Anda di halaman 1dari 4

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SEK. MEN. AGAMA JERAM Kod Sekolah : BFT 3001

1 Nama Guru IZZATI BT. KHAIRUL AFFANDI


2. Judul 3. Bidang : KEMAHIRAN
MENGURUS KERJA &
PROFESIONALISME
WAKTU: HANYA
ORANG SIBUK SAHAJA
ADA MASA
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku Mengurus Kerja & Waktu ini adalah salah satu buku yang ingin turut
sama membantu pembaca mempertingkatkan kemahiran menyelesaikan kerja harian
secara efektif dan efisien. Tidak kira sama ada pembaca seorang pengarah urusan
syarikat, eksekutif, pegawai kerajaan, kerani, ahli sukan, pelakon, penjaja aiskrim,
pelajar, guru ataupun sesiapa saja, buku ini tetap sesuai dan relevan. Setiap bab yang
cuba dikupaskan oleh penulis di dalam buku ini sangat berguna untuk mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang.
Pada bahagian awal, buku ini menekankan satu aspek yang sangat penting,
iaitu analisis diri dan tabiat kerja. Ramai orang yang gagal berpunca daripada
kegagalan mengenali diri sendiri. Sebelum pembaca ingin mengalami perubahan
yang sebenar dalam tabiat kerja pembaca, maka bahagian 1, ‘Kerja Saban Hari :
Siapakan Saudara?’ yang terdiri daripada lapan bab hendaklah dihayati.
Buku ini tidaklah terlalu spesifik kepada mana-mana profesion. Garis
panduan bersifat umum dan anjal. Selain itu, ia mencangkupi beberapa aspek yang
jarang disentuh oleh pakar pengurusan sebelum ini. Contohnya, kesihatan dan
pengurusan kerja disertakan bersama dengan beberapa tip penjagaan kesihatan
supaya para pembaca boleh menjadi sebuah ‘mesin’ yang hebat melakukan kerja
seharian. Pembaca juga akan menyedari betapa pentingnya personaliti, komunikasi
dan kepimpinan dalam menyeleasikan tugas harian dengan cekap dan berkesan.
Pembaca disarankan membuat latihan-latihan dan soalan-soalan santai yang
disediakan di sesetengah bab. Ini penting bagi memastikan proses pemahaman dapat
berlaku dengan baik dan sepatutnya. Penulis buku ini mengharapkan pembacanya
memperolehi kesan dan perubahan positif pada kualiti pengurusan kerja dan waktu
mereka.
Pengarang buku ini, Ahmad Fadzli bin Yusof, berjaya menceriakan suasana
minda pembaca dengan gaya bahasa yang mudah difahami dan bab-babnya yang
pendek diselang-selikan dengan cerita yang berkaitan. Penggunaan illustrasi juga
menambahkan lagi keseronokan membaca buku ini.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


i. Memudahkan guru merancang, menyedia dan melaksanakan proses pnp
dengan baik dan berkesan.
ii. Membantu meningkatkan tahap pengetahuan dan pemahaman guru tentang
pengurusan kerja dan waktu.
iii. Meningkatkan kualiti prestasi guru dalam setiap tugasan yang diamanahkan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


i. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung guru boleh
menerangkan tip-tip bagi pengurusan kerja dan waktu yang efektif dan
efisien ke arah menjalani hidupan seharian yang lebih positif .
ii. Pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh sewaktu di dalam bilik darjah
boleh dimanfaatkan dan digunakan dalam kehidupan mereka .
iii. Guru dapat membantu pelajar menilai diri mereka sendiri sama ada
mempunyai kemahiran dalam menguruskan kerja dan masa dengan baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… ………………………………………….
(IZZATI BT. KHAIRUL AFFANDI )
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SEK. MEN. AGAMA JERAM Kod Sekolah : BFT 3001

1 Nama Guru IZZATI BT. KHAIRUL AFFANDI


2. Judul 3. Bidang : KEMAHIRAN
PEDAGOGI DALAM
PROFESIONALISME
PENDIDIKAN
MATEMATIK
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku Pedagogi dalam Pendidikan Matematik ini merupakan salah satu
daripada siri pengajian dan pendidikan utusan. Siri ini bertujuan mencetuskan
pemikiran ke arah memperkayakan konsep keilmuan dalam pelbagai bidangseperti
perkembangan pembelajaran, strategi pengajaran dan pendidikan kaunseling. Semua
huraian yang terdapat dalam buku ini merangkumi konsep, kaedah, teori dan teknik
pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk daya kreatif dan sistematik.
Secara kesimpulannya, buku ini membincangkan kaedah-kaedah pengajaran
yang boleh membantu bakal guru untuk merancang dan melaksanakan tugas dengan
berkesan. Skop perbincangannya yang padat menyentuh pelbagai aspek pengajaran
dan pmbelajaran Matematik. Kupasan yang dilakukan lebih menjerumus ke arah
matlamat pendidikan matematik, psikologi dalam pembelajaran matematik, masalah
dan cabaran serta cadangan penyelesaian ke arah pemantapan kurikulum matematik.
Dalam edisi kedua ini, penulis telah menambah banyak topik penting selaras dengan
keperluan sukatan subjek Matematik masa kini.
Buku ini juga dihasilkan bagi memenuhi kehendak para penuntut di institusi
pengajian tinggi oleh guru pelatih di maktab penguruan, terutamanya yang menjurus
dalam Matematik. Buku ini berguna sebagai panduan mudah dan dapat
memperkayakan pengetahuan kepada sesiapa jugayang meminati bidang matematik
dalam pendidikan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
i. Memudahkan guru merancang, menyedia dan melaksanakan proses P&P
dengan baik dan berkesan.
ii. Membantu meningkatkan tahap pengetahuan dan pemahaman guru
tentang strategi P&P bagi subjek matematik yang memerlukan tumpuan
utama dalam kebanyakan peperiksaan besar.
iii. Meningkatkan kualiti prestasi guru dalam setiap tugasan yang
diamanahkan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


i. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung guru boleh
menerangkan cara atau kaedah pembelajaran matematik yang berkesan
kepada pelajar.
ii. Pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh sewaktu di dalam bilik
darjah boleh dimanfaatkan dan digunakan dalam kehidupan mereka .
iii. Meningkatkan motivasi pelajar dalam mempelajari subjek Matematik
yang kebanyakan pelajar terutamanya kaum Melayu lemah dalam
Matematik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… ………………………………………….
(IZZATI BT. KHAIRUL AFFANDI )

Anda mungkin juga menyukai