Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KLIA Kod Sekolah: BBA9227

1
Nama Guru
. NOR HIDAYAH BINTI ROSLEE

2 Judul PENGENALAN PEDAGOGI – 3. Bidang: PENGURUSAN DALAM


. PENGURUSAN BILIK DARJAH BILIK DARJAH
4 Tarikh Pembacaan 1 JULAI 2023 5. Bil mukasurat : 224
.
6
. Pengarang ESAH SULAIMAN

7 Sinopsis
.
Buku Pengenalan Pedagogi hasil karya Esah Sulaiman, pensyarah di Fakulti Pendidikan UTM ini dapat
membantu kaum pendidik memahami dan menguasai kemahiran mengajar di dalam bilik darjah seiring
dengan saranan dalam etika perguruan yang memerlukan guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Buku ini mengandungi 12 bab yang merangkumi segala aspek berkaitan pedagogi untuk membantu para
pendidik melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Perbincangan awal dimulakan dengan
meneroka maksud pedagogi, kepentingan guru menguasai ilmu pedagogi, dan elemen dalam P&P.
Selanjutnya, perbincangan mencakupi model pengajaran dan ciri-ciri pengajaran yang berkesan.

Strategi pengajaran di bilik darjah juga dibincangkan dan merangkumi beberapa pendekatan serta gaya P&P
yang diaplikasi pada masa kini. Antaranya strategi pengajaran KBSM yang menghuraikan pendekatan
bersepadu yang meliputi Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMMK), nilai merentas kurikulum, dan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Selain itu, penggunaan objektif pengajaran dalam sesi pengajaran, khususnya objektif tingkah laku turut
dibincangkan. Buku ini turut menganalisis komponen dalam perancangan pengajaran dan menyediakan
beberapa contoh perancangan pengajaran bagi memenuhi keperluan guru pelatih.

Aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin, dan teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah
juga dihuraikan dengan berkesan. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru, isu berkaitan
profesionalisme guru turut dibincangkan. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan kepada semua pendidik
dan sesiapa sahaja yang berminat tentang bidang pendidikan.

8 Nilai Pengetahuan / Pengajaran


.
Guru perlu memahami dan mempunyai kemahiran dalam aspek pengurusan bilik darjah, menanangi
masalah disiplin di kalangan pelajar dan juga teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah
9 Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
.
Guru perlu mempromosikan pengajaran yang berkesan dikalangan pelajar. Dengan menarik
perhatian pelajar cerdas pada subjek yang diajarkan, untuk mendengar lebih dekat apa masalah
yang dihadapi pelajar; untuk lebih menafsirkan keputusan ujian dan memanfaatkan positif dari
maklumat yang mereka kumpulkan, Buku ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan kaedah
dalam pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah serta merupakan bahan tambahan penting
untuk rujukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................. ..............................................................

(NOR HIDAYAH BINTI ROSLE) (EN. MOHD ROYAHAN BIN ABDULLAH)

Anda mungkin juga menyukai