Anda di halaman 1dari 1

DOA PEMBUKAAN MAJLIS SEMPENA MAJLIS PERJUMPAAN

IBUBAPA GURU PROGRAM KELAS PENDIDIKAN KHAS


PEMBELAJARAN 2020

Al Fatihah….

Ya Allah,

Sesungguhnya kami berhimpun pada pagi ini bersempena PERJUMPAAN


IBUBAPA GURU BAGI PROGRAM KELAS PENDIDIKAN KHAS
PEMBELAJARAN 2020. Kami merufuk kesyukuran di atas kurniaan-Mu
yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa
bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang
melimpah ruah kepada kami .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa majlis ini adalah untuk
MERAPATKAN UKHWAH ANTARA MURID, IBUBAPA, GURU DAN
PENTADBIR Sekolah Kebangsaan Pulai. Jadikanlah majlis ini sebagai satu
permulaan yang baik bagi tahun 2020. Semoga segala perancangan dan
aktiviti yang dirancang pada awal tahun ini dapat berjalan dengan lancar.

Pada pagi Yang mulia ini berkati dan rahmatilah majlis ini. Kurniakanlah
kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-
Mu. Permudahkanlah dan lancarkanlah apa jua urusan sempena Majlis ini
Semoga majlis ini dapat berjalan dengan sempurna.

Amin – Amin ya robbal alamin…

Anda mungkin juga menyukai