Anda di halaman 1dari 10

BEBERAPA PERSOALAN SOLAT

MAKLUMAT BUKU : KANDUNGAN

TIDAK MELAFAZKAN NIAT


SEBELUM MEMULAKAN SOLAT
Antara isu yang sering dipolemikkan adalah penolakan sesetengah pihak
terhadap melafazkan niat Usholli Fardhu (Sahaja aku solat fardhu). sebelum
mengerjakan ibadah solat. Menurut mereka tindakan ini boleh mencacatkan
ibadah solat kerana niat itu adalah rukun dalam solat dan jika ditingggalkan
maka terbatallah solat tersebut menurut syara. Dalil wajibnya niat adalah hadis
daripada Alqamah bin Waqqash al-Laitsi radhiallahu 'anhu , dia berkata:





.
.

Aku mendengar Umar bin Khattab berkata di atas mimbar:


Aku mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Tiap-tiap amal perbuatan tidak lain adalah berdasarkan niat
dan balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan.[1]

Definisi Niat

Menurut Rasul Dahri:

Niat menurut pengertian bahasa dimaksudkan: Qasad (maksud yang digerak


dan dikehendaki oleh hati), azam (atau azamul qalb, iaitu apa yang telah dicitacitakan di hati) dan iradah (iaitu al-iradatul jazimah, iaitu kehendak keinginan
hati dalam keadaan yang sedar).[2]

Adapun menurut syara, niat adalah: Berazam (bertekad) untuk melaksanakan


ibadah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah.[3]

Qasad, azam dan iradah tempatnya di hati kerana ini kerja hati (amal al-Qalb)
bukan kerja lidah. Oleh itu niat tidak perlu dilafazkan atau diucapkan, inilah yang
disepakati oleh jumhur ulama dan etimologis (ahli ilmu asal-usul kata). Niat juga
diertikan: kehendak, maksud (tujuan) dan keazaman bukan paksaan.[4]

Dalam bukunya Ighatsatul Lahfan, Ibnul Qayyim rahimahullah menyatakan:

Niat artinya menyengaja dan bermaksud sungguh-sungguh untuk melakukan


sesuatu. Dan tempatnya ialah di dalam hati, dan tidak ada sangkut-pautnya
sama sekali dengan lisan[5]

Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah tentang hadis Tiap-tiap amal


perbuatan tidak lain berdasarkan niat..:

Setiap pekerjaan harus didasari dengan niat. Al-Khauyi mengatakan, Seakanakan Rasulullah memberi pengertian bahawa niat itu bermacam-macam
sebagaimana perbuatan. Seperti orang yang melakukan perbuatan dengan
motivasi ingin mendapatkan redha Allah dan apa yang dijanjikan kepadanya,
atau ingin menjauhkan diri dari ancaman-Nya.

Sebahagian riwayat menggunakan lafaz al-Niyat dalam bentuk mufrad (tunggal)


dengan alasan, bahawa tempat niat adalah dalam hati sedangkan hati itu satu,
maka kata niyat disebutkan dalam bentuk tunggal[6]

Tambah Ibnu Hajar al-Asqalani lagi:

Imam Nawawi mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yang
ada dalam hati. Tetapi Syaikh al-Karmani menambahkan, bahawa keinginan hati
adalah melebihi maksud.[7]

Baidhawi berkata: Niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu


sesuai dengan tujuan, baik mendatangkan manfaat atau menolak mudarat,
sedangkan syariat adalah sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang
diredhai Allah dan mengamalkan segala perintah-Nya.[8]

Dari keterangan di atas dapatlah kita membuat rumusan bahawa: Setiap amal
seseorang mukmin yang terbit dari kehendak, azam, cita-cita dan gerak hatinya
yang disedari dan tidak dipaksa, maka itulah yang dinamakan niat.[9]

Bagaimana Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam Memulakan Solat

Antara hadis-hadis yang menggambarkan bagaimana baginda shallahu


'alaihi wasallam memulakan solatnya adalah seperti berikut:

Dari Aishah dia berkata: Sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam


membuka solatnya dengan Takbir.[10]

Dari Ali bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:


Kunci solat ialah berwuduk, pembukaannya membaca takbir, dan penutupnya
ialah memberi salam.[11]

Dari Abdullah ibn Umar radhiallahuanhuma, dia berkata:


Aku melihat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam membuka solatnya dengan
takbir, lalu mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir.[12]

Masih banyak lagi dalil-dalil yang membuktikan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam
memulakan solatnya dengan lafaz takbir. Hadis-hadis ini kesemuanya
menunjukkan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tidak melafazkan apa-apa
perkataan pun sebelum takbir. Maka dengan ini Ahl al-Sunnah berpendirian
untuk tidak melafazkan niat seperti Ushollli Fardhu (Sahaja aku solat fardhu)..
ketika memulakan solat sebagaimana yang kebiasaan diamalkan oleh
kebanyakan umat Islam di Malaysia. Ini adalah dalam rangka mencontohi
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam ibadah solat sepertimana yang
diwajibkan ke atas kita sebagaimana sabdanya:

Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[13]

Pandangan Al-Syafii Tentang Melafazkan Niat

al-Syafii rahimahullah memang terkenal sebagai seorang imam yang teguh


dalam berpegang kepada sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Oleh sebab
itu beliau telah diberi gelaran al-Nashir al-Sunnah (pembela sunnah). Ahmad bin
Hanbal rahimahullah yang juga anak murid al-Syafii pernah berkata: Sungguh
al-Syafi`i rahimahullah adalah seorang pembela sunnah. Menurut Ahmad lagi:
Aku tidak pernah melihat orang yang lebih mengikut sunnah seperti al-Syafi`i
rahimahullah. Ahmad seterusnya berkata: Di antara kesungguhan al-Syafi`i
rahimahullah yang terpuji adalah apabila dia mendengar hadis yang belum ada
padanya, maka dia mengambilnya dan meninggalkan pendapatnya.[14]

Dengan semangat beliau yang tinggi dalam mencontohi Rasulullah shalallahu


'alaihi wasallam maka tidak aneh sekiranya pandangan beliau tentang apa yang
perlu diucapkan ketika hendak memulai solat adalah selari dengan sunnah
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Berkata al-Syafii rahimahullah dalam
kitab beliau al-Umm: Siapa yang pandai membaca takbir, niscaya tidaklah dia
memulakan solatnya melainkan dengan takbir itu sendiri dan takbirnya ialah
Allahu Akbar.[15] Menurut Mohammad Abdul Qoder al-Mandeeli: Adapun orang
yang berkata sunat berlafaz (niat) sebelum takbir, maka perkataannya
menyalahi perkataan al-Syafii sendiri.[16]

Kekeliruan Tentang Pendapat Imam Al-Syafii Mewajibkan Lafaz Niat

Pendapat bahawa al-Syafii rahimahullah telah mewajibkan melafaz niat sebelum


solat berpunca dari kekeliruan Abu Abdulah al-Zubairi rahimahullah (seorang
tokoh bermazhab Syafii) dalam memahami kata-kata al-Syafii yang berbunyi:
Jika kamu berniat untuk haji dan umrah dianggap memadai sekalipun tidak
dilafazkan, tidak seperti solat, tidak dianggap sah kecuali dengan al-Nuthq. Bagi
al-Zubairi al-Nuthq di sini bermaksud dilafazkan niat. Namun begitu maksud alNuthq yang sebenar adalah takbiratul ihram iaitu solat itu dimulakan dengan
melafazkan takbir. Menurut al-Nawawi rahimahulah:

Berkata para sahabat kami: Telah berlaku kekeliruan oleh orang yang
menyatakannya, kerana bukan itu yang dimaksudkan oleh al-Syafii dengan kata
al-Nuthq di dalam solat. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan al-Nuthq oleh
beliau (al-Syafii) adalah takbir.[17]
Ibn Abi al-Izz rahimahullah pula berkata:

Tidak ada seorang ulama pun dari imam empat, tidak al-Syafii mahupun yang
lainnya yang mensyaratkan melafazkan niat. Menurut kesepakatan mereka, niat
itu tempatnya di dalam hati. Hanya sahaja sebahagian ulama kebelakangan
mewajibkan seseorang melafazkan niatnya dalam solat. Dan pendapat ini

digolongkan sebagai mazhab al-Syafii. Al-Nawawi rahimahullah berkata: Itu


tidak benar.[18]

Pendapat Ulama Yang Menolak Memulakan Solat Dengan Melafazkan Niat

Berkata Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah:

Jika Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berdiri untuk solat, maka beliau
mengucapkan takbir, tanpa mengucapkan apa pun sebelumnya, tidak
melafazkan niat dan tidak seorangpun di antara sahabat, tabiin dan imam yang
empat pernah melakukannya. Kebiasaan beliau saat takbiratul ihram adalah
melafazkan Allahu Akbar tanpa ucapan lain.[19]

Sementara itu menurut Ibnu Taymiyyah rahimahullah dalam al-Fatawa al-Kubra


(Jld. 1, ms. 1):
Melafazkan niat secara jahrah (kuat) tidak pernah disyariatkan walaupun oleh
salah seorang ulama Muslimin, tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam, tidak pernah dilakukan oleh salah seorang dari para
khulafa baginda, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat baginda dan juga
tidak pernah dilakukan oleh para Salaf al-ummah dan para ulamanya.[20]
Abu ar-Rabii Sulaiman bin Umar al-Syafii rahimahullah berkata:

Mengeraskan suara ketika membaca lafaz niat dan membaca ayat-ayat alQuran[21] di belakang imam bukanlah dari sunnah, sebaliknya makruh. Jika
yang dikerjakan itu boleh mengganggu orang lain yang sedang solat maka
hukumnya menjadi haram. Sesiapa yang mengatakan bahawa mengeraskan
suara semasa melafazkan niat itu sunnah, maka pendapat itu adalah salah. Tidak
dihalal kepada sesiapapun untuk mengatakan sesuatu dalam agama Allah tanpa
ilmu.[22]
Berkata Abu Abdullah Muhammad bin al-Qasim at-Tunisi al-Maliki rahimahullah:

Niat adalah pekerjaan hati, mengeraskan lafaz niat adalah bidah[23], selain itu
juga boleh mengganggu penumpuan orang lain.[24]
Berkata Alauddin bin al-Attar rahimahullah:
Mengangkat suara semasa berniat sehingga mengganggu orang yang bersolat
adalah haram secara ijma dan melakukannya adalah bidah yang tercela. Jika
hal itu dilakukan kerana riak (menunjuk-nunjuk) berarti orang yang
mengerjakannya melakukan perkara yang haram sebanyak dua kali (melakukan
perbuatan bidah dan riak pen)Perbuatan macam ini (mengeraskan lafaz niat)

tidak pernah dinukil dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, tidak dari
seorangpun sahabat Nabi, mahupun ulama yang benar-benar mengikuti ajaran
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam .[25]
Abu Daud rahimahullah pernah bertanya kepada Imam Ahmad rahimahullah:
Adakah orang yang mendirikan solat wajib melafazkan sesuatu sebelum takbir?
Imam Ahmad menjawab: Tidak.[26]

Antara perkara yang sering berlaku di dalam masyarakat kita adalah


pengulangan melafazkan niat dan mengangkat takbir berkali-kali kerana adanya
perasaan was-was bahawa niat yang dilafazkan itu tidak betul sehingga
membatalkan solatnya. Tindakan ini boleh menganggu kekhusyukan jemaah lain
yang solat berhampiran. Sikap sebegini sebenarnya timbul di atas kejahilan
seseorang dan ia merupakan satu perbuatan bidah yang tercela.

Berkata al-Suyuti rahimahullah:

daripada bidah itu adalah, was-was sewaktu berniat dalam solat. Hal ini
tidak pernah diperbuat oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam mahupun sahabat
beliau. Mereka dulu tidak pernah melafazkan niat solat sedikitpun selain hanya
lafaz Takbir. Allah Taala telah berfirman:

Demi sesungguhnya,
adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik[27] [28]

Al-Syafii rahimahullah berkata:

Was-was dalam berniat semasa solat atau bersuci berpunca dari kejahilan atau
kerosakan akal.[29]
Ibnu al Jawzi rahimahullah dalam kitabnya Talbis Iblis (ms. 138) berkata:

Di antara kesan negatif mengeraskan lafaz niat adalah mengganggu orang lain.
Ada di antara mereka yang membaca Ushali shalaata Kadzaa (aku niat
mengerjakan solat ini atau itu). Kemudian dia akan mengulang lafaz itu kerana
pada sangkaannya niat tersebut telah batal. Padahal niat itu sendiri tidak pernah
batal sekalipun tidak diucapkan. Di antara mereka ada yang bertakbir, kemudian
membatalkan takbirnya, lalu bertakbir lagi dan membatalkan takbirnya. Jika
imam sudah nak mulai rukuk, orang yang was-was ini akan segera bertakbir dan
ikut rukuk. Apa sebenarnya yang diperbuat olehnya? Itu semua adalah godaan
iblis yang menghendaki dia tidak mendapatkan keutamaan (mengikut rakaat

pertama bersama imam). Ada juga di antara orang yang diserang penyakit waswas bersumpah untuk tidak bertakbir hanya sekali. Ini semua sebenarnya
godaan iblis. Syariat Islam sesungguhnya mudah dan bebas dari hal-hal
seumpama itu. Perbuatan seperti ini tidak pernah dikerjakan oleh Nabi mahupun
sahabatnya.[30]
Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah:

Ungkapan-ungkapan (lafaz niat - pen) yang dibuat-buat (direka pen) dan


diucapkan pada permulaan bersuci (wuduk) dan solat ini, telah dijadikan oleh
syaitan sebagai arena pertarungan bagi orang-orang yang diliputi was-was, yang
menahan dan menyiksa mereka dalam lingkaran tersebut, dan menuntut mereka
untuk menyempurnakannya. Maka anda lihat masing-masing mereka
mengulang-ulanginya dan bersusah-payah untuk melafazkan padahal
sedemikian itu sama sekali tidak termasuk dalam ibadah solat.[31]
Semoga dengan penjelasan ini maka jelaslah bahawa tindakan Ahl al-Sunnah
untuk tidak melafazkan niat bukanlah termasuk dalam perkara yang boleh
membatalkan solat mereka malah inilah yang lebih sesuai dengan sunnah Nabi
shalallahu 'alaihi wasallam dan mazhab al-Syafii rahimahullah. Semoga
pembaca budiman dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk
mengikuti apa yang sesuai dengan sunnah Rasul shalallahu 'alaihi wasallam.
Firman Allah Azza Wa Jalla:

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman


ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya,
supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka,
hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat":
dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya
dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya
jangan terdedah kepada azab Allah,
maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.[32]

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 1.

