Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BANDAR BANTING Kod Sekolah: BBA1038

1. Nama Guru
NORSHAFIQAH BINTI RAMLI

2. Judul Pedagogi: Strategi Dan Teknik 3. Bidang: Pedagogi


Mengajar Dengan Berkesan
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku Pedagogi : Strategi dan Teknik Mengajar dengan berkesan ini dihasilkan untuk memberi
pemahaman berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
yang dilakukan di bilik-bilik darjah. Perkembangan pesat yang berlaku masa kini membawa
bersamanya perubahan-perubahan dari segi pendekatan dan kaedah amalan bilik darjah. Justeru
itu, guru-guru perlu sentiasa mengemaskinikan pengetahuan pedagogi yang tentunya akan
mempengaruhi strategi pengajaran.

Buku ini juga memuatkan pemahaman konsep pengajaran dan pembelajaran serta model-model
pengajaran. Selain itu, buku ini juga memberikan penekanan terhadap beberapa konsep penting
di dalam aspek pengajaran dan pembelajaran iaitu pendekatan, kaedah, teknik dan strategi.
Perkara ini difikirkan perlu supaya para pendidik dapat menggunakan mengikut konteks yang
sesuai.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melalui buku ini saya sebagai seorang guru boleh mempelajari strategi dan teknik mengajar
dengan lebih berkesan seperti model sosial, model tingkah laku dan model Vygotsky. Selain itu,
apabila membaca buku ini saya dapat memperkembangkan ilmu saya dalam bidang pedagogi
kerana setiap bab dalam buku ini mengulas dengan lebih terperinci mengenai konsep pengajaran
dan pembelajaran serta model-model pengajaran.

Bukan itu sahaja, saya dapat mempelajari beberapa konsep penting di dalam aspek pengajaran
dan pembelajaran iaitu pendekatan, kaedah, teknik dan strategi. Buku ini telah memberikan saya
peluang untuk mempelajari mengenai komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah.
Ilmu ini sangat penting dikuasai oleh pendidik kerana klien pendidik ialah manusia yang
mempunyai perasaan.

Sebagai kesimpulan buku ini amat bermanfaat kerana mempunyai pelbagai nilai pengetahuan
dan pengajaran yang saya boleh mengambil tahu dan gunakan dalam hidup saya sebagai
seorang pendidik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku in dapat membantu golongan guru untuk mengetahui strategi dan teknik mengajar dengan
lebih berkesan. Sebagai contoh, model sosial. Konsep pengajarannya ialah berdasarkan
pengalaman peribadi murid.
Tambahan, buku ini juga dapat membantu golongan guru dari segi komunikasi dan interaksi
anatara guru dan murid, buku ini memberikan beberapa pendekatan yang menarik untuk
berkomunikasi dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, pengunaan empati dalam komunikasi
dapat menjadikan komunikasi murid dan guru lagi berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NORSHAFIQAH BINTI RAMLI) ( ROKIAH BIN MD. NOR )

Anda mungkin juga menyukai