Anda di halaman 1dari 12

Niat Solat Terawih Bersendirian

Lafaz niat solat sunat terawih secara bersendirian ialah:

 Usolli Sunnatat-Tarawih Rak’ataini Lillahi Taala 

Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.

Pemilihan Surah

Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih.
Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati.
Namun sebagai cadangan, surah-surah berikut biasanya dibacakan dalam Solat Tarawih:
Surah at-Takatsur (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
Surah Al-Asr (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
Surah Al-Humazah (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
Surah Al-Fiil (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)

Rakaat Pertama

1.Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.


2.Kemudian, bacalah doa Iftitah.
Selesai takbiratul ihram, letakkan tangan di atas perut.
Kemudian, bacalah doa Iftitah. Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah.
Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan. Tetapi jika dibaca, akan mendapat pahala.
Doa Iftitah

Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.


Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa
Minal Musyrikiina.
Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.
Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin

3.Seterusnya bacalah surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua
solat.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn.


Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim,
ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
4.Kemudian, baca surah at-Takatsur

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah daripada surah al-Quran.
Secara umumnya, tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini.
Anda bebas membaca mana-mana sahaja surah selepas al-Fatihah.
Antaranya surah yang dicadangkan pada rakaat pertama adalah al-A’la:

※  Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain al-At-Takatsur


5.Selesai membaca surah, teruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

6.Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir  intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

7.Baca surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-


dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim,
ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

8.Seterusnya membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula  Surah al-Ikhlas

Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan
ahad.

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi
tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak
diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain di atas

9.Solat diteruskan dengan rukuk dan sujud.

Lakukanlah rukuk dan sujud seperti biasa (seperti langkah #5)

10.Bangun dari sujud, terus lakukan tahiyyat akhir sehinggalah selesai rakaat kedua

11.Selesai tahiyat, solat diakhiri dengan memberi salam untuk dua rakaat pertama

Selesai memberi salam pada rakaat kedua, anda boleh:

 Terus bangun berdiri untuk lakukan rakaat yang seterusnya, atau

 Membaca selawat taradhi terlebih dahulu jika solat berjemaah, sebelum mengerjakan


rakaat seterusnya
12.Mengerjakan Rakaat Seterusnya

Untuk mengerjakan rakaat  3&4 ,  5&6 , dan  7&8 , tatacara mengerjakannya adalah sama seperti


langkah 1 — 11 di atas.

Perhatian

Selepas selesai 4 rakaat, disunatkan untuk membaca Doa Antara Tarawih sebelum melakukan


mengerjakan 4 rakaat terakhir.

Jika anda solat tarawih 20 rakaat, doa ini dibacakan setiap kali selesai 4 rakaat.

Doa tersebut adalah seperti di bawah 👇

Doa Antara Tarawih (Selepas 4 Rakaat)

Allahumma inna nas aluka ridho ka wal jannah wa na u’zubika min saKhoTika wannar.
Allahumma innaka affuwwu karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an waa lidinaa wa an jami’il
muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin.
Wasollollah ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wabaroka wasallam
Maksudnya:

Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat
keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya
Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu
bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan
keberkatan dan kedamaiannya.

Doa Selepas Solat Tarawih

Selepas selesai beri salam rakaat solat tarawih yang terakhir, bacalah doa ini.

Doa ini juga turut dikenali sebagai Doa Kamilin.

Bismillahirrahmanir rahim.

Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa ala Alihi
wasohbihi ajmain, Allahummaj ‘alna bil imani kamilin,  walifara idhika muaddin. Wa lissolati
haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil hudaa
mutamassikiin.

Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa
dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa
muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin.
Wafil jannati daakhiliin.

Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw
waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa
asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an
amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.

Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail maqbuuliin.
Wa alaa  taj ‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin. ilaahana Aafinaa wa’fu annaa
waghfir allaahumma lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali ikhwaaninaa wali
akhawaatinaa wali azwaajinaa wali ahliinaa wali ahli baitinaa

wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina
wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal amwaat.

Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati


wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.

Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim
lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,

Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi
robbil  Aalamin.
Maksudnya:

Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan
mencukupkan pertambahannya.

Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran
pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta
sahabat-sahabatNya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami
laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.
Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan
cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar
dengan bala bencana.

Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak
kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di
syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan
makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka
yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang
soleh.

Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang
berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana
ditolak amalan kami.

Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa
kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan,
dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik
kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan
mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin
dan muslimat.

Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang
terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-
musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.
Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami menghadapi ke atas orang kafir,
wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.

Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang
Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan
Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Solat Sunat Witir Selepas Tarawih

didirikan selepas selesai solat sunat tarawih.

Solat witir boleh dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, tetapi sekurang-kurangnya bagi had
yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).

