Anda di halaman 1dari 4

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2022/2023

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 3

NAMA : ………………………………………………………………………………………………… KELAS : …………………………

Bahagian A : Bulatkan jawapan yang betul.

1. Farah dan Azmi sedang berpuasa di bulan Ramadhan. Sebagai rakan bukan Islam, saya
_____________________
A. akan sengaja makan dan minum di hadapan mereka.
B. akan menjaga perasaan mereka.
C. akan memberikan mereka gula-gula.

2. Seok Mei menolong mengangkat beg Cikgu Ehsan supaya dapat _______________ beban cikgu.
A. menambah
B. meringankan
C. memberi

3. Nyatakan perlakuan bertanggungjawab berdasarkan pernyataan di bawah.


A. Amin menyiapkan kerja sekolah dengan baik.
B. Azhan menghabiskan masa melepak di padang bola.
C. Ali bercakap dengan nada kasar.

4. Pilih cara yang boleh dilakukan untuk menghargai warga sekolah.


A. Menyambut hari guru.
B. Memotong barisan di kantin.
C. Melawan arahan pengawas.

5. Pergaulan yang bersopan juga menjadi ______________ warga sekolah yang lain.
A. tauladan
B. musuh
C. kebencian

6. Pilih cara yang menunjukkan tingkah laku menghormati warga sekolah


A. Bercakap kuat semasa perhimpunan.
B. Berbual di dalam perpustakaan.
C. Mengucap selamat pagi kepada pengawal sekolah.

7. Razali menutup kipas dan lampu sebelum keluar dari kelas. Ini menunjukkan yang beliau
_________________.
A. berjimat dan menghargai sumber-sumber sekolah.
B. menyusahkan warga sekolah yang lain.
C. menyebabkan bil elektrik menjadi mahal.

8. Sikap adil dapat __________________


A. menyebabkan pertengkaran.
B. mengelakkan pergaduhan.
C. menyebabkan kebencian.
9. Yang manakah menunjukkan sifat berani yang dapat mempertahankan nama baik sekolah.
A. Melawan arahan pengawas yang bertugas.
B. Mewakili sekolah dalam pertandingan sukan.
C. Melanggar peraturan sekolah.

10. Orang yang bersikap ___________ dipercayai oleh semua orang


A. khianat
B. amanah
C. mungkir janji

11. Sikap rajin membawa kepada hasil yang ______________.


A. padah
B. lumayan
C. buruk

12. Pilih aktiviti yang menunjukkan semangat kerjasama.


A. Gotong-royong membersihkan kelas.
B. Membuang sampah di merata tempat.
C. Makan di kantin seorang diri.

13. Pemakanan yang seimbang ________________________.


A. menjejas kesihatan badan.
B. menjaga kesihatan badan.
C. mendapatkan penyakit selesema.

14. Jessi dan Chew Meng menggunakan komputer di perpustakaan secara bergilir-gilir. Ini
menunjukkan bahawa mereka mempunyai sifat ______________.
A. berani.
B. tamak haloba.
C. toleransi.

15. Sekolah kamu telah mengadakan pertandingan melukis kad sambutan perayaan Tahun Baru
Cina. Sebagai seorang yang raijn, apakah yang akan kamu lakukan?
A. Meniru kad lukisan orang lain.
B. Melukis dan mewarna kad itu dengan penuh ikhlas.
C. Tidak mengikuti pertandingan ini.

16. Kamu membantu menyampaikan pesanan guru kepada rakan sekelas. Apakah perasaan kamu?
A. Bangga.
B. Takut.
C. Tertekan.

17. Cikgu telah memilih wakil murid untuk menyertasi suatu pertandingan. Murid yang manakah
menunjukkan sifat bertanggungjawab?
A. Jamal malas berlatih dan sambil lewa dalam pertandingan.
B. Mei Yee rajin berlatih untuk meningkatkan prestasi.
C. Abit mencari alasan dan tidak hadir ke pertandingan.

18. Jennifer ingin meminjam alat tulis daripada Juliana. Apakah tindakan yang wajar Juliana lakukan?
A. Memarahi Jennifer.
B. Sudi meminjamkan pensel kepada Jennifer.
C. Tidak memberikan alat tulis kepada Jennifer.
19. Guru sedang memberikan pengajaran di dalam kelas. Kamu sepatutnya ___________
A. memberi sepenuh perhatian.
B. tidur dengan nyenyak.
C. bercakap dengan kawan.

20. Cikgu Muhaimin menjaga maruah setiap muridnya. Murid-murid berasa ____________.
A. dihargai.
B. marah.
C. kecewa.

21. James tidak faham dengan latihan Sains yang diajarkan oleh guru. Apakah yang perlu beliau
lakukan?
A. Bertanya kepada guru mata pelajaran tersebut
B. Abaikan latihan tersebut
C. Tidak mengulangkaji pelajaran

22. Pilih pernyataan yang sesuai mengambarkan perasaan gembira.


A. Mesa dan Edwin menang perlawanan bola sepak selepas penat berlatih.
B. Abit kalah dalam pertandingan melontar peluru.
C. Azman kalah bermain catur dengan Emerson.

23. Hubungan Edwin dengan ahli kumpulannya bertambah ______________ kerana selalu berlatih
bersama.
A. teruk
B. mesra
C. jauh

24. Pilih kenyataan yang mengamalkan sikap sederhana.


A. Jennifer menutup suis kipas dan lampu sebelum pulang ke asrama.
B. Igang memakai baju yang bergaya ketika bergotong-royong.
C. Ricky Abit membiarkan kipas dan lampu terpasang di dalam kelas tanpa ada orang
menggunakannya.

25. Cikgu Nasuha sedang berpuasa memandangkan cikgu Nasuha merupakan seorang yang
beragama Islam. Jennifer perlu _____________
A. makan dan minum di tempat lain.
B. makan dan minum di depan cikgu Nasuha.
C. mengabaikan Cikgu Nasuha.

Bahagian B : Tandakan  atau × pada pernyataan di bawah

26. Kita hendaklah berasa iri hati andai kawan kita memenangi pertandingan sukan.

27. Apabila orang melakukan kesalahan kepada kita, kita hendaklah segera memaafkan mereka.

28. Kita boleh menunjukkan perasaan sayang kepada sekolah melalui amalan membuang sampah ke
dalam tong sampah.

29. Igang merasakan dirinya bodoh kerena mengikuti aktiviti gotong-royong.

30. Kita akan berasa sedih apabila berjaya menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.
Bahagian C : Cari dan bulatkan/warnakan perkataan tersembunyi

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………………………… ………………………………………… …………………………………………


Radzwan Shah bin Razali Baharuddin bin Ahmad Azlina binti Ahmad
Guru Matapelajaran Ketua Panitia Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai