Anda di halaman 1dari 14

thilmidz bars

Hamba Allah swt

Tuesday, October 31, 2006


Hadith Maudhu: Punca, Kesan dan Penyelesaian:
Assalamu alaikum, kaifa halukum
Selamt hari raya 2k semua..bagi siapa yang tak sempat mengikuti seminar the greattest
sunnah di uia pj, boleh mengcopy maqalah ustaz di cni....


.
Pendahuluan:
Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan al-Quran kepada hamba-hambaNya sebagai
petunjuk sepanjang jalan mereka di muka bumi ini menuju kepadaNya kembali di akhirat
nanti. Al-Quran mengandungi segala sesuatu yang diperlukan oleh hamba-hamba Allah untuk
menyelamatkan mereka di dunia dan di akhirat daripada segala bentuk kesengsaraan baik
yang sementara mahupun yang kekal.
Di antara perkara utama yang ditekankan dan diarahkan oleh al-Quran ialah menjadikan
Muhammad bin Abdullah, Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan kita di alam ini. Kepercayaan kita
kepada al-Quran sebagai kitab petunjuk sejati tidak sempurna jika tidak disulami dengan
kepercayaan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah wakil Allah Taala kepada kita. Sebagai wakil
Allah Taala, bagindalah yang paling mengetahui kehendak Allah Taala dalam al-Quran.
Justeru apa sahaja kefahaman kita terhadap mana-mana sahaja ayat al-Quran tidak boleh
diterima sekiranya tidak melalui pengesahan kefahaman Rasulullah s.a.w.
Terdapat satu athar berkenaan Ibnu Masud yang bermaksud: Seorang wanita telah datang
kepada Ibnu Masud lalu bertanya, Engkaukah yang berkata, Allah telah melaknati
pencabut bulu badan dan yang meminta demikian, pereka tatoo? Beliau menjawab,
Ya. Wanita itu berkata, Aku telah membaca kitab Allah dari awal hingga akhir dan aku
tidak jumpa apa yang kamu sebut itu. Lalu beliau berkata kepadanya, Jikalau engkau benarbenar membacanya pasti akan engkau jumpa. Tidakkah engkau membaca:
{}
Maksudnya: Dan apa yang dibawa oleh Rasul maka hendaklah kamu semua ambil dan apa
yang ditegah olehnya maka hendaklah kamu tinggalkan.
Wanita itu menjawab, Sudah tentu. Ibnu Masud berkta, Aku telah mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda, Allah telah melaknati pencabut bulu badan .[1]
[

Setelah diketahui bahawa tiada perbezaan dari sudut penghujahan antara ayat al-Quran dan
hadith Nabi s.a.w., perlulah diketahui bahawa al-Quran tidak dapat diselewengkan dengan
sewenang-wenangnya dari sudut thubut/ketetapan. Ini berbeza dengan hadith yang mana
ianya tidak mengalami proses penulisan seperti al-Quran. Dengan ini, masih ada ruang di
mana musuh-musuh Islam dapat membuat penyelewengan dalam hadith dengan memalsukan
kenyataan-kenyataan dan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.
Walaupun begitu, Allah Taala telah menjanjikan bahawa agamaNya akan kekal terpelihara.
Kewujudan para ulamak yang pakar dan mahir dengan selok-belok hadith dapat mengatasi
kemelut pemalsuan ini. Apabila al-Imam Abdullah bin al-Mubarak ditanya:
{ } :
Maksudnya: Bagaimana dengan hadith-hadith palsu? Beliau menjawab, Pakar-pakar akan
hidup untuk membanterasnya. {Sesungguhnya Kami telah menurunkan peringatan dan pasti
Kami akan menjaganya}.[2]
Secara umumnya membezakan lalu membanteras hadith maudhu adalah satu-satunya jalan
untuk menjaga kemurnian agama Islam daripada diselewengkan dari sudut ini. Semoga Allah
Taala memperbanyakkan individu muslim yang kritis dan cergas dalam mempertahankan
agama Islam dengan mempertahankan hadith Rasulullah s.a.w.
Definisi Hadith Maudhu:
Sebelum diteruskan perbincangan ini secara lebih lanjut, wajarlah kita mengetahui apa yang
sedang kita bincangkan ini.
Dari Sudut Bahasa Arab:
Hadith Maudhu dari sudut bahasa Arab ialah:
Hadith ialah perkara baru atau percakapan.
Maudhu ialah sesuatu yang diletakkan atau ditinggalkan atau direka.[3]
Dari Sudut Ilmu Hadith:
Hadith Maudhu dari sudut definisi ilmu Hadith ialah:
Apa sahaja yang disandarkan secara rekaan dan bohong kepada Rasulullah s.a.w. bahawa
Baginda berkata, membuat atau memperakuinya. [4]
Hukum Periwayatan Hadith Maudhu:
Kerosakan sesuatu perkara hanya akan diketahui dengan tahap dosa yang dikaitkan
dengannya. Di sini kita akan menyingkap tahap dosa yang dikaitkan dengan mereka yang
menyebarkan hadith maudhu. Dapatlah rasanya dikategorikan periwayatan hadith maudhu
ini kepada tiga bahagian seperti berikut:
- Secara Sengaja:
Para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa hukum meriwayatkan hadith maudhu
adalah haram berdasarkan kepada hadith Nabi s.a.w. :
[
[
[

