Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG

Ya Allah Ya Karim

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah.Kami berkumpul untuk mengisi
keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami. Kami berkumpul bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK
Betau kali ke-17.

Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran,
tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini, demi kebaikan anak-anak kami.

Ya Allah Ya Munzilal Barakat

Berkatilah usaha-usaha kami.Mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami, sekolah ini akan menjadi
sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan para pelajar yang berjaya di dunia
mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal Alamin

Perbaikilah segala kesilapan kami, jernihkanlah hubungan antara kami, lembutkanlah hati-hati kami dan
tunjukkanlah kami jalan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul antara pihak pentadbir,
guru-guru dan ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai