Anda di halaman 1dari 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru
MUHAMMAD SYAUQI BIN ZAMRY
3. Bidang:
2. Judul PENGENALAN PEDAGOGI-
PENDIDIKAN
PENGURUSAN BILIK DARJAH
4. Tarikh Pembentangan 18 JUN 2023 5. Masa: 10.00 PAGI
RUMAH
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku Pengenalan Pedagogi hasil karya Esah Sulaiman, pensyarah di Fakulti Pendidikan
UTM ini dapat membantu kaum pendidik memahami dan menguasai kemahiran
mengajar di dalam bilik darjah seiring dengan saranan dalam etika perguruan yang
memerlukan guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Buku ini mengandungi 12 bab yang merangkumi segala aspek berkaitan pedagogi untuk
membantu para pendidik melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
Perbincangan awal dimulakan dengan meneroka maksud pedagogi, kepentingan guru
menguasai ilmu pedagogi, dan elemen dalam P&P. Selanjutnya, perbincangan
mencakupi model pengajaran dan ciri-ciri pengajaran yang berkesan.

Strategi pengajaran di bilik darjah juga dibincangkan dan merangkumi beberapa


pendekatan serta gaya P&P yang diaplikasi pada masa kini. Antaranya strategi
pengajaran KBSM yang menghuraikan pendekatan bersepadu yang meliputi Bahasa
Melayu Merentas Kurikulum (BMMK), nilai merentas kurikulum, dan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif.

Selain itu, penggunaan objektif pengajaran dalam sesi pengajaran, khususnya objektif
tingkah laku turut dibincangkan. Buku ini turut menganalisis komponen dalam
perancangan pengajaran dan menyediakan beberapa contoh perancangan pengajaran
bagi memenuhi keperluan guru pelatih.

Aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin, dan teknik meningkatkan disiplin di
dalam bilik darjah juga dihuraikan dengan berkesan. Untuk meningkatkan lagi
keberkesanan pengajaran guru, isu berkaitan profesionalisme guru turut dibincangkan.
Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan kepada semua pendidik dan sesiapa sahaja
yang berminat tentang bidang
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Esah Sulaiman mengatakan bahawa guru perlu memahami dan mempunyai kemahiran
dalam aspek pengurusan bilik darjah, menanangi masalah disiplin di kalangan pelajar
dan juga teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku yang ditulis oleh Esah Sulaiman ini merupakan buku panduan yang khusus
ditujukan bagi pendidik yang berdedikasi yang ingin mempromosikan pengajaran yang
berkesan dikalangan pelajar Dengan menarik perhatian pelajar cerdas pada subjek yang
diajarkan, untuk mendengar lebih dekat apa masalah yang dihadapi pelajar; untuk lebih
menafsirkan keputusan ujian dan memanfaatkan positif dari maklumat yang mereka
kumpulkan, Buku ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan kaedah dalam
pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah serta merupakan bahan tambahan
penting untuk rujukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MUHAMAMD SYAUQI BIN ZAMRY ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru
MUHAMMAD SYAUQI BIN ZAMRY
3. Bidang:
2. Judul GURU PEMIMPIN 360 DARJAH PENDIDIKAN

4. Tarikh Pembentangan 26 OGOS 2023 5. Masa: 10.00 PAGI


RUMAH
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku “Guru Pemimpin 360 Darjah” hasil karya Khuzaimah Sulaiman yang merupakan
Pengetua Cemerlang JUSA C.

Buku ini mengandungi 8 bab yang merangkumi segala aspek berkaitan pedagogi untuk
membantu para pendidik melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
Perbincangan awal dimulakan dengan meneroka maksud Prinsip Lead Up, Prinsip Lead
Across dan Prinsip Lead Down.

Bagi memenangi hati sesiapa sahaja, orang itu perlu berpengaruh kerana “Pemimpin
sebenar adalah pemimpin yang berpengaruh – tidak lebih dan tidak kurang.” – Maxwell
Blurb

Pemimpin 360° adalah orang yang mampu mempengaruhi orang di sekelilingnya yang
terdiri daripada orang atasannya (bos), rakan sejawat, dan orang bawahan. Guru
Pemimpin 360 mampu memberikan sumber inspirasi, motivasi dan bimbingan kepada
semua peringkat guru, dari guru biasa di bilik darjah hingga kepada pemimpin atasan
bagi menjadi pemimpin 360° yang berkesan dan cemerlang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Khuzaimah Sulaiman mengatakan bahawa seseorang itu perlu mempunyai


keistimewaan sendiri untuk menjadi pemimpin yang berkesan dan berkebolehan dalam
menguruskan pegawi-pegawai bawahannya dengan jayanya.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku “Guru Pemimpin 360 Darjah” ini sangat sesuai bagi membantu dalam memberikan
sumber inspirasi, motivasi dan bimbingan kepada semua peringkat guru, dari guru biasa
di bilik darjah hingga kepada pemimpin atasan bagi menjadi pemimpin 360° yang
berkesan dan cemerlang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MUHAMAMD SYAUQI BIN ZAMRY ) ( )

Anda mungkin juga menyukai