[ .][5]
Maksudnya : Sesiapa yang menipu ke atasku secara sengaja maka hendaklah dia sediakan
tempatnya dalam neraka.
- Secara Tidak Sengaja:
Orang yang melakukan perkara ini iaitu meriwayatkan hadith maudhu secara tidak sengaja
pula, dia dimaafkan dan tidak mendapat apa-apa dosa berdasarkan hadith Nabi s.a.w. :
[ .][6]
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengampunkan maksiat yang dilakukan umatku kerana
tersilap, terlupa atau dipaksa.
- Secara Jahil atau Sambil Lewa:
Orang yang meriwayatkan hadith maudhu secara jahil atau sambil lewa pula, dia tidak
dimaafkan dan tetap akan mendapat dosa menyebarkan hadith maudhu walaupun dosa ini
tidaklah sama seperti dosa orang yang mengetahui tentang kepalsuan hadith itu. Ini
berdasarkan beberapa dalil seperti berikut:
1- Firman Allah Taala (Surah al-Isra :36) :
{}
Maksudnya : Dan janganlah engkau ikut apa yang engkau tidak mempunyai ilmu tentangnya.
2- Hadith :
[ [] 7]
Maksudnya : Sesiapa yang meriwayatkan hadith daripadaku sedang ianya diketahui sebagai
tipu, dia dikira salah seorang daripada golongan penipu.
Keterangan : lafaz yura/dilihat ; ertinya para ulamak mengetahui hadith itu palsu. Lafaz
yara/melihat ; pula ertinya dia yang meriwayatkan hadith itu mengetahui tentang
kepalsuannya.
3- Hadith :
[
[] 8]
Maksudnya : Para qadhi terbahagi tiga; satu dalam syurga dan dua dalam neraka. Lelaki yang
di dalam syurga ialah yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengannya. Lelaki yang
mengetahui kebenaran lalu menzalimi dalam hukum, dia dalam neraka. Lelaki yang
menghukum antara manusia dalam keadaan jahil pula, dia dalam neraka.[9]
1- Punca Kemunculan Hadith Maudhu :
Punca Kemunculan Hadith Maudhu :[10]
Punca kemunculan hadith maudhu boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti
berikut :
Memenangkan pegangan :
[
[
[
[
[
[

a. Fanatik kepada individu yang lebih layak menjadi pemimpin iaitu dari sudut siyasah.
Disebabkan fanatik, ada golongan yang memalsukan hadith untuk pemimpin mereka.
Perbuatan ini merangkumi semua kumpulan khususnya Syiah, Nasibah dan Sunnah yang
jahil.
Contoh :
) ( ) ( ) ( )
( )
(
b. Fanatik kepada Aqidah.
Disebabkan kekurangan ilmu tentang hadith dan kekurangan dalil dalam menetapkan sesuatu
pegangan dan kepercayaan, ada di kalangan kumpulan-kumpulan Aqidah yang telah
memalsukan hadith untuk memenangkan diri mereka.
Contoh :
() ( )
c. Fanatik kepada Mazhab Fiqh.
Kepelbagaian dalam pendapat fiqh yang sepatutnya dapat ditoleransikan telah menimbulkan
pergaduhan sengit dalam umat Islam. Ada di kalangan mereka yang tidak segan silu
memalsukan hadith untuk mengangkat imam dan pendapat mereka.
Contoh :
( ( ) ( )
( )
)
d. Fanatik kepada bangsa, bahasa dan negara.
Dasar utama kepelbagaian bangsa dan bahasa adalah untuk saling kenal mengenali. Akan
tetapi sesetengah manusia telah terseleweng lalu menyangka bangsa, bahasa dan negara
mereka adalah yang termulia. Ada di kalangan mereka yang mereka cipta hadith untuk tujuan
ini.
Contoh:
( ...) ( ... ( )
)
Musuh Islam :
a. Golongan zindiq.
Zindiq ialah orang yang membuat tafsiran Islam yang terkeluar dari batas-batas erti sebenar
dan menyalahi Aqidah Islam. Golongan ini banyak memalsukan hadith-hadith yang
disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.
Contoh :
( ( )
)
Mengharap habuan dunia:
a. Mendekatkan diri kepada pemerintah.
Apabila berada di hadapan pemerintah ada di kalangan individu yang memalsukan hadith
untuk mendapat keredhaan pemerintah tersebut.
Contoh : ()
b. Pencerita.
Di dalam menyampai sesuatu peringatan ada di kalangan individu yang membawa ceritacerita pelik untuk menarik perhatian para pendengar lalu dengan itu mereka dapat habuan
yang lebih.
Contoh : Kisah Nabi Ayyub a.s., antaranya ulat keluar dari badannya dan baunya dapat

dicium dari jauh...


