Buktikan kecintaan dan kejujuran anda kepada Islam dengan memiliki mutiara
ilmu dari ebook ini dengan cara yang dihormati dan halal. Jika anda dengan
sengaja meniru, memperbanyakkan, mengedar, menjual atau melakukan cara-cara
yang menafikan hak penerbit, ia akan mengakibatkan ilmu serta integriti anda akan
dipertanggungjawabkan di hadapan Allah ‘Azza Wa Jalla nanti.
http://www.kaedahjibril.com/sahkahsolatanda.html
Atau e-mel :
Asraff2@yahoo.com
Surah Al-Fatihah
Bab 2 : 'Lahnun Jaliy' & 'Lahnun Khofi' : kesalahan yang mana satu? [m.s 8]
Dan,
1
Assalamualaikum w.b.h.
Dan tahukah anda, lebih ramai diluar sana bacaan Al-Fatihahnya ‘lintang-
pukang’ tajwid, makhraj serta sebutannya?
Ebook ini ditulis selepas saya mendapat ilham dari 2 situasi yang agak
memeranjatkan tentang tahap bacaan Al-Fatihah dalam masyarakat kita :
Situasi 1 :
Berdasarkan bacaan tajwid imam yang sangat tidak teratur, saya tidak
dapat bayangkan, mengapa beliau masih dipilih menjadi imam. Adakah
ia bermaksud, memang sudah tidak ada orang lain yang lebih layak, atau
memang bacaan makmumnya lebih parah dari itu? Wallahu A’lam.
3
Situasi 2 :
Ustaz, nasib baik saya hadir ke kelas intensif hari ini…. Tak sangka ye,
banyak salah bacaan yang saya buat ketika jadi imam selama ini’….
Itulah diantara kata-kata yang masih saya ingati, diucapkan oleh seorang
imam masjid yang menghadiri Seminar Tahsin Al-Quran untuk para
imam dan bilal surau & masjid.
Bagi saya, rukun juga bolehlah dianggap seperti tiang seri rumah. Bayangkan
apa bakal terjadi kepada banglo agam anda jika tiang serinya tercabut atau tidak
kukuh ‘foundation’nya? Hancur jawabnya banglo jutaan ringgit tersebut!
Begitulah juga dengan solat. Ia akan hancur, sia-sia dan tidak bermanfaat andai
13 ‘tiang seri’nya termasuk Fatihah tidak dijaga betul-betul. Disebabkan itulah,
Rasulullah s.a.w sejak awal-awal lagi memberikan pesanan yang agak serius bila
bersangkutan dengan kepentingan bacaan Fatihah dengan bersabda :
Maksudnya:
“Tiada solat bagi sesipa yg tidak membaca Al-Fatihah”.
(Riwayat Bukhari dari Ubadah bin As-Shomit)
Berdasarkan hadis ini dan hadis-hadis lain keutamaan Fatihah dalam solat,
jumhur ulama menyatakan bahawa Al-Fatihah merupakan salah satu rukun dan fardhu
dalam solat melainkan Mazhab Hanafi yang hanya menyatakan ia hanya wajib sahaja
bukannya rukun (menurut kaedah mereka yang membezakan definisi wajib serta
fardhu). (Fahul Bari 2/486/487, Fiqh Islami 1/648)
Persoalan ini telah dibahaskan para ulama dengan panjang-lebar dan mereka
telah mengeluarkan satu kesimpulan : tidak sah solat seorang yang membaca Fatihah
tetapi masih terdapat di dalamnya kesalahan besar yang boleh mencacatkan makna
5
Fatihah tersebut. Di antara kesalahannya ialah tidak menyebut huruf dengan makhraj
yang betul, menukar baris atau meninggalkan mana –mana tasydid dlm fatihah serta
lain-lain (Mughni Muhtaj 1/327).
Penerangan di atas memberikan kita satu kesimpulan yang sangat terang lagi
bersuluh, bahawa membaca Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat. Apabila cacat
bacaannya maka rosaklah solat tersebut.
Banyak kesalahan besar kadangkala dilanggar serta kesalahan kecil tidak dijaga.
Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana seperti yang dikatakan sebelum ini,
ia mengakibatkan masalah besar, iaitu solat yang tidak sah kerana salah satu rukun-
nya pincang!.
7
Berbicara tentang teknik untuk mengenalpasti serta memperbetulkan kesalahan
dalam bacaan Al-Fatihah, tidak boleh tidak fikiran kita akan terarah kepada bentuk-
betuk kesalahan lazim seperti :
‘Salah kecil’ dan ‘salah besar’ dalam bacaan Al-Fatihah. Dari 2 premis inilah
perbincangan seterusnya bergerak.
Ramai orang selalu bertanya saya : apakah dalil membaca Al-Quran secara
bertajwid?
َ َ ﺣق ﺗ
...ِِﻼوﺗِﮫ َ ُ ْ َ ِﺗﺎب
ﯾﺗﻠوﻧﮫُ َ ﱠ ُ َ ْ َ َ َاﻟ ﱠذ ِﯾن
َ َ آﺗﯾﻧﺎھم ُ اﻟ ْﻛ
‘Orang-orang yang telah kami (Allah) beri mereka al-kitab (al-Quran) lalu mereka
membacanya dengan bacaan yang sebenar-benarnya….’
8
2. Surah Al-Muzammil ayat 4.
‘ Haaa…. disinilah kita kena kuasai bahasa arab secara mendalam, sebab
maksud perkataan ‘tartil’ menurut Saidina Ali r.a ialah - mentajwidkan (membaguskan
bacaan) huruf-hurufnya dan mengetahui tempat-tempat waqaf (berhentinya)’….. Saya
terus mem’bahas’kan jawapannya.
9
Mungkin terkesan dengan kepentingan membaca Al-Quran secara bertajwid,
seorang pakar Al-Quran & Qiraat terulung iaitu Imam Jazari telah mengarang
‘matan’ - semacam bait syair untuk menjelaskan perkara tersebut :
َ ْ ُ ُــﺟو ﱢ ِد
ُاﻟﻘرآن ِآﺛـم َ ﻟــم ْﯾ ﻣــن ﱠَ ُ ﻻزم
ِ ٌ ْ ﺣﺗـم ْ واﻷﺧذ ُ ِ ﱠ
َ ِ ﺑـﺎﻟﺗـﺟوﯾد ْ َ
وﺻﻼ َ ْ
َ َ إﻟـــﯾﻧـﺎ ُ وھـــﻛـذا ِﻣﻧْﮫ َ ْ ُاﻹﻟــﮫ
َ َ َ أﻧـــزﻻ َ ِ ِ ﻷﻧــ ﱠﮫ ُ ِﺑﮫ
Dalam ilmu tajwid, para ulama secara umum telah memberi istilah khusus untuk
perkataan ‘salah’ iaitu istilah ‘Al-lahn’. Lahn ini pula dibahagikan kepada 2 bahagian di
mana darinya kita dapat menggolongkan bentuk-bentuk kesalahan yang terjadi pada
bacaan al-Qur'an.
Lahnun Jaliy adalah istilah yang diberikan kepada kesalahan bacaan Al-Quran
yang menyalahi kaedah tajwid serta bahasa arab khususnya i'rab sehingga boleh
mengubah maknanya. Ia dinamakan ‘Jaliy’ kerana kesalahan yang dilakukan amat je-
las dan mudah diketahui umum sama ada dari kalangan pakar Al-Quran atau orang
awam. Contoh bagi kesalahan ini seperti :
10
Menukar sebutan sesuatu huruf dengan sebutan huruf lain seperti : Huruf ()ع
pada kalimah (اﻟﻌﻠ َﻣ ِﯾن
َ ْ ) dilafaz dengan bunyi huruf ( ) أ
Menukar baris.
Mengurangkan baris pada perkataan.
Menambah huruf pada bacaan.
Menukar kalimah dengan kalimah lain.
Mentasydidkan huruf yang tidak bertasydid.
Meringankan huruf yang bersabdu.
