Anda di halaman 1dari 1

DOA ABU DARDA

Menurut Imam Nawawi dalam kitab beliau al-Azkar, Abu ad-Darda diberitahu bahawa
rumahnya terbakar, namun beliau menegaskan bahawa rumahnya tidak terbakar. Abu
Darda menyatakan bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w bersabda bahawa sesiapa yang
membaca kalimat zikir ini pada awal hari, maka dirinya, keluarganya dan hartanya tidak
akan ditimpa mudharat hingga ke petang. Dan sesiapa yang membaca kalimat zikir ini
pada akhir hari, maka dirinya, keluarganya dan hartanya tidak akan ditimpa mudharat
hingga ke pagi hari.
Kalimat zikir tersebut ialah :

.










.

.
.

Ya Allah! Engkaulah Tuhan tiada tuhan selain Engkau. Ke atasMu aku bertawakkal dan
Engkau pemilik Arash yang agung.
Apa yang Allah kehendaki pasti berlaku dan apa yang Allah tidak kehendaki tidak akan
berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi dan agung.
Aku mengetahui bahawa Allah berkuasa atas setiap sesuatu dan Allah telah meliputi
segalanya akan ilmu.
Ya Allah! Aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku dan daripada kejahatan
segala makhluk yang mana Engkau memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku
di atas jalan yang lurus.

Daripada :
Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir

Anda mungkin juga menyukai