( ...)
c. Ingin masyhur.
Ada juga di kalangan penuntut hadith yang ingin dikenali lalu mereka cipta hadith yang
gharib dari sudut sanad dan matannya supaya dikenali dengan lebihan ilmu.
d. Melariskan barang dagangan, memuji atau mencela sesuatu pekerjaan.
Contoh : Hadith kelebihan tembikai, anggur, delima, terung
() ( )
e. Kepentingan peribadi.
Contoh :
()
Tazkirah (targhib / memberi galakan dan tarhib / memberi ancaman) :
a. Ada di kalangan orang-orang salih yang kurang ilmu merasa kurang senang melihat
kebanyakan manusia bergelumang dengan maksiat. Untuk mengatasi masalah ini mereka
mereka cipta hadith-hadith yang memberi galakan agar manusia kembali kepada Allah Taala
dan yang memberi ancaman agar manusia meninggalkan maksiat.
Contoh : Hadith fadhilat al-Quran surah demi surah yang direka oleh Nuh bin Abi Maryam;
hadith fadhilat solat malam Ashura dan siangnya, solat malam pertama bulan Rejab, solat
malam Nisf Shaban...
Tanda-tanda Hadith Maudhu :[11]
Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa sesuatu hadith itu adalah maudhu. Di
antaranya ialah seperti berikut :
Dalam sanad :
1. Pengakuan pemalsu hadith.
2. Petanda-petanda.
3. Periwayat yang dikenali sebagai penipu.
Dalam matan :
1. Menyalahi hakikat.
a. Menyalahi hakikat agama.
b. Menyalahi hakikat ilmu.
c. Menyalahi hakikat sejarah.
2. Kelemahan bahasa.
a. Kelemahan lafaz.
b. Kelemahan erti.
3. Tidak terdapat dalam mana-mana kitab hadith.
4. Bersesuaian dengan mazhab periwayat.
5. Menyatakan pahala yang amat besar bagi amalan yang biasa.
Di samping itu, para ulamak yang pakar dalam bidang hadith dengan kurniaan Allah Taala
telah dapat membezakan antara hadith yang boleh diterima dengan hadith yang maudhu.
Kehebatan ini tidak dapat dinafikan. Dengan mendengar tentang sanad atau matan sesuatu
hadith maudhu, mereka dapat merasakan secara yakin bahawa hadith itu tidak mungkin
disebut atau dilakukan atau diperakui oleh Rasulullah s.a.w. al-Rabi bin Khuthaim di
kalangan tabiin telah berkata,
. .
Maksudnya: Sesungguhnya ada hadith yang mempunyai cahaya seperti cahaya siang, kami
[

dapat mengetahuinya dengan cahaya itu. Ada juga hadith yang mempunyai kegelapan seperti
kegelapan malam, kami dapat mengetahuinya dengan kegelapan itu.
Ibnu al-Jauzi pula telah berkata,
.
Maksudnya: Alangkah cantiknya kata-kata ini, Sekiranya engkau lihat hadith yang
menyalahi logik atau bercanggahan dengan menyalahi nas atau merobohkan dasar agama,
maka ketahuilah bahawa hadith itu maudhu .

2- Kesan Hadith Maudhu Terhadap Umat:


Kesan Terhadap Umat Istijabah / Orang Islam:
Kemunculan hadith maudhu di alam ini semestinya meninggalkan kesan terhadap manusia
sejagat. Di antara mereka yang terkesan dengan keburukan hadith maudhu ini ialah orang
Islam sendiri. Dapatlah dijelaskan kesan-kesan hadith maudhu terhadap orang Islam seperti
berikut :
1- Merosakkan aqidah umat Islam.
Hadith Maudhu yang berkaitan dengan aqidah pastinya akan merosakkan aqidah umat Islam.
Dengan membaca atau mendengar hadith-hadith maudhu dalam bidang ini, pastinya
pendengar yang tidak peka terhadap kepalsuannya akan terpedaya lalu mempercayai sedikitsebanyak isi kandungan hadith tersebut. Dengan ini kepercayaannya atau aqidahnya akan
terseleweng sedikit demi sedikit. Tanpa disedari pendengar akan muncul dengan satu bentuk
aqidah dalam dirinya yang menyalahi ajaran sebenar Islam.
2- Merosakkan amalan syariah umat Islam.
Berkenaan amalan syariat pula, hadith maudhu juga memberi kesan buruk yang tidak kurang
hebatnya. Amalan-amalan dalam agama Islam yang pada asalnya begitu mudah untuk
diamalkan oleh sesiapa sahaja, akhirnya bertukar menjadi satu amalan yang ditakuti oleh
penganutnya sendiri. Perselisihan dalam mazhab dan kekerasan dalam hukum menyebabkan
amalan syariah atau fiqh umat Islam lari jauh dari ajaran asal Nabi Muhammad s.a.w.
3- Merosakkan akhlak umat Islam.
Di dalam akhlak pula, hadith-hadith maudhu berkenaan bangsa, bahasa dan negara pastinya
meniggalkan impak besar dalam pendengar yang mempercayai hadith-hadith maudhu
berkenaan. Dengan ini timbullah rasa tinggi diri yang dicela oleh agama. Ukhuwwah
Islamiyyah dipinggirkan akibat dari gejala hadith maudhu itu.
4- Merosakkan pendirian umat Islam.
Berhadapan dengan janji pahala yang lumayan di samping amalan yang ringkas boleh
menimbulkan perasaan berpada-pada di kalangan umat Islam. Akibatnya pendirian dan
pegangan umat Islam akan menjadi lemah. Amalan yang murni mungkin ditinggalkan kerana
terdapat amalan lain yang lebih berbaloi dan menguntungkan. Di penghujung jalan wujudlah
umat yang tidak tegas dan tidak bersemangat mengamalkan ajaran Islam.

5- Mengabaikan hadith sahih.


Satu perkara lain yang pasti muncul akibat penyebaran hadith maudhu ialah pengabaian
hadith maqbul / sahih. Secara otomatik sekiranya ditekankan hadith maudhu dalam sesuatu
majlis, hadith sahih akan tersisih dan tidak mendapat tempat yang sepatutnya. Akhirnya orang
ramai akan senang apabila mendengar hadith maudhu dan merasa janggal apabila mendengar
hadith sahih. Ini adalah di antara musibah yang terbesar dalam perbincangan ini.
Kesan Terhadap Umat Dakwah / Orang Kafir:
Di samping orang Islam, orang kafir juga tidak ketinggalan dalam menerima tempias kesan
buruk hadith maudhu. Penyebaran agama Islam yang menggembirakan sanubari setiap orang
Islam pastinya menarik orang kafir untuk membaca tulisan-tulisan dan artikel-artikel
berkenaan agama Islam ini yang disebutkan sebagai yang paling cepat berkembang. Apakah
yang dapat difikirkan sekiranya orang kafir memilih bahan-bahan bacaan yang memuatkan
hadith-hadith maudhu sebagai dalil? Bukankah ini hanya akan mengundang kesan yang
negatif dalam benak mereka? Antara kesan hadith maudhu yang dapat dirumuskan ialah
seperti berikut:
1- Merosakkan pandangan orang kafir terhadap Islam.
Orang kafir yang membaca bahan bacaan tentang Islam yang mengandungi hadith maudhu
dalam keadaan dia tidak mengetahui sejarah pemalsuan hadith dalam umat Islam, pastinya
akan beranggapan bahawa agama Islam adalah agama yang penuh dengan kekarutan dan
khayalan serta jauh dari kesucian Tauhid dan kemurnian akhlak.
2- Menyukarkan orang kafir masuk Islam.
Selepas membaca hadith-hadith maudhu ini, antara kemungkinan yang muncul ialah orang
kafir itu merasakan sukar untuk dia menganut agama Islam. Di dalam akalnya terbayang satu
agama yang bermasalah, menyalahi berbagai-bagai ketetapan logik yang dipegangnya.
Walaupun bukan semua logik orang kafir itu logik, akan tetapi penyebaran hadith maudhu ini
akan mengeruhkan lagi keadaan dan menyempitkan lagi peluang mereka untuk terbuka hati
memeluk satu-satunya agama suci di alam maya ini.

3- Penyelesaian:
Sekarang tiba masanya untuk meneroka bentuk-bentuk penyelesaian yang dijangkakan dapat
setidak-tidaknya mengurangkan keburukan akibat penyebaran hadith-hadith maudhu di
dalam masyarakat Islam khususnya dan di dalam masyarakat bukan Islam umumnya. Di
antaranya ialah seperti berikut:
1. Pemantapan Ilmu-ilmu Hadith:
Penyelesaian bagi kemelut penyebaran hadith palsu tidak lain tidak bukan hanyalah dengan
memantapkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Hadith Rasulullah s.a.w. Ilmu-ilmu amat luas
sekiranya dilihat dari satu aspek, seperti ilmu Bahasa Arab yang merangkumi Nahu, Saraf
dan sebagainya; ilmu Ushul al-Fiqh yang antara lainnya memastikan kefahaman sahih
terhadap sesuatu hadith yang sahih; serta ilmu-ilmu lain. Akan tetapi yang ingin disentuh di
dalam perbincangan ini ialah ilmu-ilmu Hadith yang paling asas, yang mampu dimiliki dan
boleh dilaksanakan oleh semua. Ilmu-ilmu yang dimaksudkan ini ialah seperti berikut:
a. Ilmu Mustalah al-Hadith:
Di dalam apa sahaja ilmu, perkara yang amat penting bagi orang yang ingin mempelajarinya
ialah mengkaji dasar-dasarnya yang dapat membantu pemahaman ilmu tersebut. Pengajian
dasar-dasar sesuatu ilmu akan menjadikan penkaji itu seorang yang mempunyai tapak yang
kuat dalam memahami ilmu itu. Justeru, untuk membezakan antara hadith yang diterima
dengan hadith yang ditolak, amatlah wajar dimulakan dengan pengajian ilmu yang paling
asasi di antara ilmu-ilmu hadith iaitu ilmu Mustalah al-Hadith. Dengan mempelajari ilmu
ini, dapatlah seseorang individu itu melangkah dengan lebih bertenaga dalam dunia Hadith.
b. Ilmu Takhrij al-Hadith:
Disebabkan telah berlaku banyak penyelewengan dan pencemaran di dalam penyebaran
Hadith, adalah wajar digunakan kaedah pengajian yang berteraskan penapisan (
) dan
[
pendidikan (). 12] Tujuan penapisan ialah untuk mengasingkan antara hadith yang
diterima (sahih dan hasan) dari hadith yang ditolak (daif dan maudhu). Manakala pendidikan
dibuat sebagai susulan selepas kesahihan dan kebatilan menjadi jelas, lalu ditolak yang batil
dan diterapkan yang sahih.
Firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Anfaal (8:37):
)
(