11
sengaja adalah makruh, di mana implikasinya tidaklah sampai ke tahap membatalkan
solat, namun kualiti bacaannya jauh dari roh pembacaan Al-Quran yang
dikehendaki serta diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
12
Perhatian : Walaupun saya sedaya upaya cuba menerangkan secara
terperinci kesalahan tersebut serta cara menyebutnya dengan betul, namun
ketepatan bacaannya tidak mungkin dapat dihadirkan melalui penulisan
yang berbentuk teoritikal, kerana ilmu ketepatan bacaan Al-Quran lebih
berbentuk praktikal. Oleh itu, saya amat menggalakkan para pembaca
mempelajarinya dari tuan guru Al-Quran yang berkemahiran.
AYAT 1
KESALAHAN 1
KALIMAH/ HURUF :
ّ ) ِﺑﺳ ْ م
Huruf ( )بpada kalimah (ﷲ ِ
JENIS KESALAHAN :
Sebutan huruf ( )بberbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut
‘Ismillah...’
BACAAN BETUL :
Sebutan dan bunyi huruf ( )بberbaris bawah tersebut hendaklah disebut dengan jelas
dan terang. Mungkin kesalahan ini lebih mudah terjadi jika kita membacanya secara
‘sirr’ (perlahan), dimana banyak lafaz kalimah tidak disebut secara jelas.
KESALAHAN 2
KALIMAH/ HURUF :
2 huruf ( )رbersabdu pada kalimah (اﻟرﺣﯾم
ِ ﻣـن ﱠ
ِ َ ْ اﻟرﺣ
) ﱠ
JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( )رtersebut tidak didatangkan dengan sempurna.
13
BACAAN BETUL :
Sebutan dan bunyi huruf ( )رbersabdu perlu didatangkan dengan sempurna hingga
jelas perbezaan antara huruf ( )رbersabdu dengan huruf ( )رtidak bersabdu. Ini
kerana sebilangan kita, disebabkan ingin membacanya secara cepat, ia akan
menyebabkan bunyi sabdu tersebut tertinggal dan bunyi yang dikeluarkan
seolah-olah huruf ( )رtidak bersabdu sahaja.
KESALAHAN 3
KALIMAH/ HURUF :
2 huruf Ha Maftuhah ( )حpada kalimah (اﻟرﺣﯾم
ِ ﻣـن ﱠ
ِ َ ْ اﻟرﺣ
) ﱠ
JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi Ha Maftuhah ( )حtersebut tidak didatangkan dengan sempurna
sehingga menebabkan bunyi seakan-akan bunyi huruf Ha Marbuthoh ()ه
BACAAN BETUL :
Huruf Ha Maftuhah ( )حsepatutnya dikeluarkan dari tengah kerongkong dan bukannya
dari pangkalnya. Kita perlu berhati-hati semasa menyebut huruf ( )حagar bunyinya
dapat dibezakan dengan sebutan Ha Marbuthoh ()ه
AYAT 2
KESALAHAN 4
KALIMAH/ HURUF :
ْ )
Huruf Ha Maftuhah ( )حpada kalimah (اﻟﺣ َﻣ ْ ُد
14
JENIS KESALAHAN :
Huruf Ha Maftuhah ( )حpada kalimah tersebut dilafaz dengan huruf Ha Marbuthoh ()ه
BACAAN BETUL :
Huruf Ha Maftuhah ( )حperlu disebut secara jelas pada makhrajnya iaitu dengan cara
menekankan suara pada pertengahan kerongkong. Suara yang keluar akan berbunyi
seakan-akan ketika kita kepedasan.
Bunyi huruf Ha Maftuhah ( )حjuga akan lebih jelas jika kita menyempitkan sedikit aliran
keluar udara pada pertengahan kerongkong. Ini berbeza dengan huruf Ha Marbuthoh
( )هdi mana udara akan keluar begitu sahaja ketika menyebutnya.