[2] Rasul Dahri, Membaca Niat Adalah Wajib, Sunnah atau Bidah, ms. 2. Kertas
kerja ini telah beliau bentangkan di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi.
[3] Rasul Dahri, Membaca Niat Adalah Wajib, Sunnah atau Bidah, ms. 2-3
[4] Rasul Dahri, Membaca Niat Adalah Wajib, Sunnah atau Bidah, ms. 3.
[5] Dinukil darpada kitab Fikih Sunnah, karya Sayyid Sabiq (edisi terjemahan
oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jld.1, ms. 286.
[6] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari, (edisi
terjemahan oleh Gazirah Abdi Ummah, Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), jld.1, ms.
18. Seterusnya kitab ini hanya akan disebut sebagai Fathul Baari.
[7] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, ms. 19.
[8] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, ms. 19.
[9] Rasul Dahri, Membaca Niat Adalah Wajib, Sunnah atau Bidah, ms. 6.
[10] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 498.
[11] Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata: Hadis ini adalah yang paling sahih dalam bab ini. Al-Albani menilainya
hasan sahih dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 3.
[12] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 738.
[13] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.
[14] Dinukil daripada kitab Manhaj Aqidah Asy-Syafii Rahimahullah Taala oleh
Muhammad A.W. al-Aqil (edisi terjemahan oleh H. Nabhani Idris, Pustaka asySyafii, Bogor, 2002), ms. 80.
[15] al-Syafii, al-Umm (Kitab Induk) (edisi terjemahan oleh Prof. TK. H. Ismail
Yakub, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1989), jld.1, ms. 241.
[16] Mohammad Abdul Qoder al-Mandeeli, Persoalan Yang Berkehendak Kepada
Melaksanakan Untuk Mengatasi dan Mengubah Adat-Adat Yang Berlaku Dalam
Masyarakat Dengan Sangkaan Ibadat, (Makkah al-Mukarramah 1423H), ms. 16.
[17] Dinukil daripada kitab Abu Ubaidah Mashur bin Hasan bin Mahmud bin
Salaman, Koreksi Total Ritual Shalat (edisi terjemahan oleh W. Djunaeidi S,
Pustaka Azzam, Jakarta, 2001) ms. 100.
[18] Dinukil daripada Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 100.
[19] Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Mukhtasar Zaadul Maad Bekal Menuju Akhirat,
(diringkaskan oleh Muhammad Abdul Wahhab at-Tamimi, edisi terjemahan oleh
Kathur Suhardi, Pustaka Azzam, Jakarta, 1999) ms. 19.
[20] Dinukil daripada kertas kerja tulisan Rasul Dahri, Membaca Niat, Adakah
Wajib, Sunnah atau Bidah?, ms 13.
[21] Antara ayat al-Quran yang sering dianjurkan untuk dibaca sebelum
memulakan solat adalah surah al-Nas. Ini adalah bertujuan untuk menghilangkan
gangguan syaitan dan perasaan was-was supaya dapat khusyuk ketika bersolat.
Namun begitu amalan ini tidak pernah dianjurkan oleh Rasulullah shalallahu

'alaihi wasallam, para al-Salaf al-Soleh mahupun para imam yang empat.
Sekiranya amalan ini benar-benar baik dan bermanfaat kepada manusia nescaya
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam tidak akan lupa untuk mengajarkannya
kepada para sahabat baginda dan pasti akan wujud hadis-hadis yang
menganjurkannya. Wallahualam.
[22] Dinukil daripada buku Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 98.
[23] Bidah dari segi bahasa adalah suatu yang diada-adakan yang tidak ada
contoh sebelumnya. Maksud bidah dari segi syariat adalah satu amalan yang
diada-adakan dalam agama yang tidak ada dasarnya dari syariat malah
bertentangan dengan syariat dengan bertujuan untuk membuat aturan baru dan
berlebihan dalam beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
[24] Dinukil daripada buku Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 98.
[25] Dinukil daripada buku Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 98-99.
[26] Dinukil daripada buku Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 99.
[27] al-Ahzaab (33): 21
[28] Dinukil daripada buku Mohd Asri Zainul Abidin, Bidah Hasanah: Istilah Yang
Disalah Fahami (Jahabersa, Johor Bahru, 2005, ms. 44.
[29] Dinukil daripada buku Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 99.
[30] Dinukil daripada buku Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 99-100.
[31] Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld.1, ms. 286.
[32] al-Nuur (24): 51-52
Catitan penyunting: Kebanyakan ahli fiqh selepas kurun-kurun
pertengahan daripada keempat-empat mazhab mensunatkan lafaz niat dengan
lisan (mulut). Akan tetapi:
1.
Mereka tidak mengemukakan mahupun memiliki sandaran yang jelas
daripada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk mengatakan
sunat melafazkan niat secara lisan.
2.
Mereka menyelisihi pendapat para imam mazhab mereka yang asal serta
tokoh-tokoh awal daripada mazhab mereka sendiri. Para imam mazhab yang
asal, iaitu al-Syafii, Malik, Abu Hanifah dan Ahmad, serta para tokoh mazhab
yang awal, tidak seorang jua yang diketahui menganjurkan lafaz niat secara
lisan.
3.
Lafaz niat yang disunatkan oleh para ahli fiqh kebelakangan hanya
sekadar Inilah solat zohor aku atau Inilah puasa sunat Isnin aku sebagai
sesuatu yang menguatkan apa yang ada di dalam hati. Ia amat jauh daripada
lafaz niat yang diajar sekarang ini, yang amat panjang, dwi bahasa dan disertai
dengan pelbagai syarat tambahan.

Anda mungkin juga menyukai