Maksudnya: Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dari yang baik dan
menjadikan (golongan) yang buruk itu sebagiannya di atas sebagian yang lain, lalu
kesemuanya ditumpukkan-Nya , dan dimasukkan-Nya ke dalam neraka jahannam. Mereka
itulah orang-orang yang merugi.
) bererti
Jikalau kita telitikan, kaedah ini terdapat di dalam dua kalimah syahadah; (

)
penapisan terhadap sebarang tuhan yang berhak diabdikan diri kepadanya, manakala (
bererti mendidik jiwa dengan pengakuan terhadap hak Allah Taala untuk diabdikan diri
kepadaNya.
Dengan ini kita dapati bahawa pendidikan yang dilakukan tanpa usaha penapisan terlebih
[

dahulu atau seiringan, hanya akan menambah kekeliruan dengan wujudnya unsur campuraduk tanpa batasan.
Takhrij Hadith pula bolehlah dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
i. Takhrij Thurath:
Takhrij Turath ialah menggunakan sumber-sumber hadith muktabar yang telahpun dicetak
yang dapat dipecahkan pula kepada dua kategori kecil iaitu:
Kitab yang mensyaratkan kesahihan hadith, seperti;
1. Sahih al-Bukhari.
2. Sahih Muslim.
Kitab yang mengtakhrijkan hadith-hadith kitab lain, seperti;
3. Irwa al-Ghalil
4. Sahih al-Jami al-Sagir
5. Daif al-Jami al-Sagir
6. Silsilah al-Ahadith al-Sahihah
7. Silsilah al-Ahadith al-Daifah
8. Himpunan Hadith-hadith Sahih
9. Himpunan Hadith-hadith Daif dan Maudhu
ii. Takhrij Muasir:
Takhrij Muasir pula ialah menggunakan sumber-sumber elektonik berasaskan teknologi
moden yang dapat dipecahkan pula kepada dua kategori kecil iaitu:
Cakera Padat, seperti;
1.
2.
3.
4.
Internet, seperti;
5. dorar.net
Perlu ditekankan di sini bahawa tujuan utama takhrij ialah untuk mengeluarkan hukum
maqbul dan mardud pada satu-satu hadith itu. Ertinya, takhrij adalah penjana kepada
tashih.
c. Mewujudkan Maktabah Hadithiyyah Asasiyyah:
Selepas mendapat sedikit maklumat berkenaan Takhrij Hadith samada dari sudut Turath
mahupun Muasir, hendaklah diketahui bahawa usaha memurnikan hadith-hadith daripada
pencemaran pemalsuan tidak akan berhasil sekiranya individu yang berkenaan tidak
memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh Allah Taala untuk umat Islam dewasa ini.
Bayangkan bagaimana satu ketika dahulu para ulamak bertungkus-lumus mengembara ke
negeri-negeri yang jauh dengan menaiki unta atau mungkin juga dengan berjalan kaki sahaja
hanya untuk mendapatkan kepastian bahawa sesuatu hadith itu adalah benar-benar hadith
Rasulullah s.a.w.!
Dengan kemudahan yang asas mereka berjaya mencapai kecemerlangan yang begitu tinggi.
Bagaimana pula dengan kita di abad yang serba canggih ini? Bukankah sepatutnya, dengan
kemudahan yang hebat kita sepatutnya berjaya mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi
daripada pencapaian mereka dahulu? Itulah logiknya, akan tetapi mungkin juga kita
ketinggalan dari satu sudut penting iaitu al-Himmah al-Aliyah / kemahuan yang tinggi.

