Anda di halaman 1dari 6

Amalan Harian Nabi Muhammad saw Dan

Kelebihan Berselawat
Nabi Muhammad saw adalah insan terpuji yang menjadi contoh kepada setiap manusia tidak kira mereka yang beragama
islam ataupun tidak. Bahkan mereka yang bukan beragama islam telah membuat kajian untuk mencari kelemahan dan
kekurangan baginda, namun tidak ditemui sebarang kekurangan. Sungguh kita semua bertuah dijadikan sebagai umat akhir
zaman,walaupun kita semua berasal dari rumpun bangsa yang berbeza (hatta juga agama) kita mengenali Nabi Muhammad
saw lantaran adanya internet sebgai perantaraan. Alangkah baiknya kita menjadikan setiap satu amalan harian Nabi saw
sebagai contoh ikutan untuk kita setiap hari. Jangan dilupakan juga buat muslimin maslimat agar sentiasa berselawat
kepada Nabi Muhammad saw kerana ia merupakan hadiah yang khusus untuk setiap orang islam untuk Nabi Muhammad
saw. Salam dan selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad saw. Berikut adalah antara amalan harian yang kita wajar
jadikan contoh dan teladan dalam melalui kehidupan harian. InsyaAllah.

Assalamualaikum

1.

Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH
berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan Tirmizi.
Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2.

Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap


hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha
mencari keredhaanNya.

3.

Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan


daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4.

Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami


akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan
fikiran.

5.

ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan


berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan
solat fardu.

6.

Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan


mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan
yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7.

Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH


akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu
berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8.

Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat Jumaat) kemudian pakai


pakaian terbaik & wangian lalu solat Jumaat, dosanya akan diampun
hingga Jumaat berikutnya Ahmad.

9.

Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin


ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10.

Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk,


beliau membasahi janggutnya Tirmizi.

11.

Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, beliau makan
dan sebaliknya beliau tinggalkan Bukhari. Apatah lagi jika makanan
itu pemberian orang lain.

12.

Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu
jari telunjuk & tengah) Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4
atau 5 jari kecuali ada keperluan.

13.

Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada


malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH
seperti yang dihadapi oleh para nabi.

14.

Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air
dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan
sembuh.

15.

Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak


fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH
catatkan 10 kebaikan baginya Abu Dawud.

16.

Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas


solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam
menghadapi apa jua masalah.

17.

Nabi S.A.W sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah


supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir
dan doa seketika bersama makmum.

18.

Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan


beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat
fardu.

19.

Nabi tak makan sambil bersandar Bukhari. Ertinya, baginda makan


dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu
kenyang & memudahkan penghadaman.

20.

Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat
subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp
sebarang bencana.

21.

Nabi sering beristinsyaq air ke dalam hidung dan menghembuskannya.


Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang
berkaitan dengan hidung.

22.

Setelah bersolat Nabi memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali


Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75
kali sehari.

23.

Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH
akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya
fitnah.

24.

Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan Bukhari.


Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di
kiri badan) mengepam darah.

25.

Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan


kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNYA.

26.

Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan AnNaas lalu meniup telapak tangan serta menyapu ke seluruh
tubuh)mohon perlindunganNYA)- Bukhari.

27.

Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat
kemurkaan ALLAH.

28.

Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi
menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa
perlu mandi wajib jika ingin tidur.

29.

Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan


terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang
melalaikan.

30.

Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi


berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang
terdedah aurat) Bukhari.

31.

Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh


Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)
daripada baginda S.A.W.

32.

Adakalanya Nabi S.A.W amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah)


Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan
sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.

33.

Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi S.A.W


dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali
sehari.

34.

Setelah bersolat Nabi S.A.W mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga


kali Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar
75 kali sehari.

35.

Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih


waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak
bosan (atau tersinggung) Bukhari.

36.

Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap


selepas solat Asar pada hari Jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan
dosa-dosa kecil seseorang.

37.

Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi
bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya di mulut (kerana
dibimbangi terpercik) Abu Dawud.

38.

Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah


berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas
rahmatNya.

39.

Sabda Nabi S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak


100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat
dengan keadaan bercahaya Abu Naim.

40.

Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah
& amat menghargainya Bukhari.

41.

Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH


akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka
baginya.

42.

Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan
kamu sukarkannya Muttafaq Alaih.

43.

Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian


melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda
penghormatan) Muttafaq Alaih.

44.

Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira
berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak
penyakit berbahaya yang lain.

45.

Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya


ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur
hamba terhadap ALLAH Abu dawud.

46.

Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan
hajatnya.

47.

Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila


mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali Bukhari. Jika
salamnya tak berjawab, beliau beredar.

48.

Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam


kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap
selesai solat Maghrib.

49.

Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu


adalah sedekah Ad-Dailami.

50.

Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik


dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti
dengan usaha yang berterusan.

Anda mungkin juga menyukai