Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA BENGKEL MENJAWAB KERTAS 3 FIZIK SPM TINGKATAN 4 & 5 SMK PASIR PUTIH 2011 1.

0 PENDAHULUAN Umum mengetahui bahawa matapelajaran Fizik adalah salah satu subjek yang sukar untuk dikuasai pelajar dan acapkali pelajar membuat banyak kesilapan dalam menjawab Kertas 3 kerana mereka beranggapan soalannya adalah terlalu panjang dan sukar. Padahal jika mereka mengetahui teknik menjawab kertas 3 dengan betul, meraka akan dapat lebih markah sekaligus lulus dengan baik dalam matapelajaran Fizik. Oleh yang sedemikian, bengkel ini perlu diadakan untuk membantu mereka menguasai cara menjawab Kertas 3 berasaskan konsep peperiksaan SPM sebenar.

2.0 MATLAMAT Meningkatkan peratus pencapaian lulus dalam subjek fizik dan meningkatkan gred purata sekolah dalam peperiksaan SPM. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Mendedahkan kepada para pelajar teknik menjawab kertas 3 dalam bentuk peperiksaan SPM sebenar supaya mereka lebih bersedia dan yakin untuk menjawab soalan peperiksaan. 3.2 Memberi perangsang dan motivasi kepada pelajar untuk lebih berkeyakinan dan berusaha untuk lulus mata pelajaran fizik. 4.0 SASARAN Semua pelajar Tingkatan 4 Al-Zahrawi, 4 Al-Jazari, 4 Al-Rushd, 5 Al Zahrawi, 5 AlJazari dan 5 Al-Rushd. 5.0 JANGKAMASA PELAKSANAAN 5.1: Tarikh: 18 April 2011 dan 19 April 2011 5.2: Masa: 2.00 pm 4.00 pm 5.3: Tempat: Dewan

6.0 SUMBER TENAGA 6.1 Guru Fizik Tingkatan 4 dan 5 7.0 SENARAI BAHAN/ALATAN 7.1 Surat Makluman Ibu bapa 7.2 Bahan audio visual P&P 8.0 PENUTUP Adalah diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang dan memberi manfaat kepada semua pelajar yang terlibat. Sokongan dari pihak sekolah dan ibu bapa akan memberi perangsang yang kuat kepada pelajar untuk berjaya dalam peperiksaan yang akan dating.

Disediakan Oleh,

DISAHKAN OLEH,

-----------------------(SITI NURUL AIN BINTI BASIRAN)

Anda mungkin juga menyukai