Anda di halaman 1dari 35

Bacaan Tahlil

Susunan bacaan tahlil ini adalah bersumberkan dari Kitab Majmu’ Syarif.

Saya juga menyertakan ejaan rumi dan terjemahan pada setiap bacaan.

Semoga susunan zikir, tahlil, dan doa tahlil berikut ini dapat bermanfaat bagi pembaca sekalian.

1. Mulakan dengan ayat pembuka Al-Fatihah.

 Ilaa Hadrotin-nabiyyi sollallaahu ‘alaihi wassallama wa alihi wasohbihi syai’un lillahi lahumul-
faatihah 

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Untuk yang terhormat Nabi
Muhammad SAW, segenap keluarga, dan para sahabatnya. Bacaan Al-Fatihah ini kami tujukan
kepada Allah dan pahalanya untuk mereka semua. Al-Fatihah…”

2. Seterusnya baca Al-Fatihah.


Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-
Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim,
Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang
Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang
lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

3. Seterusnya baca Surah Al-Ikhlas (3 kali).

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Katakanlah, ‘Dialah yang
maha esa. Allah adalah tuhan tempat bergantung oleh segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak
diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan-Nya.’” (3 kali).

4. Seterusnya Tahlil dan Takbir.

 Laa ilaha illallaahu wallahuakbar 

Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah maha besar.”

5. Seterusnya Surah Al-Falaq.

Qul A‘Ūżu Birabbil-Falaq. Min Syarri Mā Khalaq. Wa Min Syarri Gāsiqin Iżā Waqab. Wa Min Syarrin-
Naffāṡāti Fil-‘Uqad. Wa Min Syarri Ḥāsidin Iżā Ḥasad

Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Katakanlah, ‘Aku
berlindung kepada tuhan yang menguasai waktu subuh dari kejahatan makhluk-Nya. Dari kejahatan
malam apabila telah gelap gelita. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus
pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);. Dan dari kejahatan orang-orang yang dengki apabila ia
mendengki.’”

 6. Seterusnya mengucapkan Tahlil dan Takbir.


 Laa ilaha illallaahu wallahuakbar 

Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah maha besar.”

7. Seterusnya membaca Surah An-Nas.

Qul A‘Ūżu Birabbin-Nās. Malikin-Nās. Ilāhin-Nās. Min Syarril-Waswāsil-Khannās. Allażī Yuwaswisu Fī


Ṣudūrin-Nās. Minal Jinnati Wan-Nās

Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Katakanlah (wahai
Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.”Yang Menguasai
sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia Dari kejahatan pembisik
penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati
manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

8. Seterusnya mengucapkan Tahlil dan Takbir.


 Laa ilaha illallaahu wallahuakbar 

Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah maha besar.

9. Seterusnya membaca surah Al-Fatihah.

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-


Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim,
Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang
Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang
lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
10. Seterusnya membaca ayat awal surah Al-Baqarah.

Alif Lām Mīm. Żālikal-Kitābu Lā Raiba Fīh, Hudal Lil-Muttaqīn. Allażīna Yu’minūna Bil-Gaibi Wa
Yuqīmūnaṣ-Ṣalāta Wa Mimmā Razaqnāhum Yunfiqūn. Wallażīna Yu’minūna Bimā Unzila Ilaika Wa
Mā Unzila Min Qablik, Wa Bil-Ākhirati Hum Yūqinūn. Ulā’ika ‘Alā Hudam Mir Rabbihim Wa Ulā’ika
Humul-Mufliḥūn

Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alif lam mim. Demikian itu
kitab ini tidak ada keraguan padanya. Sebagai petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Yaitu mereka
yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang
kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada kitab Al-Qur’an yang telah
diturunkan kepadamu (Muhammad SAW) dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelumnya, serta
mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari
tuhannya. Merekalah orang orang yang beruntung.”

11. Seterusnya Al-Baqarah ayat 163.


 Wa ilaahukum ilaahuw waahid, laa ilaaha illaa huwar-rahmaanur-rahiim 

Dan Tuhan kalian adalah Tuhan yang maha esa. Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Dia yang
maha pengasih lagi maha penyayang.”

12. Seterusnya membaca Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255)

Allāhu Lā Ilāha Illā Huw, Al-Ḥayyul-Qayyūm, Lā Ta’khużuhū Sinatuw Wa Lā Naum, Lahū Mā Fis-
Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Man Żallażī Yasyfa‘U ‘Indahū Illā Bi’iżnih, Ya‘Lamu Mā Baina Aidīhim Wa
Mā Khalfahum, Wa Lā Yuḥīṭūna Bisyai’im Min ‘Ilmihī Illā Bimā Syā’, Wasi‘A Kursiyyuhus-Samāwāti
Wal-Arḍ, Wa Lā Ya’ūduhū Ḥifẓuhumā, Wa Huwal-‘Aliyyul-‘Aẓīm

Allah, tiada yang layak disembah kecuali Dia yang hidup kekal lagi berdiri sendiri. Tidak mengantuk
dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberikan syafa’at
di sisi-Nya kecuali dengan izin-Nya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan dan di belakang
mereka. Mereka tidak mengetahui sesuatu dari ilmu-Nya kecuali apa yang dikehendaki-Nya. Kursi
Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat menjaga keduanya. Dia maha tinggi lagi maha
agung.”
13. Seterusnya Al-Baqarah ayat 284-286.

Lillāhi Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Wa In Tubdū Mā Fī Anfusikum Au Tukhfūhu Yuḥāsibkum


Bihillāh, Fa Yagfiru Limay Yasyā’u Wa Yu‘Ażżibu May Yasyā’, Wallāhu ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr

Āmanar-Rasūlu Bimā Unzila Ilaihi Mir Rabbihī Wal-Mu’minūn, Kullun Āmana Billāhi Wa Malā’ikatihī
Wa Kutubihī Wa Rusulih, Lā Nufarriqu Baina Aḥadim Mir Rusulih, Wa Qālū Sami‘Nā Wa Aṭa‘Nā
Gufrānaka Rabbanā Wa Ilaikal-Maṣīr
Lā Yukallifullāhu Nafsan Illā Wus‘Ahā, Lahā Mā Kasabat Wa ‘Alaihā Maktasabat, Rabbanā Lā
Tu’ākhiżnā In Nasīnā Au Akhṭa’nā, Rabbanā Wa Lā Taḥmil ‘Alainā Iṣran Kamā Ḥamaltahū ‘Alallażīna
Min Qablinā, Rabbanā Wa Lā Tuḥammilnā Mā Lā Ṭāqata Lanā Bih, Wa‘Fu ‘Annā, Wagfir Lanā,
Warḥamnā, Anta Maulānā Fanṣurnā ‘Alal Qaumil-Kāfirīn

Maksudnya:

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan
apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung
dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya
dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan
(ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-
orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-
kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan
yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan)
keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan
yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa
dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau
kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya
memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat
kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan
terhadap kaum-kaum yang kafir”.

(Surah Al-Baqarah ayat 284-286).

14. Seterusnya baca surah Hud ayat 73

 Yaa Arhamar-RaaHimiiNar-hamna (ulang 3 kali) 

Wahai Tuhan yang maha kasih, kasihani kami,” (3 kali).

 Rahmatullaahi Wa Barakaatuhuu ‘Alaykum Ahlal-Bayt, innahuu HamiiDum-Majiid 

Dan rahmat Allah serta berkah-Nya (kami harapkan) melimpah di atas kamu sekalian wahai ahlul
bait. Sungguh Dia maha terpuji lagi maha pemurah,” (Surat Hud ayat 73).

15. Seterusnya baca surah Al-Ahzab ayat 33.

 InnaMaa YuriiDullahu Liyudz-hiba ‘Ankumur-Rijsa Ahlal-bayt Wa YuThahHiraKum That-Hiiraa 

Sungguh Allah berkehendak menghilangkan segala kotoran padamu, wahai ahlul bait, dan
menyucikanmu sebersih-bersihnya,” (Surat Al-Ahzab ayat 33).
16. Seterusnya baca surah Al-Ahzab ayat 56.

