Anda di halaman 1dari 16

Sebagai hamba Allah kita sepatutnya merasa terhutang budi &

berterima kasih kepada Allah S.W.T. diatas segala nikmatyang telah


dilimpahkan – Nya kepada kita,adalah tidak wajar @ kurang beradab
sekiranya kita terus bangun selepas menunaikan solat.

Adalah lebih baik, dan hukumnya adalah sunat, kalau


meluangkan sedikit masa untuk menbaca wirid selepas solat &
selepas itu berdoa kepada Allah S.W.T. dengan apa juga doa yang
baik.

Wirid – wirid ini mengandungi ucapan istighfar, meminta


ampun, memuji Allah, mengingatkan tentang kebesaran dan
kehebatan Allah dan seumpamanya. Selain mendapat pahala
membaca wirid ini, menghayati maknanya akan menimbulkan rasa
insaf akan kelemahan dan kedhaifan diri serta rasa hebat akan Allah
S.W.T. Rasa seperti ini akan dapat membantu kita mengemukakan
doa yang lebih dihayati dan In Sya Allah, yang akan dimakbulkan
Allah S.W.T.
Wirid yang sering dibaca selepas solat adalah seperti berikut :

1. Setelah memberi salam solat, ucapkan kalimah istighfar


sebanyak 3 kali@ lebih.

“Astaghfirullaahal adziim, allazii laa ilaaha illaa huwal


hayyul qayyuuum, wa – atuubu ilaih”

2. Setelah itu, sebelum merubah kedudukan iftirasy kepada duduk


biasa. Bacalah kalimah ini sebanyak 3 @ 10 kali
“Laa ilaaha illaallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul
mulku walahulhambu yuhyii wayumiitu wahuwa ‘alaa kulli
syai – in qadiir”

3. Bagi imam berpusing ke kanan sedikit & kiblat di sebelah kiri.


Makmum tetap dalam keadaan asal.

Ya Allah, ya Tuhan kami, jauhkanlah kami dari azab neraka

“ Allaahumma ajirnaa minan naar” ( 7x )

4. Kemudian terus membaca :


Ya Allah, Engkau Sejahtera, daripada Engkau datangnya
sejahtera kepada Engkau kembalinya sejahtera itu, Oleh yang
demikian, hidupkan kami Ya Allah dengan selamat sejahtera
dan masukkan kami ke dalam syurga, negara yang aman
sejahtera. Bertambah tambah berkat –Mu Ya Allah, Tuhan kami
dan Maha Tinggi ya Allah,Tuhan yang memiliki segala
kebesaran dan kemuliaan.

“ Allaahumma antas salaam, waminkas salaam, wa ilaika


ya – ‘uudus salaam, fahayyinaa rabbanaa bissalaam,
wadkhilnal wata- ‘aalaita yaazal jalaali walikraam”

5. Bacalah al – Fatihah :
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji – pujian bagi Allah sekelian alam. yang berkuasa pada
hari pembalasan. Engkaulah sahaja Tuhan yang kami sembah dan
haya kepada Engkkau kami meminta pertolongan. Tunjukkanlah
kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang – orang terdahulu yang
Engkau telah berikan nikmat. Bukan jalan orang – orang yang
Engkau murkai dan bukan pula jalan orang – orang yang sesat.

“Bismillaahirrahmaanir rahiim. Alhamdulillaahi rabbil


‘aalamiin. Ar – rahmaanir rahiim. Maalikiyau mid – diin. Iy –
yaaka na’budu wa – iyyaa kanas ta – ‘iin. Ihdinas siraatal
mustaqiim. Siraatal lazii na – an ‘am ta – ‘alaihim
ghairilmagh dhuubi ‘alaihim waladh dhal – liin.

