Anda di halaman 1dari 14

Niat Solat & Bacaan Dalam Solat (Panduan Rumi)

Oleh Muhamad Naim

Bagaimanakah niat dan bacaan dalam solat?

Artikel ini menghimpunkan niat dan bacaan dalam solat yang dipermudahkan dengan ejaan rumi
bagi membantu anda yang tidak mahir membaca tulisan arab.

Panduan ini ditulis untuk mereka yang baru belajar solat, kanak-kanak dan muallaf.

Apa yang menarik:

Bantuan audio juga disediakan supaya dapat membantu anda menyebut dengan betul.

Setiap bacaan disusun mengikut urutan dalam rukun solat.

Jika anda rasa panduan ini untuk anda, jom kita mulakan..

Isi Kandungan

• Nota Transliterasi

• Niat Solat Fardu Lima Waktu

• Niat Solat Subuh

• Niat Solat Zohor

• Niat Solat Asar

• Niat Solat Maghrib

• Niat Solat Isyak

• Bacaan Doa Iftitah

• Bacaan Dalam Solat Ketika Rukuk


• Bacaan Dalam Solat Ketika Iktidal (Bangun Dari Rukuk)

• Bacaan Dalam Solat Ketika Sujud

• Bacaan Dalam Solat Ketika Duduk Diantara Dua Sujud

• Bacaan Doa Qunut

• Bacaan Dalam Solat Ketika Tahiyat Awal

• Bacaan Tahiyat Akhir

• Panduan Khusus Solat Fardu

Nota Transliterasi

Dalam panduan ini, setiap bacaan akan dipermudahkan dengan ejaan rumi.

Tujuan penggunaan ejaan rumi adalah untuk membantu dan memudahkan para pembaca tidak
mahir membaca tulisan Arab.

Walau bagaimanapun, tulisan rumi tidak dapat mengeja sebutan tajwid dan makhraj Arab dengan
tepat.

Oleh itu, gunakan audio bacaan untuk mengatasi kelemahan ini.

Maklumat Tambahan

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila rujuk pada pautan berikut: Nota Tulisan Arab
Kepada Ejaan Rumi

Niat Solat Fardu Lima Waktu

Bahagian ini akan menyenaraikan niat solat-solat fardu dalam arab dan rumi.

Niat Solat Subuh

Lafaz niat solat fardu subuh adalah seperti berikut:

Niat Solat Subuh

Usolli fardos-Subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Ta’ala

Niat Dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Niat Solat Zohor

Niat Solat Zohor

Usolli Fardoz-Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala.

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala

Niat Solat Asar

Niat Solat Asar

Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala.

Niat Dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala

Niat Solat Maghrib

Niat Solat Maghrib

Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala


Niat Dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.

Niat Solat Isyak

Niat Solat Isyak

Usolli Fardol Isya’i Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala.

Niat dalam bahasa melayu:

Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Bacaan Doa Iftitah

Bacaan doa iftitah adalah seperti berikut:

Bacaan Doa Iftitah Rumi

Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal


musyrikiina.

Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.

Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksud Doa Iftitah

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku
kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku
dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku,
hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu
denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
Bacaan Dalam Solat Ketika Rukuk

Bacaan tasbih semasa rukuk adalah:

Bacaan dalam rukuk

Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji

Bacaan Dalam Solat Ketika Iktidal (Bangun Dari Rukuk)

Bacaan iktidal

Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Bacaan Dalam Solat Ketika Sujud

Bacaan sujud

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Bacaan Dalam Solat Ketika Duduk Diantara Dua Sujud

Bacaan dalam solat duduk diantara dua sujud adalah seperti berikut:

Bacaan antara dua sujud

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku
rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Bacaan Doa Qunut

Bacaan doa qunut untuk solat bersendirian adalah seperti berikut:


Doa Qunut dalam Rumi:

Allahhumma dinii fiiman hadait,

Wa’aa finii fiiman ‘aafait,

Watawallanii fiiman tawal-laiit,

Wabaariklii fiimaa a’thait,

Waqinii syarramaa qadhait,

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,

Wainnahu laayadzilu man walait,

Walaa ya’izzu man ‘aadait,

Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,

Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,

Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,

Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,

Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

Berikut adalah makna terjemaah doa qunut baris demi baris:

Allah humah dini fiman hadait.


Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Wa’a fini fiman ‘afait.


Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait.


Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Wabarikli fimaa a’tait.


Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Waqinii syarramaa qadhait.


Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.


Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

Wainnahu layadziluman walait.


Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Walaa ya’izzuman ‘adait.


Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata’alait.


Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Astaghfiruka wa’atubu ilaik.


Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.

Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan
keluarganya.

Nota

Panduan khas mengenai doa qunut subuh dan doa qunut nazilah boleh dibaca pada pautan ini
Bacaan Dalam Solat Ketika Tahiyat Awal

Bacaan dalam solat tahiyat awal adalah seperti berikut:

Bacaan Ketika Tahiyat Awal dalam Rumi:

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,

Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,

Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.

Asyhadu allaa ilaaha illallaah,

Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.

Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad

wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad

Makna Tahiyat Awal:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai
Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah
yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan Tahiyat Akhir

Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:

Bacaan Tahiyat Akhir

Bacaan Tahiyat Akhir dalam Rumi

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.

Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.

Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.


Asyahadu alla illaha illallah.

Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.

Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim.

Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.

Maksudnya:

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat
Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami
dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan
aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina
Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi
Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina
Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di
alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Perhatian

Panduan Khusus Solat Fardu

Jika anda memerlukan panduan khusus untuk setiap solat fardu, di bawah ini saya sediakan pautan
kepada panduan-panduan tersebut:

1. Panduan Solat Subuh

2. Panduan Solat Zohor

3. Panduan Solat Asar

4. Panduan Solat Maghrib

5. Panduan Solat Isyak

Penutup

Semoga panduan bacaan dalam solat ini dapat membantu memudahkan anda mengerjakan ibadah
solat.

Solat itu tiang agama.

Dan ibadah solatlah amalan pertama sekali yang akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Oleh itu, bersolatlah semoga mudah-mudahan kita semua beroleh Syurga.

Anda mungkin juga menyukai