Anda di halaman 1dari 3

senarai semak amalan di bulan Ramadan

Alhamdulillah, Ramadan menjelang tiba...Bersyukurlah kerana kita diberi peluang sekali lagi untuk
berebut dan mencari serta mengumpul pahala sebanyak mungkin.

Berikut adalah senarai semak sempena amalan dibulan Ramadan..Boleh ikuti mengikut keselesaan dan
keadaan semasa...(hanya sekadar satu cadangan sahaja)

Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan).

Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

Solat Tarawikh 20 rakaat. (8 rakaat pun boleh juga)

Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00
pagi.

Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahajud, Solat Taubat
dan Solat Hajat)

Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

Jangan tidur sesudah sahur.

Solat Subuh berjemaah di Masjid.

Tadarus pendek.

Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

Jam 10.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7
kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.

Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

Solat Zuhur berjemaah.

Tadarus pendek.

Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

Solat Asar berjemaah di Masjid.

Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan
kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana
waktu itu amat mustajab.

Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma
atau buah tempatan.

Segera Solat Maghrib di Masjid.

Makan malam bersama keluarga.

Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

Mengekalkan berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

Membuat hubungan baik kepada kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

Sebelum puasa timbang berat badan

Kawal berbuka puasa

Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

Elakkan daripada makan berlebihan

* Pastikan bila berat badan berkurangan, pahala jangan berkurangan pula!!!


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena
Nuzul Quran.

Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir
(Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun,Surah al Ikhlas dan surah Yasin.

Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat,
Solat Tahajud.

Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat
Lailatul Qadar. (Hanya Allah yang sahaja mengetahui bila Lailatul Qadar...usahalah untuk
memperolehinya)

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

Pastikan Tarawikh terakhir

Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan
sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Lakukanlah yang terbaik untuk ibadat puasa kita kali ini. Berdoalah semoga diberi kekuatan dan
ketetapan iman supaya dapat menjalani ibadah puasa, ibadah zakat, sedekah, fitrah, sunat-sunat yang
lain dan tadarus Al-Quran dengan sempurna dan terbaik..agar amalan kita diterima Allah...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan!

Anda mungkin juga menyukai