Anda di halaman 1dari 9

__________________________________________________________________

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN CATUR CINA PERINGKAT SEKOLAH 2019

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. ANTHONY SARIKEI

TARIKH

26 JULAI 2019

(JUMAAT)

TEMPAT

DEWAN BESAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. ANTHONY,


SARIKEI

ANJURAN

KELAB CATUR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. ANTHONY,


SARIKEI
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN CATUR CINA PERINGKAT SEKOLAH 2019

1. TAJUK
Pertandingan Catur Cina Peringkat Sekolah 2019

2. LATAR BELAKANG
Permainan catur cina adalah sejenis permainan catur yang tersebar dari China.
Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 S.M. di China.
Permainan ini dapat melatih kecerdasan minda dan daya ketumpuan pemain.
Permainan catur cina popular bukan setakat di China, tetapi di seluruh dunia. Oleh hal
yang demikian, Kelab Catur menganjurkan Pertandingan Catur Cina Peringkat
Sekolah 2019. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan St. Anthony. Tarikh yang ditetapkan bagi menjalankan pertandingan ini
ialah pada 26 Julai 2019 di Dewan Besar. Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil
bakat murid dan menjana minat mereka terhadap sukan ini. Melalui pertandingan ini,
ahli Kelab Catur dapat mengakplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran baru
yang diperoleh dalam pengurusan kokurikulum.

3. MATLAMAT
Pertandingan Catur Cina Peringkat Sekolah 2019 ini berfokus untuk mendedahkan
murid-murid SMK St. Anthony dengan permainan catur cina serta memberikan
pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, pertandingan ini juga
untuk mencungkil bakat murid-murid dalam catur cina bagi mengetengahkan mereka
ke tahap yang lebih tinggi.

4. OBJEKTIF PELAKSANAAN
Objektif pelaksanaan kejohanan ini adalah seperti berikut:
4.1 Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam menguasai
teknik-teknik permainan catur cina.

4.2 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang situasi perlawanan catur


cina.
4.3 Memilih murid-murid yang layak mewakili sekolah dalam pertandingan catur
cina peringkat kelompok, daerah dan sebagainya pada masa akan datang.

4.4 Memupuk dan menanam semangat jati diri dalam diri murid.

4.5 Meningkatkan tahap kebijaksanaan murid dalam berfikir.

5. BUTIRAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan diadakan seperti butiran tersebut:


Tarikh : 26 Julai 2019
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi hingga 3.30 petang
Tempat : Dewan Besar SMK St. Anthony, Sarikei

6. KUMPULAN SASARAN
Terbuka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang berminat dalam catur cina di SMK
St. Anthony, Sarikei.
7. AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG : En. Vincent Liong Shou Chuan


Pengetua SMK St. Anthony

GURU PENASIHAT : En. Jeffrey Ting Qi Ming


Penolong Kanan Kokurikulum

PENYELARAS PROGRAM : Pn. Trisha Ting Jia Huey


Guru Pembimbing Kelab Catur Cina

PENGERUSI PROGRAM : Chen Wei Ming

NAIB PENGERUSI PROGRAM : Dennis Su Chuang Seng

SETIAUSAHA : Wendy Ling Zhe Hui

NAIB SETIAUSAHA : Karen Ting Jia Sze

BENDAHARI : Ling Bao Di

PENOLONG BENDAHARI : Doreen Ting Jia Chzin

AJK PELAKSANA :

AJK URUS SETIA PERTANDINGAN : Evezeline Kong Sie Yii


: Daphne Sii Wan Yin

AJK JURUACARA : Lee Zhen

AJK PERALATAN : Ting Siew Kee


: Chan Mei Hui
AJK PENGADIL : Heng Wui Sing
: Tracy Wong Xiao Qii

AJK HADIAH/SIJIL : Chieng Hui Ming


: Lai Yun Yi
: Wong Ru Ying

AJK PUBLISITI : Gillian Ling Li Xian


: Tan Yi Fan

AJK MAKANAN DAN MINUMAN : Chai Pei Xuan


: Lee Xin Yu

AJK JURUGAMBAR : Felix Wong Hai Chong


: Daniel Ling Qi Fong
8. PELAN TINDAKAN

TARIKH (TAHUN 2019)


PERKARA MEI JUN JULAI
M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
Penyediaan Kertas Kerja
Mesyuarat 1
Pemilihan AJK
Mesyuarat 2
Kepastian Tarikh, Masa dan
Tempat Pertandingan
Pengagihan Tugas
Peraturan Pertandingan
Pasal Kewangan
Penghantaran Kertas Kerja
Penyediaan Borang
Pendaftaran
Atur Cara Pertandingan
Pencarian Penaja
Publisiti
Pengedaran Borang
Pendaftaran
Pengutipan Borang dan
Bayaran
Pengeluaran Surat Maklum /
Surat Pinjaman / Surat
Tempahan
Mesyuarat Terakhir
Pemastian Persiapan
Pemastian Tempat
Pertandingan
Pertandingan Catur Cina
9. IMPLIKASI KEWANGAN

Anggaran Pendapatan:
Bil. Perkara Harga Kuantiti Jumlah
(RM) (RM)
1 Peruntukan PIBG - - 500.00
2 Penajaan YB Dato' Sri 1000.00
Huang Tiong Sii
JUMLAH PENDAPATAN 1500.00

Anggaran Perbelanjaan:
Harga Kuantiti Jumlah
Bil. Perkara Catatan
(RM) (RM)
1.0 Set Catur 60.00 8 480.00 Dinaja oleh YB
Dato’ Seri
Huang Tiong Sii
2.0 Jam Catur 60.00 8 480.00 Dinaja oleh
Dato’ Seri
Tiong King Sing
3.0 Makanan dan
Minuman Dinaja oleh
3.1 AJK Pelaksana 5.00 16 80.00 Dato’ Seri Tiong
3.2 Guru Pengiring King Sing
(8 orang) 5.00 8 40.00
4.0 Publisiti Dinaja oleh
3.1 Banner 250 1 250.00 Dato’ Seri Tiong
King Sing
4.0 Peralatan Pinjam dengan
4.1 Alat Tulis Stor Unit
4.2 Papan Markah - - - Kokurikulum
4.3 Papan
Kenyataan
5.0 Hadiah Dinaja oleh
5.1 Pingat PIBG
5.1.1 Johan 10.00 1 10.00
5.1.2 Naib 10.00 1 10.00
Johan
5.1.3 Tempat 10.00 1 10.00
Ketiga
5.2 Sijil
5.3.1 Sijil 1.00 3 3.00
Pencapaian
5.3.2 Sijil 1.00 16 13.00
Peryertaan
JUMLAH PERBELANJAAN 1,376

10. PENUTUP

Adalah diharapkan agar program pertandingan ini mendapat sokongan dan kerjasama
sepenuhnya daripada semua pihak yang terlibat demi memastikan matlamat dan objektif
Pertandingan Catur Cina Peringkat Sekolah 2019 ini tercapai.

11. LAMPIRAN 1 (Surat Maklum, Surat Pinjaman dan Surat Tempahan)

12. LAMPIRAN 2 (Minit Mesyuarat Pemilihan Ahli Jawatankuasa, Minit Mesyuarat 1


dan Minit Mesyuarat 2)

13. LAMPIRAN 3 (Lain-lain)

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

Wendy Ling Zhe Hui Jeffrey Ting Qi Ming


Setiausaha Pertandingan Catur Cina Penolong Kanan Kokurikulum
SMK St. Anthony, Sarikei SMK St. Anthony, Sarikei

Anda mungkin juga menyukai