Mereka mempunyainya sedangkan kebanyakan kita kehilangannya. [13]


Apapun, masanya belum terlambat untuk kita menggerakkan diri kita dan masyarakat sejagat
untuk merintis dan menonjolkan kegemilangan al-Sunnah yang berlandaskan Hadith yang
sahih dan suci daripada kerosakan Hadith yang palsu. Oleh itu wajarlah kita melengkapkan
diri dengan kemudahan dan peralatan yang menjadikan kita ahli untuk kelab alMuhaddithun. Kemudahan dan kelengkapan yang dimaksudkan di sini ialah mewujudkan
Maktabah Hadithiyyah Asasiyyah / perpustakaan hadith minimum. Secara umumnya,
dapatlah dibahagikan kemudahan ini kepada dua bahagian iaitu:
i. Maktabah Turathiyyah:
Maktabah Turathiyyah ialah kumpulan asas kitab-kitab hadith yang telahpun dicetak.
Antaranya ialah:
Kitab-kitab matan hadith, seperti;
1. Sahih al-Bukhari.
2. Sahih Muslim.
3. Sunan Abi Daud.
4. Sunan al-Tirmizi.
5. Sunan al-Nasai.
6. Sunan Ibn Majah.
Keempat-empat Sunan ini boleh didapati dalam satu jilid setiap satu.
Kitab yang mengtakhrijkan hadith-hadith kitab lain, seperti;
1. Irwa al-Ghalil
2. Sahih al-Jami al-Sagir
3. Daif al-Jami al-Sagir
4. Silsilah al-Ahadith al-Sahihah
5. Silsilah al-Ahadith al-Daifah
6. Himpunan Hadith-hadith Sahih
7. Himpunan Hadith-hadith Daif dan Maudhu
ii. Maktabah Muasirah:
Maktabah Muasirah pula ialah kumpulan asas sumber-sumber elektonik hadith berasaskan
teknologi moden iaitu cakera padat seperti;
3.1.
4.2.
5.3.
6.4.
2. Tugas Untuk Orang Awam:
Orang awam berperanan besar di dalam usaha untuk memurnikan hadith Nabi s.a.w. daripada
kesan buruk hadith maudhu. Di antara perkara yang boleh dilakukan oleh mereka ialah:
a. Bertanya Kepada Ilmuan dalam Bidang Hadith Tentang Hadith Yang Dijumpai:
Orang yang tidak mampu membuat penilaian antara hadith-hadith hendakah bertanya kepada
orang alim yang pada hematnya dapat memberi jawapan yang lebih menepati kebenaran.
Selepas itu dia mestilah menerima jawapan tersebut. Kemudian sekiranya dia dapati ada
jawapan lain yang lebih menepati kebenaran dari jawapan pertama hendaklah dia beramal
dengan jawapan yang lebih tepat. Firman Allah Tacala di dalam surah Al-Anbiya (21:7):
}
{
Maksudnya: Maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri jika kamu tidak mengetahui.
[

b. Bertanya Kepada Penceramah Tentang Hadith Yang Disampaikan:


Di samping itu, orang awam yang mendengar sesuatu hadith yang disampaikan oleh
seseorang penceramah juga hendaklah memberanikan diri untuk bertanya kepada penceramah
berkenaan dengan kesahihan hadith yang disampaikannya. Usaha ini akan membuatkan
penceramah lebih berhati-hati pada masa akan datang apabila ingin membawa dalil
khususnya hadith-hadith Nabi s.a.w. Secara tidak langsung penanya telah membantu
memurnikan hadith Nabi s.a.w. Akan tetapi perlulah ditekankan bahawa bertanya itu ada
adab-adabnya. Eloklah sekiranya ditanya dengan cara yang baik dan bukannya dengan lafazlafaz yang menjatuhkan maruah dan kewibawaan penceramah.
Sekiranya penceramah mengatakan hadith itu sahih, hendaklah dia menerima jawapan itu.
Kalau dia masih rasa sangsi, maka dia boleh kembali ke langkah pertama iaitu bertanya
kepada orang yang lebih pakar dalam hadith.
3. Tugas Untuk Pelajar dan Ilmuan:
Di samping orang awam, pelajar dan para ilmuan juga memainkan peranan yang penting
dalam memurnikan hadith Nabi s.a.w. daripada kekejian hadith maudhu. Di antara usaha
yang boleh mereka lakukan ialah:
a. Merujuk Kepada Ilmuan Dalam Bidang Hadith Tentang Hadith Yang Dijumpai:
Sekiranya pelajar dan ilmuan itu bukan dalam pengkhususan hadith, maka di sini hendakah
dia merujuk kepada ahli dalam bidang hadith untuk mengenalpasti kesahihan sesuatu hadith
yang dijumpainya.
b. Mewujudkan Maktabah Hadithiyyah Asasiyyah:
Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mwujudkan Maktabah Hadithiyyah Asasiyyah
seperti yang dinyatakan di atas.
c. Memberi penekanan kepada Takhrij Hadith secara minimum dalam setiap kertas kerja:
Satu perkara yang amat penting yang perlu diberi perhatian oleh semua pelajar dan ilmuan
ialah penekanan kepada Takhrij Hadith secara minimum dalam setiap kertas kerja yang
disiapkan untuk apa sahaja majlis. Untuk usaha ini pelajar dan ilmuan mestilah membuat
rujukan Takhrij untuk setiap hadith yang dinyatakan dalam kertas kerjanya samada hadith itu
Maqbul atau Mardud. Ini untuk memudahkan pembaca membezakan antara yang Maqbul
iaitu yang boleh diamalkan daripada yang Mardud iaitu yang tidak boleh diterima sama
sekali.
Cadangan:
Di akhir kertas kerja ringkas ini, ingin pembentang mencadangkan beberapa perkara yang
dirasakan dapat mengubah situasi umat Islam kepada yang lebih progresif dan kritis. Di
antara cadangan-cadangan ini ialah:
1. Kempen celik Hadith:
Amatlah baik sekiranya dapat diadakan kempen secara berterusan atau berkala di semua
institusi pengajian tinggi. Buat permulaan, penekanan harus diberikan kepada kepentingan
hadith dan kedudukannya dalam perundangan Islam secara menyeluruh. Di samping
penekanan kepada fungsi hadith dalam membuahkan kefahaman yang tepat berkenaan agama

