Anda di halaman 1dari 8

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI, MERLIMAU Kod Sekolah: MBA1018

1. Nama Guru
MOHD IKRAM HAFIFI BIN ABDUL HADI
PENGURUSAN BIMBINGAN DAN
2. Judul KAUNSELING 3. Bidang: PENGETAHUAN

4. Tarikh Pembentangan 14 APRIL 2023 5. Masa: 9.00 PAGI


SK PULAI
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

 Buku ini mengandungi  12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia
dan diikuti dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat pengetahuan
bagaimana menjalankan Kaunseling Individu dan Kelompok serta Penyediaan Inventori
dan Rekod.

            Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar.
Pengurusan konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke
arah yang lebih baik berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat..
          Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia juga
boleh mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di sekolah.

          Pengurusan stress secara berkesan pula dapat mewujudkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung
jawab masing-masing tanpa tekanan dan melaksanakan kerja dengan gembira

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru meningkatkan ilmu dalam bidang
psikologi pendidikan
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah pengajaran dan
pembelajaran para pelajar dan juga masalah peribadi serta peluang melanjutkan
pelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................................. ........................................
(MOHD IKRAM HAFIFI BIN ABDUL HADI ) ( NUR AIN BINTI MAHAT )
GURU LADAP 2023
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI, MERLIMAU Kod Sekolah: MBA1018

1. Nama Guru
MOHD IKRAM HAFIFI BIN ABDUL HADI
BAGAIMANA MENYELESAIKAN
3. Bidang: PENGETAHUAN
2. Judul KERJA
PROFESIONAL

4. Tarikh Pembentangan 15 APRIL 2023 5. Masa: 9.00 PAGI

6. Tempat Pembentangan
SK PULAI
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi  72 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus
yang berkesan seperti pandai memilih keutamaan berhubung dengan matlamat mereka
berbanding matlamat orang lain, nbelajar melindungi diri mereka daripada gangguan
yang tidak dijangkakan, mereka belajar melegasi tugas merancang,memberikan
tumpuan kepada perkara-perkara penting dan mengetepikan perkara remeh-temeh.
         
Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan  bagaimana membuat laporan selepas
tindakan, buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan, rintangan, beg kerja,
kategori penggunaan masa, komunikasi, surat-menyurat,krisis , pengagihan kerja,sIstem
fail, keseronokan bekerja dan lain-lain lagi

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna
terutama kepada pentadbir pendidikan
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  mengurus masalah
pengajaran dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah pengurusan pendidikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................................. ........................................
(MOHD IKRAM HAFIFI BIN ABDUL HADI ) ( NUR AIN BINTI MAHAT )
GURU LADAP 2023
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI, MERLIMAU Kod Sekolah: MBA1018

1. Nama Guru
MOHD IKRAM HAFIFI BIN ABDUL HADI
PENGURUS YANG BAIK 3. Bidang: PENGETAHUAN
2. Judul
PROFESIONAL
4. Tarikh Pembentangan 16 APRIL 2023 5. Masa: 10.00 PAGI

6. Tempat Pembentangan
SK. PULAI
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi  7 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus
yang berkesan ialah pandai berkomunikasi dengan staff. Seorang pengurus yang hebat
mesti pandai menjalin hubungan baik dengan pekerjanya,memahami potensi seriapm
pekerjanya dan ketua mesti mempunyai perwatakan yang baik .
          Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan  bagaimana pengurus boleh
mencungkil bakat setiap pekerja agar setiap individu boleh menyumbang kearah
kemajuan organisasi. Seterusnya penulis mahukan seorang pengurus mestilah sentiasa
meminta pendapat staff dan menghormati pendapatnya. Seorang pemimpin mesti
berani, tidak menunjukkan kuasa, jangan mudah berpuas hati dan berfikir sebelum
bertindak.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna
kerana setiap guru adalah pemimpin, pemimpin dalam kelasnya dan  pemimpin dalam
organisasi sekolah.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

 Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  menjadi pemimpin
yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................................. ........................................
(MOHD IKRAM HAFIFI BIN ABDUL HADI ) ( NUR AIN BINTI MAHAT )
GURU LADAP 2023
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI, MERLIMAU Kod Sekolah: MBA1018

1. Nama Guru
MOHD IKRAM HAFIFI BIN ABDUL HADI
HUBUNGAN SESAMA MANUSIA 3. Bidang: PENGETAHUAN
2. Judul
PROFESIONAL
4. Tarikh Pembentangan 16 APRIL 2023 5. Masa: 11.00 PAGI

6. Tempat Pembentangan
SK. PULAI
7. Sinopsis

Buku ini memberi panduan kepada kita bagaimana menjalin hubungan  dengan manusia
lain. Sama ada kita ketua besar atau ketua kecil, amalkan tutup mulut iaitu jika perkara
yang tidak perlu dihebohkan, maka jangan dihebohkan. Jangan ambil remeh perkara-
perkara kecil, jika staff sakit, bila dia hadir semula tanya tentang kesihatannya dan
keadaan keluarganya kerana perkara yang kecil ini tentu memberi erti yang mendalam.
            Seorang penyelia yang mencurigai pekerjanya sukar mendapatkan pekerja yang
baik. Kepercayaan dibalas dengan kepercayaan dan begitulah juga dengan kecurigaan.
            Seorang pemimpin amat disayangi orang yang dipimpin jika dia mengingati semua
nama orang yang dipimpinnya.
            Spesifikasi kerja mesti jelas supaya setiap orang tahu tugas masing-masing.Jika
pekerja melakukan kesalahan, mula-mula carilah sesuatu yang boleh dipuji, orang akan
lebih bersedia menerima kritikan daripada seseorang yang menghargai kebaikan
mereka, jika tidak mereka terus melenting.
            Tempoh hidup sangat singkat, mengapa tidak kita jadikan hidup ini suatu suasana
yang indah dengan saling menghormati antara satu sama lain? Pernahkah anda terfikir
apakah untungnya kita hidup dalam suasana tidak tenteram dan dipenuhi dengan
pelbagai masalah dari hari ke hari? Tetapi sifat pilih kasih sangat menyakitkan hati.
            Sebenarnya banyak ilmu pengurusan dan kemanusiaan dan kaunseling dalam
buku ini dan ia amat berguna kepada guru dan pengurus sekolah
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna
kerana setiap guru dan perlu berhubung dengan manusia setiaop masa selagi kita hidup
di alam fana ini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

 Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  menjadi pemimpin
yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................................. ........................................
(MOHD IKRAM HAFIFI BIN ABDUL HADI ) ( NUR AIN BINTI MAHAT )
GURU LADAP 2023

Anda mungkin juga menyukai