KESALAHAN 5
KALIMAH/ HURUF :
ََِْ)
Huruf ( )عpada kalimah (اﻟﻌﻠﻣﯾن
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )عdilafaz dengan bunyi huruf ( ) أ
BACAAN BETUL :
Huruf ( )عpada kalimah tersebut perlu disebut dengan jelas pada makhrajnya iaitu
dengan cara menekankan suara pada pertengahan kerongkong.
Kesalahan yang selalu dilakukan ialah kita mengeluarkan bunyi huruf ( )عdari makhraj
huruf ( ) أiaitu dari pangkal kerongkong. Walaupun makhraj huruf ( )عdan makhraj
huruf ( ) أterletak bersebelahan iaitu pangkal dan pertengahan kerongkong, namun
bunyi serta sifatnya amat berbeza.
15
AYAT 3
KESALAHAN 6
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )رbersabdu pada kalimah (اﻟرﺣﻣـن
ِ ) ﱠ
JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi huruf ( )رtersebut disebut dengan bunyi huruf ()غ
BACAAN BETUL :
Bunyi huruf ( )رperlu disebut sesempurna mungkin dari makhrajnya iaitu dengan cara
menekan kawasan belakang hujung lidah ke gusi hadapan sebelah atas dengan
melengkungkannya sedikit.
Ia sangat berbeza dengan makhraj huruf ( )غyang keluar dengan cara menekankan
suara ke permulaan kerongkong.
KESALAHAN 7
KALIMAH/ HURUF :
2 huruf ( )رbersabdu pada kalimah (اﻟرﺣﯾم
ِ ﻣـن ﱠ
ِ َ ْ اﻟرﺣ
) ﱠ
JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( )رtersebut tidak didatangkan dengan sempurna.
BACAAN BETUL :
Sebutan & bunyi huruf ( )رbersabdu perlu didatangkan dengan sempurna hingga jelas
perbezaan antara bunyi huruf ( )رbersabdu dengan ( )رtidak bersabdu. Ini kerana
disebabkan kita cuba membacanya secara cepat, ia akan menyebabkan bunyi sabdu
tersebut tertinggal dan bunyi yang dikeluarkan seolah-olah ( )رtidak bersabdu sahaja.
16
KESALAHAN 8
KALIMAH/ HURUF :
2 huruf Ha Maftuhah ( )حpada kalimah (اﻟرﺣﯾم
ِ ﻣـن ﱠ
ِ َ ْ اﻟرﺣ
) ﱠ
JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi Ha Maftuhah ( )حtersebut tidak didatangkan dengan sempurna
sehingga menebabkan bunyi seakan-akan bunyi huruf Ha Marbuthoh ()ه
BACAAN BETUL :
Huruf Ha Maftuhah ( )حsepatutnya dikeluarkan dari tengah kerongkong dan bukannya
dari pangkalnya. Kita perlu berhati-hati semasa menyebut huruf ( )حagar bunyinya
tidak sama dan dapat dibezakan dengan sebutan Ha Marbuthoh ()ه
AYAT 4
KESALAHAN 9
KALIMAH/ HURUF :
) ﱢ
Bunyi sabdu huruf ( )دpada kalimah (اﻟدﯾن
JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( )دtersebut tidak didatangkan dengan sempurna sehingga
ia dibunyikan seolah-olah tanpa sabdu seperti ‘miDiin’, sedangkan bunyi tepatnya ialah
bersabdu iaitu ‘miDDiin’.
BACAAN BETUL :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( )دperlu disebut dan didatangkan dengan sempurna. Cara
sebutannya hendaklah tepat dan agak berat, sesuai dengan kaedah sebutan huruf
bersabdu yang betul.
17
Bunyi huruf ( )دjuga perlu dikeluarkan dari makhrajnya dengan betul iaitu hujung lidah
yang ditekan ke pangkal gusi gigi depan, agar ia tidaklah sama dengan bunyi huruf ‘D’
yang agak keras.
AYAT 5
KESALAHAN 10
KALIMAH/ HURUF :
Bunyi sabdu huruf ( )يpada 2 kalimah ()ِﱠإﯾﺎك
JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( )يtidak didatangkan dengan sempurna sehingga ia
dibunyikan seolah-olah tanpa sabdu seperti ‘iYaka’, sedangkan bunyi tepatnya ialah
bersabdu iaitu ‘iYYaka’.
