Anda di halaman 1dari 3

ALLAH MENCIPTAKAN ADAM a.s MENURUT RUPANYA?

16 Dis

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI


UNIVERSITI ISLAM MADINAH NABAWIAH
Di antara pintu masuk Syaitan untuk menghalang manusia dari mengikuti kebenaran dan
menyelewengkan mereka dari jalan al-Haqq adalah dengan menuduh Ahlus Sunnah wal Jamaah
atau yang mereka namakan sebagai Wahhabi berakidah Taysbih yakni menyamakan ALLAH
s.w.t dengan makhluk.
Antara dalih yang mereka gunakan adalah Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w di mana
baginda bersabda:


Maksudnya: ALLAH mencipta Adam menurut rupa-Nya [HR al-Bukhari].
Sabda Rasulullah s.a.w:



Maksudnya: Jika seseorang kamu memukul maka hendaklah dia menjauhi wajah kerana
sesungguhnya ALLAH mencipta Adam menurut rupa-Nya [HR Abdullah bin Ahmad dlm
al-Sunnah].
Sabda Rasulullah s.a.w:


Maksudnya: Janganlah kamu menghina wajah (seseorang) kerana sesungguhnya ALLAH
telah menciptakan Adam menurut rupa al-Rahman. [HR Abdullah bin Ahmad dlm alSunnah, Ibn Battah dalam al-Ibanah al-Kubra, al-Tabrani dalam al-Mukjam al-Kabir, Ibn Abi
'Asim dlm al-Sunnah, dll].
Prinsip Salafus Soleh berkenaan Hadis ini:
Ahlus Sunnah wal Jamaah beriman dengan hadis ini dan mereka tidak membantah apa yang
sahih dan tsabit daripada Rasulullah s.a.w. Keimanan Ahlus Sunnah wal Jamaah berkenaan hadis
ini adalah sama seperti mana keimanan mereka dengan sifat-sifat ALLAH yang lain iaitu:
Menetapkan Sifat sesuai dengan zahirnya tanpa melakukan takwil dan tidak pula melakukan
Tasybih dan Tamtsil.

Kata Imam al-Ajurri r.h:

, ,
: ,


Maksudnya: Ini adalah daripada Sunnah-sunnah yang wajib atas kaum muslimin beriman
dengannya dan tidak dikatakan padanya: Bagaimana? Dan Kenapa? Bahkan diterima
dengan penuh penyerahan dan pembenaran dan meninggalkan perbuatan mencari-cari
(kaifiatnya) seperti mana yang dikatakan oleh orang-orang terdahulu daripada Imamimam kaum muslimin. [al-Syari'ah, m.s 285]
Kata Imam Ibn Battah r.h:










:

Maksudnya: dan setiap yang datang daripada hadis-hadis dan sahih daripada Rasulullah
s.a.w maka wajib atas kaum muslimin menerimananya dan membenarkannya dan
menyerah diri kepadanya serta meninggalkan perbuatan membantahinya, demikian wajib
pula bagi yang telah menerimanya dan membenarkannya untuk dia tidak melakukan
qiyas (penyamaan) baginya dan tidak membawanya dengan makna-makna dan tafsirantafsiran (yang menyeleweng) tetapi hendaklah dibiarkan seperti mana ia datang (sesuai
dengan zahirnya) dan tidak dikatakan: Kenapa? Dan Bagaimana? Sebagai tanda
keimanan dengannya dan membenarkannya dan kita berhenti pada melafazkannya dan
meriwayatkannya di mana para Imam-imam kita dan guru-guru kita berhenti padanya
[Al-Ibanah al-Kubra, 7/244].
Daripada pernyataan para Ulama-ulama besar Islam ini, kita dapati bahawa bukanlah Wahhabi
yang merekayasa akidah bahawa ALLAH mencipta Adam dalam rupa-Nya tetapi ianya akidah
yang telah diimani dan diyakini para Ulama Salaf daripada Sahabat, Tabiin, Tabi Tabiin dan
mereka yang berada di atas jalan Ulama Salaf ini.
Ulama Salaf Menolak Takwilan Terhadap Hadis ini:
Imam Ahmad r.h telah mengingkari mereka yang mentakwilkan hadis ini dengan makna ALLAH
mencipta Adam dalam rupa Adam atau dalam rupa Tanah atau rupa orang yang dipukul.
Ditanya kepada Imam Ahmad bin Habal r.h berkenaan orang yang mentafsirkan hadis ini dengan
makna ALLAH mencipta Adam dalam rupa tanah; lantas kata Imam:
Ini adalah perkataan orang-orang Jahmiah [Aqidah al-Rasikhin fil 'Ilmi, juz 2, 666-667].
Demikian juga daripada Abu Talib al-Mishkani r.h kata beliau:

Aku mendengar Abu Abdullah (Imam Ahmad) berkata: Barangsiapa yang berkata:
Sesungguhnya ALLAH mencipta Adam dalam rupa Adam, maka dia adalah seorang
Jahmiah. Atas rupa apakah Adam itu sebelum dia diciptakan? [ibid, m.s 667]
Kata Abdullah bin Ahmad:
Seorang lelaki berkata kepada Ayahku (Imam Ahmad): Sesungguhnya seorang lelaki
berkata kepadaku: ALLAH mencipta Adam menurut rupa-Nya yakni maksudnya rupa lelaki
itu (yang dipukul) maka jawab beliau (Imam Ahmad): Dusta! Ini adalah perkataan orang
Jahmiah. [ibid, m.s 668].
Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h:


Maksudnya: Hadis ini tidak ada percanggahan dalam kalangan Salaf daripada kurun
yang tiga bahawa damir padanya merujuk kepada ALLAH, sesungguhnya ia telah datang
dengan banyak jalan daripada beberapa Sahabat demikian juga susunan hadis-hadis
semuanya menunjukkan perkara itu [Bayan Talbis Jahmiah, 6/373]
Zahir Hadis Tiada Padanya Tamtsil:
Hadis ALLAH menciptakan Adam dalam rupa-Nya s.w.t tidaklah membawa maksud Tamtsil
(menyamakan) antara makhluk dengan Khaliq kerana pernyataan: sesuatu itu menurut rupa
sesuatu; tidak bermaksud ia menyerupainya dari semua bentuk.
Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:



Maksudnya: Awal golongan yang memasuki syurga, rupa mereka itu menurut seperti rupa
bulan purnama [HR al-Bukhari & Muslim].
Lafaz: rupa mereka seperti rupa bulan purnama tidak bermaksud rupa Ahli Syurga itu seratus
peratus seperti bulan, tiada mata, tiada hidung, dan lainnya, tetapi yang dimaksudkan dari segi
kecerahan, keindahan, bersinar-sinar dan berseri-seri.
Maka difahami daripada ini, hadis: ALLAH mencipta Adam menurut rupa Al-Rahman; tidaklah
bermaksud menyamakan Adam a.s dan mentamsilkan Adam a.s dengan ALLAH taala. Bahkan
ALLAH mencipta Adam a.s menurut rupa-Nya s.w.t namun ALLAH dan Adam tiada persamaan
dan tamstil sama sekali. [rujuk: Syarah Hadis 40, Ibn Utsaimin, m.s 45-46]

Anda mungkin juga menyukai