Anda di halaman 1dari 11

12/28/2017 27 KESALAHAN DALAM MEMBACA AL-FATIHAH..

NO 3 INI PERLU KITA HATI-HATI, KERANA RAMAI YANG SILAP – TV CERAMAH

TV CERAMAH

What are you looking for?     

BERITA SEMASA GAYA HIDUP HOME IBADAH

INSPIRASI KELUARGA REMAJA WANITA

Home  BERITA SEMASA 


27 KESALAHAN DALAM MEMBACA AL-FATIHAH.. NO 3 INI PERLU KITA HATI-HATI, KERANA RAMAI
YANG SILAP

 BERITA SEMASA
SEARCH

27 KESALAHAN for
What are you looking

DALAM MEMBACA AL-


FATIHAH.. NO 3 INI ARCHIVES

PERLU KITA HATI-HATI, December 2017


November 2017

KERANA RAMAI YANG October 2017


September 2017

SILAP August 2017

 Admin  2 Days Ago  No Comments


META
 FACEBOOK      
Log in

 PREV ARTICLE NEXT ARTICLE 

http://www.tvceramah.com/berita-semasa/27-kesalahan-dalam-membaca-al-fatihah-no-3-ini-perlu-kita-hati-hati-kerana-ramai-yang-silap-2/ 1/11
12/28/2017 27 KESALAHAN DALAM MEMBACA AL-FATIHAH.. NO 3 INI PERLU KITA HATI-HATI, KERANA RAMAI YANG SILAP – TV CERAMAH

Gambar Hiasan

Kesempurnaan membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang


sangatlah dituntut kerana ianya adalah salah satu daripada rukun
yang wajib dalam sembahyang.

Surah ini sangat mulia sehingga dikatakan bahawa seluruh ilmu-


ilmu al-Qur’an, iaitu tauhid, ibadah, nasihat serta peringatan
terkandung dalam surah yang pendek ini. Antara kemuliaannya
lagi ialah Allah Subhanahu wa Ta‘ala membahagikan surah ini
kepada dua bahagian; satu bahagian untukNya dan satu bahagian
lagi untuk hambaNya, begitu juga ibadah sembahyang tidak akan
diterima tanpanya.

Memandangkan surah al-Fatihah ini mudah dihafal dan dibaca,


adakalanya faktor inilah yang mengakibatkan sebilangan orang
memandang ringan akan kesempurnaannya lalu membacanya
tanpa berguru atau didengarkan kepada orang yang dapat
memimpinnya sebagai bacaan yang betul.

Kerana pentingnya perkara ini, kita akan cuba mengupas


mengenai pembacaan surah al-Fatihah dalam sembahyang sebagai
panduan untuk kita semua.

Hukum Membaca Surah Al-Fatihah Dalam Sembahyang

Ulama mazhab asy-Syafi‘e berpendapat bahawa membaca surah


al-Fatihah pada setiap rakaat hukumnya adalah wajib ke atas
orang yang bersembahyang sama ada imam, munfarid (orang yang
sembahyang sendiri) mahupun makmum menurut pendapat yang
http://www.tvceramah.com/berita-semasa/27-kesalahan-dalam-membaca-al-fatihah-no-3-ini-perlu-kita-hati-hati-kerana-ramai-yang-silap-2/ 2/11
12/28/2017 27 KESALAHAN DALAM MEMBACA AL-FATIHAH.. NO 3 INI PERLU KITA HATI-HATI, KERANA RAMAI YANG SILAP – TV CERAMAH

paling shahih, sama ada dalam sembahyang sirriyah (sembahyang


yang bacaannya dibaca secara perlahan) mahupun sembahyang
jahriyyah (sembahyang yang bacaannya dibaca secara nyaring).

Adapun bagi orang yang masbuk pula, hukumnya tetap wajib


baginya membaca al-Fatihah sekadar apa yang sempat dibacanya
sebelum imam rukuk. Akan tetapi jika imam sudah rukuk, maka
tidaklah perlu baginya untuk membaca surah al-Fatihah lagi,
kerana bacaan surah al-Fatihah tersebut ditanggung oleh imam
dan dikira baginya rakaat tersebut sebagai satu rakaat, dengan
syarat makmum yang masbuk itu mestilah sempat thuma’ninah
bersama imam ketika rukuk.

Bacaan surah al-Fatihah bagi makmum juga ditanggung oleh


imam jika sekiranya makmum itu tidak mempunyai kesempatan
membacanya ataupun tidak mempunyai masa yang cukup untuk
menghabiskannya semasa qiyam imam (sebelum imam rukuk),
sama ada kerana bacaan atau pergerakannya yang lambat,
misalnya ketika bangun dari sujud, imam sudahpun rukuk kembali
kerana pergerakan makmum yang lambat, ataupun terlupa bahawa
dia sedang bersembahyang atau ragu-ragu adakah dia sudah
membacanya ataupun belum sedangkan imam sudahpun rukuk.
Maka dalam keuzuran-keuzuran seperti ini, bacaan surah al-
Fatihah tersebut ditanggung oleh imam walaupun ianya berlaku
pada setiap rakaat dalam sembahyang.

Tuntutan wajib membaca surah al-Fatihah itu dilaksanakan sama


ada dengan cara hafalan ataupun ditalkinkan kepadanya
(dibacakan kepadanya ketika dia bersembahyang, kemudian dia
ikut membacanya) ataupun membacanya dengan cara melihat
mushaf, jika dia pandai membaca. Dalam hal ini, mengadakan
mushaf itu pula hukumnya adalah wajib, sama ada dengan cara
membeli, menyewa ataupun meminjamnya, dan wajib pula
mengadakan lampu, jika tempat dia bersembahyang itu gelap.
Tujuannya ialah untuk membolehkannya membaca mushaf
tersebut. Jika dia enggan melaksanakan perkara-perkara ini,
sedangkan dia sebenarnya mampu, maka wajib ke atasnya
mengulang semula semua sembahyang yang dikerjakannya
sepanjang keengganannya melakukan perkara-perkara di atas.

http://www.tvceramah.com/berita-semasa/27-kesalahan-dalam-membaca-al-fatihah-no-3-ini-perlu-kita-hati-hati-kerana-ramai-yang-silap-2/ 3/11
12/28/2017 27 KESALAHAN DALAM MEMBACA AL-FATIHAH.. NO 3 INI PERLU KITA HATI-HATI, KERANA RAMAI YANG SILAP – TV CERAMAH

Tegasnya, surah al-Fatihah tetap wajib dibaca dengan apa jua cara
sekalipun, sedaya upaya yang termampu. Begitu juga usaha-usaha
yang membolehkan ianya dilaksanakan, seperti mempelajarinya,
mendapatkan mushaf mahupun menyediakan lampu adalah wajib
jika ada kemampuan untuk melakukannya.

Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan


Muslim dari ‘Ubadah Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

ِ ‫ﺻﻼَةَ ِﻟ َﻤ ْﻦ ﻟ َﻢ ْﯾَ ْﻘ َﺮأْ ِﺑﻔَﺎﺗِ َﺤ ِﺔ ْاﻟ ِﻜﺘَﺎ‬


‫ب‬ َ َ ‫ﻻ‬.

(‫)رواه اﻟﺒﺨﺎري وﻣﺴﻠﻢ‬

Maksudnya: Tidak sah sembahyang bagi sesiapa yang tidak


membaca Fatihah al-Kitab (surah al-Fatihah). (Hadits riwayat
Imam Bukhari dan Muslim)

Kesalahan-Kesalahan Dalam Membaca Surah Al-Fatihah

27 KESALAHAN dalam membaca AL-FATIHAH.. NO 3 ini


Perlu Kita Hati-hati, Kerana Ramai Yang Silap

http://www.tvceramah.com/berita-semasa/27-kesalahan-dalam-membaca-al-fatihah-no-3-ini-perlu-kita-hati-hati-kerana-ramai-yang-silap-2/ 4/11
12/28/2017 27 KESALAHAN DALAM MEMBACA AL-FATIHAH.. NO 3 INI PERLU KITA HATI-HATI, KERANA RAMAI YANG SILAP – TV CERAMAH

1. Sebutan huruf ‫ ب‬berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah


kita menyebut “Ismillah…”

2. Sabdu pada kalimah ‫ ٱﷲ‬tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu


ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia
disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah
disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah
sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan
‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ‫ م‬pada kalimah ini adalah
berbaris bawah.

