Anda di halaman 1dari 9

1

UDI3052 Pembangunan dalam Islam (BAB 7)


Muka Hadapan Sumber Terbuka Artikel

Subjek UDI 3052

Pengenalan

"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang
telah Kami berkan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya
beribadat kepadaNya." (Surah al-Baqarah : ayat 172). Allah swt telah menerangkan bahawa
Dia telah menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk faedah dan manfaat semua
manusia. Islam tidak benci keduniaan, naluri atau alam semulajadi. Islam bukannya anti
pembangunan dan akhlak juga bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan sola-soal
pembangunan dan keduniaan. Oleh itu, sungguhpun Islam memberikan ruang kepada
manusiamencapai kesenangan dan kejayaan di dunia, usaha mengejar kemewahan dunia
tidak boleh dipisahkan dari aspek akhlak yang bertindak selaku mengawas, demi
mengelakkan kerosakan kepada manusia itu sendiri.
Dalam menuju abad ke21 ini, dunia Islam melalui pembangunan semula dan mulai mendapat
perhatian dunia. Begitulah juga satu kesedaran baru Islam d negara kita termasuk di kalangan
para pemuda kita mulai meningkat. Walaupun negara kita Malaysia telah menerima ISlam
sejak beberapa abad yang lampau, namun oleh kerana peredaran masa dalam beberapa dekad
ini ditambah pula dengan pencemaran budaya dan tamadun barat yang banyak menyimpang
menyebabkan fahaman masyarakat dan pentadbiran negara telah mengalami kepincangan
dan kemuraman. Jadi tidak keterlaluan ditegaskan di sini bahawaberlakunya kerosakan di
muka bumi Allah ini.
Sebaliknya, jika didalami Islam ini, Allah telah memberikan amaran kepada golongan yang
melakukan kerosakan dalam firmanNya yang bermaksud : "...dan janganlah engkau
melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang melakukan kerosakan." Oleh itu, untuk mengembalikan semula kedaulatan negara dan
umat Islam, maka tidak ada pilihan lain selain dari kembali kepada ajaran Islam yang maha
suci dan lurus ini. Ini telah ditegaskan oleh Allah swt melalui firmanNya yang bermaksud :
"Telah menjadi nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan
manusia, supaya dengan itu Allah menjadikan mereka sebahagian dari akibat perbuatan
mereka, agar mereka kembali ke jalan yang sebenarnya." Islam ialah salah satu tenaga dunia
hari ini yang progresif, yang berdaya saing dan yang bercorak kemanusiaan serta boleh
memberikan sumbangan besar kepada kemajuan, perpaduan dan keamanan dunia. Dalil yang
menunjukkan Islam menggalakkan perpaduan adalah menerusi firman Allah yang bermaksud
: " Dan bersepadulah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai."

Konsep Pembangunan dari Perspektif Islam

Apabila disebut sahaja pembangunan, di kepala kita akan terlintas pertumbuhan ekonomi,
modenisasi, industrialisasi, hak-hak asasi dan persekitaran. Secara umumnya inilah
merupakan definisi pembangunan yang dikatakan pada hari ini. Pembangunan dalam Islam
boleh ditakrifkan sebagai menerima pembangunan asing, barat dan timur yang dimanfaatkan

oleh masyarakat dan menolak apa-apa yang berbahaya berteraskan kepada nilai-nilai hidup
Islam. Menurut Muhammad Akhir dan Hailani dinyatakan bahawa "Pembangunan dalam
Islam adalah berlandaskan kepada orientasi nilai dengan perhatian untuk meningkatkan
kebajikan umat Islam dari semua aspek moral, kebendaan dan kerohanian untuk mencapai
keselamatan dan kedamaian hidup di dunia dan akhirat".
Jika kita menyelami model pembangunan yang berteraskan ekonomi sekular, moral,
kerohanian dan agama dianggap berasingann daripada kegiatan ekonomi, politik, sosial dan
budaya. Nilai moral, kerohanian dan agama diberikan penilaian yang rendah berbanding
dengan perkara-perkara lain. Dengan kata lain, Barat lebih menekankan unsur ekonomi
sebagai penggerak dan matlamat pembangunan mereka. Sebaliknya aspek kerohanian
diketepikan dan Pencipta dianggap tidak mempunyai peranan dalam pembangunan manusia.
Ini amat berbeza dengan konsep pembangunan yang cuba diterapkan oleh Islam kerana
menurut Islam, pembangunan adalah sebahagian daripada Islam itu sendiri. Pembangunan
dalam Islam adalah keupayaan bersama untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat
keseluruhannya sama ada di dunia mahupun di akhirat dalam satu proses yang harmonis dan
dinamis. Fokus utama dalam pembangunan Islam adalah pembangunan insaniah manusia itu
sendiri. Pembangunan yang cuba diketengahkan oleh Islam adalah pembangunan yang
datangnya dari kesedaran yang tinggi dari umatnya yang saling bekerjasama dan bukannya
datang daripada satu kelompok yang kecil.
Di samping itu, pembangunan ini juga haruslah mampu meningkatkan taraf hidup
masyarakat secara keseluruhannya dari segi zahir dan batin. Sekali lagi ingin ditegaskan di
sini, konsep pembangunan yang cuba diketengahkan oleh Islam adalah untuk mencapai
kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Pembangunan dalam Islam hendaklah ditangani
secara bertahap dan hikmah. Malah Islam itu sendiri amat mementingkan sesuatu perkara
dilakukan secara hikmah. Ini jelas difirmankan oleh Allah swt yang bermaksud : "Serulah
kepada jalan Tuhanmu (Muhammad) dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu yang lebih mengetahui
orang yang akan sesat daripada jalannya. Dialah yang lebih mengetahui orang yang
mendapat hidayah."
Pembangunan dalam Islam hendaklah dijalankan secara dua tahap iaitu peringkat
pembangunan kerohanian dan satu lagi ialah pembangunan peringkat fizikal. Pembangunan
pada perigkat kerohanian merupakan pembangunan yang paling asas dalam Islam. Akal dan
jiwa manusia perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum sesuatu pembangunan fizikal
dilakukan. Ini adalah bagi melahirkan insan yang mempunyai pemikiran yang bersih, suci
dan pekerti mulia. Tumpuan utama pendekatan Islam adalah ke atas kejiwaan, moral dan
etika-etika pembangunan yang mencakupi masa yang amat panjang dan mereka amat prihatin
terhadap proses pembangunan Islam. Proses pembangunan bermula dengan moral, spiritual
dan perkembangan mental manusia yang akan menjadi agen perubahan yang aktif dan
bertanggungjawab menentukan kejayaan dan kegagalan hidupnya sama ada di dunia ataupun
di akhirat.

