Anda di halaman 1dari 7

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN TUN DR ISMAIL JAYA Kod Sekolah: BBA 8240

1. Nama Guru : ROZIAN BINTI ISHAK


2 Judul Pengurusan Bimbingan & Kaunseling
3 Pengarang Mok Soon Sang 4. Bidang: Pengetahuan                  
     Profesional
5. Terbitan: Penerbit Universiti 6. Bilangan muka surat: 378
Malaya, 2002
7.  Sinopsis                                                                                                                                     

            Buku ini mengandungi  12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di
Malaysia dan diikuti dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat
pengetahuan bagaimana menjalankan Kaunseling Individu dan Kelompok serta
Penyediaan Inventori dan Rekod.

            Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar.
Pengurusan konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke
arah yang lebih baik berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat..
          Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia juga
boleh mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di sekolah.

          Pengurusan stress secara berkesan pula  dapat mewujudkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung
jawab masing-masing tanpa tekanan dan melaksanakan kerja dengan gembira
         

8. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru meningkatkan ilmu dalam bidang
psikologi pendidikan

9 .Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah pengajaran dan
pembelajaran para pelajar dan juga masalah peribadi serta peluang melanjutkan
pelajaran.
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN TUN DR ISMAIL JAYA Kod Sekolah: BBA 8240

1. Nama Guru : ROZIAN BINTI ISHAK


2 Judul Bagaimana menyelesaikan kerja
3 Pengarang Edwin C. Bliss 4. Bidang: Pengetahuan                  
     Profesional
5. Terbitan: Dewan Bahasa 6. Bilangan muka surat: 176
dan Pustaka,
1992
7.  Sinopsis                                                                                                                                     

            Buku ini mengandungi  72 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang
pengurus yang berkesan seperti pandai memilih keutamaan berhubung dengan matlamat
mereka berbanding matlamat orang lain, nbelajar melindungi diri mereka daripada
gangguan yang tidak dijangkakan, mereka belajar melegasi tugas merancang,memberikan
tumpuan kepada perkara-perkara penting dan mengetepikan perkara remeh-temeh.
          Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan  bagaimana membuat laporan selepas
tindakan, buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan, rintangan, beg kerja, kategori
penggunaan masa, komunikasi, surat-menyurat,krisis , pengagihan kerja,system fail,
keseronokan bekerja dan lain-lain lagi.
         

8. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan


tugas pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat
berguna terutama kepada pentadbir Pendidikan

9 . Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah mengurus masalah
pengajaran dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah pengurusan pendidikan.
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN TUN DR. ISMAIL JAYA Kod Sekolah: BBA 8240

1. Nama Guru
ROZIAN BINTI ISHAK

Petua Mendidik Anak Menjadi


2. Judul 3. Bidang: Motivasi
Insan Positif
104 halaman.
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis:

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anak menjadi insan positif iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu
bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak
positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi aspek kognitif, psikomotor dan
kerohanian iaitu “latih anak kemahiran diri”. Dari aspek kedua pula merupakan aplikasi
sosiologi yang dinamakan “latih anak kemahiran bermasyarakat”.

Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan
seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran dan amalan-amalan lainnya. Anak-anak juga
perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran dalam pasukan, kemahiran dalam
berfikir.
Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” pula adalah dengan mendedahkan anak-anak
dengan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong, menyertai kem seminar, kerja sosial
dan sukarela.

Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat-
ayat Al-Quran dan Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa
mengira agama, bangsa dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya
dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Membimbing murid dengan mengambil pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat dari
negatif kepada positif.
Menyalurkan ilmu untuk mendidik murid dengan nilai keagamaan dan moral.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


........................................................ ........................................................
(ROZIAN BINTI ISHAK ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN TUN DR. ISMAIL JAYA Kod Sekolah: BBA 8240

1. Nama Guru ROZIAN BINTI ISHAK

2. Judul Kejurulatihan Dan Sains Sukan 3. Bidang: Pendidikan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:


Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis:

Buku ini mengulas tentang pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun
sains sukan.

Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yang berkaitan
dengan asas kejurulatihan sukan. Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatihan sukan
yang terbahagi kepada empat bidang iaitu fizikal, teknikal, psikologikal dan taktikal.

Bidang fizikal menyentuh tentang aspek kecergasan serta prinsip kaedah latihan sukan.
Manakal bidang teknikal pula meliputi aspek kemahiran sukan iaitu kemahiran individu dan
berpasukan. Bidang mental menyentuh tentang aspek motivasi, imej kendiri dan komunikasi
dalam sukan. Dan bidang taktikal meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan dan
kelemahan lawan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi kefahaman tentang pegertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep
latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih.

Menerusi buku ini juga dapat mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa
menimba ilmu supaya kaedah, pendekatan dan taktikal mereka sentiasa relevan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untu melatih atlet awal
remaja.
Membantu guru mengenal bakat, mengembangkan bakat dan menajamkan bakat murid di
sekolah.
Mengembangkan bakat murid dengan corak latihan yang baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


........................................................ ........................................................
(ROZIAN BINTI ISHAK ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN TUN DR. ISMAIL JAYA Kod Sekolah: BBA 8240

1. Nama Guru ROZIAN BINTI ISHAK


Menangani Sifat Marah
2. Judul 3. Bidang: Motivasi
104 Halaman
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis:

Buku ini membincangkan tentang panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada
dalam diri. Menerusi buku ini, penulis mentamsilkan sifat marah ini seperti seekor singa yang
berada dalam diri manusia.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti
singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem.
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah dengan mengamalkan sifat-sifat
terpuji, mencintai Allah dan Rasul, hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram
dan harmonis.
Selain dari itu, buku ini juga disertakan dengan cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran
dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah dengan beberapa
kaedah seperti:
-beristighfar
-kurang menimbulkan provokasi
-jangan menambahkan kemarahan orang lain
-segera berwuduk dan lakukan solat sonat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia kanak-kanak yang banyak
karenah mengajar guru untuk bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar dapat
ditangani dengan berhemah dan bijaksana. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(ROZIAN BINTI ISHAK ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN TUN DR. ISMAIL JAYA Kod Sekolah: BBA 8240

1. Nama Guru ROZIAN BINTI ISHAK


200 TIP BERHIBUR GAYA
RASULULLAH
2. Judul 3. Bidang: Agama
96 Halaman
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis:

Buku 200 Tip Berhibur Gaya Rasulullah s.a.w. ini menceritakan tentang bagaimana cara
berhibur yang benar menurut Islam. Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur, malah ia
diharuskan.

Hiburan membantu manusia untuk menjadi lebih tenang apabila berhadapan dengan situasi
tegang akibat daripada masalah harian yang ditanggung. Namun, hiburan ada batasnya yang
perlu diambil berat. Jikalau batas hiburan yang digariskan Islam dilanggar, maka sesuatu
hiburan itu boleh mengundang pelbagai keburukan lantas perkara itu membawa kepada
haramnya hiburan itu.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu suri teladan yang baik. Islam tidak melarang
sesuatu yang menjadi fitrah manusia. Tetapi untuk berhibur perlukan panduan supaya hiburan
yang dilakukan itu tidak melanggar batas syarak yang ditetapkan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Tahu dan sedar bahawa Islam adalah agama yang meraikan fitrah.
Lakukan sesuatu yang memenuhi tuntutan Islam.
Elak menerima dan meniru budaya atau amalan agama lain membuta tuli
Sebarkan Islam dengan hikmah dengan memenuhi tuntutan fitrah setiap manusia.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Hiburan sebagai salah satu cara untuk menghilangkan penat lelah setelah seharian bekerja.
Apabila minda dan badan dapat berehat seketika, segala gerak kerja yang dilakukan akan
lebih tersusun untuk dilaksanakan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


........................................................ ........................................................
(ROZIAN BINTI ISHAK ) ( )

Anda mungkin juga menyukai