpandukan konsep Islam Hadhari, kerajaan sentiasa bersedia, memantapkan dan memperkukuhkan pertahanan negara serta mengatur strategi pertahanan semasa untuk menjamin keutuhan kedaulatan tanah air beserta kepentingan-kepentingan strategik negara.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :-

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat

kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang


lengkap sedia untuk menggerunkan dengan pesediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya. Dan apa-apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

Bagi meningkatkan keamanan serantau, Malaysia mendokong Konsep Zon Aman, Bebas Dan Berkecuali (ZOPFAN) yang berprinsipkan kerjasama serantau, rantau yang berkecuali, bebas nuklear dan penolakan kekerasan.

Dasar pertahanan negara ini menekankan konsep pertahanan wilayah, pertahanan serantau dan kepentingan-kepentingan strategik negara, kestabilan dan keamanan kepentingan negara dan keselamatan awam, prinsip-prinsip pertahanan serta konsep pertahanan komprehensif.

Selain itu, kerajaan juga memberi tumpuan yang serius terhadap ancaman anasir subversif, gerakan teroris dan militan, ajaran sesat, strategi mengatasi

sebarang konflik antara negara secara diplomasi,


mempertingkatkan keupayaan ketenteraan, kerjasama pertahanan serantau, di peringkat OIC dan antarabangsa serta menceburi bidang-bidang dan teknologi pertahanan terkini seperti geografical information sistem(GIS), satelit (RazakSat) dan kejuruteraan aeroangkasa untuk tujuan pertahanan negara.

Kesimpulan

Membina ketahanan melalui modal insan (mental dan spiritual)

Menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan Negara

Memiliki sistem pertahanan terbaik dan disegani

Membangun kekuatan pertahanan berasaskan teknologi

Penyebaran nilai kerohanian yang tinggi melalui jalan peribadatan.

Kerjasama membasmikan kejahatan, jenayah dan kekerasan.

Penyebaran kerjasama untuk kebaikan dan kemuliaan masyarakat.

RAKYAT SEBAGAI BENTENG PERTAHANAN NEGARA

Rakyat yang cemerlang dan bersatu padu merupakan aset bagi sesebuah negara. Integriti pelbagai kaum amat penting dalam memastikan pembangunan dan pertahanan

Islam telah menggariskan tanggungjawab ini dengan jelas sekali apabila menyatakan bahawa setiap individu mempunyai peranan masingmasing untuk menjaga kepentingan pertahanan negara.

Bukti
Allah SWT telah menggariskan kelebihan mereka yang keluar ke medan jihad dan dalam masa yang sama menyatakan peranan yang perlu dimainkan oleh mereka yang berada di barisan belakang kerana keuzuran yang tertentu.

Secara keseluruhannya

Membawa kebaikan kepada pembangunan agama, masyarakat dan negara.

Menjadi pemangkin ke arah pencapaian wawasan 2020 dan melahirkan masyarakat Malaysia yang kuat, bersatupadu dan maju serta bertamadun tinggi.

Membawa perubahan kepada mentaliti dan sikap masyarakat serta peralihan kepada yang lebih baik dalam konteks kemajuan dan pembangunan negara.

BIBLIOGRAFI
Buku

Amini Amir Abdullah (2006). SKP 2203 TITAS. Selangor.ProOffice Shoppe Sdn.Bhd.
Mohd Shauki Abd. Majid ( 2004). Memahami Hadhari Dari Perspektif .Islam.Kuala Lumpur.iBook Publication Sdn. Bhd. Mohd Shauki Abd. Majid (2004). Wacana Hadhari dalam Islam. Kuala Lumpur.iBook Publication Sdn. Bhd.

Internet
Editor Hadhari (2008). Pemantapan Hubungan Etnik Berteraskan Prinsip Islam Hadhari.Retrieved 9 Februari, 2009 from http://www.Islam Hadhari.net Prof. Mohd Yusof Hj. Othman (2008). Pemuliharaan Alam Semulajadi. Retrieved 9 Februari,2009 from http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index Tan Sri Prof. Dr. Mohd Kamal bin Hassan (2008). Keutuhan Budaya dan Moral. Retrieved 9 Februari,2009 from http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index

www.cybertroopers.net/ www.jais.sarawak.gov.my www.mailarchive.com/hidayahnet@yahoogroups.com www.mois.gov.my www.timestreets.com/forum/viewtowww.islam.gov.my/islamhadh ari

Anda mungkin juga menyukai