Anda di halaman 1dari 6

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK BALOK Kod Sekolah: CBA4006

1. Nama Guru HAINUR ISMA BT HAMIRUL IZAN

Petua Mendidik Anak Menjadi Insan


2. Judul 3. Bidang: Motivasi
Positif

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku motivasi keibubapaan ini ditulis oleh pakar motivasi terkenal negara, Dato Dr Hj Mohd
Fadzilah Kamsah dengan kerjasama Hj Muhammad Zakaria dan Husna Hassan. Buku ini setebal
104 mukasurat.

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam
iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-
anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik
anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor
keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.

Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak
positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan
kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi
sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.

Buku ini turut menyelitkan cerita-cerita motivasi, potongan ayat dari al Quran dan al Hadis yang
menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan
untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita
menjadikan anak-anak positif berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Penerapan nilai positif dalam mendidik anak-anak

- Pegangan agama yang teguh dapat membantu seseorang individu itu untuk menempa
kejayaan yang cemerlang dalam hidupnya

- Memberi panduan dan petunjuk kepada ibu bapa dan juga guru dalam membimbing
anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar
yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-
pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru
untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(HAINUR ISMA BT HAMIRUL IZAN ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK BALOK Kod Sekolah: CBA 4006

1. Nama Guru HAINUR ISMA BT HAMIRUL IZAN

2. Judul Belajar melalui Bermain: prinsip 3. Bidang: Pendidikan Awal


utama kurikulum pendidikan awal Kanak-kanak
kanak-kanak

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku setebal 113 halaman ini telah dihasilkan oleh penulis yang arif dalam dunia pendidikan iaitu
Dr. Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali. Dr. Sharifah mempunyai pengalaman luas dalam bidang
pembangunan kurikulum. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Penulis Aliza Ali pula kini bertugas di Universiti Tunku Abdul Rahman sebagai
pensyarah pendidikan awal kanak-kanak. Beliau berpengalaman luas dalam bidang latihan guru
prasekolah swasta dan pembangunan bahan pendidikan awal kanak-kanak.

Buku ini mempunyai sebelas (11) bab dan dikupas dengan terperinci. Kandungan bab-bab
tersebut ialah bermain adalah fitrah kanak-kanak, kepentingan bermain, hubungan bermain
dengan perkembangan domain, jenis-jenis permainan, bermain daripada perspektif teori,
kurikulum berasaskan pendekatan bermain, bermain dalam konteks pendidikan, guru sebagai
pelaksana pengajaran dan pembelajaran melalui bermain,

ruang pembelajaran, bahan dan alat permainan dan pelaksanaan dan aktiviti cadangan.Belajar
melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-
kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka
dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Aktiviti bermain akan menggalakkan
kanak-kanakmenguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi
perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Pendidikan awal kanak-kanak

- Belajar sambil bermain

- Penguasaan bahasa melalui permainan bahasa

- Perkembangan kemahiran fizikal melalui permainan


9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberikan panduan kepada pendidik sama ada yang terlibat dengan pendidikan awal
kanak-kanak mahupun guru sekolah rendah malah boleh digunakan oleh ibu bapa dalam
memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak. Maklumat di dalam buku ini sesuai dijadikan
panduan kepada pendidik untuk melaksanakan aktiviti belajar melalui permainan. Fitrah kanak-
kanak yang suka bermain sambil belajar telah diterapkan dalam pendidikan awal kanak-kanak
dapat membantu kanak-kanak untuk membiina minda mereka disamping menyediakan merek
untuk alam persekolahan sebenar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(HAINUR ISMA BT HAMIRUL IZAN ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK BALOK Kod Sekolah: CBA4006

1. Nama Guru HAINUR ISMA BT HAMIRUL IZAN


Berfikir Dalam Bilik Darjah-Ainon
2. Judul 3. Bidang: Pedagogi
Mohd & Abdullah Hassan
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 9.30

6. Tempat Pembentangan

Sinopsis :

Buku yang ditulis bersama oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan setebal 163 mukasurat ini
merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-kanak
berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan yang
seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu
dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan
kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan
kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya
pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.

7. Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah seperti
menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid,
memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi diktaktor,
toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan mempelbagai
teknik menyoal.

Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah
infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan
disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik
tersebut sewaktu mengajar.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran:

- perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya akan
dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah.
8. - Memahami tentang kepelbagaian kepintaran pelajar.
- Dengan adanya pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam
kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat diketengahkan.
- Kepelbagaian mencadangkan aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru di dalam kelas.
- Kurangkan arahan, lebihkan memberi galakan.
- Perbanyakkan soalan yang mencabar minda pelajar berbanding soalan tertutup.
9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru
gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik.
Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu
tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan
kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu
untuk mengekang permasaalahan ini.

Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak
anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman
menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau
dalam apa jua situasinya.

Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu
ditangani dengan bersabar dan kreatif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(HAINUR ISMA BT HAMIRUL IZAN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai