Anda di halaman 1dari 5

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK Sungai Tengar Kod Sekolah : BBA 6020

NURUL HUSNA BINTI JAMALUDDIN


1. Nama Guru
Canggihnya Bahasa Melayu 3. Bidang : Bahasa
2. Judul
SISTEM TANDA BACA
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
Bil Muka surat : 466 8. Nama Penulis : Ismail bin Dahaman
7.
Sinopsis
9.
Wacana bahasa lisan dengan bahasa tulisan tidak mungkin dapat dipisahkan dalam erti kata
bahawa pertuturan dengan intonasi yang betul harus pula dirakamkan dalam bentuk tulisan yang
memakai tanda baca yang tepat.

Buku Canggihnya Bahasa Melayu – Sistem Tanda Baca ini mengandungi kaedah yang
diperincikan tentang semua jenis tanda baca yang terpakai dalam tulisan Rumi Bahasa Melayu
terkini. Penggunaan tanda baca yang betul bukan sekadar menjadi gaya penulisan individu
ataupun gaya penulisan penerbit buku tetapi juga menjadi alat mekanika yang berfungsi
memperkukuh jalinan wacana bahasa tulisan. Kaedah penggunaan tanda baca yang betul ini
disediakan untuk penulis dan editor, penerbit buku dan bahan bacaan berkala, pendidik, guru dan
penuntut, penulis iklan, pegawai kerajaan dan swasta serta pengguna bahasa yang prihatin
terhadap Bahasa Melayu yang canggih.

Terdapat 18 jenis tanda baca dalam ejaan Rumi yang fungsinya dihuraikan dengan cukup
terperinci beserta dengan contoh-contoh yang benar-benar maujud.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran


10. Menjadikan seorang guru bahasa yang berpengatuan lebih luas dan tepat.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


11. Memastikan murid-murid sentiasa menggunakan penggunaan tanda baca yang betul dan tepat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK SUNGAI TENGAR Kod Sekolah : BBA6020

NURUL HUSNA BINTI JAMALUDDIN


1. Nama Guru

2. Judul Pengurusan Bimbingan & 3. Bidang: Motivasi


Kaunseling
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Bil. Mukasurat : 255 8. Nama Penulis : Mok Soon Sang

9. Sinopsis

Buku ini mengandungi 12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia dan diikuti
dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat pengetahuan bagaimana menjalankan
Kaunseling Individu dan Kelompok serta Penyediaan Inventori dan Rekod.

Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar.
Pengurusan konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke arah yang
lebih baik berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat..
Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia juga boleh
mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di sekolah.

Pengurusan stress secara berkesan pula dapat mewujudkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung jawab
masing-masing tanpa tekanan dan melaksanakan kerja dengan gembira.

10. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru meningkatkan ilmu dalam bidang psikologi
pendidikan

11. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah pengajaran dan pembelajaran
para pelajar dan juga masalah peribadi serta peluang melanjutkan pelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK SUNGAI TENGAR Kod Sekolah : BBA6020

NURUL HUSNA BINTI JAMALUDDIN


1. Nama Guru

2. Judul Pengurus Yang Baik 3. Bidang: Pendidikan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Bil. Mukasurat : 125 8. Nama Penulis : C.Northcote Parkinson & M.K.Rustomji

9. Sinopsis

Buku ini mengandungi 7 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus
yang berkesan ialah pandai berkomunikasi dengan staff. Seorang pengurus yang hebat
mesti pandai menjalin hubungan baik dengan pekerjanya,memahami potensi seriapm
pekerjanya dan ketua mesti mempunyai perwatakan yang baik .

Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana pengurus boleh


mencungkil bakat setiap pekerja agar setiap individu boleh menyumbang kearah
kemajuan organisasi. Seterusnya penulis mahukan seorang pengurus mestilah sentiasa
meminta pendapat staff dan menghormati pendapatnya. Seorang pemimpin mesti berani,
tidak menunjukkan kuasa, jangan mudah berpuashati dan berfikir sebelum bertindak.

10. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna
kerana setiap guru adalah pemimpin, pemimpin dalam kelasnya dan pemimpin dalam
organisasi sekolah.

11. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah menjadi pemimpin
yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK SUNGAI TENGAR Kod Sekolah : BBA6020

NURUL HUSNA BINTI JAMALUDDIN


1. Nama Guru
Tokoh-tokoh Unggul Dalam Sastera 3. Bidang : Kesusasteraan
2. Judul
Melayu
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
Bil Muka surat : 330 8. Nama Penulis : Mana Sikana
7.
Sinopsis
9. TOKOH-TOKOH UNGGUL DALAM SASTERA MELAYU merupakan buku yang
menghimpunkan nama-nama besar dalam sejarah pertumbuhan dan perkembanagan sastera
Melayu zaman tradisional, moden dan pascamoden. Unggul di sini bermaksud suatu pencapaian
puncak dalam penulisan.
Buku ini bertujuan untuk menghargai dan menyanjung tokoh-tokoh besar dalam khazanah
sastera Melayu.
Seramai 16 tokoh telah terpilih iaitu:
1. Tun Sri Lanang 9. A. Samad Said
2. Tun Bestari 10. Yahaya Ismail
3. Hamzah Fansuri 11. Muhammad Haji Salleh
4. Keris Mas 12. Suratman Markasan
5. Masuri S.N. 13. Noordin Hassan
6. Usman Awang 14. Hashim Awang
7. Shahnon Ahmad 15. S. Othman Kelantan
Kassim Ahmad 16. Zakaria Ariffin

Nilai Pengetahuan / Pengajaran


10. Menjadikan seorang guru bahasa yang mengenali penulis cerpen, drama, novel, dan esei.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


11. Sentiasa menggalakkan murid menjadi seorang yang meminati bidang sastera sebagaimana
tokoh-tokoh terkemuka di Malaysia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK SUNGAI TENGAR Kod Sekolah : BBA6020

NURUL HUSNA BINTI JAMALUDDIN


1. Nama Guru
3. Bidang: Amalan dan nilai
2. Judul Bagaimana Menyelesaikan Kerja
Profesionalisme
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Bil. Mukasurat : 156 8. Nama Penulis : Edwin C.Bliss

9. Sinopsis

Buku ini mengandungi 72 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang
berkesan seperti pandai memilih keutamaan berhubung dengan matlamat mereka berbanding
matlamat orang lain, nbelajar melindungi diri mereka daripada gangguan yang tidak dijangkakan,
mereka belajar melegasi tugas merancang,memberikan tumpuan kepada perkara-perkara
penting dan mengetepikan perkara remeh-temeh.

Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana membuat laporan selepas


tindakan, buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan, rintangan, beg kerja, kategori
penggunaan masa, komunikasi, surat-menyurat,krisis , pengagihan kerja,system fail,
keseronokan bekerja dan lain-lain lagi.

10. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna terutama
kepada pentadbir pendidikan

11. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah mengurus masalah
pengajaran dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah pengurusan pendidikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai