Anda di halaman 1dari 11

BEBERAPA PERSOALAN SOLAT

MAKLUMAT BUKU : KANDUNGAN

2
TIDAK MELAFAZKAN NIAT SEBELUM MEMULAKAN SOLAT
Antara isu yang sering dipolemikkan adalah penolakan sesetengah pihak terhadap melafazkan niatUsholli Fardhu (Sahaja aku solat fardhu). sebelum mengerjakan ibadah solat. Menurut mereka tindakan ini boleh mencacatkan ibadah solat kerana niat itu adalah rukun dalam solat dan jika ditingggalkan maka terbatallah solat tersebut menurut syara. Dalil wajibnya niat adalah hadis daripada Alqamah bin Waqqash al-Laitsi radhiallahu 'anhu , dia berkata:

.
Aku mendengar Umar bin Khattab berkata di atas mimbar: Aku mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Tiap-tiap amal perbuatan tidak lain adalah berdasarkan niat dan balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan.

[1]

Definisi Niat Menurut Rasul Dahri: Niat menurut pengertian bahasa dimaksudkan: Qasad (maksud yang digerak dan dikehendaki oleh hati), azam (atau azamul qalb, iaitu apa yang telah dicitacitakan di hati) dan iradah (iaitu al-iradatul jazimah, iaitu kehendak keinginan hati dalam keadaan yang sedar).[2] Adapun menurut syara, niat adalah: Berazam (bertekad) untuk melaksanakan ibadah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah.[3]

Qasad, azam dan iradah tempatnya di hati kerana ini kerja hati (amal al-Qalb)
bukan kerja lidah. Oleh itu niat tidak perlu dilafazkan atau diucapkan, inilah yang disepakati oleh jumhur ulama dan etimologis (ahli ilmu asal-usul kata). Niat juga diertikan: kehendak, maksud (tujuan) dan keazaman bukan paksaan.[4]

Dalam bukunya Ighatsatul Lahfan, Ibnul Qayyim rahimahullah menyatakan: Niat artinya menyengaja dan bermaksud sungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu. Dan tempatnya ialah di dalam hati, dan tidak ada sangkut-pautnya sama sekali dengan lisan[5]

Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah tentang hadis Tiap-tiap amal perbuatan tidak lain berdasarkan niat..: Setiap pekerjaan harus didasari dengan niat. Al-Khauyi mengatakan, Seakanakan Rasulullah memberi pengertian bahawa niat itu bermacam-macam sebagaimana perbuatan. Seperti orang yang melakukan perbuatan dengan motivasi ingin mendapatkan redha Allah dan apa yang dijanjikan kepadanya, atau ingin menjauhkan diri dari ancaman-Nya.

Sebahagian riwayat menggunakan lafaz al-Niyat dalam bentuk mufrad (tunggal) dengan alasan, bahawa tempat niat adalah dalam hati sedangkan hati itu satu, maka kata niyat disebutkan dalam bentuk tunggal[6]

Tambah Ibnu Hajar al-Asqalani lagi: Imam Nawawi mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yang ada dalam hati. Tetapi Syaikh al-Karmani menambahkan, bahawa keinginan hati adalah melebihi maksud.[7] Baidhawi berkata: Niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan, baik mendatangkan manfaat atau menolak mudarat, sedangkansyariat adalah sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredhai Allah dan mengamalkan segala perintah-Nya.[8]

Dari keterangan di atas dapatlah kita membuat rumusan bahawa: Setiap amal seseorang mukmin yang terbit dari kehendak, azam, cita-cita dan gerak hatinya yang disedari dan tidak dipaksa, maka itulah yang dinamakan niat.[9]

Bagaimana Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam Memulakan Solat Antara hadis-hadis yang menggambarkan bagaimana baginda shallahu 'alaihi

wasallammemulakan solatnya adalah seperti berikut:

: .
Dari Aishah dia berkata: Sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam membuka solatnya dengan Takbir.
[10]

: .
Dari Ali bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Kunci solat ialah berwuduk, pembukaannya membaca takbir, dan penutupnya ialah memberi salam.[11]

: .
Dari Abdullah ibn Umar radhiallahuanhuma, dia berkata: Aku melihat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam membuka solatnya dengan takbir, lalu mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir.
[12]

Masih

banyak

lagi

dalil-dalil

yang

membuktikan

Nabi shalallahu

'alaihi

wasallam memulakan solatnya dengan lafaz takbir. Hadis-hadis ini kesemuanya menunjukkan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tidak melafazkan apa-apa perkataan pun sebelum takbir. Maka dengan ini Ahl al-Sunnahberpendirian untuk tidak melafazkan niat seperti Ushollli Fardhu (Sahaja aku solat fardhu).. ketika memulakan solat sebagaimana yang kebiasaan diamalkan oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia. Ini adalah dalam rangka mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam ibadah solat sepertimana yang diwajibkan ke atas kita sebagaimana sabdanya:


Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.
[13]

Pandangan Al-Syafii Tentang Melafazkan Niat al-Syafii rahimahullah memang terkenal sebagai seorang imam yang teguh dalam berpegang kepada sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Oleh sebab itu beliau telah diberi gelaran al-Nashir al-Sunnah (pembela sunnah). Ahmad bin Hanbal rahimahullah yang juga anak murid al-Syafii pernah berkata: Sungguh al-Syafi`i rahimahullah adalah seorang pembela sunnah. Menurut Ahmad lagi:Aku tidak pernah melihat orang yang lebih mengikut sunnah seperti al-Syafi`i rahimahullah.Ahmad seterusnya berkata: Di antara kesungguhan al-Syafi`i rahimahullah yang terpuji adalah apabila dia mendengar hadis yang belum ada padanya, maka dia mengambilnya dan meninggalkan pendapatnya.[14] Dengan semangat beliau yang tinggi dalam mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallammaka tidak aneh sekiranya pandangan beliau tentang apa yang perlu diucapkan ketika hendak memulai solat adalah selari dengan sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Berkata al-Syafiirahimahullah dalam kitab beliau al-Umm: Siapa yang pandai membaca takbir, niscaya tidaklah dia memulakan solatnya melainkan dengan takbir itu sendiri dan takbirnya ialah Allahu Akbar.[15] Menurut Mohammad Abdul Qoder al-Mandeeli: Adapun orang yang berkata sunat berlafaz (niat) sebelum takbir, maka perkataannya menyalahi perkataan alSyafii sendiri.[16]

Kekeliruan Tentang Pendapat Imam Al-Syafii Mewajibkan Lafaz Niat Pendapat bahawa al-Syafii rahimahullah telah mewajibkan melafaz niat sebelum solat berpunca dari kekeliruan Abu Abdulah al-Zubairi rahimahullah (seorang tokoh bermazhab Syafii) dalam memahami kata-kata al-Syafii yang berbunyi: Jika kamu berniat untuk haji dan umrah dianggap memadai sekalipun tidak dilafazkan, tidak seperti solat, tidak dianggap sah kecuali dengan al-Nuthq. Bagi al-Zubairi al-Nuthq di sini bermaksud dilafazkan niat. Namun begitu maksudal-Nuthq yang sebenar adalah takbiratul ihram iaitu solat itu dimulakan dengan melafazkan takbir. Menurut al-Nawawi rahimahulah:

Berkata para sahabat kami: Telah berlaku kekeliruan oleh orang yang menyatakannya, kerana bukan itu yang dimaksudkan oleh al-Syafii dengan kata al-Nuthq di dalam solat. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan al-Nuthq oleh beliau (al-Syafii) adalah takbir.[17] Ibn Abi al-Izz rahimahullah pula berkata: Tidak ada seorang ulama pun dari imam empat, tidak al-Syafii mahupun yang lainnya yang mensyaratkan melafazkan niat. Menurut kesepakatan mereka, niat itu tempatnya di dalam hati. Hanya sahaja sebahagian ulama kebelakangan mewajibkan seseorang melafazkan niatnya dalam solat. Dan pendapat ini digolongkan sebagai mazhab al-Syafii. Al-Nawawi rahimahullah berkata: Itu tidak benar.[18]

Pendapat Ulama Yang Menolak Memulakan Solat Dengan Melafazkan Niat Berkata Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah: Jika Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berdiri untuk solat, maka beliau mengucapkan takbir, tanpa mengucapkan apa pun sebelumnya, tidak melafazkan niat dan tidak seorangpun di antara sahabat, tabiin dan imam yang empat pernah melakukannya. Kebiasaan beliau saat takbiratul ihram adalah melafazkan Allahu

Akbar tanpa ucapan lain.[19]


Sementara itu menurut Ibnu Taymiyyah rahimahullah dalam al-Fatawa al-Kubra (Jld. 1, ms. 1): Melafazkan niat secara jahrah (kuat) tidak pernah disyariatkan walaupun oleh salah seorang ulama Muslimin, tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu

alaihi wasallam, tidak pernah dilakukan oleh salah seorang dari para khulafa
baginda, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat baginda dan juga tidak pernah dilakukan oleh para Salaf al-ummah dan para ulamanya.[20] Abu ar-Rabii Sulaiman bin Umar al-Syafii rahimahullah berkata: Mengeraskan suara ketika membaca lafaz niat dan membaca ayat-ayat alQuran[21]di belakang imam bukanlah dari sunnah, sebaliknya makruh. Jika yang dikerjakan itu boleh mengganggu orang lain yang sedang solat maka hukumnya

menjadi haram. Sesiapa yang mengatakan bahawa mengeraskan suara semasa melafazkan niat itu sunnah, maka pendapat itu adalah salah. Tidak dihalal kepada sesiapapun untuk mengatakan sesuatu dalam agama Allah tanpa ilmu.[22] Berkata Abu Abdullah Muhammad bin al-Qasim at-Tunisi al-Maliki rahimahullah: Niat adalah pekerjaan hati, mengeraskan lafaz niat adalah bidah[23], selain itu juga boleh mengganggu penumpuan orang lain.[24] Berkata Alauddin bin al-Attar rahimahullah: Mengangkat suara semasa berniat sehingga mengganggu orang yang bersolat adalah haram secara ijma dan melakukannya adalah bidah yang tercela. Jika hal itu dilakukan kerana riak (menunjuk-nunjuk) berarti orang yang mengerjakannya melakukan perkara yang haram sebanyak dua kali (melakukan perbuatan bidah dan riak pen)Perbuatan macam ini (mengeraskan lafaz niat) tidak pernah dinukil dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, tidak dari seorangpun sahabat Nabi, mahupunulama yang benar-benar mengikuti ajaran Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam .[25] Abu Daud rahimahullah pernah bertanya kepada Imam Ahmad rahimahullah: Adakah orang yang mendirikan solat wajib melafazkan sesuatu sebelum takbir? Imam Ahmad menjawab:Tidak.[26] Antara perkara yang sering berlaku di dalam masyarakat kita adalah pengulangan melafazkan niat dan mengangkat takbir berkali-kali kerana adanya perasaan was-was bahawa niat yang dilafazkan itu tidak betul sehingga membatalkan solatnya. Tindakan ini boleh menganggu kekhusyukan jemaah lain yang solat berhampiran. Sikap sebegini sebenarnya timbul di atas kejahilan seseorang dan ia merupakan satu perbuatan bidah yang tercela. Berkata al-Suyuti rahimahullah: daripada bidah itu adalah, was-was sewaktu berniat dalam solat. Hal ini tidak pernah diperbuat oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam mahupun sahabat beliau. Mereka dulu tidak pernah melafazkan niat solat sedikitpun selain hanya lafaz Takbir. Allah Taala telah berfirman:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik

[27] [28]

Al-Syafii rahimahullah berkata: Was-was dalam berniat semasa solat atau bersuci berpunca dari kejahilan atau kerosakan akal.[29] Ibnu al Jawzi rahimahullah dalam kitabnya Talbis Iblis (ms. 138) berkata: Di antara kesan negatif mengeraskan lafaz niat adalah mengganggu orang lain. Ada di antara mereka yang membaca Ushali shalaata Kadzaa (aku niat mengerjakan solat ini atau itu). Kemudian dia akan mengulang lafaz itu kerana pada sangkaannya niat tersebut telah batal. Padahal niat itu sendiri tidak pernah batal sekalipun tidak diucapkan. Di antara mereka ada yang ber takbir, kemudian membatalkan takbirnya, lalu bertakbir lagi dan membatalkan takbirnya. Jika imam sudah nak mulai rukuk, orang yang was-was ini akan segera bertakbir dan ikut rukuk. Apa sebenarnya yang diperbuat olehnya? Itu semua adalah godaan iblis yang menghendaki dia tidak mendapatkan keutamaan (mengikut rakaat pertama bersama imam). Ada juga di antara orang yang diserang penyakit waswas bersumpah untuk tidak bertakbir hanya sekali. Ini semua sebenarnya godaan iblis. Syariat Islam sesungguhnya mudah dan bebas dari hal-hal seumpama itu. Perbuatan seperti ini tidak pernah dikerjakan oleh Nabi mahupun sahabatnya.[30] Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah: Ungkapan-ungkapan (lafaz niat - pen) yang dibuat-buat (direka pen) dan diucapkan pada permulaan bersuci (wuduk) dan solat ini, telah dijadikan oleh syaitan sebagai arena pertarungan bagi orang-orang yang diliputi was-was, yang menahan dan menyiksa mereka dalam lingkaran tersebut, dan menuntut mereka untuk menyempurnakannya. Maka anda lihat masing-masing mereka mengulangulanginya dan bersusah-payah untuk melafazkan padahal sedemikian itu sama sekali tidak termasuk dalam ibadah solat.[31] Semoga dengan penjelasan ini maka jelaslah bahawa tindakan Ahl al-Sunnah untuk tidak melafazkan niat bukanlah termasuk dalam perkara yang boleh membatalkan solat mereka malah inilah yang lebih sesuai dengan sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan mazhab alSyafiirahimahullah. Semoga pembaca budiman dapat membuat pertimbangan yang

sewajarnya untuk mengikuti apa yang sesuai dengan sunnah Rasul shalallahu 'alaihi wasallam. Firman Allah Azza Wa Jalla:

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.
[32]

[1] [2]

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 1. Rasul Dahri, Membaca Niat Adalah Wajib, Sunnah atau Bidah , ms. 2. Kertas kerja ini telah beliau

bentangkan di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi.


[3] [4] [5]

Rasul Dahri, Membaca Niat Adalah Wajib, Sunnah atau Bidah , ms. 2-3 Rasul Dahri, Membaca Niat Adalah Wajib, Sunnah atau Bidah , ms. 3. Dinukil darpada kitab Fikih Sunnah, karya Sayyid Sabiq (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory

Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jld.1, ms. 286.


[6]

Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari, (edisi terjemahan oleh Gazirah

Abdi Ummah, Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), jld.1, ms. 18. Seterusnya kitab ini hanya akan disebut sebagai Fathul Baari.
[7] [8] [9] [10] [11]

Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, ms. 19. Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, ms. 19. Rasul Dahri, Membaca Niat Adalah Wajib, Sunnah atau Bidah, ms. 6. Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 498. Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata: Hadis ini adalah yang

paling sahih dalam bab ini. Al-Albani menilainya hasan sahih dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 3.
[12] [13]

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 738. Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.

[14]

Dinukil daripada kitab Manhaj Aqidah Asy-Syafii Rahimahullah Taala oleh Muhammad A.W. al-Aqil

(edisi terjemahan oleh H. Nabhani Idris, Pustaka asy-Syafii, Bogor, 2002), ms. 80.
[15]

al-Syafii, al-Umm (Kitab Induk) (edisi terjemahan oleh Prof. TK. H. Ismail Yakub, Victory Agencie, Kuala

Lumpur, 1989), jld.1, ms. 241.


