Anda di halaman 1dari 2

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK BUKIT MEWAH Kod Sekolah: NEA 4090

1. Nama Guru RATHIMALAR A/P BALASINGAM


PENGENALAN PEDAGOGI –
PENGURUSAN BILIK 3. Bidang: Pengurusan Dalam
2. Judul
DARJAH Bilik Darjah

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku Pengenalan Pedagogi hasil karya Esah Sulaiman, pensyarah di Fakulti Pendidikan UTM

ini dapat membantu kaum pendidik memahami dan menguasai kemahiran mengajar di dalam

bilik darjah seiring dengan saranan dalam etika perguruan yang memerlukan guru meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran.

Buku ini mengandungi 12 bab yang merangkumi segala aspek berkaitan pedagogi
untuk membantu para pendidik melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Perbincangan
awal dimulakan dengan meneroka maksud pedagogi, kepentingan guru menguasai ilmu
pedagogi, dan elemen dalam P&P. Selanjutnya, perbincangan mencakupi model pengajaran dan
ciri-ciri pengajaran yang berkesan.

Strategi pengajaran di bilik darjah juga dibincangkan dan merangkumi beberapa pendekatan

serta gaya P&P yang diaplikasi pada masa kini. Antaranya strategi pengajaran KBSM yang

menghuraikan pendekatan bersepadu yang meliputi Bahasa Melayu Merentas


Kurikulum(BMMK), nilai merentas kurikulum, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Selain itu, penggunaan objektif pengajaran dalam sesi pengajaran, khususnya objektif tingkah

laku turut dibincangkan. Buku ini turut menganalisis komponen dalam perancangan pengajaran

dan menyediakan beberapa contoh perancangan pengajaran bagi memenuhi keperluan guru

pelatih.

Aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin, dan teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik

darjah juga dihuraikan dengan berkesan. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran
guru, isu berkaitan profesionalisme guru turut dibincangkan. Buku ini sesuai dijadikan bahan

rujukan kepada semua pendidik dan sesiapa sahaja yang berminat tentang bidang pengurusan
dalam bilik darjah

8.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Esah Sulaiman mengatakan bahawa guru perlu memahami dan mempunyai kemahiran dalam

aspek pengurusan bilik darjah, menanangi masalah disiplin di kalangan pelajar dan juga teknik

meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku yang ditulis oleh Esah Sulaiman ini merupakan buku panduan yang khusus ditujukan bagi

pendidik yang berdedikasi yang ingin mempromosikan pengajaran yang berkesan dikalangan

pelajar Dengan menarik perhatian pelajar cerdas pada subjek yang diajarkan, untuk mendengar

lebih dekat apa masalah yang dihadapi pelajar; untuk lebih menafsirkan keputusan ujian dan

memanfaatkan positif dari maklumat yang mereka kumpulkan, Buku ini juga boleh digunakan

untuk meningkatkan kaedah dalam pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah
serta merupakan bahan tambahan penting untuk rujukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( RATHIMALAR A/P BALASINGAM ) ( )

Anda mungkin juga menyukai