Anda di halaman 1dari 10

CARA MEMBACA DOA IFTITAH

Membaca doa iftitah setelah takbirat al-Ihram merupakan satu tuntutan Nabi shalallahu
'alaihi wasallam. Ianya merupakan satu bentuk pujian, sanjungan dan mengagungkan
Allah Subhanahu

wa

Ta'ala.

Terdapat

sebegitu

banyak

hadis

yang

menunjukkan

baginda shalallahu 'alaihi wasallam amat menitik beratkan pembacaan doa iftitah ini. Walaupun
majoriti ulama menyatakan membaca doa iftitahini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat
sekiranya tidak dibaca, namun bagi kita yang benar-benar ingin mengikuti sunnah
Nabi shalallahu

'alaihi

sabdanya:"Solatlah

wasallam serta

mempraktikkan

suruhannya

sebagaimana

kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku

bersolat. maka sewajarnya kita tidak meninggalkan doa iftitah ini. Apatah lagi memang
[1]

telah ada dalil dari Nabishalallahu 'alaihi wasallam yang menunjukkan bahawa doa iftitah ini
adalah termasuk dalam perkara yang dapat menyempurnakan ibadah solat:












.








Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia
menyempurnakan wuduknya
sebelum dia bertakbir, memuji Allah 'Azza wa Jalla,
menyanjung-Nya,
dan membaca ayat-ayat al-Quran yang mudah baginya
(dihafalnya)
[2]

Apa yang dapat kita fahami dari hadis di atas adalah, setelah kita bertakbir maka
hendaklah kita memuji dan menyanjungi Allah 'Azza wa Jalla melalui pembacaan doa iftitah.
Tanpanya maka tidak sempurnalah solat kita.
Kebiasaannya bagi umat Islam di Malaysia, doa iftitah yang diamalkan dalam solat
adalah seperti berikut:


.










Allah yang Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha suci
Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang mencipta tujuh
petala langit dan bumi, cenderung kepada penyerahan dan tidaklah aku daripada
golongan orang yang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan itu
(apabila) aku disuruh dan aku adalah tergolong dari golongan Islam.

[3]

Namun begitu, setelah diteliti doa iftitah di atas, maka dapati tidak wujud satu hadispun
yang

sahih

datangnya

dari

Nabi shalallahu

'alaihi

wasallam yang

menunjukkan

baginda shalallahu 'alaihi wasallam mengajar cara pembacaan sedemikian rupa. Setakat kajian
penulis, yang wujud hanyalah hadis-hadis yang seakan-akan sama dengan cara pembacaan di
atas tetapi ianya terpisah-pisah dan diambil sekerat sahaja. Mari kita lihat hadis-hadis tersebut:
Pertama:

Dari Ibn 'Umar, dia berkata: Sedang kami bersolat bersama


Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, salah seorang dari
kami mengucapkan:


.

Allah yang Maha Agung lagi Maha Besar
dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha suci
Allah pagi dan petang.

[4]

Bersabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam: Siapa


yang telah mengucapkan kalimat begini dan begini?
Salah seorang dari kami menjawab: Saya, wahai Rasulullah
shalallahu 'alaihi wasallam.
Baginda
berkata:
Ianya
(ucapan
tersebut)
telah
membangkitkan rasa ajaib kepada aku kerana pintu-pintu
syurga telah terbuka disebabkan oleh ucapan itu.
Ibn 'Umar berkata: Aku tidak pernah meninggalkan ucapan
tersebut semenjak mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi
wasallam berkata begitu.
[5]

Kedua:

Dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, dia berkata: Bila
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berdiri hendak
mengerjakan solat, diucapkannya takbir kemudian
dibacanya:


.





.












.
















.



Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta
seluruh langit dan bumi, dengan sepenuh penyerahan dan
bukanlah aku daripada golongan orang yang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah
untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagi-Nya. Demikianlah aku diperintah dan
aku tergolong dari golongan Islam.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu, aku
telah membuat aniaya terhadap diriku dan mengakui
kesalahanku, maka ampunilah dosaku kesemuanya, dan
tiadalah yang dapat mengampuni dosa-dosaku itu
melainkan Engkau.
Dan tunjukilah aku kepada akhlak terbaik, tak ada yang
akan menuntun kepada akhlak yang terbaik itu kecuali
Engkau; dan jauhkanlah aku dari akhlak yang jelek, tak ada
yang dapat menjauhkan aku dari akhlak yang jelek itu
melainkan engkau.
Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan aku patuhi perintahMu.
Dan kebaikan itu seluruhnya berada dalam Tangan-Mu
sedangkan kejahatan itu tak dapat dipergunakan untuk
menghampirkan diri kepada-Mu.
Aku milik-Mu, kepada-Mu-lah yang Maha Berkat lagi Maha
Tinggi, aku meminta ampun dan bertaubat.
[6]

Cara pembacaan yang lazimnya dibacakan di Malaysia adalah hasil penggabungan dan
pemotongan kedua-dua hadis di atas. Sekiranya menggabungkan kedua-dua hadis di atas
adalah baik untuk dibacakan sebagai doa iftitah dalam solat tentu Nabi shalallahu 'alaihi
wasallam akan

mengajar

kita

cara

yang

sedemikian

rupa

dan

tentu

juga

para

sahabat radhiallahuanhum serta para tabiut at-Tabiin yang paling awal sekali mengamalkan
cara pembacaan tersebut. Namun hakikatnya ia tidak sedemikian rupa. Oleh itu sepatutnya kita
berusaha untuk mengamalkan doa iftitah sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi shalallahu
'alaihi wasallam dengan tidak merubahnya dengan penambahan atau pengurangan kepada
bentuk pembacaan yang lain.

Ini selari dengan perintah baginda shalallahu 'alaihi

wasallam untuk mencontohi baginda sepenuhnya dalam tatacara bersolat sebagaimana


sabdanya: "Solatlah

kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku

bersolat. Tambahan lagi Allah 'Azza wa Jalla juga berfirman:


[7]

Demi sesungguhnya,
adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan)
Allah
dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan
mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang).
[8]

Oleh itu adakah wajar bagi kita untuk membelakangi cara yang ditunjukkan oleh
Rasulullahshalallahu

'alaihi

wasallam seorang

manusia

yang

telah

dijamin

oleh

Allah Subhanahu wa Ta'alasebagai contoh ikutan yang terbaik lantas memilih doa iftitah yang
hanya direka cipta oleh insan lain yang tidak terpelihara dari kesalahan (tidak maksum)? Firman
Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (shalallahu


'alaihi wasallam)
kepada kamu maka terimalah serta amalkan
dan apa yang ditegah daripada kamu, hendaklah kamu jauhi.

[9]

Selain dari dua cara pembacaan doa iftitah di atas, terdapat beberapa lagi bentuk
bacaan yang telah diajar oleh baginda shalallahu 'alaihi wasallam yang antaranya adalah
seperti berikut:

[10]

Pertama:

Berkata Abu Hurairah: Biasanya Rasulullah shalallahu


'alaihi wasallam diam sejenak antara takbir dan bacaan (alFatihah). Aku berkata: Dengan bapa dan ibuku, wahai
Rasulullah, diamnya engkau antara takbir dan bacaan,
apakah yang engkau ucapkan? Baginda bersabda: Aku
mengucapkan:









.

















.



.






Ya Allah, jauhkanlah antara aku dengan kesalahankesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur
dan barat.
Ya Allah, bersihkanlah diriku dari kesalahan-kesalahan
sebagaimana pakaian putih dibersihkan dari noda.
Ya Allah, cucilah kesalahan-kesalahanku dengan air, salji dan
air embun.
[11]

Kedua:

Dari Abdurrahman bin Auf katanya: Saya bertanya kepada


Aisyah doa apakah yang dibaca Nabi Allah shalallahu 'alaihi
wasallam sebagai pembukaan solat bila dia melakukannya
di waktu malam. Jawab beliau: Sebagai pembukaan bagi
solatnya di waktu malam Nabi membaca:






















.









Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan
pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui
semua yang ghaib dan nyata. Engkaulah yang akan
menghakimi para hamba-Mu mengenai apa sahaja yang
mereka perselisihkan. Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk
memilih kebenaran dari apa yang mereka perselisihkan.
Engkaulah yang memberi petunjuk kepada siapa yang
Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.
[12]

Ketiga:

Dari Ibnu Abbas, katanya: Bila Nabi shalallahu 'alaihi


wasallam melakukan solat tahajjud di waktu malam, dia
membaca:




































.


















.






Ya Allah, segala puji milik-Mu. Engkaulah Pemelihara
seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada
padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah Rajaseluruh langit
dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala
puji milik-Mu. Engkaulah Nur seluruh langit dan bumi serta
segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu.
Engkaulah Pemilik seluruh langit dan bumi serta segenap
makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu, Engkaulah
yang Maha Benar, janji-Mu benar, pertemuan dengan-Mu
benar, firman-Mu benar, syurga itu benar, neraka itu benar,

para nabi itu benar, dan Muhammad shalallahu 'alaihi


wasallam itu benar dan hari kiamat itu benar.
Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah diri, dengan-Mu
aku beriman dan kepada-Mu aku bertawakal. Hanya kepadaMu aku bertaubat. Hanya kepada-Mu aku mengadu, dan
kepada hukum-Mu aku berpedoman. Oleh kerana itu,
ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan yang akan datang,
yang aku lakukan secara sembunyi-sembunyi atau terangterangan. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang
terakhir.
Tiada
Tuhan
kecuali
Engkau (atau
selain
Engkau) dan tiada daya atau kekuatan kecuali hanya
dengan pertolongan-Mu.)
[13]

Terdapat beberapa lagi bentuk doa iftitah yang pernah diamalkan oleh Rasulullah
shalallahu'alaihi wasallam yang datang dari hadis-hadis baginda yang sahih. Dengan
[14]

kepelbagaian cara bacaan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam ini, maka tidak sepatutnya kita
mempunyai ruang untuk memilih cara pembacaan doa iftitah yang tidak diketahui siapa yang
mencipta kaedahnya atau daripada mana sumbernya. Malah al-Syafii rahimahullah juga tidak
membaca doa iftitah sebagaimana yang lazimnya dibacakan di Malaysia yang mengaku
mazhab rasminya adalah mazhab al-Syafii. Beliau dalam kitabnya al-Umm (Kitab Induk) telah
menggunakan doa iftitah yang diriwayatkan daripada Ali radhiallahuanh seperti yg telah saya
paparkan di atas. Telah berkata al-Syafiirahimahullah: Kalau ditambah sesuatu padanya atau
[15]

dikurangkan (pada bacaan doa iftitahtersebut pen), nescaya aku memandangnya


makruh. Sewajarnya bagi umat Islam di Malaysia yang mengaku bermazhab al-Syafii untuk
[16]

akur dengan pendapat pembela sunnah (al-Nashir al-Sunnah) ini. Maka marilah kita samasama mengamalkan pembacaan doa iftitah dalam solat kita sebagaimana yang benar-benar
diajar oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam selari dengan perintah baginda shalallahu
'alaihi

wasallam melalui

sabdanya:"Solatlah

kamu melihat aku bersolat.

[17]

kamu sekalian sebagaimana

[1]

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.

[2]

Sahih: Sebahagian daripada hadis yang panjang yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya

dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 856.
[3]

Ismail Kamus, Panduan Fardhu Ain (At Tafkir Enterprise, Kuala Lumpur, 1997), ms. 57-58.

[4]

Catitan Penyunting: Di sini hadis-hadis diringkaskan kecuali terhadap bacaan itu sendiri. Ini

supaya para pembaca dapat mengamalkan terus bacaan-bacaan tersebut.


[5]

Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya, hadis no. 601.

[6]

Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya, hadis no. 771.

[7]

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.

[8]

al-Ahzaab (33):21

[9]

al-Hasyr (59): 7

[10]

Catitan Penyunting: Di sini hadis-hadis diringkaskan kecuali terhadap bacaan itu sendiri. Ini

supaya para pembaca dapat mengamalkan terus bacaan-bacaan tersebut.


[11]

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 744.

[12]

Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 770.

[13]

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 1120.

[14]

Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah dalam kitabnya Sifat Shalat Nabi shalallahu 'alaihi

wasallam telah

menurunkan

duabelas

cara

bacaan

doa iftitah Nabi shalallahu

'alaihi

wasallam manakala Sayyid Sabiq rahimahullah dalam kitabnya Fikih Sunnah telah menurunkan tujuh
contoh bacaan doa iftitahNabi shalallahu 'alaihi wasallam.
[15]

Shahih Muslim, hadis no. 771.

[16]

al-Syafii, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 252.

[17]

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.

Anda mungkin juga menyukai