Anda di halaman 1dari 17

UNTUK

Ayong & Firdaus, Atie & Akmal, Adibah &


Fadli, Iffah & Yusoff, dan Lia
Emak dan Abah
With love

WIRID SELEPAS
SOLAT
Sebagai amalan
1
Zikir Lepas Solat Fardhu
(terutama selepas solat Maghrib dan Subuh)
Mulakan wirid dengan istighfar
Untuk mendapat ganjaran yang lebih, marilah kita amalkan setiap kali selesai menunaikan solat fardhu dengan
ucapan istigfar di bawah sebanyak tiga (3) kali:

Maksudnya: Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan
Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

2. Seterusnya wirid disambung dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 10 kali:

Maksudnya: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya.
BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang
Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

Nota: Siapa yang membaca, “Tiada tuhan yang patut disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala
kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala
sesuatu” sebanyak 10 kali selepas Maghrib, pasti Allah akan mengirimkan sepasukan malaikat bersenjata yang menjaganya daripada
syaitan sehingga pagi hari, Allah akan memberikan 10 pahala yang menghantarnya ke syurga, menghapuskan 10 dosa yang
mencelakakannya, dan bacaan itu sama nilainya dengan memerdekakan 10 orang hamba mukmin

2
3. Ssambung lagi dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 7 kali:

Maksudnya: Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka.

Nota: Sesungguhnya apabila engkau mengucapkannya 7x kemudian engkau mati malam itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka.
Dan ucapkan juga selepas solat subuh. Sesungguhnya jika engkau mengucapkan kemudian engkau mati pada hari itu, engkau pasti
dilindungi daripada neraka (Riwayat Abu Daud)

Untuk zikir lepas solat Zohor, Asar dan Isyak, boleh terus ke Langkah ke 18.

4. Seterusnya wirid disambung dengan ucapan:

Maksudnya: Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali


keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara
keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

3
5. Seterusnya wirid disambung dengan bacaan Al-Fatihah

Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi
Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang
Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan
kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-
orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

6. Seterusnya disambung wirid dengan bacaan Al-Baqarah ayat 163:

Maksudnya: Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari
Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4
7. Seterusnya wirid disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 255:

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-
lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala
yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya
melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang
mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah
kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan
bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang
Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

5
8. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 285:

Maksudnya: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-
orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan
Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”.
Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan
kepadaMu jualah tempat kembali”.

6
9. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 286:

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala
kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa
dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami
tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana
yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan
kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”

7
10. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 18:

Maksudnya: Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan
keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang
demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

11. Seterusnya wirid disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 19:

Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.

12. Seterusnya wirid disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 26:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!
Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang

8
mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa
yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan
Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

13. Seterusnya wirid disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 27:

Maksudnya: “Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan
Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu
yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang
hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan
hisabnya”.

14. Selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi

9
tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak
diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

15. Disambung dengan bacaan surah Al-Falaq:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan
sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia
masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan
ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.

16. Disambung lagi dengan surah An-Nas:

10
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan
pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati
manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”

17. Baca Al-Fatihah sekali lagi:

11
Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi
Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang
Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan
kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-
orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

18. Kemudian mulakan tasbih dengan ucapan:

Maksudnya: Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah

19. Mulakan tasbih dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:

Maksudnya: Maha Suci Allah

20. Apabila genap bilangan tasbih, sambung wirid dengan bacaan berikut:

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya

21. Mulakan tahmid dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:

Maksudnya: Segala puji bagi Allah

22. Apabila genap bilangan tahmid, sambung wirid dengan bacaan berikut:

Maksudnya: Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas
setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat.

12
23. Mulakan takbir dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:

Maksudnya: Allah Maha Besar

24. Apabila genap bilangan takbir, sambung wirid dengan bacaan berikut:

Maksudnya: Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya
segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu
dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan
Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah.

13
Kemudian bacalah doa. (boleh pilih mana-mana doa di https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-
solat/#zikir atau lain-lain doa yang disarankan))

14
Maksudnya: Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan
sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats
keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami.
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami,
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi
Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami,
solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-
dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami
dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami,
kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah
mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan
sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para
rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

15
Dalam kitab Ibnu Sunni, Ummu Salamah r.a berkata, selepas Rasulullah SAW solat Maghrib, Baginda masuk ke
rumah kemudian solat dua rakaat dan membaca:

Maksudnya: Wahai Zat yang membalik-balikkan hati dan penglihatan, tetapkanlah hati-hati kami di atas
agamaMu

Zikir Hari Jumaat Zikir Hari Sabtu Zikir Hari Ahad

Laa ilaha illallah Yaa Hayyu yaa qoyyum


Ya Allah
(tiada tuhan melainkan Allah) (Wahai yang sentiasa hidup dan sentiasa
(Wahai Allah)
kekal)

Zikir Hari Isnin Zikir Hari Selasa Zikir Hari Rabu

Astaghfirullahal’azim

(Aku memohon keampunan kepada


Laa haula walaa quwwata illaa billa hil Allahumma solli ‘ala sayyidina
muhammadin nabiyyil ummiyyi wa’ala Allah)
aliyyil ‘azim
alihi wasohbihi wasallim
Fadhilatnya:
(Tiada daya dan upaya kecuali dengan
kurniaan Allah yang maha besar) (Allah berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad nabimu yang Ummi, dan ke Setiap kali sebutan akan menghapuskan
atas keluarga serta sahabat-sahabatnya satu titik hitam di dalam hati anda.
dan ucapkan salam kepada mereka)

Zikir Hari Khamis

Subhanallahil azimi wabihamdih

(Segala puji bagi Allah yang maha


besar dan segala puji bagi-Nya)

16

Anda mungkin juga menyukai