Anda di halaman 1dari 3

AMALAN HARIAN

Amalan harian ini diperturunkan daripada guru-guru saya. Amalan ini perlu
dilakukan semata-mata kerana Allah. Saudara-saudara yang melakukan amalan
harian ini secara berterusan dan ikhlas akan mendapat bahagian kebaikan di
dunia dan di akhirat mengikut Anugerah Allah kepada masing-masing. InsyaAllah
1.

Bismillah hirohmanirohim

1000 < 2500 kali

2.

Alfatihah

100 x

3.

Selawat ke Atas Nabi

40 < 100 x

4.

Istighfar (Astaghfirullah ha innAllah ha


ghafurrurrahim)

40 < 100 x

5.

Tasbih (SubhanAllah, walhamdulillah, wallaila ha


illAllah Wallhuakbar)

40 < 200 x

6.

Lakhaula wala khuwata illa billa hil aliyil azim

100 x

7.

Laqad ja akumsampai .,..azim (dalam Surah atTaubah)

40 < 100 x

8.

Waman yat taqilla..sampai qadra.(dalam Surah 40 < 100 x


an-Nisa ayat 2-3)

Solat:
1.

Solat Hajat

2 < 8 rakaat

2.

Dhuha

2 < 4 rakaat

3.

Rawatib

Semua 12 rakaat

4.

Tahajjud

2 < 8 rakaat

5.

Tasbih

4 rakaat (2 salam)

6.

Witir

1 < 3 rakaat

Banyakkan beristighfar
Amalan beristighfar iaitu menyesali kesalahan yang lalu dan meminta ampun
kepada Allah adalah sangat sangat digalakkan. Istighfar adalah rintihan dan
pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh
kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan
kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan


segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki
dari arah yang tidak disangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai, Ibnu
Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
Amalan Solat Dhuha
Firman Allah dalam hadis qudsi:
Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat
pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan
keperluanmu pada petang harinya. (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
Amalan Solat Tahajud
SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan
bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang
di tengah malam. Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk
yang mengaku bertuhankan Allah. Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud
adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.
Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit
sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat,
tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t
bermaksud:Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur
untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang
terpuji. (Surah Al-Israk: Ayat 79) Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa
pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah
kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya.
Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang
jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia
menjadi suatu kenikmatan pula.
Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika
meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah iaitu sepertiga malam,
pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat
akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram
api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang
bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan
isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah
sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan
sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan,
dipercikkan air ke wajahnya. (Hadis Riwayat: Abu Daud)Sesungguhnya untuk
mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah
mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan
meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh
itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.Bagi manusia

yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk
bangun melakukan Tahajud di tengah malam.
Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam
dengan berkata maksudnya: Sesiapa mengerjakan sembahyang malam
(Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima
di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah


a. Jauh daripada segala penyakit
b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
Sementara empat perkara di akhirat ialah:
a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
p/s : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Anda mungkin juga menyukai