Anda di halaman 1dari 4

SELAWAT KE ATAS NABI SAW: KELEBIHAN &

LAFAZ YANG SAHIH


Posted by: admin in Ibadah, TULISAN January 21, 2013

SELAWAT KE ATAS NABI SAW:


KELEBIHAN & LAFAZ YANG SAHIH.

‫ وعلى آله وصحبه ومن‬،‫ والصالة والسالم على رسول هللا‬،‫ الحمد هلل‬،‫بسم هللا‬
.‫ وبعد‬،‫وااله‬
Definisi – Makna perkataan: “Selawat”.
Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab: ‫))الصلوات‬, diambil dari perkataan solat (‫ )الصالة‬yang
bererti doa atau pujian.
Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala.
Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat,
menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.
Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian,
kemulian dan keberkatan dari-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].
Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik dari Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya dari
kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:
َِ ُّ‫تَ ِإلىَالن‬
ََ‫ورَوكان‬ ُّ ‫{ ُهوََالَّذِيَيُص ِلِّيَعل ْي ُك َْمَومال ِئكت ُ َهَُ ِليُ ْخ ِرج ُك َْمَ ِمنََال‬
َِ ‫ظلُما‬
}‫بِا ْل ُم ْؤ ِمنِينََر ِحي ًما‬
{Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan
keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang).
Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.} [Al-Ahzab:43].
[Pamplet Selawat di: 17- Selawat Fadhilat & Kaifiat 2013. MBB
[Edisi Jawi di: Selawat Sohihah 2013 -1434 – Jawi
Hukum berselawat.
Para ulama’ telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib
pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma’) tentang bilakah masa wajib berselawat dan
berapakah bilangannya. Antaranya:
1. Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
2. Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3. Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
4. Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau
pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.
Arahan Membaca Selawat
Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya berselawat.
Sebagaimana dalam firman-Nya di atas tadi, Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti
malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat itu
sangat utama.
Kelebihan Selawat:
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
َّ ‫َو ُح‬،ٍ‫للاَُعليهَعشْرََصلوات‬
َ‫طتََْعنهَعش َُْر‬ َ َ‫َصلى‬،ً‫عليَصال َةًَواحدة‬
ََّ َ‫«منَصلَّى‬
»‫ت‬ٍَ ‫ورفِعتََْلهَعش َُْرَدرجا‬
ُ َ،ٍ‫خطيئات‬
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh
kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan
(di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran
memperbanyakkan selawat tersebut.
Sabda Nabi SAW:
(‫َل َعلَي‬ ْ َ‫ع ْن َد ُه َفل‬ ُ ‫َن ُذكِر‬ ْ
ِ ‫م ُيص‬ ِ ‫ْت‬ ُ ‫)البَخِي‬
ْ ‫لم‬
Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”.
[HR: Tirmizi. Sahih].
Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda
SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering
menyebutnya”.
Selawat Paling Afdhal
Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda
kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari
Kiamat kelak. Perintah kepada umat Islam untuk membaca selawat untuk Nabi SAW datang setelah
Allah Ta’ala memberitahu bahawa Dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagaimana firman-
Nya:
َ‫يَياَأيُّهاَالَّذِينََآمنُواَصلُّواَعل ْي َِهَوس ِلِّ ُموا‬ َِِّ ‫َللاَومالئِكت َهَُيُصلُّونََعلىَالنَّ ِب‬ ََّ ِ‫{إ‬
ََّ َ‫ن‬
}‫س ِلي ًما‬
ْ ‫ت‬
{Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi
(Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta
ucapkanlah salam dengan penghormatan}. [Al-Ahzab: 56]
Ayat di atas tidak menjelaskan satu bentuk nas selawat tertentu untuk dibaca apabila seorang Muslim
hendak membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
Namun demikian, terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi
saw telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW, maka
diajarnya kepada mereka.
Antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA. Sahabat yang
mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana
cara berselawat kepada beliau.
Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah:
ََ‫َكماَصلَّيْتََعلىَآ َِلَ ِإبْرا ِهيمََ ِإنَّكََح ِميد‬،ٍ‫اللَّ ُه ََّمَص َِِّلَعلىَ ُمح َّم ٍَدَوعلىَآ َِلَ ُمح َّمد‬
ََ‫َكماَبار ْكتََعلىَآ َِلَإِبْرا ِهيمََإِنَّك‬،ٍ‫كَعلىَ ُمح َّم ٍَدَوعلىَآ َِلَ ُمح َّمد‬ َْ ‫َاللَّ ُه ََّمَب ِار‬،‫م ِجيد‬
.‫ح ِميدََم ِجيد‬
Inilah antara kaifiyat berselawat yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabat RA sebagai jawaban
kepada pertanyaan mereka mengenai cara berselawat untuk Baginda. Maka adalah logik untuk
dikatakanlafaz ini sebagai lafaz paling afdhal dalam berselawat.
Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan:
“Apa yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada para Sahabat RA tentang kaifiyah (dalam membaca selawat) ini
setelah mereka menanyakannya, menjadi petunjuk bahawa itu adalah nas selawat yang paling utama
kerana Baginda SAW tidaklah memilih bagi dirinya kecuali yang paling mulia dan paling sempurna.”
[Fathul Bari: 11/66].

Menurut Kitab Mestika Hadis 1/259: “Dan yang seafdhal-afdhalnya ialah selawat yang biasa dibaca
selepas tasyahud akhir setiap solat. Ini kerana para ulama’ telah menetapkan bahawa sesiapa yang
bersumpah atau bernazar hendak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dengan seafdhal-afdhal
selawat, tidak dihukum terlepas daripada wajib menepati sumpah atau nazarnya itu melainkan
dengan membaca selawat itu.”
Maka adalah lebih baik apabila lafaz selawat ini yang diamalkan dalam membaca selawat untuk Nabi
SAW, bukan lafaz-lafaz selawat susunan seseorang, meskipun bukan larangan untuk menyusun
bentuk teks selawat sendiri. Selawat-selawat selain yang diajarkan oleh Nabi SAW kadang-kadang
tidak terlepas dari kekeliruan, baik dalam pemilihan bahasa, mahupun –dan ini yang paling parah–
kesalahan dalam akidah.
Lafaz Selawat yang sahih:
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih
adalah:
Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih]
َ‫اللَّ ُه ََّمَص َِِّلَعلىَ ُمح َّم ٍَدَوعلىَآ َِلَ ُمح َّم ٍد‬
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat, iaitu:
1. Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:
َ‫َكماَصلَّيْتََعلىَإِبْرا ِهيمََوعلىَآ َِل‬،ٍ‫َاللَّ ُه ََّمَص َِِّلَعلىَ ُمح َّم ٍَدَوعلىَآ َِلَ ُمح َّمد‬
ََ‫َكماَبار ْكت‬،ٍ‫كَعلىَ ُمح َّم ٍَدَوعلىَآ َِلَ ُمح َّمد‬ َْ ‫َاللَّ ُه ََّمَب ِار‬،‫ِإبْرا ِهيمََ ِإنَّكََح ِميدََم ِجيد‬
.‫علىَ ِإبْرا ِهيمََوعلىَآ َِلَ ِإبْرا ِهيمََ ِإنَّكََح ِميدََم ِجيد‬
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau
telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi)
Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah
memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”
[HR Bukhari dan Muslim]
2. Dari Abu Humaid As Saa’diy RA:
َْ ‫َوب ِار‬،‫َكماَصلَّيْتََعلىَآ َِلَإِبْرا ِهيم‬،‫اج َِهَوذُ ِ ِّريَّتِ ِه‬
َ‫ك‬ ِ ‫اللَّ ُه ََّمَص َِِّلَعلىَ ُمح َّم ٍَدَوعلىَأ ْزو‬
.َ‫َكماَبار ْكتََعلىَآ َِلَإِبْرا ِهيمََإِنَّكََح ِميدََم ِجيد‬،‫اج َِهَوذُ ِ ِّريَّتِ ِه‬
ِ ‫علىَ ُمح َّم ٍَدَوعلىَأ ْزو‬
“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri Baginda dan
keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah,
berkatilah Muhammad dan isteri-isteri Baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau
telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha
Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim].
3. Dari Abi Mas’ud Al-Ansori RA:
َ‫كَعلى‬ َْ ‫َوب ِار‬،‫َكماَصلَّيْتََعلىَآ َِلَ ِإبْرا ِهيم‬،ٍ‫اللَّ ُه ََّمَص َِِّلَعلىَ ُمح َّم ٍَدَوعلىَآ َِلَ ُمح َّمد‬
.‫َكماَبار ْكتََعلىَآ َِلَ ِإبْرا ِهيمََفِيَا ْلعال ِمينََإِنَّكََح ِميدََم ِجيد‬،ٍ‫ُمح َّم ٍَدَوعلىَآ َِلَ ُمح َّمد‬
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah
Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga
Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR
Muslim]
4. Dari Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansori RA (jalan kedua):
َ‫َكماَصلَّيْتََعلىَ ِإبْرا ِهيمََوآ َِل‬،ٍ‫يَوعلىَآ َِلَ ُمح َّمد‬ َِِّ ‫يَ ْاْل ُ ِ ِّم‬
َِِّ ِ‫اللَّ ُه ََّمَص َِِّلَعلىَ ُمح َّم ٍَدَالنَّب‬
َ‫َكماَبار ْكتََعلىَإِبْرا ِهيمََوعلىَآ َِل‬،‫ي‬ ِِّ ‫ي َِ ْاْل ُ ِ ِّم‬
َِّ ِ‫كَعلىَ ُمح َّم ٍَدَالنَّب‬ َْ ‫َوب ِار‬،‫إِبْرا ِهيم‬
.َ‫إِبْرا ِهيمََإَِنَّكََح ِميدََم ِجيد‬
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad,
sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah
Muhammad, nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim,
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Abu Daud no. 981, sahih]
5. Dari Abi Sa’id Al-Khudri RA:
َْ ‫َوب ِار‬،‫َكماَصلَّيْتََعلىَآ َِلَ ِإبْرا ِهيم‬،‫سو ِلك‬
َ‫كَعلى‬ ُ ‫اللَّ ُه ََّمَص َِِّلَعلىَ ُمح َّم ٍَدَع ْبدِكََور‬
.َ‫َكماَبار ْكتََعلىَ ِإبْرا ِهيم‬،ٍ‫ُمح َّم ٍَدَوعلىَآ َِلَ ُمح َّمد‬
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah
berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad,
sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” [HR Bukhari]
6. Dari seorang lelaki, sahabat Nabi SAW:
َ‫َكماَصلَّيْتََعلىَآ َِل‬،‫اج َِهَوذُ ِ ِّريَّتِ ِه‬
ِ ‫اللَّ ُه ََّمَص َِِّلَعلىَ ُمح َّم ٍَدَوعلىَأ ْه َِلَب ْيتِ َِهَوعلىَأ ْزو‬
ِ ‫كَعلىَ ُمح َّم ٍَدَوعلىَأ ْه َِلَب ْيتِ َِهَوعلىَأ ْزو‬
َ‫اج َِه‬ َِ ‫َوب‬.‫إِبْرا ِهيمََإِنَّكََح ِميدََم ِجيد‬
َْ ‫ار‬
.‫َكماَبار ْكتََعلىَآ َِلَإِبْرا ِهيمََ ِإنَّكََح ِميدََم ِجيد‬،‫وذُ ِ ِّريَّتِ ِه‬
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan
isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada
keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah
Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana
Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi)
Maha Mulia.” [HR Ahmad, sahih].
7. Dari Abu Hurairah RA:
َ‫َكما‬،ٍ‫كَعلىَ ُمح َّم ٍَدَوعلىَآ َِلَ ُمح َّمد‬ َْ ‫َوب ِار‬،ٍ‫اللَّ ُه ََّمَص َِِّلَعلىَ ُمح َّم ٍَدَوعلىَآ َِلَ ُمح َّمد‬
.َ‫صلَّيْتََوبار ْكتََعلىَإِبْرا ِهيمََوعَلىَآ َِلَ ِإبْرا ِهيمََ ِإنَّكََح ِميدََم ِجيد‬
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah
Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan
memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi)
Maha Mulia.” [HR At-Tohawi dalam “Musykil al-Athar” 3/75, An Nasa-i dalam “Amalul
Yaum wal Lailah” no 47. Sahih]
8. Dari Tolhah bin ‘Ubaidullah RA:
َ.‫َكماَصلَّيْتََعلىَإِبْرا ِهيمََإِنَّكََح ِميدََم ِجيد‬،ٍ‫اللَّ ُه ََّمَص َِِّلَعلىَ ُمح َّم ٍَدَوعلىَآ َِلَ ُمح َّمد‬
.َ‫َكماَبار ْكتََعلىَآ َِلَ ِإبْرا ِهيمََإِنَّكََح ِميدََم ِجيد‬،ٍ‫كَعلىَ ُمح َّم ٍَدَوعلىَآ َِلَ ُمح َّمد‬
َْ ‫وب ِار‬
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana
Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi)
Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau
telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi)
Maha Mulia.” [HR Imam Ahmad, sahih].
o Waktu Afdhal Berselawat
· Masa paling afdhal dituntut berselawat ialah:
· Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
· Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
· Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
· Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
· Di akhir qunut dalam solat.
· Di dalam solat jenazah.
· Ketika masuk dan keluar dari masjid.
· Setiap waktu pagi dan petang.
· Hari Khamis malam Jumaat.
· Sepanjang hari Jumaat.
· Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.
Demikianlah perbincangan ringkas tentang lafaz selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang dapat
dikumpulkan, berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Sebagai panduan untuk beramal dengan
Sunnah dan selawat yang mempunyai kekuatan sanad yang benar dan sahih daripada Nabi SAW.
Wallahu a’lam.
http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/01/selawat-ke-atas-nabi-saw-kelebihan.html
Akhukum:
Abu Anas Madani,
Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
10 R/Awal 1434H – 22 Jan 2013M.
www.abuanasmadani.blogspot.com
www.abuanasmadani.com
www.dartaibah.com

Anda mungkin juga menyukai