Anda di halaman 1dari 1

BORANG SINOPSIS BUKU Nama sekolah: SK SEKSYEN 7 BANDAR BARU BANGI 1. Nama Guru 2. Judul 3. 4. 5. 6. 7.

Bidang Tarikh Pembentangan Masa Tempat Pembentangan Sinopsis Kod Sekolah: BBA4047

MUHAMMAD AHIA MAGSAYSAY KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERGURUAN

Buku ini menceritakan mengenai kepentingan guru untuk memahami psikologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara ringkasnya, guru yang berkesan adalah guru yang berilmu pengetahuan, menguasai pedagogi dan juga ilmu psikologi tentang manusia. Guru juga semestinya menunjukkan sikap jujur dan keikhlasan ketika mengajar bagi menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat hasil yang positif. Akhir sekali, guru mestilah mempunyai kepakaran dalam matapelajaran yang diajar dan seterusnya menggunakan strategi, kaedah dan teknik mengajar yang membolehkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan kaedah dan teknik yang betul. Guru yang berkesan akan melahirkan pelajar yang memberikan hasil yang berkesan dan mampu menguasai ilmu yang dipelajari.

8. Nilai pengetahuan / Pengajaran Antara nilai pengetahuan yg diperolehi dari buku ini ialah: 1. Merumuskan tujuan pembelajaran secara lebih tepat. 2. Memilih strategi atau kaedah yang sesuai. 3. Memberi bimbingan atau kaunseling. 4. Mengembang bakat dan potensi yang dimiliki oleh pelajar. 5. Mewujudkan iklim belajar yang kondusif. 6. Menilai hasil pembelajaran yang adil dan saksama. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P a. Pengaplikasikan ilmu psikologi pendidikan ini amat penting difahami dan diaplikasikan oleh guru-guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamat yang disasarkan. b. Guru-guru boleh memahami mengapa pelajar cenderung untuk melakukan sesuatu tingkah laku terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. c. Guru mampu untuk merancang aktiviti dan bimbingan lebih awal supaya dapat membentuk tingkah laku murid yang diingini. d. Guru yang menguasai psikologi pendidikan ini juga boleh merancang peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasi pelajar supaya lebih rajin menuntut ilmu.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

(Muhammad Ahia Magsaysay)

Anda mungkin juga menyukai