 Innallaaha Wa Malaa ‘ikatahuu YuShalluuNa ‘Alan-Nabiyy, Yaa AyyuHalLaziina AamaNuu Sollu


‘Alaihi Wa SalliMuu TasLiiMaa 

Sungguh Allah dan para malaikat-Nya bershalawat untuk nabi. Wahai orang-orang yang beriman,
bacalah shalawat untuknya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

17. Seterusnya selawat ke atas Nabi (3 kali).


 Allahumma Solli Afdhola Solatin ‘Alaa As ‘Adi MahLuuQotika HabiiBillah Sayyidina Muhammadin
Wa ‘Alaa Aalihi WasohBihi Wassalim, ‘AdaDa Ma’LuuMaTika WamiDaaDa KaliMaaTika KullaMaa
ZakaRaKaz-ZaakiRuuNa Wa GhoFala ‘AnDzikRikal-GhooFiLunn 

Ya Allah, berilah sebaik-baik rahmat kepada makhlukMu yang paling bahagia, yang menjadi Kekasih
Allah, penghulu dan pemimpin kami, iaitu Nabi Muhammad dan kepada kepada keluarganya
sebanyak bilangan barang yang Engkau ketahui, dan bilangan tinta untuk mencatat kalimahMu,
selama masih ada orang yang ingat dan orang yang lupa kepadaMu”

 Allahumma Solli Afdholas-Solatin ‘Alaa As ‘Adi MahLuuQotika SyamSid-Dhuha Sayyidina


Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi WasohBihi Wassalim, ‘AdaDa Ma’LuuMatiKa WamiDaaDa
KaliMaaTika KulLamaa ZakaraKaz-ZaaKiruuNa Wa GhoFala ‘AnZikRikal-GhooFiLunn 

Ya Allah, berilah sebaik-baik rahmat kepada makhlukMu yang paling bahagia, yang menjadi
penerang laksana matahari di waktu Duha, penghulu dan pemimpin kami, iaitu Nabi Muhammad
dan kepada kepada keluarganya sebanyak bilangan barang yang Engkau ketahui, dan bilangan tinta
untuk mencatat kalimahMu, selama masih ada orang yang ingat dan orang yang lupa kepadaMu”
 Allahumma Solli Afdhola Solatin ‘Alaa As ‘Adi MahLuuQotika Badrid-Dujaa Sayyidina
Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi WasohBihi Wassalim, AdaDa Ma’LuuMatika WamiDaaDa
KalimaaTika KullaMaa ZakaRaKaz-ZaaKiruuNa Wa GhoFala ‘AnZikRikal-GhooFiLunn 

Ya Allah, berilah sebaik-baik rahmat kepada makhlukMu yang paling bahagia, yang menjadi
penerang laksana bulan purnama di waktu gelap, penghulu dan pemimpin kami, iaitu Nabi
Muhammad dan kepada kepada keluarganya sebanyak bilangan barang yang Engkau ketahui, dan
bilangan tinta untuk mencatat kalimahMu, selama masih ada orang yang ingat dan orang yang lupa
kepadaMu”

18. Seterusnya salam ke atas Nabi

 WasalLim WaroDhiyallahhu Taala ‘An AsHaaBi Sayyidina RasuulilLahi Ajmaiin 

Semoga Allah yang maha suci dan tinggi meredhai para sahabat dari pemimpin kami (Rasulullah).”
19. Seterusnya surah Ali Imran ayat 173 dan Surat Al-Anfal ayat 40.

 Subhanallahu Wani’mal Wakil. Ni’mal MauLaa Wani’man-Nassiir 

Cukup Allah bagi kami. Dia sebaik-baik wakil. (Surat Ali Imran ayat 173). Dia sebaik-baik pemimpin
dan penolong,” (Surat Al-Anfal ayat 40).

20. Seterusnya Hauqalah.

 Walaa Haula WaLaa QuwwaTa ilLaa Billahil ‘Aliyyil ‘Adziim 

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang maha tinggi dan agung.”

21. Seterusnya baca Istighfar (3 kali).

 Astagfirullahal-Adziim 

Saya mohon ampun kepada Allah yang maha agung.” (3 kali). (Allah) yang tiada tuhan selain Dia yang
maha hidup, lagi terjaga. Aku bertobat kepada-Nya.”

22. Seterusnya baca ayat berikut.


 Afdoluz-Zikri Fa’Lam AnNahu Laa ilaHa illalLahh 

Sebaik-baik zikir–ketahuilah–adalah lafal ‘La ilāha illallāh’, (tiada tuhan selain Allah)

 23. Seterusnya Tahlil 33 atau 100 kali.

 Laa ilaHa illallaah 

Tiada tuhan selain Allah.” (100 kali).

 24. Seterusnya kalimah syahadah

 Laa ilaHa illaallahu Muhammadur-Rasulullah, Sollallahu ‘Alaihi Wassalam 

“Tiada tuhan selain Allah. Nabi Muhammad SAW utusan-Nya.”

 ‘AlayHa NahYaa Wa ‘AlaiHaa NaMuuTu Wa ‘AlayHaa Nub ‘A-tsu ‘insyaaAllahu Taala Minal
AamiNiin 

Dengan kalimat itu, kami hidup. Dengannya, kami wafat. Dengannya pula insya Allah kelak kami
dibangkitkan termasuk orang yang aman.”
 Al Fatihah! 

25. Di akhiri dengan al-Fatihah

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-


Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim,
Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang
Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang
lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Selepas selesai tahlil, maka dibacakan pula doa arwah seperti di bawah
Bacaan Doa Arwah

Dibawah ini adalah doa arwah yang boleh dibacakan setelah selesai tahlil.

Doa ini saya cerakinkan untuk menambah ejaan rumi kerana majoriti pembaca panduan ini
sukar/tidak mahir membaca tulisan arab.

Doa arwah yang pertama ini adalah khusus (diselitkan nama arwah secara khas).

Doa bermula dari sini sehingga doa penutup.

Mulakan doa dengan membaca Basmallah.

 Alhamdulillahi Rabbil-‘Alamin, Hamdan Yuwaafi Ni’mahu Wayukafi’u Mazidah, Ya Rabbana Lakal-


hamdu Kama Yanbaghi Lijalali Wajhika Wa ‘Azimi Sulthonik 
 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammadin Solatan Tunjiina Bihaa Min Jamii’il Ahwali Wal-Aafaat,
Wataqdhi-lana Biiha Jamii’al Haajat 

 Watut-thohirunaa Biha Min Jamii’is-Saiyyiat, Watarfa’unaa Biha Indaka A’lad-darojaat,


Watuballighunaa Biha Aqsol-ghoyaat, Min Jamii’il khoiraati fil-hayaati Wa ba’dal Mamati 

 Allahumma Taqobbal Wa Awsil Tsawaaba Ma Qora’-nahu Minal Quranil-‘Azim 

 Wamas-taghfar naahu Min Qauli Astagfirullahal ‘Azim 


 Wamaa Hallalnaahu Min Qauli Laa Ilaaha Illallah. Wamaa Sabbahnahu Min Qauli Subhaanallah 

 Wamaa Sollainaahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Sollallahu ‘Alaihi Wasallama Fii Hazal-Majlisi
Mubaraka Hadiyyatan Minna Waasilatan Warahmatan Minka Naazilatan Wabarakatan Syaamilatan
Nuhdiihaa Wanuqoddimuhaa Ilaa Hadrotin-nabiyyi Muhammadin Sollallahu ‘Alaihi Wassalam 
 Summa Ilaa Jamii’i Ihwaanihi Minal Anbiya’i Wal Mursalin Wa Aalihi Wa Ashabihi Wa Azwaajihi Wa
Zurriyaatihi Wa Ahli Baitihi Ajmain 

 Wattaa-bi’in Wataabi’it-taabi’iina Wal khulafaa’ir-roshidin Wal Aaimmatil Mujtahidina Wal Auliyaa’i


Wassyuhadaa’i Wassolihina Wal ‘Ulamaa il-‘Amilin Wajami Masyaayi-khinaa Wa Asaatizanaa 

 Summa Ilaa Jamii’i Ahli Qubuuri Minal Muslimina Wal Muslimati Wal Mu’minina Wal Mu’minaati
Min Masyaariqil Ardhi Wama-rgori-bihaa Barrihaa Wabajrihaa Aabaa inaa Wa Ummahaa-tiha Wa
Ajdaadinaa Wajaddatina Wanakhussu Khususon Manij-tama’naa Hahunaa Bisababihi Wali’ajlihi 
Bacakan nama arwah diruangan bergaris “……”