Niat Solat Witir

1.Untuk bahagian solat sunat witir yang dua rakaat niatnya adalah:

 Usolli sunnatal witri rak’ataini lillahi taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala

2.Untuk bahagian solat witir yang satu rakaat lafaz niatnya ialah:

 Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala

Rakaat Pertama

1.Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat witir dalam hati.

Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.

Kemudian, bacalah doa Iftitah.

Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah. Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan. Tetapi jika
dibaca, akan mendapat pahala.
doa iftitah

Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.


Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa
Minal Musyrikiina.
Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.
Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin
3.Seterusnya bacalah surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua
solat.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn.


Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim,
ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

4.Kemudian,  baca surah al-A’la

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-A’la:


5.Selesai membaca surah, teruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

6.Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir  intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

7.Baca surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-


dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim,
ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

8.Seterusnya membaca al-Kafirun

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-Kafirun.

Qul yaa ayyuhal-kafirun. La a’budu maa ta’buduun. Wa la antum ‘Abiduna maa a’bud. Wa laa
ana ‘Aabidum maa ‘abattum. Wa laa antum ‘abiduuna maa a’bud. Lakum diinukum wa liya diin.

9.Solat diteruskan dengan rukuk dan sujud.


Lakukanlah rukuk dan sujud seperti biasa

10.Bangun dari sujud, terus lakukan tahiyyat akhir sehinggalah selesai rakaat kedua

11.Selesai tahiyat, solat diakhiri dengan memberi salam untuk dua rakaat pertama
Selesai memberi salam pada rakaat kedua, terus bangun berdiri untuk lakukan rakaat yang
seterusnya iaitu rakaat ketiga (terakhir).
Rakaat Ketiga (Rakaat Terakhir)

12.Sama seperti permulaan solat rakaat pertama, berdirilah tegak untuk takbiratul ihram
Semasa mengangkat takbir untuk rakaat ketiga, bacakan niat solat witir dalam hati.
Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala

13.Ulangi langkah seperti rakaat pertama iaitu membaca Doa Iftitah dan Surah al-Fatihah
Membaca Surah Selepas al-Fatihah

Untuk bahagian rakaat yang ketiga, selepas al-Fatihah pada kebiasaannya dibaca 3 surah ringkas.
Oleh itu, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan surah An-Nas.

Bacaan surah Al-Ikhlas:

Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan
ahad.
Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;  “Allah Yang menjadi
tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak
diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Bacaan surah Al-Falaq:

Qul A’uzu birabbil-falaq. Min syarri maa khalaq. Wa min syarri ghasiqin izaa waqab. Wa min
syarrin-naffasati fil-uqad. Wa min syarri haasidin izaa hasad.

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menguasai Subuh, Dari
bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan.  Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk.  Dan dari
kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-
ikatan).  Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

Bacaan surah An-Nas:

Qul a’uzu birabbin-nas. Malikin-nas. Ilahin-nas. Min syarril-waswasil-khannas. Allazii yuwaswisu fi


sudurin-nas. Minal jinnati wan-nas.

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian


manusia.  Yang Menguasai sekalian manusia.  Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian
manusia.  Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan
dan hasutannya ke dalam hati manusia,  (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan
manusia”.

15.Solat diteruskan dengan rukuk, sujud, Tahiyat Akhir dan Memberi Salam.

Bacaan Wirid & Doa Penutup

1.Selepas solat sunat witir dibaca tahlil pendek.

Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:

  Yaa Latiffu Ya Kafii Ya Hafizu Ya Syafii 

Maksudnya:

Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, Maha Menyembuhi.
2.Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali.

  Yaa Latiffu Ya Wafii Ya Karimmu Antallah 

Maksudnya:

Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Setia, Maha Mulia, Engkaulah Allah.

3.Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai:

  Laa ilah Ha illallah 

Maksudnya:

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.

4.Selesai zikir, maka bacalah  doa penutup.

Di bawah adalah teks bagi bacaan doa penutup:


  Allahumma Rabbana Taqabbal Minna Solatana Wasiyamana Waqiyamana Waruku Aana
Wasujudana Wata Khosyu Aana Wata Aabbu Dana Wata Dorru Aana Watammim Taksii Rana Ya
Allah, Birahmatika Ya Arhamarraa himin, ya rabbal aalamin. Wasollallahu ‘ala sayyidina
muhammadin wa ‘ala Aalihi Wasohbihi Wabarik Wasallam, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. 

Ya Tuhan, Tuhan kami, terimalah doa dan puasa kami, doa kami, doa kami, sujud kami, ibadah kami,
penghormatan kami, dan keletihan kami, dan kesulitan kami, dengan rahmatMu, kasihanilah kami
wahai Tuhan sekalian alam. Dan selawat dan salam Allah kepada ketua kami Nabi Muhammad,
keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan serta kedamaian, dan segala puji bagi Allah Tuhan
sekalian alam.

Anda mungkin juga menyukai