Skop Pembangunan Menurut Islam dan Barat

Pembangunan adalah mewujudkan kehidupan yang selesa atau sejahtera bagi manusia.
Kehidupan yang selesa atau sejahtera bagi manusia adalah kehidupan yang memenuhi
keperluan atau hajat manusia. Skop pembangunan dalam Islam meliputi kedua-dua aspek
iaitu Rohani dan Jasmani kerana manusia terdiri daripada dua unsur iaitu rohani dan jasmani.
Untuk memenuhi keperluan jasmani, manusia memerlukan pembangunan dari segi fizik yang
dapat memenuhi keperluan manusia yang berbentuk material seperti makan, minum, tempat
tinggal, pengangkutan dan kemudahan-kemudahan lain. Manakal untuk keperluan rohani
manusia memerlukan pembangunan dari segi mental dan akhlak. Kedua-dua aspek tersebut
amat penting kerana kalau hanya mementingkan keperluan material sahaja tidak akan dapat
menjamin keselesaan hidup begitulah juga sebaliknya.
Kekayaan sesuatu negara dari segi kebendaan atau material semata-mata tidak menjamin
keselesaan hidup jika tidak disertai dengan ketinggian moral atau akhlak. Iaitu tanpa
sebarang kezaliman atau penganiayaan, bebas dari perasaan takut dan tekanan jiwa,
kebebasan berfikir dan berpendapat dan sebagainya yang merupakan asas bagi ketenangan,
ketenteraman dan harga diri manusia. Kita tidak akan merasa selesa, aman dan sejahtera
meskipun dalam keadaan fizikal (material) yang cukup sekiranya dalam masyarakat terdapat
anggota yang hilang maruah, moral apatah lagi jika terdapat perasaan saling membenci,
permusuhan, tamak, kezaliman dan sebagainya.
Di samping itu, segala keperluan kebendaan yang pada pandangan kita sudah cukup
memenuhi keperluan, tetapi keperluan atau keinginan yang lain pula akan muncul dan
begitulah seterusnya. Sehingga manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang sudah
diperolehinya kerana nilai kebendaan tersebut bersifat relatif atau fleksibel dan akan sentiasa
berkembang dari semasa ke semasa. Hanya keimanan terhadap Allah yang merupakan fungsi
dan matlamat yang boleh menimbulkan perasaan syukur serta dapat memberikan ketenangan
dalam jiwa manusia. Oleh itu, pembangunan yang diinginkan oleh Islam adalah
pembangunan yang seimbang dan mengarah kepada mewujudkan kemakmuran dari aspek
material dan ketinggian moral atau akhlak manusia.

Ciri-ciri Pembangunan Islam

Pembangunan yang disyariatkan dalam Islam adalah pembangunan yang boleh memberi
kesan kebaikan kepada manusia. Perlaksanaannya adalah menyeluruh dan merangkumi
segala aspek kehidupan seperti moral, kerohanian dan kebendaan (berkaitan ekonomi, soaial
dan akhirat). Pembangunan jenis ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dan
keadilan pada manusia. Matlamat akhir yang hendak dicapai adalah menjamin kualiti
kehidupan manusia sebagaimana sabda Rasulullah saw iaitu : "Dari Abi Tha'labah alKhusyani bin Nasyir r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah telah
mewajibkan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu meninggalkannya, dan telah
menentukan beberapa batas, maka janganlah kamu melampauinya, dan telah diharamkan
beberapa perkara maka janganlah kamu melanggarnya, dan Ia telah diam dari beberapa
perkara sebab rahmat bagimu bukan kerana lupa maka janganlah kamu membahaskannya."

