Anda di halaman 1dari 8

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK CHUCHOH PUTERI Kod Sekolah:

1. Nama Guru
MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH
SIRI PENDIDIKAN GURU
3. Bidang: PSIOKOLOGI
2. Judul BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PENDIDIKAN/KAUSELING
KANAK-KANAK
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu tugasan yang penting dalam pendidikan. Guru-guru
memainkan peranan yang penting dalam membimbing semua murid di bawah jagaan mereka
secara efektif. Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan
usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan
agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Kesimpulannya, guru atau
kaunselor perlu menggunakakan kemahiran interpersonal seperti mendengar dengan aktif dan
empati, serta mempunyai perasaan prihatin dan bersikap positif terhadap murid, supaya dapat
menjalin hubungan baik dengan pelajar.. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan
sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah
juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. Murid-murid yang
memerlukan bimbingan dalam pendidikan biasanya menghadapi masalah-masalah yang
berkaitan dengan kurikulum yang timbul kerana ketidaksesuaian dengan perkembangan kognitif
atau kerana teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Selepas membaca buku ini, saya sedar bahawa guru harus lebih peka akan permasalahan
pelajar . Ini adalah kerana jika permasalahan dalam dri pelajar tidak diambil perhatian yang
serius, berkemungkinan murid saya akan tercicir dan tidak dapat belajar dan memberi fokus
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Maka, saya harus mengubah diri saya
agar lebih peka dan prihatin akan permasalahan pelajar. Tuntasnya keberkesanan perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat membantu mengatasi masalah dalam kalangan
murid.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini memberi pengetahuan kepada saya untuk menggunakan teori dan kemahiran kauseling
yang sesuai dalam menangani masalah emosi pelajar. Guru juga boleh mempraktikkan sikap dan
kaedah yang bersesuaian dengan pelajar seperi berempati, prihatin,memberi peluang dan
kepercayaan kepada pelajar, menunjukkan sifat peka dan sayang agar ianya membantu mereka
untuk lebih teruja hadir ke kelas dan dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif apabila
guru membina sebuah bilik darjah yang lebih mesra budaya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK CHUCHOH PUTERI Kod Sekolah:

1. Nama Guru
MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH
3. Bidang: MOTIVASI DAN
2. Judul MERANCANG KEJAYAAN
PSIOKOLOGI
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini mencerita tentang bagaimanakah seseorang itu perlu merancang untuk berjaya dalam
apa juga yang dilakukan dalam hidup ini. Siri motivasi ini mendorong seseorang untuk berjaya
dengan menekankan kepada aspek kehidupan.Terdapat pelbagai nasihat, kaedah dan cara-cara
untuk seseorang itu merancang untuk berjaya. Di dalam buku ini juga dinyatakan tentang
pengurusan diri, penetapan matlamat dalam hidup, halangan-halangan yang perlu ditempuhi
untuk berjaya, dan menerangkan tentang kejayaan yang sebenar samada di dunia atau akhirat.
Cara pengolahan buku ini juga cukup menarik dengan diselitkan pengkongsian idea daripada
individu-individu yang telah berjaya menempuh cabaran di alam persekolahan mahupon pekejaan
dan berjaya dalam bidang masing-masing

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini memberi pengetahuan kepada saya untuk mengetahui cara-cara dan kaedah yang
sepatutnya dilakukan oleh seseorang individu untuk berjaya dalam hidup melalui perancangan
yang berkesan dan bermakna. Di samping itu,melalui pembacaan saya, ianya juga secara tidak
langsung telah membantu saya untuk lebih yakin dalam merancang kejayaan saya samada dalam
organisasi di sekolah atau dari aspek keduniaan dan akhirat. Pembacaan yang dapat diperolehi
dalam buku ini dimana ia boleh menanam motivasi kepadasemua masyarakat tentang pentingnya
merancang dalam kehidupan agar kita dapat mencapai kejayaan yang diingini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