Islam dari semua sudut baik Aqidah, Syariah, Manhaj dan juga Akhlak. Peserta yang
mendengar penerangan peringkat ini wajar pulang dengan pegangan jitu bahawa tanpa hadith
tiada gunanya al-Quran, tanpa hadith semua orang dapat mempermainkan al-Quran
2. Banyakkan bengkel-bengkel Tahsin al-Hadith:
Yang dimaksudkan dengan bengkel-bengkel Tahsin al-Hadith ialah pengajaran secara
praktikal yang merangkumi pelbagai aspek berkaitan denga hadith. Di antara aspek-aspek ini
ialah apa yang telah dinyatakan di atas iaitu penghayatan ilmu-ilmu hadith. Dimulakan
dengan Mustalah al-Hadith, disusuli dengan penerangan ringkas ilmu al-Jarh wa al-Tadil dan
diakhiri dengan ilmu al-Takhrij yang merupakan kemuncaknya di mana dengannya dapatlah
dikenalpasti antara hadith yang Maqbul dan hadith yang Mardud.
3. Mencadangkan senarai rujukan Hadith:
Di samping itu perlu juga dikeluarkan satu senarai ringkas rujukan-rujukan yang mesti
dimiliki oleh sesiapa sahaja yang ingin mempertahankan hadith dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Senarai ini boleh dibahagikan dua iaitu senarai asasiyyah / minimum dan senarai
takmiliyyah / penyempurnaan. Apapun, yang pentingnya ialah setiap orang yang membawa
risalah Islam dan menyebarkannya mestilah sentiasa mudah untuk menilai sesebuah hadith
yang diutarakan. Sekiranya di rumah atau tempat kerja dia mempunyai rujukan hadith yang
mudah untuk diakseskan. Sekiranya di luar rumah dia mempunyai komputer riba atau
komputer tapak tangan yang dilengkapi perisian hadith yang mudah untuk diaktifkan.
Penutup:
Akhir kata diharapkan kertas kerja ringkas ini dapat memotivasikan para peserta sekelian
untuk:
1- Lebih berwaspada terhadap hadith-hadith palsu yang seringkali diutarakan dalam
masyarakat Islam.
2- Lebih kritis terhadap hadith-hadith yang diutarakan dengan menilainya dengan akses-akses
yang ada disekelilingnya; kitab, cakera padat, internet, ustaz
3- Lebih berhati-hati dalam menggunakan hadith-hadith sebagai dalil di dalam ucapan, kertas
kerja, tesis, artikel surat khabar, artikel majalah dan tidak ketinggalan dalam perbualan
seharian.
4- Sentiasa memilih hadith-hadith yang Maqbul / Sahih.
5- Sentiasa nasihat-menasihati agar dimartabatkan hadith yang Maqbul / Sahih dan dibanteras
hadith yang Mardud / Maudhu.
Apa yang benar adalah daripada Allah Taala jua. Apa yang salah pula adalah daripada
kekurangan ilmu pembentang kertas kerja. Diharap sudilah kiranya terdapat kesilapan agar
dijelaskan kepada penulis melalui e-mail fadlan_1@yahoo.com.
Jazakumullahu khairan diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan seminar ini,
semoga Allah Taala menulisnya sebagai satu amal salih untuk kita semua di akhirat kelak.
Amin
Fadlan bin Mohd. Othman
Jabatan al-Quran dan al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia 18 Ramadhan 1427h / 11 Oktober 2006.

Senarai Rujukan
Al-Quran al-Karim
Al-Albani, Muhammad Nasiruddin, Manzilah al-Sunnah fi al-Islam, al-Kuwait: al-Dar alSalafiyyah, Cetakan Ketiga 1400-1980.
Al-Albani, Muhammad Nasiruddin, Silsilah al-Daifah wa al-Maudhuah, al-Riyadh:
Maktabah al-Maarif, Cetakan Pertama 1412-1992.
Al-Halabi al-Athari, Ali bin Hasan bin Ali bin Abdul Hamid, al-Tasfiyah wa al-Tarbiyah Wa
Atharuhuma fi Istinaf al-Hayah al-Islamiyyah, al-Riyadh, Dar al-Tauhid li al-Nasr wa alTauzi, Cetakan kedua.
Al-Khatib, Dr. Muhammad Ijaj, Usul al-Hadith, Beirut: Dar al-Fikr, 1421-2001.
Al-Ruhaili, Dr. Abdullah bin Daifullah, Istikhraj al-Ayat wa al-Ahadith Fi al-Buhuth
al-Ilmiyyah, Cetakan Pertama 1425.
Al-Salih, Dr. Subhi, Ulum al-Hadith wa Mustalahuh, Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayin, 2000.
Arifin Omar dan Mohd Akil Muhammad Ali, Hadith Mauduk dan Perhatian Ulamak
Terhadapnya, dalam al-Quran Dan al-Sunnah Di Era Globalisasi, Prosiding Seminar al-Quran
dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan Kali Ketiga, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syaraf Mahmud al-Qudhah, al-Minhaj al-Hadith fi Ulum al-Hadith, Kuala Lumpur:
Muassasah al-Bayan, Cetakan pertama 2003/1423h.
[
1] Al-Albani, Muhammad Nasiruddin, Manzilah al-Sunnah fi al-Islam, al-Kuwait: al-Dar alSalafiyyah, Cetakan Ketiga 1400-1980, hlm. 11.
[
2] Al-Salih, Dr. Subhi, Ulum al-Hadith wa Mustalahuh, Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayin,
2000, hlm. 263.
[
3] Al-Khatib, Dr. Muhammad Ijaj, Usul al-Hadith, Beirut: Dar al-Fikr, 1421-2001, hlm. 275.
[
4] Ibid.
[
5] Al-Bukhari, Kitab al-Adab, No. 6197.
[
6] Sunan Ibnu Majah, Kitab al-Thalaq, Bab Thalaq al-mukrah wa al-nasi, No. 2033.
Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Ibnu Majah No. 1675.
[
7] Sahih Muslim, al-Muqaddimah.
[
8] Sunan Abu Daud, Kitab al-Aqdiyah, Bab fi al-Qadi Yukhti, No. 3573. Dihukum Sahih
oleh al-Albani dalam Sahih Abi Daud No. 3573.
[
9] Sila lihat Syaraf Mahmud al-Qudhah, al-Minhaj al-Hadith fi Ulum al-Hadith, Kuala
[
[
[
[
[
[
[
[
[

Lumpur: Muassasah al-Bayan, Cetakan pertama 2003/1423h, hlm. 183.


[
10] Sila lihat al-Qudhah, al-Minhaj al-Hadith, halaman 178, dan Fauzi Deraman, Pengantar
Usul al-Hadith, Sepang: Penerbitan Salafi, Cetakan kedua 2005, hlm. 131, dan Al-Khatib, Dr.
Muhammad Ijaj, Usul al-Hadith, Beirut: Dar al-Fikr, 1421-2001, hlm. 276, dan juga Arifin
Omar dan Mohd Akil Muhammad Ali, Hadith Mauduk dan Perhatian Ulamak Terhadapnya,
dalam al-Quran Dan al-Sunnah Di Era Globalisasi, Prosiding Seminar al-Quran dan Isu-isu
Semasa Peringkat Kebangsaan Kali Ketiga, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah Fakulti
Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm.187.
[
11] Sila lihat al-Qudhah, al-Minhaj al-Hadith, hlm. 180, dan Al-Salih, Ulum al-Hadith, hlm.
264, dan Al-Khatib, Usul al-Hadith, hlm. 286.
[
12] Sila lihat al-Halabi al-Athari, Ali bin Hasan bin Ali bin Abdul Hamid, al-Tasfiyah wa alTarbiyah Wa Atharuhuma fi Istinaf al-Hayah al-Islamiyyah, al-Riyadh, Dar al-Tauhid li alNasr wa al-Tauzi, Cetakan kedua, hlm. 43.
[
13] Sila lihat Al-Ruhaili, Dr. Abdullah bin Daifullah, Istikhraj al-Ayat wa al-Ahadith Fi alBuhuth al-Ilmiyyah, Cetakan Pertama 1425, hlm. 253-273.
posted by khairuddin barbaroza @ 9:02 AM 0 comments
0 Comments:
Post a Comment
<< Home

About Me
Name: khairuddin barbaroza
Location: sandakan, sabah, Malaysia
View my complete profile

Previous Posts

[
[
[
[

hai kwn2!!!!

Anda mungkin juga menyukai