Panduan Dalam Pembangunan

Islam telah menetapkan beberapa garis panduan dalam melaksanakan pembangunan yang
diredha Allah iaitu:
Pertama : Kita tidak boleh melupakan tugasyang telah diwajibkan ke atas kita oleh Allah
Ta'ala iaitu tidak meninggalkan perintah yang telah diwajibkan seperti mengerjakan solat dan
mengeluarkan zakat atau membelanjakan harta benda ke jalan Allah, melaksanakan amar
ma'ruf dan nahi mungkar iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran serta lain-lain ibadah sama ada ibadah umum atau ibadah khusus.
Kedua : Dalam melaksanakan pembangunan, kita tidak boleh melupakan bahawa kedudukan
kita adalah sebagai khalifah Allah di atas muka bumi dan segala apa yang kita miliki adalah
hak Allah dan apa yang kita miliki itu hanyalah pinjaman semata-mata. Manusia adalah
makhluk yang diberi kepercayaan oleh Allah untuk mentadbir atau membangunkan milik
Allah. Maka kita tidak boleh mentadbir melainkan dengan cara-cara dan batas-batas yang
telah ditetapkan oleh Allah swt . Semua arahan tersebut terkandung dalam al-Quran dan asSunnah, iaitu menjalankan pembangunan dengan cara yang tidak merosakkan muka bumi
dan memelihara alam yang diamanahkan dari sebarang kerosakan dan pencemaran
sebagaimana yang telah berlaku pada hari ini.
Ketiga : Dalam melaksanakan tugas-tugas pembangunan, kita mesti menanamkan nilai-nilai
agama dan akhlak iaitu melaksanakan tugas tersebut bukan dengan cara yang buruk dan
bercanggah dengan syariat, menjauhkan perbuatan penganiayaan dan kezaliman atau peniuan
dan lain-lain. Ini kerana pembangunan yang demikian tidak diredhai oleh Allah swt dan tidak
dianggap sebagai ibadah malah dianggap sebagai maksiat.
Keempat : Kita hendaklah menjadikan pembangunan itu sebagai sumber kekuatan dan bukan
sebagai sumber kelemahan. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud : "Dan
hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan sesudah mereka
zuriat (anak-anak) yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh
sebab itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan
perkataan yang benar." Contohnya jika kita memiliki pembangunan yang dibawa oleh kuasa
asing yang mana mereka menjadikan kita sebagai alat untuk mengugut atau memaksa
kehendak mereka ke atas kita dan menjadikan diri kita sebagai kerbau yang dicucuk hidung.
Dengan berbuat demikian kita akan meninggalkan zuriat dan anak cucu kita dalam keadaan
lemah kerana menjadi tenaga kerja yang berada dalam genggaman orang asing (Yahudi dan
Nasrani) dan terpaksa tunduk serta taat kepada perintah dan kehendak mereka sehingga
sanggup menjual agama dan maruah sebagaimana yang berlaku hari ini.
Kelima : Kita harus memastikan bahawa pembangunan tersebut mencapai tujuan dan
matlamat yang berdasarkan hukum-hukum syara' dan nilai-nilai akhlak yang diperintah oleh
Allah swt. Apa yang dimaksudkan di sini ialah kepimpinan mestilah berada di tangan orangorang yang memenuhi syarat iaitu yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang diperlukan
selain taat kepada Allah, memahami hukum hakam dan segala tuntutan syariat, bertaqwa,
jujur, wara', adil dan lain-lain sifat yang tidak akan menyalahgunakan kuasanya untuk
kepentingan peribadi tetapi sebaliknya untuk kepentingan semua.
Berdasarkan kelima-lima panduan tadi, jelaslah kepada kita bahawa Islam tidak

mengharamkan pembangunan malah Islam menetapkan beberapa panduan agar kita tidak
melanggar batasan syarak apatah lagi meninggalkan agama dan akhlak dalam menjalankan
pembangunan. Sebagaimana kita lihat apa yang dilakukan oleh Barat, mereka menjalankan
pembangunan dengan mengenepikan nilai-nilai moral dan agama mereka sendiri. Mereka
berpendapat bahawa "Jika kita ingin maju dalam pembangunan maka kita mesti
menyingkirkan nilai-nilai agama dan moral." Mereka mengatakan bahawa selagi seseorang
berpegang dengan nilai-nilai moral dan keagamaan maka seseorang itu tidak akan maju.
Inilah yang merosakkan masyarakat malah bangsa mereka itu sendiri kerana di sebalik
kemajuan, mereka berselindung dengan gejala-gejala dan kemusnahan yang sebenarnya
menghancurkan mereka.

