Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

ORGANISASI/ JABATAN: SMK DATO SHAHBANDAR HUSSAIN, RAUB PAHANG

ROSNAHWATI BINTI RAZALI


1. Nama Guru
GURU SEBAGAI PAKAR:
2. Judul STRATEGI PENGAJARAN DAN 3. Bidang: Buku Ilmiah
PEMBELAJARAN ABAD KE021
4. Tarikh Pembentangan 11 September 2023 5. Masa: 4 hari/ 397 ms
SMKDSH
6. Tempat Pembentangan
7. SINOPSIS

Buku ini merupakan satu buku panduan pedagogi yang bertujuan untuk melengkapkan para guru
dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran abad 21. Ini selaras dengan hasrat dan
kehendak pendidikan semasa yang menuntut agar para pelajar dilengkapi bukan sahaja dengan
ilmu pengetahuan tetapi kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka berfungsi dengan
berkesan di peringkat pengajian yang lebih tinggi dan dia alam pekerjaan.

Berbeza dengan buku-buku pedagogi yang lain, buku ini mengaitkan kedua-dua aspek teori
pendidikan dan strategi pengajaran melalui empat orientasi pengajaran utama. Setiap model dan
strategi pengajaran dan pembelajaran disampaikan dalam bentuk dan bahasa yang mudah
dibaca, difahami dan diamalkan dalam bilik darjah yang dinyatakan latar belakang, tujuan, cara
perlaksanaan, contoh aktiviti dan limitasi penggunaannya. Buku ini amat sesuai untuk semua
lapisan pendidik yang cintakan kepelbagaian dalam cara penyampaian pengajaran baik di
peringkat sekolah rendah, menengah, institut perguruan, mahupun di peringkat universiti.

Buku ini mengandungi 10 bab iaitu Pedagogi Seni dan Sains Mengajar, Pengajaran
Berkesan, Perbezaan Individu dalan Pembelajaran, Teori dan Orientasi dalam PDPc, Teori dan
Strategi Behavioris, Teori dan Strategi Kognitif, Kognitif Bercorak Penyelesaian Masalah, Teori
dan Strategi Sosio Kontruktivis, Model Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif dan Teori
Humanistik.

8 Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mempunyai nilai pengetahuan yang membantu memperkasa pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan pegawai perkhidmatan pendidikan melalui kaedah
pedagogi yang sesuai. Dengan adanya buku ini guru-guru dapat mengetahui kemahiran-
kemahiran pedagogi yang membolehkan mereka mengajar dengan lebih berkesan dan difahami
oleh murid-murid.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini merupakan panduan pedagogi untuk melengkapkan para guru dengan strategi-strategi
pengajaran dan pembelajaran abad 21 seperti kaedah Pengajaran Kognitif, Kolaboratif,
Behavioris, Penyelesaian masalah dan Kontrustivis.
Disediakan oleh,

.................................................
(ROSNAHWATI BINTI RAZALI)
GURU SMK DATO’ SHAHBANDAR HUSSSAIN
RAUB PAHANG.

Anda mungkin juga menyukai