BACAAN BETUL :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( )يperlu disebut dan didatangkan dengan sempurna agar
ia dapat dibezakan dengan bunyi huruf ( )يtanpa sabdu.
Ketika membunyikannya juga, pastikan anda tidak ‘berhenti’ seketika pada henjutan
sabdu tersebut.
KESALAHAN 11
KALIMAH/ HURUF :
َ)
Huruf ( )عpada kalimah (ﻧﻌ ْ ﺑ ُُد
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )عdilafaz dengan bunyi huruf ( ) أ
18
BACAAN BETUL :
َ ), pembaca perlu berhati-hati
Semasa menyebut huruf ( )عyang mati pada kalimah (ﻧﻌ ْ ﺑ ُُد
dan cermat agar huruf ( )عdapat dikeluarkan dari makhrajnya yang tepat iaitu dengan
cara menekankan suara pada pertengahan kerongkong. Ini kerana, ramai yang
terkadang mengeluarkan bunyi huruf ain dari makhraj huruf ( ) أ
KESALAHAN 12
KALIMAH/ HURUF :
ِ َ ْ ) َﻧﺳ
Huruf ( )عpada kalimah (ﺗﻌﯾن
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )عdilafaz dengan bunyi huruf ( ) أ
BACAAN BETUL :
Memang huruf ( )عberbaris bawah pada perkataan ini agak sukar dibunyikan dengan
tepat. Ini kerana bunyinya berada dalam keadaan lemah kerana huruf tersebut berba-
ris bawah. Namun begitu, kita tetap perlu membunyikannya dengan tepat hingga ia
dapat dibezakan dari bunyi huruf ( ) أiaitu dengan cara menekankan suara pada
pertengahan kerongkong.
AYAT 6
KESALAHAN 13
KALIMAH/ HURUF :
َ )اﻟﺻ
Huruf ( )صpada kalimah (ﱢرط
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )صdilafaz dengan bunyi huruf ()س
19
BACAAN BETUL :
Jika tidak berhati-hati, bunyi huruf ( )صakan mudah bertukar menjadi bunyi huruf ()س
terutamanya ketika huruf ( )صberbaris dibawah. Ini kerana, huruf ( )صdan huruf ()س
berkongsi makhraj yang sama iaitu dengan cara mendatarkan lidah, kemudian hujung
lidah dibawa ke belakang gigi hadapan sebelah bawah.
Namun, perkara yang membezakan antara kedua huruf tersebut ialah sifatnya. Huruf
( )صmemiliki sifat Isti’la’ dan Itbaq, dimana kedua sifat tersebut jika didatangkan
dengan sempurna akan menjadikan bunyi huruf ( )صlebih ‘tebal’ dari huruf ()س
KESALAHAN 14
KALIMAH/ HURUF :
َ ِ َ )اﻟﻣ
Huruf ( )تpada kalimah (ُﺳﺗﻘﯾم
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )تdilafaz dengan bunyi huruf ()ط
BACAAN BETUL :
Bunyi huruf ( )تboleh bertukar menjadi bunyi huruf ( )طjika ia tidak dilafaz dengan
betul. Kesalahan ini terjadi kerana huruf ( )تterletak bersebelahan dengan huruf ()ق
yang tebal dan berat bunyinya. Maka, jika pembaca tidak berhati-hati, kita akan terikut
‘menebalkan’ bunyi huruf ( )تmenjadi bunyi huruf ()ط
Oleh itu, pembaca perlu berhati-hati ketika melafazkan perkataan ini dengan
membunyikan huruf ( )تpada makhrajnya secara tepat.
20
KESALAHAN 15
KALIMAH/ HURUF :
َ ِ َ )اﻟﻣ
Huruf ( )قpada kalimah (ُﺳﺗﻘﯾم
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )قdilafaz dengan bunyi huruf ()ك
BACAAN BETUL :
Huruf ( )قdisini mudah disebut secara salah menjadi bunyi huruf ( )كkerana ia
berbaris di bawah. Tambahan pula, huruf selepas dan sebelumnya berbunyi agak
ringan.
AYAT 7
KESALAHAN 16
KALIMAH/ HURUF :
َ ّ )
Huruf ( )صpada kalimah (ﺻرط
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )صdilafaz dengan bunyi huruf ()س
21
BACAAN BETUL :
Namun, perkara yang membezakan antara kedua huruf tersebut ialah sifatnya. Huruf
( )صmemiliki sifat Isti’la’ dan Itbaq, dimana kedua sifat tersebut jika didatangkan
dengan sempurna akan menjadikan bunyi huruf ( )صlebih ‘tebal’ dari huruf ()س
KESALAHAN 17
KALIMAH/ HURUF :
َ ِ) ﱠ
Huruf ( )ذpada kalimah (اﻟذﯾن
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )ذdilafaz dengan bunyi huruf ()ز
BACAAN BETUL :
Huruf ( )ذjika betul-betul disebut pada makhrajnya iaitu hujung lidah yang dikeluarkan
lalu ditekan ke hujung gigi hadapan sebelah atas, ia akan mengeluarkan bunyi yang
agak kurang desiran ‘zzzz’nya berbanding huruf ()ز
Namun kesalahan yang sering dilakukan, kita membunyikannya dengan bunyi huruf ()ذ
atau lebih tepat seperti bunyi huruf ‘Z’, sedangkan jika dirujuk ilmu tajwid, tempat
keluar makhraj kedua huruf tersebut amat jauh berbeza.
22
KESALAHAN 18
KALIMAH/ HURUF :
َ َ)
Huruf ( )عpada kalimah (أﻧﻌﻣت
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )عdibunyikan bukan pada makhrajnya sehingga bertukar bunyi huruf tersebut
kepada huruf ( ) أ
BACAAN BETUL :
َ َ ) , ada sebilangan tersasul ketika menyebut huruf ()ع
Ketika menyebut kalimah (أﻧﻌﻣت
sehingga menyerupai sebutan huruf ( ) أ. Kesalahan ini agak popular dilakukan
memandangkan huruf ( )عpada perkataan ini memang agak sukar disebut dengan
tepat pada makhrajnya. Maka, terjadilah kesalahan popular iaitu bunyi huruf ( ) أyang
dikeluarkan.
Walaupun ia agak sukar, namun kita tetap perlu mendatangkan makhraj dan sifat
huruf ( )عdengan sempurna agar maknanya tidak berubah.
KESALAHAN 19
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )ضpada kalimah (ُوب
ِ اﻟﻣﻐﺿ َ ) dan kalimah ()اﻟﺿﺎﻟﯾن
َ ِﻏﯾر
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )ضdilafaz dengan bunyi huruf ()د
BACAAN BETUL :
Memang huruf ( )ضsukar dibunyikan dengan sempurna. Ini kerana makhrajnya agak
unik iaitu dengan menekan salah satu sisi (tepi) lidah ke sepanjang gigi geraham atas.
Tambahan pula, huruf ( )ضmemiliki sifat khususnya iaitu sifat Istitolah.
23
Walaubagaimanapun, pembaca boleh mempraktikkan sebutan huruf ( )ضberulangkali
agar bunyi huruf ( )دyang selalu dilafazkan pada perkataan ini dapat dihindarkan.
KESALAHAN 20
ِّ )
14 tasydid (sabdu) selain dari yang telah disebutkan seperti tasydid pada kalimah (ﷲ
( رب ﱢ
َ ) dan lain-lain. Bunyi tasydid (sabdu) semua perkataan tersebut hendaklah
didatangkan sesempurna mungkin.
24
Alhamdulillah, kita sudah mengetahui 20 kesalahan besar bacaan Fatihah
yang mungkin kita lakukan tanpa sengaja. Jika anda ada melakukan kesalahan
tersebut, cadangan saya, bolehlah mula berlatih betulkannya sekarang. Dan cara
terbaik untuk menyebut semua huruf itu dengan betul tidak lain tidak bukan melalui
‘berguru’ dengan pakar Al-Quran. Dari mereka, kita akan mengetahui kaedah tepat
mendatangkan sebutan sabdu, serta beza sebenar bunyi huruf ‘Ha pedas’ dan ‘Ha
gulung’.
