Anda di halaman 1dari 5

Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan pada

hamba-Nya sehari lagi mengecapi alam ini walaupun dalam hari-hari berlalu kita banyak melakukan
dosa.
.

.
Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik
anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit
matahari.
.
Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya ia tidak
menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan
sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
.
Dari Abdullah bin Umar r.a.,katanya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:Waktu
Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila matahari terbit,
berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk syaitan. (Hadis Riwayat, Muslim
r.a.)
.
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit 27 minit
setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Oleh itu wajarlah seseorang itu berikhtikaf
sebentar selepas solat jemaah Subuh dengan berzikir dan membaca al-Quran sementara menunggu
tibanya waktu Isyraq agar tidak terlepas memperolehi fadhilat besarnya.
.
.

Keutamaan Solat Isyraq


.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa
sallambersabda:

Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga
naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah
baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna,
sempurna. (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)
.
Betapa besarnya keutamaan duduk/menetap di tempat solat sesudah Solat Fardhu Subuh berjemaah
untuk berzikir kepada Allah SWT sehingga matahari terbit, kemudian itu melakukan solat dua rakaat,
sebagaimana ditunjukkan pada hadis agung di atas yang terdapat dalam kitab Tuhfatul
ahwadzi dan at-Targhib wat tarhib.
.

Keterangan Hadis
Keterangan lanjut tentang hadis di atas:
.

Dalam kitab Bughyatul Mutathawwi mencatatkan solat dua rakaat ini sebagai Solat Isyraq
(terbitnya matahari) oleh Ibnu Abbas yang waktunya di awal waktu (sebelum) solat dhuha.
.

Dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi sampai matahari terbit. diistilah sebagai sehingga
matahari terbit dan agak naik setinggi satu tombak. Manakala Syaikh Muhammad bin Shaleh alUtsaimin dalam asy-Syarhul mumti menyatakan masanya sekitar 12-15 minit selepas
matahari terbit kerana Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam melarang melakukan solat
ketika matahari terbit, terbenam dan ketika tegak di tengah-tengah langit. (HR Muslim)
.

Keutamaan dalam hadis ini lebih dikuatkan dengan perbuatan Nabi shallallahu alaihi wa
sallam sendiri, dari Jabir bin Samurah radhiyallahu anhu: Bahawa Rasulullah shallallahu
alaihi wa sallam jika selesai melakukan solat subuh, beliau duduk (berzikir) di tempat beliau
solat sampai matahari terbit dan meninggi. (HR Muslim dan at-Tirmidzi)
.

Keutamaan dalam hadis ini adalah bagi orang yang berzikir kepada Allah SWT di masjid
tempat dia bersolat sampai matahari terbit dan tidak bercakap atau melakukan hal-hal yang
tidak termasuk zikir kecuali kalau wuduknya batal, maka dia boleh keluar masjid untuk
berwuduk dan akan kembali ke masjid.
.

Maksud berzikir kepada Allah dalam hadis ini adalah umum, termasuk membaca alQuran, membaca zikir di waktu pagi, mahupun zikir-zikir lain yang disyariatkan.
.

Dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi, pengulangan kata sempurna dalam hadis ini adalah
sebagai penguat dan penegas, dan bukan bererti mendapat tiga kali pahala haji dan umrah.
.

Makna mendapatkan (pahala) seperti pahala haji dan umrah adalah hanya
dalam pahala dan balasan, dan bukan bererti orang yang telah melakukannya tidak wajib lagi
untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah jika dia mampu.
.
.
.
Cara Melakukan Solat Isyraq
.
1. Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:

.
2.

Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
.

3.

Lafaz niatnya:-

Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala.


.
4.

Bacaan surah selepas Al-Fatihah:


Rakaat pertama, bacalah Al-Ala.
Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.
Atau;
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.
.

5.

Selepas salam bacalah doa ini;

.
.
6.

Atau boleh dibaca doa ini;

Anda mungkin juga menyukai