Untuk Arwah Lelaki

 Wa Khususan Ilaa Ruuhi Al-marhumi …….(nama arwah)…… Wa Usulihi Wa Furuu-‘ihi Waman
Yantasibu Ilaihi Ajmain 

Untuk Arwah Perempuan

 Wa Khususan Ilaa Ruuhi Al-marhumah …….(nama arwah)…… Wa Usuliha Wa Furuu-‘iha Waman
Yantasibu Ilaiha Ajmain 

Untuk Ramai Arwah

 Allahummag-firlahum Warhamhum Wa ‘Afihim Wa’fu Anhum (*Ulang 3 Kali) 


 Allahumaj-‘al Qobuurohum Raudhotan Min Riyadhil-Jinaani Walaa Taj-‘al Qubuurohum Hufrotan
Min Hufarin-niraani 

 Allahumma Bihaqqil Quranil ‘Azim Bijahi Kalamikal-Qodim, Aj’alillahumma Tsawaaba Zalika Ba’dal
Qubuuli Fidaa-an Lahum Minan-nar Wasitran Lahum Minan-nar 

 Aj’alillahummal-Quran Ya Allahu Fi Quburihim Mu’nisan Lahum Wafil Qiyaamati Syaafi’an ‘Aalan-


naar Sitran Wahijaaban Waj’alillahummal Jannata Ma’waahum 
 Allahumma Anzilil-Rahmata Wasy-syafaa Ata Walmaghfirati ‘Aala Jamii’i Ahli Qubuuri Minal
Muslimiina Wal Muslimaat Wal Mu’miniina Wal Mu’minaat, Arfa’ Lahumud-darrojaati Wadho’if
Lahumul Hasanaati Wakaffir ‘Anhumul Sayyiat 

 Wa Adkhil-Humul Jannah Ma’al Aabaa’i Wal Ummahaati 

 Rabbanag-firlanaa Wala Ikhwaaninal-Lazina Sabaquna Bil Imaani Rabbanaa Innaka Ra’ufur-rohim 


 Yaa Ayyatuhal-nafsul Mutma’innah, Irji’ie Ilaa Robbiki Rodhiyatan Mardhiyyah, Fad-khulii Fii Ibaadi,
Wad-Khulii Jannati 

 Rabbanaa Aatina Fiddunyaa Hasanatan Wafil Aakhirati Hasanatan Waqinaa Aazaaban-narr 

 Wasallallahu ‘Aala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Aala Aalihi Wasohbihi Wassalam, Subhana Robbika
Robbil ‘Izzati ‘Ammaa Ya Sifuun Wasalamun ‘Alal-Mursalin Wal Hamdulillahi Robbil ‘Aalamin 
 Al-Fatihah 

Seterusnya sambung dengan bacaan al-Fatihah dan doa penutup

Surah al-Fatihah

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-


Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim,
Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya
Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah
kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Bacaan Doa Penutup


 Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal ‘Aalamin, Rabbana Taqobbal Minna Du’a Anaa Innaka Antassami’ul
Alim, Watub Alainaa Ya Maulaanaa Innaka Antat-tawwaburrahim, Walaa TuAa Khidznaa Bil
‘Azhoo’ihi Wal Jaraa’ihi Ya Karimm, Wa Aakhiru Da’waana Anilhamdulillahi Robbil ‘Aalamin.
Taqobbalallu-minkum. (Minna Waminkum Taqobbal Yaa Karim) 

Maksud Doa

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, puji-pujian yang setimpal dengan nikmatNya, dan yang
melengkapi nikmat yang bertambah-tambah. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian, puji yang
selayaknya bagi keagunganMu. Yang Maha Mulia, kegagahan dan kebesaranMu.

Ya Allah, limpahkan selawat ke atas junjungan nabi kami Muhammad SAW dengan satu selawat yang
menyebabkan kami selamat dari semua ketakutan dan malapetaka yang menyebabkan Engkau
menunaikan semua hajat kami, yang menyebabkan Engkau mensucikan kami dari semua kejahatan
yang menyebabkan Engkau mengangkat kami ke darjat yang tinggi di sisiMu dan yang menyebabkan
Engkau menyampaikan semua cita-cita kami berupa kebaikan-kebaikan dunia dan akhirat.

Wahai Tuhanku, terimalah dan sampaikanlah pahala bacaan al-Quran yang agung yang telah kami
baca, bacaan istighfar kami dengan ungkapan ‘Aku Memohon Keampunan Keampunan Kepada Allah
Yang Maha Agung’, bacaan tahlil kami dengan ungkapan ‘Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan
Allah’, bacaan tasbih kami dengan ungkapan ‘Subhanallah’, dan bacaan selawat kami atas junjungan
kami Nabi Muhammad SAW di majlis yang penuh berkat ini sebagai hadiah daripada kami, rahmat
yang diturunkan dan keberkatan yang disampaikan kepada hadrat kekasih, junjungan dan penghulu
kami Nabi Muhammad SAW dan kepada semua saudaranya daripada golongan para Nabi dan Rasul,
ahli keluarga, para sahabat, para isteri, zuriat-zuriat dan semua ahli baitnya, para tabi’in, pengikut
tabi’in, Khulafa’ al-Rasyidin, para imam mujtahid di jalan Allah, para wali, para Syuhada’, orang-orang
Soleh, para ulama yang mengamalkan ilmunya, para masyaikh dan guru-guru kami kami.

Kemudian kepada para ahli kubur dan golongan orang-orang Islam lelaki dan perempuan, dari
golongan beriman lelaki dan perempuan, dan dari belahan sebelah timur dan barat, baik yang ada di
darat mahu pun yang berada di lautan, khususnya kepada bapa-bapa dan ibu-ibu kami, datuk-datuk
kami, nenek-nenek kami, dan kepada orang yang menyebabkan kami semua dapat berkumpul di sini
dan untuk keperluannya.

Dan khusus kepada al-marhum/al-marhumah ……………………………… dan usul serta cabangnya. Dan
semua orang yang berhubung kait dengannya.

Ya Allah, berilah keampunan serta rahmat kepada mereka, dan berilah maaf dari kesalahan mereka
(3X)

Ya Allah, jadikanlah kubur mereka salah satu dari taman-taman syurga, jangan jadikan kubur mereka
salah satu dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah, dengan kebenaran al-Quran yang mulia dan kebesaran ungkapanMu yang Qadim, jadikan
pahala tersebut selepas penerimaanMu sebagai tebusan untuk mereka dari api neraka dan
penghalang dari api neraka.

Jadikan al-Quran di kubur sebagai peneman, di hari kiamat sebagai sebagai syafaat, di dalam syurga
sebagai penghalang dan penghadang api neraka untuk mereka. Dan jadikan syurga sebagai tempat
tinggal mereka.

Wahai Tuhanku! Turunkan rahmat, berikan syafaat dan keampunan kepada para ahli kubur dari
golongan orang-orang Islam lelaki dan perempuan dan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan,
angkatlah darjat mereka, gandakan ganjaran mereka, hapuskan kesalahan dan dosa mereka,
gandakan kebaikan mereka dan masukkan mereka ke dalam syurga bersama-sama bapa dan ibunya.

Wahai Tuhan kami! Ampunkan dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami
dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap
orang-orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan
RahmatMU.

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan
baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat
yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu!) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-
hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!

Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan jauhkanlah kami dari
siksa api neraka.

Semoga rahmat Allah dan kesejahteraan selalu tercurah kepada junjungan kami iaitu Nabi
Muhammad, kepada keluarga dan sahabatnya.
Maha suci Tuhanmu yang mempunyai kemulian dari apa yang disifatkan (dituduhkan oleh orang
kafir), salam sejahtera semoga tercurah kepada para Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta
Alam.

Alfatihah!

Maksud Doa Penutup

Perkenankanlah permintaan kami ya Allah, wahai tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Ya Tuhan kami, terimalah doa kami, Sesunguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.

Terimalah taubat kami ya Allah, sesungguhnya engkaulah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.

Janganlah Engkau mengenakan kami dosa-dosa besar, wahai Tuhan yang Maha Mulia dan kami
akhiri doa ini dengan segala pujian bagi Mu Allah Tuhan semesta Alam.