6. Seterusnya:

Dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, tiada Tuhan
(yang Berhak disembah)
Selain dari Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

“Wa – ilaahukum ilaahuw waahidul laailaahai illaa huwar


raahmaanur rahiim”
7. Disambung dengan ayat Kursi :

Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang


Tetap Hidup,Yang Kekal selama – lamanya mentadbirkan
(sekelian makluk – Nya). Yang Tidak Mengantuk dan tidak tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat ( pertolongan) di
sisi- Nya melainkan dengan izin- Nya. Yang mengetahui apa
yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang
mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa yang ada
sesuatu pun dari ( kandungan ) ilmu Allah melainkan apa yang
Allah kehendaki ( memberitahu kepadanya ) . Luasnya
kursi Allah ( ilmu –Nya dan Kekuasaan – Nya) meliputi langit
dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah
menjaga serta memelihara keduanya ( langit dan bumi ) dan
Dialah Yang Maha Tinggi ( darjat kemulian –Nya), lagi
Maha besar ( kekuasaan- Nya ).
“Allaahu laaa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum,
laata’khuzuhu sinatuw wa’aa naum, lahuu maa dis
samaawaati wamaa filardh, man zal lazii yasy fa- ‘u
‘undahuu illaa bi – iznih, ya’lamu maa baina aidiihim
wamaa khalfahum,walaa yukhiituuna bisyai – im min
‘ilmihi illaa bimaa syaa’, wasi – ‘a kursiy – yuhus
samaawaati walardh,walaa ya uduhuu hifzhuhu wahuwal
‘aliyyul adziim”

8. Baca ayat ke 18, surah al Imran :

Allah menerangkan ( kepada sekelian makluk – Nya dengan


dalil – dalil dan bukti ), bahawasanya tiada Tuhan ( yang
berhak disembah ) melainkan Dia, yang sentiasa mentadbirkan
( seluruh alam ) dengan keadilan, dan malaikat – malaikat serta
orang – orang yang berilmu ( mengakui dan menegaaskan juga
yang kemudian ) ; tiada Tuhan ( yang berhak disembah )
melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
“Syahidallahhhu annahu laa ilaaha illaa huwa walmalaa –
ikatu wa – uulul ‘ilmi qaa – imam bilqist, laa ilaaha illaa
huwal ‘aziizul hakim”

9. Ayat ke 26 & 27 surah al Imran:

Engkaulah ( wahai Tuhan ) yang memasukkan waktu malam ke


waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke
waktu malam. Engkaulah juga yang menggeluarkan sesuatu
yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang
mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup.
Engkau jugalah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang
Engkau kehendaki,dengan tiada hitungan hisabnya.

“ Tuulijul Laila fin nahaari watuulijun nahaara fil


lail,watukhrijul minal maiti watukhrijul maiti minal
hay, watarzuqu man tasyaa – u bighairi hisaab”
10. Selepas itu, dibaca kalimah ini :

Ya Allah ya Tuhanku, Aku mentasbihkan Engkau dengan


mengucapkan kalimah…..

“ Illahi yaarabbi”

11. Tasbih 33 kali :

Maha Suci Engkau

“Subhaanallaah”

12. Baca :

Maha Suci Allah dari segala sifat kekurangan, Tuhan Yang maha
Tinggi dan Maha Besar kerana itu aku mengucapkan kalimah
tauhid…

“Subhaanallaahi wabihamdihi daa – iman


qaa- iman abada”
13. Mengucap tasbih 33 kali:

Segala puji bagi Allah

“ Alhamdulillaah”

14. Baca :

Segala puji bagi Allah pemerlihara sekelian alam atas setiap


keadaan dan pada setiap keadaan, dan kenikmatan saya
mentadbirkan Engkau pula dengan mengucapkan….

“ Alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin ‘alaa


kulli haaliu wani’mah “
15. Tasbih 33 kali :

Allah Maha Besar

“ Allaahu akbar “

16. Baca :

Allah Maha Besar, segala pujian tertentu bagi Allah sebanyak –


banyaknya. Maha Suci Allah dari pagi hingga petang. Tiada Tuhan (
yang disembah dengan sebenar – benarnya ) melainkan Allah Yang
Maha Esa. Yang tiada sekutu bagi – Nya. Dialah yang empunya
pemerintahan dan yang empunya segala pujian. Dia yang
menghidupkan dan mematikan dan berkuasa di atas sesuatu. Tiada
daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang
Maha Tinggi dan Maha Agung

“ Allaahu akbar kabiiraw walhamdulillaahi kathiira, wasubhaa


nallaahi bukhrataw wa – asiilaa. Laa – ilaaha illallaahu wahdahu
laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu yuhyii wayumiitu
wahuwa ‘alaa kulli syai – in qadiir, walaa haula walaa quwwata
illaa billaahil ‘aliyyil ‘adziim “.

Anda mungkin juga menyukai