3. Huruf ‫ ر‬tidak disabdukan dan sebutannya menjadi


“BismilahiRahmaan…”, yang sepatutnya
“BismillahiRRahmaan…”.

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ‫ ر‬tidak


disabdukan dan sebutannya menjadi
“BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya
“BismillahirrahmaaniRRahiim”.

5. Sebutan huruf ‫ ي‬tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan


harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad
yang diwaqafkan. Hukumnya Mad ‘Aridh Lissukun.

6. Huruf ‫ ح‬digantikan dengan huruf ‫ه‬

7. Kalimah ‫ ٱﷲ‬seolah-olah tiada sabdu dan disebut “al-


hamdulilah”. Sebutan yang betul adalah “Al-hamdulillah…”.

8. Sabdu pada huruf ‫ ب‬ditinggalkan sabdunya dan sebutan


berbunyi “Rabil” yang sepatutnya “Rabbil”.

9. Huruf ‫ ع‬ditukar menjadi huruf ‫أ‬

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi “Iyaka”. Sebutan yang


betul adalah “Iyyaka”.

11. Sebutan huruf ‫ ع‬tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

http://www.tvceramah.com/berita-semasa/27-kesalahan-dalam-membaca-al-fatihah-no-3-ini-perlu-kita-hati-hati-kerana-ramai-yang-silap-2/ 5/11
12/28/2017 27 KESALAHAN DALAM MEMBACA AL-FATIHAH.. NO 3 INI PERLU KITA HATI-HATI, KERANA RAMAI YANG SILAP – TV CERAMAH

13. Huruf ‫ ع‬ditukar menjadi huruf ‫أ‬

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan


berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini
dipanggil ‘isymam’.

15. Menyebut “Ehdina…”. Sepatutnya “Ihdina…”.

16. Huruf ‫ ص‬tidak disabdukan.

17. Huruf ‫ ط‬ditukar menjadi huruf ‫ت‬

18. Huruf ‫ ق‬ditukar menjadi huruf ‫ك‬. Apabila huruf ‫ ق‬berbaris


bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf ‫ ذ‬kepada huruf ‫ز‬. Ini merupakan kesalahan


yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat
membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf ‫ أ‬dulu, baru huruf ‫ع‬. Ramai yang membunyikan ‫ أ‬,
kemudian ‫أ‬. Ada juga membunyikan ‫ع‬, kemudian ‫أ‬. Tak kurang
juga ada yang membunyikan ‫ ع‬kemudian ‫ع‬

21. Huruf ‫ ع‬ditukar menjadi huruf ‫أ‬

22. Huruf ‫ ر‬berbaris bawah disebut “Rel”, sepatutnya disebut


“Ril”.

23. Huruf ‫ غ‬disebut dengan qalqalah.

24. Huruf ‫ ض‬tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ‫ ع‬ditukar menjadi huruf ‫أ‬

26. Huruf ‫ ض‬tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu
kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah
Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang
daripada 6 harakat.

http://www.tvceramah.com/berita-semasa/27-kesalahan-dalam-membaca-al-fatihah-no-3-ini-perlu-kita-hati-hati-kerana-ramai-yang-silap-2/ 6/11
12/28/2017 27 KESALAHAN DALAM MEMBACA AL-FATIHAH.. NO 3 INI PERLU KITA HATI-HATI, KERANA RAMAI YANG SILAP – TV CERAMAH

Mudahan-mudahan dengan maklumat mengenai permasalahan


membaca suah al-Fatihah dalam sembahyang ini akan dapat
menambahkan ilmu kita mengenai sembahyang dan sekaligus
membantu kita untuk menyempurnakannya sepertimana yang
dituntut oleh syara‘ dan meningkatkan lagi kualiti peribadatan kita
terhadap Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Berikut penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Ust Azhar Idrus- Solat ; Al-Fatihah ; Masaalah Taj…

http://www.tvceramah.com/berita-semasa/27-kesalahan-dalam-membaca-al-fatihah-no-3-ini-perlu-kita-hati-hati-kerana-ramai-yang-silap-2/ 7/11
12/28/2017 27 KESALAHAN DALAM MEMBACA AL-FATIHAH.. NO 3 INI PERLU KITA HATI-HATI, KERANA RAMAI YANG SILAP – TV CERAMAH

Kutil di badan adalah tanda NAPAS BAU? Itu tanda ada

utama parasit! Singkirkan... parasit di tubuhmu! Cepat

periksa kalau kamu...

JANGAN PERNAH makan ini! Makhluk mengerikan akan

Berat Anda akan turun terus! keluar dari tubuh jika di pagi

hari kamu minum segelas

Caraku turun berat. -56kg, 3 Suami menemukan cara

minggu itu mungkin! menghemat tagihan listrik

Sebelum tidur, minum hampir 3,5 kali lipat! LIHAT

segelas...

Untuk hilangkan lemak perut Lemak perut hilang. Turun 42

& pinggul, minum ini kg sebulan jika saat perut

sebelum makan... kosong minum segelas

http://www.tvceramah.com/berita-semasa/27-kesalahan-dalam-membaca-al-fatihah-no-3-ini-perlu-kita-hati-hati-kerana-ramai-yang-silap-2/ 8/11
12/28/2017 27 KESALAHAN DALAM MEMBACA AL-FATIHAH.. NO 3 INI PERLU KITA HATI-HATI, KERANA RAMAI YANG SILAP – TV CERAMAH

 FACEBOOK      

 PREV ARTICLE NEXT ARTICLE 

RELATED POSTS

TANGAN MasyaAllah ‘Guru-Guru


MELEKAT ! Berikut ini Satu
KETIKA adalah 10 Malaysia,
MANDIKA Muallaf Tolong
N yang paling Sokong
JENAZAH. berpengaruh Cikgu
RUPA- di dunia. Azizan’ –
RUPANYA Siapa Kronologi
INI YANG Sangka Kes Cikgu
DILAKUK Yang Ke 3 Azizan,
AN Adalah Runtuhnya
BELIAU Seorang…, Sebuah
SEMASA Siapakah Institusi
MANDIKA Beliau??? Perguruan.
N
 Admin   Admin 
JENAZAH.
December 27, December 18,
 Admin  2017 2017
October 21, 2017

Turki Umum Ustaz


Isytihar Jurusalem jangan
Baitulmaqdi Ibu Negara sedih, kita
s Ibu Israel. Ni ada Allah
http://www.tvceramah.com/berita-semasa/27-kesalahan-dalam-membaca-al-fatihah-no-3-ini-perlu-kita-hati-hati-kerana-ramai-yang-silap-2/ 9/11
12/28/2017 27 KESALAHAN DALAM MEMBACA AL-FATIHAH.. NO 3 INI PERLU KITA HATI-HATI, KERANA RAMAI YANG SILAP – TV CERAMAH

Negara Reaksi SWT- yusuf


Palestin & BERANI azmi
Buka Erdogan ditangkap
Kedutaan di Buat Ramai luahan ebit
Sana… Amerika lew buat
Allahuakbar CUAK netizen
! sebak.
 Admin 
 Admin  December 6,  Admin 

December 20, 2017 October 24, 2017

2017

ABOUT THE AUTHOR

Admin More from this Author 

ADD COMMENT

Comment Text*

Name*

Email*

http://www.tvceramah.com/berita-semasa/27-kesalahan-dalam-membaca-al-fatihah-no-3-ini-perlu-kita-hati-hati-kerana-ramai-yang-silap-2/ 10/11
12/28/2017 27 KESALAHAN DALAM MEMBACA AL-FATIHAH.. NO 3 INI PERLU KITA HATI-HATI, KERANA RAMAI YANG SILAP – TV CERAMAH

Website

SUBMIT COMMENT

TV CERAMAH Copyright © 2017. Theme by MyThemeShop 

http://www.tvceramah.com/berita-semasa/27-kesalahan-dalam-membaca-al-fatihah-no-3-ini-perlu-kita-hati-hati-kerana-ramai-yang-silap-2/ 11/11

Anda mungkin juga menyukai