Pembangunan Yang Diharamkan Islam

Pembangunan yang diharamkan dalam Islam ialah pembangunan yang mendatangkan


kesusahan kepada manusia. Pembangunan jenis ini berdasarkan kepada kebendaan sematamata. Contoh kesusahan yang terhasil dari pembangunan yang diharamkan ialah memberi
kezaliman kepada manusia, mengancam kesejahteraan sejagat, menjadikan manusia lupa
tanggungjawab sebagai khalifah dan lain-lain.
Sesiapa manusia yang menganjurkan pembangunan yang diharamkan ini akan diberi dendaan
atau dosa dan sesiapa yang membantu menganjurkannya pula digolongkan sebagai subahat
dan dosanya sama berat dengan dosa penganjur. Contohnya membina rumah judi, pelacuran,
hiburan dan lain-lain adalah berdosa dan pembinaan kemudahan-kemudahan ke pusat-pusat
tersebut juga adalah berdosa. Ini adalah sebagaimana hadith Nabi Muhammad saw iaitu :
"Dari Abi Abdillah bin Basyir r.a. telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw
bersabda : Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan sesuatu yang haram itu juga jelas,
dan di antara keduanya itu ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak
mengetahui. Maka barangsiapa yang menjaga dirinya dari perkara-perkara yang samar-samar
itu maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh
ke dalam melakukan perkara yang haram itu maka ianya diibaratkan seperti penggembala di
sekeliling tanah larangan dan lambat laun ianya akan memasukinya. Ingatlah bahawa tiaptiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan Allah adalah apa-apa yang
diharamkanNya."

Prinsip Pembangunan Islam

Apabila kita memikirkan tentang pembangunan negara, secara automatik kita akan terfikir
kepada masyarakat dan juga kepimpinannya. Meskipun kepimpinan merupakan tunjang
kepada pembangunan sesebuah negara, namun kita tidak boleh memperkecilkan
tanggungjawab dan peranan umat Islam yang bermastautin dalam sesebuah negara Islam itu
sendiri. Peranan dan tugas mereka cukup besar. Ini kerana tanpa sumbangan mereka,
pembangunan yang ingin dimiliki tidak akan menjadi kenyataan. Umat Islam adalah aset

penting dalam membangunkan sesebuah negara Islam mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.
Rasulullah saw dalam usahanya menegakkan negara Islam di Madinah iaitu selepas hijrah,
Baginda telah membina tapak yang teguh bagi negara Islam dan mewujudkan tiga bentuk
hubungan yang penting iaitu :
1. Hubungan dengan Allah swt.
2. Hubungan sesama umat Islam.
3. Hubungan umat Islam dengan orang bukan Islam dan negara bukan Islam dalam rangka
menyampaikan risalah Islam serta menentukan sikap mereka terhadap Islam.
Berdasarkan hubungan yang telah direncanakan oleh Rasulullah saw tersebut, jelas bahawa
selain dari hubungan dengan Allah, hubungan sesama umat Islam juga menjadi asas utama
dalam pembentukan sebuah negara Islam. Hubungan tersebut menjadi satu ikatan yang boleh
memperkuatkan lagi benteng yang telah dibina. Ini oenting untuk mempertahankan negara
dan agama Islam dari diancam dan dimusnahkan oleh musuh-musuh Islam yang sudah pasti
tidak senang apabila melihat Islam membangun dan kuat. Allah swt telah berfirman yang
bermaksud : "Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersama-sama dan jangnlah
pula berpecah belah."
Umat Islam merupakan pemangkin kepada sesebuah negara Islam. Tidak kiralah dari
golongan dan pangkat apa sekalipun. Setiap individu dalam masyarakat itu mempunyai
peranan dan tanggungjawab masing-masing. Di antara tanggungjawab yang dimaksudkan di
sini ialah tanggungjawab dalam memberi sumbangan kepada proses pembangunan dalam apa
bentuk sekalipun, sama ada dari segi fizikal, material ataupun intelektual. Sebagai contoh,
golongan intelek atau cendekiawan boleh menyumbangkan idea dan kepakaran mereka untuk
membentuk pembangunan selain dari ilmu untuk tatapan golongan lain bagi memandu ke
arah kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.
Untuk menuju ke arah pebangunan mengikut ajaran Islam, setiap individu muslim dalam
masyarakat Islam itu sendiri [erlulah mempersiapkan diri dengan ilmu dan akhlak yang
mulia. Jika diri setiap individu telah dipenuhi dengan akhlak yang baik maka secara totalnya
perhubungan sesama manusia akan menjadi baik. Secara automatik setiap umat Islam akan
tahu tanggungjawab mereka kepada ibu bapa, saudara maranya, jiran tetangganya dan lainlain lagi. Seterusnya kan membentuk sikap suka menolong orang, cinta kepada Allah, cinta
kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. Seandainya perkembangan akhlak telah baik
maka perhubungan persaudaraan juga menjadi baik. Maka keadaan sesebuah negara akan
juga menjadi baik dan sempurna. Ini akan membawa kepada kesejahteraan negara dan
kepesatan pembangunan negara yang maju mengikut acuan Islam yang sempurna.
Dalam pembentukan umat Islam yang berjaya dan sekaligus membantu ke arah
pembangunan, selain individu sepertimana yang telah dibincangkan tadi, institusi keluarga
juga memainkan peranan penting. Keluarga merupakan institusi kecil yangg akan
menunjangi atau yang akan mencorak sesebuah masyarakat Islam. Di antara ciri-ciri keluarga
yang digariskan oleh Islam ialah :

1. Keluarga yang sihat, dinamik, cergas dan mampu melahirkan insan yang bersih rohani dan
jasmaninya.
2. Keluarga yang terdidik dengan nilai-nilai agama dalam semua aspek kehidupan.
Di sini dapat kita lihat bahawa setiap umat Islam perlu memainkan peranan masing-masing
bagi membentuk keluarga yang cemerlang tidak kiralah anak, ibu mahupun bapa. Jika
mengikut prinsip etika keluarga, tanggungjawabb adalah secara menyeluruh diletakkan di
atas bahu ketua keluarga iaitu bapa, tetapi lebih baik sekiranya setiap individu dalam
keluarga itu memahami tanggungjawab masing-masing agar bebanan yang dipikul oleh bapa
menjadi lebih ringan.
Apa yang ingin dijelaskan di sini bahawa setiap umat Islam mempunya peranan tersendiri
yang mana Islam lebih menitikberatkan pembangunan rohani sebelum menuju kepada
pembangunan material. Pembangunan material akan lebih sempurna dan efektif sekiranya
akhlak dan kerohanian setiap umat Islam mampan. Ini termasuklah pemahaman segala aspek
yang dipentingkan oleh Islam dalam membentuk negara Islam yang embangun contohnya
seerti memahami politik yang berteraskan Islam, perniagaan, perbankan,
ekonomi,pentadbiran, sosial, pendidikan, kebudayaan, perlembagaan, undang-undang dan
sebagainya.

Matlamat Pembangunan Dalam Islam

Dalam Islam, pembangunan mempunyai beberapa matlamat penting yang mana jika dikaji
dengan terperinci, kesemua matlamat tersebut akan membawa manusia ke arah satu tamadun
yang lengkap, aman dan damai manifestasi daripada ajaran Islam itu sendiri. Matlamatmatlamat tersebut adalah seperti berikut :
1. Pembangunan Peribadi dan Keupayaan Manusia : Seperti yang kita semua sudah sedia
maklum, Islam mengajar manusia ke arah membentuk watak dan sikap yang betul menerusi
pendidikan, kepimpinan dan lain-lain yang berdasarkan nilai-nilai Islam. Jika seseorang itu
patuh sepenuhnya kepada ajaran Islam dan menjadikan Islam itu sebagai 'The Way of Life',
maka segala amalan yang dilakukannya tidak akan bercanggah dengan larangan-larangan
yang telah ditetapkan. Dari sini dapat dilihat bahawa pembangunan peribadi dapat
menigkatkan lagi keupayaan manusia seterusnya dapat menyumbangkan tenaga dan buah
fikiran yang bersih dan mantap ke arah membangunkan negara Islam mengatasi negaranegara lain di dunia. Firman allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya semulia-mulia kamu
di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
2. Menghasilkan Keluaran yang Berguna : Keluaran berguna yang dimaksudkan oleh Islam
adalah makanan dan benda-benda asasi yang lain, keluaran untuk pertahanan Islam dan
barang-barang untuk kegunaan sendiri. Satu perkara yang paling penting dititikberatkan oleh
Islam terhadap bahan-bahan keluaran yang dihasilkan tersebut ialah ianya mesti mampu
dibeli oleh orang-orang miskin dan berpendapatan rendah. Firman Allah dalam al-Quran
yang bermaksud : "(Oleh itu) kekayaan ini janganlah hanya dikuasai oleh segelintir

manusia..."
3. Meningkatkan Kualiti Kehidupan : Islam mementingkan kesejahteraan sama ada dalam
bidang ekonomi, soaial mahupun politik. Kesejahteraan ini adalah gambaran kualiti
kehidupan umat Islam. Kualiti kehidupan ini boleh dicapai dengan tiga cara iaitu :

Mewujudkan peluang pekerjaan mengikut pengubahsuaian institusi, teknologikal,


pelaburan dan pendidikan.

Melaksanakan jaminan sosial secara meluas khususnya kepada golongan yang tidak
dan kurang berupaya. Matlamat ini boleh dicapai dengan sistem zakat.

Pengagihan pendapatan dan harta wajib dilakukan secara adil supaya dengan ini
boleh merapatkan jurang ketaksamaan yang berlaku di kalangan masyarakat.

4. Mencapai Pembangunan yang Seimbang : Islam menganjurkan pembangunan tanpa


bersyarat kepada sempadan (desa atau bandar), taraf hidup (miskin atau kaya) dan lain-lain.
Tujuannya supaya dapat mengelakkan ekonomi dualisme dan dapat mengeratkan perpaduan.
5. Membangunkan Teknologi yang Sesuai : Islam juga mementingkan pembangunan
teknologi. Teknologi yang ingin dibangunkan itu mestilah sesuai dengan persekitaran
tempatan iaitu sesuai dengan keperluan atau aspirasi negara Islam. Islam menggalakkan
merekacipta, memperbaiki dan mengubahsuai teknologi yang ada kepada teknologi yang
lebih canggih.
6. Mengurangkan Pergantungan dengan Negara Luar : Pergantungan dengan negara Barat
banyak merugikan negara itu sendiri. Sistem kapitalisme yang dicipta oleh Barat boleh
meruntuhkan bukan sahaja sistem ekonomi Islam, malah politik dan sosial juga terlibat. Oleh
itu negara Islam perlu meningkatkan integrasi menerusi :

Meningkatkan kebebasan ekonomi.

Meningkatkan rasa hormat diri sendiri.

Memperkuatkan negara Islam

Ketiga-tiga matlamat di atas pula dapat dicapai dengan cara :

Menghentikan penerimaan modal dari Barat

Menggunakan pendekatan 'multi-objective' supaya ke arah 'problem-oriented'.

Meningkatkan penyelidikan yang ideal dan berfaedah kepada Islam.

Meningkatkan semangat tolong menolong di kalangan umat Islam.

7. Mengintegrasikan Pembangunan Moral, Kerohanian dan Agama dengan Pembangunan

Kebendaan : Pembangunan Islam mengamalkan hasanah fid dunya, hasanah fil akhirah atau
bermaksud kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Islam tidak memisahkan antara
pembangunan untuk dunia dan juga akhirat sebagaimana yang telah kita bincangkan dalam
pelbagai bab dahulu bahawa Islam menerapkan keseimbangan dalam segala perkara tidak
kira aspek apa sekalipun begitulah juga dalam konsep pembangunan. Oleh itu, pembangunan
yang disyariatkan oleh Islam adalah pembangunan yang bertunjangkan aspek pembangunan
rohani dan jasmani.

Ringkasan tajuk ini.

Sign in|Recent Site Activity|Report Abuse|Print Page|Powered By Google Sites

Anda mungkin juga menyukai