Semoga Allah menerima doa kita semua.

Doa Tahlil Arwah (Umum)

Doa arwah yang umum adalah seperti berikut:


Surah al-Fatihah

Bacaan Doa Penutup


Maksud Doa

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Pujian yang memadai dan menyamai akan
pertambahan segala nikmatNya.

Wahai Tuhan kami, kepadaMu tertumpu segala pujian sebagaimana layak bagi kebesaran
pemerintahanMu. Ya Allah, kami pohonkan selawat dan salamMu ke atas penghulu kami Nabi
Muhammad sebagai selawat yang melepaskan diri kami dari bala bencana, Tunaikanlah ya Allah
segala hajat kami, dan selawat itu engkau bersihkan kami dari segala keburukan dan Engkau
angkatkan kami disisiMu setinggi darjat dan Engkau sampaikan ke hujung harapan dan cita-cita kami
dari segala kebaikan semasa kami hidup dan selepas mati.

Maha suci Engkau ya Allah, kami tidak dapat mengira pujian kami ke atasMu sebagaimana Engkau
puji ke atas diriMu, maka kepadaMu segala pujian sehingga Engkau redhai dan untukMu pujian
apabila Engkau redha dan untukMu pujian selepas Engkau redha. Ya Allah pohon selawat dan salam
ke atas Nabi Muhammad di permulaan dan pohon selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad di
hari penghabisan dan pohon selawat ke atas Nabi Muhammad setinggi-tingginya sehingga hari
kiamat dan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad sehingga diwarisi bumi dan Engkau adalah
sebaik-baik pewaris.
Ya Allah jadikanlah, sampaikanlah dan terimalah pahala bacaan yang kami baca daripada kitab Al-
Quran yang agong, dan pahala bacaan yang kami tahlilkan dari “La ilaha illallah” dan pahala bacaan
istighfarnya dan pahala bacaan zikir dari sebutan “Ya Allah” dan pahala selawat dan salam kami ke
atas Nabi Muhammad pada saat yang berkat ini sebagai hadiah dari kami sebagai penghubung dan ia
sebagai rahmat dariMu yang turun membawa berkat yang meliputi, juga sebagai sedekah yang
diterima, dikemukakan dan dihadiahkan kehadrat penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W. kemudian
kepada roh-roh para isterinya, keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan tabiin, tabi’ tabiin bagi
mereka kebaikan hingga hari kiamat.

Ya Allah, jadikan selawat itu pemisah, penyelamat, pendinding dan penebus mereka dari api neraka.
Ya Allah, ampunilah, kasihanilah, sihatkanlah dan maafkanlah mereka. Kemudian berikanlah pahala
sedemikian juga kepada roh-roh ibubapa kami dan guru-guru kami dan berikanlah juga pahala
kepada ibubapa kami dan guru-guru kami dan berikanlah juga pahala kepada ibubapa dan guru-guru
kepada ibubapa kami seterusnya sekelian orang Islam dari timur ke barat.

Ya Allah, jadikanlah kami dan rakan-rakan kami dan rakan ibubapa kami juga dengan sekelian yang
hadir dan ibubapa mereka semuany berada dalam rahmat dan kasih sayang. Masukkan kami dan
mereka ke dalam syurgaMu yang saujana luas, Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang,
penganugerahan yang mengindahkan langit dan bumi. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran
dan kemuliaan.

Ya Allah, pohon pindahkan dari mereka kesempitan lubang kubur dan lahad kepada syurga abadiMu,
kepada naungan yang terbentang luas dan air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak yang
tidak terhenti buahnya dan tidak terlarang mengambilnya dan tilam-tilam yang tebal lagi empuk
bersama orang-orang yang mendapat nikmat yang terdiri dari para-para Nabi, siddiq, syahid, orang-
orang Solih dan Orang-orang yang mendampingi mereka dengan baik, Wahai Tuhan Yang Amat Kasih
Sayang.

Dan Allah telah beri rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga
dan sahabatnya. Dan segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.

Al-Fatihah

Hukum Tahlil

Anda mungkin juga menyukai