[16]

Mohammad Abdul Qoder al-Mandeeli, Persoalan Yang Berkehendak Kepada Melaksanakan Untuk

Mengatasi dan Mengubah Adat-Adat Yang Berlaku Dalam Masyarakat Dengan Sangkaan Ibadat , (Makkah alMukarramah 1423H), ms. 16.
[17]

Dinukil daripada kitab Abu Ubaidah Mashur bin Hasan bin Mahmud bin Salaman, Koreksi Total Ritual

Shalat (edisi terjemahan oleh W. Djunaeidi S, Pustaka Azzam, Jakarta, 2001) ms. 100.
[18] [19]

Dinukil daripada Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 100. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Mukhtasar Zaadul Maad Bekal Menuju Akhirat, (diringkaskan oleh Muhammad

Abdul Wahhab at-Tamimi, edisi terjemahan oleh Kathur Suhardi, Pustaka Azzam, Jakarta, 1999) ms. 19.
[20]

Dinukil daripada kertas kerja tulisan Rasul Dahri, Membaca Niat, Adakah Wajib, Sunnah atau Bidah? , ms

13.
[21]

Antara ayat al-Quran yang sering dianjurkan untuk di baca sebelum memulakan solat adalah surah al-Nas.

Ini adalah bertujuan untuk menghilangkan gangguan syaitan dan perasaan was-was supaya dapat khusyuk ketika bersolat. Namun begitu amalan ini tidak pernah dianjurkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, para alSalaf al-Soleh mahupun para imam yang empat. Sekiranya amalan ini benar-benar baik dan bermanfaat kepada manusia nescaya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam tidak akan lupa untuk mengajarkannya kepada para sahabat baginda dan pasti akan wujud hadis-hadis yang menganjurkannya.Wallahualam.
[22] [23]

Dinukil daripada buku Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 98. Bidah dari segi bahasa adalah suatu yang diada-adakan yang tidak ada contoh sebelumnya. Maksud bidah

dari segi syariat adalah satu amalan yang diada-adakan dalam agama yang tidak ada dasarnya darisyariat malah bertentangan dengan syariat dengan bertujuan untuk membuat aturan baru dan berlebihan dalam beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
[24] [25] [26] [27] [28]

Dinukil daripada buku Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 98. Dinukil daripada buku Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 98-99. Dinukil daripada buku Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 99. al-Ahzaab (33): 21 Dinukil daripada buku Mohd Asri Zainul Abidin, Bidah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami (Jahabersa,

Johor Bahru, 2005, ms. 44.


[29] [30] [31] [32]

Dinukil daripada buku Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 99. Dinukil daripada buku Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 99-100. Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld.1, ms. 286. al-Nuur (24): 51-52

Catitan penyunting: Kebanyakan ahli fiqh selepas kurun-kurun pertengahan daripada keempat-empat mazhab mensunatkan lafaz niat dengan lisan (mulut). Akan tetapi: 1. Mereka tidak mengemukakan mahupun memiliki sandaran yang jelas daripada sunnah

Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam untuk mengatakan sunat melafazkan niat secara lisan. 2. Mereka menyelisihi pendapat para imam mazhab mereka yang asal serta tokoh-tokoh awal daripada

mazhab mereka sendiri. Para imam mazhab yang asal, iaitu al-Syafii, Malik, Abu Hanifah dan Ahmad, serta para tokoh mazhab yang awal, tidak seorang jua yang diketahui menganjurkan lafaz niat secara lisan. 3. Lafaz niat yang disunatkan oleh para ahli fiqh kebelakangan han ya sekadar Inilah solat zohor aku atau

Inilah puasa sunat Isnin aku sebagai sesuatu yang menguatkan apa yang ada di dalam hati. Ia amat jauh daripada lafaz niat yang diajar sekarang ini, yang amat panjang, dwi bahasa dan disertai dengan pelbagai syarat tambahan.

Ke atas

Anda mungkin juga menyukai