‘Alhamdulillah,
Itu bagi mereka yang ada melakukan
saya 100% tak buat pun
kesalahan. Walaubagaimanapun, barangkali kesalahan - kesalahan
ada sebilangan para pembaca yang berfikiran ni…. mungkin sikit-sikit je
begini ‘Alhamdulillah, saya 100% tak buat pun lah terbabas sebut ‘Ha
kesalahan - kesalahan ni…. mungkin sikit-sikit pedas’ jadi ‘Ha kurang
je lah terbabas sebut ‘Ha pedas’ jadi ‘Ha pedas’……’
kurang pedas’……’
Sementara anda sedang mengurut dada kelegaan, saya mohon maaf kerana
terpaksa mengganggu ‘rasa lega’ anda - Apa yang dinyatakan hanyalah 1/10 dari
kesalahan yang kita lakukan dalam bacaan Fatihah, kerana saya masih belum
menyenaraikan kesemuanya.
Masih ingat ‘Lahnun Khofi’ - kesalahan kecil yang saya terangkan sebelum ini?
Ahaaa….. disitulah ‘lompong besar’ sebenar kesalahan kita. Memang benar, dalam
bab ‘Lahnun Jaliy’, barangkali ramai yang ‘lepas ujian’, tetapi bila masuk bab ‘Lahnun
Khofi’, silap haribulan, tuan imam dan tuan bilal pun selalu melakukannya.
Kesalahan kecil dalam Fatihah - inilah bentuk kesalahan yang saya kira hampir
25
semua orang melakukannya. Kesalahan jenis inilah yang perlu dielakkan agar bacaan
Fatihah mencapai taraf ‘pro’ yang dialunkan oleh para imam terkemuka kesukaan
anda. Perkara inilah yang perlu kita ‘gilap sekuat mungkin’ agar Fatihah kita benar-
benar menepati standard ‘tajwid’ yang dikehendaki Rasulullah S.A.W.
Ia akan dihantar melalui siri newsletter ke emel yang anda berikan sewaktu
mendaftar bagi memperolehi ebook ini.
(Bagi mereka yang mendapatkan ebook ini bukan melalui cara tersebut, saya
cadangkan, untuk meneruskan pengajian ‘Lahun Khofi’, anda boleh daftarkan emel
anda di : http://www.kaedahjibril.com/sahkahsolatanda.html )
Dalam siri emel tersebut, saya akan terangkan secara terperinci Lahnun Khofi
dalam setiap ayat, bermula dari ayat pertama Fatihah hinggalah ayat ketujuh.
Apa yang saya mahukan dari semua ini? Kalau boleh, biarlah bacaan Fatihah
anda lebih baik dari saya. Biarlah kitab Al-Quran benar-benar dapat menerangi
kehidupan kita, baik di dunia mahupun akhirat.
Akhir sekali, jika ada sebarang khilaf serta kesilapan, kepada Allah S.W.T saya
memohon hidayah & keampunan.
“….. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa dan
kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami
beban yang besar sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-
orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan
kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah
kami….
(Surah Al-Baqarah, 286)
Wassalam.
27
Ebook Ebook Ebook
145 Fakta Menarik & Menakjubkan KAEDAH JIBRIL QURANOLOGY
mengenai Al-Quran yang jarang Kaedah mudah & praktikal Panduan efektif memahami
anda ketahui walaupun menghafaz surah Al-Quran khusus Teks dan konteks Al-Quran, agar
membacanya setiap hari!! untuk gol. Awam yg sibuk setiap Anda teruja membacanya!
4 PRODUK HEBAT
Video panduan
KAEDAH JIBRIL
Video penerangan bergambar
Oleh Ustaz Asraff mengenai
Kaedah ini secara terperinci.
Dan
1 tiket DISKAUN seminar sama
berharga RM 25 sahaja
28