.Membantu saya untuk melakukan perancangan yang lebih berkesan bagi mencapai matlamat
organisasi. Dari segi pengajaran dan pembelajaran pula, saya dapat membantu murid saya
dengan memberi mereka nasihat dan semangat kepada mereka untuk lebih bermotivasi dalam
merancang sesuatu.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK CHUCHOH PUTERI Kod Sekolah:

1. Nama Guru
MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH
3. Bidang: KEMAHIRAN
2. Judul MURID DAN ALAM BELAJAR
PROFESIONALISME
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan aspek psikologi pertumbuhan dan perkembangan, serta implikasinya
terhadap pengajaran dan pembelajaran . Penulis juga menghuraikan proses pembelajaranmurid
di dalam bilik darjah yang mana kanak-kanak cenderung kea rah pembelajaran yang berunsur
permainan. Seterusnya, penulis menjelaskan juga pelbagai peranan guru dan pelbagai peranan
guru besar sebagai pendidik. Kemahiran komunikasi dan interaksi dalam bilik darjah turut
dibincangkan. Pengurusan bilik darjah yang berkesan turut dihuraikan oleh penulis. Buku ini
sesuai untuk rujukan guru-guru pelatih khasnya, serta seluruh warga pendidik amnya. Malah
terdapat pelbagai teori, strategi, pendekatan dan teknik yang boleh digunakan oleh guru atau
pembaca agar dapat membaiki cara penyampaian semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Seseorang guru mestilah menguasai bidang psikologi untuk membantu kanak-kanak mengalami
perkembangan optimumdari segi fizikal, rohani dan mental. Guru yang baik juga perlu menguasai
kebolehan komunikasi dan interaksi yang berkesan.Seorang guru mestilah menguasai
konsep pembelajaran, proses pembelajaran, jenis-jenis pembelajaran, prinsip-
prinsip pembelajaran dan faktor-faktor dalam pembelajaran. Guru juga amat berperanan dalam
memupuk dan menggerakkan muridnyadengan berbagai-bagi cara dalam aktiviti pembelajaran.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


. Guru perlu mengaplikasikan ilmu psikologi, kemahirankomunikasi dan interaksi, proses
pembelajaran serta pengurusan bilik darjah, agar pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalandengan lancar

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK CHUCHOH PUTERI Kod Sekolah:

1. Nama Guru
MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN
2. Judul 3. Bidang: PENGURUSAN
TINGKAHLAKU
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini mengupas konsep pengurusan bilik darjah di sekolah serta peranan guru dalam
pengurusan tersebut bagi membentuk persekitaran yang sesuai dan kondusif Sehubungan
dengan itu, buku ini membincangkan hubungan guru dengan murid serta mengkaji faktor-faktor
yang mempengaruhi pembinaan hubungan yang positif dengan murid. Buku ini mengandungi
beberapa model pengurusan bilik darjah yang dapat membantu murid dan guru untuk mensintesis
model yang sesuai untuk situasi mereka sendiri. Topik yang turut dibincangkan ialah jenis
masalah disiplin dan tingkah laku yang boleh dijadikan panduan kepada guru untuk menganalisis
masalah-masalah disiplin dan tingkah laku yang terdapat di dalam bilik darjah. Fokusnya ialah
bentuk-bentuk intervensi dan tindakan guru dalam menguruskan masalah disiplin di dalam bilik
darjah. Selain itu, perbincangan tentang pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas di dalam
bilik darjah inklusif turut dimuatkan. Buku ini juga memaparkan cadangan-cadangan untuk
menyediakan pelan perancangan pengurusan yang berkesan di dalam bilik darjah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini memberi pengetahuan kepada saya tentang bagaimana seorang guru itu harus
menguruskan bilik darjah. Sebagai seorang guru kita bertindak sebagai role model. Jadi
kemahiran dan kecekapan dalam mengurus dan mengorganisasi dalam bilik darjah haruslah
dapat dikuasai oleh semua guru. Bukan itu sahaja kemahiran dan kecekapan guru juga
dapatmengurangkan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah murid seterusnyamewujudkan
suasana dan keadaan bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajarandan pembelajaran yang
berkualiti.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Saya boleh mengaplikasi teknik dan kaedah pengurusan bilik darjah ini di dalam kelas.
Seharusnya saya perlu menjaga seorang guru yang bersikap asertif dimana seorang yang tegas
tapi pada masa yang sama mempunyai sikap prihatin, peka dan sayang pada pelajar. Diharap
dengan ilmu yang diperolehi ini, P&P dapat berjalan dengan lancar tanpa pelbagai gangguan
dengan adanya ilmu pengetahuan/kemahiran pendidikan ini. Bukan itu sahaja, ilmu yang
diperolehi dapat diguna pakai dalam menghasilkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang dari
segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi, yang berilmu pengetahuan,berakhlak mulia, berani, dan
sanggup menghadapi cabaran hidup serta berguna untukpembangunan negara.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK CHUCHOH PUTERI Kod Sekolah:

1. Nama Guru
MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH
DONT BE SAD, JANGAN
2. Judul 3. Bidang: PSIOKOLOGI
BERSEDIH
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini merupakan hasil kajian yang sungguh-sungguh dari penulis, yang cuba menyelesaikan
berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang timbul akibat keraguan,
kegelisahan, duka cita, penderitaan, kesedihan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi.
Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian terhadap segala permasalahan tersebut,
melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk Nabi, dan panggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui
berbagai saranan yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat
berbagai nukilan sejarah para sahahat terbaik dan tabi'in terpilih. Juga ada beberapa potongan
bait puisi para panyair terkemuka, nasihat daripada para doktor, pesanan para ahli hiknah dan
tuntutan para ulama.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Melalui pembacaan dalam buku ini saya dapat mempelajari bahawa dalam kehidupan, kita
seharusnya positif dan optimis. Kita tidak boleh selalu mngeluh dan bersikap tidak yakin tentang
apa yang kita lakukan. Apabila saya membaca buku ini, saya semakin bermotivasi untuk mendidik
anak-anak didik saya dan lebih mengikhaskan diri dalam memberi ilmu.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Ilmu yang saya perolehi melalui dalam pembacaan buku ini akan saya aplikasikan di dalam
aktiviti pengajaran saya dimana saya boleh memberi nasihat dan kata-kata peransang kepada
murid-murid saya yang mungkin sedang bersedih atau mengalami masalah emosi. Bukan itu
sahaja, dalam organisasi juga saya boleh menasihati rakan guru yang mungkin mengalami
masalah keluarga dan saya sudi untuk mendengar dan memberi nasihat serta membantu mereka
apa yang perlu.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK CHUCHOH PUTERI Kod Sekolah:

1. Nama Guru
MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH
3. Bidang: PENGAJARAN DAN
2. Judul PENYELIDIK PENDIDIKAN
PEMBELAJARAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini menerangkan tentang penyelidikan dari aspek pendidikan yang berlaku di persekitaran
mereka. Secara umumnya, pendidikan adalah satu aktiviti yang melibatkan perubahan tingkah
laku manusia. Disebabkan perlakuan manusia itu sukar diramal, maka penyelidikan pendidikan itu
memerlukan satu pendekatan yang dapat membantu manusia membuat penerangan tanpa ralat
ketara. Buku ini juga menerangkan tentang pendekatan yang boleh digunakan sekiranya kita
ingin menjalankan sesuatu kajian tindakan atau penyelidikan pendidikan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Apa yang dapat saya perolehi melalui pembacaan dalam buku ini, saya sedar bahawa ianya
banyak memberi panduan kepada saya selaku guru baru untuk lebih berusaha dan maju dalam
membuat penyelidikan pendidikan yang mana ianya boleh membantu menyelasaikan masalah
yang saya hadapi semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Apa yang dapat saya aplikasikan dalam Pdp adalah dimana ianya membuka mata saya untuk
lebih berfikir dengan lebih mendalam tentang penyediaan untuk membuat sesuatu kajian
tindakan. Ilmu yang saya perolehi melalui buku ini juga dapat saya aplikasikan dalam bilik darjah
mahupon organisasi dimana ia dapat dijadikan bahan ceramah atau input dalam membimbing
individu dan kelompok.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK CHUCHOH PUTERI Kod Sekolah:

1. Nama Guru
MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH
2. Judul PSIOKOLOGI KETENANGAN HATI 3. Bidang: PSIOKOLOGI

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini menceritakan tentang kebahagian hidup yang memerlukan fikiran yang lapang, hati yang
tenang dan jiwa yang tenteram.Kegelisahan yang berterusan boleh menjadi penyakit jiwa
yangmerbahaya. Neurosis adalah penyebab kepada pelbagai penyakit saraf dan psikosomotik
yang serius.Keistimewaan buku ini juga menceritakan tentang neurosis yangmenyebabkan ramai
orang menderita dan menjejaskan keharmonian hidup. Ia juga memngajar kita bagaimana
menangani kegelisahan yang dihadapi oleh setiap orang bagi mendapatkan kehidupan yang
positif, fikiran yang lapang, hati yang tenang, dan jiwa yang tenteram.Buku ini juga menyelitkan
tentang pendapat pakar-pakar psikologi barat tentang punca-punca hati dan jiwa yang diserang
neurosis. Mereka juga mencipta pelbagai kaedah bagi merawat kegelisahan jiwa, termasuklah
penggunaan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan ketagihan.Selain itu, beberapa kaedah yang
menjurus kepada pendekatan islam turut dikarang dalam buku ini

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Melalui pembacaan saya dalam buku ini, saya menyedari bahawa ia sedikit sebanyak mampu
membuatkan saya menjadi lebih tenang. Sebelum ini saya beranggapan bahawa kehidupan ini
sukar dan saya sering stress. Tetapi setelah saya membaca buku ini, saya merasakan bahawa
kegelisahan saya dan masalah saya semakin hilang. Melalui buku ini saya juga mendapat
pelbagai kaedah yang dapat saya gunakan dalam kehidupan seharian saya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


-Dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.
-Sebagai satu motivasi kepada pembaca yang boleh diselitkan dalam Pdp
-Dapat dijadikan bahan ceramah dan input dalam membimbing individudan kelompok

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK CHUCHOH PUTERI Kod Sekolah:

1. Nama Guru MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH

2. Judul INDAHNYA HIDUP BERSYARIAH 3. Bidang:

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Secara keseluruhannya buku ini banyak mengupas perkara berkaitan hidup berlandaskan syariat
yang memperkatakan tentang indahnya kehidupan ini sekiranya ia saling melengkapi. Tiada
penyelesaian melainkan dengan merujuk kepada Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Perkara pokok
perbahasan mengungkai segala persoalan yang adakalanya mewujudkan kekhilafiah yang boleh
membawa kepada perpecahan dalam kehidupan. Buku ini amat sesuai menjadi bacaan dan
rujukan harian kerana banyak perkara dibincangkan secara terperinci hingga menjadikan buku ini
menarik sekali buat yang inginkan ilmu duniawi dan ukhrawi. Semoga semua pembaca dapat
meluangkan masa menatap, memahami dan menteladani apa yang menjadi pegangan dan
syariat supaya tidak tersesat di jalan yang terang

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Melalui pembacaan saya dalam buku ini, saya menyedari bahawa apa sahaja yang kita lakukan
harus kembali kepada Tuhan iaitu Allah. Setiap yang kita lakukan juga perlulah berlandaskan
hadis dan Al Quran. Saya juga berharap saya mampu untuk menteladani apa yang dilakukan oleh
mereka-mereka yang hebat dan selalu melaksanakan tugas saya sebagai pendidik dengan lebih
baik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


-Dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang lain tentang kisah dan cerita yang terdapat dalam
buku ini agar dapat dijadikan panduan dan nasihat yang berguna.
-Sebagai satu motivasi kepada pembaca yang boleh diselitkan dalam Pdp
-Dapat dijadikan bahan ceramah dan input dalam membimbing individudan kelompok

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHAMAD ZAMRY BIN JUSOH) ( )

Anda mungkin juga menyukai